Selasa, 21 Januari 2014

BICARA FB TERKINI IMAM AHMAD AL-HASSAN AS (20/01/14)


SEMPENA KESYAHIDAN DUA ANSAR YANG DIHUKUM BUNUH OLEH PEMERINTAH NAUNGAN MARAJIK DI IRAQ.
 

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Semoga Allah meningkatkan ganjaran kalian dengan kesyahidan dua saudara ini, semoga Allah meninggikan kedudukan mereka berdua.

Yang suci lagi dimuliakan Sheikh Muhammad al- Hreshawi , semoga Allah meningkatkan ganjaran dan ganjaran bapa kamu yang baik, serta ganjaran keluarga kamu yang mulia. Saya memohon kepada Allah untuk memberikan kalian kesabaran.

Hakikat bahawa saya tidak bersama dengan anda, wahai kekasihku, kawanku dan saudara kesayanganku Sheikh Muhammad al- Hreshawi pada masa ini menambahkan lagi kesedihan saya, semoga Allah melindungi anda daripada segala kejahatan.

Demi Allah, pembunuh-pembunuh ini pada kita adalah lebih teruk daripada Saddam dan apa yang telah mereka timpakan ke atas kami adalah lebih pahit daripada apa yang Saddam telah timpakan ke atas kita. Dia (Saddam) dan mereka seperti Bani Umayyah dan Bani Abbasiyyah.

Saya memohon kepada Allah untuk menjadikan kepedihan yang kami tanggung sebagai sebab untuk mempercepatkan lagi kejatuhan mereka dan menyelamatkan Iraq daripada kejahatan mereka. Demi Allah, mereka adalah sekumpulan penjenayah dan pencuri yang tidak boleh didisiplinkan oleh undang-undang mana pun, hattkan oleh undang-undang yang mereka gubal sendiri.

Saban hari kita mendengar dan membaca tentang skandal baru, di mana sekumpulan mereka mencuri wang rakyat atau menubuhkan kumpulan untuk membunuh secara curi-curi. Mereka tidak mempunyai pekerjaan selain daripada menyebarkan budaya pembunuhan, perompakan, dendam, kebencian dan sektarianisma di seluruh Iraq, siang dan malam. Mereka hanya bagus dalam pembunuhan, perompakan dan dendam, sepertimana pendahulu mereka Saddam.

 

https://www.facebook.com/Ahmed.Alhasan.10313/posts/621454354568898?stream_ref=10


Semoga Allah mengganjari penyair dan pembaca puisi ini dengan sebaik-baik ganjaran bagi orang-orang yang berbuat kebaikan.

Kami adalah kepunyaan Allah dan kepadaNya jualah kami kembali.

http://www.youtube.com/watch?v=oIZTsr0UkyE




Khamis, 16 Januari 2014

SIRI KAJIAN PENCERAHAN AKIDAH MAHDI - BAHAGIAN 2

Topik: Menolak Andaian Terdapat Pertentangan Antara Riwayat.
Sesetengah pihak mengandaikan bahawa terdapat pertentangan riwayat-riwayat, apabila setengahnya mengatakan para Imam itu tigabelas orang dan setengah yang lain pula mengatakan duabelas orang. Begitu juga dengan riwayat-riwayat Mahdiyyin, sesetengahnya menjelaskan bilangan Mahdiyyin itu duabelas orang dan sesetengahnya pula menjelaskan bilangan mereka sebelas orang.
Berdasarkan ini, maka sesetengah orang mengandaikan terdapatnya pertentangan di antara riwayat-riwayat ini kerana jahil akan kedudukan sebenar perkara ini. Padahal tidak wujud pertentangan melainkan di dalam fikiran sesetengah pihak, sedangkan mereka sendiri telah mengasaskan satu kaedah, iaitu:
 (الجمع أولى من الطرح)
Bermaksud, “himpun itu adalah lebih utama daripada buang”. Kaedah ini digunakan sekiranya terdapat pertentangan, padahal pertentangan itu tidak wujud pada asalnya. Di kala pertentangan itu dibayangkan oleh orang yang membayangkannya dalam beberapa gambaran:
Pertama: wujud pertentangan antara riwayat-riwayat duabelas Imam dan riwayat-riwayat duabelas Mahdiyyin, dengan mendakwa riwayat-riwayat yang menunjukkan kepada duabelas Imam adalah cukup bagi membataskan bilangan Imam itu adalah duabelas orang, lantas menafikan terdapatnya orang lain sesudah mereka secara mutlak, iaitu: antara pembahagian pertama dan ketiga.[1]   
Kedua: pertentangan antara riwayat-riwayat yang menunjukkan bilangan Imam itu duabelas orang dan riwayat-riwayat yang menunjukkan bilangan Imam itu tigabelas orang, iaitu: antara pembahagian pertama dan kedua. 
Ketiga: pertentangan antara riwayat-riwayat yang mengnaskan bahawa Mahdiyyin itu sebelas orang dan riwayat-riwayat yang mengnaskan bahawa bilangan mereka adalah duabelas orang, iaitu: antara pembahagian ketiga dan keempat.
Inilah tiga gambaran bagi orang yang mengandaikan terdapatnya pertentangan dan tidak ada selain ini.
Kita akan pergi terus kepada pengkajian ketiga-tiga gambaran ini untuk menghapuskan andaian bahawa wujudnya pertentangan-pertentangan ini. 
Gambaran pertama: andaian terdapat pertentangan antara riwayat-riwayat duabelas Imam dan riwayat-riwayat yang menunjukkan bilangan duabelas orang Mahdi, ia terhenti pada menetapkan had ke atas riwayat-riwayat yang mengnaskan bilangan Imam adalah duabelas orang supaya menidakkan buat yang lain. Padahal riwayat-riwayat yang menunjukkan bilangan Imam tiada keterbatasan padanya, kerana tidak terdapatnya kata terhad (adawat al-hashr) di dalam riwayat-riwayat tersebut.[2] Di dalam riwayat-riwayat duabelas Imam tidak terdapat satu pun kata terhad ini (adawat al-hashr), oleh itu, keterbatan seperti yang didakwa adalah tidak wujud sama sekali pada asalnya. 
Barangkali dikatakan bahawa riwayat-riwayat yang mengnaskan bahawa bilangan Imam itu duabelas orang adalah duabelas Imam itu sendiri, yang menunjukkan wujudnyanya penidakan terhadap sebarang penambahan, jika bukan begitu, kenapa dijelaskan bilangannya? Oleh itu, penjelasan bilangan adalah memadai untuk menunjukkan keterbatasannya. 
Jawapan saya:  
1.     Hal ini hanya menjadi sempurna sekiranya disebutkan berdasarkan hujah “faham bilangan” (mafhum al-‘adad), bererti: adakah penetapan bilangan itu menidakkan selainnya atau tidak, apabila terdapat nombor di dalam dalil?
Syeikh Muzaffar mengatakan: Tidak syak lagi bahawa pembatasan tajuk berdasarkan nombor yang khusus, tidak menunjukkan penidakan hukum ke atas yang lainnya, apabila disebutkan: “Berpuasalah 3 hari pada setiap bulan”, ianya tidak menunjukkan bahawa tidak disunatkan (istihbab) berpuasa selain daripada 3 hari itu, jadi, dalil tidak menghalang sunatnya berpuasa pada hari lain. Ianya benar, jika hukumnya adalah wajib, sebagai contoh menghadkan nombor supaya tidak berlaku penambahan untuk menjelaskan had yang paling tinggi, maka, tiada keraguan pada pembuktiannya bahawa penambahan adalah haram, seperti berpuasa selama 30 hari di bulan ramadhan. Tetapi dalil ini adalah dari sudut pengkhususan maksud, dan bukan dari sudut asal menghadkan nombor sehingga ia menjadi pengertian nombor yang sama. Sebenarnya keterbatasan nombor itu tidak mempunyai fahaman.[3]
Sayyid Al-Khoei mengatakan: sekiranya yang dikehendaki daripada “fahaman nombor” itu adalah untuk permasalahan seperti, “bersedekahlah kamu sebanyak lima dirham” sebagai bukti bahawa memberi sedekah kurang daripada itu tidak diberi balasan. Walaupun demikian, perkara ini bukanlah dari sudut pembuktian nombor ke atas pengertian, tetapi dari sudut orang suruhannya langsung tidak melakukannya, bererti pada lahirnya orang suruhannya itu tidak menuruti pembalasnya, agar dia mendapat balasan. Serupa apabila seorang tuan berkata: “kamu muliakanlah Zaid pada hari jumaat contohnya”, jika dia memuliakannya pada hari khamis maka dia tidak diberi balasan, kerana orang suruhannya itu tidak menuruti  pembalasnya, dan begitu  juga apabila seseorang berkata ‘solatlah ke arah kiblat’, lalu dia bersolat ke arah lain. Dengan kata lain permasalahan “bersedekahlah kamu sebanyak lima dirham” menunjukkan kewajipan bersedekah dengan nombor tersebut. Manakala berkaitan pengurangan pula tiada penidakan dan tiada penetapan, bererti tiada petunjuk yang menidakkan kewajipan bersedekah kurang daripada itu dan tiada juga petunjuk yang menetapkannya. Adapun tidak membalasinya dalam permasalahan ini adalah dari sudut orang suruhannya itu tidak bertepatan dengan apa yang diperintahkan kepadanya. Adapun berkaitan penambahan ke atas nombor ini, jika wujud pendamping bahawa tuan itu berada pada kedudukan membatasi dan memerhati nombor, dengan mensyaratkan tidak ditambah bilangannya, maka permasalahan ini menunjukkan penidakan tambahan itu wajib, bererti besedekah enam dirham itu tidak wajib bahkan mendatangkan mudharat, seumpama penambahan dalam solat. Sekiranya tiada pendamping dalam perkara tersebut, maka yang dikehendaki adalah kata-katanya yang umum bahawa orang suruhannya itu tidak dihalang untuk membuat penambahan itu.[4]
2.     Pertentangan itu hanya berlaku antara dalil yang mengisbatkan dan dalil lain yang menafikan apa yang diisbatkan oleh dalil pertama, yang membawa kepada penafian. Dari sini disebutkan bahawa takrif pertentangan itu adalah: penafian antara maksud dua dalil.[5] Dan disebutkan juga: terjadi pertentangan antara dua dalil pada ketika itu, kerana kedua-duanya saling menafikan maksud dalil yang lain.[6]
Dari sini disebutkan bahawa tidak wujud pertentangan antara dalil-dalil yang sabit (sudah tetap), Muhammad Baqir Al-Maliki mengatakan: Pertentangan itu hanyalah membayangkan antara penafian dan pengisbatan, serta pertentangan itu tidak berlaku dalam dalil-dalil yang sabit. Kepentingan pengisbatan sesuatu untuk sesuatu tidak menafikan pengisbatannya untuk sesuatu yang lain.[7]   
Berdasarkan apa yang telah dibentangkan, terbukti bahawa tiada pertentangan antara riwayat-riwayat yang mengisbatkan hal keadaan para Imam itu duabelas orang dan riwayat-riwayat yang menetapkan para Mahdiyyin itu duabelas orang.  
Begitulah yang disebutkan dalam gambaran kedua yang menjelaskan antara duabelas orang Imam dan tigabelas orang Imam, kerana tidak berlaku pertentangan dalam dalil-dalil yang sabit. Maka, riwayat-riwayat duabelas Imam mengisbatkan bahawa jumlah mereka adalah duabelas orang, dan begitu juga riwayat-riwayat tigabelas Imam mengisbatkan bahawa jumlah mereka adalah tigabelas orang, kedua-duanya adalah sabit. Telah dilampirkan sebelum ini bahawa pertentangan itu hanya berlaku antara penafian dan pengisbatan, bukan antara dua dalil yang sabit. 
Lampiran terdahulu juga menyebutkan bahawa riwayat-riwayat yang menjelaskan bilangan mereka  duabelas orang tidak menunjukkan keterbatasan, dan ini sekaligus bukanlah pertentangan melainkan ia adalah andaian mudah yang lebih rapuh daripada sarang labah-labah. 
Manakala gambaran ketiga daripada gambaran pertentangan yang telah dinyatakan terdahulu adalah antara riwayat-riwayat yang mengira Mahdiyyin itu duabelas orang dan riwayat-riwayat yang mengira mereka sebelas orang. Maka ia pun begitu juga kerana tiada pertentangan dalam perkara yang sabit, riwayat-riwayat Mahdi duabelas orang mengisbatkan bilangan mereka duabelas orang dan riwayat-riwayat Mahdi sebelas orang mengisbatkan bilangan mereka sebelas orang, kedua-duanya adalah sabit. Telah dinyatakan bahawa tidak wujud pertentangan antara perkara-perkara yang sabit, melainkan disebutkan bahawa riwayat yang mengira mereka duabelas orang atau yang mengira mereka sebelas orang, cukup untuk membataskan mereka dengan bilangan tersebut. Ini dibina atas pendapat bahawa konsep nombor atau wujud keterbatasan itu adalah tidak wujud bagi kedua-duanya.
Oleh itu, pendapat yang mengatakan bahawa wujud pertentangan itu dianggap tidak lebih daripada andaian semata-mata sepertimana andaian-andaian lain yang bersarang di fikiran orang-orang yang jahil.
Tinggal dua perkara lagi yang perlu kita ketahui, iaitu: 
1.   Riwayat-riwayat yang mengira tigabelas orang  Imam itu membenarkan riwayat-riwayat yang menjelaskan bahawa Mahdiyyin itu sebelas orang, kerana hal keadaan Mahdi yang pertama iaitu Ahmad Al-Hassan AS, yang adakalanya dikira bersama dengan para Imam dan jadilah bilangan mereka tigabelas orang dan diketika itu jadilah bilangan Mahdyyin itu sebelas orang. Adakalanya dikira bersama Mahdiyyin dan jadilah bilangan mereka duabelas orang, sebagaimana bilangan para Imam itu menjadi duabelas orang.
Beliau dikira bersama para Imam disebabkan maqamnya yang tinggi, beliau mempunyai dua maqam iaitu maqam risalah dan maqam wilayah sebagaimana yang dijelaskan oleh Sayyid Ahmad Al-Hassan AS di dalam kitab At-Tauhid.[8]
2.   Riwayat terdahulu menjelaskan dengan sejelas-jelasnya bahawa pembahagian kelima daripada pembahagian-pembahagian terdahulu, yang menyebutkan riwayat wasiat menetapkan bilangan Imam itu duabelas orang dan Mahdiyyin itu duabelas orang adalah tempat rujukan dalam himpunan pembahagian-pembahagian tersebut. Ia merupakan ibu kepada keseluruhan pembahagian ini dan dari situ diketahui keupayaan wasiat yang mulia ini.



[1] Antara yang mengandaikan pengehadan adalah Syeikh Al-Hurr Al-Amili dengan berkata: “hadis menghadkan para Imam AS pada duableas orang adalah begitu banyak sekali.” Al-Iqazh min Al-Haj’ah bil Burhan ‘ala al-Raj’ah, ms 365.


[2] Disebutkan di dalam kitab Al-Hiwar Al-Qishasi, jilid 3, halaqah 2: mereka berkata bahawa pengehadan digunakan dalam beberapa kata terhad, sebagai contoh: hanya (innama), dan pengecualian selepas penafian: seperti kecuali (illa), selain (ghayr) (siwa) (‘adaa) dan mendahulukan maf’ul seperti kita berkata: Iyyaka na’budu, bererti “hanya Engkau yang kami sembah” yang menunjukkan pada menghadkan penyembahan kepada Allah SWT. As-Syahid Muhammad Baqir As-Sadr (rahimahullah) menyebutkan bahawa apa yang menunjukkan keterbatasan itu adalah menjadikan yang umum itu tajuk utama beserta takrifannya dan menjadikan yang khusus itu umum, seperti kita berkata: “Anak kamu adalah Muhammad”, ianya menunjukkan pengenalan yang membataskan anak itu kepada Muhammad, berbanding apabila kita berkata: “Muhammad adalah anak kamu”. 


[3] Ushul Al-Fiqh, jilid 1, ms 181.


[4] Muhadharat fi ushul al-fiqh lil khoie, jilis 5, ms 150.


[5] Durus fi ilm al-usul, jilid 3, ms 217.


[6] Durus fi ilm al-usul, jilid 1, ms 416.


[7] Tauhid al-imamiah li Muhammad Baqir al-Maliki, ms 155.


[8] At-Tauhid, Imam ahmad Al-Hassan AS, ms 14.

SIRI KAJIAN PENCERAHAN AKIDAH MAHDI - BAHAGIAN 1

Topik: Pembahagian Riwayat-Riwayat Berkenaan Bilangan Maksumin AS.

 
Jika kita perhatikan riwayat-riwayat Ahlulbait AS yang menjelaskan bilangan maksumin AS, kita pasti dapat melihat bahawa ianya terbahagi kepada lima pembahagian seperti berikut:
 
Pembahagian pertama: Riwayat-riwayat yang menjelaskan bahawa para Aimmah AS adalah 12 orang, iaitu: Imam Ali bin Abi Talib, Imam Hassan Al-Mujtaba, Imam Hussein As-Syahid, Imam Ali bin Hussein, Imam Muhammad bin Al-Baqir, Imam Jaafar As-Shadiq, Imam Musa Al-Kazhim, Imam Ali Ar-Ridho, Imam Muhammad Al-Jawad, Imam Ali Al-Hadi, Imam Hassan Al-Askari dan Imam Muhammad bin Al-Hassan Al-Mahdi alaihimussalam.

Riwayat-riwayat yang menjelaskan bilangan para Imam maksumin AS, datang dengan lafaz-lafaz yang berbeza iaitu:

1.     Duabelas khalifah: Daripada Abdul Malik bin Umair, daripada Jabir bin Samrah (radiyallahu anhu), telah berkata:  Aku bersama bapaku berada di sisi Rasulullah SAW, lalu aku mendengar baginda bersabda: sesudahku duabelas orang khalifah. Kemudian baginda memperlahankan suaranya, lantas aku bertanya kepada bapaku: Apa yang baginda katakan ketika memperlahankan suaranya? Bapaku berkata: baginda bersabda: kesemua mereka adalah daripada Quraish.[1]

2.     Duabelas Amir: Diriwayatkan oleh Ahmad di dalam musnadnya, berkata: Bapaku menceritakan kepadaku, daripada Sufyan bin Uyaynah, daripada Abdul malik bin Umair, berkata: Aku mendengar Jabir bin Samrah As-Siwai berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Urusan ini akan berterusan hinggalah tegaknya duabelas amir. Kemudian baginda berbicara dengan suara yang tidak aku dengari, lantas aku bertanya kepada bapaku apa yang dikatakan baginda? Bapaku berkata: Kesemua mereka adalah daripada Quraish.[2]

3.     Duabelas lelaki: Abu Umair menceritakan daripada Sufyan, daripada Abdul Malik bin Umair, daripada Jabir bin Samrah, berkata: Aku mendengar Nabi SAW bersabda: Urusan manusia akan terus berjalan dengan 12 orang lelaki sebagai wali mereka. Kemudian Nabi SAW berbicara dengan perkataan yang tidak aku dengari, lantas aku bertanya kepada bapaku, apakah yang dikatakan oleh Rasulullah SAW? Lalu bapaku berkata: Kesemua mereka adalah daripada Quraish.[3]

4.     Duabelas pembicara (muhaddathan): Imam Baqir AS berkata: Duabelas orang pembicara daripada kami.[4]

5.     Duabelas Mahdi: Imam Hussein AS berkata: Duabelas Mahdi daripada kami, yang pertamanya adalah Amirul Mukmin Ali bin Abi Talib dan yang terakhir adalah anakku yang kesembilan, dia adalah yang bangkit dengan kebenaran.[5]  

6.     Duabelas Imam: Nabi SAW telah bersabda: Wahai Ali, bahawasanya sesudahku akan ada duabelas Imam dan sesudah mereka 12 Mahdi.[6]

7.     Duabelas Naqib: Syeikh Kulayni meriwayatkan dengan sanad daripada Abi Jaafar AS, berkata: Rasulullah SAW bersabda: Dari kalangan anak keturunanku duabelas orang ketua (naqib), Berketurunan Mulia (nujaba’), pembicara (muhaddathun), pemberi faham (mufhamun), yang akhir dari kalangan mereka adalah pendiri (Qoim) kebenaran yang akan memenuhkannya (bumi) dengan keadilan sebagaimana ia dipenuhi dengan kekejaman.[7]

Kesemua ungkapan ini walaupun berbeza lafaz, tetapi ia membawa maksud yang satu iaitu, duabelas orang Imam, yang pertamanya adalah Ali bin Abi Talib AS dan yang terakhir adalah Muhammad bin Hassan Al-Askari AS.

Pembahagian Kedua: Riwayat-riwayat yang menunjukkan bahawa para Imam itu tigabelas orang adalah seperti berikut:

1.     Diriwayatkan oleh Syeikh Al-Kulayni dengan sanadnya daripada Zararah, berkata: Aku telah mendengar Abu Jaafar AS berkata: Duabelas daripada keluarga Muhammad, kesemua mereka adalah pembicara (muhaddath) daripada Rasulullah SAW dan anak keturunan Ali, Kedua-dua mereka Rasulullah dan Ali AS adalah bapa…[8]

2.     Diriwayatkan oleh Syeikh Al-Kulayni dengan sanadnya daripada Abi Jaafar AS daripada Jabir bin Abdullah Al-Ansari, berkata: Aku telah masuk berjumpa dengan Fatimah AS dan diantara kedua tangannya ada papan (lawh) yang tertulis padanya nama-nama wasi dari anak keturunannya, lantas dia mengira duabelas orang, yang terakhir daripada mereka adalah Al-Qoim AS, tiga daripada mereka adalah Muhammad dan tiga daripada mereka adalah Ali.[9] 

3.     Diriwayatkan oleh Syeikh Al-Kulayni dengan sanadnya daripada Abi Al-Jarud, daripada Abi Jaafar AS, berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: Aku dan duabelas orang daripada anak keturunanku dan kamu Ali adalah pengikat bumi, bererti pasak dan gunung-ganangnya. Dengan kami lah Allah memasakkan bumi supaya membinasakan penduduknya, apabila wafat yang keduabelas daripada anak keturunanku, maka binasalah bumi beserta penduduknya…[10]

4.     Syeikh Kulayni meriwayatkan dengan sanad daripada Abi Jaafar AS, berkata: Rasulullah SAW bersabda: Dari kalangan anak keturunanku duabelas orang ketua (naqib), berketurunan baik-baik (nujaba’), pembicara (muhaddathun), pemberi faham (mufhamun), yang terakhir daripada mereka adalah pendiri kebenaran yang akan memenuhkannya (bumi) dengan keadilan sebagaimana ia dipenuhi dengan kekejaman.[11]

Riwayat pertama menyebutkan duabelas orang pembicara daripada anak keturunan Rasulullah SAW dan Ali bin Abi Talib AS. Oleh itu, para pembicara adalah duabelas orang selain daripada Ali bin Abi Talib AS kerana dia adalah bapa kepada duabelas orang ini seperti dalam riwayat. Setelah mengecualikan Imam Ali AS, maka siapakah duabelas orang ini?

Riwayat kedua menyebutkan Jabir bin Abdullah Al-Ansar telah melihat papan tulis yang ada di tangan Fatimah yang mengandungi nama-nama wasi daripada anak keturunannya, mereka dalah duabelas orang, yang pasti Ali bukanlah anaknya. Oleh itu, dengan menambahkan Ali bin Abi Talib AS bilangan wasi-wasi menjadi tigabelas orang.

Dalam riwayat ketiga, Nabi SAW berkata kepada Ali AS: Sesungguhnya aku dan dan duabelas orang daripada anak keturunanku, bererti duabelas orang daripada anak keturunan Nabi SAW, dan sudah pasti Ali bin Abi Talib AS bukanlah anak Nabi SAW. Disebabkan itu baginda bersabda: “Kamu wahai Ali” dan dengan menambahkan Ali ke dalam bilangan wasi-wasi yang merupakan anak keturunan Nabi SAW, maka jumlahnya menjadi tigabelas orang.
Dalam riwayat keempat pula, Nabi SAW bersabda duabelas orang daripada anak keturunannya adalah ketua (naqib) dan mereka adalah pembicara dan pemberi faham. Sekiranya kita menambahkan Ali bin Abi Talib AS yang bukan daripada anak keturunan Nabi SAW ke dalam bilangan yang disebutkan, maka bilangannya menjadi tigabelas orang.
 
Pembahagian Ketiga: Riwayat-riwayat yang menunjukkan bahawa para Mahdiyyin yang akan memerintah bumi selepas Imam Mahdi AS adalah duabelas orang, antaranya: 

1.     Nabi SAW bersabda: Wahai Ali, bahawasanya akan ada sesudahku duabelas orang Imam dan sesudah mereka duabelas orang Mahdi..[12] 

2.     Daripada Imam As-Shadiq AS: Sesungguhnya daripada kami duabelas orang Mahdi, daripada anak keturunan Hussein AS sesudah Al-Qoim.[13] 

3.     Abu Basir berkata: Aku telah berkata kepada Imam Jaafar bin Muhammad As-Sadiq AS: Wahai anak Rasulullah SAW, aku telah mendengar daripada bapamu AS berkata: Akan ada duabelas Imam selepas Qoim AS. Lalu Imam Sadiq AS menjawab: Sesungguhnya beliau berkata: Duabelas Mahdi dan tidak berkata: duabelas Imam, kerana mereka adalah satu kaum daripada Syiah kami yang menyeru manusia kepada wilayah kami dan mengenali hak kami.[14]

Pembahagian keempat: Riwayat-riwayat yang menunjukkan bahawa sebelas orang Mahdi, adalah:

1.       Daripada Abu Hamzah, daripada Abi Abdullah AS mengatakan di dalam hadis yang panjang: Wahai Abu Hamzah, sesungguhnya daripada kami sebelas orang Mahdi, daripada anak keturunan Hussein AS sesudah Qoim.[15]

Pembahagian kelima: Riwayat yang menunjukkan bahawa para Imam itu adalah duabelas orang dan para Mahdiyyin itu duadelas orang, iaitu riwayat wasiat: 

1.       Daripada Abi Abdillah a.s, daripada bapa-bapanya terdahulu, daripada Amirul Mukminin Ali a.s, telah berkata: Rasulullah SAWA telah bersabda kepada Ali di malam sebelum kewafatannya; Wahai Bapa Hassan (Ali a.s) bawakan lembaran tulis dan dakwat, maka Rasulullah SAWA mencatatkan wasiatnya sehinggalah ia sampai ke butiran berikut, dan bersabda; Wahai Bapa Hassan sesungguhnya akan ada selepasku duabelas orang Imam dan selepas mereka duabelas orang Mahdi. Engkau wahai Ali adalah yang pertama dari duabelas imam tersebut. Dan hadis tersebut berterusan sehingga sampai kepada sabda, dan hendaklah diserahnnya kepada anaknya Muhammad Al Mustahfiz dari keluarga Muhammad alaihis salam. Begitulah duabelas orang Imam, setelah itu akan adanya duabelas Mahdi. Maka apabila maut menghampirinya, hendaklah dia serahkannya (wilayah) kepada anaknya Mahdi yang pertama, baginya tiga nama: nama seperti namaku dan nama bapaku iaitu Abdullah dan Ahmad, dan nama ketiganya adalah Al-Mahdi. Dan dia adalah yang pertama beriman.[16]




[1] Yanabi’ Al-Mawaddah li zawil Qurba, jilid 2, ms 315
[2] Musnad Ahmad, jilid 5, ms 97 dan 101.
[3] Sahih Muslim, jilis 6, ms 3.
[4] Al-Imamah wa At-Tabshirah, ms 2.
[5] Al-Imamah wa At-tabshirah, ms 2.
[6] Ghaybah As-Syeikh At-Thusi, ms 150.
[7] Al-Kafi, jilid 1, ms 534.
[8] Ak-Kafi, jilid 1, ms 531.
[9] Al-Kafi, jilid 1, ms 531.
[10] Al-Kafi, jilid 1, ms 534.
[11] Al-Kafi, jilid 1, ms 534.
[12] Ghaybah Syeikh At-Thoosi, ms 150.
[13] Mukhtashar Bashair Ad-Darajat, ms 182. Bihar Al-Anwar, jilid 53, ms 148.
[14] Mukhtashar Bashair Ad-Darajat, ms 211.
[15] Ghaybah At-Thoosi, ms 478.
[16] Bihar Al Anwar jilid 53 ms 147, Ghaybah Al Toosi ms 150, dan Ghayat Al Maram jilid 2 ms 241. 

Sabtu, 4 Januari 2014

BICARA FB TERKINI IMAM AHMAD AL HASSAN (AS) SEMPENA MEMPERINGATI KEWAFATAN NABI (SAW)

JALAN KAMI (AHLULBAIT AS) DALAM MENJAWAB KERAGUAN-KERAGUAN YANG DITIMBULKAN TERHADAP AL-QURAN.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Semoga Allah membesarkan ganjaran kalian dalam memperingati kesyahidan Muhammad Rasulullah (saw). Insan suci yang layak menduduki makam terpuji dan tertinggi di sisi Allah SWT kerana kesucian dirinya. Pada hari ini, kita dapati bahawa risalah Muhammad (saws) yang terkandung di dalam Quran itu terdedah kepada celaan dan keraguan, secara khususnya kepada Allah SWT. Topik celaan ini berkisar tentang bahasa Arab, bahawa ungkapan-ungkapan di dalam Quran itu adalah lemah (dari sudut bahasa Arab) dan bertentangan dengan kaedah-kaedah tatabahasa Nahu dan I’rab, atau tidak bertepatan dengan Balaghah pada sesetengah ayat. Malah, kata-kata dan syair Arab lebih fasih daripada Quran, seperti kata-kata Umru al-Qays di dalam rangkap syairnya:

مِــكَــرٍّ مِــفَــرٍّ مُــقْــبِــلٍ مُــدْبِــرٍ مَــعــاً
كَــجُلْـمُوْدِ صَـخْرٍ حَطَّهُ السَّـيْلُ مِنْ عَلِ
.... الخ

Beberapa hari terdahulu, beberapa orang ansar telah datang melawatku (semoga Allah memelihara mereka) dan mereka telah menunjukkan kepadaku sebuah video seorang syeikh syiah yang bernama: Sayyid Ahmad Al-Qabanji, yang mana dia telah mencela Quran yang dinisbahkan kepada Allah. Hakikat metod celaannya adalah tidak berbeza dengan metod para Wahabi dan para marajik syiah atau yang mewakilinya di dalam saluran tv satelit, ketika mencela dakwah yang penuh barakah ini dengan penuh tipu daya dan pembohongan-pembohongan. Apa yang dinamakan sebagai bertentangan dengan kaedah-kaedah tatabahasa dan balaghah bahasa Arab seperti celaan terhadap cara bacaan Ahmad Al Hassan bagi kalimah ضيزى (Dhaiza, tidak sepertimana bacaan yang biasa “Dhiza”) dan tohmahan-tohmahan seumpamanya bagi memperdayakan orang-orang yang jahil dengannya. Lantas berkata kepada mereka bahawa Ahmad Al Hassan tidak mengetahui dan tidak fasih berbahasa Arab. Kejahilan mereka dengan kaedah-kaedah induktif bahasa Arab telah disingkapkan oleh orang-orang mukmin dan sebahagian orang mukmin ada yang memegang ijazah tertinggi di dalam bahasa Arab, serta profesor-profesor di universiti-universiti di iraq. Alhamdulillah, mereka telah menjelaskan kejahilan orang-orang ini dengan kaedah-kaedah induktif bahasa Arab dan hattakan dengan tujuh bacaan Quran yang berbeza, serta wujudnya bacaan (qiraat) Ahlulbait (as) yang telah disebutkan dalam banyak riwayat dan ianya berbeza dengan tujuh cara bacaan Quran yang masyhur.

Sekarang telah sampai giliran mereka untuk memberikan jawapan balas, kami menantikan jawapan balas para Wahabi dan para marajik (atau yang membela mereka untuk mencela dakwah kebenaran atas asas bertentangan dengan bahasa Arab) secara terperinci . Saya ulangi lagi, jawapan balas secara terperinci atas setiap celaan yang dilontarkan oleh Ahmad Al-Qabanji terhadap bahasa Arab dan kefasihan Quran. Begitu juga celaan-celaan penganut Kristian terhadap Quran bahawa ia bertentangan dengan bahasa Arab, kurang balaghahnya dan lemah ungkapan-ungkapannya. Barangkali tidak perlu diterangkan bahawa jawapan balas ini mestilah dilakukan dengan mengambil kesemua celaan ini dan menjawabnya satu-persatu. Bukannya sepertimana yang dilakukan oleh sesetengah orang yang lemah akalnya, apabila mengambil ungkapan daripada Quran yang tidak ada seorang pun yang mencelanya dan berkata bahawa Quran adalah kata-kata yang paling tinggi balaghahnya dan sebagainya. Oleh itu, yang dituntut bukanlah memastikan kefasihan dan ketinggian balaghah sebahagian ungkapan Quran, kerana ini tidak pernah didahulukan atau dikemudiankan dalam menjawab keraguan-keraguan terhadap ungkapan-ungkapan lainnya. Tetapi yang dituntut adalah jawapan balas secara terperinci terhadap celaan-celaan yang dilontarkan oleh para penganut Kristian serta sayyid Ahmad al-Qabanji dan lain-lainnya. Atau dengan kata lain menyekat Quran daripada celaan dan menjawab celaan tersebut dengan jawapan ilmiah, kami menantikan jawapan mereka.

Saya memberi amaran, sekiranya mereka menjawab dengan cara yang sama sepertimana kami telah menjawab keraguan-keraguan mereka apabila mereka menimbulkan keraguan terhadap kami dan terhadap dakwah kebenaran ini, maka jelaslah bahawa merekalah sebenarnya dajjal dan menyukat dengan standard mereka di dalam agama. Mereka meragui dengan keraguan-keraguan yang mereka yakini bahawa ianya tidak mempunyai sebarang nilai dan keraguan mereka hanya disebabkan oleh satu sebab sahaja iaitu untuk memperdaya dan memperbodohkan orang ramai, tidak lebih daripada itu. Akhirnya, saya peringatkan dan ulangi sekali lagi bahawa jawapan balas mereka ini adalah wajib dan tetap ke atas mereka, kerana mereka menganggap kaedah-kaedah induktif bahasa Arab sebagai suci dan terpelihara, serta para maksumin tidak dibenarkan bersalahan dengannya, maka bagaimana pula fikiran kamu dengan Allah SWT? Justeru, jika mereka meninggalkan jawapan balas secara rasmi bermakna mereka telah mengenepikan keimanan mereka terhadap Quran dan menghukumkan bahawa ia bukanlah daripada Allah, seterusnya mengenepikan keislaman mereka dengan tangan-tangan mereka sendiri.

Ini adalah video yang menjelaskan keraguan-keraguan para wahabi dan sebahagian marajik syiah, atau yang membela mereka daripada kalangan orang-orang berserban yang jahil terhadap bacaan Quran Ahmad Al Hassan di dalam saluran-saluran tv satelit dan saluran media lainnya, yang berkata-kata bahawa Ahmad Al Hassan tidak bagus bahasa Arabnya, dan jawapan balas sebahagian orang yang beriman dengan dakwah kebenaran ini ke atas mereka, serta penjelasan kejahilan mereka tentang kaedah-kaedah induktif bahasa Arab dan tujuh bacaan Quran:
http://www.youtube.com/watch?v=qC9TSRFuk0Q

Ini pula adalah video Ahmad Al-Qabanji yang mencela kefasahan dan tatabahasa Arab di dalam Quran:
http://www.youtube.com/watch?v=Kk_KS1KrPWA

Ini juga adalah video lain bagi Ahmad al-Qabanji:
http://www.youtube.com/watch?v=Kk_KS1KrPWA

Terdapat terlalu banyak celaan terhadap pertentangan Quran dengan tatabahasa Arab (nahu), balaghah dan fasahah yang biasa dikemukakan. Ini adalah antara contohnya, di dalam dua ayat Quran, di satu ketika disebutkan الصابئين dan diketika lain pula disebutkan الصابئون, sedangkan kedudukan sebenar dari segi nahu (tatabahasa Arab) dan kaedah bahasa Arab adalah satu:

إِنَّ الَّذِينَ آمَنُواْ وَالَّذِينَ هَادُواْ وَالنَّصَارَى وَالصَّابِئِينَ مَنْ آمَنَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ وَعَمِلَ صَالِحاً فَلَهُمْ أَجْرُهُمْ عِندَ رَبِّهِمْ وَلاَ خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلاَ هُمْ يَحْزَنُونَ ...البقرة:62

إِنَّ الَّذِينَ آمَنُواْ وَالَّذِينَ هَادُواْ وَالصَّابِؤُونَ وَالنَّصَارَى مَنْ آمَنَ بِاللّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ وعَمِلَ صَالِحاً فَلاَ خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلاَ هُمْ يَحْزَنُونَ ...المائدة : 69

Saya tutup bicara kali ini dengan penjelasan jalan kami dalam jawapan balas kepada Ahmad al-Qabanji dan apa yang dilontarkan oleh para penganut Kristian serta selain mereka, yang meragui tentang al-Quran dan kebenarannya yang dinisbahkan kepada Allah, melalui celaan terhadapnya samada dari segi nahu, balaghah atau bersalahan dengan kaedah bahasa Arab secara umumnya, mana-mana individu mungkin boleh menjumpainya dalam kitab-kitab saya. Kami tidak beriktikad dengan kesucian bahasa dan kami berkeyakinan bahawa ianya tertakluk kepada peraturan evolusi alam semesta secara umum. Kebenaran iktikad ini bertepatan dengan kesahihan penetapan teori evolusi yang telah saya jelaskan di dalam kitab “wahm al-Ilhad” (Delusion of atheism) secara terperinci dan tidak bernilainya jawapan balas orang-orang jahil yang meraguinya. Dengan ini berlakulah kesederhanaan dalam kepercayaan bahawa terdapat kaedah-kaedah yang terpelihara dan tetap bagi bahasa yang wajib diikuti. Kata-kata saya ini bukan hanya khusus untuk bahasa Arab sahaja, tetapi merangkumi mana-mana bahasa manusia dan haiwan umumnya.

Sekiranya perkara ini telah dipastikan secara saintifik dan bertukar menjadi benar sekarang, maka sesungguhnya Imam Sadiq (as) telah menjelaskannya sejak lebih seribu tahun yang lalu bahawa betapa tidak bernilainya kepercayaan tentang wujudnya kaedah-kaedah yang tetap atau terpelihara untuk bahasa Arab dan bahasa-bahasa lainnya.

Telah berkata Muhammad bin Muslim: Abu Abdillah (as) telah membaca: ولقد نادانا نوحاً
Aku berkata:” نوح” (Nuhun). Seterusnya aku berkata: “Dijadikan aku tebusanmu, sekiranya kamu melihat pada ini yang aku maksudkan adalah tatabahasa Arab.”
Lalu beliau (as) menjawab: “Hindarkan aku dari bau tengik kamu” (Mustadrak Al-Wasail, jilid 4, ms 278)

https://www.facebook.com/Ahmed.Alhasan.10313/posts/612431102137890