Rabu, 27 Februari 2013

KEDUDUKAN ILMU NAHU (TATABAHASA ARAB) DI DALAM RIWAYAT-RIWAYAT AHLULBAYT (AS)


Antara penyampaian makna dan pengelokan ucapan:

Antara perkara yang sering menjadi rintangan dan keraguan pada kebanyakan orang adalah apa yang berkaitan dengan ilmu tatabahasa Arab (nahu). kebanyakan mereka menyangka bahawa seseorang Hujjat  kata-katanya mestilah bertepatan dengan ilmu nahu yang diciptakan oleh ulama-ulama ilmu tersebut. Pada hakikatnya ini adalah pensyaratan berdasarkan ijtihad yang tiada kaitan dengan ukuran/ neraca bagi mengenali Hujjat-Hujjat. 

Ianya tidak disyaratkan oleh Ahlulbayt (as), bahkan kita mendapati hal yang sebaliknya bahawa mereka (as) mencela perbuatan berlagak di dalam ucapan, memperelokkan lafaz dan menjauhi makna, sedangkan lafaz hanyalah wasilah/ jalan untuk menyampaikan atau menjelaskan makna. Jadi bagaimana  lafaz boleh melekakan daripada makna?! dilekakan dengan kulit dan meninggalkan isinya?! Mereka (as) berucap kepada manusia berdasarkan keupayaan akal mereka, bukan berdasarkan keupayaan kaedah ilmu nahu mereka yang diciptakan mengikut acuan yang mereka yakini sebagai pemutus dalam kesibukan mereka mencari makna. Hatta ayat Quran sekalipun tidak kosong daripada sebutan-sebutan yang bertentangan dengan kaedah-kaedah tatabahasa Arab. Perhatikan ayat ini:

Firman Allah SWT: 

إِنَّ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَٱلَّذِينَ هَادُواْ وَٱلنَّصَـٰرَىٰ وَٱلصَّـٰبِـِٔينَ مَنۡ ءَامَنَ بِٱللَّهِ وَٱلۡيَوۡمِ ٱلۡأَخِرِ وَعَمِلَ صَـٰلِحً۬ا فَلَهُمۡ أَجۡرُهُمۡ عِندَ رَبِّهِمۡ وَلَا خَوۡفٌ عَلَيۡہِمۡ وَلَا هُمۡ يَحۡزَنُونَ

Ayat 62 surah Al Baqarah ini datang dengan lafaz (ٱلصَّـٰبِـِٔين) , manakala dalam ayat 69 surah Al Maidah menyebutkan ayat yang sama tetapi didatangkan dengan lafaz (ٱلصَّـٰبِـُٔونَ). 

إِنَّ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَٱلَّذِينَ هَادُواْ وَٱلصَّـٰبِـُٔونَ وَٱلنَّصَـٰرَىٰ مَنۡ ءَامَنَ بِٱللَّهِ وَٱلۡيَوۡمِ ٱلۡأَخِرِ وَعَمِلَ صَـٰلِحً۬ا فَلَا خَوۡفٌ عَلَيۡهِمۡ وَلَا هُمۡ يَحۡزَنُونَ

Kemudian perhatikan pula tafsir firman Allah SWT dalam ayat 51-52, surah Al Zukhruf:

وَنَادَىٰ فِرۡعَوۡنُ فِى قَوۡمِهِۦ قَالَ يَـٰقَوۡمِ أَلَيۡسَ لِى مُلۡكُ مِصۡرَ وَهَـٰذِهِ ٱلۡأَنۡهَـٰرُ تَجۡرِى مِن تَحۡتِىٓ‌ۖ أَفَلَا تُبۡصِرُونَ (51
 أَمۡ أَنَا۟ خَيۡرٌ۬ مِّنۡ هَـٰذَا ٱلَّذِى هُوَ مَهِينٌ۬ وَلَا يَكَادُ يُبِينُ (52

Dan Fir’aun berseru kepada kaumnya [seraya] berkata: "Hai kaumku, bukankah kerajaan Mesir ini kepunyaanku dan [bukankah] sungai-sungai ini mengalir di bawahku; maka apakah kamu tidak melihat [nya]? Bukankah aku lebih baik dari orang yang hina ini dan yang hampir tidak dapat menjelaskan [perkataannya]?

Disebutkan di dalam Tafsir Al Qummi: (Kemudian dia telah menceritakan ucapan Firaun dan gerombolannya kepada Musa (as), seraya Imam (as) berkata: "Mereka berkata wahai ahli-ahli sihir" iaitu wahai orang-orang berilmu, "berdo’alah kepada Tuhanmu untuk [melepaskan] kami sesuai dengan apa yang telah dijanjikan-Nya kepadamu; sesungguhnya kami benar-benar akan menjadi orang yang mendapat petunjuk." Kemudian Firaun berkata: Bukankah aku lebih baik dari orang yang hina ini dan yang hampir tidak dapat menjelaskan? yakni Musa "hampir tidak dapat menjelaskan", lalu Imam (as) berkata: "tidak dapat menjelaskan kata-kata (kalam)". [Tafsir Al Qummi, jilid 2, ms 285]

Disebutkan di dalam Majma' Al Bayan oleh Syeikh Al Tabrasi: ("Hampir tidak dapat menjelaskan" bermaksud: hampir tidak mampu memfasihkan kata-kata dan hujahnya disebabkan kesulitan pada lidahnya).   

Kami berkeyakinan bahawa tiada lagi hujah yang tinggal buat mereka yang berhujah dalam meletakkan ilmu nahu sebagai syarat dan setiap ucapan mestilah bertepatan dengan kaedah-kaedah nahu selepas mengetahui tafsir ayat di atas.

Perhatikan juga ayat 63, surah Ta ha ini: 

قَالُوٓاْ إِنۡ هَـٰذَٲنِ لَسَـٰحِرَٲنِ يُرِيدَانِ أَن يُخۡرِجَاكُم مِّنۡ أَرۡضِكُم بِسِحۡرِهِمَا وَيَذۡهَبَا بِطَرِيقَتِكُمُ ٱلۡمُثۡلَىٰ 

Sebetulnya mengikut kaedah-kaedah nahu mereka adalah: (إن هذين لساحران) kerana huruf (إن) adalah huruf yang seakan-akan dengan Fi'il yang menasabkan yang pertama dan merafa'kan yang kedua.

Begitu juga firman Allah SWT di dalam surah Al Fath, ayat 10: 

إِنَّ ٱلَّذِينَ يُبَايِعُونَكَ إِنَّمَا يُبَايِعُونَ ٱللَّهَ يَدُ ٱللَّهِ فَوۡقَ أَيۡدِيہِمۡ‌ۚ فَمَن نَّكَثَ فَإِنَّمَا يَنكُثُ عَلَىٰ نَفۡسِهِۦ‌ۖ وَمَنۡ أَوۡفَىٰ بِمَا عَـٰهَدَ عَلَيۡهُ ٱللَّهَ فَسَيُؤۡتِيهِ أَجۡرًا عَظِيمً۬ا 

على: adalah huruf (جر) dan (ه) dhamir muttasil yakni bersambung, sepatutnya didirikan dengan baris bawah (kasrah) dan menjadi (alaihi Allah) mengikut kaedah-kaedah tatabahasa mereka. Oleh itu, dari mana datangnya baris hadapan (dhammah) bagi mereka dan menjadi (alaihu Allah). Apakah ada orang yang sedar dan melihat bagaimana sepanjang masa Allah menjadikan kalamNya di sisi mereka bertentangan dengan kaedah-kaedah nahu mereka.

Begitu juga Firman Allah SWT dalam surah An Nisa', ayat 162:

لَّـٰكِنِ ٱلرَّٲسِخُونَ فِى ٱلۡعِلۡمِ مِنۡہُمۡ وَٱلۡمُؤۡمِنُونَ يُؤۡمِنُونَ بِمَآ أُنزِلَ إِلَيۡكَ وَمَآ أُنزِلَ مِن قَبۡلِكَ‌ۚ وَٱلۡمُقِيمِينَ ٱلصَّلَوٰةَ‌ۚ وَٱلۡمُؤۡتُونَ ٱلزَّڪَوٰةَ وَٱلۡمُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِ وَٱلۡيَوۡمِ ٱلۡأَخِرِ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ سَنُؤۡتِيہِمۡ أَجۡرًا عَظِيمًا     

المقيمين: adalah ma'tuf (mengikut) ke atas kalimat (ٱلۡمُؤۡمِنُونَ) sebelumnya, sepatutnya ia menjadi (المقيمون الصلاة والموءتون الزكاة) mengikut kaedah-kaedah nahu mereka.  Oleh itu ma'tuf (kalimat yang mengikut ke atas kalimat sebelumnya) adalah mengikut ma'tuf alaih (kalimat yang diikut ke atasnya), samada menjadi mansub (baris atas) atas marfu' (baris hadapan), iaitu        : (المقيمين الصلاة والمؤتين الزكاة) atau (المقيمون الصلاة والمؤتون الزكاة), kesemua ini adalah mengikut kaedah-kaedah nahu mereka.

Firman Allah SWT di dalam surah Al Baqarah, ayat 124:

 وَإِذِ ٱبۡتَلَىٰٓ إِبۡرَٲهِـۧمَ رَبُّهُ ۥ بِكَلِمَـٰتٍ۬ فَأَتَمَّهُنَّ‌ۖ قَالَ إِنِّى جَاعِلُكَ لِلنَّاسِ إِمَامً۬ا‌ۖ قَالَ وَمِن ذُرِّيَّتِى‌ۖ قَالَ لَا يَنَالُ عَهۡدِى ٱلظَّـٰلِمِينَ

Sebetulnya mengikut kaedah-kaedah nahu mereka adalah (الظالمون)

Terdapat banyak riwayat daripada Ahlulbayt (as) yang menguatkan bahawa Bahasa Arab tidak memberi manfaat kepada orang yang mempelajarinya dan tidak pula memudharatkan orang yang meninggalkannya.

ومما استطرفناه من كتاب جعفر بن محمد بن سنان الدهقان جعفر بن محمد، قال حدثني عبد الله، عن درست بن أبي منصور، عن عبد الحميد بن أبي العلا، عن أبي إبراهيم عليه السلام، قال دخل رسول الله صلى الله عليه وآله المسجد، فإذا جماعة قد أطافوا برجل، فقال رسول الله صلى الله عليه وآله ما هذا؟ فقالوا علامة، يا رسول الله فقال صلى الله عليه وآله وما العلامة، قالوا عالم بأنساب العرب، ووقائعها، وأيام الجاهلية، والشعر، والعربية، فقال رسول الله صلى الله عليه وآله ذلك علم لا يضر من جهله، ولا ينفع من علمه

Dari kitab Jaafar bin Muhammad bin Sinan Ad Dahqan Jaafar bin Muhammad, telah berkata: menceritakan kepada aku Abdullah, daripada Darast bin Abi Mansur, daripada Abdul Hamid bin Abi Al 'Ala, daripada Abi Ibrahim (as), telah berkata: Rasulullah (sawas) telah masuk ke dalam masjid, apabila satu kumpulan orang sedang mengelilingi seorang lelaki, lalu Rasulullah (sawas) bersabda: Apa ini? lantas mereka menjawab: seorang alim besar (allamah), wahai Rasulullah. Maka Rasulullah (sawas) bersabda: Alim besar apa? Mereka menjawab: seorang alim dalam nasab keturunan Arab, peperangannya, hari-hari jahiliah, syair dan tatabahasa Arab. Maka bersabda Rasulullah (sawas): ilmu itu tidak memudharatkan daripada kejahilannya, dan tidak pula memanfaatkan daripada mengetahuinya. [As Sarair, Ibn Idris Al Hilli, jilid 3, ms 626]

 محمد بن يحيى، عن أحمد بن محمد، عن علي بن فضال، عن علي بن عقبة، عن عمرو، عن أبي عبد الله (عليه السلام) قال: قال لنا ذات يوم: تجد الرجل لا يخطئ بلام ولا واو خطيبا مصقعا ولقلبه أشد ظلمة من الليل المظلم، وتجد الرجل لا يستطيع يعبر عما في قلبه بلسانه وقلبه يزهر كما يزهر المصباح

Daripada Amru, daripada Abi Abdillah (as), telah berkata: Dia telah berkata kepada kami pada satu hari: (Kamu dapati seorang lelaki berkhutbah dengan suara yang lantang tanpa melakukan kesilapan dengan "ل" dan tidak juga "و", dan hatinya lebih gelap daripada kegelapan malam. Dan kamu dapati seorang lelaki yang tidak mampu menggambarkan apa yang ada di dalam hatinya dengan lidahnya, dan hatinya lebih terang seperti terangnya lampu). [Al Kafi, Syeikh Al Kulayni, jilid 2, ms 422]

دلالة واضحة على أن حسن الظاهر وطلاقة اللسان وفصاحة البيان بدون تنور القلب وصفاءه واستقامته لا عبرة بها وإنما العبرة بصفاء الباطن ونورانيته وإن لم يكن معه صفاء الظاهر والله الناظر الرقيب لاينظر إلى صور ظاهركم وانما ينظر إلى صور باطنكم. اللهم نور قلوبنا بنور الإيمان

Pembuktian yang jelas bahawa imej luaran yang elok, kelancaran lisan dan kefasihan tanpa keterangan hati, kesuciannya dan istiqamahnya itu tiada pengajaran dengannya. Adapun pengajaran atau teladan itu adalah dengan kesucian batin dan nuraninya, walaupun tidak ada bersamanya kesucian luaran. Allah yang sentiasa Melihat dan Mengawasi, tidak pernah melihat rupa bentuk luaran kamu, tetapi Dia melihat kepada gambaran batin kamu. Ya Allah terangilah hati-hati kami dengan cahaya keimanan. [Syarh Usul Al Kafi, Mawla Muhammad Salih Al Mazendrani, jilid 10, ms 145]

 (أحمد بن محمد بن فهد الحلي في عدة الداعي: عنهم (عليهم السلام): (ان سين بلال عند الله شين

Ahmad bin Muhammad bin Fahd Al Hilli di dalam kitabnya Uddat Al Da'ie, daripada mereka (as): (Sesungguhnya "س" Bilal di sisi Allah adalah "ش"). [Al Hadaiq Al Nazhirah, Al Bahrani, jilid 8, ms 129]

 وفيه: جاء رجل إلى أمير المؤمنين (عليه السلام) فقال: يا أمير المؤمنين إن بلالا كان يناظر اليوم فلانا، فجعل يلحن في كلامه، وفلان يعرب ويضحك من فلان، فقال أمير المؤمنين عليه السلام: 
إنما يراد اعراب الكلام وتقويمه، ليقوم الاعمال ويهذبها، ما ينفع فلانا اعرابه وتقويمه، إذا كانت أفعاله ملحونة أقبح لحن، وما ذا يضر بلالا لحنه، إذا كانت أفعاله مقومة أحسن تقويم، ومهذبة أحسن تهذيب.

Di dalam kitab tersebut juga: (Seorang lelaki telah datang kepada Amirul Mukminin (as), lantas berkata: Wahai Amirul Mukminin, sesungguhnya bilal berdebat dengan si fulan hari itu, maka dia telah tersalah dalam percakapannya, dan si fulan berbahasa Arab dengan fasih dan seorang fulan lagi bergelak ketawa. lalu Amirul Mukminin (as) berkata: Sesungguhnya apa yang dia kehendaki adalah I'rab (analisa tentang perubahan kalimat bahasa Arab) percakapan dan pembetulannya untuk mendirikan amalan-amalan dan memperelokkannya. Tidak bermanfaat I'rab si fulan  dan pembetulannya apabila perbuatannya adalah salah dan seburuk-buruk kesalahan, dan tiada yang memudharatkan bilal akan kesalahan percakapannya apabila perbuatan-perbuatannya dibentuk dengan sebaik-baik bentuk, dan dididik dengan sebaik-baik pendidikan). [Mustadrak Al Wasail, Al Mirza Al Nuri, jilid 4, ms 278]

 أخبرني محمد، حدثني موسى، قال: حدثنا أبي، عن أبيه، عن جده جعفر بن محمد، عن أبيه، عن آبائه (عليهم السلام)، قال: قال رسول الله (صلى الله عليه وآله): (إن الرجل الأعجمي ليقرأ القرآن على أعجميته، فترفعه الملائكة على عربيته)

Mengkhabarkan kepadaku Muhammad, menceritakan kepadaku Musa, telah berkata: menceritakan kepada kami bapaku, daripada bapanya, daripada datuknya Jaafar bin Muhammad, daripada bapanya, daripada bapa-bapanya (as), telah berkata: Rasulullah (sawas) telah bersabda: (Sesungguhnya seorang lelaki A'jam (non Arab) membaca Al Quran mengikut lenggok non Arabnya, maka Malaikat mengangkat ketinggian bahasa Arabnya). [Mustadrak Al Wasail, Al Mirza Al Nuri, jilid 4, ms 280)

أحمد بن محمد السياري في التنزيل والتحريف: بعض أصحابنا، عن ربعي، عن حويزة بن أسماء قال: قلت لأبي عبد الله (عليه السلام): انك رجل لك فضل، لو نظرت في هذه العربية فقال: لا حاجة لي في سهككم هذا)

Ahmad bin Muhammad Al Siyari di dalam kitab Al Tanzil fi Al Tahrif: Sebahagian sahabat kami, daripada Rab'ie, daripada Huwaizah bin Asma', telah berkata: (Aku telah berkata kepada Abi Abdillah (as): Sesungguhnya kamu adalah seorang lelaki yang bagi kamu segala kelebihan/ keutamaan, jika kamu melihat pada tatabahasa Arab ini, seraya dia (as) berkata: Tiada bagi ku keperluan pada bau tengik kamu ini). [Mustadrak Al Wasail, Al Mirza Al Nuri, jilid 4, ms 279]

وروي عنه (عليه السلام) قال: من انهمك في طلب النحو سلب الخشوع

Diriwayatkan daripada Abi Abdillah (as): (Barangsiapa yang bertungkus lumus di dalam menuntut nahu/ tatabahasa telah merampas ketundukan). [Mustadrak Safinatu Al Bihar, Syeikh Al Namazi Al Shahrudi, jilid 7, ms 139]

وعن حماد، عن ربعي، عن محمد بن مسلم قال: قرأ أبو عبد الله (عليه السلام) ولقد نادينا، نوحا قلت: نوح! ثم قلت: جعلت فداك لو نظرت في هذا أعني العربية، فقال: دعني من سهككم

Daripada Muhammad bin Muslim, telah berkata: (Abu Abdillah (as) telah membaca: ولقد نادينا نوحا, aku berkata: نوح, kemudian aku berkata lagi: jika kamu melihat pada ini yang aku maksudkan tatabahasa Arab, Lantas (as) berkata: Hindarkan aku dari bau tengik kamu). [Jami' Ahadith Al Syiah, Syed Al Barujerdi, jilid 15, ms 35]

:وعن الحجال، عن قطبة بن ميمون، عن عبد الأعلى قال
قال أبو عبد الله (عليه السلام): أصحاب العربية يحرفون الكلم عن مواضعه

Daripada Al Hijaal, daripada Qutbah bin Maymun, daripada Abdul A'la, telah berkata: Telah berkata Abu Abdillah (as): (Ahli tatabahasa Arab menyelewengkan kata-kata daripada tempatnya). [Mustadrak Al Wasail, jilid 4, ms 280]   

 عن أمير المؤمنين (عليه السلام): الشرف عند الله سبحانه بحسن الأعمال، لا بحسن الأقوال

Daripada Amirul Mukminin (as): (Kemuliaan di sisi Allah adalah dengan mengelokkan amalan, bukan dengan mengelokkan kata-kata). [Mizan Al Hikmah, jilid 3, 2120]

عن أمير المؤمنين (عليه السلام): إنكم إلى إعراب الأعمال أحوج منكم إلى إعراب الأقوال

Daripada Amirul Mukminin (as): (Sesungguhnya kamu lebih memerlukan kepada analisa amalan-amalan kamu berbanding analisa percakapan). [Mizan Al Hikmah, jilid 3, ms 2120]

شرار أمتي: الثرثارون والمتشدقون المتفيهقون، وخيار أمتي أحاسنهم أخلاقا قال رسول الله صلى الله عليه وسلم:

Telah bersabda Rasulullah (sawas): (Sejahat-jahat umatku adalah orang yang banyak berleter, memperelokkan dan memahirkan percakapan, dan sebaik-baik umatku adalah mereka yang paling baik akhlaknya). [Kanz Al Ummaal, Al Muttaqi Al Hindi, jilid 3, ms 561]  

وعن أبي أمامة قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم سيكون رجال من أمتي يأكلون ألوان الطعام ويشربون ألوان الشراب ويلبسون ألوان الثياب ويتشدقون في الكلام فأولئك شرار أمتي

Rasulullah (sawas) telah bersabda: (Akan ada lelaki-lelaki dari umatku yang memakan beraneka makanan, meminum berbagai jenis minuman, memakai pakaian berwarna-warni, dan memperelokkan percakapan, mereka adalah seburuk-buruk umatku). [Majma' Al Zawaid, jilid 10, ms 250]

 شرار أمتي الذين غذوا بالنعيم، الذين يأكلون ألوان الطعام ويلبسون ألوان الثياب، ويتشدقون في الكلام

Rasulullah (sawas) telah bersabda: (Seburuk-buruk umatku adalah makan dengan mewah, mereka memakan beraneka makanan dan memakai pakaian berwarna-warni, serta memperelokkan percakapan). [Kanzul Ummaal, Al Muttaqi Al Hindi, jilid 3, ms 561]

 شرار أمتي الذين ولدوا في النعيم، وغذوا به، ويأكلون من الطعام ألوانا، ويلبسون من الثياب ألوانا، ويركبون من الدواب ألوانا ويتشدقون في الكلام

(Seburuk-seburuk umatku adalah mereka yang dilahirkan dalam kemewahan, kenyang dengannya, memakan beraneka makanan, dan memakai pakaian berwarna-warni, menunggang berbagai jenis tunggangan, dan memperelokkan percakapan).  [Kanzul Ummaal, Al Muttaqi Al Hindi, jilid 3, ms 561]

عنه (صلى الله عليه وآله): لعن الله الذين يشققون الخطب تشقيق الشعر

Daripada Rasulullah (sawas): (Allah melaknat mereka yang menyukarkan ucapan sesukar syair). [Mizan Al Hikmah, Muhammad Al Risyahri, jilid 1, ms 291]

 رسول الله (صلى الله عليه وآله): أبغض الناس إلى الله تعالى البليغ الذي يتخلل بلسانه تخلل الباقرة بلسانها

Rasulullah (sawas) telah bersabda: (Sesungguhnya Allah Taala membenci lelaki-lelaki yang fasih, yang menyilangi lidahnya sepertimana lembu betina menyilangi lidahnya). [Mizan Al Hikmah, Muhammad Al Risyahri, jilid 1, ms 290][Musnad Ahmad, jilid 2, ms 165][Sunan Ibnu Daud, jilid 2, ms 478]

عنه (صلى الله عليه وآله): إن الله ليبغض الرجل البليغ الذي يلعب بلسانه كما تلعب الباقرة

Daripada Rasulullah (sawas): (Sesungguhnya Allah amat membenci lelaki yang fasih, yang bermain dengan lidahnya sepertimana lembu betina). [Mizan Al Hikmah, Muhammad Al Risyahri, jilid 1, ms 290]

 إن الله لا يحب هذا وضربه يلوون ألسنتهم للناس لي البقر لسانها بالمراعي، كذلك يلوى الله ألسنتهم ووجوههم في جهنم

Daripada Rasulullah (sawas): (Sesungguhnya Allah tidak menyukai ini dan memutar-mutarkan lidah-lidah mereka kepada manusia sepertimana seekor lembu memutar-mutarkan lidahnya di padang ragut, begitulah Allah akan memutar-mutarkan lidah-lidah mereka di dalam neraka jahanam). [Kanzul Ummal, Al Muttaqi Al Hindi, jilid 3, 563][Majma' Al Zawaid, Al Haithami, jilid 10, 262]

 يأتي على الناس زمان يتخللون في الكلام بألسنتهم، كما تخلل البقر بألسنتهم

(Akan datang satu zaman atas manusia, di mana mereka menyilangi lidah-lidah mereka di dalam percakapan, sepertimana lembu-lembu mengilangi lidah-lidah mereka). [Kanzul Ummal, Al Muttaqi Al Hindi, jilid 3, ms 563]

 عن الصادق عليه السلام: في قوله: الذين آتيناهم الكتاب يتلونه حق تلاوته، قال: يرتلون آياته ويتفقهون به ويعملون بأحكامه، ويرجون وعده ويخافون وعيده، ويعتبرون بقصصه، ويأتمرون بأوامره، وينتهون بنواهيه، ما هو والله حفظ آياته، ودرس حروفه، وتلاوة سورة، ودرس أعشاره وأخماسه، حفظوا حروفه وأضاعوا حدوده، وإنما هو تدبر آياته والعمل بأحكامه، قال الله تعالى: كتاب أنزلناه إليك مبارك ليدبروا آياته

Daripada Imam Sadiq (as) di dalam tafsir firmanNya: "Orang-orang yang Kami berikan Kitab kepada mereka, sedang mereka membacanya dengan sebenar-benar bacaan", telah berkata: mereka membaca ayat-ayatnya, mempelajarinya, beramal dengan hukum-hakamnya, mengharapkan janjinya, takut akan balasannya, mengambil iktibar dari kisah-kisahnya, melaksanakan perintah-perintahnya, mencegah segala larangannya. Demi Allah dia bukanlah orang yang memelihara ayat-ayatnya, mempelajari huruf-hurufnya, membaca surah-surahnya, mempelajari A'shaar dan Akhmaasnya, memelihara hurufnya dan meletakkan baris-barisnya. Tetapi dia memerhatikan ayat-ayatnya, dan beramal dengan hukum-hakamnya, firman Allah Taala: Ini adalah sebuah kitab yang Kami turunkan kepadamu penuh dengan berkah supaya mereka memperhatikan ayat-ayatnya. [Tafsir Al Mizan, jilid 1, 266][Irshad Al Qulub, Al Daylami, ms 319]

Kesimpulan:

1. Ketepatan Ilmu Nahu dalam ucapan-ucapan seorang Hujjat adalah syarat yang diciptakan kemudian oleh ulama-ulama ghayru amilin bertujuan untuk menjauhkan umat dari mengenal Hujjat sebenar.

2. Ilmu nahu tidak pernah dijadikan syarat oleh Quran dan Ahlulbayt (as) dalam mengenali Hujjat, sebaliknya kedua-duanya mencela berlebih-lebihan mempraktikkan ilmu ini dan tidak menjadikan prasyarat mengenali Hujjat buat mereka yang tidak mengetahuinya. 

3. Ahlulbayt (as) menekankan kepada penyampaian makna berbanding memperelokkan dan memperindahkan ucapan yang tidak menyampaikan kepada makna. Lafaz hanyalah wasilah menyampaikan kepada makna dan bukannya hujah. 

4. Mempelajari ilmu tatabahasa adalah untuk memahami makna ayat-ayat Quran dan kata-kata Ahlulbayt (as), bukannya untuk memperelokkan ucapan dan menilai kebenaran Hujjat berdasarkan ketepatan ilmu tersebut.


               

PENERIMAAN RIWAYAT-RIWAYAT AHLULBAYT (AS) DAN KERUNTUHAN ILMU RIJAL


Apa yang dimaksudkan dengan ilmu rijal adalah: kajian tentang hal keadaan perawi-perawi dan sejauhmana ketepatan mereka, kebolehpercayaan mereka dan ketelitian mereka dalam memindahkan riwayat. Ilmu ini telah digunakan bagi tujuan-tujuan siasah politik pihak-pihak tertentu yang bertentangan dengan jalan Muhammadi yang original.  Yang demikian itu berkitar di pada melemahkan nas-nas yang dinisbahkan kepada maksumin (as), yang tidak bertepatan dengan kemaslahatan pihak-pihak tersebut dan sekaligus menjadikan nas-nas tersebut sebagai tiada nilai di sisi akal mahupun syara'. 

Imu rijal ini telah berjaya menyebarkan keraguan-keraguan di dalam mengesahkan nas-nas yang dinisbahkan kepada maksumin (as), dengan peneguhan kepada si perawi dan tidak memandang langsung kepada nilai akidah dan fiqh pada apa yang diriwayatkan. Kelompok rasionalis dan ahli-ahli ijtihad adalah yang mula-mula membuka pintu ilmu ini bagi memilih apa yang bersesuaian dengan titik pemikiran mereka, namun ianya tidak dapat memelihara kemaslahatan mereka samada pada waktu ini atau di masa akan datang. Ini sekaligus menunjukkan bahawa ilmu rijal bertentangan dengan manhaj Qurani iaitu manhaj tabayyun (penyelidikan/ penerangan/ penjelasan kebenaran):  

Firman Allah SWT: 

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِن جَآءَكُمۡ فَاسِقُۢ بِنَبَإٍ۬ فَتَبَيَّنُوٓاْ

Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti. (Al Hujurat: 6) 

Di dalam ayat Quran di atas menghukumkan orang yang membawa berita dengan kefasikan dan Allah mengfirmankan supaya menyelidiki berita tersebut. Oleh itu manhaj Quran adalah menyelidiki isi kandungan (matan) dan bukannya perawi, kerana perawi-perawi yang dipercayai (thiqat) mungkin kesamaran, terkeliru dan tersilap atas satu-satu perkara. Maka adakah kita sewenang-wenangnya menerima hadis atau kita juga terpaksa memeriksa isi kandungan (matan)? Wajib bagi kita menyelidiki matan, walaupun sekiranya si perawinya adalah seorang yang dipercayai atau fasik, kerana perawi bukanlah hujjah tetapi hujjah hadis adalah matan riwayat. Juga kerana agama (Din) Allah tidak dikenali dengan rijal tetapi dengan ayat (tanda) kebenaran, maka kenalilah kebenaran dan kamu akan kenali pembawanya.

 أبي رحمه الله قال: حدثنا سعد بن عبد الله، عن أحمد بن أبي عبد الله عن محمد بن إسماعيل بن بزيع، عن جعفر بن بشير، عن أبي حصين، عن أبي بصير، عن أحدهما عليهما السلام قالوا: لا تكذبوا بحديث أتاكم به مرجئي ولا قدري ولا خارجي نسبه إلينا، فإنكم لا تدرون لعله شئ من الحق فتكذبوا الله عز وجل فوق عرشه

Daripada Ahmad bin Muhammad bin Khalid Al Barqi, daripada Muhammad bin Ismail, daripada Jaafar bin Bashir, daripada Abi Al Hashin, daripada Abi Basir, daripada Abi Jaafar (as) atau Abi Abdillah (as), telah berkata: Jangan kamu mendustakan hadis yang didatangkannya oleh seorang Murji’ah, qadari, dan khariji  yang dinisbahkannya kepada kami, kerana sesungguhnya kamu tidak mengetahui berkemungkinan ia sesuatu dari kebenaran dan seterusnya kamu mendustakan Allah atas Arasy-Nya.”   [Al Mahasin, Ahmad bin Muhammad bin Khalid Al Barqi, jilid 1, ms 230] ['IIal Al Sharai', jilid 2, ms 390]


أخبرنا محمد بن عبد الله بن المطلب الشيباني، قال: حدثنا محمد بن علي بن مهدي الكندي، قال: حدثنا محمد بن علي بن عمرو بن ظريف الحجري، قال: حدثني أبي، عن جميل بن صالح، عن أبي خالد الكابلي، عن الأصبغ بن نباتة قال:
 .دخل الحارث الهمداني على أمير المؤمنين علي بن أبي طالب (عليه السلام) في نفر من الشيعة وكنت فيهم 
قال (عليه السلام): فحسبك يا أخا همدان، ألا إن خير شيعتي النمط الأوسط، إليهم يرجع الغالي وبهم يلحق التالي، فقال له الحارث: لو كشفت فداك أبي وأمي الريب عن قلوبنا وجعلتنا في ذلك على بصيرة من أمرنا.
قال: فذاك فإنه أمر ملبوس عليه، ان دين الله لا يعرف بالرجال بل بآية الحق فاعرف الحق تعرف أهله، يا حار! ان الحق أحسن الحديث والصادع به مجاهد

Daripada Abi Khalid Al Kabili, daripada Al Asbagh bin Nubatah, telah berkata: Al Harith Al Hamdani telah masuk berjumpa dengan Amirul Mukminin Ali bin Abi Talib (as) bersama sekumpulan Syiah dan aku salah seorang dari mereka, di dalam hadis yang panjang sehingga (as) berkata: Maka memadai buat kamu wahai saudara Hamdan, ingat bahawa sebaik-baik syiahku adalah yang mengikut jalan pertengahan, kepada merekalah kembali orang yang ekstrim dan dengan mereka jugalah menyusul orang yang mengikut. 

Maka berkata kepadanya Al Harith: Jika engkau dedahkan pada ku keraguan yang bersarang di hati kami dan engkau jadikan yang demikian itu terang benderang pada urusan kami, maka bapaku dan ibuku adalah tebusanmu.
  
Berkata (as): tebusanmu, sesungguhnya ia adalah urusan yang dikelirukan ke atasnya, bahawa agama Allah itu tidak dikenali dengan orang (rijaal) tetapi dengan tanda (ayat) kebenaran, maka kenalilah kebenaran nescaya kamu kenal ahlinya. Wahai Haar! sesungguhnya kebenaran itu sebaik pemberitaan dan orang yang berjalan dengannya adalah seorang mujahid." [Bisharat Al Mustafa, At Tabari, ms 22]  


Hadis-hadis yang meruntuhkan ilmu rijal:

Hadis Pertama:

عن محمد بن يحي، عن أحمد بن محمد، عن ابن محبوب، عن جميل بن صالح، عن أبي عبيدة الحذاء قال: سمعت أبا جعفر (عليه السلام) يقول: والله إن أحب أصحابي إلي أورعهم وأفقههم وأكتمهم لحديثنا وإن أسوأهم عندي حالا وأمقتهم للذي إذا سمع الحديث ينسب إلينا ويروى عنا فلم يقبله اشمأز منه وجحده وكفر من دان به وهو لا يدري لعل الحديث من عندنا خرج وإلينا أسند، فيكون بذلك خارجا عن ولايتنا

Daripada Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ibnu Mahbub, daripada Jamil bin Soleh, daripada Abi Ubaidah Al Khiza' telah berkata: Aku telah mendengar  Aba Jaafar (a.s) berkata: “Demi Allah, sesungguhnya sahabat-sahabat yang paling dikasihi di sisiku adalah mereka yang paling wara’, yang paling faqih, dan yang paling berahsia tentang hadis kami. Dan mereka yang paling buruk perlakuannya di sisiku dan paling dibenci adalah mereka yang apabila mendengar sesuatu hadis yang dinisbahkan kepada kami dan diriwayatkan daripada kami yang tidak bersesuaian dengan akalnya, maka dibencinya, ditentangnya dan mengkafirkan mereka yang berpegang dengannya. Sedangkan dia tidak mengetahui bahawa hadis itu memang dikeluarkan dari sisi kami dan disandarkan kepada kami, maka dengan demikian dia telah terkeluar dari wilayah kami.”[Al Kafi, jilid 2, ms 223]

1. Muhammad bin Yahya Al Attar Al Qummi: telah berkata tentangnya An Najashi di dalam kitab Rijalnya, halaman 353, nombor 946: (Muhammad bin Yahya Abu Jaafar Al Attar Al Qummi, seorang guru (syeikh) sahabat-sahabat kami pada zamannya, dipercayai, mulia dan banyak meriwayatkan hadis. Memiliki banyak kitab, antaranya: kitab Maqtal Al Hussain (as), kitab Al Nawadir,  sebilangan sahabat-sahabatku telah memberitahuku daripada anaknya Ahmad, daripada bapanya tentang kitab-kitabnya.)

2. Ahmad bin Muhammad bin Isa Al Asy'ari: Telah berkata Syeikh Al Toosi di dalam kitabnya Al Fihrist, halaman 68: (...seorang syeikh dari Qum, kenamaannya dan ahli fiqhnya...). Berkata Allamah Al Hilli di dalam kitabnya Khulasah Al Aqwaal, halaman 61:( Abu Jaafar adalah seorang syeikh di Qum, kenamaannya dan ahli fiqhnya yang tidak perlu dibela lagi, dia juga adalah ketua yang Sultan sering berjumpa dengannya, dia pernah berjumpa dengan Aba Al Hassan Al Ridha (as), Aba Jaafar Al Thani (as) dan Aba Al Hassan Al Askariy (as), seorang yang dipercayai, dan dia memiliki banyak kitab yang kami sebutkannya di dalam kitab Al Kabir).

3. Al Hassan bin Mahboob: Telah berkata Syeikh AL Toosi di dalam kitabnya Al Fihrist, halaman 96, nombor 162: 2 : ( Al Hassan bin Mahboob Al Saraad, dia juga dipanggil: Al Zaraad, diberi gelaran Aba Ali...dipercayai, meriwayatkan dari Abal Hassan Al Ridha (as), meriwayatkan daripada 60 sahabat Abi Abdillah (as), dia adalah seorang yang berkebolehan tinggi dan dikira sebagai salah seorang dari empat tonggak utama pada zamannya). 

4. Jamil bin Soleh: Telah berkata Al Najashi di dalam kitab Rijalnya, halaman 127, nombor 329: (Jamil bin Soleh Al Asadi seorang yang dipercayai, ternama, meriwayatkan daripada Abi Abdillah (as) dan Abi Al Hassan (as)).

5. Abu Abdillah Al Khiza': Telah berkata Al Najashi di dalam kitab Rijalnya, halaman 170, nombor 449: (Ziyad bin Isa Abu Abdillah Al Khiza' berasal dari Kufah, dipercayai, meriwayatkan daripada Abi Jaafar (as) dan Abi Abdillah (as)...meninggal dunia pada masa hayat Abi Abdillah (as)).

Hadis Kedua:

حدثنا أحمد بن محمد بن عيسى عن الحسين بن سعيد ومحمد بن خالد البرقي عن عبد الله بن جندب عن سفيان بن السمط قال قلت لأبي عبد الله * ع * جعلت فداك يأتينا الرجل من قبلكم يعرف بالكذب فيحدث بالحديث فنستبشعه فقال أبو عبد الله * ع * يقول لك انى قلت الليل انه نهار والنهار انه ليل قلت لا قال فان قال لك هذا اني قلته فلا نكذب به فإنك إنما تكذبني  

Daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada Al Hussin bin Said dan Muhammad bin Khalid Al Barqi, daripada Abdillah bin Jundub, daripada Sufyan bin Al Simath, telah berkata: Aku telah berkata kepada Abi Abdillah (as): dijadikan aku tebusanmu, mendatangi kami seorang lelaki yang dikenali dengan berdusta, lalu berbicara tentang suatu hadis, maka kami menganggapnya sebagai jelik. Maka berkata Abu Abdillah (as): Dia berkata kepada kamu bahawa aku berkata sesungguhnya malam itu adalah siang dan siang adalah malam? Aku berkata: Tidak. Berkata (as): Jika dia telah berkata sebegini kepada kamu  bahawa aku telah katakannya, maka janganlah kamu mendustakannya dan sesungguhnya kamu seolah-olah  sedang mendustakan aku.  [Mukhtasar Bashair Al Darajat, Al Hassan bi Sulaiman Al Hilli, ms 76][Bihar Al Anwar, jilid 2, ms 211]

1. Ahmad bin Muhammad bin Isa: Telah berkata Syeikh Al Toosi di dalam kitabnya Al Fihrist, halaman 68:  (...seorang syeikh dari Qum, kenamaannya dan ahli fiqhnya...). Berkata Allamah Al Hilli di dalam kitabnya Khulasah Al Aqwaal, halaman 61:( Abu Jaafar adalah seorang syeikh di Qum, kenamaannya dan ahli fiqhnya yang tidak perlu dibela lagi, dia juga adalah ketua yang Sulta sering berjumpa dengannya, di apernah berjumpa dengan Aba Al Hassan Al Ridha (as), Aba Jaafar Al Thani (as) dan Aba Al Hassan Al Askariy (as), dipercayai, dan dia memiliki banyak kitab yang kami sebutkannya di dalam kitab Al Kabir).

2. Al Hussin bin Said: Disahkan dipercayai oleh Syeikh Al Toosi di dalam kitab Rijalnya, halaman 355, maka dia telah berkata: (...pemilik kitab Al Ahwazi, seorang dipercayai). Telah berkata Al Toosi di dalam kitabnya Al Fihrist juga: (dipercayai, telah meriwayatkan daripada Imam Ridha dan Abi Jaafar Al Thani dan Abi Al Hassan Al Thalith alaihimussalam...baginya 30 kitab dan disebutkan juga bahawa Ahmad bin Muhammad bin Isa telah meriwayatkan daripadanya).

3. Muhammad bin Khalid Al Barqi: disahkan dipercayai oleh Syeikh Al Toosi di dalam kitab Rijalnya, halaman 363 dengan berkata: (dipercayai, dari kalangan sahabat Imam Ridha (as)). Disebutkan di dalam kitab Kamil Al Ziyarat halaman 352, 319, 318 dan lain-lainnya. Telah berkata tentangnya oleh Sayyed Al Khoei di dalam kitab Al Mu'jam, jilid 17, halaman 69: (Disebutkan namanya di dalam isnad Tafsir Al Qummi berkenaan firman Allah Taala: 
( فَقَدۡ ءَاتَيۡنَآ ءَالَ إِبۡرَٲهِيمَ ٱلۡكِتَـٰبَ وَٱلۡحِكۡمَةَ وَءَاتَيۡنَـٰهُم مُّلۡكًا عَظِيمً۬ا ) dan begitu juga di dalam bab pertama kitab Kamil Al Ziyarat, ganjaran pahala ziyarat Rasulullah (sawas) dan Imam Al Hussin (as).

4. Abdullah bin Jundub: Telah berkata Syeikh Al Toosi di dalam kitab rijalnya, halaman 340: (seorang Arab, orang Kufah, dipercayai). Disahkan dipercayai oleh Al Allamah Al Hilli dan memuji ke atasnya dengan pujian yang banyak, sila rujuk Khulasah Al Aqwaal halaman 193.

5. Sufyan bin Al Simath: Telah berkata tentangnya oleh Syeikh Al Toosi di dalam kitab rijalnya, halaman 220: (Al Bajli, orang Kufah, diriwayatkan daripadanya). Al Muhaqqiq Ad Dammaad berkomentar ke atas kata-kata Syeikh Al Toosi dengan berkata: (yang demikian amat nyata sekali ketinggiannya yang tidak dapat disembunyikan daripada orang-orang yang berilmu) Ithna 'Ashar Risalah, jilid 7, halaman 28. Dia adalah salah seorang dari  Syeikh (guru) Ibnu Ameer yang tidak meriwayatkan melainkan daripada mereka yang dipercayai, sila rujuk kitab Al Kafi, jilid 6, halaman 504. Dia juga adalah salah seorang syeikh (guru) kepada Ahmad bin Muhammad bin Abi Basir Al Bizanti, sila rujuk kitab Al Kafi, jilid 2, halaman 380. Perawi dipercayai Abdullah bin Jundub telah banyak meriwayatkan daripadanya, ini adalah pendamping yang jelas akan kebolehpercayaannya.


Hadis ketiga:


حدثنا محمد بن الحسين عن محمد بن إسماعيل عن حمزة بن بزيع عن علي السناني عن أبي الحسن ع انه كتب إليه في رسالة ولا تقل لما بلغك عنا أو نسب إلينا هذا باطل وان كنت تعرفه خلافه فإنك لا تدري لم قلنا وعلى أي وجه وصفة

Al Safar meriwayatkan daripada Muhammad bin Al Hussin, daripada Muhammad bin Ismail, daripada Hamzah bin Bazigh, daripada Ali bin Al Sinani, daripada Abi Al Hassan (a.s) telah berkata: ”...jangan kamu katakan apa yang disampaikan kepada kamu daripada kami atau sesuatu yang dinisbahkan kepada kami sebagai batil, walaupun kamu mengetahui sebaliknya. Sesungguhnya kamu tidak mengetahui mengapa, bagaimana keadaan dan sifat ia dikatakan.” [Bashair Al Darajaat, ms 558][Al Kafi, jilid 8, ms 125][Bihar Al Anwar, jilid 2, ms 209]

1. Al Saffar: disahkan dipercayai oleh Al Najashi dan lain-lainnya.

2. Muhammad bin Al Hussin: disahkan dipercayai oleh Al Najashi di halaman 334. Begitu juga Syeikh Al Toosi di dalam kitab Rijalnya halaman 79 dan 391. Disebutkan di dalam isnad kitab Kamil Al Ziyarat halaman 63, 47 dan 210.

3. Muhammad bin Ismail bin Bazigh: Disahkan dipercayai oleh Al Najashi halaman 330, nombor 893. Dimuktabarkan oleh Al Allamah Al Hilli di dalam ktabnya Mukhtalaf Al Syiah, jilid 4, halaman 170: (dipercayai, shahih, orang Kufah...).

4. Hamzah bin Bazigh: Disahkan dipercayai oleh Al Allamah Al Hilli di dalam kitabnya Khullasah Al Aqwaal di halaman 121. Berkata lain-lainnya yang dia adalah seorang waqifi, tetapi ini tidaklah memudharatkan kita untuk berpegang ke atas kata-kata  bahawa selagimana dia dipercayai dalam pemindahan hadis, sepertimana yang dinaskan hal ini daripada Aimmah (as) yang suci dan ulama-ulama ilmu rijal.  

5. Ali Al Sinani: Ali bin Suwaid Al Sinani, kerana dia adalah salah seorang dari penulis Imam Ridha (as). Disahkan dipercayai oleh Syeikh Al Toosi di dalam kitab Rijalnya, halaman 359 bernombor 5320. Disebutkan pengesahan tersebut oleh Al Muhaqqiq Al Khoei didalam  kitabnya Mu'jam Rijal Al Hadis, jilid 13, halaman 58, nombor 8202.


Hadis keempat:


*أحمد بن محمد بن خالد البرقي، عن محمد بن اسماعيل، عن جعفر بن بشير، ( عن أبي الحصين ) عن أبي بصير، عن أبي جعفر (ع) أو عن أبي عبد الله (ع) قال: ( لا تكذبوا الحديث إذا أتاكم به مرجئي ولا قدري ولا حروري ينسبه إلينا فانكم لا تدرون لعله شئ من الحق فيكذب الله فوق عرشه )

Ahmad bin Muhammad bin Khalid Al Burqi, daripada Muhammad bin Ismail, daripada Jaafar bin Bashir, daripada Abi Al Hashin, daripada Abu Bashir, daripada Abi Jaafar (as) atau daripada Abi Abdillah (as), telah berkata:  “Jangan kamu mendustakan hadis yang didatangkannya oleh seorang Murji’ah, qadari, dan haroori (free thinker) yang dinisbahkan kepada kami, kerana sesungguhnya kamu tidak mengetahui ianya berkemungkinan sesuatu dari kebenaran dan seterusnya mendustakan Allah di atas Araysh Nya.” [Al Mahasin, oleh Ahmad bin Muhammad bin Khalid Al Burqi, jilid 1, ms 230]['Ilal Al Sharai', jilid 2, ms 395]

1. Ahmad bin Muhammad bin Khalid Al Burqi bin Abi Abdillah: Telah berkata Al Najashi: (dipercayai pada dirinya, meriwayatkan daripada  golongan dhaif dan berpegang dengan marasil dan mengarang kitab berjudul Al Mahasin...). Riwayatnya dari golongan dhoif tidak menghalang kita dari menerima hadis ini kerana dia meriwayatkan hadis ini daripada seorang yang thiqah iaitu Muhammad bin Ismail. Syeikh Al Toosi juga menyebutkan apa yang disebutkan oleh al Najashi di dalam kitabnya al Fihrist halaman 62. Al Muhaqqiq Al Khoei menyebutkan di dalam kitab Mu'jamnya, jilid 2, halaman 51, nombor 383: (Bahawa dia disebutkan dalam isnad Tafsir al Qummi pada tafsir firman Allah: حُورٌ۬ مَّقۡصُورَٲتٌ۬ فِى ٱلۡخِيَامِ). Disebutkan juga di dalam isnad kitab Kamil Al Ziyarat oleh Ibnu Al Quwluwayh di halaman 164 bernombor 210, halaman 256 bernombor 384, halaman 535 nombor 823.

2. Muhammad bin Ismail bin Bazigh: Telah berkata Al Najashi di halaman 330: (Dia adalah orang soleh di dalam kelompok Syiah dan orang kepercayaan mereka, banyak beramal, baginya kitab-kitab antaranya kitab Thawaab Al Haj....dan telah berkata Muhammad bin Amru Al Kishi: Muhammad bin Ismail bin Bazigh adalah dari kalangan rijal/ sahabat Abi Al Hassan Musa dan Abi Jaafar Al Thani alaihimassalam). Telah berkata Al Toosi di dalam kitab Rijalnya  di halaman 364: (Dipercayai, shahih, orang Kufah...).

3. Jaafar bin Bashir: Telah berkata Al Najashi di halaman 119: (Abu Muhammad Al Bajli Al Wisha' adalah dari kalangan sahabat kami yang zuhud, ahli ibadat dan berbakti kepada Allah, dia adalah seorang yang dipercayai dan baginya masjid di Bajilah, Kufah yang kekal sehingga ke hari ini. Aku dan ramai dari sahabat-sahabatku bersembahyang dimasjidnya apabila kami singgah ke Kufah, ia adalah antara masjid-masjid yang kami ingin bersolat di dalamnya. Jaafar (rh) meninggal pada tahun 208 hijrah. Abu Abbas bin Nuh berkata bahawa dia meriwayatkan daripada perawai-perawi yang dipercayai dan mereka juga meriwayatkan daripadanya). Telah berkata Al Toosi di dalam kitabnya Al Fihrist di halaman 92: (Al Bajli adalah seorang yang dipercayai dan mempunyai kemampuan yang tinggi...). Dia disebutkan dalam isnad Kamil Al Ziyarat di halaman 45, 66, 183 dan lain-lain lagi, dan begitu juga disebutkan di dalam Tafsir Al Qummi, jilid 2, halaman 256. Bahkan dikatakan bahawa dia tidak meriwayatkan melainkan dari perawi-perawi yang dipercayai, sila rujuk mu'jam Al Khoei, jilid 1, halaman 68.

4. Abu Al Hashin Al Asadi: Namanya adalah Zuhr bin Abdullah Al Asadi: Telah berkata Al Najashi di halaman 167: (Zuhr bin Abdullah Al Asadi adalah seorang yang dipercayai dan meriwayatkan daripada Abi Jaafar dan Abi Abdillah alaihimassalam, bagi kitab-kitab...). Telah berkata Al Allamah Al Hilli di dalam kitabnya Khullasah Al Aqwaal di halaman 153: (Zuhr bin Abdullah Al Asadi adalah seorang yang dipercayai, meriwayatkan daripada Abi Jaafar dan Abi Abdillah alaihimassalam).

5. Abu Bashir: Tidak perlu diperkenalkan lagi akan kebolehpercayaannya dalam meriwayatkan hadis-hadis.


Kami juga akan sebutkan secara ringkas sebahagian riwayat-riwayat tanpa mengemukakan pengesahan sanadnya, kerana yang shahih di dalam ilmu dirayah adalah: Sesungguhnya satu-satu khabar/ hadis itu apabila ia bertepatan/bersesuaian dengan hadis-hadis yang shohih, maka hendaklah berpegang dengannya, walaupun ianya dhoif dari segi sanad atau tiada sanad pada asalnya. Dengan ini diambil kesemua riwayat yang bersesuaian dengan riwayat-riwayat yang terdahulu yang telah kami pastikan keshahihan sanadnya. Bahkan topik yang kami bicarakan sedang menuju kepada tahap yang lebih mantap iaitu kepastian (qathie) dan keyakinan, kerana kemutawatiran riwayat-riwayat dan keshahihannya. Tidak mungkin bagi seorang pengkaji ilmu dirayah menolak riwayat-riwayat atau meragukannya lagi, melainkan orang yang benar-benar penentang dan suka bertengkar tanpa sebarang bukti.


قال النبي صلى الله عليه وآله: من رد حديثا بلغه عني فأنا مخاصمه يوم القيامة، فإذا بلغكم عني حديث لم تعرفوا فقولوا: الله أعلم

Daripada Nabi (sawas): Barangsiapa yang menolak hadis yang disampaikan daripadaku, maka aku berbalah dengannya pada hari Kiamat. Apabila disampaikan kepada kamu satu hadis daripadaku yang tidak kamu ketahui, maka katakanlah: Allah lebih mengetahui (Allahu A'lam). [Bihar Al Anwar, jilid 2, ms 212]


 وقال صلى الله عليه وآله: من كذب علي متعمدا أورد شيئا أمرت به فليتبوأ بيتا في جهنم

Daripada nabi (sawas): (Barangsiapa yang mendustakan aku secara sengaja atau menolak sesuatu yang aku perintahkan dengannya, maka disediakan  baginya rumah di dalam neraka jahanam). [Bihar Al Anwar, jilid 2, ms 212]


 رجال الكشي: جبرئيل بن أحمد، عن اليقطيني، عن علي بن حسان، عن عبد الرحمن ابن كثير، عن جابر بن يزيد قال: قال أبو جعفر عليه السلام يا جابر حديثنا صعب مستصعب أمرد ذكوان وعر أجرد لا يحتمله والله إلا نبي مرسل، أو ملك مقرب، أو مؤمن ممتحن، فإذا ورد عليك يا جابر شئ من أمرنا فلان له قلبك فاحمد الله، وإن أنكرته فرده إلينا أهل البيت، ولا تقل: كيف جاء هذا؟ وكيف كان وكيف هو؟ فإن هذا والله الشرك بالله العظيم

Daripada Abi Jaafar (as), telah berkata: Wahai Jabir, hadis kami sukar lagi menyukarkan, melampaui kebijakan, dan menelanjangkan hati yang tidak pernah menipu. Demi Allah tidak akan sanggup membawanya melainkan Nabi yang diutuskan, atau Malaikat yang terdekat, atau mukmin yang teruji. Apabila disebutkan ke atas kamu wahai Jabir sesuatu daripada urusan kami, maka hendaklah kamu lembutkan hati kamu buatnya dan memuji Allah, dan sekiranya kamu mengingkarinya maka hendaklah kamu memulangkannya kepada kami Ahlulbayt, dan jangan sekali-kali kamu katakan: Bagaimana ini boleh datang, bagaimana dan bagaimana? Maka sesungguhnya ini demi Allah adalah syirik terhadap Allah yang Maha Agung. [Bihar Al Anwar, jilid 2, ms 208]        


عن أبي عبد الله (ع) قال ما على أحدكم إذا بلغه عنا حديث لم يعط معرفته أن يقول القول قولهم فيكون قد آمن بسرنا وعلانيتنا

Daripada Abi Abdillah (as), telah berkata: Bukanlah atas seorang daripada kamu, apabila sampai kepadanya satu hadis tentang kami yang tidak diberikan dia makrifatnya, lalu dia berkata yang kata-kata itu adalah kata-kata mereka, maka dia menjadi telah beriman dengan rahsia kami dan keterangan kami.  [Mukhtasar Bashair Darajat, ms 76]

Perhatian: Bahawa peraturan umum di sisi Ahlulbayt (as) adalah supaya tidak menolak hadis-hadis dengan apa jua sebab sekalipun. Ini adalah peraturan umum dan dikala terdapatnya percanggahan, maka di situ terdapat peraturan-peraturan lain iaitu:

1. Apabila satu-satu hadis bercanggah dengan  penerimaan-penerimaan Quran dan Sunnah, maka hendaklah ditinggalkan. 

 قال رسول الله صلى الله عليه وآله في حجة الوداع: قد كثرت علي الكذابة وستكثر فمن كذب علي متعمدا فليتبوأ مقعده من النار فإذا أتاكم الحديث فاعرضوه على كتاب الله وسنتي فما وافق كتاب الله وسنتي فخذوا به وما خالف كتاب الله وسنتي فلا تأخذوا به

Daripada Abi Jaafar (as), bahawasanya dia telah berkata: Telah berkata Rasulullah (sawas) di dalam Haji Wida': (...Maka apabila didatangkan kamu sesuatu hadis, hendaklah kamu membentangkannya ke atas Kitab Allah dan Sunnahku. Apa jua yang bersesuaian dengan Kitab Allah dan Sunnahku, maka hendaklah kamu mengambilnya.  Apa jua yang bertentangan Kitab Allah dan Sunnahku, maka janganlah kamu mengambilnya...).  [Bihar Al Anwar, jilid 2, 225]

2. Apabila bercanggah antara apa yang diriwayatkan daripada Syiah dan apa yang diriwayatkan oleh masyarakat awam Sunni, hendaklah diambil dengan apa yang diriwayatkan daripada jalan Syiah. 

 قوله عليه السلام:..دعوا ما وافق القوم فإن الرشد في خلافهم.

Daripada Imam Sadiq (as): (...tinggalkanlah apa yang bersesuaian dengan kaum itu, sesungguhnya petunjuk itu pada yang berlawanan mereka...). [Al Kafi, jilid 1, ms 9]

3. Apabila disebutkan sesuatu hadis daripada Imam Sadiq (as) sebagai contoh dan terdapat hadis lain juga daripadanya yang bertentangan dengan hadis pertama, dan kita mengetahui yang terdahulu dari yang terkemudian, maka hendaklah kita ambil yang terkemudian.  

علي بن إبراهيم، عن أبيه، عن عثمان بن عيسى، عن الحسين بن المختار عن بعض أصحابنا، عن أبي عبد الله عليه السلام قال: أرأيتك لو حدثتك بحديث العام ثم جئتني من قابل فحدثتك بخلافه بأيهما كنت تأخذ؟ قال: قلت: كنت آخذ بالأخير، فقال لي: رحمك الله

Daripada Imam Sadiq (as): (Adakah kamu telah lihat, jika aku telah menceritakan kamu satu hadis yang am, kemudian kamu datang kepada aku sebelum aku menceritakan pula kepada kamu hadis yang bertentangannya, yang mana satukah antara keduanya akan kamu ambil? Aku telah berkata: Aku ambil yang terkemudian. Lalu Imam Sadiq (as) berkata kepadaku: Semoga Allah merahmati kamu). [Al Kafi, jilid 1, ms 67]  

4. Apabila disebutkan sesuatu hadis daripada Imam Sadiq (as) sebagai contoh dan terdapat juga hadis lain daripada Imam yang sama, yang bertentangan dengan hadis pertama. Dalam keadaan kita tidak mengetahui yang mana satukah yang datang dahulu dan kemudian, maka hendaklah diambil mana-mana satu antara keduanya. 

 .بقوله عليه السلام: " بأيما أخذتم من باب التسليم وسعكم

Sebagaimana yang disebutkan oleh Imam Sadiq (as) ketikamana ditanyakan tentang pertentangan hadis-hadis daripada mereka dan hadis mana satukah perlu diambil? Imam (as) berkata: (...Maka mana-mana satu antara keduanya yang kamu ambil daripada pintu penerimaan, kelapangan buat kamu). [Al Kafi, jilid 1, ms 9]

5. Apabila datang satu hadis daripada Imam Sadiq (as) sebagai contoh dan disebutkan pula hadis lain yang bertentangan dengannya daripada Imam Mahdi (as), maka hendaklah diambil hadis yang terkemudian. 

حدثني جعفر بن أحمد بن سعيد الرازي عن بكر بن صالح الضبي عن عبد العظيم بن عبد الله الحسني عن علي بن أسباط عن داود بن فرقد عن عبد الأعلى مولي آل سام عن أبي عبد الله " ع " قال قلت له إذا جاء حديث عن أولكم وحديث عن اخركم فبأيهما نأخذ فقال بحديث الأخير.

Daripada Imam Sadiq (as) ketikamana ditanyakan: (Apabila datang hadis daripada Imam terdahulu kamu dan satu hadis lagi daripada Imam terkemudian kamu, maka yang mana satukah antara keduanya yang perlu kami ambil? Imam (as) menjawab: Hadis yang terkemudian). [Mukhtasar Bashair Al Darajat, ms 94]

Sesungguhnya Ahlulbayt (as) telah mengarahkan kita supaya beriman dengan hadis mereka dan membenarkannya. Ianya adalah sehebat-hebat darjat keyakinan dan keimanan, serta menegaskan agar mempelajari (tafaqquh) hadis-hadis mereka:

محمد بن يحيى، عن محمد بن الحسين، عن محمد بن إسماعيل بن بزيع، عن صالح بن عقبة، عن يزيد بن عبد الملك، عن أبي عبد الله (عليه السلام) قال: تزاوروا فإن في زيارتكم إحياء لقلوبكم وذكرا لأحاديثنا، وأحاديثنا تعطف بعضكم على بعض فإن أخذتم بها رشدتم ونجوتم وإن تركتموها ضللتم وهلكتم، فخذوا بها وأنا بنجاتكم زعيم

Daripada Abi Abdillah (as), berkata: (Berziarahlah kamu kerana sesungguhnya ziarah kamu itu menghidupkan hati-hati kamu dan mengingatkan kepada hadis-hadis kami. Hadis-hadis kami membelasi sebahagian kamu ke atas sebahagian lainnya, sekiranya kamu mengambilnya maka kamu telah mendapat petunjuk dan telah terselamat. Sekiranya kamu meninggalkannya maka kamu telah tersesat dan binasa, maka hendaklah kamu mengambilnya dan aku menjamin keselamatan kamu). [Al Kafi, jilid 2, ms 186]

حدثنا أحمد بن محمد عن محمد إسماعيل عن سعدان بن مسلم بن معاوية ابن عمار قال قلت لأبي عبد الله عليه السلام رجل راوية لحديثكم يبث ذلك إلى الناس ويسدده في قلوب شيعتكم ولعل عابدا من شيعتكم ليست له هذه الرواية أيهما أفضل قال الراوية لحديثنا يبث في الناس ويسدده في قلوب شيعتنا أفضل من الف عابد

Daripada Sa'dan bin Muslim bin Muawiyah bin Amar, telah berkata: "Aku telah berkata kepada Abi Abdillah (as): (Seorang lelaki perawi bagi hadis kamu yang menyebarkan demikian itu kepada manusia dan menghalakannya ke dalam hati-hati syiah kamu dan seorang Abid daripada syiah kamu yang tiada baginya riwayat ini, yang mana satukah lebih utama? Imam (as) menjawab: Perawi bagi hadis kami yang menyebarkannya di kalangan manusia dan menghalakannya ke dalam hati-hati Syiah kami adalah lebih utama berbanding seribu abid). [Bashair al Darajat, ms 27]

حدثنا أبو الحسن محمد علي بن الشاه الفقيه المروروذي بمرو الروذ قال
حدثنا أبو حامد أحمد بن محمد بن الحسين قال حدثنا أبو يزيد أحمد بن خالد الخالدي قال: حدثنا محمد بن أحمد بن صالح التميمي قال: حدثنا محمد بن حاتم القطان، عن حماد بن عمرو، عن الإمام جعفر بن محمد، عن أبيه، عن جده، عن علي بن أبي طالب عليهم السلام في حديث طويل في وصية النبي صلى الله عليه وآله يذكر فيها أن رسول الله صلى الله عليه وآله قال له
يا علي واعلم أن أعجب الناس إيمانا وأعظمهم يقينا قوم يكونون في آخر الزمان لم يلحقوا النبي، وحجبتهم الحجة، فآمنوا بسواد على بياض.

Bahawa Rasulullah (sawas) berkata kepada Ali (as): ( Wahai Ali, ketahuilah bahawa seajaib-ajaib keimanan manusia dan sehebat-hebat keyakinan adalah orang yang berada di akhir zaman yang tidak pernah berjumpa Nabi dan mereka terhijab daripada Hujjat, maka mereka beriman dengan yang hitam atas yang putih).  [Kamal Al Din wa Tamam Al Ni'mat, ms 288]

أبي رحمه الله، قال: حدثنا أحمد بن إدريس، قال: حدثنا محمد بن أحمد علي بن إسماعيل، عن المعلى بن محمد البصري، عن علي بن أسباط، عن جعفر بن سماعة، عن غير واحد، عن زرارة، قال: سألت أبا جعفر عليه السلام: ما حجة الله على العباد؟ قال: أن يقولوا ما يعلمون ويقفوا عندما لا يعلمون

Daripada Zurarah, telah berkata: (Aku telah bertanya kepada Aba Jaafar (as); Apakah Hujjat Allah ke atas hamba?  Menjawab: Mereka berkata apa yang mereka ketahui dan berhenti (tawaquf) ketikamana mereka tidak mengetahui). [Al Tauhid, Syeikh Al Saduq, 459][Al Kafi, jilid 1, ms 61]

 وعن علي بن محمد، عن سهل بن زياد، عن أحمد بن محمد، عن عمر بن عبد العزيز، عن هشام بن سالم وحماد بن عثمان وغيره قالوا: سمعنا أبا عبد الله (عليه السلام) يقول: حديثي حديث أبي، وحديث أبي حديث جدي، وحديث جدي حديث الحسين، وحديث الحسين حديث الحسن، وحديث الحسن حديث أمير المؤمنين وحديث أمير المؤمنين حديث رسول الله وحديث رسول الله (صلى الله عليه وآله) قول الله عز وجل

Daripada Abi Abdillah, berkata: (Hadisku adalah hadis bapaku, hadis bapaku adalah hadis datukku, hadis datukku adalah hadis Al Hussain, hadis Al Hussain adalah hadis Al Hassan, hadis Al Hassan adalah hadis Amirul Mukminin, hadis Amirul Mukminin adalah hadis Rasulullah, dan hadis Rasulullah adalah firman Allah Azza wa Jalla). [Wasail Al Syiah (Alul  Bayt), jilid 27, ms 83][Al kafi, jilid 1, 73]

أحمد بن إدريس، عن محمد بن عبد الجبار، عن الحسن بن علي، عن ثعلبة بن ميمون، عن زرارة بن أعين، عن أبي جعفر عليه السلام قال: سألته عن مسألة فأجابني ثم جاء ه رجل فسأله عنها فأجابه بخلاف ما أجابني، ثم جاء رجل آخر فأجابه بخلاف ما أجابني وأجاب صاحبي، فلما خرج الرجلان قلت: يا ابن رسول الله رجلان من أهل العراق من شيعتكم قدما يسألان فأجبت كل واحد منهما بغير ما أجبت به صاحبه؟ فقال: يا زرارة! إن هذا خير لنا وأبقى لنا ولكم ولو اجتمعتم على أمر واحد لصدقكم الناس علينا ولكان أقل لبقائنا وبقائكم.

Daripada Zurarah bin A'yan, daripada Abi Jaafar (as), telah berkata: (Aku telah bertanya kepadanya tentang satu masalah dan dia menjawabku. kemudian datang kepadanya seorang lelaki dan bertanya kepadanya berkenaannya, maka dia menjawab berlawanan dengan apa yang dijawab padaku. Kemudian datang seorang lelaki lain, maka dijawabnya berlawanan dengan apa yang dijawabnya padaku dan sahabatku. Setelah keluar kedua-dua lelaki tersebut, maka aku berkata: Wahai anak Rasulullah, dua orang lelaki dari penduduk Iraq dari kalangan Syiah kamu telah datang bertanya, maka kamu telah menjawab setiap seorang dari mereka dengan jawapan yang berlainan? Imam (as) Menjawab: Wahai Zurarah, sesungguhnya ini adalah kebaikan buat kami dan kasihan belas buat kami dan buat kamu... ). [Al Hasyiah Ala Usul Al Kafi, Rafiuddin Muhammad bin Haidar Al Na'ini, ms 219][Al Kafi, jilid 1, ms 65]  

روي عن أبي عبد الله عليه السلام عن أبيه عن آبائه عليهم السلام قال: قال رسول الله صلى الله عليه وآله: لا قول إلا بعمل، ولا قول ولا عمل إلا بنية، ولا عمل ونية إلا بإصابة السنة، ومن تمسك بسنتي عند اختلاف أمتي كان له أجر مأة شهيد

Telah bersabda Rasulullah (sawas): (Tiada kata-kata melainkan dengan amal, tiada kata-kata dan tiada amal melainkan dengan niat, tiada amal dan tiada niat melainkan bertepatan dengan Sunnah. Barangsiapa yang berpegang dengan Sunnahku di ketika perbezaan umatku, baginya adalah ganjaran pahala seratus syahid). [Al Muqni', Syeikh Al Mufid, ms 301-302]

حدثنا أحمد بن محمد عن الحسن بن محبوب عن الأحول عن أبي عبد الله عليه السلام قال أنتم أفقه الناس ما عرفتم معاني كلامنا ان كلامنا لينصرف على سبعين وجها

Daripada Abi Abdillah (as), telah berkata: (Kamu adalah sefaqih-faqih manusia, tidak kamu ketahui makna kata-kata kami, sesungguhnya kata-kata kami dilepaskan/ dikeluarkan atas tujuh puluh wajah). [Bashair Al Darajat, Muhammad bin Al Hassan Al Saffar, ms 349] 

أحمد بن محمد بن خالد عن علي بن الصلت عن زرعة بن محمد الحضرمي عن عبد الله بن يحيى الكاهلي عن موسى بن اشيم قال قلت لأبي عبد الله (ع) اني أريد ان تجعل لي مجلسا فواعدني يوما واتيته للميعاد فدخلت عليه فسألته عما أردت أن أسأله عنه فبينا نحن كذلك 
إذ قرع علينا رجل الباب فقال ما ترى هذا رجل بالباب
 فقلت جعلت فداك اما انا فقد فرغت من حاجتي فرأيك فاذن له فدخل الرجل فتحدث ساعة ثم سأله مسائلي بعينها لم يخرم منها شيئا
فأجابه بغير ما أجابني فدخلني من ذلك مالا يعلمه الا الله ثم خرج فلم يلبث الا يسيرا حيت استأذن عليه آخر فأذن له فتحدث ساعة ثم سأله عن تلك المسايل بعينها فأجابه ما أجابني وأجاب الأول قبله فازددت غما حتى كدت ان اكفر ثم خرج فلم يلبث الا يسيرا حتى جاء آخر ثالث فسأله عن تلك المسايل بعينها فأجابه بخلاف ما أجابنا أجمعين فاظلم علي البيت ودخلني غم شديد فلما نظر إلي ورأي ما بي مما تداخلني ضرب بيده على منكبي ثم قال يا بن اشيم ان الله عز وجل فوض إلي سليمان ابن داود عليه السلام ملكه فقال هذا عطاؤنا فامنن أو امسك بغير حساب وان الله عز وجل فوض إلى محمد صلى الله عليه وآله امر دينه فقال احكم بين الناس بما أريك الله وان الله فوض الينا ذلك كما فوض إلى محمد صلى الله عليه وآله 

Daripada Musa bin Asyim, telah berkata: (Aku telah berkata kepada Abi Abdillah (as): sesungguhnya aku hendak kamu mengadakan bagiku satu majlis, maka dia menetapkan satu hari dan aku telah mendatanginya pada hari ditetapkan, aku telah masuk berjumpanya dan bertanya kepadanya berkenaan apa yang aku ingin tanyakan kepadanya. Sedang kami dalam keadaan demikian, tiba-tiba seorang lelaki mengetuk pintu, maka dia (as) berkata: Apa pandangan kamu akan lelaki di pintu.

Lalu aku menjawab: jadikan aku tebusanmu, adapun aku telah kosong daripada hajatku, maka pendapat kamu izinkanlah dia. Oleh itu masuklah lelaki itu dan berbicara seketika, kemudian bertanya kepadanya masalah-masalah yang sama denganku tanpa tertinggal satu pun, maka dia menjawabnya berlainan dengan apa yang dijawab kepadaku. Maka aku menjadi kesamaran daripada hal itu, apa yang tidak diketahuinya melainkan Allah. Kemudian lelaki itu keluar dan tidak lama selepas itu, datang lelaki lain meminta izin ke atasnya , lalu diizinkan baginya. Seterusnya berbicara seketika, kemudian bertanya masalah yang sama tersebut, maka dijawabnya dengan apa yang dijawab kepadaku dan jawapan pertama sebelumnya, aku menjadi bertambah dukacita sehingga hampir-hampir aku menjadi kafir. Dia kemudian keluar dan tidak berapa lama selepas itu , datang pula lelaki lain yang ketiga  dan bertanyakan masalah yang sama tersebut, lalu dia jawab berlawanan dengan jawapan kami semuanya. Aku menjadi bertambah gelap, kesamaran dan dukacita yang amat sangat.

Maka ketikamana dia memandang kepadaku dan melihat keadaanku yang kesamaran, dia menepuk tangannya ke atas bahuku, seraya berkata: Wahai Ibn Asyim, sesungguhnya Allah Azza wa Jalla telah menyerahkan ke atas Sulaiman bin Daud (as) kerajaanNya, lalu Dia berkata ini adalah anugerah Kami, maka timbanglah atau peganglah tanpa perhitungan. Dan sesungguhnya Allah telah menyerahkan kepada Muhammad (sawas) urusan agamaNya, lalu Dia berkata hakimilah antara manusia dengan apa yang diperlihatkan kepada kamu oleh Allah, dan sesungguhnya Allah juga menyerahkan kepada kami yang demikian itu sebagaimana dia menyerahkan kepada Muhammad (sawas)). [Mukhtasar Bashair Al Darajat, Al Hassan bin Sulaiman Al Hilli, ms 92-93, 265]


Kesimpulan:

1. Jelas dari ayat Quran dan hadis-hadis yang telah dikemukakan di atas, Aimmah(as) telah menekankan analisis matan sebagai kaedah utama dalam menilai kesahihan riwayat yang dinisbatkan kepada mereka, bukan penilaian perawi.

2. Ilmu Rijal bukanlah satu kaedah yang sempurna kerana ia buatan manusia ghair ma'sum, jarh dan ta'dil perawi juga di lakukan atas kapasiti manusia ghair ma'sum, maka terlalu banyak yang boleh diragukan dengan ilmu ini untuk diletakkan sebagai asas penilaian utama, maka ambillah pengajaran dari kata-kata Aimmah(as):

قال سمعت أبا جعفر ع يقول: كل ما لم يخرج من هذا لبيت فهو باطل
Imam Abu Jaafar(as) bersabda: “Apa sahaja yang tidak datang dari rumah ini adalah batil.” [Bihar Al Anwar, jilid 2, bab Taqlid, ms 32]

3. Peraturan umum di sisi Ahlulbayt (as) adalah supaya kita tidak menolak hadis-hadis mereka (as) dengan apa jua sebab sekalipun. Sesungguhnya satu-satu khabar/ hadis itu apabila ia bertepatan/bersesuaian dengan hadis-hadis yang shohih, maka hendaklah berpegang dengannya, walaupun ianya dhoif dari segi sanad atau tiada sanad pada asalnya.

4. Menolak hadis-hadis mereka (as) adalah dengan sendirinya terkeluar daripada wilayah mereka (as).

Selasa, 19 Februari 2013

Paradoks CGPA 4.0: Hakikat Ilmu Aimmah (as) Dan Imam Ahmad (as)

Bismillah ar Rahman ar Rahim. 

Allahumma Solli ‘ala Muhammad wa aali Muhammad, Aimmah wal Mahdiyyin wa sallim tasliman katsira

Firman Allah swt:

Yunus (Jonas): 36.


Dan kebanyakan mereka, tidak menurut melainkan sesuatu sangkaan sahaja, (padahal) sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhi kehendak menentukan sesuatu dari kebenaran (iktiqad). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan apa yang mereka lakukan.

Inilah hakikatnya yang dilakukan ramai orang dalam menilai peribadi Imam Ahmad(as). Mereka menjadikan sangkaan sebagai dalil bagi menimbulkan keraguan dalam diri mereka sendiri, agar mereka sentiasa syak dengan peribadi ini, sehingga mereka menjadi buta.

Antara hasil dari sangkaan yang mereka wujudkan dalam menilai peribadi Imam Ahmad(as) adalah beliau harus dan sepatutnya cemerlang dalam pelajaran, mendapat CGPA 4.0 dan sebagainya. Jelas ini menunjukkan kejahilan mereka terhadap sirah Imam Ahmad(as), malah kejahilan mereka tentang doktrin dimensi ilmu Aimmah(as) sendiri. InsyaAllah, ana akan menjawab dalam beberapa bahagian, yang menjelaskan tentang hakikat sangkaan yang mereka wujudkan.

Hakikat Pertama: Imam Ahmad al Hassan(as) Belum Menjawat Jabatan Imamah

Ini adalah hakikat pertama yang harus umat manusia fahami dalam menilai figur Al Yamani. Imam Ahmad(as) datang sebagai seorang wakil dan utusan dari Imam Zaman(as), bukan sebagai seorang yang sudah menjawat jabatan Imamah, yang mewarisi ilmu dari Aimmah sebelumnya. Benar, beliau adalah Mahdi Pertama, washi Imam Mahdi(as), seperti mana Imam Ali(as) adalah Imam Pertama dan washi Nabi(s).

Beliau hanya akan mewarisi Imamah setelah wafat Imam Mahdi(as). Oleh itu kita harus menilai ilmu beliau selayaknya sebagai seorang wakil Imam, dan bukan menilai dengan ilmu Imam yang sudah diberi mandat. Imam Zaman ini masih lagi Imam Muhammad ibn Al Hassan al Mahdi. Beliau empunya ilmu warisan dari bapa-bapa beliau, dan apa yang diketahui oleh Imam Ahmad(as) adalah sekadar apa yang diajarkan oleh bapanya, Imam Mahdi(as).

Sila rujuk artikel sirah beliau di sini: SIRAH KEHIDUPAN IMAM AHMAD AL HASSAN (A.S) DAN SEJARAH DAKWAHNYA SECARA RINGKAS

Hakikat Kedua: Bilakah Waktunya Imam Ahmad(as) Diajarkan Ilmu Dari Imam al Mahdi (as)?

Lalu mereka akan pertikaikan, jika beliau diajar ilmu oleh Imam Mahdi(as), maka sepatutnya tesis beliau, pencapaian akademik beliau adalah superb dan exellent dan lain-lain. Di sini sekali lagi mereka berbuat sangkaan yang murahan.

Pertama sekali, ana tertanya-tanya juga, adakah mereka mempunyai bukti bahawa Imam Ahmad(as) tidak mendapat pencapai akademik yang cemerlang? Katakan jika tidak cemerlang, adakah ada bukti pencapaian akademik beliau begitu buruk sehingga gagal atau “atas pagar”? Juga tiada. Namun ana di sini akan mengandaikan beliau gagal. Adakah ada kesan kepada ana?

Jawabannya tidak. Di sini ana quote kan beberapa perenggan dari artikel sirah ringkas hidup beliau.

Imam Ahmad Al Hassan (a.s) sebelum ini menetap di Basrah yang terletak di selatan Iraq.Menyempurnakan pengajian akademiknya dan berjaya memperolehi ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam. Beliau (a.s) kemudian berpindah ke kota suci Najaf dan menetap di situ bagi meneruskan pengajian dalam ilmu-ilmu keagamaan. Namun setelah menghadiri beberapa siri halaqah pengajian dan menyemak sukatan pelajaran di Hawzah (pusat pengajian ilmu agama) Al Najaf. Beliau (a.s) dapati kecacatan yang besar dalam manhaj pembelajaran yang digunapakai. Ini kerana mereka mempelajari bahasa Arab, mantiq, falsafah, usul fiqh, ilmu kalam (aqidah) dan feqah (hukum-hakam syariat) tetapi mereka tidak mempelajari Al Quran dan Al Sunnah yang mulia (hadis-hadis Rasulullah SAWA dan para Imam alaihim salam). Begitu juga mereka tidak mempelajari Akhlak Ilahi yang wajib diamalkan oleh setiap mukmin.

Tujuan utama beliau (a.s) memasuki Hawzah Ilmiah di Najaf adalah berdasarkan visi yang dilihatnya, yang mana Imam Al Mahdi (a.s) mengarahkannya supaya memasuki Hawzah Ilmiah di Najaf dan mengkhabarkan kepadanya apa yang bakal diperolehinya, dan terbukti ianya berlaku sepertimana yang telah dikhabarkan kepadanya.

Sebelum memasuki tahun 1999, Sayyid Ahmad Al Hassan (a.s) telah bertemu dengan bapanya Imam Al Mahdi (a.s) di alam nyata. Imam Al Mahdi (a.s) telah memperturunkan ilmunya dan mengarahkan beliau (a.s) mengikut arahannya. Pada penghujung tahun 1999 dengan arahan Imam Al Mahdi (a.s), beliau (a.s) telah mengkritik hebat kebatilan yang berlaku di Hawzah dan menuntut mereka melakukan pembaharuan dari segi keilmuan, amalan dan kewangan. Protes dan kritikan bagi menuntut pembaharuan ini berterusan sehingga ke tahun 2002, apabila Imam Mahdi (a.s) mengarahkan Sayyid Ahmad Al Hassan untuk memberitahu orang ramai bahawa dia (a.s) adalah utusan Imam Mahdi (a.s) dan seterusnya mengajak mereka beriman kepadanya. Pada tahun yang sama di bulan Julai bersamaan Jamadil Awwal 1423 hijrah di kota suci Najaf, bapanya Imam Mahdi (a.s) mengarahkannya (a.s) supaya mengajak keseluruhan manusia bahawa namanya disebutkan di dalam wasiat Rasulullah (SAWA) di malam sebelum kewafatannya.

Boleh faham? Ini bermakna, ilmu Imam Mahdi yang diperturunkan kepada beliau adalah setelah beliau menghabiskan pelajarannya. Maka ilmu beliau harus diadili setelah permulaan dakwah, bukan sebelumnya, ini barulah satu penilaian yang adil. Bacalah kitab-kitab beliau, dan jawaban-jawaban yang beliau berikan dalam isu-isu berkaitan, itulah caranya kita menilai ilmu beliau.

Perlu diingat, walaupun beliau mempunyai ilmu yang cukup tinggi dalam berbagai-bagai bidang, namun ilmu beliau ini bukanlah ilmu seorang Imam yang sudah sempurna, yang mana akan ana bahaskan dalam hakikat seterusnya.

Hakikat Ketiga: Ada Perbezaan Antara Ismah dan Ilmu Aimmah

Hujah yang paling kerap ana dengari adalah: “Seorang yang ma’sum itu perlu ada ilmu ghaib atau ilmu yang diwarisi.”

Pertama sekali, ana andaikan definasi “ilmu ghaib” di sini adalah ilmu yang diwarisi dari Hujjah sebelumnya dan ilmu yang harus para Aimmah ketahui dengan izin Allah kerana, ada banyak ahadis yang menunjukkan para Imam menafikan mereka memiliki ilmu ghaib, melainkan apa yang diwarisi. Ana bagi satu contoh di sini:

ما رواه الكشي في الصحيح عن ابن أبي عمير، عن شعيب، عن أبي بصير، قال قلت لأبي عبد الله (ع) إنهم يقولون! قال: و ما يقولون قلت يقولون تعلم قطر المطر و عدد النجوم و ورق الشجر و وزن ما في البحر و عدد التراب، فرفع يده إلى السماء، و قال: سبحان الله سبحان الله لا و الله ما يعلم هذا إلا الله.

Shaikh Kashi meriwayatkan sebuah hadis sahih dari Ibn Abi Umair, dari Shu’aib, dari abi Baseer, yang berkata: Aku berkata kepada Abi Abdullah (as): “Sungguh mereka mendakwa!” Imam(as) bertanya: “Apa yang mereka dakwakan?” Aku berkata: “Mereka mendakwa kamu mengetahui bilangan titisan hujah, bilangan bintang dan dedaun di pokok, berat apa yang ada di dalam laut dan bilangan butiran pasir.” Maka Imam(as) mengangkat tangannya ke arah langit dan bersabda: “Subahanallah! Subhanallah! Tiada yang mengetahui semua ini kecuali Allah(swt).

الاحتجاج – الشيخ الطبرسي – ج ٢ – الصفحة ٢٨٨

Hadis lain:

Yahya bin Abdullah bin al Hassan dan aku bersama dengan Abul Hassan(as), dan Yahya bertanyakan kepada beliau: “Semoga aku menjadi tebusan mu, mereka menyangka kamu mengetahui ilmu ghaib.” Beliau bersabda: “Subhanallah! Letakkanlah tanganmu di atas kepalaku.” Dan bila aku melakukannya, setiap helaian rambut di atas kepalaku dan badanku berdiri tegak. Kemudian beliau bersabda: “Tidak demi Allah, ianya tiada apa melainkan apa yang kami telah warisi dari Nabi(s).”

Sumber: Al-Amaali by Sheikh Mufeed,Ch 3,Pg 23,H 5. Status:Sayyed al-Khoie:”Saheeh Sanad” (Mu’jam Rijaal al-Hadeeth 21/69)

Baik, ini adalah sedikit sebanyak istilah tentang ilmu Aimmah(as). Bagaimana pula dengan kemaksuman?

حدثنا محمد بن الحسن بن أحمد بن الوليد رضي الله عنه قال حدثنا محمد بن الحسن الصفار عن أحمد بن محمد بن عيسى عن الحسين بن سعيد عن حماد بن عيسى عن إبراهيم بن عمر اليماني عن سليم بن قيس الهلالي عن أمير المؤمنين علي بن أبي طالب ع قال إن الله تبارك و تعالى طهرنا و عصمنا و جعلنا شهداء على خلقه و حججا في أرضه و جعلنا مع القرآن و جعل القرآن معنا لا نفارقه و لا يفارقنا


Ameer Al-Mu’mineen `Ali bin Abi Taalib (عليه السلام) bersabda: “Sesungguhnya Allah(tabaraka wa taala) telah menyucikan kami dan menjadikan kami ma’sum(ismuna) saksi ke atas ciptaannya, dan hujjahNya di muka bumi, dan menjadikan kami bersama Quran dan menjadikan Quran bersama kami. Kami tidak berpisah dengannya dan tidak juga ia berpisah dengan kami.”

Sumber: Al-Sadooq, Kamaal Al-Deen, jil. 1, bab. 22, hal. 240, hadis # 63

Dari hadis di atas, jelas kemaksuman itu bererti suci dari dosa, terjagaan dari melakukan perkara keingkaran kepada perintah Allah swt. Pendapat ini juga dimiliki oleh Syeikh Saduq(ra).

Seseorang yang mengingkari Allah tidak boleh ditaati; dan “sesungguhnya ketaatan itu untuk Allah dan Rasulnya dan Ulil Amri.” Sesungguhnya, Allah memerintahkan manusia untuk mentaati para Rasul kerana mereka adalah tiada dosa dan suci, yang tidak akan mengarahkan manusia untuk mengingkari Allah, dan sesungguhnya Dia mengarahkan manusia untuk mentaati Ulil Amri adalah kerana mereka juga tiada dosa dan suci, dan tidak akan mengarahkan manusia untuk mengingkari Allah.” (Ilal al-Sharaye’, Shaikh al-Saduq, J1, Hal. 123).

Ini sekaligus bertepatan dengan Ayatul Tathir yang menjadi dalil kemaksuman Ahlulbait(as), bahawa mereka disucikan dari semua jenis kekotoran, al Rijs.

إِنَّمَا يُرِيدُ ٱللَّهُ لِيُذۡهِبَ عَنكُمُ ٱلرِّجۡسَ أَهۡلَ ٱلۡبَيۡتِ وَيُطَهِّرَكُمۡ تَطۡهِيرٗا


Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan diri kamu – wahai “AhlulBait” dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari segala perkara yang keji). (33:33)

Dari sini dapatlah disimpulkan akan wujudnya perbezaan antara Ismah dan keperluan/keberadaan Ilmu Aimmah(as). Kemaksuman itu dinisbatkan dari nas, dan jika seseorang itu maksum berdasarkan nas, maka beliau akan maksum dari kecil, bagi memastikan keterjagaan dari sebarang bentuk kekotoran dan dosa. Ilmu seorang Hujjah pula diwarisi secara sempurna apabila kewafatan Imam sebelumnya.

Contoh mudah, ketika Imam Ali(as) menjadi Imam, beliau merupakan hujjah ALlah yang diberi mandat sempurna, maka segala ilmu Rasulullah(s) diwarisi kepada beliau sahaja. Bonda Zahra(sa) juga ma’sum, namun beliau tidak mewarisi ilmu Rasulullah(s). Begitu juga Imam Hassanain(as) yang masih muda ketika itu juga adalah ma’sum, namun oleh kerana mandat Imamah itu belum dipegang oleh mereka, maka ilmu Rasulullah(s) tidak mereka punyai. Apa yang mereka ada hanyalah setakat mana yang diajarkan oleh Imam Zamannya, yakni Imam Ali(as).

Begitulah juga kesnya dengan Imam Ahmad(as). Beliau ma’sum(ditsabitkan melalui hadis wasiat) dan terjaga dari sebarang dosa dan kekotoran, namun ilmu beliau hanyalah setakat apa yang diperturunkan oleh Imam Zaman(aj).

Hakikat Keempat: Kemaksuman Tidak Boleh Diuji

Apabila dikatakan kepada mereka bahawa bahawa Imam Ahmad(as) ini ma’sum, terjaga dari dosa dan sebarang jenis kekotoran, maka lantas mereka menyatakan niat mereka untuk menguji kema’suman yang dipunyai beliau. Mereka ingin memantau atau mencari-cari kesalahan beliau. Apalah kejahilan yang mereka tampilkan ini. Sekali lagi metod mereka meleset dari ajaran Ahlulbait(as), kerana Aimmah sendiri menyatakan kema’suman ini harus ditsabitkan dengan nas, serta ianya tidak dapat dinilai dengan mata kasar.


Imam Zainal Abidin berkata: “Para Imam dari kalangan kami semestinya maksum. Kemaksuman bukanlah satu ciri-ciri luaran yang dapat dikenalpasti, oleh sebab itu ia perlu dinukilkan di dalam Nas.” Beliau kemudian ditanya, “Wahai anak Rasulullah(sawa), apakah yang dimaksudkan oleh maksum?” Beliau menjawab, “Ia adalah ciri orang yang memegang kuat tali Allah, dan tali Allah ialah al Quran. Mereka tidak berpisah antara satu sama lain sehingga hari kebangkitan, dan Imam ialah pemandu ke arah(kefahaman) Al Quran, Al Quran pula ialah panduan kepada para Imam, yang merupakan maksud kepada firman Allah swt, “Sesungguhnya Al Quran itu adalah panduan ke jalan kebenaran.” [Ma`ani al-Akhbar, ms. 132, no. 1]

Hadis di atas sudah sangat jelas sehingga tidak lagi memerlukan kepada apa-apa penjelasan.

Hakikat Kelima: Dimensi Ilmu Aimmah(as): Waktu Kesempurnaan Ilmu Seorang Imam

Ana telah terangkan dalam hakikat sebelum ini bahawa ada beza antara kema’suman dan ilmu Aimmah(s). Jika seseorang itu ditsabitkan secara nas, maka kema’sumannya adalah dari kecil, namun ilmu ghaib(lihat definasi ilmu ghaib di atas) belum dipunyai olehnya. Makanya, bilakah waktunya seorang Imam itu menjadi seorang a’lam sepenuhnya dengan ilmu ghaib selayaknya sebagai seorang hujjah rujukan para makhluq di muka bumi?

Kembalilah kepada hadis Ahlulbait(as) yang ana ambil dari Kitab al Kafi, Kitab al Hujjah Bab 52:

(293)-1. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada al-Hasan bin Sa‘id, dariapda Ali bin Asbat, daripada al-Hakam bin Miskin, daripada sebahagian sahabat kami berkata: Aku telah berkata kepada Abu Abdillah a.s tentang bilakah [imam] yang akhir mengetahui apa yang ada pada [imam] yang pertama? Beliau a.s telah berkata: Pada minit akhir sebelum pemergian rohnya.

(294)-2. Muhammad, daripada Muhammad bin al-Husain, daripada Ali bin Asbat, daripada al-Hakam bin Miskin, daripada ‘Ubaid bin Zurarah dan kumpulan bersamanya berkata: Kami telah mendengar Abu Abdillah a.s telah berkata: Orang yang selepas imam mengetahui ilmu imam sebelumnya pada minit akhir sebelum pemergian rohnya”

Jadi, seorang Imam itu mewarisi ilmu dari Imam sebelumnya di masa kewafatannya. Tidak kiralah berapa pun umur Imam yang baru itu, beliau akan mewarisi ilmu kepunyaan bapanya. Kes ini dapat dilihat dalam contoh Imam Muhammad al Jawad(as), yang mana disebabkan oleh kewafatan bapanya ketika beliau masih kecil, namun disebabkan hukum ilmu Aimmah akan diwarisi dengan wafatnya Imam yang akhir, maka dapat kita lihat Imam Al Jawad sungguh berilmu dan mampu berdebat dengan ulama senior di zamannya. Ini di sebabkan oleh ilmu yang beliau warisi dari bapanya. (Boleh baca kisahnya di sini)

Maka ilmu Imam Ahmad(as) akan menjadi sempurna selayaknya sebagai Hujjah Allah apabila tiba masanya seperti yang diriwayatkan dalam hadis wasiat tersebut:

Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkan kepada anaknya iaitu Muqarrab yang pertama (sesetengah sumber menyebutkan Mahdi yang pertama). Baginya tiga nama : nama seperti namaku dan nama bapaku, iaitu Abdullah (hamba Allah) dan Ahmad. Dan namanya yang ketiga adalah Al Mahdi, dia adalah yang pertama beriman. (Ghaibah at Tusi)


Kesimpulan

Ana simpulkan beberapa point berikut berdasarkan lima hakikat di atas:

1) Imam Ahmad masih belum lagi menjabat jabatan Imamah.

2) Ilmu seorang Imam diwarisi dengan kewafatan Imam sebelumnya.

3) Kema’suman dan dimensi ilmu seorang Imam adalah dua isu yang berbeda.

Wallahua’lam

al faqir dan jahil: Ibnu Azmi al Haidari