Sabtu, 10 November 2012

GAMBARAN-GAMBARAN SIFAT AL YAMANI (A.S)

Hadis-hadis Ahlulbayt (a.s) banyak sekali menerangkan tentang nama, sifat dan tempat tinggal Mahdi Pertama dengan terpeinci. Malah ianya lebih banyak jika dibandingkan dengan para Nabi dan Rasul lainnya yang diutuskan Allah swt. 


  1. Namanya adalah Ahmad, adakah ini benar? 
  2. Gelarannya adalah Abdulah, adakah ini benar? 
  3. Tempat tinggalnya adalah Basrah, adakah ini benar? 
  4. Berbibir merah, adakah ini benar? 
  5. Cengkung Matanya, adakah ini benar? 
  6. Tinggi keningnya, adakah ini benar? 
  7. Bahu yang lebar, adakah ini benar? 
  8. Kelemumur di kepalanya, adakah ini benar? 
  9. Ada tanda di pipi kanannya, adakah ini benar? 
  10. Tubuhnya seperti tubuh Musa bin Imran (a.s), adakah ini benar? 
  11. Hitam manis warna kulitnya, adakah ini benar? 
  12. Ibunya seorang berkulit hitam, adakah ini benar? 
  13. Seorang Pemuda di awal kemunculannya, adakah ini benar? 
  14. Belakang badannya ada cop kenabian Adakah ini benar? 
  15. Nasabnya yang terputus, adakah ini benar? 
  16. Dakwah kepada kebenaran dan jalan yg lurus, adakah ini benar? 
  17. Mendakwa sebagai Al Yamani dan utusan Imam Mahdi (a.s), adakah ini benar? 
  18. Didatangkan dengan wasiat Rasulullah (sawas), adakah ini benar? 
  19. Mendakwa sebagai washi dan Mahdi Pertama, adakah ini benar? 
  20. Didatangkan dengan ilmu Quran, adakah ini benar? 
  21. Didatangkan dengan Ilmu tentang Injil, adakah ini benar? 
  22. Didatangkan dengan ilmu tentang Taurat, adakah ini benar? 
  23. Mengetahui berkaitan Halal dan Haram, adakah ini benar? 
  24. Mengajak kepada empunya sebenar iaitu Imam Mahdi (a.s), adakah ini benar? 
  25. Dikenali dengan panji kekuasaan Allah dan menolak piliharaya, adakah ini benar? 
  26. Penyaksian Allah akan amal kebajikannya, adakah ini benar? 
  27. Dibantu oleh karamah dan mukjizat, adakah ini benar? 
  28. Diakui oleh Keluarga Muhammad (a.s) akan kelebihannya di dalam ru’ya dan kasyaf, adakah ini benar? 
Dan lain-lain lagi ??? 

Adakah masuk akal kesemua ini adalah benar? 

Atau adakah kalian yang tidak bersedia untuk menerima Imam Mahdi (a.s) dan anaknya yang merupakan Washi dan utusannya Imam Ahmad Al Hassan Al Yamani (a.s)? 

Demi Allah, Rasulullah (sawas) dan para Aimmah (a.s) tidak tertinggal satu perkara pun berkaitan Imam Ahmad Al Hassan (a.s) kecuali mereka (a.s) telah menerangkan dan menggambarnya secara terperinci, begitu juga nama dan tempat tinggalnya. Tiada lagi keraguan berkaitan urusannya, yang dia adalah mahdi Pertama dan Al Yamani yang dijanjikan. 

Oleh kerana kesemua ini adalah bukti-bukti dan kalian masih lagi enggan mempercayainya? Saudaraku, jika berbaki 1% pada tanggapan kalian bahawa dia adalah Al Yamani yang sebenar, maka selidikilah dan carilah sehingga kamu hujung nyawamu. 

Saudaraku sesama Islam, tidak perlulah kalian menuntut sesuatu yang luar biasa dalam urusan akhirat kerana ianya akan membuatkan kalian ragu-ragu dan menjadikan kalian musuh kepada Al Yamani (a.s), yang dijanjikan untuk menyelamatkan kalian dari api neraka jahanam!!! 

Sekarang mari kita sama-sama menghitung perkara ini berdasarkan ilmu kebarangkalian: 

Menurut perangkaan penduduk Basrah adalah seramai 3 juta orang dan separuh daripadanya adalah wanita, maka berbaki 1.5 juta orang. Kita bahagikan pula penduduk lelaki ini kepada 7 pecahan umur dari umur satu tahun hingga 70 tahun. Peringkat umur yang disebutkan di dalam riwayat-riwayat Ahlubayt (a.s) adalah beliau akan muncul sebagai seorang pemuda yang dalam lingkungan umur 30 hingga 40 tahun. Maka bilangannya (1.5 juta bahagi 7) akan menjadi 230,000 orang. 

Telah bersabda Rasulullah (sawas): “Mahdi adalah daripada keturunanku yang warna kulitnya adalah warna kulit bangsa Arab dan tubuhnya adalah seperti tubuh bangsa Israel iaitu hitam manis dan tinggi tubuhnya, dan berbadan besar.” Adapun penduduk Basrah kebanyakannya berkulit hitam manis dan dianggarkan yang tersangat hitam manis kulitnya di kalangan mereka, nisbahnya adalah sepertiga. Jadi bilangannya adalah 8000 orang. 

Bagi yang bertubuh tinggi dan berbadan besar pula, kebanyakan pendudukan Basrah adalah bertubuh rendah dan sederhana serta berbadan besar. Oleh itu, apabila dinisbahkan sepertiga dari mereka dari kalangan 8000 orang tadi, jumlahnya menjadi 2700 orang. 

Manakala yang berbibir merah pula bolehlah diagakkan mereka yang mempunyai gambaran ini sekitar 20 peratus sahaja, maka jumlahnya (2700/5) menjadi 540 orang. Begitu juga yang bermata cengkung sekitar 20 peratus, maka jumlahnya (540/5) menjadi 108 orang. Begitu juga yang mempunyai kening yang tinggi pula sekitar 20 peratus, maka jumlahnya (108/5) menjadi 22 orang. 

Sekarang kita tinggalkan sifat-sifat lain kecuali satu sifat iaitu tanda di pipi kanannya, dan pergi ke mana-mana tempat di Basrah untuk menghimpunkan kesemua 22 orang tadi, maka kebarangkalian untuk mendapatkan orang yang mempunyai tanda di pipi kanannya adalah sedikit. Dan dari kalangan yang sedikit itu pula, kebarangkalian untuk mendapatkan orang yang benar-benar alim tentang hadis, diakui oleh keluarga Muhammad (a.s) akan keutamaannya melalui mimpi (ru’ya) dan kasyaf, mengetahui ilmu Quran berkenaan Muhkam dan Mutasyabihnya, injil, Taurat dan alim berkenaan ilmu-ilmu samawi dan bumi adalah terbatas hanya kepada seorang sahaja. 

Apakah ada ramai individu yang seperti ini???


Khamis, 8 November 2012

ADAKAH DIBENARKAN MENGGUNAKAN GELARAN AYATULLAH ATAU AYATULLAH AL UZHMA KEPADA SELAIN MAKSUMIN (A.S)?

Soalan: Kebanyakan ulama-ulama mutaakhir ini menggunakan gelaran Ayatullah Al Uzhma, apakah yang dimaksudkan dengan Ayatullah Al Uzhma? Adakah ianya dikhususkan kepada Aimmah (a.s) atau kepada umum hingga boleh digelarkan kepada ulama-ulama? 


Jawapan Imam Ahmad Al Hassan (a.s):

Berkata Musa kepada mereka: "Celakalah kamu, janganlah kamu mengada-adakan kedustaan terhadap Allah, maka Dia membinasakan kamu dengan siksa". Dan sesungguhnya telah merugi orang yang mengada-adakan kedustaan. [Taha: 61] 

Ayat adalah tanda atau bukti yang dinisbahkannya kepada Allah swt, samada melalui jalan penetapan kewujudanNYA ataupun melalui jalan mengenaliNYA swt. 

Adapun melalui jalan penetapan kewujudanNYA swt, maka kesemua makhluk dan kewujudan itu adalah ayat-ayat Allah swt, dan manusia adalah yang paling hebat. Setiap kewujudan itu menunjukkan kepada kewujudan Khaliq iaitu Pencipta kerana ianya diciptakan, dan menunjukkan kepada kewujudan Penjadi kerana ianya dijadikan. Oleh itu, pada manusia itu terdapat paling banyak bukti dan tanda yang menunjukkan kewujudan Pencipta (Khaliq) swt. 

Adapun dari sudut mengenaliNYA swt, maka Ayat-Ayat Allah itu tidak berlaku melainkan dengan Hujah-HujahNYA swt ke atas makhlukNYA kerana hanya melalui mereka dikenali Allah, mereka adalah keterangan keatasNYA dengan jalan yang sebenar dan keyakinan. Berdasarkan makna ini tetaplah bahawa Aimmah (a.s) adalah Ayat-Ayat Allah. Maka Ayatullah Al Uzhma adalah dikhususkan kepada Amirul Mukminin Ali bin Abi Talib (a.s) dan Ayatullah pada zaman ini adalah Imam Mahdi (a.s). Bahkan tidak sah untuk menamakan Imam Mahdi Muhammad bin Al Hassan (a.s) dengan gelaran Ayatullah Al Uzhma ini, kerana ianya adalah kelebihan yang dikhususkannya kepada washi di kalangan Awshiya iaitu Ali bin Abu Talib (a.s) yang diibaratkan sebagai makhluk yang paling kenal Allah selepas Muhammad (sawas). 

Manakala para ulama, yang pastinya mereka bukanlah menginginkan makna yang pertama kerana makna pertama meliputi setiap manusia samada mereka baik atau jahat. Bahkan makna pertama adalah melihat kepada jenis makhluk, maka menggunakannya untuk membezakan antara jenis-jenis yang berlainan adalah satu perbuatan yang sia-sia dan tiada manfaat padanya. Oleh itu, mereka pastinya memaksudkan dengan makna yang kedua dan dengan ini mereka telah memasukkan diri mereka ke dalam perkara yang dilarang. Secara mutlaknya menamakan gelaran ini (Ayatullah) kepada selain Aimmah (a.s) adalah haram, malah menamakan Ayatullah Al Uzhma kepada selain Amirul Mukminin adalah juga haram secara mutlak. 

Telah disebutkan di dalam riwayat yang shahih daripada mereka (a.s), yang menamakan Fatimah (a.s) dan Aimmah (a.s) sebagai Ayat Allah. Daripada Imam Kadhim (a.s), daripada bapa-bapanya (a.s), daripada Rasulullah (sawas) telah bersabda: “Aku telah memasuki syurga dan aku melihat ke atas pintunya tertulis dengan tinta emas, Tiada Tuhan melainkan Allah, Muhammad kekasih Allah, Ali bin Abi Talib wali Allah, Fatimah Ayat Allah...” [Kanz Al Fawaid, jilid 1, ms 149] 

Daripada Amirul Mukminin (a.s) telah berkata: “Imam adalah kalimah Allah, Hujjah Allah, Wajah Allah, Cahaya Allah, Hijab Allah dan Ayat Allah, yang Allah memilihnya dan menjadikan padanya apa yang Dia kehendaki dan diwajibkan baginya wilayah dan ketaatan ke atas seluruh makhlukNYA. Maka dia adalah waliNYA di langit-langitNYA dan di bumiNYA...” [Bihar Al Anwar, jilid 25, ms 169] 

Diriwayatkan gelaran Amirul Mukminin Ali bin Abi Talib dengan Ayat Allah Al Uzhma: telah berkata Syeikh Mufeed dan Sayyid Ibnu Tawoos di dalam kitab Iqbal yang diriwayatkan bahawa Jaafar bin Muhammad Al Sadiq (a.s) telah menziarahi makam Amirul Mukmini (a.s) dengan membaca ziarah ini: “...sehingga kepada kata (a.s): Salam ke atas kamu wahai Ayat Allah Al Uzhma...” [Bihar Al Anwar, jilid 97, ms 373][Al Iqbal, ms 608][Mafatih Al Jinan, ms 448] 

Diriwiyatkan daripada Imam Sadiq (a.s) berkaitan larangan dan tegahan menamakan Amirul Mukminin kepada selain Ali bin Abi Talib, ketikamana seorang lelaki bertanya tentang Qaim (a.s) dan memberi salam ke atasnya dengan Amirul Mukminin, telah berkata (a.s): Tidak, itu adalah nama yang Allah namakannya kepada Amirul Mukminin (a.s), tidak sesiapapun pernah dinamakan dengannya sebelum darinya dan tidak juga menamakan dengannya selepas darinya kecuali orang kafir. Aku berkata: Jadikan aku tebusanmu, bagaimana diberi salam ke atasnya? Talah berkata (a.s): mereka berkata Salam ke atas kamu wahai Baqiyyat Allah, setelah itu membacakan: “Baqiyyatullah lebih baik bagi kamu, jika betul kamu orang-orang yang beriman” [Al kafi, jilid 1, ms 411][Hud: 86] 

Telah ditanya Imam Ridha (a.s): mengapa dinamakan Amirul Mukminin (a.s)? telah berkata (a.s): kerana dia memberikan mereka (Yumiruhum) ilmu, adakah kamu tidak mendengar di dalam kitab Allah disebutkan: “dan kami memberikan (Numiru) kepada ahli kami” [Yusuf : 65][Al Kafi, Jilid 1, ms 412] 

Apabila tidak dibenarkan menamakan sesiapapun selepas Ali dengan gelaran Amirul Mukminin melainkan dia kafir, maka apa pula dalil mereka untuk menamakan diri mereka dengan nama yang dikhususkan kepada Amirul Mukminin iaitu Ayat Allah Al Uzhma? 

Firman Allah Taala: Yang kamu sembah itu tidak lain hanyalah nama-nama yang kamu dan datuk nenek kamu menamakannya. Allah tidak sekali-kali menurunkan sebarang bukti yang membenarkannya. Mereka yang berbuat demikian, tidak menurut melainkan sangkaan-sangkaan dan apa yang diingini oleh hawa nafsunya. Padahal demi sesungguhnya telah datang kepada mereka petunjuk dari Tuhan mereka. Adakah manusia tetap akan dapat mencapai segala yang dicita-citakannya? (Tidak!). Kerana Allah jualah yang menguasai segala urusan akhirat dan urusan dunia. Padahal berapa banyak malaikat di langit, syafaat mereka tidak dapat mendatangkan sebarang faedah, kecuali sesudah Allah mengizinkan bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan diredhaiNya. Sesungguhnya orang-orang yang tidak beriman kepada hari akhirat sahajalah, yang tergamak menamakan malaikat itu dengan nama perempuan, Sedang mereka tidak mempunyai sebarang pengetahuan mengenainya. Mereka tidak lain hanyalah mengikut sangkaan semata-mata, padahal sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhi kehendak menentukan sesuatu dari kebenaran (iktiqad). Oleh itu, janganlah engkau (wahai Muhammad) hiraukan orang yang berpaling dari pengajaran Kami dan tidak mahu melainkan kehidupan dunia semata-mata. (Kepentingan dunia) itulah sahaja tujuan terakhir dari pengetahuan yang dicapai oleh mereka. Sesungguhnya Tuhanmu, Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang mendapat hidayat petunjuk. (Al Najmu: 23-30) 

Adalah wajib bagi sekelian manusia terutama golongan ulama untuk tidak melampaui batas-batas mereka, dan harus beringat serta kembali kepada kebenaran, dengan mengamalkan sikap tawadhuk yang menumbuhkan hikmah dan bukannya dengan perasaan takabbur.




Ahad, 4 November 2012

ADAKAH MUKJIZAT PRA SYARAT KEIMANAN KEPADA KHALIFAH ALLAH?

SOALAN: Imam mendatangkan mukjizat untuk memperkenalkan dirinya, Mazhab syiah tdk akan terima kata mrk dgn begitu sahaja melainkan selepas keluarnya tanda 2 mukjizat setiap dr mereka 4 itu, imam Mahdi menjadi wasitah dan perantaraan utk mrk mengeluarkan nya yakni mukjizat itu. Kenapa mesti 4 ni kena ada mukjizat krn untk tunjuk bukti benar kata 2 mrk, untuk sahkan pintu mrk sbg saffir imam.



Tiada kekuatan melainkan dengan Allah. Jelas sekali perbuatan kalian meletakkan mukjizat sebagai asas untuk seseorang beriman kepada para Aimmah (a.s) adalah tidak bersandarkan kepada hujah yang nyata dari Quran dan Sunnah yang muhkam. Kalian hanya meletakkan syak wasangka dan keraguan sebagai hujah kalian, tanpa benar-benar memahami isi kandungan ayat-ayat Quran dan hadis yang menyatakan tentang Mukjizat para Nabi dan Washi. Jika benar mukjizat dijadikan asas keimanan, maka sudah tentulah semua manusia beriman pada hari ini dan tiada lagi orang yang kafir di muka bumi ini. Sudah pastinya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana, berkeupayaan melakukannya sendiri tanpa perlu diutuskan para Nabi dan Washi untuk melakukannya. Di sini kami bawakan hujah kami bagi menolak keyakinan sebegini, yang nyata sekali bukan bersumber dari Quran dan Hadis yang muhkam: 

Mukjizat membantu Imam dalam membuatkan manusia beriman, tetapi ia bukanlah bermakna mukjizat adalah perkara asas dan utama dalam mengenalpasti, mengetahui atau menilai kedudukan seorang Imam. Imam Jaafar a.s telah ditanya akan hal ini dan lihat bagaimana respon Imam a.s: 

Aku bertanya kepada Abi Abdillah (a.s) tentang orang yang sepatutnya memegang urusan ini iaitu pembuat tuntutan. Apakah bukti bahawa dia adalah orangnya? Imam a.s berkata: Dia akan ditanya akan halal dan haram. Sahabat Imam (a.s) berkata: Imam (a.s) berjalan ke arahku dan berkata: Tiga bahan bukti yang apabila kesemuanya bertepatan, maka akan diketahui bahawa dia adalah empunya urusan (Sohib Al Amr): Dia menjadi orang pertama yang berotoriti selepas orang sebelumnya, dia juga memiliki senjata (ilmu Rasulullah), dan dia juga yang akan bersama dengan wasiat yang nyata.” [Kafi v.1 ms 285]

Telah berkata Ali Ibn Hussein a.s: “Seorang Imam mestilah maksum dan kemaksuman itu bukan sesuatu yang dikenali oleh peribadi lain. Disebabkan itu ia harus disebutkan melalui teks (nas).” [Maani Al Akhbar ms 132] 

Sepertimana yang telah disebutkan sebelum ini bahawa seseorang Imam itu hanya dikenali melalui wasiat iaitu teks ketuhanan (nas ilahi). 

Mukjizat Sebagai Medium Keimanan?

Mukjizat kebendaan tidak mungkin menjadi medium untuk berimannya manusia kepada Allah SWT, malahan Allah SWT tidak meredhai keimanan berasaskan kebendaan semata-mata seperti ini. Sekiranya Allah SWT menerima iman sebegini, sudah pasti diterimaNYA keimanan Firaun setelah melihat Mukjizat kebendaan yang tidak dapat disangkal lagi iaitu melihat terbelahnya laut sambil menyentuh tembok laut yang tinggi dengan tangannya sendiri, seraya berkata: 

“Aku percaya, bahawa tiada Tuhan melainkan yang dipercayai oleh Bani Israil dan aku adalah dari orang-orang yang berserah diri (menurut perintah).” (Yunus:90) 

Namun begitu Allah SWT tidak meredhai keimanan sebegini dan berfirman lagi: 

“Adakah sekarang (baru engkau beriman), padahal sesungguhnya engkau dari dahulu telah kufur derhaka dan engkau telahpun menjadi dari orang-orang yang melakukan kerosakan?” (Yunus:91) 

Seterusnya Allah SWT membiarkan badan Firaun tidak luput agar manusia di kemudian hari berfikir, firmanNYA lagi: 

“Maka pada hari ini, Kami biarkan engkau (hai Firaun) terlepas dengan badanmu (yang tidak bernyawa, daripada ditelan laut), untuk menjadi tanda bagi orang-orang yang di belakangmu (supaya mereka mengambil iktibar) dan (ingatlah) sesungguhnya kebanyakan manusia lalai daripada (memerhati dan memikirkan) tanda-tanda kekuasaan Kami! (Yunus:92)

Amat malang sekali kerana hanya sedikit dari kalangan manusia yang mengambil pengajaran dari ayat dan peristiwa ini. Begitulah mukjizat tidak mungkin dapat membuatkan manusia beriman sepertimana yang mereka kehendaki, kecuali berimannya manusia dengan berat hati kerana dipaksa untuk menerima sesuatu yang hebat setelah tidak mampu berhadapan dengannya. Keislaman sebegini hanyalah Islam pada mata kasar dan bukannya Islam dalam ertikata tunduk kepada yang tidak Nampak (Ghaib) iaitu Allah SWT. 

Mereka yang bertadabbur dengan kisah para Nabi a.s akan mendapati bahawa mereka a.s didatangkan dengan perkara yang sama iaitu kesamaan yang tersebar luas di zaman mereka a.s. Musa a.s diberikan tongkat yang boleh menjadi ular besar di zaman yang terdapat banyaknya ahli sihir yang menukarkan tongkat menjadi ular bagi memukau pandangan orang ramai. Begitu juga Isa a.s diberikan mukjizat dapat menyembuhkan penyakit ketikamana tersebar luasnya perubatan di zamannya. Nabi Muhammad (sawas) juga diberikan mukjizat Al-Quran ketikamana umat Arab mengagung-agungkan sajak dan syair. Hal sedemikian berlaku adalah untuk kesamaran (اللبس), sebagaimana firmanNYA: “Dan kalau Kami jadikannya malaikat (sebagai Rasul), tentulah Kami jadikan dia berupa seorang lelaki dan tentulah Kami (dengan yang demikian) menyebabkan mereka kesamaran sebagaimana mereka sengaja membuat-buat kesamaran” (Al-An’aam:9). Kesamaran ini adalah bagi memberi ruang kepada mereka yang tidak beriman dengan perkara ghaib agar dapat mentafsir dan seterusnya beriman dengan perkara ghaib. Jika tidak, keimanan mereka hanya berdasarkan kebendaan semata-mata dan bukanlah keimanan dan keislaman sebenar yang diterima oleh Allah SWT, sepertimana dalam firmanNYA: 

“Katakanlah (wahai Muhammad): Pada hari pembukaan itu, tidak ada gunanya lagi kepada orang-orang kafir kiranya mereka hendak beriman dan mereka pula tidak akan diberi tempoh (berbuat demikian)” (Al-Sajdah:29)

Kesimpulannya, kesempurnaan Iman itu adalah beriman dengan perkara Ghaib seratus peratus sepertimana keimanan para Nabi dan Awsiya’ alaihimussalam. Tiap kali keimanan itu bercampur aduk dengan tanda, isyarat, karamah ataupun mukjizat kebendaan ianya adalah keimanan yang paling rendah dan tiada nilainya di sisi Allah SWT. Keimanan dan keislaman yang hanya berdasarkan kekuatan serta kesempurnaan mukjizat semata-mata adalah tidak diterima sepertimana tertolaknya keimanan dan keislaman Firaun. Ini kerana keimanan sebegini adalah seratus peratus keimanan kebendaan, sedangkan Allah SWT menggambarkan bahawa orang-orang beriman itu adalah orang yang beriman dengan perkara-perkara Ghaib:

“Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.” (Al-Baqarah:3)

“Iaitu mereka yang takut Tuhannya dengan beriman kepada perkara Ghaib dan mereka pula gerun cemas akan hari kiamat.” (Al-Anbiya’:49)

"Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) hanyalah memberi peringatan kepada mereka yang takut akan Tuhan mereka dengan beriman kepada perkara Ghaib, serta mereka mendirikan sembahyang dan sesiapa yang membersihkan dirinya maka sesungguhnya dia melakukan pembersihan itu untuk kebaikan dirinya sendiri dan (ingatlah), kepada Allah jualah tempat kembali.” (Al-Fathir:18)

“Sesungguhnya peringatan dan amaran hanyalah kepada orang menurut Al-Quran serta ia takut Ar-Rahman dengan beriman kepada perkara-perkara Ghaib. Oleh itu berilah kepadanya berita yang menggembirakan dengan keampunan dan pahala yang mulia.” (Yaseen:11)

“Orang yang takut akan Al-Rahman dengan beriman kepada perkara-perkara Ghaib serta dia datang (kepada Allah) dengan hati yang tunduk taat.” (Qaf:33)

“Demi sesungguhnya! Kami telah mengutus Rasul-rasul Kami dengan membawa bukti-bukti dan mukjizat yang jelas nyata dan Kami telah menurunkan bersama-sama mereka Kitab Suci dan keterangan yang menjadi neraca keadilan, supaya manusia dapat menjalankan keadilan dan kami telah menciptakan besi dengan keadaannya mengandungi kekuatan yang handal serta berbagai faedah lagi bagi manusia. dan supaya ternyata pengetahuan Allah tentang orang yang menolongNYA serta Rasul-rasulNYA dengan beriman kepada perkara-perkara Ghaib, sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.” (Al Hadid: 25) 

“Sesungguhnya orang-orang yang takut akan Tuhannya dengan beriman kepada perkara-perkara ghaib, mereka beroleh keampunan dan pahala yang besar.” (Al-Mulk:12)

Mukjizat Di Masa Kemunculan Imam Mahdi (a.s)

Di sini kami bawakan kepada kalian, keadaan sebenar apabila berlakunya kemunculan Imam Mahdi (a.s) agar kalian tidak terus dibuai mimpi indah sambil menunggu kemunculan Imam Mahdi (a.s). Dan kedatangan seorang washi yang diutuskan bagi mengingatkan umat manusia tentang kemunculan Imam Mahdi (a.s). 

Mufadhal Ibnu Umar telah bertanya kepada Imam a.s:”Apakah Imam Mahdi a.s yang ditunggu dan dijangkakan akan muncul pada waktu yang ditentukan, dan dikenali kebanyakan manusia?” Imam a.s menjawab:”Semoga dijauhkan Allah daripada diketahui masa kemunculan Imam Mahdi a.s oleh Syiah kami.” Mufadhal bertanya lagi: “Mengapa sedemikian, wahai Imam?” Imam a.s menjawab:”Kerana ia adalah “Saa’ah” yang Allah swt rujuk ketikamana DIA berfirman: “Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang “Saa’ah”: Bilakah masa datangnya? Katakanlah: Sesungguhnya pengetahuan mengenainya hanyalah ada di sisi Tuhanku, tidak ada sesiapa pun yang dapat menerangkan kedatangannya pada waktunya melainkan Dia. (Huru-hara) Saa’ah itu amatlah berat (menggerunkan makhluk-makhluk yang ada) di langit dan di bumi; ia tidak datang kepada kamu melainkan secara mengejut. Mereka bertanya kepadamu seolah-olah engkau sedia mengetahuinya. Katakanlah: Sesungguhnya pengetahuan mengenai “Saa’ah” itu adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.” Dia adalah juga “Saa’ah” yang Allah swt firmankan: “Mereka (yang ingkar) selalu bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang “Saa’ah”: Bilakah masa datangnya?” 

Firman Allah swt:”Maka tidaklah yang mereka tunggu-tunggu melainkan “Saa’ah” [yaitu] kedatangannya kepada mereka dengan tiba-tiba, karena sesungguhnya telah datang tanda-tandanya. Maka apakah faedahnya bagi mereka kesedaran mereka itu apabila “Saa’ah” sudah datang?” Firman Allah swt lagi: “Telah dekat [datangnya] “Saa’ah” itu dan telah terbelah bulan”. FirmanNya lagi: “Manusia bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang kedatangan Saa’ah; katakanlah: Sesungguhnya pengetahuan mengenainya hanyalah ada di sisi Allah dan apa jalannya engkau dapat mengetahui? Boleh jadi masa datangnya tidak lama lagi.”Orang-orang yang tidak beriman kepada “Saa’ah” itu meminta (secara mengejek-ejek) supaya disegerakan kedatangannya dan (sebaliknya) orang-orang yang beriman merasa takut ngeri kepadanya serta mereka mengetahui dengan yakin bahawa ia adalah benar. Ketahuilah! Sesungguhnya orang-orang yang membantah mengenai “Saa’ah” itu, tetap berada dalam kesesatan yang jauh terpesong.” [Bihar Al-Anwar, Alamah Al-Majlisi, vol. 53,ms. 1]

Saa’ah yang dimaksudkan Quran adalah Imam Mahdi (a.s) sepertimana yang dijelaskan oleh Imam Sadiq (a.s). Doa untuk Imam Mahdi a.s juga ada menyebutkan tentang perkataan tersebut dan ianya amat signifikan.

Apa pula kata Rasulullah (sawa) berkaitan dengan “Saa’ah” (iaitu Imam Mahdi a.s sepertimana yang dikhabarkan oleh Imam Sadiq a.s). Rasulullah (sawa) telah bersabda: “Saa’ah tidak akan tiba sehingga bangkitnya seorang lelaki yang bersama dengan kebenaran, apabila Allah swt membenarkan perkara yang sedemikian. Barangsiapa yang mengikutinya akan terselamat dan barangsiapa yang tidak, akan hancur binasa. Wahai hamba-hamba Allah, bersegeralah kepadanya walaupun kamu terpaksa merangkak merentasi salji kerana dia adalah khalifah Allah swt dan khalifahku.” [Dala’il Al-Imamat, oleh At-Tabari, p. 452][Bihar Al-Anwar, vol. 51, p. 65] 

Justeru, kemunculan Imam Mahdi a.s adalah selepas hadirnya seorang lelaki yang bangkit dengan kebenaran. Lelaki itu adalah merupakan khalifah Rasulullah (sawas) iaitu Al Yamani.

APAKAH MENGKRITIK ULAMA GHAYRU AMILIN BERSANDARKAN NAS PERBUATAN TERCELA?

SOALAN: Imam as sadeq bersabda Ia tidak di cela jika ia muncul dr segi sifat fizikalnya serta akhlaknya dan ia tdk akan di cela pedusta tdk di hormati seperti contoh para imamah.


Dijauhkan Imam Ahmad Al Hassan daripada akhlak yang tercela, dia adalah dari keturunan Aimmah yang suci (a.s) dan akhlaknya diambil daripada akhlak mereka (a.s). Dialah yang mengajar dan mengenalkan kami akhlak Rasul Muhammad (sawas) dan akhlak ithrahnya yang suci (a.s), setelah sebelumnya kami tidak mengetahui tentangnya melainkan terlalu sedikit. 

Sudah menjadi tabiat kalian menganggap asing kritikan Imam Ahmad Al Hassan terhadap ulama-ulama ghayru amilin (tidak beramal) , kerana sudah menjadi kebiasaan kalian untuk bersangka baik dan tidak memperdulikan kesilapan-kesilapan ulamak dan pembohongan mereka, bahkan membantu dan mengikut kesalahan-kesalahan mereka, seterusnya kalian telah membiasakan penyembahan dan ketaatan membuta-tuli kepada mereka. Sepertimana yang telah dilakukan sebelum kalian dari kalangan Bani Israil, apabila mereka berpakat dengan ulama-ulama mereka dalam menentang Nabi-Nabi Allah, malahan para Aimmah (a.s) telah menerangkan hal ehwal kalian dan mencela kalian dengan seburuk-buruk celaan:

Diriwayatkan daripada Imam Baqir (a.s), sesungguhnya (a.s) telah berkata: “Akan berlaku di akhir zaman orang-orang yang mengikut mereka adalah orang-orang yang suka menunjuk-nunjuk, yang elok bacaannya dan menyongsang ilmunya, pembid’ah yang jahat perangai, tidak mewajibkan amar makruf dan mencegah kemungkaran, melainkan apabila dapat menyelamatkan mereka daripada bahaya, dan mereka meminta kemudahan dan alasan untuk diri mereka, dan mereka mengikuti kesalahan-kesalahan ulama dan kefasadan ilmu mereka.” [Tahzib Al Ahkam, jilid 6, ms 180] 

Daripada Imam Sadiq (a.s), daripada Amirul Mukminin (a.s), daripada Rasul (sawas), sesungguhnya baginda telah bersabda: “Akan datang ke atas manusia satu zaman yang tidak tinggal daripada Quran melainkan tulisannya, dan daripada Islam melainkan namanya, mereka menamakan dengannya tetapi mereka adalah sejauh-jauh manusia daripadanya, masjid-masjid mereka meriah tetapi kosong daripada hidayah, fuqaha di zaman itu adalah sejahat-jahat fuqaha di bawah lindungan langit, daripada mereka keluarnya fitnah dan kepada mereka fitnah itu dikembalikan.” [Raudhat Al Kafi, ms 479]

Pada pandangan kalian Imam Ahmad Al Hassan tidak akan mempunyai akhlak yang baik melainkan apabila dia mengikuti ulama-ulama dan kesalahan-kesalahan mereka, dan menganggap mereka sebagai maksum sepertimana Aimmah (a.s) yang tidak mungkin terbit kesalahan dari diri mereka!!! Tidak mungkin dikatakan kepada mereka bahawa pandangan mereka telah dikaburkan. 

Kalian lihatlah sendiri penyelewengan-penyelewengan keji dan pertentangan ini yang sama sekali tidak boleh dimaafkan oleh sirah Ahlulbayt (a.s). Bukankah lebih baik bagi kami untuk merujuk kepada Ahlulbayt (a.s) supaya mengajarkan kami, siapakah sepatutnya ditaati dan apakah sifat orang yang patut ditaati? supaya jangan sampai kami merampas kedudukan orang-orang yang maksum dan memakaikannya kepada selain mereka. Telah diriwayatkan daripada Ahlulbayt (a.s) bahawa tiada ketaatan selain kepada orang yang maksum. 

Sepertimana yang diriwayatkan daripada Amirul Mukminin (a.s) ketika dia berkata: “Adapun ketaatan itu kepada Allah dan RasulNYA (sawas) dan pemegang urusan (wulat Al Amr), dan adapun Allah memerintah supaya mentaati Rasul (sawas) kerana kemaksumannya yang menyucikan dan tidak menyuruh kepada maksiat, dan adapan diperintahkan untuk taat kepada pemegang urusan kerana mereka adalah maksum yang menyucikan serta tidak menyuruh kepada kemaksiatan.” [Wasail Al Shiah, jilid 72, ms 130]

Daripada Jaafar bin Muhammad (a.s) : “...Allah Taala tidak memfardhukan ke atas hamba-hambanya untuk mentaati orang yang Dia tahu akan menurut hawa nafsu dan menyesatkan mereka, dan tidak memilih untuk mengutuskannya, dan tidak mengutamakan dari kalangan hamba-hambanya orang yang akan kufur dengannya dan menyembah Syaitan selainNYA, dan tidak menjadikan kewajipan ke atas hamba-hambanya melainkan yang maksum.” [Al Khishal, ms164]

Setelah dikemukakan semua ini, apakah kalian merasa puas untuk mentertawakan akal-akal manusia lemah yang merelakan diri mereka mentaati ulama-ulama sepertimana mentaati Aimmah yang maksum (a.s). Kalian telah menjauhkan mereka daripada membantu utusan Imam Mahdi (a.s) dan kalian menundukkan mereka supaya mengikut kehendak Amerika dan teori demokrasinya. Kalian menggantikan kedudukan perlembagaan Ilahi dengan perlembagaan ciptaan manusia. Apakah kalian tidak menyangka bahawa kalian akan berdiri di hadapan Allah Taala besok dan akan ditanyakan berkenaan hal tersebut, dan akan dihisab dengan perhitungan yang sangat sukar, dan di sisiNYA nanti kalian akan berkata sepertimana yang diceritakan kepada kalian oleh Allah Taala di dalam Quran: 

“(Iaitu) ketika ketua-ketua yang menjadi ikutan itu berlepas diri dari orang-orang yang mengikutnya, sedang kedua-dua pihak melihat betapa ngerinya azab seksa itu dan (ketika) terputusnya segala hubungan di antara mereka. Dan (pada masa yang mengecewakan itu) berkatalah orang-orang yang menjadi pengikut: Alangkah eloknya kalau kami dikembalikan semula ke dunia, maka (dengan itu dapat) kami berlepas diri daripada mereka sebagaimana mereka berlepas diri daripada kami (pada saat ini)! Demikianlah Allah perlihatkan kepada mereka amal-amal mereka (dengan rupa yang mendatangkan) penyesalan yang amat sangat kepada mereka dan mereka pula tidak akan dapat keluar dari Neraka.” (Al Baqarah: 166-167) 

Pengikut-pengikut ulama jahat juga akan berkata sepertimana Allah Taala telah ceritakan berkenaan mereka: Pada masa muka mereka dibalik-balikkan dalam Neraka, mereka berkata (dengan sesalnya): Alangkah baiknya kalau kami dahulu (semasa di dunia) taat kepada Allah serta taat kepada Rasul Allah. Dan mereka berkata lagi: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mematuhi kehendak ketua-ketua dan orang-orang besar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan yang benar. Wahai Tuhan kami, berilah mereka azab sengsara dua kali ganda dan laknatkanlah mereka dengan laknat yang sebesar-besarnya! (Al Ahzab: 66-68) 

Oleh itu adalah menjadi hak Imam Ahmad Al Hassan untuk berucap kepada orang-orang yang mengingkari haknya dan mendustakannya tanpa sebarang dalil dan menentangnya sebagai musuh sehingga sampai kepada ingin membunuhnya (semoga Allah memeliharanya dari segala kejahatan). Imam Ahmad Al Hassan tidak pernah melampaui lafaz ucapan Ilahi terhadap ulama jahat yang bertindak menentang Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul (a.s), Allah Taala berfirman: Perumpamaan orang-orang yang dipikulkan kepadanya Taurat kemudian mereka tiada memikulnya adalah seperti keldai yang membawa kitab-kitab yang tebal. Amatlah buruknya perumpamaan kaum yang mendustakan ayat-ayat Allah itu. Dan Allah tiada memberi petunjuk kepada kaum yang zalim. (Al Jumuah: 5)

Allah Taala telah berfirman berkaitan seorang alim Bani Israil yang bernama Bal’am bin Ba’ura: “Dan bacakanlah kepada mereka berita orang yang telah Kami berikan kepadanya ayat-ayat Kami, kemudian dia melepaskan diri daripada ayat-ayat itu lalu dia diikuti oleh syaitan, maka jadilah dia termasuk orang-orang yang sesat. Dan kalau Kami menghendaki, sesungguhnya Kami tinggikan [derajat]nya dengan ayat-ayat itu, tetapi dia cenderung kepada dunia dan menurutkan hawa nafsunya yang rendah, maka perumpamaannya seperti anjing jika kamu menghalaunya diulurkannya lidahnya dan jika kamu membiarkannya dia mengulurkan lidahnya [juga]. Demikian itulah perumpamaan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah [kepada mereka] kisah-kisah itu agar mereka berfikir. Amat buruklah perumpamaan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami dan kepada diri mereka sendirilah mereka berbuat zalim.” (Al A’raf: 175-177) 

Lihatlah bagaimana tingginya tahap Bal’am bin Ba’ura sehinggakan Allah telah mensifatkan bahawa dia telah dikurniakan ayat-ayatNYA. walaupun begitu, dia tidak membebaskan dirinya daripada bertindak bersama Firaun dalam menentang Nabi Allah Musa (a.s), maka jadilah dia seperti seperti anjing dan seburuk-buruk perumpamaan bagi orang-orang kafir.

Kami akan menyebutkan di sini sebahagian kata-kata Aimmah (a.s) dan sahabat-sahabat mereka tentang hakikat sebenar ulama-ulama ghayru amilin dan musuh-musuh kebenaran dan kejujuran. Kebanyakan belum pernah lagi diucapkannya oleh Imam Ahmad Al Hassan sehingga sekarang terhadap ulama-ulama yang memeranginya dan menuduhnya dengan pelbagai tuduhan yang jelik: 

Daripada Amirul Mukminin (a.s) dalam mencela penduduk Basrah: “Kalian adalah tentera wanita dan pengikut binatang. Jawapan kamu seperti buih, bila digigit kamu lari, akhlak kamu seperti tepung, dan janji kamu mudah pecah, agama kamu adalah nifaq...” [Nahjul Balaghah, jilid 1, ms 44]

Daripada kata-kata Amirul Mukminin kepada Al Ash’ath bin Qays ketika (a.s) sedang berkhutbah di atas mimbar Kufah, maka berlalu sebahagian ucapannya berkenaan sesuatu yang dibangkang oleh Al Ash’ath, lantas berkata: “Wahai Amirul Mukminin ini adalah kewajipan kamu dan bukan milik kamu. Maka (a.s) merendahkan pandangannya kepada Al Ash’ath, lalu berkata: Kamu tidak tahu apa yang diwajibkan ke atasku dan apa yang jadi hak milikku, laknat Allah ke atas kamu dan laknat di kalangan orang-orang dilaknat, pengait anak kepada pengait, munafik anak kepada kafir.” [Nahjul Balaghah, jilid 1, ms 56]

Daripada kata-kata (a.s) juga ketika berlakunya pertengkaran mulut dia antara (a.s) dan Usman, maka berkata Al Mughirah bin Al Akhnas kepada Usman:” Aku berasa cukuplah kamu dengannya.” Maka Imam Ali (a.s) berkata kepada Mughirah: “Wahai anak si laknat yang tidak mempunyai keturunan, dan pokok yang tidak mempunyai akar mahu pun cabang...” [Nahjul Balaghah, jilid 2, ms 18] 

Daripada Aban bin Taghlab telah berkata: Aku telah bersama Abi Jaafar (a.s) di satu sudut masjid Al Haram dan ketikan sekumpulan orang sedang melaungkan Talbiah di sekeliling Kaabah, lalu (a.s) berkata: “Adakah kamu melihat mereka yang melaungkan Talbiah? Demi Allah suara-suara mereka adalah lebih dibenci oleh Allah daripada suara-suara keldai.” [Wasail Al Syiah, jilid 9, ms 57]

Telah berkata Amirul Mukminin (a.s) kepada Muawiyah (l.a): “Wahai Muawiyah, sesungguhnya Rasulullah (sawas) telah mengkhabarkan kepadaku bahawa umatnya akan mewarnakan janggutku dengan darah di kepalaku, dan aku adalah orang-orang yang Syahid, dan umat selepasku akan menuruti, bahawa kamu akan membunuh anakku Al Hassan membelot janji dengan racun, dan anakmu Yazid yang Allah melaknatinya akan membunuh anakku Al Hussain, yang memerintah selepasnya itu daripada anak perempuan zina.” {Kitab Sulaym bin Qays, ms 309]

Sekiranya kalian berkata bahawa kata-kata ini sebagai tidak berakhlak, maka kalian telah ingkar kepada kemaksuman Aimmah yang suci daripada perbuatan buruk dan keji. Sekiranya kalian berkata bahawa perkataan-perkataan ini berakhlak, maka kami katakan kepada kalian: Maka tidak mungkin bagi kalian untuk terasa hati dengan Imam Ahmad Al Hassan, apabila dia mengatakan para ulama ghayru amilin seumpamanya atau lebih rendah dari itu. Dan jangan pula kalian berkata bahawa mereka itu adalah musuh-musuh Aimmah dan ucapan sedemikian memang berhak bagi mereka. Sesungguhnya Imam Ahmad Al Hassan juga adalah daripada washi-washi Rasul (sawas) yang dinashkan ke atas mereka dengan wasiat. Dia juga adalah Al Yamani dijanjikan yang telah dikhabarkan oleh Aimmah (a.s) bahawa berpaling daripadanya adalah daripada ahli neraka. Barangsiapa yang mendustakannya atau memeranginya, maka dia telah mendustakan dan memerangi Imam Mahdi (a.s). Maka dia akan dilaknat oleh lidah-lidah generasi akan datang, sepertimana yang telah terjadi kepada orang-orang sebelumnya dari kalangan pendusta dan mereka yang sangsi dan ragu-ragu. Dan mereka yang berbuat zalim kepada keluarga Muhammad akan mengetahui di mana tempat mereka akan dikembalikan dan balasan baik itu adalah buat orang-orang yang bertakwa.

ADAKAH WASHI WAJIB DITAATI SEBELUM KEWAFATAN IMAM MAHDI (A.S)?

Soalan ini bermaksud bagaimana Al Yamani (a.s) wajib ditaati sebelum kewafatan Imam Mahdi (a.s)? Adakah wajib ditaati washi semasa hayat Hujjah terdahulu atau tidak?


Jawapannya adalah Ya. Peranan seorang washi itu tidak hanya terbatas kepada selepas kewafatan si pewasiat, dan ini terdapat di dalam kitab Allah dan riwayat-riwayat Ahlulbayt (a.s) yang muhkam.

Musa (a.s) dan Harun (a.s):

Harun (a.s) adalah washi Musa (a.s) tetapi dia wafat sebelum Musa (a.s). Oleh itu kepentingan Harun (a.s) adalah di masa hidup Musa (a.s), dan bukan selepas kewafatannya sebagaimana kebiasaan bagi seorang washi. Ini adalah perkara penting yang sekaligus mengenepikan semua kata-kata kalian yang sesat bahawa washi tidak menerima kepentingan kepimpinan umat melainkan di saat kewafatan khalifah Allah di muka buminya. Kejahilan kalian membuatkan Quran tidak pernah melepasi tulang selangka kalian. Sekiranya kalian membacanya maka tadabburlah dengan baik, di manakah wasiat Harun (a.s)? Di manakah khilafah Harun (a.s) kepada Musa (a.s)? Apakah ianya di masa hidup Musa (a.s) atau selepas kewafatan Musa (a.s)? Apakah Harun (a.s) wafat sebelum Musa (a.s)?!!!

Kepentingan Harun (a.s) adalah di masa-masa ketiadaan (keghaiban) Musa (a.s), dan ini adalah terang lagi jelas di dalam Quran buat mereka yang mempunyai hati untuk mentadabburinya. Harun (a.s) adalah khalifah Musa (a.s) dan diutuskan sebelum Musa (a.s) di bumi risalah Musa yang pertama iaitu Mesir: 

“Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Tuhanmu menyeru Nabi Musa: Hendaklah engkau mendatangi kaum yang zalim. Iaitu kaum Firaun; tidakkah mereka mahu mengawal diri dari kemurkaanKu? Nabi Musa merayu dengan berkata: Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku takut bahawa mereka akan mendustakan daku. Dan akan sempit pula dadaku serta tidak lancar lidahku; oleh itu utuskanlah perintahMu kepada Harun (supaya dia membantuku). Dan lagi mereka ada mengemukakan satu tuduhan jenayah terhadapku; oleh itu aku takut mereka akan membunuhku.” [Al Shuara: 10-14]

Harun (a.s) adalah khalifah Musa (a.s) apabila dia berpergian bersama Yusha’ (a.s) untuk belajar daripada Abd Saleh.

Muhammad (sawas) dan Ali (a.s):

Begitu jugalah Ali (a.s) diwajibkan taat ketika ketiadaan Rasulullah (sawas) atau ketikamana Rasulullah (sawas) mewakilkan kepadanya urusan tertentu. Sesungguhnya Rasulullah (sawas) mengumumkan perlantikan Ali (a.s) sebagai washinya semenjak “Yaum Al Dar” di permulaan dakwah Rasul (sawas), sehinggakan Quraish keluar daripada perhimpunan itu sambil mengatakan kepada Abi Talib (a.s) dengan mengejek: “Muhammad telah memerintahkan kamu supaya mendengar mematuhi anakmu.”

Ini menunjukkan bahawa perlantikan Amirul Mukminin (a.s) sebagai washi kepada Rasulullah (sawas) pada masa hayatnya dan juga washi selepas kewafatannya. Rasulullah (sawas) telah menjadikan Imam Ali (a.s) sebagai khalifah pada peperangan Tabuk dan dia menjadi Hujjah ke atas penduduk Madinah sebagaimana yang kita sedia maklum. Di sini kami bawakan riwayat-riwayat yang telas dinaskan oleh Rasul (sawas) ke atas Ali (a.s) sebagai washinya di masa hidup dan selepas kewafatannya: 

Ali bin Muhammad, daripada sahabat-sahabat kami yang disebutkan namanya, telah berkata: Telah Mengkhabarkan kami Muhammad bin Ibrahim, telah berkata: Telah mengkhabarkan kami Musa bin Muhammad bin Ismail bin Ubaidullah bin Al Abbas bin Ali bin Abi Talib, telah berkata: Telah menceritakan kepadaku Jaafar bin Zaid bin Musa, daripada bapanya, daripada bapa-bapanya (a.s), telah berkata: “Suatu hari telah datang Ummu Aslam kepada Nabi (sawas) sedang di berada di rumah Ummu Salamah, lantas bertanya kepada Ummu Salamah berkenaan Rasulullah (sawas), maka dia menjawab yang baginda keluar untuk beberapa keperluan dan akan kembali tidak berapa lama lagi. Maka dia menunggu di sisi Ummu Salamah sehingga Rasulullah (sawas) kembali, maka Ummu Aslam berkata: Wahai Rasulullah! demi bapamu dan emakku, sesungguhnya aku telah membaca kitab-kitab dan aku mengetahui setiap Nabi dan Washi, Musa baginya washi di masa hayatnya dan washi selepas kematiannya, begitu juga Isa. Maka siapakah washimu wahai Rasulullah? Maka Rasulullah bersabda kepadanya: Wahai Ummu Aslam, washiku di masa hidupku dan selepas kematianku adalah satu, setelah itu bersabda kepadanya: Wahai Ummu Aslam siapa berbuat seperti perbuatanku ini adalah washiku, kemudian baginda mengambil bata kerikil dari tanah dengan tangannya dan mengisarnya dengan jari jemarinya sehingga ia menjadi seperti tepung, lalu mengulinya dan kemudian mengecapnya dengan cincinnya. Setelah itu baginda bersabda: barangsiapa yang berbuat seperti perbuatanku ini adalah washiku di masa hayatku dan selepas kematianku. Maka aku pun pergi dari sisinya dan mendatangi Amirul Mukminin (a.s), lantas aku berkata: Demi bapamu dan emakku, kamu adalah washi Rasulullah (sawas)? (a.s) berkata: Benar, wahai Ummu Aslam, kemudian mengambil bata kerikil dari tanah dengan tangannya dan mengisarnya dengan jari jemarinya sehingga ia menjadi seperti tepung, lalu mengulinya dan kemudian mengecapnya dengan cincinnya...” [Al Kafi oleh Syeikh Al Kulayni, jilid 1, ms 355]

Daripada Ibnu Mahran, daripada Jaafar bin Muhammad, daripada bapanya Muhammad bin Ali, daripada bapanya Ali bin Al Hussain, daripada bapanya Al Hussain bin Ali, daripada bapanya Ali bin Abi Talib (a.s) telah berkata: “Tatkala Rasulullah (sawas) menghampiri wafat, baginda telah memanggilku dan dan tatkala aku masuk kepadanya, baginda telah bersabda kepadaku: Wahai Ali, kamu adalah washi dan khalifahku ke atas keluarga dan umatku, di masa hayatku dan setelah kematianku, walimu adalah waliku dan waliku adalah wali Allah, musuhmu adalah musuhku dan musuhku adalah musuh Allah.. Wahai Ali, ingkar kepada wilayahmu selepasku adalah seperti ingkar kepada risalahku di masa hayatku kerana kamu adalah daripadaku dan aku daripadamu. Kemudia menghampiriku dan menerangkan kepadaku 1000 pintu daripada ilmu, setiap bab membuka 1000 pintu.” [Al Khishal oleh Syeikh Al Sadooq, ms 652]

Telah memberitahu kami Muhammad bin Ali (r.a), telah berkata: Telah memberitahu aku Ali bin Ibrahim daripada bapanya, daripada Ali bin Ma’bad, daripada Al Hussain bin Khalid, daripada Ali bin Musa Al Ridha, daripada bapanya, daripada bapa-bapanya (a.s), telah berkata: Telah berkata Rasulullah (sawas): “Barangsiapa yang menyintai untuk berpegang kepada agamaku. Dan menaiki bahtera keselamatan selepasku, maka hendaklah mengikut Ali bin Abi Talib, dan memusuhi musuhnya dan menyokong walinya. Sesungguhnya dia adalah washiku dan khalifahku ke atas umatku di masa hayatku dan selepas kewafatanku. Dia adalah Imam setiap muslim dan amir setiap mukmin selepasku, katanya adalah kataku, perintahnya adalah perintahku, tegahannya adalah tegahanku, mengikutinya adalah mengikutiku, membantunya adalah membantuku, dan menghampakannya adalah menghampakanku. Setelah itu baginda bersabda: Barangsiapa yang memisahkan Ali selepasku, tidak pernah berjumpaku dan aku tidak akan melihatnya di hari kiamat. Barangsiapa yang menentang Ali, Allah haramkan ke atasnya syurga, dan jadikan tempat tinggalnya adalah neraka...” [Kamal Al Din Wa Tamam Al Ni’mah oleh Syeikh Sadooq, ms 260]

Bukan lagi rahsia bahawa wujud washi bagi setiap Nabi dan Imam pada masa hayatnya dan selepas kematiannya, yang dinaskan ke atasnya dan membantunya ketika hayatnya. Kemudian dimuktamadkan hal itu dengan wasiat di saat menghampiri maut, supaya tidak ada lagi orang mendakwa bahawa Rasul atau Imam telah mengubah pendiriannya di saat-saat akhir kehidupannya atau mengubah apa yang telah diputuskan. Benar, di masa hayat Hujjah, washi adalah tertakluk dengan Hujjah sebelumnya (Mahjuj bihi). Tetapi dalam masa yang sama menjadi Washi dan Hujjah ketika ketiadaan Hujjah atau ketikamana Hujjah mewakilkannya dalam keadaan-keadaan tertentu, yang mana tiada khilaf padanya. Kata-kata Rasulullah (sawas) kepada Ali (a.s) adalah jelas: “Kamu adalah washi, waris dan khalifahku ke atas keluarga, harta benda dan muslimin pada setiap ketiap ketiadaan (ghaybah).” 

Imam Ahmad Al Hassan tidak pernah mendakwa bahawa Imam Mahdi (a.s) telah mati dan menerima wasiat selepasnya, dan tidak pernah juga mendakwa bahawa dia adalah Hujjah yang berasingan ke atas manusia, bahkan dia berkata bahawa dia adalah Hujjah yang dilantik oleh Imam mahdi (a.s). Atau dengan kata lainnya dia adalah Hujjah kepada Hujjah Allah iaitu Imam Mahdi (a.s).

BAGAIMANA MENGENAL WASHI SEBENAR?

SOALAN: maksud perlantikan Qatie merujuk kpd imam yg hidup melantik pengantinya sebelum wafatnya.. di saksi oleh pengikut dan keluarganya spt peristiwa Ghadir. Wasiat dr Rasullulah itu di realisasikan secara qatie oleh para imam kpd washinya, inilah yg di maksud kan wasiat yg di zahirkan yakni di tunjukan oleh imam imam yg hidup kpd wasyi. Sheikh Toosi dlm kitab al Ghaybah dan Sheikh Mufid berkata mengenal imam secara nas sbg contoh perlantikan di Ghadir, imam imam seterusnya ia di laksanakan juga walaupun tdk seramai di Gadhir.


Sesungguhnya kefahaman kalian dalam hal ini adalah amat jauh tersasar dan jelas sekali tidak merujuk kepada ayat-ayat Quran dan hadis2 Rasulullah (sawas) dan para Aimmah (a.s) dalam menilai kedudukan sebenar perkara ini. Adapun dakwaan bahawa Imam Mahdi (a.s) mesti muncul sendiri dan kemudian mengnaskan di hadapan khalayak ramai, maka ini sesuatu yang membatalkan ketetapan Quran dan hadis2:

1) Rasulullah (sawas) berhujjah ke atas Yahudi dan Nasrani dengan wasiat Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul terdahulu tentangnya, dan kita sedia maklum bahawa kaum Yahudi dan Nasrani yang hidup di zaman Rasulullah (sawas) tidak pernah mendengar atau melihat sendiri Musa (a.s) atau Isa (a.s) ketika mereka mengnaskan wasiat ke atas Rasulullah (sawas) lengkap dengan nama dan sifatnya.


2) Imam Mahdi juga akan berhujah dengan wasiat Rasulullah (sawas) dan juga wasiat-wasiat Aimmah (a.s) berkenaannya, apakah kita yang hidup di zaman ini telah menghadirkan diri ketika Rasulullah (sawas) dan para Aimmah (a.s) berwasiat berkenaan Imam Mahdi (a.s)? Bagaimana kalian sanggup berhujah Imam Al Mahdi (a.s) dengan dalil yang meragukan dan tidak shahih ini?!!!


3) Kita sedia maklum juga bahawa kita tidak pernah menghadirkan diri di masa kelahiran Imam Mahdi (a.s) hingga kita benar-benar pasti bahawa dia adalah anak kepada Imam Al Hassan Al Askari (a.s), kita juga tidak pernah mendengar secara terus daripada Imam Al Hassan Al Askari (a.s) bahawa dia telah mengnaskan wasiat ke atas Imam Mahdi (a.s). Oleh itu, apabila bangkit Imam Mahdi (a.s), bagaimana kita hendak mengetahui bahawa dia adalah dirinya yang sebenar iaitu anak kepada Al Hassan Al Askari (a.s) yang telah dinaskan ke atasnya oleh Rasulullah (sawas) dan para Aimmah (a.s)?!!! 


Oleh itu kaedah yang sama juga terpakai kepada Imam Ahmad Al Hassan Al Yamani (a.s), dia telah dinaskan di dalam wasiat Rasulullah (sawas), maka apakah perlu penyaksian kalian atau selain kalian untuk membenarkan nas wasiat tersebut. Apakah kalian lupa atau melupakan ayat-ayat Quran dan hadis-hadis yang membicarakan bagaimana untuk mengenali pemilik sebenar wasiat, di sini beberapa nas hadis untuk renungan kalian: 

Firman Allah swt: “Iaitu orang-orang yang mengikut Rasul, Nabi yang ummi yang [namanya] mereka dapati tertulis di dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka.” (Quran 7:157)

Apabila mereka mendengar sesuatu tuntutan dan mendapati ianya disebutkan di dalam kitab-kitab mereka iaitu Taurat dan Injil. Maka mereka wajib mematuhinya kerana Allah swt telah melindungi tuntutan ini dan menjaganya hanya bagi pembuat tuntutan (pengklaim) yang sebenar. Demikianlah keadilan, kebijaksanaan dan penilaian Allah swt dipersaksikan ke atas makhluk ciptaanNYA supaya tidak ada lagi perbalahan mengenainya. Begitulah juga yang ditetapkan Allah swt agar peraturannya dikenali oleh manusia dan panahan Allah swt itu tidak pernah tersasar dari sasarannya.

Firman Allah swt: “Dan bukan kamu yang melempar ketika kamu melempar, tetapi Allah-lah yang melempar.” (Quran 8:17)

Nabi Muhammad (sawa) membuatkannya terang lagi nyata di dalam “tragedi hari khamis”, apabila baginda menyatakan: “Aku akan menuliskan sesuatu buat kamu yang tidak akan membuat kamu sesat”. Celakalah bagi sesiapa yang mengatakan bahawa apa yang Nabi Muhammad (sawas) katakan boleh menyimpang dari kebiasaan atau kata-katanya boleh diselewengkan atau kurang diyakini. Baginda (sawa) menegaskan bahawa apa yg bakal dituliskannya “tidak akan membuatkan kamu sesat” dan baginda (sawas) sentiasa di dalam penjagaan Allah swt, yang tidak akan sekali-kali membiarkan urusan Allah swt jatuh ke tangan bukan pengklaim yang sebenar. Wasiat yang dituntut ini (yang menyebutkan Ahmad di dalamnya) adalah seperti panahan Allah swt yang tidak pernah tersasar atau berada di tangan pengklaim palsu. Ia pasti mengenai sasarannya dan harus berada di tangan pengklaim yang hakiki, bilamana dia yang pertama menuntutnya. Maka dengan cara itulah Khalifah Allah dikenali.

Firman Allah swt: “Dan tiadalah yang diucapkannya itu menurut kemauan hawa nafsunya. (3) Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan [kepadanya].” (Quran 53:3-4)

Apabila wasiat Rasulullah (sawa) ini menyebutkan nama Ahmad, maka Ahmad lah yang bakal menjadi empunya wasiat dan urusan tersebut. Sekaligus Ahmad akan menggunakan wasiat ini untuk memelihara kedudukannya sebagai khalifah Allah. Tidak mungkin bagi seseorang memanjangkan tuntutan tersebut selama 13 tahun dan masih lagi hidup sepertimana yang disebutkan oleh Imam maksum a.s. Abu Abdillah a.s:”Urusan ini tidak seharusnya dituntut oleh sesiapapun melainkan empunyanya atau Allah swt akan memendekkan umurnya.” [Kafi v.1, ms 373]

Wasiat adalah perkara utama dalam mengenali pengklaim sebenar menurut Ahlulbayt a.s. Oleh itu, apabila para Aimmah berkata: sesungguhnya washi hanya akan dikenali dengan wasiat, maka ini bermakna bahawa wasiat itu menandakan satu perkara yang tidak diketahui semua orang atau sebahagiannnya. Oleh itu, sewajibnya tanda ini menunjukkan kepada pemiliknya sahaja, bahkan ianya tidak akan dituntut selain dari pemiliknya yang mutlak.

Abi Abdillah a.s berkata: “Empunya urusan ini akan hanya dikenali dengan tiga perkara yang tidak akan diberikan kepada sesiapapun melainkan empunyanya. Dia yang pertama sebelum sesiapapun (dengan 3 perkara ini) menuntut bahawa dia adalah khalifahNYA, memiliki senjata Rasulullah (ilmu Rasulullah) dan wasiatnya yang aku tidak pernah memisahkan diriku daripadanya.” [Bashaer Al Darajat ms 202] 

AlHarth Ibn Al Mugheera telah bertanya kepada Abu Abdillah (a.s): “Bagaimana kami hendak mengenali Empunya urusan (Shohib Al Amr) ini? Imam (a.s) berkata: “ketenangan, kehormatan, ilmu pengetahuan dan wasiat.” [Basaer Al Darajat Muhammad Ibn Al Hassan Al Safar ms 509][Al Kafi v.1 ms 378][Bihar Al Anwar v.62 ms 217]

Daripada Abdullah mengatakan: “Aku bertanya kepada Abi Abdillah (pbuh): Apakah bukti ke atas pembuat tuntutan bagi urusan ini? Imam (a.s) berkata: Tiga perkara adalah merupakan bukti yang tidak terangkum pada manusia lain melainkan empunya urusan ini: di mana dia adalah yang pertama sebelum sesiapapun, dia seharusnya memiliki senjata Rasulullah (ilmu Rasulullah) dan dia menjadi empunya kepada wasiat yang jelas. Ianya adalah wasiat yang sekiranya kamu pergi ke sebuah pekan dan bertanya orang kebanyakan dan anak muda: kepada siapakah si pulan bin sipulan telah melantik penggantinya? Mereka akan membalas: kepada sipulan bin sipulan.” [Al Imamah wal Tabsirah min al Hira ms 138 & 158.]

Aku bertanya kepada Abi Abdillah (a.s) tentang orang yang sepatutnya memegang urusan ini iaitu pembuat tuntutan. Apakah bukti bahawa dia adalah orangnya? Imam a.s berkata: Dia akan ditanya akan halal dan haram. Sahabat Imam (a.s) berkata: Imam (a.s) berjalan ke arahku dan berkata: Tiga bahan bukti yang apabila kesemuanya bertepatan, maka akan diketahui bahawa dia adalah empunya urusan (Sohib Al Amr): Dia menjadi orang pertama yang berotoriti selepas orang sebelumnya, dia juga memiliki senjata (ilmu Rasulullah), dan dia juga yang akan bersama dengan wasiat yang nyata.” [Kafi v.1 ms 285]

Di dalam perdebatan di antara Imam Ridha (a.s) dengan ulamak-ulamak Yahudi dan Nasrani, dan dalam penghujahannya kepada mereka dinyatakan bahawa Rasul (sawas) diwasiatkan dan dinyatakan di dalam kitab-kitab mereka iaitu Injil dan Taurat. Apabila mereka mengaku kepadanya bahawa wujud nama Rasul Muhammad (sawas) dan sifatnya di dalam kitab-kitab mereka, maka mereka berkata kepadanya: Tetapi kami tidak memutuskan bahawa Muhammad yang disebutkan di dalam kitab kami adalah dia yang sebenar iaitu Muhammad kamu, moga-moga ada Muhammad lain!!! 

Maka apa pula jawapan Imam Ridha (a.s), dan bagaimana (a.s) membalas hujah mereka. Adakah jawapannya mencukupi dan hujah yang dapat mengalahkan. Sekiranya jawapannya adalah hujah, maka adakah mungkin kita berhujah dengannya sekarang atau tidak?

Sila dengarkan pula penghujahan balas Imam Ridha (a.s) ke atas keraguan mereka semasa dia berkata: “Kamu telah berhujah dengan keraguan, adakah Allah telah mengutuskan sebelum atau selepas daripada Adam (a.s) sehingga ke hari ini seorang Nabi yang bernama Muhammad, dan kamu telah menjumpainya di dalam kitab-kitab yang telah diturunkan Allah ke atas kesemua Nabi, selain Muhammad?! Maka mereka mengundur diri daripada menjawabnya...” [Ithbat Al Hudah, jilid 1, ms 194-195]

Sekarang kami ingin bertanyakan kepada kalian: Adakah Allah pernah mengutuskan sebelum atau selepas Muhammad (sawas) sehingga hari ini, seorang washi yang bernama Ahmad yang disebutkan di dalam wasiat nabi Muhammad (sawas) pada malam kewafatannya, atau Adakah pendakwa wasiat selain Ahmad Al Hassan?

Barangsiapa yang menolak dalil kami ini, maka dia telah menolak dalil Imam Ridha (a.s) dalam penghujahan ke atas Yahudi dan Nasrani. Barangsiapa yang menolak para Aimmah (a.s), maka dia telah menolak Allah swt. Kami berlindung diri kepada Allah dari perbuatan sedemikian.

PENDAMPING-PENDAMPING (QARAIN) BAGI KESHAHIHAN HADIS WASIAT RASULULLAH

Pendamping pertama:


Ketepatan riwayat wasiat dengan Al Quran dan Sunnah yang muhkam, dan ini sudah mencukupi untuk menerimanya. Telah diriwayatkan daripada Abi Abdillah (a.s), telah berkata: “Nabi (sawas) telah berkhutbah di Mina dan berkata: Wahai sekalian manusia, setiap apa yang didatangkan kepada kamu daripadaku bertepatan dengan kitab Allah, maka aku telah mengatakannya, dan setiap apa yang didatangkan kepada kamu bertentangan dengan kitab Allah, maka aku tidak pernah mengatakannya.” [Al Kafi, jilid 1, ms 90]

Begitu juga Abu Abdillah (a.s) telah berkata: “Apabila disebutkan kepada kamu satu hadis dan kamu dapati baginya pembuktian daripada kitab Allah atau sabda Rasul (sawas), melainkan yang didatangkan kepada kamu itu adalah lebih utama dengannya.” [Al Kafi, jilid 1, ms 89]

Pembuktian pertama dan kedua daripada Al Quran berkenaan hadis wasiat adalah firman Allah Taala: “Diwajibkan atas kamu, apabila seorang di antara kamu kedatangan [tanda-tanda] maut, jika ia meninggalkan kebaikan supaya berwasiat untuk ibu-bapa dan karib kerabatnya secara ma’ruf, [ini adalah] kewajiban atas orang-orang yang bertakwa.” (Al Baqarah: 180)

Dan firmanNYA lagi: “Wahai orang-orang yang beriman, apabila salah seorang kamu menghadapi kematian, sedang dia akan berwasiat, maka hendaklah [wasiat itu] disaksikan oleh dua orang yang adil di antara kamu, atau dua orang yang berlainan dengan kamu...” [Al Maidah: 106]

Maka wasiat ketika menghampiri kematian adalah wajib ke atas setiap muslim dengan nas daripada Al Quran, dan Rasul (sawas) pasti tidak akan mengatakan sesuatu yang tidak dilakukannya. Sewajibnya dia telah berwasiat di malam kewafatannya bertepatan dengan firman Allah swt, kerana tidak terdapat wasiat lain selain daripada hadis wasiat yang menyebutkan wasiat Rasulullah (sawas) di malam kewafatannya ini. Ia adalah satu-satunya bukti kebenaran bagi ayat yang disebutkan terdahulu, dan mengingkari wasiat ini adalah seperti menghukum Rasulullah (sawas) berlawanan dengan firman Allah swt dan sekaligus tidak pernah berwasiat ketika menghampiri maut, semoga dijauhkannya daripada hal sedemikian.

Pembuktian ketiga daripada Al Quran adalah firman Allah swt: “Mereka tidak berhak mendapat syafa’at kecuali orang yang telah mengadakan perjanjian di sisi Tuhan Yang Maha Pemurah.” (Maryam: 87)

Perjanjian (ahd) yang dimaksudkan di sini adalah wasiat ketika menghampiri kematian dan itulah yang dimaksudkan oleh Imam Sadiq (a.s) ketikamana meriwayatkan cara-cara wasiat bagi seorang muslim di saat menghampiri kematian dan (a.s) telah berkata berkenaannya sebagai perjanjian (ahd) yang disebutkan di dalam ayat dari surah Maryam (a.s) ini.

Daripada Abi Abdillah (a.s) telah berkata: telah berkata Rasulullah (sawas): “Barangsiapa yang tidak memperelokkan wasiatnya di saat kematiannya adalah seorang yang kekurangan sifat harga dirinya dan akalnya, dikatakan: Wahai Rasulullah, bagaimana orang yang sedang menghadapi maut berwasiat? Baginda bersabda: Apabila dia menghampiri kematiannya dan orang berkumpul di sisinya, katakanlah: Ya Allah yang menciptakan langit-langit dan bumi, yang Maha Mengetahui yang ghaib mahupun yang nyata, yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih, Ya Allah sesungguhnya aku berjanji kepadaMU di negeri dunia yang sesungguhnya aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan MU, satu-satunya Engkau yang tiada sekutu bagiMU, dan sesungguhnya Muhammad adalah hambaMU dan utusanMU...sehinggalah dia berkata: Setelah itu berwasiat dengan hajatnya.” Bukti kebenaran wasiat ini adalah daripada Al Quran di dalam surah yang menyebutkan padanya Maryam, firmanNYA Azza wa Jalla: “Mereka tidak berhak mendapat syafa’at kecuali orang yang telah mengadakan perjanjian di sisi Tuhan Yang Maha Pemurah.” Maka ini adalah perjanjian si mati dan wasiat adalah hak ke atas setiap muslimuntuk memelihara wasiat ini dan mempelajarinya, dan Amirul Mukminin (a.s) telah berkata: “Telah diajarkan aku akannya oleh Rasulullah (sawas), dan telah berkata Rasulullah (sawas): Telah diajarkan aku akannya oleh Jibril (a.s).” [Al Kafi, 7, ms 2-3][Man La Yahdhuruhu Al Faqih, jilid 4, ms 188][Al Tahzib, jilid 9, ms 173]

Bagaimana mungkin Rasulullah (sawas) meninggalkan wasiat ketika menghampiri kewafatannya, sedangkan ianya adalah perjanjian yang dengannya dia memiliki syafaat berdasarkan nas Al Quran yang mulia, dan dengan itu menjadikan dia ingkar kepada perintah Allah swt (dijauhkannya dari hal sedemikian) dan kami berlindung diri kepada Allah dari kata-kata yang melampaui batas ini. 

Dengan ini tetaplah dan tiada keraguan lagi bahawa riwayat wasiat yang dinaskan padanya Rasul (sawas) ke atas para Aimmah (a.s) dan para Mahdi (a.s) adalah perjanjian (ahd) Rasul Muhammad (sawas), kerana ianya adalah nas yang dicatatkannya ketika menghampiri kewafatannya dan tidak terdapat riwayat selainnya sepertimana yang telah diterangkan sebelum ini. Setiap mereka yang meragui hadis wasiat ini adalah menjadi seperti pengikut Iblis, Qabil dan Umar. Kami berlindung diri kepada Allah daripada hal sedemikian. 

Pembuktian keempat daripada Al Quran adalah firman Allah swt: “Dan Ibrahim telah mewasiatkan ucapan itu kepada anak-anaknya, demikian pula Ya’qub. [Ibrahim berkata]: "Hai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih agama ini bagimu, maka janganlah kamu mati kecuali dalam memeluk agama Islam". Ketika Ya’qub kedatangan [tanda-tanda] maut, ketika ia berkata kepada anak-anaknya: "Apa yang kamu sembah sepeninggalku?" Mereka menjawab: "Kami akan menyembah Tuhanmu dan Tuhan nenek moyangmu, Ibrahim, Isma’il dan Ishaq, [yaitu] Tuhan Yang Maha Esa dan kami hanya tunduk patuh kepada-Nya." (Al Baqarah: 132-133)

Maka firman Allah swt mengnaskan ke atas Nabi Yaaqub (a.s) bahawa dia telah mewasiatkan kepada anak-anaknya ketika menghampiri kewafatannya, bahkan juga kepada Nabi Ibrahim (a.s). Ini adalah sunnah yang berterusan yang dilalui oleh setiap Nabi (a.s) dan diikuti oleh Rasulullah (sawas) serta para Aimmah (a.s) selepasnya. Terdahulu telah disebutkan wasiat-wasiat mereka ketika kewafatan dan tidak kedapatan riwayat lain selain dari riwayat wasiat ini yang menyebutkan secara nas, apa yang telah dicatatkannya dari Rasulullah (sawas) di malam kewafatannya, sepertimana yang telah disebutkan berkali-kali. Dengan ini menjadikan firmanNYA “ketika Ya’qub kedatangan [tanda-tanda] maut...” sebagai pembuktian keshahihan pengeluaran riwayat wasiat, kerana ia mensabitkan bahawa Rasulullah (sawas) telah berwasiat di saat dia menghampiri kewafatannya.

Kedua-dua ayat ini bukan setakat mensabitkan wasiat Rasulullah (sawas) di malam kewafatannya sahaja, malahan kedua-duanya adalah pembuktian ke atas keshahihan isi kandungan wasiat dan penetapan zuriat Imam Mahdi (a.s). Sesungguhnya ia adalah sunnah Ilahi yang akan berterusan ke atasnya dan akan mewasiatkan kepada anak-anaknya ketikamana maut menghampirinya, sepertimana yang telah dilakukan oleh Nabi Allah Ibrahim (a.s), Yaaqub (a.s), Rasulullah (sawas) dan para Aimmah (a.s) selepasnya. 

Daripada Imam Al Baqir (a.s), daripada Jabir, daripada Abi Jaafar (a.s) telah berkata: “Aku telah bertanya akannya berkenaan tafsir ayat ini daripada firman Allah: “ketika ia berkata kepada anak-anaknya: "Apa yang kamu sembah sepeninggalku?" Mereka menjawab: "Kami akan menyembah Tuhanmu dan Tuhan nenek moyangmu”, dia (a.s) berkata: “Berlaku kepada Qaim (a.s).” [Tafsir Al Ayashi, jilid 1, ms 61]

Dengan kata lainnya, Qaim (a.s) akan ada zuriat dan akan mendatanginya ketika dia menghampiri wafat dan berkata kepada mereka seperti apa yang telah dikatakan oleh Nabi Yaaqub (a.s) kepada anak-anaknya. Ini sekaligus menyokong keshahihan wasiat Rasulullah (sawas) kerana ianya menetapkan zuriat Qaim (a.s) dan dia akan menyerahkan wasiat dan Imamah kepada anak Ahmad Al Mahdi (a.s), yang merupakan Mahdi Pertama dan yang pertama beriman. 

Pembuktian kelima daripada Al Quran bagi riwayat wasiat, adalah firman Allah Taala: “Mereka tidak menunggu melainkan satu pekikan yang akan membinasakan mereka semasa mereka dalam keadaan leka bertengkar. Maka dengan itu, mereka tidak berpeluang membuat sebarang wasiat dan mereka tidak sempat kembali kepada keluarganya.” (Yasin: 49-50).

Ini bermakna Allah Taala memeranjatkan orang-orang kafir dan musyrikin dengan azab dan tidak memberikan tempoh kepada mereka untuk berwasiat kepada keluarga mereka sebelum kematian mereka. Ini dianggap sebagai akibat buruk yang Allah telah tetapkannya ke atas orang-orang kafir, dengan apa yang telah mereka usahakan dengan tangan-tangan mereka. Disamping mereka dimatikan dengan keadaan azab Allah, juga Allah tidak memungkinkan mereka meninggalkan wasiat ketika maut. Barangsiapa yang mati dan tidak pernah berwasiat, maka matinya dalah mati dalam keadaan jahiliyyah, dan berada dalam kegelapan yang berlapis-lapis sehiangga dia tidak mampu melihat tangannya sendiri. Sekiranya tidak berwasiat ketika saat kematian dianggap sebagai akibat buruk dan bala Allah bagi mereka yang menyeleweng, maka tidak mungkin Allah membalakan sedemikian ke atas orang-orang mukmin terutamannya Rasul Muhammad (sawas) yang merupakan sebaik-baik makhluk. Bagaimana mungkin kita menetapkan bahawa baginda wafat tanpa meninggalkan sebarang wasiat?!!! Seterusnya termasuk ke dalam mafhum firman Allah Taala: “Mereka tidak menunggu melainkan satu pekikan yang akan membinasakan mereka semasa mereka dalam keadaan leka bertengkar. Maka dengan itu, mereka tidak berpeluang membuat sebarang wasiat dan mereka tidak sempat kembali kepada keluarganya” (Yasin: 49-50). Dijauhkannya dari kesemua itu. 

Pembuktian keenam daripada Al Quran dan Sunnah yang shahih, yang dikuatkan ke atasnya oleh thaqolayn bahawa Imamah adalah pada keturunan (A’qab) dan keturunan kepada keturunan (A’qab Al A’qab) sehingga ke hari kiamat. Atau dengan kata lainnya, Imamah adalah pada zuriat Aimmah seorang selepas seorang sehingga ke hari kiamat, dan alam Raj’ah dianggap sebagai mukaddimah hari kiamat sepertimana yang ditunjukkan dalam banyak ayat Quran dan riwayat. Bahawa di alam raja’ah ini akan dikembalikan ke dunia mukmin sejati untuk menuntut bela ke atas kafir sejati, ianya adalah alam perhitungan yang kebiasaannya dimenangi oleh para Aimmah (a.s) seperti Imam Ali (a.s), Imam Hussain (a.s) dan Rasulullah (sawas), sepertimana yang diungkapkan dalam banyak riwayat berkenaan kembalinya mereka ke alam Raj’ah.

Firman Allah Taala: “[sebagai] satu keturunan yang sebagiannya [keturunan] dari yang lain. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” [Ali Imran: 34]

Firman Allah Taala: “Dan [ingatlah], ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat, lalu menyempurnakannya.” [Al Baqarah: 124]

Firman Allah Taala: “Dan menjadikannya kalimat yang kekal pada keturunannya” [Al Zukhruf: 28]

Daripada Al Mufadhal bin Umar, daripada Al Sadiq Jaafar bin Muhammad (a.s), telah berkata: Aku telah bertanya (a.s) akan firman Allah: Dan [ingatlah], ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat.” Apakah kalimat ini? Ia adalah kalimat yang disampaikannya oleh Adam daripada Tuhannya, lalu diterima Allah taubatnya, dan sesungguhnya dia (Adam a.s) telah berkata: “Aku memohon kepadaMU dengan hak Muhammad, Ali, Fatimah, Hassan dan Hussain melainkan aku telah bertaubat ke atas diriku.” Maka Allah menerima taubatnya, sesungguhnya dia Maha Penerima Taubat Lagi Maha Pengasih. Lalu aku berkata kepadanya (a.s): Wahai anak Rasulullah, Apakah yang dimaksudkan oleh Allah Taala dengan kataNYA: “lalu menyempurnakannya (Fa atamahunna). (a.s) berkata: ia bermakna lalu menyempurnakannya dua belas Imam sehingga ke Qaim iaitu yang kesembilan dari keturunan Hussain (a.s). Telah berkata Mufadhal: maka aku berkata: Wahai anak Rasulullah, khabarkan kepada aku berkenaan firman Allah Taala: “Dan menjadikannya kalimat yang kekal pada keturunannya..”, (a.s) berkata: bermakna begitulah Imamah yang Allah Taala menjadikannya pada keturunan Hussain sehingga ke hari Kiamat.” [Kamal Al Din wa Tamam Al Ni’mah: ms 358]

Pada mulanya Imam (a.s) menerangkan tentang Aimmah sehingga kepada Qaim (a.s) dan kemudian mentafsirkan firman Allah Taala: “Dan menjadikannya kalimat yang kekal pada keturunannya” bahawa Imamah adalah pada zuriat Hussain sehingga ke hari kiamat, yang menunjukkan kepada Mahdi-Mahdi dari zuriat Qaim (a.s). Sesungguhnya Imamah akan berterusan selepas Imam Mahdi (a.s) sehingga ke hari kiamat daripada zuriat Imam Hussain (a.s) atau daripada zuriat Qaim (a.s), sepertimana yang telah dinaskan dalam banyak riwayat.

Ahlulbayt (a.s) telah mentafsirkan firman Allah Taala: “[sebagai] satu keturunan yang sebagiannya [keturunan] dari yang lain.” Mereka (a.s) berkata: ia adalah Imamah pada keturunan (Al A’qab) dan keturunan kepada keturunan ( A’qab Al A’qab) sehingga ke hari kiamat.” [Bihar Al Anwar, jilid 25, ms 258]

Diulangi perkataan keturunan (Al A’qab) sebanyak dua kali, dan ini mengisyaratkan Imamah pada keturunan Hussain (a.s) pada dua peringkat iaitu Imamah dan Hidayah ataupun Aimmah dan Mahdiyyin (a.s), jika tidak pasti cukup disebutkan perkataan keturunan (Al A’qab) sekali sahaja untuk menunjukkan kepada zuriat Hussan dan tidak perlu untuk mengulanginya sebanyak dua kali. 

Walau apapun, telah pasti sekarang akan kewujudan khalifah-khalifah selepas Imam Mahdi (a.s) berdasarkan kepada riwayat-riwayat yang mutawatir, yang sekaligus mengharuskan khalifah-khalifah ini daripada zuriat Imam Mahdi (a.s), sebagaimana firmanNYA: “Dan menjadikannya kalimat yang kekal pada keturunannya,” iaitu pada keturunan Hussain (a.s) sehingga ke hari kiamat, daripada seorang anak kepada anak yang lain, dan beginilah yang difirmankan Allah Taala: “[sebagai] satu keturunan yang sebagiannya [keturunan] dari yang lain. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” Dan firmanNYA lagi: “Orang-orang yang mempunyai pertalian kerabat, setengahnya lebih berhak atas setengahnya yang (lain) menurut Kitab Allah.” [Al Anfal: 75]

Dengan ini tetaplah bahawa Imamah selepas Imam Mahdi (a.s) kekal pada zuriatnya para Mahdi (a.s) dan ianya bertepatan dengan nas Quran yang mulia. Ini adalah pendamping yang qathi’e (putus) atas keshahihannya sebagaimana yang ditegaskan oleh riwayat-riwayat daripada Ahlulbayt (a.s). Begitu jugalah yang telah disebutkan oleh Hurr Al Amili di dalam penutup kitab Wasail di muka surat 94, ketika dia berkata: dan daripadanya iaitu daripada pendamping-pendamping yang putus (qathi’e), kedudukannya mestilah bersesuaian dengan Quran tatkala diketahui hukum daripada nas yang pelbagai dan tujuan ayat-ayat adalah jelas menunjukkan pembuktian atau diketahui tafsirnya daripada Ahlulbayt (a.s). 

Cukuplah bagi kami membuktikan keshahihan riwayat wasiat Rasulullah (sawa) hanya dengan satu pendamping sahaja, memandangkan ruang yang sempit untuk memasukkan kesemuanya di sini. Untuk mengetahui pendamping-pendamping seterusnya, sila rujuk kitab karangan Syeikh Nazhim Al Uqaili yang bertajuk Al Washiyyah Wa Al Washiy Ahmad Al Hassan, muka surat 223-224. Di sini disertakan linknya untuk pdf download dan rujukan: http://almahdyoon.org/arabic/documents/books-Ansar/WaseyaDifa3Intissar.pdf