Memaparkan catatan dengan label ILMU-ILMU AL YAMANI AS. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ILMU-ILMU AL YAMANI AS. Papar semua catatan

Khamis, 6 Februari 2014

JAWAPAN IMAM AHMAD AS BERKENAAN BINTANG BERBUCU ENAM?

Pertanyaan 23: Apakah pengertian kalimat Israel? Adakah Zionis yang berada di Palestin hari ini bani Israel atau berasal dari mereka? Adakah bintang berbucu enam itu milik Zionis? Dan apakah maksud bintang berbucu enam tersebut?

Jawapan: Israel bererti Abdullah (hamba Allah). Dan sebahagian orang Yahudi yang berada di Bumi Suci ini berasal daripada keturunan Nabi Yaakub AS, dan dia adalah Abdullah, dan bagi orang Yahudi dia adalah Israel.

Bintang berbucu enam ini bagi orang-orang Yahudi, adalah Bintang Daud, dan bererti BEROLEH KEMENANGAN, dan bagi mereka ia adalah simbol bagi seorang pembaharu yang dinantikan, iaitu Nabi Elia AS, yang telah diangkat [ke langit] lama sebelum Isa AS diutuskan. Mereka menunggu kedatangannya kembali, dan dia sekarang menjadi salah seorang wazir Imam Al-Mahdi AS.

Sepertimana yang telah disebutkan, Israel bererti Yaakub, akan tetapi hakikat sebenarnya adalah Israel bererti Abdullah, iaitu MUHAMMAD SAAW.

Dan bani Israel adalah KELUARGA MUHAMMAD AS, dan para pengikutnya serta Muslimin secara umumnya sepertimana disebutkan dalam Quran. Dalam tafsir Al-Ayashi dan lain-lain:

Harun bin Muhammad berkata, “Aku bertanya Abu Abdullah AS tentang firman Yang Maha Tinggi, {Wahai bani Israel}. Dia AS berkata, ‘Mereka adalah kami secara khusus’ ”.

Muhammad bin Ali berkata, “Aku bertanya Al-Sadiq AS tentang firman Allah, {Wahai bani Israel}. Dia berkata, ‘Ini adalah keluarga Muhammad SAAW secara khusus.’ “

Dalam Sunan Abi Daud, dari Nabi SAAW yang berkata,

“Aku adalah Abdullah, namaku Ahmad. Dan aku adalah Abdullah, namaku ialah Israel. Apa sahaja yang Dia SWT perintahkannya [iaitu Israel], maka Dia SWT perintahkan aku. Apa sahaja yang Dia SWT maksudkan dengannya [iaitu Israel], maka Dia SWT maksudkan aku.”
[1]

• Maka itu, sebahagian ayat adalah mengenai Imam[2] secara khusus, dan mereka AS merupakan bani Israel.

Allah SWT berfirman:

{Wahai bani Israel, ingatlah nikmatKu yang telah Aku berikan kepadamu dan Aku telah melebihkan kamu di atas sekelian alam ۝ Dan takutilah hari ketika mana tidak seorang pun dapat menggantikan [membela] orang lain sedikit pun, dan tebusan tidak diterima, dan perantaraan tidak berguna baginya dan mereka tidak akan ditolong.}.
[3]

{Wahai bani Israel}: bererti keluarga Muhammad SAAW.

{Ingatlah nikmatKu}: bererti nikmat wilayah dan Imamah, dan penguasaan atas seluruh dunia.

{Dan Aku telah melebihkan kamu di atas sekelian alam}: bererti dengan mengenaliKu (ma’rifatullah SWT), dan mengenali nama-namaNya.

Dan dimaklumi bahawa Muhammad dan keluarganya adalah orang-orang yang telah dilebihkan di atas sekelian alam, bukan bani Yaakub, atau sesiapa selain mereka yang dilebihkan di atas keluarga Muhammad SAAW.

{Dan takuti hari}: iaitu hari kematian, dan ini adalah satu-satunya hari yang tidak ada perantaraan [syafaat]. Maka itu, azab ketika maut [nazak] tidak seorang pun mampu menanggungnya, melainkan orang yang hanya tubuhnya berada di dunia tetapi hatinya terpaut langit paling atas [bil mala’ al-a’la] dan tidak terikat pada dunia ini oleh tali dan penambat yang perlu dipotong dan dicabut lalu menyebabkan siksaan.

Dan orang-orang yang terselamat daripada azab kematian ini adalah orang-orang didekatkan. Allah SWT berfirman:

{Maka jika dia termasuk orang-orang yang didekatkan ۝ Maka [dia memperoleh] ketenteraman, selasih dan syurga yang penuh kenikmatan},
[4] ertinya pada saat kematiannya, dan Tuan bagi orang-orang yang didekatkan tadi adalah Muhammad dan keluarganya SAAW.

• Dan sebahagian ayat tentang BANI ISRAEL adalah khusus untuk Syiah dan para ulama Syiah. Allah SWT berfirman:

{Dan apabila seorang rasul dari Allah datang kepada mereka yang membenarkan apa yang ada bersama mereka, segolongan dari mereka yang telah diberikan Kitab melemparkan Kitab Allah itu ke belakang mereka, seolah-olah mereka tidak tahu ۝ Dan mereka mengikut apa yang telah diucapkan oleh syaitan mengenai kerajaan Sulaiman. Sulaiman tidak kafir, tetapi syaitan itulah yang kafir.}
[5]

{Dan apabila seorang rasul dari Allah datang kepada mereka}: bererti seorang rasul [utusan] daripada Imam Al-Mahdi AS, kerana setelah pengutusan manusia sempurna ini [insan al-kamil] ini;

“Kalimatmu yang sempurna dan kalimatmu yang telah engkau muliakan di atas sekelian alam,”

Dan mereka [kalimat] ini adalah Muhammad dan keluarganya, penutup risalah dari Allah SWT, dan bermulanya era baru, iaitu risalah dari utusan Muhammad dan keluarga Muhammad SAAW, kerana keluarga Muhammad adalah utusan dari Muhammad SAAW. Mereka memperoleh ilmu darinya SAAW melalui wahyu, atau melalui para malaikat, atau langsung darinya SAAW. Oleh kerana itu, Rasul Muhammad SAAW adalah, “Penutup bagi apa yang telah datang, dan pembuka bagi apa yang akan datang,” bererti penutup risalah dari Allah, dan pembuka pengutusan [al-irsal] darinya SAAW dan dari keluarganya AS.

Dan sesungguhnya, sudah terbukti bagi Syiah bahawa Imam Al-Mahdi AS akan mengutuskan Muhammad bin Al-Hassan, yang Berjiwa Suci [annafs al-zakiyah], kepada penduduk Mekah, lima belas hari sebelum kemunculannya lalu mereka membunuhnya.
[6] Maka, jika pengutusan ini benar, maka pengutusan yang lain juga adalah benar.

{yang membenarkan apa yang ada bersama mereka}: iaitu ilmu yang diwarisi Syiah daripada Ahlulbait AS, bahawa Al-Mahdi AS itu adalah benar, dan dia bangkit dengan pedang, dan sebelum kebangkitannya ada orang yang akan membuka jalan bagi kekuasaannnya, dan dia mempunyai zuriat, dan setelahnya ada dua belas Mahdi dari zuriatnya. Dan mereka, iaitu Syiah, sangat pasti, berdasarkan riwayat-riwayat dari mereka AS, bahawa bumi ini jika tiada seorang Imam, maka ia akan musnah bersama penghuninya.
[7] Jadi, setelah pembunuhan (atau seperti kepercayaan sebahagian mereka, kematian) Imam Al-Mahdi AS, dengan siapa bumi ini akan berdiri jika bukan melalui salah seorang puteranya, wasi-wasi setelahnya, para Imam al-Mahdiyin, sepertimana riwayat mengenai mereka AS?

Dan mengenai solat pada hari Jumaat, Ibnu Thawus (Allah merahmatinya) berkata—dan dia adalah antara orang yang bertemu Imam Al-Mahdi AS, malah dia meriwayatkan daripadanya AS pada masa keghaiban besar—“Jika kamu terlepas wirid [ta’qib] Asar pada hari Jumaat atas alasan apa pun, maka janganlah kamu meninggalkan doa ini selama-lamanya, kerana perintah Allah SWT yang telah memberitahu kami.” Kemudian dia menyebutkan doa tersebut, dan di akhir doa tersebut Imam AS mengatakan:

“Dan selawat atas waliMu (iaitu Imam Al-Mahdi AS), dan wali-wali bagi perjanjianMu dan para Imam dari keturunannya. Dan panjangkanlah usia mereka, dan sampaikan mereka kepada puncak tertinggi harapan mereka dalam agama, dunia dan akhirat. Sesungguhnya, Engkau Maha Berkuasa atas segala sesuatu.”
[8]

Disebutkan dalam riwayat bahawa dia tinggal di Masjid Al-Sahlah bersama keluarganya.
[9] Dan disebutkan bahawa setelahnya ada sebelas Mahdi dari keturunannya AS.[10]

Dan riwayatnya ada banyak dan saya tidak akan memperlihatkannya sekarang, tetapi saya menyebut sebahagian darinya sebagai bukti terhadap orang-orang yang degil dan angkuh terhadap Allah dan wali-waliNya. Dan sesiapa yang mencari ilmu untuk kebenaran, boleh merujuk kepada kitab-kitab hadis dan membaca sendiri.

{Segolongan dari mereka yang telah diberikan Kitab melemparkan Kitab Allah itu ke belakang mereka, seolah-olah mereka tidak tahu}: Ini adalah sebahagian daripada ulama Syiah dan pengikut mereka, khususnya. Dan Kitab yang telah mereka lemparkan ke belakang itu adalah Quran, dan Imam Al-Mahdi AS, dan riwayat dari Ahlul Bait yang maksum, dan orang yang membuka jalan bagi Imam Al-Mahdi AS dan utusannya kepada mereka. Mereka mendustakan kebenaran apabila ia datang kepada mereka, dan mereka berkata dia adalah ahli sihir atau orang gila, atau dia dirasuki Jin, seolah-olah mereka tidak tahu bahawa ini adalah kebenaran [al-haq] daripada Imam Al-Mahdi AS.

{Dan mereka mengikut apa yang telah diucapkan oleh syaitan mengenai kerajaan Sulaiman}: Ertinya sebahagian ulama Syiah yang mengikut jalan umat terdahulu, serta tuduhan mereka terhadap para Nabi dan Rasul AS, dan mereka berkata ini daripada Jin (syaitan). Kerajaan Sulaiman bererti kerajaan Al-Mahdi AS.

{Sulaiman tidak kafir, tetapi syaitan itulah yang kafir}: dan oleh kerana Imam Al-Mahdi AS adalah Imam Manusia dan Jin, maka dia mengutuskan utusannya kepada Manusia dan Jin. Dan, sebahagian manusia beriman, sebahagian kafir, sebahagian munafik, dan sebahagian beriman kemudian murtad dan seterusnya; begitu pula, perkara yang sama terjadi kepada sebahagian Jin sepertimana yang terjadi pada manusia.

Juga, perkara terbesar adalah Imam Al-Mahdi AS bererti berakhirnya Iblis (Allah melaknatnya) dan bala tentera syaitannya dari kalangan Manusia dan Jin, maka bagaimana mungkin [perkara besar ini] tidak terkena tipu helah syaitan dari kalangan Jin serta tipu helah dan tipu muslihat mereka dalam urusan Imam Al-Mahdi AS, yang pada kali ini bererti berakhirnya seluruh kebatilan mereka?

•Dan sebahagian ayat tentang BANI ISRAEL adalah khusus untuk umat Islam yang menzalimi keluarga Muhammad AS. Dia Yang Maha Tinggi berfirman:

{Dan Kami tetapkan bagi bani Israel dalam Kitab itu, “Kamu pasti akan berbuat kerosakan di bumi ini dua kali dan kamu akan menjadi penzalim yang besar." ۝ Maka ketika janji pertama datang, Kami utuskan kepada kamu hamba-hamba Kami dengan kekuatan besar lalu memporak-perandakan seluruh negeri, dan janji ini pasti terlaksana.}
[11]

{Dan Kami tetapkan bagi bani Israel… menjadi penzalim yang besar}: KEROSAKAN PERTAMA dari umat ini adalah pembunuhan Fatimah dan Imam Ali AS. Dan KEROSAKAN KEDUA adalah pembunuhan Al-Hasan dan Al-Hussein AS. Dan PENZALIM YANG BESAR adalah pelanggaran mereka terhadap kesucian Al-Hussein AS, menghancurkan tubuh sucinya, dan menjulang kepalanya di hujung tombak; sedangkan dia adalah yang kelima dari Orang Yang Diselimuti [ashab al-kisa’]] dan makhluk terbaik Allah setelah Muhammad, Ali, Fatimah dan Al-Hassan AS. Dan hamba yang telah diutuskan pada kali pertama adalah Al-Mukhtar dan tenteranya, yang Allah SWT berikan kekuatan terhadap pembunuh-pembunuh Al-Hussein AS, lalu membunuh mereka. 

{Maka ketika janji yang hari akhirat, mereka akan menghinakan wajah-wajah kamu dan memasuki masjid sepertimana mereka masuk pada kali pertama, dan membinasakan apa sahaja yang mereka kuasai}
[12]: Mereka ini adalah para sahabat Al-Qaim AS dan para pendukungnya [Ansharihi]. Allah akan memperkasakan mereka sehingga menguasai Timur dan Barat bumi bersama penghulu mereka Muhammad bin Al-Hassan Al-Mahdi AS. Melalui mereka Allah akan menghinakan setiap orang kafir, munafik, dan peragu [murtab].

{Semoga Tuhanmu akan mengasihani kamu}
[13]: ertinya, wahai Muslimin, semoga Tuhanmu mengasihani kamu dengan mengikuti Al-Qaim, dan mendukungnya, dan memperakui bahawa dia adalah Imam yang mana setiap orang wajib mentaati dan mendukungnya, dan mereka juga diwajibkan untuk mendukung para pendukungnya dan memerangi musuh-musuhnya.

{Sesungguhnya, Al-Quran ini adalah petunjuk kepada yang paling lurus}
[14]: ertinya bahawa ayat-ayat terdahulu dalam Surat Al-Isra membimbing kamu kepada yang paling lurus, bererti jalan yang paling lurus [ash-shirat al-mustaqim], iaitu Imam Al-Mahdi AS.

{Dan memberi khabar gembira kepada orang-orang beriman yang melakukan amalan baik bahawa mereka akan mendapat pahala yang besar}
[15]: Dan memberi khabar gembira kepada orang-orang yang beriman dengan Al-Qaim AS, dan yang bekerja untuk kebangkitannya, kerana membuka jalan bagi kebangkitan Al-Qaim AS adalah perbuatan yang baik, dan ia adalah solat dan amalan yang terbaik. 

{Dan orang-orang yang tidak beriman dengan hari akhirat, Kami sediakan untuk mereka azab yang pedih}
[16]: Hari akhirat adalah Imam Al-Mahdi AS dan orang-orang yang membuka jalan untuknya AS, dan ini adalah langit-langit Malakut dan bumi [malakut as-samawaat wa al-ardh], dan visi (rukyah) yang benar bagi orang beriman, dan ia adalah fitrah Allah yang dengannya Dia telah menciptakan manusia. Dan orang-orang yang tidak beriman dengan hari akhirat adalah orang-orang kafir, sekalipun mereka mengaku Muslim. 

ADAPUN BINTANG BERBUCU ENAM, ini adalah warisan para Nabi, yang diwarisi oleh Al-Qaim Muhammad bin Al-Hassan Al-Mahdi AS, dan ia menjadi lambang kepadanya AS, yang bererti beroleh kemenangan dan dimenangkan. Dan Zionis Yahudi telah mencuri bintang ini, dan menjadikannya sebagai lambang mereka, dan sebagai simbol penantian mereka kepada pembaharu sejagat yang dijanjikan; dan menurut mereka, seperti yang telah saya sebutkan sebelumnya, adalah Nabi Ilya AS. Dan orang-orang yang menghina bintang ini dan melaknatnya adalah seperti orang yang melaknat kalimat Allahu Akbar yang Saddam (Allah melaknatnya) letakkan pada bendera Iraq, maka itu orang tersebut menjadi seperti orang yang melaknat warisan para Nabi AS.  
 
Bintang ini adalah BINTANG AL-MAHDI AS. Dan diriwayatkan daripada mereka AS:

“Apabila panji kebenaran muncul, manusia Timur dan Barat akan melaknatnya.”
[17] 

Maka berhati-hatilah, wahai mukminin, kerana kutukan laknat itu jika tidak mengena sasarannya, ia akan kembali kepada orang yang menyebutnya, sepertimana yang dinyatakan oleh Nabi SAAW.
[18]

Dan Daud AS ini adalah Daud kami, dan Sulaiman AS ini adalah Sulaiman kami, dan haikal itu adalah haikal kami (Muslimin), dan bukan haikal Zionis Yahudi, pembunuh Nabi-nabi. Dan Tanah Suci itu adalah tanah kami, dan ia mesti dibebaskan dan dibuka, dan bendera LAILAHAILLALLAH, MUHAMMAD RASULULLAH, ALI WALIYULLAH mesti dijulang di dalamnya.

{Sesungguhnya, orang yang paling dekat dengan Ibrahim adalah mereka yang mengikutnya, dan Nabi ini dan orang-orang yang beriman. Dan Allah adalah penolong orang-orang mukmin.}
[19]

Dan terakhir, doa kami segala Puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam.

 

Kitab Al-Mutasyabihat oleh Sayyid Ahmad Al Hassan AS, jilid 1.
______________________________
[1] Tafsir Ayyashi: Jilid 1, halaman 44.

[2] Di sini Sayyid Ahmad Al-Hassan AS berkata, “Sebahagian ayat," kerana terdapat sebahagian ayat yang mencela bani Israel, dan ayat-ayat itu merujuk kepada orang-orang yang mengaku Syiah, tetapi mereka menghalang keluarga Muhammad SAAW. Maka itu, mereka sama seperti bani Israel yang mendakwa mempunyai dan mendukung para Nabi, tetapi gagal dalam melaksanakannya, melainkan sedikit daripada mereka. {Dan sesungguhnya Kami telah mengambil perjanjian setia dari bani Israel dan Kami utuskan kepada mereka beberapa orang Rasul. Setiap kali datang seorang Rasul kepada mereka membawa apa yang nafsu mereka tidak sukai, mereka mendustakan sebahagiannya dan dan membunuh sebahagian lagi.} [Al-Quran, Al-Maidah 5:70].
  
[3] Al-Quran, Al-Baqarah 2:122-123.
[4]Al-Quran, Al-Waqi‘ah 56:88-89  [5] Al-Quran, Al-Baqarah 2:101-102
[6] Lihat Bihar Al-Anwar: Jilid 52, halaman 203, 307.
[7] Muhammad bin Al-Fudhail mengatakan bahawa dia bertanya Imam Al-Ridha AS, “Bolehkah bumi ini kekal tanpa seorang Imam?” Imam AS berkata, “Tidak,” lalu aku berkata, “Kami meriwayatkan dari Abu Abdullah AS bahawa ia tidak akan kekal tanpa Imam, melainkan apabila Allah SWT murka kepada penduduk bumi atau penyembahNya”, lalu Al-Ridha AS berkata, “Tidak, ia tidak akan kekal dan akan menelan [sakhit] penghuninya” Al-Kafi: Jilid 1, halaman 277, hadis 11.
[8] Mafatih Al-Jinan, halaman 85  [9] Imam Al-Shadiq AS berkata, “Seolah-olah aku melihat turunnya Al-Qaim AS di masjid Al-Sahlah bersama pendukung dan keluarganya.” Bihar Al-Anwar: Jilid 52, halaman 317. Dan juga dalam, Mustadrak Al-Wasail: Jilid 3, halaman 414.  [10] Abu Hamzah meriwayatkan bahawa Abu Abdullah AS berkata dalam sebuah hadis yang panjang, “Wahai Abu Hamzah, setelah Al-Qaim ada sebelas Mahdi, dari kami, dari anak-anak Al-Hussein AS.” Ghaibat Al-Tusi halaman 309. [11] Al-Quran, Al-Isra’ 17: 4-5.  [12] Al-Quran, Al-Isra’ 17: 7.[13] Al-Quran, Al-Isra’ 17: 8.  [14] Al-Quran, Al-Isra’ 17: 9.[15] Al-Quran, Al-Isra’ 17: 9.  [16] Al-Quran, Al-Isra’ 17: 10. [17] Diriwayatkan bahawa Ubban bin Taghlub berkata, “Aku mendengar Abu Abdullah AS berkata, ‘Apabila panji kebenaran muncul, manusia Timur dan Barat akan mengutuknya, tahukah kamu kenapa?’ Aku berkata, tidak, lalu dia berkata, ‘Kerana apa yang manusia lihat dari ahli keluarganya [ahli baitihi] sebelum kemunculannya.’ “ Bihar Al-Anwar: Jilid 52, halaman 363.  [18] Abu Hamzah Al-Tsamali meriwayatkan bahawa Abu Jaafar AS berkata, “Apabila kutukan keluar dari seseorang, dibimbangi, sama ada ia menemui sasarannya atau kembali kepada orang yang menyebutnya.” Al-Kafi: Jilid 2, halaman 360.  [19] Al-Quran, Ali Imran 3:68. 

Isnin, 7 Oktober 2013

KEIMANAN YANG TETAP DAN KEIMANAN YANG DISIMPAN..

Apakah tafsiran dua ayat al-Quran ini?


وَهُوَ ٱلَّذِىٓ أَنشَأَكُم مِّن نَّفۡسٍ۬ وَٲحِدَةٍ۬ فَمُسۡتَقَرٌّ۬ وَمُسۡتَوۡدَعٌ۬‌ۗ قَدۡ فَصَّلۡنَا ٱلۡأَيَـٰتِ لِقَوۡمٍ۬ يَفۡقَهُونَ

Dan Dialah yang menciptakan kamu dari seorang diri, maka [bagimu] ada tempat tetap dan tempat simpanan. Sesungguhnya telah Kami jelaskan tanda-tanda kebesaran Kami kepada orang-orang yang mengetahui. (Al An`aam: 98)


وَمَا مِن دَآبَّةٍ۬ فِى ٱلۡأَرۡضِ إِلَّا عَلَى ٱللَّهِ رِزۡقُهَا وَيَعۡلَمُ مُسۡتَقَرَّهَا وَمُسۡتَوۡدَعَهَا‌ۚ كُلٌّ۬ فِى ڪِتَـٰبٍ۬ مُّبِينٍ۬ 

Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat dia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab yang nyata. (Hud: 6)



Pengirim: Abbas Tahir

________________________________________________

Jawapan: 


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat serta limpahan salam kesejahteraan buat Muhammad dan keluarga Muhammad, para Imam dan para Mahdiyyin.


يَـٰٓأَيَّتُہَا ٱلنَّفۡسُ ٱلۡمُطۡمَٮِٕنَّة * ُٱرۡجِعِىٓ إِلَىٰ رَبِّكِ رَاضِيَةً۬ مَّرۡضِيَّةً۬ 

Wahai, orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang! Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati lagi diredhai. (Al Fajr: 27-28)

Jiwa yang sentiasa tenang adalah jiwa di mana keimanan tinggal tetap dan tenang didalamnya. Ini adalah jiwa para anbiya, awsiya serta awliya yang beriman dan membantu mereka. Lawan kepada jiwa yang tenang ini adalah jiwa yang goyang (مضطربة), ia adalah jiwa orang-orang mukmin yang keimanan mereka dimasuki keraguan walaupun sedikit. Inilah jiwa-jiwa yang didiami keimanan tetapi tidak berada tetap di dalamnya, kerana wujud keraguan dan hanya merupakan tempat keimanan disimpan. Adakalanya, iman berkekalan di dalamnya dengan kurniaan Allah, dan adakalanya keraguan dan kegelapan bertambah di dalamnya sehingga mengeluarkannya daripada keimanan dan cahaya (nur). Lalu, dinamakan sebagai kegelapan yang goyang (مظلمة مضطربة), yang tiada ketetapan di dalamnya. Inilah jiwa-jiwa yang disebutkan di dalam firman Allah Taala: 


أَوۡ كَظُلُمَـٰتٍ۬ فِى بَحۡرٍ۬ لُّجِّىٍّ۬ يَغۡشَٮٰهُ مَوۡجٌ۬ مِّن فَوۡقِهِۦ مَوۡجٌ۬ مِّن فَوۡقِهِۦ سَحَابٌ۬‌ۚ ظُلُمَـٰتُۢ بَعۡضُہَا فَوۡقَ بَعۡضٍ 
إِذَآ أَخۡرَجَ يَدَهُ ۥ لَمۡ يَكَدۡ يَرَٮٰهَا‌ۗ وَمَن لَّمۡ يَجۡعَلِ ٱللَّهُ لَهُ ۥ نُورً۬ا فَمَا لَهُ ۥ مِن نُّورٍ

Atau seperti gelap gelita di lautan yang dalam, yang diliputi oleh ombak, yang di atasnya ombak [pula], di atasnya [lagi] awan; gelap gulita yang tindih-bertindih, apabila dia mengeluarkan tangannya, tiadalah dia dapat melihatnya, [dan] barangsiapa yang tiada diberi cahaya [petunjuk] oleh Allah tiadalah dia mempunyai cahaya sedikitpun. (An Nur: 40)

Dengan ini jelaslah bahawa firman Allah Taala:


وَهُوَ ٱلَّذِىٓ أَنشَأَكُم مِّن نَّفۡسٍ۬ وَٲحِدَةٍ۬ فَمُسۡتَقَرٌّ۬ وَمُسۡتَوۡدَعٌ۬‌ۗ قَدۡ فَصَّلۡنَا ٱلۡأَيَـٰتِ لِقَوۡمٍ۬ يَفۡقَهُونَ

"Dan Dialah yang menciptakan kamu dari seorang diri, maka [bagimu] ada tempat tetap dan tempat simpanan. Sesungguhnya telah Kami jelaskan tanda-tanda kebesaran Kami kepada orang-orang yang mengetahui." Bermaksud: Keimanan yang di tempat tetap dan tempat simpanan. 

Adapun firman Allah Taala: 

وَمَا مِن دَآبَّةٍ۬ فِى ٱلۡأَرۡضِ إِلَّا عَلَى ٱللَّهِ رِزۡقُهَا وَيَعۡلَمُ هَا وَمُسۡتَوۡدَعَهَا‌ۚ كُلٌّ۬ فِى ڪِتَـٰبٍ۬ مُّبِينٍ۬ 

"Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat dia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab yang nyata." 

Yang dimaksudkan dengan (tempat tetap مُسۡتَقَرَّ dan tempat simpanan مُسۡتَوۡدَعَ) adalah jiwa-jiwa. Maka wajib ke atas mukmin untuk memperbanyakkan doa supaya keimanannya menjadi tetap dan jiwanya menjadi tenang.

Di dalam doa "yaumul Ghadir" yang disebutkan oleh Imam sadiq as: 


ﻭَﺃﻥ ﺗُﺘِﻢﱠ ﻋَﻠﻴْﻨَﺎ ﻧﻌْﻤَﺘَﻚ َﻭَﺗَﺠْﻌَﻠﻪ ُﻋِﻨْﺪَﻧَﺎ ﻣُﺴْﺘَﻘﺮّﺍ ﻭَﻟﺎ ﺗَﺴْﻠﺒَﻨَﺎﻩُ ﺃﺑَﺪﺍ، ﻭَﻟﺎ ﺗَﺠْﻌَﻠﻪُ ﻣُﺴْﺘَﻮْﺩَﻋﺎ ﻓﺈﻧﱠﻚَ ﻗﻠﺖَ ﻓﻤُﺴْﺘَﻘﺮﱞ ﻭَﻣُﺴْﺘَﻮْﺩَﻉٌ ﻓﺎﺟْﻌَﻠﻪُ ﻣُﺴْﺘَﻘﺮّﺍ ﻭَﻟﺎ ﺗَﺠْﻌَﻠﻪ ﻣُﺴْﺘَﻮْﺩَﻋﺎ

Engkau sempurnakanlah buat kami nikmatMu dan Engkau jadikanlah ia tempat tetap di sisi kami dan janganlah Engkau rampas ia selama-lamanya. Dan janganlah Engkau jadikan ia tempat simpanan kerana sesungguhnya Engkau telah berfirman tempat tetap (ﻤُﺴْﺘَﻘﺮ) dan tempat simpanan (ﻣُﺴْﺘَﻮْﺩَﻉ) dan janganlah Engkau jadikan ia tempat simpanan. (Tahzib Al Ahkam, syeikh at-Thoosi, jilid 7, ms 147)


ﺇﻥﱠ ﺍﻟﻠﱠﻪَ ﺧَﻠﻖَ ﺍﻟﻨﱠﺒﻴﱢينَ ﻋَﻠﻰ ﺍﻟﻨﱡﺒُﻮﱠﺓِ ﻓﻠﺎ ﻳَﻜﻮﻧُﻮﻥ ﺇﻟﱠﺎ ﺃﻧْﺒﻴَﺎﺀَ، ﻭَﺧَﻠﻖَ ﺍﻟﻤُﺆْﻣِﻨينَ ﻋَﻠﻰ ﺍﻟﺈيماﻥِ ﻓﻠﺎ ﻳَﻜﻮﻧُﻮﻥ ﺇﻟﱠﺎ ﻣُﺆْﻣِﻨينَ، ﻭَﺃﻋَﺎﺭَ ﻗﻮْﻣﺎ ﺇيماﻧﺎ ﻓﺈﻥ ﺷَﺎﺀَ ﺗَﻤﱠﻤَﻪُ ﻟﻬُﻢْ ﻭَﺇﻥ ﺷَﺎﺀَ ﺳَﻠﺒَﻬُﻢْ ﺇﻳﱠﺎﻩُ، ﻗﺎﻝ: ﻭَﻓِﻴﻬﻢْ ﺟَﺮَﺕْ: ﻓﻤُﺴْﺘَﻘﺮﱞ ﻭَﻣُﺴْﺘَﻮْﺩَﻉٌ. ﻭَﻗﺎﻝ ﻟِﻲ: ﺇﻥﱠ ﻓﻠﺎﻧﺎ ﻛﺎﻥ ﻣُﺴْﺘَﻮْﺩَﻋﺎ ﺇيماﻧُﻪُ ﻓﻠﻤﱠﺎ ﻛﺬﺏ َﻋَﻠﻴْﻨَﺎ ﺳُﻠِﺐَ ﺇيماﻧُﻪ ُﺫﻟِﻚ.

Daripada Abu al-Hassan as, telah berkata: "Sesungguhnya Allah telah menciptakan para nabi dengan kenabian, lalu mereka menjadi anbiya. Dan telah menciptakan orang-orang mukmin dengan keimanan, lalu mereka menjadi orang-orang mukmin. Dan meminjamkan keimanan kepada satu kaum, jika Dia berkehendak Dia akan menyempurnakannya buat mereka, dan jika Dia berkehendak Dia akan merampasnya daripada mereka. Beliau as berkata: Dan berlaku pada mereka: Tempat tetap (ﻤُﺴْﺘَﻘﺮ) dan tempat simpanan (ﻣُﺴْﺘَﻮْﺩَﻉ). Beliau as berkata kepadaku: Sekiranya seseorang itu adalah tempat keimanannya disimpan, oleh itu, ketikamana dia berbohong terhadap kami, maka akan dirampas keimanannya itu." (Al Kafi, jilid 2, 418)


ﺇﻥﱠ ﺍﻟﻠﱠﻪَ ﺟَﺒَﻞ ﺍﻟﻨﱠﺒﻴينَ ﻋَﻠﻰ ﻧُﺒُﻮﱠﺗِﻬﻢْ ﻓﻠﺎ ﻳَﺮْﺗَﺪﱡﻭﻥ ﺃﺑَﺪﺍ، ﻭَﺟَﺒَﻞ ﺍﻟﺄﻭْﺻِﻴَﺎﺀَ ﻋَﻠﻰ ﻭَﺻَﺎﻳَﺎﻫُﻢْ ﻓﻠﺎ ﻳَﺮْﺗَﺪﱡﻭﻥ ﺃﺑَﺪﺍ، ﻭَﺟَﺒَﻞ ﺑَﻌْﺾَ ﺍﻟﻤُﺆْﻣِﻨين َﻋَﻠﻰ ﺍﻟﺈيماﻥِ ﻓﻠﺎ ﻳَﺮْﺗَﺪﱡﻭﻥ ﺃﺑَﺪﺍ، ﻭَﻣِﻨْﻬُﻢْ ﻣَﻦْ ﺃﻋيرَ ﺍﻟﺈيماﻥ ﻋَﺎﺭﻳﱠﺔ ﻓﺈﺫﺍ ﻫُﻮ َﺩَﻋَﺎ ﻭَﺃلحﱠ ﻓِﻲ ﺍﻟﺪﱡﻋَﺎﺀِ ﻣَﺎﺕ َﻋَﻠﻰ ﺍلإيماﻥ

Daripada Abu Abdillah as, telah berkata: "Sesungguhnya Allah telah menjadikan para nabi dengan kenabian mereka dan mereka tidak merasa ragu-ragu selama-lamanya. Dan telah menjadikan para awsiya dengan wasiat-wasiat mereka dan mereka tidak merasa ragu-ragu selama-lamanya. Dan telah menjadikan sebahagian orang mukmin dengan keimanan dan mereka tidak merasa ragu-ragu selama-lamanya, dan sebahagian mereka pula dipinjamkan keimanan sebagai pinjaman, apabila dia berdoa dan meminta bersungguh-sungguh di dalam doa, dia akan dimatikan dalam keimanan. (Al Kafi, jilid 2, ms 419)


ﺇﻥ ﺍﻟﻨﺎﺱ ﻗﺪ ﺟﻬﺪﻭﺍﻋﻠﻰ ﺇﻃﻔﺎﺀ ﻧﻮﺭ ﺍﷲ ﺣين ﻗﺒﺾ ﺍﷲ ﺗﺒﺎﺭﻙ ﻭﺗﻌﺎلى ﺭﺳﻮﻟﻪ ﻭﺃبى ﺍﷲ ﺇﻟﱠﺎ ﺃﻥ ﻳُﺘِﻢﱠ ﻧُﻮﺭَﻩُ، ﻭﻗﺪ ﺟﻬﺪ ﻋﻠﻲ ﺑﻦ ﺃبي حمﺰﺓ ﻋﻠﻰ ﺇﻃﻔﺎﺀ ﻧﻮﺭ ﺍﷲ ﺣين ﻣﻀﻰ ﺃﺑﻮالحسن ع, ﻓﺄبى ﷲ ﺇلا ﺃﻥ ﻳُﺘِﻢﱠ ﻧُﻮﺭَﻩُ، ﻭﻗﺪ ﻫﺪﺍﻛﻢ ﺍﷲ ﻷﻣﺮ ﺟﻬﻠﻪ ﺍﻟﻨﺎﺱ فاحمدوا ﷲ ﻋﻠﻰ ﻣﺎ ﻣﻦ ﻋﻠﻴﻜﻢ ﺑﻪ، ﺇﻥ ﺟﻌﻔﺮﺍ ع ﻛﺎﻥ ﻳﻘﻮﻝ ﻓﻤُﺴْﺘَﻘﺮﱞ ﻭَﻣُﺴْﺘَﻮْﺩَﻉٌ، ﻓﺎلمستقر ﻣﺎ ﺛﺒﺖ ﻣﻦ ﺍﻹيمان، ﻭﺍلمستودع المعار ﻭﻗﺪ ﻫﺪﺍﻛﻢ ﺍﷲ ﻷﻣﺮ ﺟﻬﻠﻪ ﺍﻟﻨﺎﺱﻓﺎحمدوا ﷲ ﻋﻠﻰ ﻣﺎ ﻣﻦ ﻋﻠﻴﻜﻢ ﺑﻪ 

Daripada Al Bizanthi, telah berkata: Kami telah menetapkan janji temu dengan Abu al Hassan al Ridha as pada malam untuk pergi ke masjid Dar Muawiyah. Maka beliau as telah datang dan memberi salam, lalu berkata: Sesungguhnya manusia bersungguh-sungguh untuk memadamkan cahaya Allah ketikamana Allah Tabara wa Taala menggenggam erat rasulNya, dan Allah enggan melainkan Dia menyempurnakan cahayaNya. Ali bin Abi Hamzah telah berusaha untuk memadamkan cahaya Allah ketika wafat Abu al Hassan as (Imam Musa al Kazhim), maka Allah enggan melainkan Dia menyempurnakan cahayaNya. Allah telah menunjukkan hidayah kepada kalian urusan yang manusia jahil tentangnya, maka bertahmidlah kalian kepada Allah terhadap apa yang dikurniakannya buat kalian. Sesungguhnya (Imam) Jaafar as telah berkata: tempat tetap (ﻤُﺴْﺘَﻘﺮ) dan tempat simpanan (ﻣُﺴْﺘَﻮْﺩَﻉ). Tempat tetap itu adalah apa yang telah dipastikan keimanan dan tempat simpanan itu adalah tempat pinjaman. Allah telah menunjukkan hidayah kepada kalian urusan yang manusia jahil tentangnya, oleh itu, bertahmidlah kepada Allah terhadap apa yang dikurniakan ke atas kalian. (Bihar Al Anwar, jilid 49, ms 262)


ﻭﻋﻦ ﺃبي ﺑﺼير، ﻋﻦ ﺃبي ﺟﻌﻔﺮ، ﻗﺎﻝ: ﻗﻠﺖ: ﻫُﻮَ ﺍﻟﱠﺬِﻱ ﺃﻧْﺸَﺄﻛﻢْ ﻣِﻦْ ﻧَﻔﺲ ﻭﺍﺣِﺪَﺓ ﻓﻤُﺴْﺘَﻘﺮﱞ ﻭَﻣُﺴْﺘَﻮْﺩَﻉٌ. ﻗﺎﻝ: ﻣﺎ ﻳﻘﻮﻝ ﺃﻫﻞ ﺑﻠﺪﻙ ﺍﻟﺬﻱ ﺃﻧﺖ ﻓﻴﻪ ؟ ﻗﺎﻝ: ﻗﻠﺖ: ﻳﻘﻮﻟﻮﻥ ﻣﺴﺘﻘﺮ في ﺍﻟﺮﺣﻢ ﻭﻣﺴﺘﻮﺩﻉ ﺍﻟﺼﻠﺐ. ﻓﻘﺎﻝ: ﻛﺬﺑﻮﺍ، ﺍلمستقرﻣﺎ ﺍﺳﺘﻘﺮ ﺍﻹيماﻥ في ﻗﻠﺒﻪ ﻓﻼ ﻳنزع ﻣﻨﻪ ﺃﺑﺪﺍ، ﻭﺍلمستودع ﺍﻟﺬﻱ ﻳﺴﺘﻮﺩﻉ ﺍﻹيماﻥ ﺯﻣﺎﻧﺎ ثم ﻳﺴﻠﺒﻪ، ﻭﻗﺪ ﻛﺎﻥ ﺍﻟﺰﺑير ﻣﻨﻬﻢ.

Daripada Abi Bashir, daripada Abi Jaafar as, telah berkata: Aku telah bertanya (tafsir ayat): 

"Dan Dialah yang menciptakan kamu dari seorang diri, maka [bagimu] ada tempat tetap dan tempat simpanan. Sesungguhnya telah Kami jelaskan tanda-tanda kebesaran Kami kepada orang-orang yang mengetahui."

Beliau as berkata: "Apakah penduduk di negeri yang kamu berada katakan?"

Abu Basir berkata: Aku menjawab: "mereka mengatakan tempat tetap (ﻤُﺴْﺘَﻘﺮ) adalah di dalam rahim dan tempat simpanan (ﻣُﺴْﺘَﻮْﺩَﻉ) adalah di dalam sulbi." 

Maka beliau as berkata: "Mereka telah berbohong, tempat tetap itu adalah apa yang menetap keimanan di dalam hatinya dan ia tidak akan dicabut selamanya, dan tempat simpanan itu adalah disimpan keimanan pada satu-satu masa kemudian ia dirampas. Zubair (bin al-Awwam) adalah salah seorang daripadanya. (Tafsir Al Ayashi, ms 371)



Ahmad Al Hassan

Kitab al Jawab al Munir `Ibra al Athir, jilid 2, soalan 67, ms 30-32.


BAGAIMANA IMAN ITU MENJADI TETAP..

Pada suatu hari saya telah meminta nasihat daripada Abdus Soleh a.s (Imam Ahmad Al Hassan a.s), maka saya telah berkata: Manusia itu adalah bukti atau hujah ke atas dirinya sendiri, terlalu sedikit kesabaran, dadaku menjadi sempit dengan pantas, terlalu banyak mengomel atau merungut. Apakah nasihat dan kata-kata anda dalam mengubati perjalanan hidupku ini?


Maka berkata Imam Ahmad Al Hassan (a.s): Segala puji hanya bagi Allah Tuhan sekalian alam bahawa sesungguhnya bilangan kamu bukanlah sedikit, kamu saling mengukuhkan antara satu sama lain serta saling bantu-membantu antara satu sama lain. Jika sekiranya terdapat sebarang kekurangan di pihak saudara kamu, maka aku bermohon kepada Allah agar kamu dan mereka diberikan keikhlasan serta taufik di dalam beramal di jalan Allah.

Ingatlah hal keadaan orang-orang yang telah mendahului kamu dari kalangan nabi-nabi dan wasi-wasi serta sedikitnya orang yang membantu mereka. Mereka telah merintis jalan buat kamu, berapa kalikah dan setiap kali itu juga jawapan kamu terhadap orang-orang yang menzalimi diri-diri mereka adalah dengan mengambil contoh daripada para anbiya dan awsiya' serta situasi mereka. Mereka telah merintis jalan buat kamu dan telah banyak meringankan kepayahan kamu, dengan kepayahan dan penderitaan mereka.

Justeru saya berkata: Kesejahteraan Allah ke atas mereka semua, dan semoga Allah memberikan taufik buat kami untuk berjalan di atas petunjuk mereka dan berkhidmat kepada Hujah-HujahNYA ke atas makhluk ciptaanNYA.

Lalu Imam Ahmad Al Hassan a.s bertanya: Bila pula Hujjah-Hujjah Allah mencari pembantu?

Maka saya menjawab: saya memohon maaf mawla ku. Saya telah menjadi tidak tahu apa yang saya ucapkan di dalam doa tersebut, maafkanlah kata-kata saya terhadap anda dan kesalahan itu tidak pernah berpisah denganku.

Imam Ahmad Al Hassan (a.s) berkata: Kamu dituntut untuk membuat pengakuan dan pilihan yang betul di antara "ANA dan HUWA". Ketikamana berlaku pilihan yang betul dan seseorang manusia mukmin terselamat daripada "ANA", maka terlaksanalah atau tetaplah buatnya apa yang telah didatangkan oleh para anbiya dan awsiya'. 

Maka saya bertanya: Bagaimanakah yang demikian itu menjadi tetap di dalam hati, adakah cara tertentu?

Maka Imam (a.s) menjawab: Makrifat (pengetahuan).

Saya bertanya lagi: Seseorang itu mengetahui sesuatu tetapi dengan cepat pula dia melupakannya. Lalu kesannya hilang dan menyebabkan dia membuat kesilapan yang baru.

Lantas Imam (a.s) menjawab: Makrifat yang hakiki adalah hakikat makhluk yang tidak lupa dan tidak hilang iaitu ketetapan iman. 

Saya bertanya lagi: Apakah dia jalan yang menjadikan makrifat dan keimanan seseorang itu benar-benar hakiki dan tetap, tidak hilang?

Imam (a.s) menjawab: Apabila dia sendiri menjadi makrifat yang dibakar dengan api dan menjadi api. Adapun amalan yang membawa kepada ini adalah:

Pertama: Melaksanakan segala apa yang diperintahkan Allah ke atasnya dan setiap apa yang ditunjukinya, berakhlak dengan akhlak yang diredhai Allah dan menjauhkan diri daripada setiap akhlak yang dimurkai oleh Allah, setelah itu tidak menuntut syurga dan tidak minta dijauhkan dari neraka dan berbagai tidak lagi. Malah cukup sekadar berdiri tegak di pintu Allah dan beramal dengan apa yang dikehendakiNYA dan setelah itu mengetahui yang berikut: Bahawa sekiranya dia berkata sembuhkan aku, kurniakan aku, rezekikan aku, perbuatlah sebegini untukku, maka dia dalam setiap doanya ini sedang berkata "ANA".

Dituntut ke atasnya untuk bersifat dengan sifat Qana'ah (berasa cukup sekadar apa yang ada) sepenuhnya. Bahawa cukup sekadar dia berdiri tegak di pintu Allah dan Allah menggunakan dia sebagai kurniaan ke atasnya. Jikalau Allah SWT menggunakannya sejak dari penciptaan dunia sehingga ke hari kiamat dan setelah itu memasukkannya ke dalam api neraka, maka ia adalah kebaikan buatnya. Bagaimana ianya tidak menjadi kebaikan buatku?? Sedangkan dia menjadikanku dari tiada, dan setelah itu memuliakanku dengan menggunakanku untuk menjadi seketul batu yang dilemparkannya ke mana DIA suka. Keutamaan apakah yang lebih hebat dari ini, malah jika DIA memasukkan aku ke dalam neraka secara kekal selepas ini, maka ia adalah kebaikan buatku kerana Dia telah memberikanku kebaikan pada masa lalu dan di masa akan datang. Aku berhak mendapat yang lebih teruk daripada api neraka kerana aku lebih melihat ke dalam diriku.

Setiap manusia dituntut supaya sentiasa kekal berdiri tegak di pintu Allah, mengharapkan supaya dia diberi keutamaan dan dipergunakan oleh Allah. Dituntut juga supaya tidak menjadikan amalan seseorang itu kepada Allah berdasarkan harga atau balasan iaitu tidak menuntut sebarang harga atau balasan atas amal perbuatannya. Adakah seseorang itu dianggap sebagai baik, jika dia meminta harga atau balasan terhadap khidmat kecil yang diberikannya kepada seorang manusia budiman, sedangkan dia telah melengkapkannya dengan rumah, kewangan, pekerjaan dan setiap apa yang dihajati di dalam hidupnya pada masa lalu tanpa mengharapkan sebarang balasan?!

Maka bagaimana pula Allah SWT menggunakan kamu untuk kemuliaan kamu?? Sedangkan amal kamu bersamaNYA adalah kemuliaan dan kebaikan yang menimpa kamu, maka bagaimana kamu hendak menuntut balasan atas hal yang demikian??!!

Petikan dari kitab Ma'al Abdus Soleh oleh Imam Ahmad Al Hassan a.s, ms 100-102.

Jumaat, 14 Jun 2013

KEPUTUSAN UJIAN DI ALAM ZARR DAN UJIAN DI ALAM DUNIA...

Adakah orang yang telah berjaya di dalam ujian yang pertama (di alam zarr) akan berjaya juga dalam ujian kedua (di alam dunia)?

Sesungguhnya Allah Taala itu IlmuNya tidak kesamaran dalam sesuatu pun samada di langit atau di bumi. Dia Maha Mengetahui siapa yang berjaya di dalam ujian pertama dari kalangan makhluk ciptaanNya dan Maha Mengetahui siapa yang akan gagal dari kalangan mereka. Begitu juga Dia Maha Mengetahui siapa yang telah berjaya dalam ujian pertama akan juga berjaya di dalam ujian kedua. Dia juga Maha Mengetahui siapa yang gagal dalam ujian pertama akan juga gagal di dalam ujian kedua. Ujian ini sesungguhnya adalah adalah untuk menegakkan Hujjah atas manusia kebanyakan. 



Walaupun demikian sesungguhnya orang-orang yang kafir di akhirat nanti akan menuntut Allah mengembalikan mereka (ke alam dunia) dan diuji mereka buat kali ketiga supaya mereka dapat berbuat amal kebaikan. Lalu Allah akan Membalas jawaban mereka bahawa sesungguhnya jika mereka dikembalikan sekalipun, nescaya mereka akan kembali kepada kekufuran dan keingkaran mereka.


Firman Allah Taala di dalam surah Al An'aam, ayat 27 - 28:


لَوْ تَرَىَ إِذْ وُقِفُواْ عَلَى النَّارِ فَقَالُواْ يَا لَيْتَنَا نُرَدُّ وَلاَ نُكَذِّبَ بِآيَاتِ رَبِّنَا وَنَكُونَ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ ( ) بَلْ بَدَا لَهُم مَّا كَانُواْ يُخْفُونَ مِن قَبْلُ وَلَوْ رُدُّواْ لَعَادُواْ لِمَا نُهُواْ عَنْهُ وَإِنَّهُمْ لَكَاذِبُونَ 


Dan jika kamu [Muhammad] melihat ketika mereka dihadapkan ke neraka, lalu mereka berkata: "Kiranya kami dikembalikan [ke dunia] dan tidak mendustakan ayat-ayat Tuhan kami, serta menjadi orang-orang yang beriman". Tetapi [sebenarnya] telah nyata bagi mereka kejahatan yang mereka dahulu selalu menyembunyikannya. Sekiranya mereka dikembalikan ke dunia, tentulah mereka kembali kepada apa yang mereka telah dilarang mengerjakannya. Dan sesungguhnya mereka itu adalah pendusta-pendusta belaka.


Dan Firman Allah Taala lagi dalam surah Mukminun, ayat 99-100:


حَتَّى إِذَا جَاء أَحَدَهُمُ الْمَوْتُ قَالَ رَبِّ ارْجِعُونِ ( ) لَعَلِّي أَعْمَلُ صَالِحاً فِيمَا تَرَكْتُ كَلَّا إِنَّهَا كَلِمَةٌ هُوَ قَائِلُهَا وَمِن وَرَائِهِم بَرْزَخٌ إِلَى يَوْمِ يُبْعَثُونَ


Demikianlah keadaan orang-orang kafir itu, hingga apabila datang kematian kepada seseorang dari mereka, dia berkata: "Ya Tuhanku kembalikanlah aku [ke dunia]. Agar aku berbuat amal yang saleh terhadap yang telah aku tinggalkan. Sekali-kali tidak. Sesungguhnya itu adalah perkataan yang diucapkannya saja. Dan di hadapan mereka ada dinding sampai hari mereka dibangkitkan.


وعن أبي جعفر (ع)، قال: لو علم الناس كيف ابتداء الخلق ما اختلف اثنان، إن الله U قبل أن يخلق الخلق قال: كن ماء عذباً أخلق منك جنتي وأهل طاعتي، وكن ملحاً أجاجاً أخلق منك ناري وأهل معصيتي، ثم أمرهما فامتزجا، فمن ذلك صار يلد المؤمن الكافر والكافر المؤمن، ثم أخذ طيناً من أديم الأرض فعركه عركاً شديداً فإذا هم كالذر يدبون، فقال لأصحاب اليمين: إلى الجنة بسلام، وقال لأصحاب الشمال: إلى النار ولا أبالي، ثم أمر ناراً فأسعرت، فقال لأصحاب الشمال: ادخلوها، فهابوها، فقال لأصحاب اليمين: ادخلوها، فدخلوها، فقال: كوني برداً وسلاماً، فكانت برداً وسلاماً، فقال أصحاب الشمال: يا رب، أقلنا، فقال: قد أقلتكم فادخلوها، فذهبوا فهابوها، فثم ثبتت الطاعة والمعصية فلا يستطيع هؤلاء أن يكونوا من هؤلاء، ولا هؤلاء من هؤلاء


Daripada Abi Jaafar (a.s), telah berkata: Jika manusia mengetahui bagaimana bermula penciptaan nescaya tidak akan berbeza dua orang. Sesungguhnya Allah telah Berfirman sebelum Menciptakan makhluk: Jadilah air yang sangat manis yang Aku menciptakan dari kamu syurgaKu dan ahli ketaatanKu, dan Jadilah garam yang sangat masin yang Aku menciptakan dari kamu nerakaKu dan ahli maksiatKu. Kemudian Dia mengarahkan keduanya untuk bercampur, maka dari situ lahirlah orang mukmin yang kafir dan orang kafir yang mukmin. Setelah itu Dia mengambil tanah daripada permukaan bumi, lalu digosokkannya dengan gosokan yang kuat dalam keadaan mereka seperti habuk yang melata. Seterusnya berfirman kepada Ashabul Yamin (golongan kanan): Ke dalam syurga dengan sejahtera. Dan berfirman kepada Ashabul Shimal (golongan kiri): Ke dalam neraka dan jangan memperdulikanKu, kemudian Dia mengarahkan neraka maka menyalalah. Lalu berfirman kepada Ashabul Shimal: Masuklah kamu ke dalamnya, maka mereka merasa gerun akannya. Seterusnya berfirman kepada Ashabul Yamin: Masuklah kamu ke dalamnya, maka mereka masuk kedalamnya, lalu Allah berfirman kepada neraka: Jadilah engkau sejuk serta selamat sejahtera, maka ia menjadi sejuk dan selamat sejahtera. Maka Ashabul Shimal berkata: Ya Tuhan, kurangilah kami. Maka Dia berfirman: Aku telah kurangkan buat kamu maka masuklah ke dalamnya, lalu mereka pergi kepadanya dan merasa gerun akannya. Setelah itu tetapkan ketaatan serta kemaksiatan, sehingga tiada mereka mampu menjadi kalangan mereka yang lain dan tidak juga mereka yang lain daripada mereka itu (tidak mampu mengubah apa yang telah ditetapkan pada mereka). [Al Kafi, jilid 2, ms 6-7] 




Syeikh Nazhim Al Uqaili
Al Jawabul Munir Ibr Al Athir
Juzuk kelima, ms 211-213


BAGAIMANA MENDEKATKAN DIRI KEPADA ALLAH?

BAGAIMANA MENDEKATKAN DIRI KEPADA ALLAH DENGAN IBADAH-IBADAH SEHINGGA MENJADI TANGAN, TELINGA DAN MATANYA?


Amalan nawafil di dalam hadis Qudsi bukanlah solat-solat mustahab (yang disunatkan) sahaja, tetapi ianya meliputi keseluruhan apa yang difardhukan Allah SWT dan ia menunjukkan kepada solat, puasa, zakat, haji dan lain-lain (ibadah fardhu). Maka kesemua solat zuhur, asar, maghrib, isyak dan fajar menurut hadis Qudsi ini adalah nawafil atau tambahan atau sampingan kepada amalan lain yang lebih asasi, lebih penting dan dituntut sebenarnya, kerana amalan-amalan lainnya menjadi tidak bermanfaat tanpa amalan asasi itu. Amalan ini adalah Wilayah (menerima otoriti atau kekuasaan) Wali Allah dan khalifahNya a.s di muka bumiNya ini.


Jika sekiranya datang seorang penganut Kristian yang melakukan segala Ibadah Islam tanpa Wilayah Muhammad, maka ianya tidak memberi sebarang manfaat. Dan sekiranya datang seorang muslim dengan melakukan segala ibadah Islam tanpa Wilayah Ali, maka ianya tidak juga memberi apa-apa manfaat. Dan sekiranya datang seorang Syiah dengan segala ibadah Islam dan wilayah Ali serta para Imam (a.s) tanpa berwilayahkan Imam Mahdi (a.s), maka ianya tidak bermanfaat jua. Melainkan dia memanfaatkannya (wilayah khalifah Allah) di dalam kehidupan di dunia ini, serta menjadikannya sebagai wasilah bagi mengenal Hakikat dan mengenal wali Allah. Bahkan orang yang mendekatkan diri kepada Allah dengan amalan-amalan nawafil walaupun dia berwilayahkan wali Allah, maka dia tetap tidak memperolehi dan tidak dapat meninggikan darjatnya melainkan dengan kadar wilayah yang dikandung dalam dadanya.


Adapun kefardhuan itu adalah wilayah kepada wali Allah. Wilayah itu adalah solat yang wajib, haji yang wajib, zakat yang wajib dan puasa yang wajib. Solat adalah menghadapkan wajah ke kiblat dengan penuh kerendahan dan pengharapan (doa), sebaik-baik kiblat yang dihadapkan wajahnya oleh manusia adalah wali Allah pada zamannya dan Hujjah Allah ke atas hamba-hambaNya. Sebaik-baik kerendahan diri dan memanjatkan pengharapan (doa) kepada Allah adalah dengan mencintai wali Allah dan HujjahNya ke atas hamba-hambaNya, sepertimana di dalam hadis: 


(حبّ علي حسنة لا تضر معها سيئة)


Bermaksud: Kecintaan Ali adalah kebaikan yang kejahatan sesekali tidak memudharatkannya. [Yanabi' Al Mawaddah, jild 1, ms 375 dan 'Awali Al Liali, jid 4, ms 86]


Haji itu adalah perjalanan ke tempat tertentu dan sebaik-baik perjalanan itu adalah perjalanan kepada Allah dengan maksud tujuan wali Allah dan Hujjah Allah ke atas hamba-hambaNya, kerana dia adalah kiblat yang dengannya Allah dikenali. Dengan mereka Allah dikenali.


عن يزيد العجلي, قال: سمعت أبا جعفر يقول: بنا عبد الله, وبنا عرف الله, وبنا وحد الله تبارك وتعالى,ومحمد حجاب الله تبارك وتعالى


Bermaksud: Daripada Yazid Al 'Ijli, telah berkata: Aku telah mendengar Aba Abdillah berkata: Dengan kami Allah disembah, dengan kami Allah dikenali, dengan kami ditauhidkan Allah Tabaraka wa Taala, dan Muhammad adalah Hijab Allah Tabaraka wa Taala. [Al Kafi, jilid 1, ms 145]


قال رسول الله : ابن آدم إفعل الخير ودع الشر فإذا أنت جواد قاصد

Telah bersabda Rasulullah: Berbuat baiklah anak Adam dan tinggalkanlah kejahatan, sedang kamu seorang yang dermawan lagi dekat. [Nahjul Balaghah, ms 95, khutbah 176]


Perbuatan baik adalah Wilayah Wali Allah dan meninggalkan kejahatan adalah mengingkari taghut. Ditetapkan bahawa wilayah Wali Allah adalah mengikut martabat-martabat. Maka barangsiapa yang mengutamakan keseragaman dalam setiap gerak serta diam, dan bukan orang yang mengikutinya dengan lisan tetapi tidak mengikutinya dengan perbuatannya. Setiap kali dia lebih kuat mendampingi Wali Allah, maka setiap kali itulah keterdekatan dirinya kepada Allah menjadi lebih kuat. Beginilah halnya sehinggalah hamba yang sentiasa mendampingi Wali Allah ini menjadi imej atau gambaran lain kepada Wali Allah atau HujjahNya ke atas hamba-hambaNya. Beginilah seseorang hamba itu menjadi mata dan tangan Allah, sepertimana Wali Allah itu adalah mata dan tangan Allah. 


حدثنا عبد الله بن محمد عن محمد بن إسماعيل النيشابوري عن أحمد بن الحسن الكوفي عن إسماعيل بن نصر وعلي بن عبد الله الهاشمي عن عبد المزاحم بن كثير عن أبي عبد الله عليه السلام قال كان أمير المؤمنين عليه السلام يقول انا علم الله وانا قلب الله الواعي ولسان الله الناطق وعين الله الناظر وانا جنب الله وانا يد الله


Daripada Abi Abdillah, telah berkata: Amirul Mukminin berkata: Aku adalah ilmu Allah, dan aku adalah hati Allah yang sedar, dan lisan Allah yang berkata-kata, dan mata Allah yang melihat, aku adalah rusuk Allah dan aku adalah tangan Allah. [Bashair Al Darajat, ms 84. At Tauhid li As Sadooq, ms 164, bab 22, hadis 1. Al Ikhtisas oleh Al Mufid, ms 248]



Imam Ahmad Al Hassan 

Kitab Al Mutasyabihat, jilid ketiga, ms 61-62.

Ahad, 17 Mac 2013

PENYELEWENGAN UMAT ISLAM DARI SUDUT TASAWUF DAN IRFAN

Petikan Dari Kitab Al ‘Ijl Karangan Imam Ahmad Al Hassan Al Yamani (a.s) Dalam Membicarakan Penyelewengan Umat Islam Dari Sudut Tasawuf Dan Irfan.

Irfan dalam Islam, sebahagian mereka telah merujuknya kepada falsafah pencerahan Yunani, itulah Irfan yg difahami di sisi Syiah dan Sunni hari ini. 

Dikatakan bahawa yang pertama sekali mengkaji tentang Irfan adalah Ibnu Arabi atau ulamak lain dari Ahlussunnah. 

Hakikat Irfan yg difahami mereka amat salah dan amat bercanggah, yang tidak seharusnya dilakukan oleh setiap orang yang ingin mendalami agama Allah dan syariat-syariat dari langit. Ini kerana jalan Irfan atau beramal untuk mengenal Allah SWT hanya didatangkan melalui para Nabi (alaihimu solatu wasalam). Bahkan ianya adalah fitrah yang Allah SWT tetapkan dalam diri setiap insan, sebagaimana firmanNYA: 

سَنُرِيهِمۡ ءَايَـٰتِنَا فِى ٱلۡأَفَاقِ وَفِىٓ أَنفُسِہِمۡ حَتَّىٰ يَتَبَيَّنَ لَهُمۡ أَنَّهُ ٱلۡحَقُّ‌ۗ أَوَلَمۡ يَكۡفِ بِرَبِّكَ أَنَّهُ ۥ عَلَىٰ كُلِّ شَىۡءٍ۬ شَہِيدٌ

“Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Quran adalah benar. Belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi mereka) bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu?” (Fussilat:53), 

Dan firmanNYA lagi:

وَفِى ٱلۡأَرۡضِ ءَايَـٰتٌ۬ لِّلۡمُوقِنِينَ (٢٠) وَفِىٓ أَنفُسِكُمۡ‌ۚ أَفَلَا تُبۡصِرُونَ (٢١

”Dan pada bumi ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan dan kekuasaan Allah) bagi orang-orang (yang mahu mencapai pengetahuan) yang yakin, Dan juga pada diri kamu sendiri. Maka mengapa kamu tidak mahu melihat serta memikirkan (dalil-dalil dan bukti itu)?” (Al Zariyyat: 20-21). 

Maka tanda-tanda itu ada dalam diri-diri yang menyucikan diri mereka. Dan pada alam yang terbentang luas ini bagi mereka yang ingin berdalilkan akal dan mensucikan diri mereka. Sepertimana Nabi (sawa) dan para Imam (a.s) mengingatkan orang mukmin dalam banyak hadis tentang jalan ini dan kepentingan beramal dengannya, tanpa berkompromi dalam perlaksanaan syariat, samada ianya wajib, sunat, haram dan makruhnya. Itu adalah satu- satunya cara untuk sampai kepada Allah SWT, dan bukannya dengan lafaz-lafaz, istilah-istilah dan kebohongan-kebohongan sebahagian mereka yg menulis tentang Irfan, yang mereka namakan mujahadah-mujahadah yang Allah SWT tidak diturunkan sebarang otoriti padanya.

Makrifat Allah hanya dapat disempurnakan dengan penyucian diri, dan penyucian diri tidak dapat disempurnakan melainkan dengan perlaksanaan syariat dan zuhud pada dunia, menginfakkan diri di jalan Allah dan menghias diri dengan akhlak yg mulia, kecintaan dan kebencian kerana Allah, bersusah payah pada zat Allah dan memusuhi orang-orang kafir serta munafik, dan belas ihsan sesama mukminin, sebagaimana firman Allah SWT:

ٱللَّهُ نُورُ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضِ‌ۚ مَثَلُ نُورِهِۦ كَمِشۡكَوٰةٍ۬ فِيہَا مِصۡبَاحٌ‌ۖ ٱلۡمِصۡبَاحُ فِى زُجَاجَةٍ‌ۖ ٱلزُّجَاجَةُ كَأَنَّہَا كَوۡكَبٌ۬ دُرِّىٌّ۬ يُوقَدُ مِن شَجَرَةٍ۬ مُّبَـٰرَڪَةٍ۬ زَيۡتُونَةٍ۬ لَّا شَرۡقِيَّةٍ۬ وَلَا غَرۡبِيَّةٍ۬ يَكَادُ زَيۡتُہَا يُضِىٓءُ وَلَوۡ لَمۡ تَمۡسَسۡهُ نَارٌ۬‌ۚ نُّورٌ عَلَىٰ نُورٍ۬‌ۗ يَہۡدِى ٱللَّهُ لِنُورِهِۦ مَن يَشَآءُ‌ۚ وَيَضۡرِبُ ٱللَّهُ ٱلۡأَمۡثَـٰلَ لِلنَّاسِ‌ۗ وَٱللَّهُ بِكُلِّ شَىۡءٍ عَلِيمٌ۬

”Allah yang menerangi langit dan bumi. Bandingan nur hidayat petunjuk Allah (Kitab Suci Al-Quran) adalah sebagai sebuah "misykaat" yang berisi sebuah lampu; lampu itu dalam geluk kaca (qandil), geluk kaca itu pula (jernih terang) laksana bintang yang bersinar cemerlang; lampu itu dinyalakan dengan minyak dari pokok yang banyak manfaatnya, (iaitu) pokok zaitun yang bukan sahaja disinari matahari semasa naiknya dan bukan sahaja semasa turunnya (tetapi ia sentiasa terdedah kepada matahari); hampir-hampir minyaknya itu dengan sendirinya memancarkan cahaya bersinar (kerana jernihnya) walaupun ia tidak disentuh api; (sinaran nur hidayat yang demikian bandingannya adalah sinaran yang berganda-ganda): cahaya berlapis cahaya. Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang dan peraturanNya) kepada nur hidayatNya itu dan Allah mengemukakan berbagai-bagai misal perbandingan untuk umat manusia dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu." (Al Noor: 35).

Dan firmannya lagi:


وَيُحِقُّ ٱللَّهُ ٱلۡحَقَّ بِكَلِمَـٰتِهِۦ وَلَوۡ ڪَرِهَ ٱلۡمُجۡرِمُونَ

“Dan Allah juga sentiasa menetapkan perkara yang benar dengan kalimah-kalimah perintahNya, walaupun yang demikian dibenci oleh orang-orang yang melakukan dosa.” (Yunus: 82)



BAGAIMANA KITA MELAWAN KEAKUAN/EGO/ANA?

Petikan dari Kitab Al Mutasyabihaat karangan Imam Ahmad Al Hassan (as).

Soalan 107: 


Bagaimanakah kita melawan keakuan itu? 




Jawapan Imam Ahmad Al Hassan (as):


Melawan keakuan itu mempunyai dua sisi: yang pertama; di alam jasmani ini, dan Kedua; di kerajaan langit dan di alam rohani. Oleh itu, manusia terdiri daripada jasad dan ruh (atau jiwa dan ia adalah penutur yang tertanam di syurgawi pada tingkatan ruh yang paling bawah). 

- Adapun berjuang melawan keakuan di alam jasmani ini, maka ia hendaklah dilakukan dengan mempraktikkan akhlak mulia dan yang paling penting adalah kemurahan hati, Allah SWT berfirman: {..dan mereka mengutamakan [orang-orang Muhajirin], atas diri mereka sendiri. Sekalipun mereka memerlukan [apa yang mereka berikan itu]} [1], dan kewajipan bagi orang-orang yang beriman itu adalah untuk membelanjakan di jalan Allah ke atas orang-orang fakir miskin dan ke atas golongan yang berjihad, serta mengadakan peruntukan yang diperlukan bagi mereka untuk melawan musuh Allah, dan sebaik-baik kemurahan hati adalah atas mereka yang kekurangan (mukmin) atau yang kurang (harta benda) di tangannya, {..dan mereka mengutamakan [orang-orang Muhajirin], atas diri mereka sendiri. Sekalipun mereka memerlukan [apa yang mereka berikan itu]}

Dalam cara yang sama (kewajipan) ke atas mukmin untuk benci mengambil kesempatan ke atas mukmin yang lain atau (menubuhkan) pusat kepimpinan (untuk mengambil kesempatan), Hadis ini telah diriwayatkan dari Rasulullah (sawas) yang bermaksud: ("Barangsiapa yang mengambil kesempatan ke atas kelompok yang beriman itu dan dia sedar bahawa terdapat di dalamnya orang yang lebih baik dari dirinya, maka Allah akan terbalikkan dia ke hidungnya di dalam api neraka") [2]. Ini sudah mencukupi dan saya tinggalkan kepada orang-orang beriman (ansar) untuk menyelidiki dan menjelaskan perkara ini. 

- Adapun untuk melawan keakuan di alam rohani maka ia perlu dilakukan dengan merenung dan berfikir, Rasulullah (sawas) berkata kepada Ali (as) yang bermaksud: ("Wahai Ali, berfikir sejam adalah lebih baik daripada beribadah selama seribu tahun"). 

Wahai saudaraku yang beriman, marilah bersamaku agar kita dapat merenungkan keadaan kita yang amat memalukan di tangan Allah SWT, jadikanlah kami salah seorang dari kalangan mereka (yang sedar siapa diri mereka), anugerahkanlah anda sebagai salah seorang daripada 313, anugerahkanlah anda sebagai salah seorang daripada 12 pemimpin mereka, dan mereka adalah yang terbaik dari semua orang di bumi, Amirul Mukminin (as) berkata tentang mereka yang bermaksud: ("Semoga ayah dan ibuku dikorbankan bagi mereka yang sedikit, yang nama-nama mereka amat dikenali di langit dan tidak dikenali di bumi...") [3]. Mereka (as) berkata tentang mereka ini: ("Bumi menjadi bangga apabila mereka berjalan di atasnya") [4]. Imam Sadiq (as) menangisi buat mereka ini lebih daripada 1000 tahun yang lalu dan berdoa buat mereka, serta berkata yang bermaksud: ("Wahai Tuhan, jika Engkau mahu disembah di muka bumiMu, maka janganlah Engkau benarkan musuhMu menguasai mereka"). Sehinggakan Imam Sadiq (as) berkata yang membawa maksud: ("Mereka tidak akan menjadi seperti ini jika tidak kerana fakta bahawa mereka telah diciptakan dari cahaya yang diciptakan Muhammad (sawas) dan diciptakan daripada tanah lumpur yang Muhammad (sawas) telah diciptakan") [5]. 

Jadi renungkanlah kedudukan mereka berbanding dengan seluruh manusia dan dengan keseluruhan Syiah Ahlulbayt (as). Syiah diciptakan dari cahaya mereka (as) dan dari lumpur terbaik mereka (as). Manakala kesemua Syiah yang ikhlas, yang merupakan sahabat Qoim (as) adalah diciptakan dari cahaya yang telah dicipta Muhammad (sawas) dan dari lumpur yang telah diciptakan Muhammad (sawas). Dengan keutamaan yang hebat dan kedudukan yang tinggi ini beserta dengan hakikat bahawa mereka adalah dari orang-orang yang rapat (muqarrabin) dan Awliya Allah yang tidak mempunyai rasa takut dan tidak bersedih hati. Walaubagaimanapun, marilah bersama-samaku ke persembahan Hari kiamat untuk kita melihat keadaan mereka atau sebaliknya keadaan makhluk keseluruhannya kecuali Muhammad (sawas). Apabila berlakunya Kiamat, tiada siapa akan berani berkata-kata di hadapan Allah Allah sehinggalah Muhammad (sawas) sujud, sehinggalah memberi pujian kepada Allah, sehinggalah Muhammad berkata-kata dan memberi syafaat buat makhluk Allah dan hamba-hamba-Nya. Mengapa tiada siapa yang akan sujud, memberi pujian serta bercakap dalam keadaan itu melainkan selepas Muhammad (sawas) sujud, memberi pujian dan bercakap? 

Apakah kekurangan seluruh makhluk (keseluruhan) berbanding Muhammad (sawas)? Atau adakah wujud kezaliman di lapangan Allah SWT, Maha Tinggi dan Maha Besar Allah daripada demikian itu? 

Saudaraku yang dikasihi: 

Amirul Mukminin (as) adalah makhluk terbaik selepas Muhammad (sawas) berkata: ("Tuhanku, aku telah berlaku zalim kepada jiwaku kerana aku terlalu memandangnya, sudah tentu aku akan dibinasakan jika Engkau tidak mengampunkannya") [6] 

Dan jika anda merenungkan kenyataan saya sebelum ini, maka anda akan memahami bahawa Amirul Mukminin (as) memaksudkan setiap apa yang diperkatakan dengan perkataannya, maka bagaimanakah pula keadaannya untuk kita? 

Kebenaran inilah yang saya katakan buat anda: Bahawa manusia walaubagaimana tinggi kedudukan dan pangkatnya ketika berhadapan dengan Allah SWT, maka hendaklah dia menggigit jarinya merasa rugi dan kesal atas kurang rasa malunya kepada Allah SWT, Yang Maha Pemurah, Yang Maha Pengasihani, Yang Maha Penyabar, Yang Maha Mulia, dan mengulangi kata-kata ini: 

"Betapa besarnya kerugianku daripada apa yang telah aku abaikan di sisi Allah sehingga datangnya hari Kiamat, dan segala pujian hanyalah bagi Allah." 


Ahmad Al Hassan 

_____________________ 

[1] Al-Quran: Surah Al-Hasyr (59: 9). 
[2] Lihat: Al-Ghadeer Sheikh Al-Ameeni: jilid 7, halaman 291. 
[3] Nahjul Balaghah: halaman 126, Khutbah187. 
[4] Lihat : Kamaal al-Din Wa Tamaam Al Ni'ma: halaman 673. 
[5] Al-Kafi: jilid 1, halaman 402, Hadis 5, dan di sini adalah riwayat yang lengkap untuk anda: 


("Dari Muhammad ibn 'Abd al-Khaliq dan abu Basir yang telah mengatakan seperti berikut: Abu' Abdullah (saw) berkata: Wahai abu Muhammad, di sisi kami ada rahsia dari rahsia Allah dan ilmu dari ilmu Allah. Demi Allah, tidak mampu menanggungnya malaikat yang rapat dengan Allah dan tidak nabi yang diutuskan dan tidak juga orang beriman yang telah Allah uji hatinya dengan keimanan. Demi Allah, Allah tidak memberatkan sesiapapun atas yang demikian itu melainkan kami dan tidak memerlukan sesiapa untuk menyembahnya dengan cara itu kecuali kami. Di sisi kami ada rahsia dari rahsia Allah dan ilmu dari ilmu Allah. Allah telah memerintahkan kita untuk menyampaikan, maka kami sampaikan daripada Allah Azza wa Jalla apa yang diarahkan kepada kami untuk menyampaikannya. Lalu kami dapati tidak pernah ada tempat letak yang sesuai baginya, tiada orang dan tiada pembawa yang sangggup membawanya sehinggalah Allah telah menciptakan kelompok-kelompok untuk tujuan itu. Mereka telah dicipta dari tanah liat yang telah diciptakan Muhammad dan keturunannya (as) dan dari cahaya yang Allah telah ciptakan Muhammad dan keturunannya (as). Dia menjadikan mereka dengan kelebihan rahmat-Nya yang Dia telah menjadikan Muhammad dan keturunannya. Kemudian kami sampaikan apa yang Allah telah perintahkan kami untuk sampaikanya, maka mereka menerima dan menanggungnya [maka kami sampaikan kepada mereka hal itu, maka mereka menerimanya dan menanggunya]. Disampaikan kepada mereka sebutan kami dan hati-hati mereka cenderung kepada makrifat kami dan hadith kami. Kalaulah mereka tidak dicipta daripada ini, sudah tentu mereka tidak akan menjadi seperti itu. Tidak, demi Allah, mereka tidak sanggup memikulnya." 



Kemudian Imam (as) berkata; "Allah telah mencipta kelompok-kelompok tertentu untuk neraka dan api. DIA kemudian memerintahkan kami untuk menyampaikan kepada mereka sepertimana telah kami sampaikan kepada mereka, tetapi mereka melihatnya sebagai menjijikkan, hati mereka merasa benci, mereka memulangkannya kepada kami, tidak sanggup memikulnya, membohonginya dan mereka berkata, "Mereka adalah ahli sihir dan pendusta. Kemudian paterikan hati-hati mereka dan menjadikan mereka lupa yang demikian itu. Kemudian Allah bukakan lidah mereka dengan beberapa kebenaran. Oleh itu, mereka bercakap tentangnya tetapi hati-hati mereka mengingkarinya. Untuk menjadi pembelaan buat Awliya-Nya dan orang-orang yang taat kepada-Nya. Kalaulah ia tidak kerana itu, maka tiada siapa yang akan menyembah Allah di muka bumiNya. DIA memerintahkan kami untuk menahan diri, merahsiakan dan menyembunyikan (dari bercakap tentang hal itu) daripada mereka. Maka mereka juga menyembunyikannya dari orang-orang yang Allah telah diperintahkan supaya ditahan (bercerita) tentangnya dan menyembunyikan dari orang-orang yang telah diperintahkan oleh Allah untuk disembunyikan dan ditahan (bercerita) tentangnya. Perawi telah berkata; bahawa Imam (as) kemudian mengangkat tangannya dan menangis, seraya berkata; "Wahai Tuhan, mereka ini adalah satu kumpulan yang sangat kecil, jadikanlah kehidupan kami sebagai kehidupan mereka dan kematian sebagai kematian mereka. Janganlah Engkau membuat musuh-mushMua menguasai ke atas mereka yang akan menyebabkan kami merasa sakit terhadap penderitaan mereka. Jika Engkau telah menyebabkan kesakitan kepada kami kerana penderitaan mereka, maka tiada siapa yang akan menyembah Engkau di muka bumiMu. Allah telah berselawat ke atas Muhammad dan keluarganya dan berilah kesejahteraan yang mensejahterakan") 

[6] Sebahagian dari Al Munajat Al Sha'baniya (Doa Sha'ban) oleh Amirul Mukminin (as), Dar Al Anwar: jilid 91, ms 97.


Ahad, 13 Januari 2013

IMAM AHMAD (A.S) MENJAWAB SOALAN BERKAITAN EVOLUSI

Soalan: Adakah terdapat kebenaran dalam teori evolusi oleh Charles Darwin? Ianya sangat mengelirukan kerana terdapat bukti yang begitu banyak yang menyokongnya dari segi genetik sehinggalah kepada bukti-bukti arkeologi seperti fosil sesuatu sel makhluk. Saya minta anda untuk menyelesaikan perkara yang mengelirukan ini. 

________________________________________________________________________

Jawapan: 

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih. 

Segala pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam, dan Selawat serta salam ke atas Muhammad dan keturunannya, para Imam dan para Mahdi. 

Saya bermohon kepada Allah agar menetap dan meluruskan jejak langkah anda. 

Secara umum, perkara evolusi tidak dapat ditolak mentah-mentah kecuali oleh orang yang jahil akan makna sebenar evolusi, kerana selama mana kita mempunyai perbezaan, pemilihan dan keturunan, maka pasti ada evolusi; dan isu ini hampir dibuktikan dengan jelas, dan hampir tidak perlu kepada fosil atau anatomi perbandingan untuk membuktikannya. 

Penyilangan genetik antara individu dari spesies yang sama telah lama wujud dan masih wujud hingga kini. Keadaan semulajadi yang melingkari individu-individu dan bersesuaian pula dengan individu-individu tertentu dari spesies yang sama, mereka yang membawa gen-gen terpilih lebih sesuai berbanding dengan individu-individu lain [spesies yang sama] yang biasanya wujud. Perwarisan pasti wujud apabila terdapat pembiakan. Jika ketiga-tiga ini di dapati, yang bumi tidak pernah bebas darinya sejak bermula kehidupan, maka pasti wujud evolusi. 

Apa yang dilakukan oleh sesetengah ulama agama adalah; jika tidak disebabkan kejahilan mereka mengenai makna dan butir-butir evolusi, maka ianya adalah disebabkan kedegilan mereka semata-mata kerana mereka percaya konflik evolusi dengan teks agama. Hakikatnya mereka tidak tahu makna penciptaan dan perkembangan, namun anda dapati mereka bertindak balas secara palsu atau menafikan dengan tanpa rasa segan. 

Sebagai contoh, sesetengah daripada mereka berfikir bahawa evolusi bermakna perkembangan dari satu spesies kepada spesies yang lain, manakala biologi semasa tidak mengatakan bahawa evolusi berlaku secara langsung dari satu spesies ke spesies yang berbeza sepenuhnya, hattakan Darwin sekalipun. 

Oleh itu, tidak ada orang yang mengatakan bahawa ikan berkembang terus ke dalam sesuatu amfibia. Hatta pada tahap ikan yang berjalan di atas lumpur dengan sirip mereka, tiada siapa yang mengatakan bahawa ikan itu terus berubah dari ikan akuatik ke ikan amfibia (mudskipper). 

Sebahagian mereka mengatakan ada masalah dengan evolusi kerana tabiat tidak dipindahkan, maka mereka ini tidak mengetahui asas-asas evolusi, kerana perbezaan yang dimaksudkan adalah perbezaan genetik dan bukan perbezaan tabiat atau tingkah laku. Sebagai contoh, berjalan di atas dua kaki yang membezakan manusia, tidak berlaku sebagai hasil daripada tabiat, tabiat sahaja tidak mempunyai nilai kerana ia tidak diwarisi. Sebaliknya, apa yang berlaku adalah satu proses pemilihan semula jadi bagi individu-individu yang memegang gen-gen terpilih. 

Secara umumnya, menafikan evolusi hari ini telah menjadi sepertimana menafikan putaran bumi sebelumnya. 

Bukti-bukti rasional yang disebutkan al-Quran tidak bercanggah dengan teori evolusi. Bukti bahawa sesuatu tidak boleh dihasilkan daripada tiada, adalah ayat: (Adakah mereka telah tercipta dengan tiada yang menciptanya atau adakah mereka yang mencipta diri mereka sendiri?).[1] Ayat ini tidak bercanggah dengan teori evolusi. Tiada siapa yang boleh bayangkan keduanya berkonflik kecuali orang yang jahil. Ya, seseorang boleh berkhayal bahawa ia bercanggah dengan teori Big Bang, memandangkan teori Kuantum bersama-sama dengan M-teori boleh menjelaskan kemunculan alam semesta daripada tiada. Teori Big Bang secara umumnya adalah teori kosmik yang lebih besar daripada batas muka bumi ini. 

Bukti yang lain adalah watak dari kesan yang menunjukkan watak sesuatu yang mengesankan.(Ini berdasarkan bukti peraturan, bukti organisasi, bukti matlamat, dan bukti kebijaksanaan ...). Berkaitan bukti ini, mungkin berlaku salah tanggapan bahawa bukti ini bercanggah dengan teori evolusi, tetapi bukti ini juga tidak bercanggah dengannya kerana kewujudan peraturan gen yang cukup untuk membuktikannya, bermakna bahawa kita hanya perlu membuktikan bahawa peta genetik mengikut peraturan, dan ini merupakan satu isu yang telah dibuktikan. 

Bagi nas Al-Quran dan riwayat, keduanya tidak bercanggah dengan evolusi. Sebaliknya, mereka menyokongnya dengan sangat jelas. Berikut adalah contoh dari nas: (Padahal sesungguhnya Dia telah menciptakan kamu dengan kejadian yang berperingkat-peringkat? Tidakkah kamu mengetahui dan memikirkan bagaimana Allah telah menciptakan tujuh petala langit bertingkat-tingkat, Dan Dia menjadikan padanya bulan sebagai cahaya serta menjadikan matahari sebagai lampu. Dan Allah telah menumbuhkan kamu (hidup dari benda-benda yang berasal) dari bumi, dengan pertumbuhan yang sungguh-sungguh sempurna).[2]

Makna zahir teks adalah jelas, "Dia telah menciptakan kamu dengan kejadian yang berperingkat-peringkat." 

Satu contoh dari peringkat-peringkat ini adalah tujuh langit. Dan kejadian tujuh langit adalah secara beransur-ansur dalam evolusi dan kerumitan. 

Kemudian Dia menjelaskan perkara ini dengan lebih jelas lagi, {Dan Allah telah menumbuhkan kamu (hidup dari benda-benda yang berasal) dari bumi,}, bermakna anda adalah hasil daripada benih yang Allah telah tanam di bumi, atau boleh saja kita panggil bahawa benih tersebut adalah peta genetik yang Allah telah tanam di bumi. Tujuan akhirnya adalah untuk mencapai jasad yang layak untuk menerima jiwa kemanusiaan, yang diciptakan dari lumpur. Lumpur tersebut diangkat ke langit pertama dan berkelayakan untuk ditiupkan roh padanya. 

Imam Muhammad bin Ali Al-Baqir (a.s), berkata: "Allah ciptakan di muka bumi, sejak Dia menciptakan tujuh Adam. Mereka bukanlah dari anak-anak Adam. Allah menciptakan mereka dari permukaan bumi dan Dia menjadikan mereka tinggal di dalamnya satu persatu selepas yang lain, masing-masing dengan orangnya sendiri. Allah kemudian mencipta bapa manusia ini dan menciptakan keturunannya dari dia. "[Al-Khisal oleh Al-Sadooq, halaman 359] 

Bagaimanapun, semoga Allah memberikan kejayaan buat anda. Insya Allah saya akan menulis sebuah buku sebagai respon kepada soalan anda dan saya akan menjelaskan teori penciptaan, teori perkembangan dan teori Big Bang, apa yang benar daripada mereka dan apa yang tidak benar. Saya akan jelaskan salah tanggapan ateisme dan bukti tauhid dari teori-teori yang sama, di mana sesetengah orang-orang jahil yang tidak tahu kebenaran mengandaikan bahawa mereka bercanggah dengan agama dan bercanggah dengan kewujudan Tuhan. Insya Allah, ia akan diterbitkan tidak lama lagi. Dan saya berharap anda tidak lupa saya dalam doa anda. 

Dan selamat sejahtera  dan rahmat Allah serta keberkatan-Nya ke atas kamu

Ahmad Al Hassan 
Jamadi Al Thani 1433 Hijrah 

__________________________________________

[1] Surah At-Tur 52:35 
[2] Surah Nuh 71: 14-17