Memaparkan catatan dengan label ARTIKEL UNTUK SYIAH MUSLIM. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ARTIKEL UNTUK SYIAH MUSLIM. Papar semua catatan

Jumaat, 13 September 2013

MAKSUD YANG PERTAMA BERIMAN DI DALAM WASIAT SUCI RASULULLAH..

Di penghujung hadis wasiat suci Rasulullah sawas menyebutkan bahawa "maka hendaklah diserahkan kepada anaknya iaitu Muqarrab yang pertama (sesetengah sumber menyebutkan Mahdi yang pertama). Baginya tiga nama : nama seperti namaku dan nama bapaku, iaitu Abdullah dan Ahmad. Dan namanya yang ketiga adalah Al Mahdi, dia adalah yang pertama beriman."


Ramai dari kalangan penentang dakwah Ahmad Al Hassan as cuba untuk meragui hadis dengan menakwilkan "dia yang pertama beriman" di sini dengan berbagai takwilan yang menyeleweng dari mafhum yang dikehendaki oleh Rasulullah sawas di dalam wasiat sucinya. Jadi persoalannya sekarang, apakah yang dimaksudkan dengan "dialah yang pertama beriman" di dalam wasiat suci Rasulullah ini?



Apabila kita merujuk kembali apa yang dimaksudkan oleh Quran dan Nabi (sawas) ketika menyebutkan ayat "أول المؤمنين", maka kita akan mendapat jawapannya dengan tepat. 




Ayat 143, surah Al A'raaf:



فَلَمَّا تَجَلَّىٰ رَبُّهُ ۥ لِلۡجَبَلِ جَعَلَهُ ۥ دَڪًّ۬ا وَخَرَّ مُوسَىٰ صَعِقً۬ا‌ۚ فَلَمَّآ أَفَاقَ قَالَ سُبۡحَـٰنَكَ تُبۡتُ إِلَيۡكَ وَأَنَا۟ أَوَّلُ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ



Setelah Tuhannya "Tajalla" (menzahirkan kebesaranNya) kepada gunung itu, (maka) "TajalliNya" menjadikan gunung itu hancur lebur dan Nabi Musa pun jatuh pengsan. Setelah dia sedar semula, berkatalah dia: Maha Suci Engkau (wahai Tuhanku), aku bertaubat kepadaMu dan akulah orang yang awal pertama beriman (pada zamanku).



Mari kita lihat apa yang dimaksudkan dengan ayat yang mulia ini berdasarkan riwayat-riwayat yang menafsirkannya:


وأنا أول المؤمنين وأول المقرين بأنك ترى ولا ترى وأنت بالمنظر الأعلى



Daripada Imam Ali (a.s) pada tafsir kata-kata Nabi Musa (a.s) وَأَنَا۟ أَوَّلُ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ, berkata: "...dan aku adalah yang pertama mengikrarkan bahawa Engkau Melihat dan tidak dapat dilihat, dan Engkaulah tempat penglihatan yang tertinggi." [Kifayat Al Athar, ms 262]



يقول رجعت إلى معرفتي بك؟ عن جهل قومي، (وأنا أول المؤمنين) منهم بأنك لا ترى...



Daripada Imam Ridha (a.s) di dalam hadis yang panjang, berkata tentang tafsir tafsir kata-kata Nabi Musa (a.s) وَأَنَا۟ أَوَّلُ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ : "...dia berkata aku telah kembali daripada kejahilan kaumku kepada makrifatku tentangMu وَأَنَا۟ أَوَّلُ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ dan aku adalah yang awal pertama beriman di kalangan mereka bahawa Engkau Melihat dan tidak dapat dilihat." [Al Ihtijaj, Al Tabrasi, jilid 2, ms 221]




Apa yang dapat kita fahami daripada kedua-kedua riwayat berkenaan dengan tafsir وَأَنَا۟ أَوَّلُ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ, adalah mendahului dalam beriman kepada Allah Taala dan kembali kepadanya, terutamanya di dalam riwayat kedua apabila Imam Ridha (a.s) berkata: "dan aku adalah yang awal pertama beriman di kalangan mereka bahawa Engkau Melihat dan tidak dilihat." Atau dengan kata lainnya aku adalah yang awal pertama beriman dari kalangan kaumku yang meminta untuk melihat Engkau dan yang pertama mengakui dan mendahului bahawa Engkau tidak dapat dilihat.




Manakala Rasulullah (sawas) telah menerangkan secara terperinci tentang makna أَوَّلُ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ ini, ketikamana menggambarkan Amirul Mukminin (a.s) agar orang-orang yang mempunyai hasad kepada Amirul Mukminin (a.s) tidak mentakwilkan makna ayat ini. Rasulullah (sawas) menjelaskan gambaran أَوَّلُ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ kepada Amirul Mukminin (a.s) ini bahawa dia adalah yang awal pertama beriman, atau yang pertama mendahulu dalam iman dan Islam, serta mengakui kenabian Nabi Muhammad (sawas). Bukannya makna lain sepertimana dilakukan oleh penentang-penentang Sayyid Ahmad Al Hassan yang cuba mentakwilkan perkataan Rasulullah (sawas) berkenaan hak washi Imam Mahdi (a.s) bahawa dia adalah yang awal pertama beriman, dengan takwilan selainnya.



قول الرسول الأمين (صلى الله عليه وآله): أنت أول المؤمنين ايمانا واسلاما


Daripada Rasul (sawas), sesunggunya baginda telah bersabda kepada Ali (a.s): "Kamu adalah yang awal pertama beriman dengan keimanan dan keislaman." [Misbah Al Fuqahah, Sayyid Al Khoie, jilid 2, ms 511, notakaki no.2]



وعن أبي ذر قال سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول لعلى (أنت أول من آمن بي وصدق



Daripada Abu Zarr (a.s) berkata: "Aku telah mendengar Rasulullah (sawas) bersabda kepada Ali: Kamu adalah yang pertama beriman denganku dan membenarkanku." [Dakhair Al 'Uqba, ms 58]



فقال يا علي أنت أول المؤمنين إيمانا وأنت أول المسلمين إسلاما وأنت منى بمنزلة هارون من موسى



Rasulullah (sawas) bersabda kepada Ali (a.s): "Wahai Ali kamu adalah yang awal pertama beriman dengan keimanan dan yang awal pertama Islam dengan keislaman, dan kamu di sisiku adalah sama seperti kedudukan Harun di sisi Musa." [Al Arba'una Hadithan oleh Muntajab Ad Dinn Ibn Babawayh, ms 20] 




Berdasarkan riwayat-riwayat di atas, maka terbukti bahawa أَوَّلُ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ yang dimaksudkan oleh Rasul (sawas) adalah dia (Ali) adalah mendahului dalam keimanan, pembenaran dan pengakuan. Oleh itu, tidak dibenarkan untuk mengatakan أَوَّلُ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ selain daripada apa yang dikatakan oleh Rasul (sawas) kepada Ali (a.s). 




Maka hal yang sama juga terpakai kepada Sayyid Ahmad Al Hassan a.s, bilamana Rasul (sawas) menggambarkan hak washi yang pertama Imam Mahdi (a.s) dengan ayat "أَوَّلُ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ", yang menunjukkan bahawa dia (washi) adalah yang awal pertama beriman, membenarkan dan membantu Imam Mahdi (a.s). Dan adalah salah untuk membuat pentakwilan selain itu kerana perbuatan mentakwil selain dari makna ini adalah seumpama pengikut Yahudi dan Nasrani yang mentakwil nama dan sifat-sifat Nabi (sawas) di dalam kitab-kitab mereka. Atau seumpama masyarakat awam sunni yang mentakwil kalam Rasulullah (sawas) kepada Ali (a.s) di dalam peristiwa Ghadir Khum: "من كنت مولاه فهذا علي مولاه", dan mereka berkata bahawa baginda (sawas) tidak mengisyaratkan kepada Imamah dan khilafah tetapi mengisyaratkan kepada sahabat terdekat, yang dikasihi dan wali di dalam urusan agama, dan berbagai takwil batil lainnya yang diilhamkan daripada bisikan was was syaitan (Semoga kami dijauhkan dari hal itu).



Kesimpulannya, dapat ditetapkan maksud kalam Rasulullah (sawas) dalam menggambarkan washi pertama Imam Mahdi (a.) bahawa dia adalah yang awal pertama beriman, atau dengan kata lainnya yang awal pertama beriman dan membenarkan tentang kebangkitan Imam Mahdi (a.s) di akhir zaman. Dengan itu juga, dia mesti wujud atau telah lahir sebelum kebangkitan Imam Mahdi (a.s) untuk membenarkan gambaran ini dengan mutlak ke atasnya.



Khamis, 12 September 2013

RISALAH DAKWAH AL YAMANI AS VERSI BAHASA INDONESIA..


Risalah kecil ini membicarakan sosok pribadi Al Yamani as yang wajib diimani oleh umat syiah sebelum kezuhuran Imam Mahdi Muhammad bin Al Hassan Askariy as.


Yamani yang dijanjikan adalah satu di antara tanda-tanda penting sehubungan dengan Imam Mahdi as. Diriwayatkan dari Maimun Alban bahwa Abu Abdillah Imam Shadiq as berkata: “Lima perkara sebelum kebangkitan al-Qaim (Imam Mahdi) as; Yamani, Sufyani, si penyeru yang memanggil dari langit, gerhana bulan di Baida` dan pembunuhan jiwa yang suci.” (Kamaluddin wa Tamam an-Ni’mah, hal 649)

Tetapi apakah sikap terhadap Yamani seperti sikap terhadap tanda yang muncul lainnya; satu misal apakah dibenarkan sikap tidak ikut-ikutan bagi seseorang ketika Yamani muncul dan bergerak dengan membawa seruan ilahiah?

Menurut riwayat berikut menjadi jawaban bagi pertanyaan tersebut, bahwa Imam Baqir as berkata: “Kemunculan Si Sufyani, Si Yamani dan Si Khurasani (dalam satu masa) di tahun yang sama, di bulan yang sama dan di hari yang sama adalah sebuah tatanan seperti tatanan manik-manik, yang satu mengikuti yang lain. Maka akan ada masalah (yang mengkhawatirkan) dari segala sisi. Celaka bagi orang yang melawan mereka. Tiada panji yang lebih membawa petunjuk dari panji si Yamani. Itulah panji hidayah. Karena dia mengajak kepada (Imam Mahdi as) pemimpin kalian. Jika si Yamani muncul, penjualan senjata bagi semua orang dan setiap muslim dilarang. Jika ia muncul, bangkitlah menuju kepadanya. Sesungguhnya panji yang ada di tangannya adalah panji hidayah. Tidak diperbolehkan bagi setiap muslim untuk berpaling darinya. Siapa yang berbuat demikian, ia tergolong dari para penghuni neraka. Karena dia mengajak kepada kebenaran dan ke jalan yang lurus.” (al-Ghaibah al-Yamani, hal 264)


Isi kandungan:

- Muqaddimah: Tanda-tanda sebelum kezuhuran Imam Mahdi as
- Adakah manusia wajib patuh pada si Yamani dan mendukungnya?
- Ia disebut sang Pengantar
- Ahmad si Yamani yang dijanjikan
- Bagaimana umat mengenal Khalifatullah?
- Hai manusia, hadir sang Penyeru di tengah kalian dan menyeru kalian mendukung agama   Allah
- Dengan apa Ahmad Al Hassan berhujah?
- Kata penutup


Terbitan Anshar Imam Mahdi (as), khusus buat bacaan pencinta Ahlullbayt as di Indonesia..sila klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

Terima Kasih...

Selamat Datang! Hai Penyeru kepada Allah dan Pemegang Panji Hidayah.. 



Ahad, 17 Mac 2013

APAKAH MAKNA ISMAH SEBENAR?

Makna Ismah menurut Imam Ahmad Al Hassan (as).

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih. 

Ya Allah, berselawat dan salamlah ke atas Muhammad dan Keluarga Muhammad, para Aimmah dan para Mahdiyyin dengan sejahterakanlah mereka dengan kesejahteraan yang melimpah ruah. 

Seringkali timbul persoalan, “bagaimana Imam Ahmad Al Hassan (as) boleh tersalah membaca sesuatu atau tersalah menyebutkan perkataan, kemudian memperbetulkan semula bacaannya dan bagaimana seorang yang ma’sum boleh lupa atau membuat kesilapan-kesilapan kecil?” 

Bertahun-tahun lamanya persoalan berkaitan dengan “ismah” dan apakah kualiti seorang ma'sum telah menjadi satu topik yang tidak pernah difahami sepenuhnya oleh umat Syiah. Sebelum ini, kita difahamkan bahawa seorang ma'sum tidak boleh berdosa, mahupun lupa atau boleh tersalah mengucapkan perkataan tertentu secara tidak sengaja, dan seorang ma’sum itu difahami secara harfiahnya adalah Peribadi Sempurna. Kelompok Sunni berpegang kepada hujah ini ketika berhadapan dengan kita dalam mempersoalkan pegangan Syiah, jika seorang ma’sum disifatkan dengan kesempurnaan seperti itu, maka pada asasnya anda mengatakan mereka mempunyai kualiti dan ciri-ciri yang sama sebagaimana Allah SWT. Hujah mereka adalah berasas dan betul keseluruhannya kerana itulah apa yang kita sebagai Syiah fahami. 

Walaupun kita mempercayai sedemikian iaitu tentang apa dan bagaimana kita memahami ismah, namun kita masih lagi dibebankan dengan berbagai persoalan seperti mengapa kita mempunyai riwayat-riwayat yang menyebutkan bahawa Aimmah (as) atau Nabi (sawas) terlupa, atau mengapa Musa (as) pernah memohon kepada Allah untuk melonggarkan simpulan (kecacatan/ telor) dari lidahnya, membetulkan ucapannya. Atau mengapa Yusha bin Nun (as) yang ma’sum boleh terlupa dan tertinggal bekalan mereka di atas batu semasa beliau dan Musa (as) dalam pengembaraan mereka, sebagaimana yang diceritakan di dalam Quran. 

Persoalan-persoalan ini kekal tidak terjawab kerana kekurangan kita dalam mengetahui makna sebenar “ismah” yang terkait dengan khalifah Allah dan Hujjat Allah di muka bumi, sehinggalah Imam Ahmad Al Hassan Al Yamani (as) mengutarakan dan mengajarkan kita makna sebenar ismah dan apakah punca-punca ismah serta kualiti seorang ma'sum. 

Jika anda mengambil inisiatif untuk membaca ilmu Imam Ahmad Al Hassan (as), anda akan menyedari bahawa pengetahuannya adalah jauh melangkaui pengetahuan mana-mana ulama dan pengetahuan ini tidak boleh diperolehi melalui pembelajaran, yang mana ianya adalah ilmu ketuhanan yang hakiki dari Allah SWT, yang diserahkan oleh bapanya Imam Mahdi Muhammad bin Al Hassan Al Askari (as) kepada beliau (as). 

Imam Ahmad Al Hassan (as) di dalam bukunya "Rihlatu Musa ila Majma’ Al Bahrain" menjelaskan segala-galanya dan setiap apa yang disimbolkan semasa pengembaraan Musa (as) ke pertemuan di antara dua lautan (Majma’ Al Bahrain). Imam Ahmad Al Hassan (as) di dalam buku ini mengaitkan keterlupaan rakan pengembaraan nabi Musa (as) iaitu nabi Yusha bin Nun (as) untuk mendefinisikan ismah. 

Quran memberitahu kita tentang pengembaraan Musa (as) ke pertemuan antara dua lautan dan di pertengahan pengembaraan ini Musa (as) berhenti untuk makan bekalan mereka, tetapi Yusha’ bin Nun (as) menjawab kepada Musa (as) bahawa syaitan telah membuatkan dia terlupa dan mereka berpatah balik untuk mencari kembali bekalan mereka. Sekarang timbul dua soalan di sini, PERNAHKAH ANDA TERFIKIR BAGAIMANA MUNGKIN BAGI SEORANG NABI YANG MA’SUM DIMANIPULASI OLEH SYAITAN? dan BAGAIMANA SEORANG MA’SUM BOLEH LUPA? Sedangkan hakikat sebenarnya, syaitan laknatullah tidak mampu memanipulasi seorang maksum. Imam Ahmad Al Hassan (as) berkata bahawa syaitan di sini adalah berbeza daripada Iblis laknatullah. 

Imam Ahmad Al Hassan (as) menjelaskan bahawa manusia mempunyai dua sisi iaitu sisi cahaya (nur) dan sisi kegelapan (dzulmah). Nisbah cahaya kepada kegelapan adalah bergantung kepada perbuatan seseorang. Syaitan adalah kegelapan (dzulmah) di dalam individu yang dijana oleh dosa seseorang dan syaitan dalam contoh Yusha bin Nun (as) semasa pengembaraan ini adalah bermakna kegelapan di dalam diri Yusha bin Nun (as). SEKARANG ANDA MUNGKIN BERTANYA “BAGAIMANA SEORANG MA’SUM BOLEH MEMPUNYAI KEGELAPAN (DZULMAH) DI DALAM DIRI MEREKA?” 

Imam Ahmad Al Hassan (as) berkata sebab bagi titik kecil kegelapan di dalam diri seorang ma'sum adalah semata-mata untuk membezakan mereka dari Allah SWT. Allah adalah cahaya keseluruhannya dan tiada kegelapan padaNya. Jika seseorang maksum juga adalah cahaya keseluruhannya dan tiada kegelapan padanya, maka tidak akan ada faktor yang membezakan antara Pencipta dan makhluk. Oleh itu, dengan wujudnya titik kecil kegelapan yang tersangat halus dan tidak dapat dilihat oleh mata kasar ini, boleh memberi kesan buat mereka ke tahap di mana mereka terlupa atau tersalah mengucapkan perkataan sekali-sekala sepertimana kes nabi Yusha bin Nun (as) terlupa bekalan di atas batu. 

Jika kita mengatakan bahawa para ma’sumin adalah sempurna ke tahap di mana mereka tidak boleh lupa atau tersalah dalam mengucapkan perkataan sekali-sekala, ini bermakna mereka adalah cahaya 100% dan 0 kegelapan dan ini adalah perbuatan syirik kepada Allah SWT. Disebabkan nisbah cahaya kepada kegelapan yang luar biasa bagi seseorang ma’sum itu, ia menyumbang kepada ismah mereka berdasarkan usaha dan keikhlasan di pihak mereka, dan di pihak Allah SWT pula menganugerahkan mereka ismah berdasarkan tahap usaha serta keikhlasan mereka ini. Allah SWT menganugerahkan mereka dengan petunjuk di mana mereka tidak mampu melakukan dosa dan tidak mampu mengeluarkan sesiapa pun dari kebenaran mahupun membawa sesiapa jua ke dalam kebatilan. Inilah makna sebenar "ismah". Harus diperhatikan juga bahawa lupa atau tersilap menyebutkan perkataan bukanlah dosa.


Khamis, 14 Mac 2013

POST IMAM AHMAD (AS) DI DALAM FB: RESPONS KEPADA NAZAR NAZAR @ ABU AHMAD

Lebih Rapuh Daripada Sarang Labah-Labah 




Nazar Nazar menulis: 



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. 



Saya Abu Ahmad dari Basrah mengarahkan kata-kata saya ini buat Sayyid Ahmad Al Hassan. 



Tuan kami, 

Saya telah melihat kepada pembuktian anda dan mendapati ianya amat mengelirukan. Saya mengatakan kepada anda dengan penuh jujur bahawa saya ingin mempercayai anda, tetapi saya di dalam kekeliruan dan tidak tahu apa yang perlu saya lakukan. Anda berkata supaya berbuat istikhara, maka saya lakukannya dan hasilnya amat mengelirukan. Anda bercakap tentang visi (ru'yah) dan saya telah melihat satu visi yang positif dan satu lagi negatif. Saya tidak meninggalkan mana-mana pintu tanpa mengetuknya supaya tidak akan ada lagi hujah terhadap saya. Saya telah bertanya ilmuwan dan mereka memberitahu saya bahawa lelaki ini adalah seorang dajjal (penyamar), tetapi saya tidak mengambil berat kata-kata mereka dan dalam masa yang sama saya tidak mahu berlawanan dengan mereka dan berasa menyesal. Tuanku, mereka mengatakan bahawa anda mampu membawakan mukjizat-mukjizat, seperti menghidupkan semula yang mati dan lain-lain kerana urusan ini berkaitan dengan perkara ghaib, yang saya maksudkan adalah seruan anda. Jika anda membawakan saya satu mukjizat yang membuktikan seruan anda, maka demi Allah, saya akan menjadi salah seorang dari tentera-tentera anda, dan saya amat berkeinginan untuk mati syahid demi anda, demi agama dan mazhab. Jika tidak, maka seruan anda adalah lebih rapuh daripada sarang labah-labah. 


Jawapan: 

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih. 
Segala puji hanya bagi Allah. 
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. 

Abu Ahmad, semoga Allah memberi taufik kepada anda, meluruskan jejak langkah anda dan melindungi anda dari sebarang keburukan. 

Saya akan mulai dari kata-kata anda yang terakhir iaitu: Lebih rapuh daripada sarang labah-labah. 

Anda menjelas dari kata-kata anda bahawa bukti seruan dakwah Ahmad Al-Hasan adalah seperti pembuktian datuknya Muhammad (sawas), maka aku telah meletakkan anda di dalam kekeliruan dan tidak menyampaikan anda kepada kesimpulan yang muktamad bahawa Ahmad Al Hasan adalah benar. Secara sedar anda adalah sama seperti Syiah lainnya yang beriktikad dengan kewajipan taklid kepada fuqaha, sebagaimana yang mereka beritahu kepada anda tanpa sebarang dalil syara’ mahupun akal. Tanpa anda pernah berasa keliru, mengkaji dan bertanya kepada mereka tentang bukti muktamad pegangan mereka. Bahkan amat malang sekali, anda mengikut mereka dengan mata tertutup. Secara umumnya, saya akan berbincang dengan anda berkenaan pegangan mereka dan menjelaskan kepada anda sebarang pembohongan dan kejahilan yang mereka kemukakan kepada anda. Saya berharap mereka tidak lagi terus memperdayakan anda selepas dari hari ini. Dengan izin Allah, hasrat saya akan dipenuhi samada cepat atau lambat kerana saya yakin bahawa akal, ilmu pengetahuan dan cahaya akan mengalahkan kejahilan, kegelapan dan cubaan untuk memperdaya serta menyesatkan manusia. 

Mari kita perhatikan orang-orang yang anda bertanya dan memanggil mereka ilmuwan, adakah mereka benar-benar  ilmuwan secara praktiknya atau penjahil dan pendusta? Hakim di antara kita dan mereka adalah pembuktian dan bukannya penghinaan sebagaimana yang sering mereka gunakan: 

Agama Marji’iyyah (ikutan kepan marja') mereka telah dan berterusan ingin memperdaya Syiah keturunan Muhammad, dibina atas akidah kewajipan taklid kepada bukan ma’sum. Mereka tidak mempunyai sebarang bukti naqli (Quran dan hadis) untuk menetapkan dengan pasti perkara ini, malah fuqaha mereka juga mengakui perkara ini. Mereka tidak mempunyai walau satu ayat pun dengan pembuktian yang muhkam (pasti) atau riwayat dengan rantaian sanad dan pembuktian yang muktamad (qathie). Anda mungkin boleh merujuk kepada kata-kata Sayyid al-Khoei dan Sayyid al-Khomeini (Semoga Allah merahmati mereka berdua) dan fuqaha lainnya berkenaan isu ini. 

Oleh itu, mereka hari ini bertukar kepada pembuktian akal bahawa orang jahil wajib merujuk kepada orang berilmu. Saya telah menyangkal pembuktian mereka ini dengan  begitu lengkap dan menjelaskan bahawa ianya adalah sebagaimana yang anda sebutkan, (lebih rapuh daripada sarang labah-labah), kerana mereka menyangka dan mengemukakan sangkaan sebagai ijtihad mereka sendiri. Mereka mengakui hal ini dan tidak seorang pun daripada mereka yang mengatakan bahawa dia membentangkan keyakinan. 

Justeru, pembuktian ini tidak terpakai buat mereka kerana mereka bukanlah ulama yang didatangkan dengan keyakinan yang mewajibkan orang jahil untuk merujuk kepada mereka, kerana ulama yang didatangkan dengan keyakinan dan hukum akal menetapkan bahawa yang wajib dirujuk hanyalah khalifah-khalifah Allah. Inilah yang kami katakan bahawa kewajipan taklid adalah hanya kepada peribadi ma’sum. 

Apabila mereka mendapati bahawa apa mereka kemukakan tidak membantu mereka dalam membuktikan akidah mereka. Seterusnya mereka mencuba pula untuk memperdaya manusia bahawa bukti bagi akidah mereka yang mewajibkan taklid kepada bukan ma’sum atau fuqaha adalah supaya orang yang tidak pakar merujuk kepada mereka yang pakar. Pembuktian yang mereka lontarkan ini telah merobohkan akidah batil mereka sendiri dengan cara yang tidak sedari mereka

وَظَنُّوٓاْ أَنَّهُم مَّانِعَتُهُمۡ حُصُونُہُم مِّنَ ٱللَّهِ فَأَتَٮٰهُمُ ٱللَّهُ مِنۡ حَيۡثُ لَمۡ يَحۡتَسِبُواْ‌ۖ وَقَذَفَ فِى قُلُوبِہِمُ ٱلرُّعۡبَ‌ۚ يُخۡرِبُونَ بُيُوتَہُم بِأَيۡدِيہِمۡ وَأَيۡدِى ٱلۡمُؤۡمِنِينَ فَٱعۡتَبِرُواْ يَـٰٓأُوْلِى ٱلۡأَبۡصَـٰرِ 

“Dan merekapun menyangka bahwa benteng-benteng mereka akan dapat mempertahankan mereka dari [siksaan] Allah; maka Allah mendatangkan kepada mereka [hukuman] dari arah yang tidak mereka sangka-sangka. Dan Allah mencampakkan ketakutan ke dalam hati mereka; mereka memusnahkan rumah-rumah mereka dengan tangan mereka sendiri dan tangan orang-orang yang beriman. Maka ambillah [kejadian itu] untuk menjadi pelajaran, hai orang-orang yang mempunyai pandangan serta celik mata hatinya.” Surah Al Hashr 59:2 

Jadi boleh dikatakan matlamat supaya orang tidak pakar merujuk kepada orang yang pakar adalah diharuskan dan bukanlah wajib. Ini bermakna mereka melontarkan pernyataan ini sebagai pembuktian akidah mereka.  dan dalam masa yang sama menarik diri daripada akidah batil mereka lontarkan iaitu kewajipan taklid kepada bukan ma'sum atau fuqaha. 

Mereka memberikan anda contoh perundingan pesakit kepada doktor untuk membuktikan akidah yang mewajibkan bertaklid kepada bukan ma'sum atau fuqaha. Sedangkan pesakit berunding dengan doktor dan melakukan seperti kata doktor adalah tidak wajib, tetapi diharuskan. Jika anda jatuh sakit, mestikah anda pergi kepada doktor dan mestikah anda beramal dengan sangkaan doktor?! Apabila doktor itu sendiri kadang-kadang berasa ragu-ragu dan memberitahu anda bahawa peluang kejayaan adalah begini dan peluang kegagalan pula adalah begini, sementara anda diberi peluang untuk membuat pilihan. Doktor itu tidak mengatakan bahawa “anda mesti melakukan sebagaimana yang dia kata atau anda mesti mengambil rawatan yang telah dia tetapkan atau anda mesti menjalani operasi pembedahan yang dia sangkakan boleh menyembuhkan anda”. Ramai pesakit yang meninggal dunia di tangan doktor di dalam bilik operasi pembedahan atau disebabkan kesilapan oleh doktor dalam menentukan jenis rawatan atau dos ubat yang betul. Sesetengah pesakit pula telah melawat doktor apabila mengalami kesakitan, tetapi menjadi lumpuh  dan tidak dapat berdiri kerana kesilapan yang dibuat oleh pakar bedah yang mempunyai ijazah doktor perubatan untuk menentukan saiz plat platinum yang diperlukan untuk menetapkan tulang. Natijahnya, saya tidak percaya bahawa orang yang rasional akan mengatakan bahawa wajib bagi pesakit untuk merujuk kepada doktor dan wajib melakukan sepertimana katanya. 

Jadi sekarang, apakah ada di kalangan mereka yang menggelar diri mereka "marajik" yang mempunyai kehormatan dan keberanian yang diiktiraf sebagai berotoriti mengakui bahawa mereka telah ditewaskan oleh Ahmad Al-Hasan dan akidah mereka yang dibina atas agama ikutan kepada fuqaha telah dirobohkan, serta segala urusannya telah ditamatkan? 

Mereka yang memiliki kehormatan dan keberanian untuk mengakui kebenaran wajib mengiktiraf dan mengakui bahawa Ahmad al-Hasan telah merobohkan dan mengakhiri akidah mereka ke tempat pembuangan sampah sejarah dan tidak akan kembali. Ya, ia sekarang kekal sebagai satu jalan kejahilan untuk memperbodohkan dan memperdayakan Syiah Ahlulbayt. Tetapi ia telah berakhir dan ia tidak lagi mempunyai sebarang kredibiliti ilmiah di sisi orang-orang yang menuntut makrifat tentang kebenaran. Hakikatnya samada cepat atau lambat, akan datang hari di mana Syiah Ahlulbayt akan memberi perhatian dan mereka akan mengetahui bahawa Dajjal (penyamar) sebenarnya adalah mereka yang menuntut supaya beriktikad dengan kewajipan taklid kepada bukan ma'sum atau fuqaha, kerana menyuruh mereka mempercayai akidah palsu yang tidak mempunyai sebarang bukti naqli (Quran dan hadis) mahupun akal. 

Saya ulangi (wajib) untuk kalian memberi perhatian dan semoga Allah memberi taufik pada kalian. Bukalah mata kalian seluasnya dan lihatlah sebaik-baiknya wahai Syiah agar memberi perhatian kepada orang-orang yang memanggil diri mereka "fuqaha”, mengatakan bahawa taklid itu adalah wajib kepada bukan ma'sum atau fuqaha. Maka biarkanlah mereka membuktikan kewajipan ini kepada kami, selepas saya menafikan pembuktian mereka dan menjelaskan bahawa ianya adalah seperti anda gambarkan iaitu, (lebih rapuh daripada sarang labah-labah). Jangan biarkan mereka memperdayakan kalian untuk menukar topik perbincangan ijtihad dan pengharusan taklid atau pembuktian beramal dengan sangkaan (dzan), kerana semua perkara ini terkeluar daripada akidah batil mereka, yang sepatutnya dibuktikan oleh mereka. Akidah mereka adalah kewajipan bertaklid kepada bukan ma'sum, maka biarkanlah mereka yang membuktikannya atau mengakui kebatilannya, dan mengakui bahawa Ahmad al-Hasan telah meruntuhkannya serta menghancurkan kepentingan akidah mereka yang batil dan memusnahkannya sehingga tiada suatu pun yang tertinggal. 

Adapun bukti seruan dakwah ini adalah kesemua bukti yang menamakan khalifah Allah sekaligus dan saya telah mengemukan kesemuanya. Saya akan menerangkan secara ringkas kepada anda, apakah ia dan bagaimana mereka layak untuk kedudukan ini: 

Nas daripada Allah: Sepertimana Allah telah menaskan ke atas Adam (as) di hadapan Malaikat dan yang seumpamanya berupa visi-visi yang mutawatir sehingga mencapai darjat ketenangan yang dapat menjamin bahawa pihak yang mendakwa melihatnya tidak berkomplot untuk berbohong. Visi ini juga mestilah sepadan dengan nas yang menamakannya secara individu. 

Nas daripada khalifah Allah: Terdapat dua jenis: 

Nas langsung (mubashir): Ia adalah merupakan nas oleh khalifah Allah kepada wasinya (pengganti) secara langsung, seperti nas Rasulullah (sawas) kepada Ali (as). Berbanding buat Imam Mahdi (as), beliau diangkat ke langit dan ghaib, oleh itu, cara komunikasinya dengan orang-orang yang beriman kepadanya adalah dengan kasyaf dan visi (ru’ya) dan bertemu dengannya. Telah bersaksikan bilangan yang ramai sehingga tidak memungkinkan mereka berpakat mengadakan kebohongan bahawa Ahmad Al Hassan adalah anaknya, wasinya dan dari keturunan Muhammad (as). 

Nas tidak langsung (ghayru mubashir): Ia adalah nas khalifah Allah kepada wasinya secara tidak langsung, seperti nas daripada Rasulullah (sawas) kepada Ali bin Musa al-Ridha (as). Nas sebegini yang menjadi nas penamaan individu, mestilah ada jaminan Ilahi bahawa ia dilindungi daripada dituntut oleh pengklaim palsu. Oleh itu, sesiapa yang mengklaimnya adalah pemiliknya yang sah. Contoh terbaik adalah Wasiat Rasulullah Muhammad (sawas), yang Allah sifatkan melalui lisan NabiNya Muhammad (sawas) bahawa ia adalah sebuah kitab yang terpelihara daripada kesesatan bagi sesiapa yang berpegang dengannya. Saya telah memperincikan cara-cara berhujah dengannya dan ia adalah nas yang menamakan individu yang menuntutnya adalah khalifah Allah dalam kebanyakan jawapan saya. Saya juga telah menjelaskan bagaimana hanya tuntutanku semata-mata yang berdasarkan wasiat menamakanku sebagai salah seorang dari khalifah-khalifah Allah, kerana Allah telah menyifatkan ia satu-satunya yang dapat memelihara mereka yang berpegang dengannya dari kesesatan. 

Oleh itu, Maha Suci Dia yang Maha Mengetahui, Maha Berkemampuan, Maha Jujur, lagi Maha Bijaksana secara mutlak semestinya melindungi teks/nas yang Dia sifatkannya sebagai memelihara daripada kesesatan bagi sesiapa yang berpegang dengannya. Dia swt mesti melindunginya daripada dituntut oleh pengklaim-pengklaim palsu sehingga pemiliknya yang sah menuntutnya dan memenuhi matlamatnya. Jika tidak, Dia adalah jahil, atau tidak mampu, atau pembohong, atau menipu daya dan membuat kesamaran bagi orang-orang yang berpegang dengan firman-Nya untuk mengikut kebatilan. Adalah mustahil bagi Allah swt untuk menjadi jahil atau tidak berupaya kerana Dia adalah Maha Mengetahui dan Maha Berkemampuan secara mutlak, serta mustahil terbit kebohongan dari yang Maha Benar Subhanahu wa Taala, kerana Dia Maha Jujur lagi Maha Bijaksana dan tidak mungkin disifatkan Dia dengan kebohongan. Sedangkan Dia mampu mencenderungkan apa jua kepada perkataan-Nya dan mencabut agama. 

Jawapan [disebutkan di atas] telah disusun oleh Sheikh Alaa al-Salim, semoga Allah melindungi dia, dalam buku “Wasiat Suci”. Saya juga telah meminta para faqih untuk melangkah ke hadapan berdebat dengan saya dan membalas apa yang telah saya katakan, tetapi mereka tidak mampu berbuat demikian dan telah terbukti kebenaran kami. Segala pujian hanya bagi Allah. 

Tanda-tanda (ayaat) dan mukjizat telah berlaku selama berlangsungnya seruan dakwah ini, seperti binasanya pemidato Ali al-Shukri selepas dia menghina dan bertindak melampaui batas ke atas Ahmad al-Hasan. Allah menyaksikan kata-katanya dan perbuatannya di atas mimbar di hadapan beribu-ribu orang, maka Allah mengkehendaki supaya tidak menangguhkan dia dan membinasakan dia dalam tempoh hanya beberapa hari, dan menjadikannya tanda seluruh alam. Barangsiapa yang tidak mengambil pelajaran daripadanya, maka tidak berguna lagi untuk didatangkan dengan mukjizat lainnya pula. Apakah perbezaan antara kebinasaan penzalim ini dan kebinasaan seseorang yang meminta azab dan mencabar Rasulullah (sawas)? Dan apakah perbezaan antara kebinasaan penzalim ini dan kebinasaan mereka yang menghina Hussain (as) dan mencabar beliau mengatakan bahawa nasibnya adalah api neraka pada hari Asyura? Maka Allah mengkehendaki untuk tidak menangguhkan dia dan menjadikannya tanda. Akibatnya dia telah jatuh ke dalam api dan terbakar. 

Saya percaya bahawa kesemuanya adalah tanda-tanda yang menerangkan bahawa Allah membela Awliya-nya, untuk menyatakan melalui tanda-tanda itu bahawa mereka ini adalah Awliya-Ku, dan Aku Allah Yang Maha Esa, Satu-Satunya bersaksikan buat mereka. Segala pujian bagi Allah, Sheikh Ali al-Shukri yang diratapi kematiannya oleh marajik anda telah menuntut kesaksian Allah dan Allah bersaksikan di atas mimbar serta tidak pernah memberikannya penangguhan. Allah telah bersaksikan buatku dengan tanda mukjizat yang jelas, walaupun dibenci oleh orang-orang munafik. Perkara yang sama juga berlaku kepada datukku Rasulullah dan datukku Hussain (selawat Allah ke atas mereka). Cukuplah bagiku Allah sebagai saksi antara saya dan kamu semua bahawa Tanda ini telah didokumenkan dan divideokan supaya anda boleh merujuk kepadanya. 

Bagaimana jika seorang munafik berkata, "Mengapa Allah tidak membinasakan sesiapa jua yang menghina anda dan menghalangi anda?" 

Saya katakan, kerana kebijaksanaan di sebalik mukjizat membuktikan hubungan saya dengan Allah dan yang telah dibenarkan dengan kebinasaan seseorang. Sesungguhnya Allah tidak membinasakan semua orang yang menentang Hussain as di Karbala pada hari Asyura. Sebaliknya, Dia membinasakan orang-orang yang telah dibinasakan untuk menjadi tanda. Selain itu, Allah tidak membinasakan al-Shimir atau Harmala, walau apa yang telah mereka lakukan mempunyai kesan yang lebih besar kepada Hussain (Selawat Allah ke atasnya) berbanding kesan orang yang menghina dan menuduh beliau (as) adalah dari ahli neraka.

Adapun permintaan anda supaya mendatangkan tanda khusus untuk anda, semoga Allah memberi taufik pada anda, meluruskan jejak langkah anda dan menghiasi anda dengan kebijaksanaan akal, ketahuilah bahawa khalifah Allah bukanlah badut atau penghibur sarkas dan mereka bukanlah akrobat yang berkeliaran di sekitar orang ramai di jalan-jalanraya dan lorong untuk memperlihatkan gerak geri dan tindakan mereka buat mempesonakan orang ramai. Bahkan tujuan yang terkandung di dalam mukjizat adalah sebagai satu tanda daripada Allah bagi membuktikan bahawa orang yang memperlakukannya adalah salah seorang wali dari Awliya Allah. Bahawa Allah mempertahankan beliau dan menyokong beliau. Perkara ini telah pun dipenuhi dalam seruan kebenaran ini dalam banyak keadaan, seperti apa yang berlaku kepada Sheikh Ali al-Shukri, yang merupakan seorang tokoh terkenal di Hawza Najaf dan Qum, apabila beberapa fuqaha mengkhabarkan tentang kematiannya ketikamana Allah membinasakannya. 

Semoga Allah memberi taufiknya kepada anda dan meluruskan jejak langkah anda. Sila perhatikan bahawa Allah menegaskan di dalam al-Quran bahawa Dia mahukan keimanan kepada perkara yang ghaib. Itulah sebabnya walaupun apabila Dia menghadirkan mukjizat, Dia tetap meninggalkan ruang dalam diri manusia untuk mempercayai perkara yang ghaib, dan tidak menjadikannya mukjizat suatu keterpaksaan yang tidak meninggalkan ruang untuk beriman kepada perkara ghaib. Walaupun Dia berbuat sedemikian, Dia sesekali tidak akan menerima keimanan mereka yang beriman kerananya. Kisah Firaun dalam al-Quran adalah amat diketahui dan tidak ada sebab bagi Allah untuk menolak keimanan Firaun, selain daripada fakta bahawa tanda keterpaksaan dan tiada ruang yang tinggal untuk perkara ghaib. Perkara ini telah saya jelaskan secara terperinci dalam Tafsiran Ayat dari Surah Yunus, silalah merujuk kepadanya. 

Jika Allah mahu manusia beriman kerana mukjizat individu secara paksa, yang tidak meninggalkan ruang untuk beriman dengan perkara ghaib, sudah tentu Dia akan membuatkan RasulNya Muhammad (sawas) menghantar utusan-utusan kepada pemerintah-pemerintah pada zamannya beserta dengan mukjizat-mukjizat individu. Misalnya, setiap utusan akan berdiri di hadapan pemerintah dan menukarkan kudanya menjadi emas atau besi. Lantas utusan tersebut meminta pemerintah untuk menjaga mukjizat ini bersamanya. Jika dia dapat melakukan ini, maka mereka akan beriman dengannya beserta seluruh rakyat di Iran atau Eropah secara beramai-ramai dan pasti urusan ini akan terhenti setakat itu sahaja. Atau sekurang-kurangnya, dia akan menghantar surat kepada mereka dalam bahasa mereka sendiri dan bukan dalam bahasa Arab, atau Allah turunkan Al-Quran dalam semua bahasa global, atau sekurang-kurangnya seratus bahasa. Bukankah ini lebih wajar sebagai bukti atau hujjah ke atas manusia? Jika Allah berbuat demikian, maka ia akan menjadi satu tanda jelas mukjizat buat Muhammad (sawas) dan menunjukkan bahawa beliau berhubung terus dengan Allah. Atau sekurang-kurangnya, dia akan menterjemahkan al-Quran ke dalam semua bahasa dan bukannya membiarkan ia tertakluk kepada usaha-usaha peribadi, sehingga terdapat berbagai-bagai terjemahan Quran berbahasa Inggeris yang berbeza-beza dan saling bercanggah terjemahannya. 

Sebaliknya, sebahagian pendusta ini memberitahu anda di atas mimbar bahawa Muhammad dan para Imam bercakap semua bahasa. Jadi mengapa tidak Rasulullah dan Imam (alaihimusalam) menterjemahkan Quran? Adakah Muhammad dan Imam bakhil sebagai contoh, (semoga dijauhkan Allah)?! Atau terjemahan Quran bukan keperluan yang sangat mendesak dan suatu perbuatan yang menentang kebijaksanaan? Atau hampir 250 tahun tidak cukup buat Rasulullah dan para Imam untuk menterjemahkannya?! Atau kefasihan seseorang dalam ratusan bahasa bukanlah satu mukjizat yang jelas dan hujah sempurna yang tertegak sepanjang masa? 

Saya memberi jaminan kepada anda bahawa ramai ateis yang benar-benar jujur ​​dalam kenyataan mereka apabila mereka berkata; "Jika Tuhan wujud, maka mengapakah Dia tidak mewujudkan satu mukjizat kecil kepada kami, bagi membuktikan kewujudan-Nya agar kami mempercayai-Nya?" Saya di sini, bagi pihak Profesor Richard Dawkins mengemukakan permintaan mukjizatnya kepada anda, seperti katanya, "Mengapa Allah tidak menjadikan tangan orang beragama yang kudung tumbuh semula seperti baharu, sepertimana amfibia apabila beberapa bahagian badan mereka terputus, agar kami boleh mempercayai kewujudan-Nya? Bolehkah anda menjelaskan kepadanya “mengapa Allah tidak bertindak balas kepada permintaan beliau”, memandangkan anda adalah seorang yang beriman kepada kewujudan Allah? Permintaan beliau ini ditujukan kepada semua orang-orang yang beriman terutama mereka yang beriman dengan mukjizat percuma yang dilemparkan kiri dan kanan hanya supaya manusia dapat beriman, walaupun ianya adalah keimanan yang kosong daripada mana-mana ukuran kepada perkara ghaib. 

Mereka yang mengatakan bahawa Ahmad al-Hasan mesti mendatangkan kepada mereka mukjizat seperti yang diminta, jika tidak, beliau bukanlah orang yang benar.  Maka, mereka bertanggungjawab untuk mendatangkan kepada Profesor Dawkins mukjizat dari Tuhan yang mereka percayai, dan saya berkeyakinan bahawa Tuhan lebih berkemampuan daripada hamba. Jika mereka tidak membawakan mukjizat kepadanya menurut peraturan mereka, maka Dawkins adalah 100% benar dan ateisme adalah betul berdasarkan peraturan mereka sendiri, yang diakui oleh mereka sendiri. Adakah mereka menerima keputusan ini? atau peraturan Syaitan mereka ini hanya terpakai apabila berhadapan dengan Ahmad Al Hasan sahaja? 


Ahmad Al Hassan 
Selasa, 12 Mac 2013, 01.55 am.



Khamis, 7 Mac 2013

MENJAWAB KERAGUAN TENTANG DAJJAL BASRAH?

Bismillah ar Rahman ar Rahim.



Syeikh Ali Kurani dalam kitabnya, Dajjal Dari Basrah telah menuduh Imam Ahmad(as) sebagai dajjal berdasarkan hadis berikut:

قال أميرالمؤمنين عليه السلام: (ويخرج الدجال من دجلة البصرة, وليس مني, وهو مقدمة دجالين كلهم) الملاحم والفتن للسيد ابن طاووس

Telah berkata Amirul Mukminin a.s: “Dajjal akan keluar daripada sungai Dijlah Basrah, dan dia bukan daripadaku, dia adalah permulaan dajjal-dajjal kesemuanya.” Al Malahim wal Fitan, Sayyid Ibn Tawus, hal 249

Sebenarnya hadis ini masih kurang jelas untuk kita menisbahkannya kepada Imam Ahmad al Hassan, tambahan pula terdapat banyak dalil yang dapat menyabitkan Imam Ahmad kepada dakwaannya sebagai Al Yamani. Namun kita bukan mahu membincangkan perkara tersebut. Perkara yang meragukan adalah:

Benarkah Dijlah Basrah itu berada di Basrah?




Pertama sekali harus kita terangkan bahawa perkataan “Dijlah” merujuk kepada sungai Tigris. (Rujukan di sini)




Daripada peta di atas, sungai yang merentasi Basrah tidak dikenali sebagai Sungai Tigris, juga bukan Sungai Furat(Euphrates). Ia dikenali sebagai Shat al Arab, yang merupakan gabungan, pertemuan antara dua sungai, iaitu sungai Furat dan Tigris.

Sungai Tigris langsung tidak merentasi Basrah, jadi apabila disebutkan Dijlah al Basrah, satu-satunya wilayah pemerintahan yang berdekatan dengan Basrah yang di lalui Sungai Tigris adalah Maysan. Dengan mengambil kira fakta ini, hadis di bawah rasanya perlu dibawa bagi menjelaskan lagi isu ini:

عن أمير المؤمنين عليه السلام قال: (ثم يخرج المهدي الهادي المهتدي الذي يأخذ الراية من يد عيسى ابن مريم, ثم يخرج الدجال من بعد ذلك, يخرج الدجال من ميسان نواحي البصرة) ) الملاحم والفتن للسيد ابن طاووس, ص 134

Daripada Amirul Mukminin (a.s) telah berkata: “Kemudian akan keluar Mahdi yang mendapat petunjuk dan member petunjuk yang akan mengambil panji dari tangan Isa bin Maryam, kemudian akan keluar dajjal selepas daripada itu, keluar dajjal dari Misaan di pinggir Basrah.” Al Malahim wal Fitan, Sayyid Ibn Tawus, hal 134

Oleh kerana Dijlah tidak melalui Basrah, yang sungainya dikenali sebagai Shat al Arab, maka mengatakan bahawa Dajjal akan keluar dari wilayah Maysan adalah lebih tepat dan berpadanan antara dua hadis ini.


Makna sebenar perkataan "Dajalah" Dari Segi Tatabahasa Arab:

Mereka yang berusaha bersungguh2 mengelirukan dan meragukan umat manusia juga berhujah bahawa perkataan "دجلة البصرة Dajlatul Basrah" bermaksud "Dajal Basrah" di dalam hadis pertama di atas. Tetapi pada hakikatnya mereka ini lupa bahawa kaedah tatabahasa Arab yang mereka agung2kan menetapkan bahawa kata singular (mufrad) bagi perkataan Dajal adalah "دجال Dajjaal", manakala kata plural (jama') bagi Dajal adalah "دجالون atau دجاجلة". Perkataan "دجلة" yg difahami oleh umat Arab adalah sungai Dijlah atau Tigris. 


Jadi, dimanakah tatabahasa Arab yang mereka agung2kan bila membicarakan tentang kebenaran dan sekaligus memutarbelitkan kata2 Imam as mengikut selera hawa nafsu mereka??? 


Siapakah Dajjal dari Maysan ini?

Jika mengambil kira pendapat kami, Haydar Imshatat, bekas pengikut Imam Ahmad(as) yang akhirnya berpaling dan kemudian dirinya pula yang mengaku sebagai Mahdi pertama adalah lebih layak sebagai dajjal ini. Bukan sahaja beliau tidak mempunyai apa-apa sifat seperti yang dirujukkan kepada Al Yamani atau Mahdi Pertama, malah beliau dilahirkan di Maysan!! Sila rujuk laman web beliau di sini.



Rabu, 6 Mac 2013

SIAPAKAH PENENTANG IMAM MAHDI (AS)?



Siapakah musuh sebenar Imam Al Mahdi(as)? Siapakah yang akan memulakan penentangan terhadap beliau apabila beliau zuhur? Tentera Amerika? Zionist? Tentera Wahabi?

Hadis Pertama: Ditentang Di Kufah

Imam al Baqir(as) bersabda: “Apabila al Qaim muncul, beliau akan mendekati Kufah, kemudian beberapa ribu orang akan keluar dan mendakwa beliau tidak mempunyai anak, bersama mereka adalah senjata, dan mereka akan berkata, “pulanglah dari mana kamu datang, kami tidak perlukan bantuan kamu dengan anak-anak Fatimah”, maka beliau akan menentang mereka dengan pedang sehinggalah yang terakhir dari kalangan mereka, dan kemudian beliau akan memasuki Kufah dan membunuh setiap munafiq yang sesat, memusnahkan mahligai mereka dan membunuh tentera mereka sehingga Allah meredhai.” Irshad Al-Mufeed v.2 p.384

Siapakah kumpulan Batriyah ini? Perhatikan komentar Syeikh Ali Korani di bawah:

“Nampaknya kebanyakan dari mereka yang Batrya ini dalah Syiah.“Mujam Al Mawthoo’ee Ahadis Imam Al Mahdi a.s hal.570

Apabila Al Qaim keluar dari Karbala dan mendekati Najaf dan orang-orang sekitarnya, di antara Karbala dan Najaf, 16,000 orang fuqaha dan dari orang-orang munafiq akan berkata: “Orang ini bukanlah dari keturunan Fatimah kerana sepatutnya beliau berbelas kasihan terhadap mereka, dan apabila beliau memasuki Najaf, dan tinggal di sana untuk satu malam dan keluar melalui gerbang Al Nakhilah berdekatan kubur Hud(as) dan Saleh(as), 70,000 penduduk Kufah mahu membunuh beliau. Jadi beliau akan membunuh mereka semua, sehingga tidak tinggal seorang pun dari mereka.” Noor al Anwar, v.3, hal 345

16,000 orang fuqaha? 70, 000 orang Kufah? ini bukan jumlah yang kecil. Yang digelar fuqaha ini bukanlah seorang ustaz biasa yang belajar 3-4 tahun. Untuk mencapai status ini, sudah pasti seorang fuqaha itu belajar belasan tahun minimum. Seorang Ayatollah perlu belajar dan mengajar puluhan tahun, baru digelar fuqaha. Namun itu sendiri tidak menjadikan mereka bertambah celik, malah semakin buta apabila menentang Imam Zaman sendiri.

Hadis Kedua: Sejahat-jahat Fuqaha


Daripada Imam Sadiq (a.s), daripada Amirul Mukminin (a.s), daripada Rasul (sawas), sesungguhnya baginda telah bersabda: “Akan datang ke atas manusia satu zaman yang tidak tinggal daripada Quran melainkan tulisannya, dan daripada Islam melainkan namanya, mereka menamakan dengannya tetapi mereka adalah sejauh-jauh manusia daripadanya, masjid-masjid mereka meriah tetapi kosong daripada hidayah, fuqaha di zaman itu adalah sejahat-jahat fuqaha di bawah lindungan langit, daripada mereka keluarnya fitnah dan kepada mereka fitnah itu dikembalikan.” [Raudhat Al Kafi, ms 479]

Hadis ini menunjukkan fuqaha di akhir zaman adalah sejahat-jahat manusia, dan mereka merupakan asal serta punca segala fitnah, namun sudah tentu fitnah itu akan dikembalikan kepada mereka dari tangan Imam Mahdi(aj) sendiri. Ya, kebanyakan penyembah ulama akan mengatakan: “Ini bukan ulama Syiah.” Ini adalah satu kenyataan sempit mereka yang tersepit. Konteks hadis ini sendiri menunjukkan yang menentang Imam Mahdi itu ulama Syiah. Tetapi tak mengapa, baca hadis seterusnya:


Imam Hassan Askari(as) berkata kepada Abi Hashim Al Jaafari: “Wahai Ibn al Jaafari, wahai Abu Hashim, akan datang suatu masa nanti kepada manusia, ulama mereka adalah makhluq Tuhan yang paling jahat di atas muka bumi, ini adalah kerana mereka condong ke arah falsafah dan kezuhudan, namun mereka menyesatkan Syiah kami dan mereka yang memegang Wilayah kami..”Al-Bihaar Wa Madinat Al-Hukm Wal-Athaar v.2 p.57 p.58 v.4.

Sudah pasti, ulama Wahabi atau Sunni bukanlah yang ditaati oleh masyarakat Syiah, jadi jelas hadis ini telah menunjukkan ulama Syiahlah yang menyesatkan masyarakat Syiah, mereka disebut sebagai sejahat-jahat ulama dan punca segala fitnah dalam masyarakat Syiah.


Amirul Mukminin a.s di dalam khutbahnya menyebutkan tentang akhir zaman:“Fuqaha” akan cenderung ke arah pembohongan dan ulama akan cenderung ke arah kesesatan.” Ilzaam Al-Naaseb Ithbaat Al-Huja Al-Ga’eb v.2 p.195.

Daripada Mufadhal bin Umar, telah berkata: Aku mendengar Abu Abdillah berkata; Sekiranya Qaim bangkit, dia akan bermula dengan pembohong di kalangan Syiah, dan seterusnya akan membunuh mereka.” [Ikhtyar Ma'rifat AlRijal Al Toosi jilid 2, ms 589][AlKashi, ms253]

Kebangkitan al Qaim(aj) akan dimulakan dengan pembohong dari kalangan Syiah. Siapakah pembohong dari kalangan Syiah ini? Ada orang yang jahil mengatakan Ahmad al Hassanlah yang merupakan pembohong dari kalangan Syiah ini. Ini satu kenyataan yang kelakar, kerana jelas, seruan Imam Ahmad(as) tidak dapat diterima oleh umum masyarakat Syiah, maka “fitnah” beliau tidak cukup kuat untuk menyesatkan majoriti Syiah sehingga menimbulkan fitnah besar. Malah beliau dan pengikut beliau sendiri sudah dipulau dari digelar sebagai pengikut Syiah Imamiyah. Jelas pembohong dari kalangan Syiah ini adalah sejahat-jahat manusia yang mana fitnah berasal dari mereka, para fuqaha.


Rasulullah (sawas) bersabda: Wahai Ibnu Mas’ud, ulamak-ulamak dan fuqaha-fuqaha mereka adalah pengkhianat dan pemaksiat, mereka adalah sejahat-jahat makhluk Allah dan pengikut-pengikut mereka adalah orang-orang yang datang kepada mereka dan mengambil dari mereka. Mereka adalah sejahat makhluk Allah yang mana Allah kan memasukkan mereka ke dalam api neraka dalam keadaan bisu, pekak dan buta, dan tidak akan dikembalikan. [Makarim Al Akhlaq, ms 450-451]

“Bila keluarnya Mahdi, dia tidak akan mempunyai musuh kecuali ulamak-ulamak, jika tidak kerana pedang, para ulamak akan mengisukan fatwa supaya membunuhnya.” [Bayan Al Aimmah (a.s), jilid 3, ms 99]

Hadis di atas menjelaskan lebih banyak perkara, bahawa satu-satunya musuh Imam Mahdi adalah para ulama. Tak perlu berdalih lagi bahawa ini bukan ulama Syiah. Ya, sememangnya ulama dari ajaran lain juga berpotensi menjadi penentang Imam Mahdi, namun itu tidak menafikan ulama-ulama Syiah tidak mempunyai peranan dalam penentangan ke atas beliau.


Musuh-musuhnya adalah ulamak-ulamak taqlid, mereka akan berada di bawah kekuasaannya kerana takut akan pedangnya dan kekuatannya, dan keinginan kepada apa yang dimilikinya.” [Yaum Al Khallas, ms 279][Besharat Al Islam, ms 297]

Ulama-ulama taqlid? Semoga kita terselamat.

Menentang Mahdi dengan Quran

“Apabila Qaim kami bangkit, dia akan berhadapan dengan orang-orang jahil yang lebih teruk berbanding dengan apa Rasulullah (sawas) hadapi semasa zaman jahiliyyah. Bagaimana ia boleh berlaku? Dia (a.s) berkata: Ketika Rasulullah (sawas) datang, manusia menyembah batu, bata, batang kayu dan ukiran. Apabila bangkit Qaim kami, akan berhadapan dengannya orang-orang yang mentafsirkan kitab Allah, dan akan menggunakannya sebagai bukti, dan dia berkata: Demi Allah kebaikan akan memasuki rumah-rumah kamu.” [Kitab Al Ghaybah oleh Sheikh Al Nu’mani, ms 297]


Membalas Dendam Pada pengeluar Fatwa

Amirul Mukminin (a.s) berkata: Dan dia akan membalas dendam terhadap pengeluar-pengeluar fatwa di dalam urusan agama yang tidak diketahui mereka. Maka celakalah bagi mereka dan siapa jua yang mengikut mereka , seolah-olah agama ini hilang, maka mereka dapat mendirikannya? Atau agama ini bengkok, maka mereka dapat membetulkannya? Atau manusia telah meminta perkara yang bertentangan agama, maka mereka bersetuju dengannya? Atau mereka telah dipaksa melakukan kebaikan, maka mereka membuat sebaliknya?” [Bayan Al Aimmah, jilid 3, ms 298]

Siapa pengeluar fatwa? Anda semua pasti tahu jawabannya. Apa yang akan terjadi selepas Imam Mahdi(as) menghapuskan punca pecah belah umat ini?

Daripada Malik bin Thamra, daripada Amirul Mukminin (a.s), telah berkata: “Wahai malik bin Thamra, bagaimanakah kamu apabila Syiah bertikaian antara satu sama lain, dia kemudian mempersatukan jari2 kedua-dua belah tangannya.” Aku berkata: “Wahai Amirul Mukminin, apakah ada kebaikan pada zaman tersebut?”. Kesemuanya adalah baik apabila Qaim kami dan 70 orang lelaki akan berbohong kepada Allah dan RasulNYA, dan dia akan membunuh mereka, dan seterusnya Allah akan menjadikan kesemuanya bersatu. [Bisharat Al Islam, ms 50] [Bihar Al Anwar, jilid 52, ms 115]

Alhamdulillah, selepas pembunuhan mereka yang munafiq ini, Allah akan menjadikan umat Syiah yang bertikaian ini kesemuanya bersatu semula. Inilah bukti yang menunjukkan betapa besarnya fitnah yang datang dari para ulama dan fuqaha yang paling jahat di atas muka bumi ini. Masakan tidak besar, jika hanya dengan kematian pemuka ini sahaja yang membuatkan umat Syiah bersatu? Siapakah 70 orang ini? Wallahualam. Apa yang pasti adalah mereka dari kalangan para ulamak dan fuqaha. Jadi kepada mereka yang menolak Imam Ahmad(as) atas alasan majoriti para ulama menolak beliau sebagai Al Yamani, maka FIKIRKANLAH SEMULA.

Kerana Imam Zaman(aj) tidak akan mempunyai musuh kecuali para ulama. Ingin bergantung kepada mereka sebagai penentu kebenaran? Orang yang cerdik, pasti tidak akan berbuat demikian.

Wallahualam.

www.yamani.org

Ahad, 3 Mac 2013

DUA QOIM DI ZAMAN KEZUHURAN


Diriwayatkkan dari Syeikh Sadooq di dalam kitab Kamal Al Deen:

حدثنا علي بن أحمد بن موسى رضي الله عنه قال: حدثنا محمد بن أبي عبد الله الكوفي قال: حدثنا محمد بن إسماعيل البرمكي قال: حدثنا إسماعيل بن مالك، عز محمد بن سنان، عن أبي الجارود زياد بن المنذر، عن أبي جعفر محمد بن علي الباقر، عن أبيه، عن جده عليهم السلام قال: قال أمير المؤمنين عليه السلام - وهو على المنبر -:( يخرج رجل من ولدي في آخر الزمان أبيض اللون، مشرب بالحمرة، مبدح البطن عريض الفخذين، عظيم مشاش المنكبين  بظهره شامتان: شامة على لون جلده  وشامة على شبه شامة النبي صلى الله عليه وآله، له اسمان: اسم يخفى واسم يعلن، فأما الذي يخفى فأحمد وأما الذي يعلن فمحمد

Daripada Abi Al Jarood Ziyad bin Al Munzar, daripada Abi Jaafar Muhammad bin Ali a.s, daripada datuknya, berkata:"...baginya dua nama, nama yang tersembunyi dan nama yang didedahkan , adapun yang tersembunyi adalah AHMAD dan yang didedahkan adalah MUHAMMAD.." [Kamal Al Deen wa Tamam Al Ni'mah, jilid 2, ms 653]

Diharapkan kalian tidak terperanjat bahawa yang dimaksudkan dengan nama di dalam riwayat ini adalah perkara lain dan bukannya lafaz yang menandakan peribadi atau penama yang disebutkan. Tidak juga dimaksudkan bahawa Qoim mempunyai dua nama atau dua lafaz perkataan yang menunjukkan kepada satu peribadi iaitu satu yang tersembunyi dan satu lagi didedahkan. Riwayat ini ini menjelaskan nama yang tersembunyi dengan sejelas-jelasnya iaitu Ahmad, atau dengan kata lainnya ianya bukan tersembunyi secara lafzi. Oleh itu, seharusnya  maksud yang dikehendaki oleh kata Imam a.s (bagi Qoim dua nama) adalah dua peribadi yang mengesahkan setiap seorang dari kedua-duanya adalah Qoim.

Dikatakan bahawa maksud tersembunyi adalah tidak digunakan langsung sepertimana yang disangka oleh umat syiah. Maka jawapannya, sesuatu perkara itu bukanlah tersembunyi melainkan ia majhul (tidak diketahui), sedangkan  nama tersembunyi di dalam riwayat ini telah dimaklumi dan tidak digunakan (pada Imam Mahdi a.s).

Dikatakan juga bahawa maksud yang dikehendaki adalah ianya diketahui oleh sebahagian manusia dan tidak diketahui oleh kebanyakan lainnya, oleh itu, ia menjadi tersembunyi berdasarkan pandangan umum manusia iaitu umat sunni. Maka jawapannya, makna ini sepatutnya menunjukkan ia tiada kepentingan, tiada keseriusan dan tidak mustahak untuk disebut, tetapi kita sedia maklum bahawa Ahlulbayt a.s mengambil berat terhadap masalah ini dan telah memutuskan perkara ini secara pasti tentang kepentingannya serta kedudukan makna yang terangkum di dalamnya.

Kebenarannya adalah ia tidak menunjukkan sebarang kepentingan dan keseriusan kepada  makna lain, melainkan ditujukan kepada makna tersembunyi Ahmad yang tidak diketahui manusia sehinggalah hampir tiba masa atau ketika munculnya. Makna ini disokong dengan banyak riwayat yang disebutkan dari Ahlulbayt a.s, sepertimana berikut:

وعنه، عن إسماعيل بن عياش، عن الأعمش، عن أبي وائل ، عن حذيفة قال: سمعت رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم وذكر المهدي فقال: إنه يبايع بين الركن والمقام، اسمه أحمد و عبد الله والمهدي، فهذه أسماؤه ثلاثتها

Daripada Huzaifah, berkata: Aku mendengar Rasulullah (sawas) menyebutkan tentang Al Mahdi, seraya bersabda: "Sesungguhnya dia akan diberi baiah di antara Rukun dan Makam, namanya adalah AHMAD, ABDULLAH dan MAHDI, maka ini adalah ketiga-tiga namanya." [Ghaybah Al Thoosi, ms 454][Al Bihar Al Anwar, jilir 51, ms291]

Rasulullah (sawas) di dalam riwayat ini menamakan Al Mahdi (a.s) dan menyebutkan tiga nama baginya , ia adalah nama yang sama disebutkan di dalam wasiat Rasulullah (sawas) untuk anak Imam Mahdi (a.s) ketikamana baginda (sawas) bersabda: 

 جماعة، عن البزوفري، عن علي بن سنان الموصلي، عن علي بن الحسين، عن أحمد بن محمد بن الخليل، عن جعفر بن أحمد المصري، عن عمه الحسين ابن علي، عن أبيه، عن أبي عبد الله الصادق، عن آبائه، عن أمير المؤمنين عليهم السلام قال: قال رسول الله صلى الله عليه وآله في الليلة التي كانت فيها وفاته لعلي عليه السلام يا أبا الحسن أحضر صحيفة ودواة فأملى رسول الله صلى الله عليه وآله وصيته حتى انتهى [إلى] هذا الموضع فقال: يا علي إنه سيكون بعدي اثنا عشر إماما ومن بعدهم اثنى عشر مهديا فأنت يا علي أول الاثني عشر الامام
وساق الحديث إلى أن قال: وليسلمها الحسن عليه السلام إلى ابنه م ح م د المستحفظ من آل محمد صلى الله عليه وعليهم، فذلك اثنى عشر إماما ثم يكون من بعده اثنا عشر مهديا فإذا حضرته الوفاة فليسلمها إلى ابنه أول المهديين له ثلاثة أسامي اسم كاسمي واسم أبي وهو عبد الله وأحمد والاسم الثالث المهدي وهو أول المؤمنين

Daripada Abi Abdillah a.s, daripada bapa-bapanya terdahulu, daripada Amirul Mukminin Ali a.s, telah berkata: Rasulullah SAWA telah bersabda kepada Ali di malam sebelum kewafatannya; (Wahai Bapa Hassan (Ali a.s) bawakan lembaran tulis dan dakwat, maka Rasulullah SAWA mencatatkan wasiatnya sehinggalah ia sampai ke butiran berikut, dan bersabda; Wahai Bapa Hassan sesungguhnya akan ada selepasku duabelas orang Imam dan selepas mereka duabelas orang Mahdi. Engkau wahai Ali adalah yang pertama dari duabelas imam tersebut. Dan hadis tersebut berterusan sehingga sampai kepada sabda, dan hendaklah diserahnnya kepada anaknya Muhammad Al Mustahfiz dari keluarga Muhammad alaihis salam. Begitulah duabelas orang Imam, setelah itu akan adanya duabelas Mahdi. Maka apabila maut menghampirinya, hendaklah dia serahkannya (Imamah) kepada anaknya Mahdi yang pertama, baginya tiga nama: nama seperti namaku dan nama bapaku iaitu ABDULLAH dan AHMAD, dan nama ketiganya adalah AL-MAHDI. Dan dia adalah yang pertama beriman). [Bihar Al Anwar jilid 53 ms 147, Ghaybah Al Toosi ms 150, dan Ghayat Al Maram jilid 2 ms 241.] 

Oleh itu, Mahdi yang akan menerima baiah di antara Rukun dan Makam adalah anak Imam Mahdi (a.s) iaitu Ahmad. Ketiga-tiga nama yang disebutkan oleh Rasulullah (sawas) di dalam wasiat tersebut di ulangi di dalam riwayat yang menyebutkan Mahdi menunjukkan kebenaran ini. Maka tidak perlu disebutkan lagi bahawa di kalangan duabelas Mahdi itu adalah Ahmad yang sekaligus membenarkan gelaran Mahdi dipakaikan kepada setiap orang dari mereka.

عنه، عن علي، عن بكار، عن علي بن قادم، عن فطر عن عاصم، عن زر بن حبيش , عن عبد الله بن مسعود. قال: قال رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم:  لو لم يبق من الدنيا إلا يوم لطول الله تعالى ذلك اليوم حتى يبعث رجلا مني يواظئ اسمه اسمي واسم أبيه اسم أبي يملأ الأرض عدلا كما ملئت ظلما

Disebutkan di dalam kitab Ghybah Al Thoosi: Daripada 'Ashim, daripada Zur bin Habisy, daripada Abdullah bin Mas'ud, berkata: Telah bersabda Rasulullah (sawas): "Jika dunia ini hanya tinggal satu hari sahaja, maka Allah Taala akan memanjangkan hari tersebut sehinggalah diutuskan seorang lelaki daripadaku yang namanya menyamai namaku dan nama bapanya menyamai nama bapaku untuk melatakan muka bumi ini dengan keadilan sebagaimana ia telah dipenuhi dengan kezaliman sebelumnya." [Al Ghaybah Al Thoosi, ms 180-182]

 وقال: حدثنا نعيم، حدثنا الوليد ورشدين عن ابن لهيعة عن إسرائيل بن عباد عن ميمون القداح عن أبي الطفيل أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: (المهدي اسمه اسمي واسم أبيه اسم أبي)

Di dalam kitab Al Malahim Al Fitan oleh Sayyid Ibn Thawoos: Daripada Abi Al Thufayl, sesungguhnya Rasulullah (sawas) bersabda: "Mahdi itu namanya adalah namaku dan nama bapanya adalah nama bapaku." [Al Malahim Al Fitan, ms 158]

Barangkali riwayat-riwayat seumpamanya ini di sisi masyarakat awam sunni disangkakan bahawa nama Imam Mahdi (a.s) adalah Muhammad bin Abdullah, tetapi kita juga tahu bahawa nama Rasulullah (sawas) juga adalah Ahmad, dan baginda (sawas) sering bersabda: Aku adalah anak kepada dua sembelihan iaitu Abdullah dan Ismail. 

 روي عنه عليه السلام: أنا ابن الذبيحين يعني أباه عبد الله وإسماعيل

Di dalam kitab Al Bahr Al Raiq oleh Ibnu Najim Al Misri: Diriwayatkan daripada baginda (sawas): "Aku adalah anak kepada dua sembelihan" bermakna bapanya Abdullah dan Ismail. [Al Bahr Al Raiq, jilid 2, ms 288]

قول النبي صلى الله عليه وآله انا ابن الذبيحين  - حدثنا أحمد بن الحسن القطان قال: أخبرنا أحمد بن محمد بن سعيد الكوفي قال: حدثنا علي بن الحسن بن علي بن فضال، عن أبيه قال: سألت أبا الحسن علي ابن موسى الرضا عليهما السلام عن معنى قول النبي صلى الله عليه وآله: أنا ابن الذبيحين قال: يعني إسماعيل ابن إبراهيم الخليل عليهما السلام وعبد الله بن عبد المطلب 

Di dalam kitab Al Khisal oleh Syeikh Al Sadooq: Mengkhabarkan kepada kami Ali bin Al Hassan bin Ali bin Fidhal, daripada bapanya, berkata: Aku bertanya Abu Al Hassan Ali bin Musa Al Ridha (a.s) berkenaan makna sabda nabi (sawas): ("Aku adalah anak dua sembelihan," Imam berkata: Ia bermakna Ismail bin Ibrahim Al Khalil (a.s) dan Abdullah bin Abdul Muthalib). [Al Khishal, ms 55-56]

يا علي: أنا ابن الذبيحين

Di dalam kitab Man La Yahdhuruhu Al Faqih, jilid 4, halaman 368 oleh Syeikh Al Sadooq: Daripada Rasulullah (sawas): "Wahai Ali, aku adalah anak kepada dua sembelihan."


MAKA JELASLAH SEKARANG BAHAWA NAMA SAYYID AHMAD AL HASSAN ADALAH "AHMAD" DAN NAMA BAPANYA ADALAH "ISMAIL". BELIAU A.S ADALAH QOIM (PENDIRI) URUSAN BAPANYA IMAM MAHDI A.S, YANG JUGA QOIM (PENDIRI) URUSAN KELUARGA MUHAMMAD (SAWAS).



Jumaat, 1 Mac 2013

BAGAIMANA MENGENALI SHOHIBUL AMR (PEMILIK URUSAN)?


Metod sebenar mengenal Shohibul Amr:

Artikel ini bakal membicarakan isu yang amat penting sekali iaitu isu berkaitan peraturan Ilahi dalam mengenali Khalifah Allah SWT pada setiap zaman. Memandangkan peraturan ini diasaskan sendiri oleh Allah SWT pada hari pertama diciptakan Adam (as), ketikamana DIA berfirman: 

وَإِذۡ قَالَ رَبُّكَ لِلۡمَلَـٰٓٮِٕكَةِ إِنِّى جَاعِلٌ۬ فِى ٱلۡأَرۡضِ خَلِيفَةً۬‌ۖ قَالُوٓاْ أَتَجۡعَلُ فِيہَا مَن يُفۡسِدُ فِيہَا وَيَسۡفِكُ ٱلدِّمَآءَ وَنَحۡنُ نُسَبِّحُ بِحَمۡدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَ‌ۖ قَالَ إِنِّىٓ أَعۡلَمُ مَا لَا تَعۡلَمُونَ 


وَعَلَّمَ ءَادَمَ ٱلۡأَسۡمَآءَ كُلَّهَا ثُمَّ عَرَضَہُمۡ عَلَى ٱلۡمَلَـٰٓٮِٕكَةِ فَقَالَ أَنۢبِـُٔونِى بِأَسۡمَآءِ هَـٰٓؤُلَآءِ إِن كُنتُمۡ صَـٰدِقِينَ

قَالُواْ سُبۡحَـٰنَكَ لَا عِلۡمَ لَنَآ إِلَّا مَا عَلَّمۡتَنَآ‌ۖ إِنَّكَ أَنتَ ٱلۡعَلِيمُ ٱلۡحَكِيمُ

قَالَ يَـٰٓـَٔادَمُ أَنۢبِئۡهُم بِأَسۡمَآٮِٕہِمۡ‌ۖ فَلَمَّآ أَنۢبَأَهُم بِأَسۡمَآٮِٕہِمۡ قَالَ أَلَمۡ أَقُل لَّكُمۡ إِنِّىٓ أَعۡلَمُ غَيۡبَ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضِ وَأَعۡلَمُ مَا تُبۡدُونَ وَمَا كُنتُمۡ تَكۡتُمُونَ

 وَإِذۡ قُلۡنَا لِلۡمَلَـٰٓٮِٕكَةِ ٱسۡجُدُواْ لِأَدَمَ فَسَجَدُوٓاْ إِلَّآ إِبۡلِيسَ أَبَىٰ وَٱسۡتَكۡبَرَ وَكَانَ مِنَ ٱلۡكَـٰفِرِينَ

Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi". Mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan [khalifah] di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui". (30) 

Dan Dia mengajarkan kepada Adam nama-nama seluruhnya, kemudian mengemukakannya kepada para Malaikat lalu berfirman: "Sebutkanlah kepada-Ku nama benda-benda itu jika kamu memang orang-orang yang benar!" (31) 

Mereka menjawab: "Maha Suci Engkau, tidak ada yang kami ketahui selain dari apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. (32) 

Allah berfirman: "Hai Adam, beritahukanlah kepada mereka nama-nama ini". Maka setelah diberitahukannya kepada mereka nama-nama benda itu, Allah berfirman: "Bukankah sudah Ku katakan kepadamu, bahwa sesungguhnya Aku mengetahui rahsia langit dan bumi dan mengetahui apa yang kamu lahirkan dan apa yang kamu sembunyikan?" (33) 

Dan [ingatlah] ketika Kami berfirman kepada para malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam," maka sujudlah mereka kecuali Iblis; ia enggan dan takabur dan adalah ia termasuk golongan orang-orang yang kafir. (34)


Begitulah para Anbiya, Rasul-rasul dan pengikut-pengikut mereka berhujah ke atas manusia berdasarkan peraturan ini, yang mana Allah SWT telah menetapkan 3 peraturan ini sejak hari pertama Allah menjadikan khalifahNya di atas muka bumiNya ini. 


Pertama: Nas iaitu sesungguhnya Allah telah menaskan ke atas Adam (as) bahawa dia adalah khalifahNya di atas muka bumiNya di hadapan para Malaikat (as) dan Iblis (la), ketikamana DIA berfirman: 

وَإِذۡ قَالَ رَبُّكَ لِلۡمَلَـٰٓٮِٕكَةِ إِنِّى جَاعِلٌ۬ فِى ٱلۡأَرۡضِ خَلِيفَةً۬‌ۖ 

Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi". 

Kedua: Ilmu, iaitu dia adalah orang yang paling berilmu di kalangan manusia pada zamannya tentang kitab-kitab samawi seperti Taurat, Injil dan Quran, serta apa jua yang telah diberikan kepada para Anbiya dan Rasul-rasul sebelumnya. Sebagaimana firmanNya:

وَعَلَّمَ ءَادَمَ ٱلۡأَسۡمَآءَ كُلَّهَا ثُمَّ عَرَضَہُمۡ عَلَى ٱلۡمَلَـٰٓٮِٕكَةِ فَقَالَ أَنۢبِـُٔونِى بِأَسۡمَآءِ هَـٰٓؤُلَآءِ إِن كُنتُمۡ صَـٰدِقِينَ

Dan Dia mengajarkan kepada Adam nama-nama seluruhnya, kemudian mengemukakannya kepada para Malaikat lalu berfirman: "Sebutkanlah kepada-Ku nama-nama itu jika kamu memang orang-orang yang benar!"

Ketiga: Mengajak kepada Ketuanan Allah, iaitu panjiNya "Bai'ah hanya untuk Allah", dengan itu taat kepadanya adalah wajib yakni mentaati khalifah yang dilantik oleh Allah SWT. Mentaatinya adalah mentaati Allah dan menderhakainya adalah menderhakai Allah; kerana dia adalah pelaksana hukum-hakam Allah dan pentafsir kitab-kitabNya yang turun dari langit, ketikamana DIA SWT berfirman:

فَإِذَا سَوَّيۡتُهُ ۥ وَنَفَخۡتُ فِيهِ مِن رُّوحِى فَقَعُواْ لَهُ ۥ سَـٰجِدِينَ

Maka apabila Aku telah menyempurnakan kejadiannya, dan telah meniupkan ke dalamnya ruh [ciptaan] Ku, maka tunduklah kamu kepadanya dengan bersujud. [Al-Hijr: 29]    

Ketiga-tiga perkara ini adalah peraturan Ilahi bagi mengenal Hujjat ke atas makhluk adalahٍٍٍ ٍ
telah ditetapkanNya, sebagaimana firmanNya: 

سُنَّةَ ٱللَّهِ فِى ٱلَّذِينَ خَلَوۡاْ مِن قَبۡلُۖ وَلَن تَجِدَ لِسُنَّةِ ٱللَّهِ تَبۡدِيلاً۬

Sebagai sunnah Allah yang berlaku atas orang-orang yang telah terdahulu sebelum [mu], dan kamu sekali-kali tiada akan mendapati perubahan pada sunnah Allah. [Al Ahzab:33]

Umat manusia pada hari ini amat memerlukan kepada peraturan Ilahi seperti ini, memandangkan banyaknya fitnah dan pengklaim-pengklaim Mahdi, serta dakwah-dakwah kesesatan dan banyaknya mereka yang mendakwa sebagai Hujjat Allah ke atas makhluknya selain daripada mereka yang dilantik Allah SWT, sejak dari awal penciptaan lagi.

Peraturan ini jugalah yang ditunjuki oleh Rasulullah (sawas) dan Ahlulbaytnya (as) berdasarkan riwayat-riwayat mereka yang mutawatir, apabila ditanyakan berkenaan metod bagi mengenal Imam atau Wasi (as) dan sesiapa jua yang mengklaim urusan ini. Maka mereka (as) menjawab persoalan-persoalan ini, sepetimana yang diriwayatkan daripada mereka (as):

 أبي عن محمد العطار عن الأشعري عن محمد بن الوليد عن حماد بن عثمان عن الحارث بن المغيرة النضري قال: قلت لأبي عبد الله عليه السلام: بما يعرف صاحب هذا الامر؟ قال: بالسكينة والوقار والعلم والوصية

Daripada Muhammad bin Attar, daripada Al Ash'ari, daripada Muhammad bin Al Walid, daripada Hammad bin Uthman, daripada Al Harith bin Mughirah Al Nadhari, teah berkata: (Aku telah berkata kepada Abi Abdillah (as): Dengan apa dikenali Shohibul Amr ini? Menjawab: Dengan ketenangan, keteguhan pendirian, ilmu dan wasiat). [Bihar Al Anwar, Al Allamah Al Majlisi, jilid 25, ms 138][Bashair Al Darajat, ms 640][Al Khishaal, Syeikh Sadooq, ms 200][Al Imamah wa Al Tabshirah, jilid 1, ms 138]

سألت أبا عبد الله عليه السلام...فبما يعرفون ذلك؟...فقال: يعرف صاحب هذا الامر بثلاث خصال لا تكون في غيره: هو أولى الناس بالذين قبله وهو وصيه، وعنده سلاح رسول الله صلى الله عليه وآله ووصيته

Ali bin Ibrahim bin Muhammad bin Isa, daripada Yunus bin Abdul Rahman, telah berkata: menceritakan kami Hammad, daripada Abdul A'la, telah berkata: (Aku telah bertanya kepada Abi Abdillah (as)...maka dengan apa mereka mengenali yang demikian itu...dikenali pemilik urusan ini dengan tiga perkara yang tidak terdapat pada selainnya: dia adalah orang yang lebih layak/utama bagi orang sebelumnya dan dia adalah wasinya, di sisinya senjata Rasulullah (sawas) dan wasiatnya). [Al Kafi, jilid 1, 378]

محمد العطار، عن الأشعري، عن الخشاب، عن يزيد بن إسحاق شعر، عن الغنوي، عن عبد الأعلى، قال: قلت لأبي عبد الله عليه السلام
ما الحجة على المدعي لهذا الأمر بغير حق؟
قال: ثلاثة من الحجة لم يجتمعن في رجل إلا كان صاحب هذا الأمر
أن يكون أولى الناس بمن قبله
ويكون عنده سلاح رسول الله صلى الله عليه وآله
ويكون صاحب الوصية الظاهرة...

Daripada Al Ash'ari, daripada Al Hashaab, daripada Yazid bin Ishaq, daripada Al Ghanwi, daripada Abdul A'la, telah berkata: (Aku berkata kepada Abi Abdillah (as), apakah hujah ke atas mereka yang mengklaim urusan ini secara tidak benar? Dia menjawab: Tiga hujah yang tidak akan berhimpun pada seorang lelaki melainkan dia adalah pemilik urusan ini:  dia adalah orang yang lebih layak/utama bagi orang sebelumnya, di sisinya senjata Rasulullah (sawas) dan wasiatnya yang nyata...). [Al Imamah wa Al Tabshirah, Al Qummi, ms 137]

حدثنا محمد بن أحمد عن محمد بن عيسى عن حماد بن عيسى عن عبد الاعلى عن أبي عبد الله عليه السلام قلت إن الناس يتكلمون في أبى جعفر يقولون ما بالها ابطحت من ولد أبيه من له مثل قرابته ومن هو أكبر منه وقصرت عمن هو أصغر منه وقال يعرف صاحب هذا الأمر بثلث خصال لا تكون في غيره هو أولى الناس بالذي قبله وهو وصيه وعنده سلاح رسول الله صلى الله عليه وآله ووصيته وذلك عندي لا أنازع فيه.

Telah menceritakan kami Muhammad bin Ahmad, daripada Muhammad bin Isa, daripada Hammad bin Isa, daripada Abdul A'la, daripada Abi Abdillah (as), berkata: (...dikenali pemilik urusan ini (shohibul amr) dengan tiga perkara yang tida ada pada selainnya, dia adalah manusia paling layak/ utama bagi Imam sebelumnya, dia adalah wasinya, di sisinya senjata Rasulullah (sawas), wasiatnya yang demikian itu ada di sisiku dan tiada perbalalahan padanya). [Bashair Al Darajat, ms 202][Bihar Al Anwar, jilid 26, ms 217]

 هذه الحالة - يا أخا اليهود - ثم طلبت حقي لكنت أولى ممن طلبه لعلم من مضى من أصحاب رسول الله صلى الله عليه وآله ومن بحضرتك منه بأني كنت أكثر عددا وأعز عشيرة وأمنع رجالا وأطوع أمرا وأوضح حجة وأكثر في هذا الدين مناقب وآثارا لسوابقي وقرابتي ووراثتي فضلا عن استحقاقي ذلك بالوصية التي لا مخرج للعباد منها والبيعة المتقدمة في أعناقهم ممن تناولها

Daripada percakapan Imam Ali (as) dengan seorang yahudi, beliau berkata kepadanya: (...Keadaan ini - wahai saudara yahudi - kemudia aku menuntut hakku dan aku adalah lebih layak daripada sesiapa jua yang menuntutnya, sedia diketahui sesiapa yang tinggal kekal dari kalangan sahabat-sahabat Rasulullah (sawas) dan sesiapa jua di kalangan kamu darinya bahawa aku adalah paling banyak bilangan, ahli keluarga paling mulia, lelaki paling terpelihara, paling mentaati perintah, hujjat yang paling jelas, mempunyai paling banyak gelaran/ kedudukan di dalam agama ini, paling banyak hadis untuk orang terdahuluku, ahli keluargaku, dan waris-warisku, keutamaan tentang kelayakanku itu adalah dengan wasiat yang tidak dikeluarkan ianya kepada hamba-hamba lainya dan baiah yang didahulukan di atas tengkuk-tengkuk mereka dari kalangan mereka yang telah melakukannya...). [Al Khisaal, ms 374]

عن الإمام الباقر عليه السلام...وإياك وشذاذا من آل محمد صلى الله عليه وآله فإن لآل محمد وعلي راية ولغيرهم رايات، فالزم الأرض ولا تتبع منهم رجلا أبدا حتى ترى رجلا من ولد الحسين، معه عهد نبي الله ورايته وسلاحه، فإن عهد نبي الله صار عند علي بن الحسين، ثم صار عند محمد بن علي، ويفعل الله ما يشاء

Daripada Imam Baqir (as): (...dan kepada kamu serta keganjilan daripada keluarga Muhammad (sawas), sesungguhnya bagi keluarga Muhammad itu panji dan selain mereka juga panji-panji, maka tinggal tetaplah di muka bumi dan jangan kamu mengikut seorang lelaki dari mereka sehinggalah kamu melihat seorang lelaki dari keturunan Al Hussain, bersamanya janji Nabi Allah, panjinya dan senjatanya. Maka sesungguhnya janji Nabi Allah berada di sisi Ali bin Al Hussain, kemudian berada di sisi Muhammad bin Ali, dan Allah berbuat apa yang dikehendakinya). [Ilzam Al nasib, ms 296][Bihar Al Anwar, jilid 52, ms 224][Mu'jam Ahadith Al Imam Al Mahdi (as),jilid 5, ms 21]


Pertama: Setiap orang yang berpegang dengan panji ini mengenali pemilik kebenaran. Adapun keganjilan di dalam riwayat ini adalah pemilik-pemilik klaim kebatilan dan mereka yang menisbahkan klaim-klaim mereka kepada keluarga Muhammad (as), iaitu ianya adalah panji-panji kesamaran yang bercampur aduk antara hak dan batil. Oleh itu, Imam baqir (as) mengingatkan supaya tidak mengikut panji-panji ini. Setelah itu, Imam (as) menjelaskan bahawa pemilik kebenaran wajib berada di kalangan zuriat keturunan Al Hussain (as), yakni setiap peribadi yang nasab keturunannya tidak kembali kepada Al Hussain (as) adalah sepatutnya tidak diikuti. Peraturan ini adalah tekad keamanan bagi memelihara kebenaran dan pemiliknya.

Kedua: Wajib ada bersamanya janji (ahd) daripada Nabi Allah (sawas). Janji (ahd) ini adalah wasiat yang ada namanya di dalamnya iaitu dinaskan ke atasnya daripada Rasulullah (sawas) dengan nama. Tidak terdapat seorang pun pada hari ini yang membawa wasiat daripada Rasulullah (sawas) melainkan Sayyid Ahmad Al Hassan (as).

Ketiga: Bersamanya panji Rasulullah (sawas) dan panji tersebut adalah Baiah hanya untuk Allah (Bai'atu lilLah) atau Ketuanan Allah dan bukannya ketuanan manusia. Jelas sekali bahawa majoriti pada hari ini menyokong saqifah Bani Saidah di akhir zaman iaitu shura kecil, melainkan Sayyid Ahmad Al Hassan (as) yang telah datang dengan panji Rasulullah (sawas) iaitu Ketuanan Allah (Hakimiyyah Allah).

Keempat: Adapun senjata Rasulullah (sawas) yang diisyaratkan di dalam riwayat adalah ilmu Rasulullah (sawas), iaitu mengetahui tentang kitab-kitab Samawi dan setiap apa yang diberikan kepada para Anbiya dan Rasul-rasul.

Perkara-perkara ini tidak akan berhimpun melainkan pada pemilik kebenaran, maka tidak terdapat seorang pun selain Sayyid Ahmad Al Hassan (as) yang benar-benar menepati kesemua perkara ini. Beliau (as) berkata: (Aku paling berilmu dari kalangan Ahli Quran berkenaan Quran mereka, paling berilmu dari kalangan ahli Injil berkenaan Injil mereka, paling berilmu dari ahli Taurat berkenaan Taurat mereka, dan paling mengetahui penyelewengan-penyelewengan (tahrif) yang terdapat di dalamnya).   

Lebih utama lagi adalah pengetahuannya berkenaan jalan-jalan ke langit iaitu ilmu yang tidak ada seorang pun mampu untuk mengklaimnya melainkan orang yang ilmunya bersandarkan kepada ilmu Muhammad dan keluarga (sawas). Barangsiapa yang memusuhinya adalah di dalam kebatilan; kerana dia mewakili kebenaran secara keseluruhannya dan tiada apa selepas kebenaran melainkan kesesatan. Sesungguhnya ia adalah urusan mereka  yang lebih terang dari mentari, walaupun cuba ditutup oleh sebahagian mereka pengetahuannya.


 :عن الباقر عليه السلام, أنه قال
 اسمه اسم نبي ما أشكل عليكم فلم يشكل عليكم عهد نبي الله ورأيته وسلاحه 


Daripada Imam Baqir (as), bahawasanya dia berkata: (Namanya adalah nama Nabi, apa meragukan ke atas kamu maka tidak pernah meragukan ke atas kamu akan janji (ahd) Nabi Allah, panjinya dan senjatanya...) [Ilzam An Nasib, jilid 3, ms 96-97]


Janji (Ahd) Nabi Allah: Adalah wasiat yang disebutkan di dalamnya nama anak Imam Mahdi iaitu Ahmad, dia adalah anak pemilik wasiat.

Panji Rasulullah (sawas): Adalah Baiah hanya untuk Allah (Al Bai'atu lilLah) atau Ketuanan Allah.

Senjata Rasulullah (sawas): Adalah Quran iaitu ilmu berkenaannya dan makrifatnya. Oleh itu, orang yang membawa senjata Rasulullah mestilah mengetahui Muhkam dan Mutasyabihnya, yang memansuhkan dan yang dimansuhkannya.


Bukankah ini adalah penjelasan yang terang lagi benderang daripada Keluarga Muhammad (as) khusus buat pemilik kebenaran apabila dia datang? Oleh itu, di manakah kesamaran sepertimana yang disangkakan oleh umat ini bahawa ianya adalah kesamaran buat mereka? Bukankah urusan ini adalah jelas seperti terangnya matahari di waktu tengah hari?

 حدثنا عمران بن موسى عن موسى بن جعفر عليه السلام عن علي بن معبد عن جعفر بن عبد الله عن حماد عن عبد الله بن عبد الرحمن عن أبي عمير عن معاوية بن وهب قال استأذنت على أبى عبد الله عليه السلام فاذن لي فسمعته يقول في كلام له يا من خصنا بالوصية وأعطانا علم ما مضى وعلم ما بقي وجعل أفئدة من الناس تهوى إلينا وجعلنا ورثة الأنبياء

Menceritakan kami Imran bin Musa, daripada Musa bin Jaafar (as), daripada Ali bin Ma'bad, daripada Jaafar bin Abdullah, daripada Hammad, daripada Abdullah bin Abdul Rahman, daripada Abi 'Amir, daripada Muawiyah bin Wahab, telah berkata: (Aku telah meminta izin ke atas Abi Abdillah (as), maka dia izinkan bagiku, lalu aku telah mendengar dia berkata di dalam ucapannya: Wahai orang yang mengkhususkan kami dengan wasiat, memberikan kami ilmu tentang apa yang telah berlalu dan apa yang berbaki, serta menjadikan hati-hati manusia cenderung kepada kami, dan menjadikan kami pewaris-pewaris Anbiya). [Bashair Al Darajat, ms 149][Bihar Al Anwar, jilid 26, ms 112][Tafsir Nur Al Thaqolayn, jilid2, mss551]

 قال الامام علي عليه السلام: لا يقاس بآل محمد صلى الله عليه وآله من هذه الأمة أحد ولا يسوى بهم من جرت نعمتهم عليه أبدا. هم أساس الدين. وعماد اليقين. إليهم يفئ الغالي. وبهم يلحق التالي ولهم خصائص حق الولاية. وفيهم الوصية والوراثة

Telah berkata Imam Ali (as): (Tiada seorang pun yang dapat dibandingkan dengan keluarga Muhammad (sawas). Orang yang mendapat kenikmatan dari mereka tidak dapat disamakan dengan mereka. Mereka adalah asas agama dan tiang keyakinan. Pelari yang di hadapan harus berbalik kepada mereka sementara yang di belakang harus menyusul mereka. Mereka memiliki ciri-ciri utama hak kewalian. Pada mereka wasiat dan warisan (kenabian)...). [Nahjul Balaghah, jilid 1, ms 30]  

Mungkin ramai yang mengklaim wasiat ini kerana ianya telah berada pada banyak tangan di sepanjang zaman. Soalan ini seringkali bermain-main di fikiran kebanyakan orang, oleh itu, bagaimanakah kita hendak membezakan antara yang hak dan yang batil?

Jawapannya telah diberikan oleh keturunan (itrah) Keluarga Muhammad (as) sendiri: kebanyakan kamu berhujah dengan keraguan sepertimana kata Imam Ridha (as) kepada Jathliq pendeta Nasrani dan ketua Jalut, tidak mungkin wasiat ini diklaim oleh sesiapapun melainkan pemiliknya. Hadis Imam Ridha (as) berhujah dengan pendeta Nasrani Jathliq dan ketua Jalut, Imam (as) membacakan apa yang tertulis di dalam kitab Injil yang menyebutkan Rasulullah (sawas), di sini Jathliq berkata: (Kami tidak mengakui kebenaran bahawa dia adalah Muhammad ini?

 فقال الرضا عليه السلام: احتججتم بالشك فهل بعث الله قبل أو بعد من ولد آدم إلى يومنا هذا نبيا اسمه محمد؟ أو تجدونه في شئ من الكتب الذي أنزلها الله على جميع الأنبياء غير محمد؟ فأحجموا عن جوابه

Seraya Imam Ridha (as) berkata: kamu telah berhujah dengan keraguan, adakah Allah telah mengutuskan sebelum atau selepas daripada Adam sehingga ke hari kita ini seorang Nabi yang namanya adalah Muhammad? Atau kamu dapatinya sesuatu dari kitab-kitab yang diturunkan Allah ke atas semua Anbiya selain Muhammad? Maka mereka mengundur diri daripada menjawabnya). [Bihar Al Anwar, jilid 49, ms 76][Ithbat Al Hudah, jilid 1, ms 196]

Begitu juga di dalam riwayat yang lain Imam Ridha (as) menjelaskan kepada kita, bagaimana mengenal orang yang mengklaim Imamah? Semasa penghujahan Imam Ridha (as) di dalam majlis Al Makmun, Imam (as) telah menerangkan perkara ini dengan terang sehingga tidak memerlukan usaha yang gigih untuk memikirkannya.

 فسأله بعضهم فقال له: يا بن رسول الله بأي شئ تصح الإمامة لمدعيها؟ قال بالنص والدليل، قال له: فدلالة الامام فيما هي؟ قال في العلم واستجابة الدعوة 

Ketikamana salah seorang dari mereka bertanya: (Wahai anak Rasulullah , dengan apakah dibenarkan Imamah bagi orang yang mendakwanya? (as) menjawab: Dengan nas dan pembuktian. Bertanya pula kepadanya: apakah pembuktian Imam itu? (as) Menjawab: pada ilmu dan menjawab dakwah). ['Uyoon Akhbar Al Ridha (as), jilid 2, ms 216]


Di sepanjang perjalanan dakwah Al Yamani, kami dapati bahawa tidak pernah seorang pun mengklaim wasiat Rasulullah (sawas) selain daripada Sayyid Ahmad Al Hassan (as), walaupun  wasiat tersebut wujud di dalam kitab-kitab utama selama beratus-ratus tahun. Hattakan mereka yang mengklaim sebagai Mahdi tidak pernah berani mengklain bahawa dia adalah dari kalangan Awsiya Muhammad (sawas). Oleh itu, wasiat adalah batu besar yang menghancurkan setiap klaim palsu yang berlalu di sepanjang sejarah Islam.


Dalil yang mengatakan bahawa senjata adalah ilmu sepertimana yang diterangkan oleh Ahlulbayt (as) sendiri:

حدثنا عبد الله بن جعفر عن محمد بن عيسى عن الحسن عن فضالة عن يحيى عن أبيه عن عبد الله بن سليمان قال سمعت أبا جعفر عليه السلام يقول إن السلاح فينا كمثل التابوت في بني إسرائيل حيث دار التابوت فثم الملك وحيث ما دار السلاح فثم العلم.

Telah menceritakan kami Abdullah bin Jaafar, daripada Muhammad bin Isa, daripada Al Hassan, daripada Fadhalah, daripada Yahya, daripada bapanya, daripada Abdullah bin Sulaiman, telah berkata: Aku telah mendengar Abi Jaafar (as) berkata: (Sesungguhnya senjata pada kami adalah seperti Tabut pada Bani Israil, ketikamana Tabut bertukar tangan maka di situlah kerajaan (Al Mulk), dan ketikamana senjata bertukar tangan maka di situlah ilmu). [Bashair Al Darajat, ms 203]

 قال: كان فيه ألواح موسى التي تكسرت والطست التي تغسل فيها قلوب الأنبياء

Telah berkata Imam Ridha (as): (Telah berkata: Adalah pada Tabut itu papan-papan tulis Musa yang berkecai dan dipukul, yang membasahi padanya hati-hati para Anbiya). [Tafsir Al Ayashi, jilid 1, ms 133]

حدثنا محمد بن الحسين عن صفوان عن أبي الحسن عليه السلام قال كان أبو جعفر عليه السلام يقول إنما السلاح فينا مثل التابوت في بني إسرائيل أينما دار التابوت فثم الامر قلت فيكون السلاح مزايلا للعلم قال لا

Telah menceritakan kami Muhammad bin Al Hussin, daripada Safwan, daripada Abi Al Hassan (as), telah berkata: Abu Jaafar (as) berkata: (Sesungguhnya senjata pada kami adalah seperti Tabut pada Bani Israil, bilamana Tabut bertukar tangan maka di situlah  letaknya urusan. Aku bertanya: Maka senjata jadi berjauhan dengan ilmu? Imam menjawab: Tidak). [Bashair Al Darajat, ms 203]


Kesimpulan:

1. Peraturan dalam mengenal Shohibul Amr atau khalifah Allah yang merupakan pemilik kebenaran telah pun dijelaskan dengan sejelas-jelasnya oleh Allah SWT sejak hari pertama penciptaan Adam (as) lagi. Ditambah lagi dengan penjelasan oleh Nabi Muhammad (sawas) dan Keluarganya yang suci (as) di dalam riwayat-riwayat mereka.

2. Kebanyakan mereka yang menentang dakwah kebenaran yang dibawa oleh pemilik kebenaran adalah berasaskan kepada keraguan dan syak mereka, dengan meninggalkan peraturan-peraturan yang ditetapkan Allah dan dijelaskan oleh Muhammad dan keluarganya (sawas) dalam mengenalpasti pemilik kebenaran.

3. Kesemua peraturan yang ditetapkan Allah dan dijelaskan oleh Muhammad dan Keluarganya (sawas) adalah terhimpun pada peribadi Sayyid Ahmad Al Hassan (as) yang mengklaim dirinya sebagai anak pemilik wasiat iaitu Imam Mahdi (as), yang disebutkan namanya (Ahmad) di dalam hadis wasiat Rasulullah (sawas). Tiada siapa pun yang pernah mengklaim urusan ini melainkan beliau (as).