Jumaat, 4 Januari 2013

AL YAMANI ADALAH PEMBANTU KANAN IMAM MAHDI (A.S)

Antara tokoh paling menonjol yang akan membuka jalan bagi penubuhan Daulah Keadilan Ilahi adalah figur Al-Yamani, pembawa panji Ahlulbayt (a.s), satu-satunya sahaja panji Kebenaran. Memandangkan kepelbagaian figur ini seperti yang dijelaskan dalam riwayat Ahlulbayt (a.s), maka harus kita memberi perhatian bahawa pembantu kanan (Al-Yamani) Imam Al-Mahdi (a.s) adalah washinya, yang merupakan tanda pasti (mahtum) dan tidak tertakluk kepada Al-Bada' (perubahan ketuhanan dalam perkara-perkara yang dianggap telah ditetapkan) sepertimana yang disebutkan dalam riwayat

Walaupun orang lain adalah tertakluk kepada Al-Bada', dia dianggap sebagai salah satu daripada lima tanda pasti yang mendahului kedatangan Imam Mahdi (a.s), yang mengemudi lapangan Kezuhuran; bahkan ianya sebahagian daripada Kezuhuran yang Suci, yang mendahului dengan libasan pedang. 

• Diriwayatkan daripada Abu Abdullah (a.s), berkata: Lima tanda mendahului kemunculan Al-Qa'im (pendiri): [kemunculan Al-Yamani dan As-Sufyani, penyeru yang menyeru dari langit, penelanan bumi di Al-Bayda 'dan pembunuhan Jiwa yang Tulen (An-Nafs Az-Zakiyyah)][1]

Tidak dapat dinafikan bahawa kedatangan Al-Yamani akan berlaku sebelum kemunculan Imam Mahdi (a.s) dan sebagaimana yang diriwayatkan, ia dianggap sebagai salah satu dari tanda-tanda pasti kezuhuran yang tidak tertakluk kepada Al Bada' kecuali Allah mengkehendaki sebaliknya. 

• Diriwayatkan daripada Abu Jafar Muhammad bin Ali (a.s), [... Panji yang paling mendapat petunjuk adalah Al-Yamani. Ianya adalah panji petunjuk kerana ia menyeru kepada pemilik kamu (Imam Mahdi). Apabila keluarnya Al-Yamani, maka urusniaga senjata akan dilarang kepada manusia dan kepada setiap Muslimin. Apabila dia keluar, maka bersegeralah kepadanya kerana panjinya adalah panji petunjuk. Tidak dibenarkan muslim berpaling (memberontak) terhadapnya dan barangsiapa yang berbuat demikian adalah kalangan ahli neraka, kerana dia menyeru kepada kebenaran dan jalan yang lurus ...][2]

Setelah meneliti riwayat yang menyebutkan beberapa panji kesesatan, maka hanya satu sahaja panji petunjuk yang boleh didapati. Apabila mengkaji riwayat yang disebutkan di atas, maka dapat kita pastikan bahawa hanya satu panji sahaja yang mendapat bimbingan berbanding lain-lainnya yang membawa kepada kesesatan. Dalam konteks ini, Imam (a.s) berkata: "Panji yang paling mendapat petunjuk adalah Al Yamani.” Setelah itu menjustifikasikan kenyataannya dengan berkata: “Kerana dia menyeru kepada pemilik kamu (Imam Al-Mahdi),” bermakna dia menyeru untuk berbaiah kepada Imam Mahdi (a.s) secara nyata dan terbuka kepada semua golongan, tanpa berselindung seperti menyeru kepada kelompok, pihak berkuasa, pergerakan, atau entiti politik tertentu. Al-Yamani mempunyai kewajipan untuk menyeru kepada Imam Mahdi (a.s). Ini adalah tugas penyandangnya yang digambarkan dengan kata-kata Imam Al-Baqir (a.s), "Tidak dibenarkan muslim berpaling (memberontak) terhadapnya dan barangsiapa yang berbuat demikian adalah kalangan ahli neraka," serta oleh riwayat-riwayat lain yang menekankan baiah kepadanya. 

Oleh kerana manusia akan diuji dengan mengikuti dan mematuhi Al-Yamani, dan mereka yang bertentangan dengannya akan dihumban ke dalam neraka, maka seruan Al-Yamani harus terbuka dan perlu mengemukakan bukti yang mengesahkan kesahihan tuntutan beliau. Malah dia harus keluar dan membuang semua kekaburan tanpa berselindung atas kelompok tertentu sepertimana mereka yang menangguk dia air yang keruh dewasa ini, yang mana setiap dari mereka memberi bayangan kepada dirinya sendiri tanpa berani untuk menuntut sebagai Al-Yamani, walaupun mereka sangat menginginkan kedudukan tersebut. Dalam keadaan ini, apabila washi sebenar mendedahkan dirinya dan mengklaim seruan ini, maka menjadi norma kebiasaan mereka menjatuhkan dan menafikannya disebabkan iri hati. Sekiranya seruan ini dituntut oleh orang lain selain daripada orang yang benar-benar diamanahkan, maka Allah akan mengutuk dakwaan tersebut sebagai palsu tidak lama selepas itu, kerana Dia SWT berfirman: [Dan kalaulah (Nabi Muhammad yang menyampaikan Al-Quran itu) mengatakan atas nama Kami secara dusta. Sudah tentu Kami akan menyentapnya, dengan kekuasaan Kami. Kemudian sudah tentu Kami akan memutuskan tali jantungnya (supaya dia mati dengan serta-merta)][3]

• Daripada Abu Abdullah (a.s), [Urusan ini tidak akan diklaim melainkan oleh orang yang berhak, atau Allah akan Allah SWT akan memendekkan umurnya][4]

Kemudian, selepas seruan ini dibuat dan di dalam riwayat menyebutkan setelah berlalu suatu tempoh waktu yang berpanjangan selama 72 bulan iaitu hampir enam tahun sebelum Al-Yamani menyerahkan kekuasaan kepada Imam Mahdi (a.s). Dalam tempoh ini, Mahdi pertama (Al-Yamani) akan membuka jalan bagi bapanya Imam Mahdi (a.s) untuk muncul, menyediakan lapangan dakwah dan melancarkan peperangan. Panji-panji yang berjuang di bawah pimpinan beliau juga akan keluar sama seperti As-Sufyani yang akan keluar pada masa yang sama seperti Al-Yamani dan Khurasani. Pertempuran antara mereka akan berlangsung selama mana pemerintahan As-Sufyani iaitu selama lapan bulan. 

• Daripada Ibn Al-Hanafiyyah, berkata: [Tujuh puluh dua bulan memisahkan antara kemunculan panji hitam dari Khurasan, Syuaib bin Saleh dan Mahdi pertama, sebelum menyerahkan kuasa kepada Imam Mahdi.][5] 

Bercakap tentang keluarnya Al-Yamani di dalam satu riwayat, Imam (a.s) berkata: Keluarnya Al-Yamani adalah untuk memerangi As-Sufyani, kemaraan kedua-duanya adalah berturut-turut seperti benang manik. Sejurus selepas al-Yamani keluar, maka As-Sufyani juga akan keluar, kerana Al-Yamani akan mengetuai panji Imam Mahdi (a.s) dan As-Sufyani adalah musuh ketat Imam (a.s). Al-Yamani bangkit untuk berperang demi Imam Mahdi, dan pada masa itu, urusan jual beli senjata akan diharamkan kepada manusia dan kepada setiap Muslimin. Malah, dilarang urusan jual beli senjata kerana ia akan diagihkan kepada umat Islam secara percuma apabila mereka keluar untuk berperang (iaitu untuk melawan musuh-musuh Imam), kerana kamu dan harta anda adalah kepunyaan Imam (a.s) yang merupakan khalifah Allah , kedaulatan sebenar ke atas orang-orang yang beriman. Oleh itu, anda tidak boleh menjual apa yang kami berikan kepada anda melainkan kepada pemiliknya yang berhak. Allah SWT berfirman, {Dan demi sesungguhnya, kamu tetap datang kepada Kami dengan bersendirian, sebagaimana Kami jadikan kamu pada mulanya dan kamu tinggalkan di belakang kamu apa yang telah kami kurniakan kepada kamu}.[6] Imam adalah lebih berhak ke atas kehidupan anda daripada diri anda sendiri dan sekaligus amat berhak ke atas senjata atau wang anda sendiri. Oleh itu, menjual senjata kepadanya adalah dilarang, bahkan anda mesti berjuang untuknya dan menawarkan senjata yang anda miliki kepada saudara-saudara anda yang berjuang di sisinya, suatu perkara yang sudah tentunya tidak memerlukan Fatwa. 

Manakala menjual senjata kepada musuh-musuh Imam, tidak memerlukan penjelasan dalam isu ini kerana ianya telah disebutkan dalam hadis: “Apabila keluarnya Al-Yamani, urusan jualbeli senjata akan diharamkan kepada manusia dan kepada setiap Muslimin. Isu senjata adalah bergantung kepada keluarnya untuk berperang. Sepertimana yang jelas disebut dalam riwayat, seruan Al-Yamani untuk menyertai Imam Mahdi (a.s) adalah mendahului keluarnya untuk berperang. Justeru, menyeru orang ramai untuk menyokong Imam Al-Mahdi (AS) adalah satu keperluan dan ianya wajib ke atas (Al-Yamani) untuk menghimpun kaumnya dan menegaskan Hujjatnya (otoriti dan bukti) ke atas mereka. Imam (a.s) berkata, [Tidak dibenarkan Muslim untuk memberontak terhadapnya dan sesiapa yang berbuat demikian adalah tergolong di kalangan ahli neraka, kerana dia menyeru kepada kebenaran dan jalan yang lurus.] 

Jelas kepada kita bahawa Al-Yamani adalah Hujjat Allah ke atas hamba-hamba-Nya dan mereka yang memberontak terhadapnya adalah yang derhaka kepadanya, dan akan dicampakkan ke dalam neraka. Hal sebegini hanya terbatas untuk peribadi maksum, yang bermaksud mereka yang memberontak terhadapnya dianggap sebagai terkeluar dari wilayah Keturunan Muhammad dan Hujjat dari kalangan mereka (a.s). 

Diriwayatkan daripada Ali bin Musa Ar-Ridha (a.s), daripada Musa bin Jafar (a.s), daripada Jafar bin Muhammad (a.s), daripada Muhammad bin Ali (a.s), daripada Ali bin Al-Hussein (a.s), daripada Al-Hussein bin Ali (a.s), daripada Ali bin Abi Talib (a.s), daripada Rasulullah (sawas), daripada Jibril (a.s), daripada Mika'il (a.s), daripada Israfil (a.s), daripada Luh Mahfuz, dan daripada Qalam, berkata: Allah SWT berfirman, [Katakanlah, wilayah Ali bin Abi Talib adalah kubuKu yang menghindar kamu daripada azab. Barangsiapa yang memasukinya akan selamat dari api nerakaKu.][7]

Imam Ridha (a.s) berkata: Aku telah mendengar daripada ayahku Musa bin Jafar berkata, aku telah mendengar daripada bapaku Jafar bin Muhammad berkata, aku telah mendengar daripada bapaku Muhammad bin Ali berkata, aku telah mendengar daripada bapaku Ali bin Al-Hussein berkata, aku telah mendengar daripada bapaku Amirul Mukminin Ali bin Abi Talib berkata, aku telah mendengar daripada Rasulullah (sawas) berkata, aku telah mendengar Allah swt berfirman, [Katakanlah, tidak ada Tuhan melainkan Allah, dia yang mengakui ini akan memasuki kubuKu dan selamat daripada azabKu. Telah berkata, apabila tunggangan kami berlalu pergi, Dia menyeru kepada kami: untuk menerima syarat pengakuan ini dan aku adalah syarat-syarat itu.][8]

Mereka yang memberontak terhadap Al-Yamani akan berakhir di dalam neraka. Oleh itu, memberontak terhadapnya adalah sama seperti berpaling dari kubu ini (wilayah) dan mengabaikannya, kerana ia adalah terkeluar dari wilayah Hujjat Allah pada zamannya. Dari segi lain, kubu Allah yang menghindari seseorang daripada azabNya adalah pengakuan keesaan-Nya dengan mengatakan “tiada Tuhan melainkan Allah. Barangsiapa yang mengatakannya dengan sepenuh hati dan mematuhi Hujjat Allah pada zamannya, kerana dia dilantik oleh Allah. Oleh, itu mereka yang tidak mengiktiraf perlantikan Allah ini adalah tidak mengakui keesaan-Nya, walaupun dia mengakui dengan lisannya. Maka Imam Al-Mahdi (a.s) dan anaknya Mahdi pertama (a.s), serta anak-anaknya para Mahdi (a.s), kesemua mereka adalah dari syarat-syaratNya; Tiada lagi Hujjat (bukti dan otoriti Allah) di muka bumi ini selepas Nabi, Rasul, dan para Imam melainkan para Mahdi dari keturunan Imam Mahdi (a.s). 

Wajib bagi Al Yamani yang merupakan Mahdi pertama dan yang pertama beriman untuk mengumumkan seruan beliau dan membuktikan beliau lebih berhak berbanding yang lainnya untuk mendapat sokongan, mempunyai ikatan kekeluargaan dan kedudukan di sisi Imam Mahdi (a.s). 

Sebagai contoh, kelompok-kelompok Islam semasa rejim Saddam (Semoga Allah melaknatnya) saling berbalah antara satu sama lain. Mereka berbeza pendapat kerana tidak seorang pun daripada mereka yang percaya dengan kesempurnaan (ismah) pihak lain, dan mereka berjuang dengan cara yang mereka lihat terbaik. Walau bagaimanapun, pada masa itu, pemberontakan dan bangkangan mereka antara satu sama lain, tidak akan membawa mereka ke neraka, kerana tidak seorang pun daripada mereka adalah merupakan Hujjat ke atas yang lain dan kedua-duanya berjuang. 

Manakala pemberontakan orang-orang yang menentang Al-Yamani, mereka akan dihumbankan ke dalam neraka kerana dia dilantik oleh Allah. Maka panji dari timur yang merangkumi Al-Yamani dan Al-Khurasani, Syuaib bin Saleh dan lain-lain adalah panji-panji yang akan berjuang untuk membuka jalan bagi kezuhuran Imam (a.s). Mereka semua berhimpun di bawah panji Al-Yamani atau sebaliknya mereka akan dihumbankan ke dalam neraka, kerana Imam Al-Baqir (a.s) berkata, [Tidak dibenarkan Muslim berpaling (memberontak} terhadapnya dan sesiapa yang berbuat demikian adalah dari kalangan ahli neraka, kerana dia menyeru kepada Kebenaran dan jalan yang lurus]. Jalan yang lurus adalah jalan yang membawa terus kepada Allah SWT, yang berfirman: 

{Mereka berkata: Wahai kaum kami! Sesungguhnya kami telah mendengar Kitab (Al-Quran) yang diturunkan (oleh Allah) sesudah Nabi Musa, yang menegaskan kebenaran Kitab-kitab Suci yang terdahulu daripadanya, lagi memandu kepada kebenaran dan ke jalan yang lurus.}[9] 

{Bagi tiap-tiap umat, Kami adakan satu syariat yang tertentu untuk mereka ikuti dan jalankan, maka janganlah ahli-ahli syariat yang lain membantahmu dalam urusan syariatmu dan serulah (wahai Muhammad) umat manusia kepada agama Tuhanmu, kerana sesungguhnya engkau adalah berada di atas jalan yang lurus}.[10]

Jalan yang lurus itu adalah jalan wilayah iaitu jalan Ali bin Abi Talib. Allah SWT berfirman: {Allah berfirman: Inilah satu jalan yang lurus, yang tetap Aku memeliharanya}.[11] Tetapi siapakah yang mengikuti jalan Ali (a.s)? Allah SWT berfirman: 

{Maka adakah orang yang berjalan (melalui jalan yang tidak betul, yang menyebabkan dia selalu jatuh) tersungkur di atas mukanya: Boleh mendapat hidayat atau orang yang berjalan tegak betul, melalui jalan yang lurus rata?}[12]

{Dan demikianlah Kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad) Al-Quran sebagai roh (yang menghidupkan hati) dengan perintah Kami; engkau tidak pernah mengetahui (sebelum diwahyukan kepadamu): Apakah Kitab (Al-Quran) itu dan tidak juga mengetahui apakah iman itu; akan tetapi Kami jadikan Al-Quran: Cahaya yang menerangi, Kami beri petunjuk dengannya sesiapa yang Kami kehendaki di antara hamba-hamba Kami dan sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) adalah memberi petunjuk dengan Al-Quran itu ke jalan yang lurus}[13]

{Dan sesungguhnya (Isa) menjadi tanda kedatangan Saa’ah, maka janganlah kamu ragu-ragu tentangnya (Saa’ah) itu dan turutlah (petunjukKu); inilah jalan yang lurus}.[14] Saa’ah itu merujuk kepada Imam Mahdi (a.s), seperti yang dinyatakan dalam riwayat. 

Penetapan di atas jalan kebenaran itu tidak dapat dicapai melainkan melalui Allah dan wakil-wakilNya. Dengan menyifatkan Al-Yamani sebagai [seorang yang menyeru kepada kebenaran dan jalan yang lurus], Imam (a.s) tidak memaksudkan pujian yang berlebih-lebihan, tetapi hanya mengaitkan kebenaran dalam semua maknanya. Walaupun begitu, makna tersebut tidak dapat disempurnakan melainkan oleh salah seorang Hujjat daripada Hujjat Allah dan peribadi maksum yang suci dari keturunan Nabi. Menurut riwayat, tidak wujud dari kalangan Ahlulbayt dan Hujjat-Hujjat Allah pada masa itu (kebangkitan Al Yamani) melainkan Imam Mahdi dan anaknya yang juga washi serta Mahdi pertama. 

Disebabkan Al-Yamani bukanlah Imam Mahdi (a.s), jadi dia mestilah Mahdi pertama, kerana tidak wujud washi selain dia; dan begitu juga baki sebelas Mahdi yang lain adalah dari keturunan Mahdi pertama. Maka sudah semestinya Mahdi pertama adalah Al Yamani yang disebutkan oleh Imam Al-Baqir (a.s) sebagai: “Panji yang paling mendapat petunjuk adalah Al-Yamani. Ia adalah panji petunjuk kerana ia menyeru kepada pemilik kamu (Imam Mahdi a.s). Apabila keluarnya Al-Yamani urusan jualbeli senjata akan dilarang kepada manusia dan kepada setiap Muslimin. Apabila keluarnya Al Yamani, maka bersegeralah kepadanya kerana panjinya adalah panji petunjuk. Tidak dibenarkan bagi muslim untuk berpaling (memberontak) terhadapnya dan barangsiapa yang berbuat demikian adalah kalangan ahli neraka, kerana dia menyeru kepada kebenaran dan jalan yang lurus. 

Rasulullah (sawas) menuntut supaya berbaiah kepada Al-Yamani dalam beberapa riwayat, antaranya adalah seperti berikut: 

Diriwayatkan daripada Thawban, Rasulullah (sawas) bersabda: [Panji hitam akan keluar dari timur seolah-olah berhati besi! Maka sesiapa yang mendengar kedatangan mereka, hendaklah bersegera berbai'ah kepada mereka walaupun terpaksa merangkak di atas salji.] 

Dalam konteks ini, Rasulullah (sawas) bersabda: "Maka sesiapa yang mendengar kedatangan mereka, hendaklah bersegera berbaiah kepada mereka," iaitu baginda (sawas) menyeru manusia supaya berbaiah dan menjawab seruan beliau adalah wajib ke atas semua orang-orang yang mendengarnya. Seorang Maksum tidak pernah menyeru untuk berbaiah kepada seseorang selain daripada peribadi maksum yang dilantik oleh Allah. Selain itu, Rasulullah (sawas) tidak melantik Al-Yamani atau meminta untuk menyandarkan baiah kepadanya dengan kehendak dirinya sendiri; {yang demikian adalah sangkaan orang-orang yang kafir! Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang kafir itu dari azab Neraka}.[15]

{Dan dia tidak memperkatakan sesuatu menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri}.[16] Tidak pernah sama sekali mana-mana Rasul, Imam, atau washi, sama ada di masa lalu atau masa kini dan di masa depan, meminta orang ramai untuk berbaiah kepada seseorang selain daripada peribadi maksum. Malah, mereka sentiasa menganggap bahawa baiah, kedaulatan dan pelantikan adalah hak Allah, manakala pelantikan dan pemilihan oleh manusia adalah tuntutan Iblis. Di samping itu, baginda (sawas) amat menekankan keperluan baiah ini, tanpa ada pengecualian sama ada tua atau muda, lelaki atau perempuan, apabila baginda (sawas) bersabda: “Berbaiahlah kepadanya walaupun kamu terpaksa merangkak atas salji.” Baginda tahu bahawa mereka yang ingkar akan mengemukakan alasan tempang ini sebagai hujah, jadi tiada ruang lagi buat mereka mereka-reka alasan. Dalam konteks ini, saya mahu pembaca yang dikasihi bertanya kepada diri anda sendiri, samada anda adalah salah seorang dari orang-orang yang ingkar tersebut atau tidak? Tiada lagi alasan, walaupun anda terpaksa merangkak di atas salji. Hendaklah anda menuntut bela untuk Allah dan bukan untuk diri anda sendiri, jika tidak, anda akan berakhir bersama-sama dengan Syaitan di dalam Neraka. 

Oleh kerana, sudah jelas kepada kita bahawa Al-Yamani adalah maksum dan sekaligus adalah Hujjat Allah ke atas manusia. Kita juga tahu bahawa Hujjat Allah adalah Nabi-nabi dan Muhammad (sawas adalah Nabi terakhir, serta para Imam yang kesemuanya telah wafat sekarang. Oleh itu, tidak wujud lagi maksumin pada zaman kezuhuran yang suci selain daripada Imam Mahdi (a.s) dan washi Imam Mahdi (a.s). Ditambah pula dengan fakta bahawa Al-Yamani (a.s) bukanlah Imam Mahdi Muhammad bin Al-Hassan (a.s) dan riwayat juga menyebutkan bahawa Al-Yamani adalah salah satu dari tanda-tanda pasti sebelum kemunculan Imam Mahdi (a.s), yang akan keluar dari timur. Manakala Imam Mahdi (a.s) akan muncul dari Mekah di antara Rukun dan Maqam Ibrahim dan bukan dari timur, seperti yang disebutkan dalam beberapa riwayat. Maka disimpulkan bahawa pemimpin panji dari timur, yang Allah dan RasulNya lantik sebagai washi adalah Mahdi pertama (Al-Yamani), kerana dia adalah washi (a.s) dan pelopor bapanya. Washi juga adalah maksum kerana mereka diamanahkan dengan wilayah Ilahi dan baiah, yang juga diberikan kepada Al-Yamani sepertimana yang dinyatakan dalam riwayat. 

Oleh itu, Al-Yamani dan Mahdi pertama mestilah menjadi orang yang sama kerana Rasulullah (sawas) dan Ahlulbayt (a.s) tidak akan menyeru orang ramai untuk berbai'ah kepada dua orang berlainan pada masa yang sama di zaman kezuhuran yang suci. 

Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, akan terdapat 24 Hujjat selepas Rasulullah (sawas) dan hanya dua di kalangan mereka yang akan menyaksikan zaman kezuhuran: iaitu Imam Mahdi (a.s) dan penyedia lapangannya, Mahdi pertama. 

• Al-Sadiq (a.s) berkata: [Selepas Al-Qa'im (a.s), akan terdapat dua belas Mahdi dari kami, dari keturunan Al-Hussein (a.s)][17]

• Rasul Allah (sawas) bersabda: [Sekiranya kamu melihat panji hitam keluar dari Khurasan, bersegeralah kepada mereka walaupun kamu terpaksa merangkak di atas salji, kerana di di dalam nya khalifah Allah Al Mahdi.][18]

Khalifah Allah Al Mahdi adalah orang yang akan membawa panji dari timur dan khalifah-khalifah (pengganti) Al Mahdi adalah dari keturunan Imam Mahdi (a.s) yang berjumlah 12 orang Mahdi kesemuanya. Maka yang pertama dari mereka adalah pemimpin panji dari timur dan dia adalah Hujjat Allah dan maksum. Di samping itu, panji dari timur hanya boleh diketuai oleh peribadi maksum dan mereka yang berpaling daripadanya dan menderhaka kepadanya, adalah terkeluar dari wilayah dan akan dicampakkan ke dalam neraka. Oleh itu, dia mestilah maksum dan riwayat mengesahkan bahawa pemimpin panji Al Yaman adalah satu-satunya yang akan mengalahkan As-Sufyani. 

Riwayat juga menegaskan bahawa pemimpin panji dari timur adalah khalifah Allah Al Mahdi dan Imam Mahdi (a.s) hanya akan berada di bawah satu panji sahaja. Riwayat juga menegaskan bahawa pemimpin panji tersebut adalah Al-Yamani yang tiada siapa berhak untuk memberontak terhadapnya. Beliau juga dari keturunan Muhammad (a.s) dan Muhammad (sawas) mempunyai asal dari Yaman sepertimana disebutkan sebelum ini di dalam hadis-hadis, yang mengatakan bahawa semua penduduk Mekah adalah dari Yaman kerana Mekah terletak di Tihamah; sekaligus ini bermakna bahawa keturunannya juga adalah dari Yaman. Walau bagaimanapun, peribadi yang kita cari adalah pembantu kanan (Al-Yamani) Imam Mahdi (a.s). 

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, Imam Al-Mahdi (AS) akan keluar dari Mekah selepas kedatangan kedua-dua As-Sufyani dan Al-Yamani, kerana mereka adalah dua tanda pasti sebelum kezuhuran baginda (a.s). Sehubungan itu, khalifah Allah Al Mahdi yang datang dari kalangan panji timur adalah Mahdi pertama dan panji timur adalah panji Al-Yamani, washi, pembantu dan ketua tentera Imam Mahdi (a.s). Walaupun penjelasan ini sudah mencukupi, namun masih ada sesuatu yang lebih menjelaskan hal ini iaitu pemimpin panji timur dan Mahdi pertama adalah dari keturunan Imam Mahdi (a.s) yang membawa nama yang sama. 


________________________________________________________________________

[1] Al Imamah wa Al Tabshirah, ms 128. 
[2] Al Ghaybah, Muhammad bin Ibrahim An Nu’mani, ms 264. 
[3] Al Haaqah: 44-46 
[4] Mu’jam Ahadith Al Imam Al Mahdi (a.s), Syeikh Ali Kurani, jilid 3, ms 28. Al Kafi, jilid 1, ms 373. Thawab Al A’mal wa ‘Iqabuha, jilid 3, ms 255. Bihar Al Anwar, jilid 25, ms 112. 
[5] Kitab Al Fitan, Na’im bin Hamaad, ms 165. Mu’jam Ahadith Al Imam Al Mahdi (a.s), jilid 1, ms 397. 
[6] Al An’aam: 94 
[7] Al Amili, ms 306. 
[8] ‘Uyun Akhbar Al Ridha (a.s), ms 145. 
[9] Al Ahqaaf: 30 
[10] Al Haaj: 67 
[11] Al Hijr: 41 
[12] Al Mulk: 22 
[13] Al Shuraa: 52 
[14] Al Zukhruf: 61 
[15] Shaad: 27 
[16] An Najmu: 3 
[17] Bihar Al Anwar, jilid 35, ms 148. Mukhtasar Bashair Darajat, ms 38. 
[18] Ghayat Al Maram, Sayyed Hashim Al Bahrani, jilid 7, ms 103.


Khamis, 3 Januari 2013

KEPELBAGAIAN AL-YAMANI DAN AL YAMANI DARI YAMAN

Kepelbagaian Al Yamani

Figur Al-Yamani telah disebutkan beberapa kali dalam riwayat-riwayat Ahlulbayt (a.s) dengan cara yang berbeza-beza. Ianya membolehkan kita memahami perspektif yang berbeza setiap kali. Ia juga menjelaskan kepada kita bahawa "Al-Yamani" yang datang dari Yaman adalah berbeza daripada Al-Yamani kepada Imam Mahdi (a.s), yang disebut oleh Rasulullah (sawas) dan Imam Al-Baqir (a.s ): "sesiapa yang memberontak terhadapnya adalah dari kalangan ahli neraka," yang akan menjadi tangan kanan Imam Al-Mahdi (a.s), pemimpin tenteranya dan washi yang akan mengambil ikrar taat setia manusia kepada Imam (a.s). 

Di samping itu, akan terdapat satu lagi "Yamani" yang akan menjadi pemimpin tentera Al-Yamani, dia adalah Yamani kepada Al-Yamani. Dalam konteks ini amat wajar untuk kita perhatikan bahawa revolusi Keluarga Muhammad (a.s) yang bertujuan untuk membuka jalan bagi Al-Qa'im (a.s) adalah Al-Yamani kerana mereka mempunyai asal-usul dan punca dari Yaman. Pemimpin revolusi juga adalah Yamani kerana dia mengikuti Ahlulbayt (a.s) sepertimana figur yang mengikut As-Sufyani adalah Sufyani jua. Seharusnya kita faham bahawa 313 pendokong Imam Al-Mahdi (a.s), kesemuanya adalah Yamani dengan merujuk kepada pemimpin mereka iaitu Al-Yamani, kerana dia adalah yang pertama dari kalangan mereka dan ketua mereka. Oleh itu, apabila salah seorang daripada mereka memulakan revolusi, maka ianya akan dipanggil revolusi Al-Yamani. 


Oleh itu, jangan terkeliru apabila berhadapan dengan riwayat yang menyebutkan beberapa Yamani, kerana Al-Yamani mempunyai beberapa pemimpin. Namun begitu, Al-Yamani yang dikhususkan dengan bai’ah kesetiaan dan orang yang menentangnya akan dihumbankan ke dalam api neraka, adalah salah satu Hujjat Allah di muka bumi dan sekaligus adalah maksum. 

Tiada seorang pun dari kalangan para nabi pernah menyeru agar berikrar setia kepada seseorang yang tidak maksum, jadi bagaimana utusan yang paling penting dan kekasih Tuhan sekalian alam meminta agar memberi bai'ah kepada orang yang tidak maksum? Sedangkan dalam masa yang sama, kita didatangkan dengan riwayat yang meminta semua orang yang melihat atau mendengar tentang Al-Yamani, penyeru (dai’e) Ahlulbayt (a.s) agar berbai'ah kepadanya dan menyokongnya. 

Dalam buku 'Asr Al-Dhuhoor oleh Sheikh Al-Kurani, telah disebutkan beberapa kemungkinan mengenai revolusi Al-Yamani. Berikut adalah teks yang berkaitan: 

[Revolusi Al-Yamani mungkin lebih mendapat petunjuk disebabkan dasarnya yang meyakinkan dengan sistem eksekutifnya, samada dalam memilih hanya orang yang setia dan taat sahaja, atau sentiasa memeriksa dan tegas kepada mereka. Dasar ini adalah dasar yang diperintah oleh Islam ke atas setiap pemerintah untuk dilaksanakan kepada pegawai-pegawainya, sepertimana yang dilakukan oleh Amirul Mukminin (a.s) kepada pegawainya di Mesir iaitu Malik Al Ashtar (r.a) pada masa pemerintahannya. Sebagaimana yang diriwayatkan tentang sifat-sifat Al-Mahdi bahawa dia adalah seorang yang tegas dengan pegawai-pegawainya dan amat belas kasihan terhadap orang-orang miskin. Walau bagaimanapun, Iran tidak menerima pakai dasar ini dan tidak menghukum pegawai-pegawai yang mengabaikan atau mengkhianati kepentingan umat Islam di khalayak ramai, agar dapat menjadi pengajaran buat orang lain. Mereka khuatir ini akan melemahkan Republik Islam yang mewakili Islam. Barangkali panji Al-Yamani lebih mendapat petunjuk untuk konsep Islam di peringkat antarabangsa dan pertimbangannya bukan pada sub-sub topik, kefahaman dan konsep kontemporari sedia ada, yang diyakini dan wajib dipatuhi oleh revolusi Islam Iran. 

Walau bagaimanapun, sebab yang lebih kuat dan utama di sebalik hakikat revolusi Al-Yamani ini adalah lebih mendapat hidayah kerana ia mendapat keistimewaan yang terus dibimbing oleh Al-Mahdi (a.s) dan ia adalah satu pelan pergerakan Imam (a.s); iaitu bahawa Al-Yamani mendapat penghormatan bertemu dan mengambil arahan terus daripada beliau (a.s). Hakikat yang menyokong isu ini adalah hadis-hadis yang berkaitan revolusi Yamani memberi fokus pada memuji figur Al-Yamani, pemimpin revolusi yang membimbing manusia ke arah kebenaran dan menyeru mereka untuk mengikuti Imam mereka. Sepatutnya, tiada muslim yang memberontak terhadapnya kerana sesiapa yang berbuat demikian akan dihumban ke dalam Neraka ...

Selain itu, Al-Kurani merujuk revolusi Iran dan revolusi lainnya yang akan mengambil tempat sebelum kemunculan Imam (a.s) dengan berkata: 

Permulaan awal sebegitu yang ditegakkan berasaskan kepada perundangan para ulama dan wakil-wakil politik mereka, tidak disempurnakan dengan syarat kesucian dan kejelasan, sepertimana yang terdapat pada revolusi Al-Yamani yang diberkati dengan bimbingan langsung Imam Al-Mahdi (a.s). 

Manakala kemungkinan wujud beberapa Al-Yamani, dan yang terkemudian menjadi Al-Yamani yang dijanjikan, maka riwayat-riwayat menetapkan bahawa kemunculan Al-Yamani yang dijanjikan adalah serentak dengan As-Sufyani ini. Bermakna mereka akan keluar pada tahun yang sama dan bakal menyaksikan kemunculan Al-Mahdi (a.s). Walaupun begitu, terdapat satu lagi riwayat yang shahih, yang diriwayatkan daripada Imam As-Sadiq (a.s), berkata: [Akan keluar sebelum As-Sufyani, orang Mesir dan Yamani.][1]

Riwayat yang mulia hanya mentakrifkan masa kemunculan Al-Yamani yang pertama adalah sebelum As-Sufyani. Oleh itu, ia mungkin mengambil tempoh yang singkat sebelum kemunculan Al Yamani kedua atau beberapa tahun sebelum itu. Hanya Allah sahaja yang tahu. Salah satu daripada riwayat –riwayat tersebut adalah (Kaser 'Aynaho bi Sana’a), yang telah disebutkan dalam Al-Bihar, jilid 52, halaman 245, diriwayatkan daripada Ubaid bin Zarara, diriwayatkan daripada Imam As-Sadiq (a.s), berkata: As-Sufyani telah disebutkan oleh Abu Abdullah (a.s) apabila dia berkata: [Bagaimana dia akan bangkit sedangkan Kaser 'Aynaho bi Sana'a belum muncul lagi?]. Ini adalah salah satu Hadis yang menarik perhatian, ia disebut dalam sumber peringkat pertama seperti Al-Ghaybah oleh An-Nu'mani dan berkemungkinan shahih. Barangkali peribadi ini akan muncul sebelum As-Sufyani adalah Yamani yang akan membuka jalan bagi Al-Yamani yang dijanjikan seperti yang telah kami sebutkan sebelumnya. Tafsiran ('Aynaho Kaser) juga mungkin mempunyai beberapa penjelasan, yang paling kuat adalah keterangan simbolik yang sengaja dibuat oleh Imam As-Sadiq (a.s), makna yang hanya boleh dijelaskan apabila sampai masa yang sesuai.[2]


Al-Yamani dari Yaman 

Majoriti penyelidik yang mengkaji figur Al-Yamani meletakkan kemunculan Al Yamani sebagai tahap yang sangat penting dalam membuka jalan untuk penubuhan Daulah Keadilan Ilahi telah memberi tumpuan kepada fakta bahawa Negeri Yaman adalah tempat di mana Al-Yamani yang dijanjikan akan memulakan pergerakannya. Majoriti mereka tidak membezakan antara Al-Yamani yang datang dari Yaman dan Al-Yamani kepada Imam Mahdi (a.s), pembantu peribadinya yang akan diberikan bai’ah kepadanya, yang mana Ahlulbayt (a.s) menyifatkan Al Yamani mereka secara terperinci. Namun begitu, disebabkan kewajaran mereka (a.s) yang bijak dan Taqiyyah bagi melindungi dia (Al Yamani) dari musuh gerakan kezuhuran yang Suci, maka hadis-hadis bercakap tentang Yamani yang berbeza dari Al Yamani yang dijanjikan. Kekaburan mereka menyebabkan mereka terpaksa berkisar sekitar hakikat bahawa dia adalah dari Yaman. Dalam riwayat-riwayat yang lain, mereka juga menyebutkan beberapa tokoh pelopor, tetapi kebanyakannya merujuk kepada seorang sahaja iaitu Al-Yamani yang akan keluar dari Yaman, yang akan berjuang menentang seorang yang satu matanya tertutup (As-Sufyani), yang akan mengalahkan Al Yamani dari Yaman. 

• Diriwayatkan daripada Abu Jaafar (a.s), berkata: [...kemudian, Mansur Al-Yamani akan berarak ke arah mereka dari Sana'a dengan tenteranya, mengamuk dengan bersungguh-sungguh, dan membunuh manusia tanpa belas kasihan (seperti pembunuhan semasa era pra-Islam). Kemudian, dia bertemu seorang yang satu matanya tertutup, dengan panji kuning dan pakaian yang berwarna-warni. Satu pertempuran sengit berlaku di antara mereka, dan kemudian seorang yang satu matanya tertutup, As-Sufyani beroleh kemenangan ke atas beliau ...][3]

Manakala Al Yamani yang dijanjikan adalah peribadi yang akan mengalahkan As-Sufyani sepertimana yang dinyatakan dalam kebanyakan riwayat: 

• [... Allah menghantar kepada As-Sufyani, pembantu Al-Mahdi dari timur, maka dia membantai As-Sufyani dan membuatkan tenteranya berundur ke Sham ...][4]

Bukan lagi rahsia bahawa Al-Yamani kepada Imam Mahdi (a.s) adalah pemimpin panji dari timur. 

Walaupun begitu, Al-Yamani dari Yaman adalah dari keturunan Zaid dan dipanggil Hassan atau Hussein mengikut cerita yang diceritakan oleh peramal Sateeh [...kemudian muncul raja dari Sana'a di Yaman, putih seperti salji (kapas putih) yang dipanggil Hassan atau Hussein ...][5]

Ini tidak pernah diriwayatkan daripada maksumin dalam apa jua cara pun, dan Sateeh ini adalah salah seorang yang menghembuskan nafas terakhirnya pada hari Nabi (sawas) dilahirkan. Kematiannya dianggap sebagai antara tanda-tanda baik berhubung dengan kelahiran Nabi (sawas), kerana peramal ini sering mendapatkan beritanya dari jin (iaitu sebelum langit dilindungi dan diharamkan kepada mereka yang mencuri dengar rahsia) Allah SWT berfirman: {Kecuali Syaitan yang curi mendengar percakapan (malaikat di langit), maka ia diburu dan diikuti (dengan rejaman) api yang menyala, yang nyata kelihatan}.[6] Maklumat ini menggabungkan unsur-unsur yang benar dan palsu, dan diketahui bahawa majoriti penyelidik yang mengkaji figur Al-Yamani menyatakan bahawa namanya adalah Hassan atau Hussein tanpa bukti, bahkan memutuskan hal ini semata-mata berdasarkan riwayat Sateeh. Mereka mengambil perkataan peramal sebagai asas perhitungan, di antara mereka ialah Sheikh Ali Al-Kurani dan Sheikh Muhammad As-Sanad yang menganggap maklumat ini sebagai berwibawa seumpama Kalam Allah yang tidak mungkin salah dalam apa jua cara sekalipun. 

Mereka tidak mendengar kata-kata Ahlulbayt (a.s) sebagaimana firman Allah: {Dan di antara mereka ada yang mendengarkanmu (membaca Al-Quran), pada hal Kami telah jadikan tutupan berlapis-lapis atas hati mereka, yang menghalang mereka daripada memahaminya dan Kami jadikan pada telinga mereka penyumbat (yang menjadikan mereka pekak) dan kalaupun mereka melihat tiap-tiap keterangan, mereka tidak juga akan beriman kepada keterangan itu; sehingga apabila mereka datang kepadamu, sambil membantahmu, berkatalah orang-orang yang kafir itu: Ini tidak lain hanyalah cerita-cerita dongeng orang-orang dahulu}.[7] Mereka mengatakan bahawa kata-kata Ahlulbayt (a.s) boleh dipersoalkan atau boleh dikategorikan sebagai shahih atau dhoif dan sebagainya. Kami adalah kepunyaan Allah dan kepada-Nya kami akan kembali. Demi Allah, kalian adalah seburuk-buruk manusia! kalian percaya kata-kata seorang peramal dan kepadanya kalian membina kepercayaan kalian. Bahkan kalian juga menghindar diri daripada kata-kata Ahlulbayt (a.s) yang mendampingi Kitab Allah, yang Rasulullah (sawas) katakan bahawa keduanya tidak berpisah sehingga keduanya bertemu denganku di Haudh. 

Al-Yamani kepada Imam Mahdi (a.s) adalah dinaskan untuk berbai'ah kepadanya sebagaimana yang disebutkan dalam riwayat-riwayat Ahlulbayt (a.s) adalah dari keturunan Imam Mahdi (a.s). Beliau adalah washi dan maksum yang dinaskan untuk diberikan bai’ah kepadanya sepertimana yang diarahkan dan diperintahkan oleh Rasulullah (sawas). Juga dinyatakan bahawa dia adalah dari keturunan Imam Mahdi (a.s) dan namanya adalah Ahmad. Tidak pernah disebutkan dalam wasiat Rasulullah (sawas) yang ditulis pada malam kewafatannnya bahawa dia adalah dari keturunan Zaid. Seorang maksum hanya akan digantikan oleh seorang maksum juga dan dia adalah pengganti (khalifah) bapanya {satu keturunan (zuriat) yang setengahnya berasal dari setengahnya yang lain dan (ingatlah), Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Mengetahui}.[8]

Disebutkan di dalam riwayat-riwayat: 

• Rasulullah (sawas) bersabda: [Tiga orang akan berbunuhan antara satu sama lain di sisi perbendaharaan kamu, kesemua mereka adalah anak-anak khalifah berbeza tetapi tidak seorang pun yang akan menjadi penerimanya. Kemudian, akan keluar panji hitam dari timur dan akan melancarkan pertempuran amat dahsyat terhadap mereka. Seketika itu, baginda menyebut seorang lelaki muda, lalu dia bersabda: apabila kamu melihatnya, maka hendaklah kamu berbai'ah kepadanya kerana dia adalah pengganti (khalifah) Al-Mahdi].[9]

• Diriwayatkan daripada Abu Al-Hassan (a.s), berkata: [Aku melihat panji hijau mara dari Mesir, sehinggalah datang panji dari Sham, maka mereka akan menunjukkan kepada anak pemilik wasiat.][10]

Manakala individu yang dari keturunan Zaid pula: 

• Diriwayatkan daripada As-Sadiq (a.s) dalam hadis berkenaan kezuhuran iaitu tanda-tanda Kezuhuran, berkata: [Akan keluar panji dari timur dan satu lagi dari barat, maka penderitaan akan melanda rakyat Zawraa’ (Baghdad) dan seorang lelaki dari keturunan sepupuku Zaid akan keluar dari Yaman ...][11]

Kemunculan panji dari timur dan barat yang merujuk kepada Al-Yamani dan As-Sufyani adalah berbeza daripada lelaki dari keturunan Zaid, yang disebut secara berasingan. Tiada apa yang dapat menghalang dia kemudiannya daripada menyertai dan berbaiah kepada panji dari timur yang ditetapkan untuk berbai'ah kepadanya iaitu ketuanya (Al Yamani), dia keluar dan berakhir ketika itu juga seolah-olah dia hanya disebut sebagai salah satu dari tanda-tanda Kezuhuran. 

Beberapa riwayat awam menyebutkan bahawa Al-Yamani dari Yaman adalah Qahtani: 

• Dalam kisah-kisah nabi (Qasas Al-Anbia') yang diriwayatkan oleh Kaab : Isa (a.s) mesti turun ke bumi membawa tanda-tanda dan bencana. Orang pertama yang akan keluar dan menduduki negara adalah Al-Ashab yang datang dari Semenanjung Arab. Kemudian, Al-Jurhumi dari Sham akan keluar, diikuti kemudiannya oleh Al-Qahtani dari Yaman. Kaab Al-Ahbar berkata: Ketiga-tiga mereka mendapat kedudukan mereka melalui penindasan, As-Sufyani keluar dari Damsyik.[12]

Pastinya Al-Qahtani yang keluar dari Yaman bukan Al Yamani yang dijanjikan kerana riwayat yang disebutkan di atas bercakap tentang penglibatan beliau dalam perbuatan penindasan: mereka mendapat kedudukan mereka melalui penindasan. Ini tidak cocok buat Al Yamani kepada Imam Mahdi (a.s) kerana dia adalah maksum dan berbaiah kepadanya adalah kewajipan, dia tidak akan membawa manusia kepada kesesatan dan tidak juga menjauhkan mereka dari kebenaran.

Tambahan pula, Al Yamani yang dijanjikan adalah dari keturunan Rasulullah (sawas) yang khusus dari keturunan Imam Mahdi (a.s). Rasulullah (sawas) juga berasal dari adalah keturunan Adnani dan bukan Qahtani. Oleh itu, Al-Yamani Rasulullah (sawas) dari keturunannya adalah Adnani dan bukan Qahtani, bukti ini sahaja sudah mencukupi. Lebih-lebih lagi, pemberontak dari keturunan Zaid sendiri adalah Adnani dan bukannya Qahtani. 

Susur galur keturunan Rasulullah (sawas) kembali kepada Adnan sebagai berikut: Baginda (sawas) adalah Abu Al-Qassim Muhammad bin Abdullah bin Abd Al-Muttalib bin Hashim bin Abd Munaf bin Qussay bin Kalab bin Murra bin Ka’ab bin Lu'ay bin Ghalib bin Fahr bin Malik bin An-Nadir bin Kananah bin Khazima bin Mudrika bin Elias bin Muder bin Nizar bin Ma'ed bin Adnan. Terdapat konsensus bahawa susur galur keturunan Nabi kembali sehingga ke Adnan dan selepas itu sehingga ke Adam adalah kontroversi dan tidak terbukti).[13]


________________________________________________________________________

[1] Bihar Al Anwar,jilid 52, ms 210 
[2] Kitab Asr Al Dzuhoor oleh Syeikh Al Kurani, ms 146-147 
[3] Sharh Ihqaq Al Haq, jilid 29, ms 515 
[4] Sharh Ihqaq Al Haq, jilid 29, ms 620 
[5] Bihar Al Anwar, jilid 51, ms 162 
[6] Al Hijr: 18 
[7] Al An’aam: 25 
[8] Ali Imran: 34 
[9] Bisharat Al Islam, ms 30. 
[10] Al Irshaad, Syeikh Al Mufid, jilid 2, ms 376. 
[11] Mustadrak Safinat Al Bahar, jilid 2, ms 483. Fallah Al Sa’il, ms 170-171. 
[12] Mu’jam Ahadith Al Imam Al Mahdi (a.s), jilid 1, ms 483. Sharh Ahqaq Al Haq, jilid 29, ms 530. 
[13] Al Majmu’, Muhyiddin Al Nawawi, jilid 1, ms 7.



Sabtu, 29 Disember 2012

KEBENARAN TENTANG TAWQI’ IMAM MAHDI (A.S) DAN TAQLID KEPADA MARAJI’


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih 

Muhammad bin Muhammad bin Isam Al-Kulaini meriwayatkan kepada kami dari Muhammad bin Yacob Al-Kulaini, diriwayatkan kepada kami dari Ishak bin Yacob, beliau berkata: Saya meminta Muhammad bin Uthman Al-Umari untuk menyampaikan surat ini, di mana saya bertanya tentang beberapa perkara yang saya kelirukan, jadi Tawqi’ telah diterima dengan tulisan Imam Zaman (a.s): "...Berkenaan perkara-perkara realiti yang berlaku, maka hendaklah merujuk kepada penyampai/periwayat hadith kami (ruwatu hadisina), kerana mereka adalah hujjahku ke atas kamu dan aku adalah Hujjah Allah atas kamu." 

Perbincangan tentang Sanad (Rantaian penyampai) Hadis: 

Ia dianggap lemah menurut ulama-ulama berikut: 

1 - Sayyid Al-Khumaini: (Sanad Tawqi’ adalah lemah). Al Ijtihad wal Taqleed, ms.100. 

2 - Muhammad Said Al-Hakim, selepas beliau menyebut beberapa hadis termasuk hadis Tawqi’: (Ditambah dengan fakta bahawa kesemua sanad-sanad hadis tersebut adalah). Misbah Al-Minhaj Al-Taqleed, ms 13. 

3 - Sayyid Al-Khoei: (ianya adalah lemah dari segi Sanad dan Matan (kandungan hadis). Bagi sanad adalah kerana Ibn Asim dan Ishak bin Yacob adalah majhul "tidak diketahui"). Kitab Al-Sawm oleh Sayyid Al-Khoei, jld.2, ms 83. 


Perbincangan tentang Matan (Kandungan) Tawqi’: 

1 - "penyampai Hadis kami": Tawqi’ mengarahkan kita untuk mengambil undang-undang agama kita dari penyampai Hadis, ia bermakna kita mengambil hadis yang dilaporkan dari ma'sumin (a.s) dan bukan dari mujtahid. Perbezaan antara keduanya adalah jelas. 

· Perawi-perawi Hadis melaporkan hukum-hukum dari Imam sepertimana ianya diriwayatkan. 

· Mujtahid menggunakan empat sumber atau lebih untuk mengeluarkan Fatwa: Al Quran, Sunnah, akal, ijma’. Oleh itu, ia bukan benar-benar tulen dari Thaqolayn. Pendapat dan Ijtihad termasuk di dalamnya. 

2 – Si penanya berkata: "Saya meminta Muhammad bin Uthman Al-Umari untuk menyampaikan surat ini, di mana saya menanya tentang beberapa perkara yang saya kelirukan, jadi Tawqi’ telah diterima dengan tulisan Imam zaman (a.s)." 

Perkara-perkara yang dikelirukan oleh Ishak bin Yacoob adalah pada masa Safir kedua iaitu Muhammad bin Uthman Al-Umari, bermakna kira-kira 50 tahun sebelum berakhir Ghaib Shugro dan di masa hayat Safir keempat. Oleh itu, penyampai Hadis yang dimaksudkan di sini adalah 4 Safir semasa keghaiban Shugro. Jika yang dimaksudkan adalah ulama semasa Ghaib Kubro, maka sepatutnya tandatangan dikeluarkan semasa hayat Safir terakhir! 

3 - Adakah umat Syiah di masa Ghaib kubro mempercayai bahawa Taqlid adalah wajib ke atas mereka? 

Jawapannya adalah tidak, kerana pertama kali Taqlid itu diwajibkan adalah kurang dari seratus tahun yang lalu oleh Kathem Al-Yazdi yang meninggal dunia pada tahun 1919. Beliau yang memulakan bid'ah kewajipan Taqlid kepada bukan maksum. Manakala ulama Syiah sering menganggap Kathem Al-Yazdi seorang ulama yang korup dan ejen Inggeris, kerana beliau telah menyerahkan kunci kota Najaf kepada Inggeris dan menerima pemerintahan Inggeris selepas beliau menjatuhkan hukuman bunuh kepada pemimpin Revolusi Najafi pada tahun 1917. 





Jumaat, 28 Disember 2012

AL YAMANI ANTARA BAHASA DAN PERSONALITI

Dalam usaha memahami intipati istilah "Yamani" ini, maka perlulah merujuk kepada buku-buku bahasa dan Hadis-hadis. Adakah istilah ini merujuk kepada negara, berkat, kuasa, sebelah kanan atau lain-lainnya? Adakah ia terbatas dengan merujuk kepada penduduk Yaman hari ini atau Yamani lain juga walaupun mereka tinggal di negara-negara asing, kerana ia tanah ibunda mereka? 

Telah disebutkan dalam Kitab Majma al-Bahrain, jilid keempat pada halaman 581: 

(YMN): Allah SWT berfirman: {Lalu dia memukul dengan tangan kanannya}[i] dalam erti kata lain, tangan kanan-Nya menunjukkan kuasa dan keupayaan. FirmanNya: {kamulah yang datang kepada kami dari kanan}[ii]. Dikatakan bahawa istilah ini adalah metafora yang merujuk kepada kebaikan dan sisinya, bermaksud (kamu sering datang kepada kami mendakwa mewakili Agama (Islam) dan menghiasi kesesatan kami, lalu kamu menunjukkan kepada kami perkara-perkara tentang agama dan kebenaran yang menyesatkan kami). 

Juga dikatakan bahawa istilah itu adalah metafora merujuk kepada kuasa dan penaklukan kerana tangan kanan dicirikan dengan kuasa, yang dengannya berlaku kekerasan. FirmanNya: {Niscaya benar-benar kami pegang dia pada tangan kanannya}[iii] merujuk kepada kuasa dan keupayaan. Dari segi lain ayat itu bermaksud: Kami akan memotong tangan kanannya dan menghalang beliau daripada bebas bertindak ... 

"Al-Yameen": Ia juga bermakna sumpah, jamak dalam bahasa Arab sebagai "Aymon" atau "Aymaan". Dikatakan bahawa ia telah mendapat makna tersebut kerana ia digunakan orang untuk mengangkat sumpah dengan menggenggam tangan kanan antara satu sama lain. Dikatakan juga bahawa maksudnya diambil dari "Al-Yameen" (kanan), yang merujuk kepada kuasa dan kekuatan kerana seseorang diberi kekuasaan dengan tangan kanan untuk menyempurnakan apa yang telah dia bersumpah untuk melaksanakannya, dan meninggalkan apa yang dia telah bersumpah untuk meninggalkannya. Dikatakan juga bahawa makna tersebut diambil dari "Al-Yumn" bermaksud berkat, kerana berkat diperolehi dengan menyebut atau berdoa kepada Allah ... 

Dalam Hadis [Batu (Hajar Al Aswad) adalah Yameen (tangan kanan) Allah; dengannya Dia akan menjabat sesiapa sahaja yang Dia mahu dari hamba-hambaNya.] Dikatakan: "Hadis tersebut adalah satu analogi dan perbandingan yang berasal dari fakta bahawa apabila raja menjabat tangan seseorang, maka lelaki yang dijabat tangannya hendaklah mencium tangan raja tersebut. Oleh itu, Batu Hajar dibandingkan dengan tangan kanan raja, kerana ianya disentuh dan dicium. Ianya dikurniakan sedemikian kerana perjanjian yang diambil dari keturunan Adam, dan diperintahkan manusia untuk saling berjanji setia sebagaimana firmanNya: {Bukankah Aku ini Tuhanmu?" Mereka menjawab: "Betul [Engkau Tuhan kami], kami menjadi saksi}[iv]. Oleh kerana itu, doa yang dibacakan pada Hajar Al Aswad adalah: "Aku telah memenuhi sumpahku dan menghormati perjanjian-Ku, maka bersaksilah buatku di hadapan Tuhanmu pada hari kiamat." 

"Al-Yameen": sebelah kanan manusia dan lain-lainnya. "Al-Yumna": bertentangan dengan "Al-Yusra" (sebelah kiri). "Yaman": negara Arab dan salah satu daripada negara-negara Semenanjung Arab, yang terletak di antara laut merah, Kerajaan Arab Saudi dan Aden, yang termasuk di dalamnya beberapa pulau-pulau di laut merah. Jumlah penduduknya 4 atau 5 Juta, yang meliputi pantai Tihamah yang dibanjari oleh pergunungan Yaman dan Injad yang terkenal kerana kesuburan dan limpahan airnya. Disebabkan ini juga mengapa Yaman telah dinamakan pada masa lalu sebagai "Fortune of Arabia". Ibu negaranya adalah "Sanaa" dan penduduknya digelar di dalam bahasa Arab sebagai "Yamani" atau "Yamaan" (Yaman) tanpa menekankan huruf "m" untuk meringankan sebutan. Oleh itu, kita menambah "a" di tengah-tengah perkataan dan bukannya "i" yang disifatkan pada akhir perkataan kerana mereka tidak boleh bergandingan bersama di dalam satu perkataan menurut bahasa Arab. Walau bagaimanapun, ada juga yang mengatakan "Yammani" dengan menekankan "m" yang diambil dari Sibawayh. 

Adapun Hadis [Iman adalah Yamaan dan Kebijaksanaan adalah Yamani], dikatakan bahawa Rasulullah (sawas) menyatakan demikian kerana Iman bermula dari "Mekah" yang berada di "Tihamah" yang terletak di tanah "Yaman"; Disebabkan ini juga Kaabah dikenali sebagai "Kaabah Yamani." Tambahan lagi, dikatakan bahawa Rasulullah (sawas) menyebutkan hadis ini ketika baginda berada di Tabuk di mana Mekah dan Madinah memisahkan baginda dari Yaman. Ketika menyebutkan Hadis ini, baginda menuding ke arah Yaman bermaksud Mekah dan Madinah, dan dikatakan juga bahawa dia telah merujuk kepada Ansar-ansar kerana mereka adalah Yamani dan menyokong keimanan, membantu dan mengalu-alukan orang-orang yang beriman, maka dinasabkan keimanan dengan mereka. 

"Al-Yumn": Berkat. Seseorang mungkin membawa berkat kepada kaumnya; Beliau adalah "Maymun" yang melalui dia mereka diberkati. Sebagaimana ungkapan Arab "Tayamantu bihi" bermakna "Saya telah diberkati olehnya." Telah diceritakan bahawa "Nabi (sawas) amat gemar menerima berkat seberapa banyak yang mungkin". "Tayamun" dikenali umumnya sebagai perbuatan yang diberkati dengan sesuatu dan ianya berasal dari perkataan "Yumn" yang bermaksud "berkat". Pengertian yang dimaksudkan adalah "untuk memulakan dengan sesuatu yang paling diberkati ..." 

Selain itu, Mekah adalah di Tihamah yang terletak di bumi Yaman dan penduduk Mekah adalah juga Yamani (berasal dari Yaman). Ianya amat signifikan bahawa Rasulullah (sawas) adalah penduduk Mekah, sekali gus dia juga Yamani seperti yang disebut dalam Hadis berikut: 

• Diriwayatkan daripada Salim bin Qays al-Hilali, berkata: Apabila kami kembali dari Siffin dengan Amirul Mukminin (a.s), beliau tinggal berhampiran sebuah biara Kristian.Kemudian, Sheikh ... dari keturunan hawari Isa Ibni Mariam datang kepada kami ... dan berkata: “bersamaku catatan Isa anak Maryam dan tulisan bapa kami... Allah swt akan mengutuskan seorang lelaki Arab, keturunan Ismail bin Ibrahim Khalil Allah, datang dari tempat yang dipanggil Tihamah dan sebuah kampung yang bernama Mekah. Dia akan dipanggil Ahmed dan akan mempunyai dua belas nama. Dia kemudian menyebutkan utusan, kelahiran, hijrah, pejuang, penyokong, musuh, cara hidup dan pengalaman umatnya selepas pemergiannya dari dunia ini, sehinggalah diturunkan Isa Ibni Mariam dari langit.” Dalam kitab ini, 13 lelaki disebut sebagai dari keturunan Ismail, anak kepada Ibrahim Khalil Allah. Mereka adalah sebaik-baik makhluk dan amat dicintai Allah. Allah akan setia kepada orang-orang yang setia kepada mereka dan akan menunjukkan permusuhan kepada musuh-musuh mereka.][v]

Sajak berikut disifatkan kepada Amirul Mukminin (a.s): 

Aku adalah budak Quraisy yang dipercayai, 
Dikenali dengan kemurahan hati dan kehormatan yang tinggi, 
Kuat seperti singa dengan otot-ototku yang jelas, 
Denganku tuan-tuan Yaman berpuas hati, 
Biarpun mereka penduduk Najad atau orang Aden. 

Puisi ini adalah nyata dan tiada penjelasan lanjut diperlukan: Najad dan Aden kedua-duanya adalah di Yaman. 

• Diriwayatkan dengan otoriti Rasulullah (sawas) sambil memuji Yaman: [Iman adalah Yamani dan Kebijaksanaan adalah Yamani, dan kalaulah tidak kerana hijrah, saya akan menjadi seorang lelaki dari penduduk Yaman.] Dalam satu lagi hadith, Nabi Muhammad (sawas) bersabda: [lelaki terbaik adalah orang-orang Yaman. Iman adalah Yamani dan aku adalah Yamani. Pada hari kiamat, bilangan terbesar kabilah yang akan melangkah ke syurga adalah dari suku Mazhaj.

Penjelasan: Rasulullah saw berkata demikian kerana Iman bermula dari Mekah, yang terletak di Tihamah, yang terletak di tanah Yaman. Inilah sebabnya mengapa Kaabah itu dikenali sebagai "Kaabah Yamani". 

Al-Jawhari berkata: Yaman adalah negara Arab dan penduduknya dipanggil "Yamani" atau "Yamaan", yang yang diringankan sebutannya bagi disifatkan kepada Yaman. Huruf "a" di tengah-tengah perkataan ditambah bukan "i" yang disifatkan pada akhir perkataan kerana kedua-dua huruf ini tidak boleh bergandingan bersama di dalam satu perkataan bahasa Arab. Sibawayh dan beberapa yang lainnya memilih untuk menekankan dua "m" menjadi "Yammani". 

Saya katakan: Al-Fayruz Abadi berkata: Bantuan Tuhanmu datang dari Yaman, dia memaksudkan orang-orang yang akan membantunya adalah dari kalangan penduduk Madinah: pendokong dan tuan rumah dari Yaman.[vi]

Sepertimana Abu Abdullah, Hudhayfah Bin Al-Yamaan: asal nama "Al-Yamaan" dari Hisl atau Husseil, tetapi beliau dinamakan Al-Yamaan kerana dia telah melakukan pembunuhan dan melarikan diri ke Madinah di mana beliau menjadi sekutu orang Abdul Ashhal. Oleh itu, kaumnya menggelar beliau "Al-Yamaan" kerana dia menjadi sekutu pada orang Yaman. Ianya jelas kemudiannya bahawa Al-Yamaan melarikan diri ke Madinah dan tidak ke Yaman.[vii]

Sesetengah riwayat menyebut bahawa Kabah disebut sebagai "Kiblat Yamani", manakala riwayat yang lain pula menyebutkan bahawa ia dipanggil "Kaabah Yamani". Berikut adalah beberapa riwayat ini: 

• Dilaporkan dalam buku Manaqib Al Abi Talib, oleh Ibn Shahr Ashub, jilid 1, halaman 133, di dalam doa yang panjang menyebutkan: (...manusia pada hari perhitungan amal, pemegang kayu ajaib, (pemilik) halaman luas dan pendapat yang betul, Muhammad yang kita cintai yang belas kasihan terhadap orang-orang yang jauh dan mereka yang rapat. Tuan kiblat Yamani, kepercayaan Hanif, Syariah yang diredhai, umat yang mendapat petunjuk dan keturunan Hassan dan Hussein. Tuan Agama dan Islam, dan rumah yang suci ...

• Diriwayatkan di dalam Bihar Al-Anwar, oleh Allamah Al-Majlisi, jilid 15, halaman 310, doa yang dibuat oleh Abi Talib sebelum kelahiran Rasulullah (sawas): [...Aku bersumpah dengan Allah sebagai tempat perlindungan dan Pencipta manusia, aku tahu bahawa dialah yang diterangkan dalam kitab injil dan Taurat yang dicirikan dengan kemurahan hati dan gambaran menyenangkan, dia yang unik pada zamannya tidak lama lagi akan muncul. Malah, terdapat berita bahawa utusan Raja yang Maha Berkuasa akan dihantar pada masa ini, yang dimahkotakan dengan cahaya. Kemudian, dia pergi ke Kaabah dan semua orang mengikutinya kecuali bagi Abu Jahal yang tersentak dengan penghinaan, kemusnahan, kerendahan dan kekalahan. Apabila Abu Talib menghampiri Kabah, beliau berkata: Ya Allah, Tuhan Kaabah Yamani ini, Tuhan bumi yang luas terbentang dan gunung-ganang yang kukuh, jika Engkau sudah membuat keputusan mengenai perkara ini tetapi pengetahuan Engkau kekal tersembunyi dari kami, kami meminta Engkau untuk menguatkan penghormatan dan kebanggaan kami melalui Nabi yang diterima syafaatnya, dan yang kedatangannya telah diramalkan oleh Sateeh. Ya Allah, Tuhan kami! dedahkanlah beliau, percepatkanlah kemunculannya dan jauhkanlah kami dari tipu daya orang-orang yang menentang (kehendak Engkau), kerana Engkau Maha Pengasih Lagi Penyayang.

• Al-Juzri berkata, [Iman adalah Yamaan (dari Yaman) dan Kebijaksanaan adalah Yamani (dari Yaman)] Dia berkata: Rasulullah (sawas) hanya berkata demikian kerana Iman bermula dari Mekah yang terletak di Tihamah, dan Tihamah adalah sebahagian daripada wilayah Yaman, lantas Kabah dipanggil "Kaabah Yamani". Baginda mengatakan sedemikian kepada Ansar-Ansar kerana mereka adalah Yamani dan mendokong keimanan dan orang-orang yang beriman serta menjadi tuan rumah mereka, dan disebabkan itulah mengapa baginda menasabkan keimanan kepada mereka.[viii]

Dalam mukaddimah Bihar Al-Anwar, jilid 1, halaman 1, Allamah Al-Majlisi mengulas: 

(Dengan Nama Allah, Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Dialah Yang meninggikan langit Ilmu, menghiasinya dengan buruj buat penonton-penonton, digantung lampu-lampu petunjuk melalui matahari-matahari Nabi dan bulan-bulan Imam bagi mereka yang ingin berjalan di di jalan keyakinan. Dia menjadikan bintang-bintangnya sebagai rejaman kepada was-was Syaitan, dan Menjaganya daripada keraguan yang menyesatkan dengan cahaya bintang yang terang benderang. Kemudian, Dia gelapkan malamnya dengan fitnah kesesatan dan menyuluh paginya dengan keterangan-keterangan bukti; Dia mempersedia dan membuka hati orang-orang yang beriman untuk memeluk taman-taman kebijaksanaan Yamani, menjadikan mereka bersedia untuk mengambil bunga rahsia ilmu Ilahi dan membawa keluar air dan padang rumput darinya...

Bihar Al-Anwar merangkumi koleksi riwayat Ahlulbayt, yang kata-kata mereka telah diterangkan oleh Allamah Al-Majlisi sebagai taman-taman kebijaksanaan Yamani. Dengan kata lain, Al-Majlisi merujuk Ahlulbayt sebagai Yamani, kerana hubungan mereka dengan Kaabah Yamani dan datuk Yamani mereka iaitu Muhammad (sawas) sepertimana yang dinyatakan dalam hadis. Oleh itu, dapat kita simpulkan bahawa Rasulullah (sawas) adalah Yamani dan berakibat dari itu Ahlulbayt juga adalah Yamani, tidak kira di mana mereka tinggal di bumi Allah yang luas ini. 

Dalam perbualan rahsia antara Allah dan Isa (a.s) ketika menggambarkan Nabi Muhammad (sawas), Allah SWT berfirman: [...Wahai Isa, agamanya akan menjadi agama Hanif dan kiblat Yamani...].[ix]

Oleh itu, jika seseorang mengatakan bahawa "Al-Yamani" berasal dari perkataan Arab "Yumn" yang bermaksud kemakmuran dan berkat, maka datuk mereka Al Mustafa (yang terpilih) adalah "maymoon" (baginda adalah seorang yang diberkati) dan tiada siapa lebih patut mendapat penghormatan selain baginda di kalangan semua manusia. Malah, Hadis menyebut bahawa Ahlulbayt (a.s) berdiri di sebelah kanan Allah dan mereka adalah pemberi keberkatan kepada alam dunia, yang Dia ciptakan (dunia ini) remeh berbanding dengan Kerajaan Syurgawi; di mana tidak ada orang yang diberkati atau orang yang dimakmuri itu menjangkaui atau mengatasi kemakmuran dan keberkatan mereka, kerana mereka adalah ulama-ulama yang lebih digemari Allah berbanding nabi-nabi (a.s). Dalam hal ini, dibawakan satu Hadis yang berkaitan: [Ulama-ulama umatku adalah seperti nabi-nabi Bani Israel][x]; tetapi ia bukanlah seperti yang difahami oleh sesetengah penyamar kedudukan keturunan Muhammad bahawa hadith ini disifatkan kepada selain daripada maksumin (a.s). 

• Ibrahim Bin Hashim meriwayatkan daripada Yahya Bin Abu Omran, daripada Yunus, daripada Jameel: Aku mendengar Abu Abdullah (a.s) berkata: [manusia akan dibahagikan kepada tiga golongan: ulama, yang berpendidikan dan buih; kami adalah ulama, Syiah kami adalah yang berpendidikan, dan manusia lainnya adalah buih].[xi]

Sehubungan itu, ulama-ulama adalah salah satu Syiah mereka dan maka mereka adalah golongan yang mendapat pencerahan dari Hadis-hadis mereka (a.s). Sebaliknya ulama-ulama akan menjadi buih dan dalam riwayat yang lain menyebutkan sebagai orang-orang jembel yang tidak keruan. Para ulama adalah keluarga Muhammad (a.s), mereka adalah lebih baik daripada Nabi-Nabi Bani Israil, kerana kedudukan mereka di sebelah kanan Allah. Jika tidak, mana-mana orang yang waras akan percaya bahawa bukan maksum dan saya maksudkan ulama-ulama hari ini yang membenamkan diri mereka dgn rakus dalam kehidupan dunia adalah lebih baik daripada nabi-nabi Allah yang dikurniakan dengan keazaman dan kesabaran?! Hukum sepertimana yang dinyatakan (a.s) adalah: "Kami adalah ulama" dan perkara terbaik yang seseorang boleh capai adalah berpegang teguh kepada jalan mereka (menjadi salah seorang Syiah mereka) supaya dia dapat belajar daripada mereka (a.s), atau dengan kata lain berpegang kepada riwayat-riwayat mereka tetapi dia tidak pernah sama dengan mereka. Adapun bagi mereka yang tidak termasuk di kalangan Syiah mereka yang belajar, maka mereka adalah orang-orang jembel. Imam (a.s) yang menetapkan bahawa mereka adalah "buih" iaitu orang-orang yang menghukum mengikut pendapat mereka sendiri dan orang-orang jahil yang berkeliaran di dalam daki ilmu pengetahuan. 

• Dikatakan juga bahawa Yaman mendapat namanya daripada kemakmuran dan untung baik (Yumn) dan bahawa Sham mendapat nama kerana petanda jahat (Shu'mh).[xii]

• Diriwayatkan daripada Abu Suleiman penjaga Rasulullah (sawas), berkata: Aku mendengar Rasulullah (sawas) berkata: [Pada malam itu aku telah diangkatkan ke langit, Yang Maha Agung memberitahuku: ... wahai Muhammad, Aku memandang ke Bumi dan memilih kamu ... wahai Muhammad jika salah seorang dari hambaKu terlampau memujaKu sehingga dia menjadi seperti kain kasar dan kemudian datang kepadaKu tanpa memperdulikan wilayahmu, maka Aku tidak akan memaafkan dia sehingga dia mengakui wilayahmu. Adakah kamu ingin melihat mereka, wahai Muhammad? Aku berkata: Ya, wahai Tuhan. Kemudian Dia menjawab: Lihatlah sebelah kanan Arasy. Jadi aku lakukan demikian dan mereka adalah: Ali, Fatima, Al-Hassan, Al-Hussein, Ali bin Al-Hussein, Muhammad bin Ali, Jafar bin Muhammad, Musa bin Jaffar, Ali bin Mussa, Muhammad bin Ali, Ali bin Muhammad, Hassan bin Ali dan Al-Mahdi, kesemua mereka berdiri solat dalam kabus cahaya; di tengah-tengah mereka berdiri Al-Mahdi seumpama sebuah planet yang berkilauan. Dia berkata: Wahai Muhammad, mereka adalah Hujjah-Hujjah (bukti dan kekuasaan Allah) dan ini adalah penuntut bela dari keturunanmu, kebanggaanKu dan penghormatanKu, kerana dia adalah Hujjah di hadapan Awliya-Ku dan penuntut belaKu terhadap musuh-musuhKu.][xiii]

• Rasulullah (sawas) berkata: [...Dia telah menciptakan segala sesuatu, kesemuanya adalah gelap gelita, jadi Dia menerangi mereka dengan cahayaku dan juga Ali. Kemudian, Dia meletakkan kami di sebelah kanan Arasy dan menciptakan malaikat-malaikat. Maka kami memuji dan begitu juga malaikat memuji, kami mengakui Keesaan Allah dan malaikat juga melakukan perkara yang sama...][xiv]

• Dia (SAW) juga berkata: [Ali bin Abi Talib dan aku datang dari cahaya Allah di sebelah kanan Arasy; kami telah memuji dan mensucikan-Nya selama 14000 tahun sebelum Allah swt menciptakan Adam.][xv]

Riwayat terdahulu menerangkan maksud di sebalik figur Al-Yamani yang mendahului Imam. Adakah ianya untuk menegakkan fakta bahawa dia adalah dari Yaman? Keturunan Muhammad (a.s) adalah Yamani sebagaimana yang telah dinyatakan sebelum ini, kerana mereka adalah dari Mekah, yang terletak di Tihamah, yang merupakan dataran pantai sempit yang terbentang dari Semenanjung Sinai di utara ke batas Yaman di selatan, yang terdiri dari bandar-bandar (Najran), (Mekah), (Jeddah) dan (Sana'a), seperti yang disebutkan di dalam Majma 'al-Bahrain, muka surat 583. Perlu diperhatikan juga bahawa keturunan Rasulullah (a.s) merebak pada masa kini bertebaran melata di bumi Allah yang luas. Oleh itu, kita sedar bahawa nama "Al-Yamani" tidak merujuk kepada kewargenaraan seseorang kepada negara Yaman atau mana-mana tanah lain, kerana jika ia bermakna warganegara Yaman secara tetap, maka seharusnya juga meletakkan bahawa As-Sufyani juga adalah warganegara bagi sebuah negara yang dipanggil Sufyan?! 

Tambahan lagi, Rasulullah (sawas) berkata: [... Iman adalah Yamaan (dari Yaman) dan aku adalah Yamani (dari Yaman)

Oleh itu, tidak disyaratkan kepadanya untuk menjadi penduduk kepada negara Yaman apabila dia muncul, bahkan disyaratkan mempunyai hubungan dengan Rasulullah atau mana-mana kaum yang tinggal di Tihamah pada masa itu, untuk benar-benar membuktikan bahawa dia adalah Yamani (dari Yaman). Wajib kita melihat petunjuk-petunjuk dan tanda-tanda lain-lainnya untuk mengenal pasti figur Al-Yamani, kerana akhirat kita bergantung kepadanya di era kezuhuran yang suci. Panji Al-Yamani adalah panji Kebenaran yang unik, dan Kebenaran itu dicari oleh setiap orang beriman yang takut kepada Allah dan tidak mahu memberontak menentang Al-Yamani. Malah, dia yang memberontak terhadapnya akan dihumbankan ke dalam api neraka. Sepertimana 'Awliya Allah adalah dari Yaman, maka yang disingkirkan juga adalah dari Yaman juga. 

Jika yang dimaksudkan dari "Al-Yamani" tidak merujuk kepada negara (Yaman), tetapi kepada sifat "maymoon" (dalam pengertian seseorang yang diberkati). Maka di sini tidak disyaratkan kepada lokasi, tetapi dengan ciri-ciri peribadi itu sendiri dan kedekatan dirinya kepada Allah dan Imam Al-Mahdi (a.s), kerana Muhammad dan Ahlulbaytnya berdiri di sebelah kanan Arasy, sepertimana yang dinyatakan dalam riwayat. Walau bagaimanapun, jika ia merujuk kepada sifat "maymoon" (dalam pengertian seseorang yang beruntung), maka dia adalah seorang yang beruntung di dalam memimpin tentera Imam Al-Mahdi (a.s). Dan dengan itu, sifat yang paling betul untuk digunakan apabila merujuk kepada tokoh Al-Yamani adalah "Yameen" (tangan kanan) Imam. 

"Al-Yameen" adalah tangan kanan yang mana Dia memuliakan para AwliyaNya dan menentang musuh-musuh-Nya, sepertimana yang disebut dalam hadis: [Batu Hitam (Hajar Al Aswad) adalah "Yameen" (tangan kanan) Allah, yang Dia memuliakan sesiapa jua yang Dia mahu dari hamba-hambaNya.] Dikatakan bahawa: Ini adalah metafora dan perumpamaan. Ianya berasal dari fakta bahawa jika seseorang raja memuliakan seseorang, maka orang tersebut hendaklah mencium tangannya, seolah-olah Batu Hitam (Hajar Al Aswad) mempunyai status yang sama seperti tangan kanan raja, kerana ia disentuh dan dicium. Justeru, ia telah disamakan dengan "Yameen" tangan kanan.[xvi]

Dalam hal ini, maksud berikut adalah terpakai iaitu tangan kanan dicirikan dengan kuasa: dan dengannya berlaku kekerasan. Allah SWT berfirman: {Lalu dia memukul dengan tangan kanannya}[xvii] dalam erti kata lain, tangan kanan-Nya menunjukkan kuasa dan keupayaan.[xviii]

Selain itu, mereka (a.s) juga berkata bahawa orang di sebelah kanan mempunyai keutamaan dan kelebihan berbanding seseorang di sebelah kiri. 

Diriwayatkan daripada Abu Muhammad (a.s): Sebab di sebalik wahyu firmanNya: [Katakanlah (wahai Muhammad): Sesiapa memusuhi Jibril[xix] ... kemudian berkata bahawa Jibril duduk di sebelah kanan dan Mikail pada sebelah kiri. Jibril merasa bangga terhadap Mikail kerana dia duduk di sebelah kanan Ali (a.s), yang mana adalah lebih baik daripada duduk di sebelah kiri. Dia bangga akan dirinya, sebagaimana layaknya sahabat raja besar di dunia apabila raja mendudukkan dia di sebelah kanannya, sedangkan sahabat- sahabat lain di sebelah kiri kerusi rajanya. Walau bagaimanapun, kedua-dua mereka merasa bangga diri terhadap Israfil yang berkhidmat di belakang, dan terhadap malaikat maut yang berdiri di hadapan. Berdiri di sebelah kanan atau kiri lebih mulia dan kedua-dua mereka bangga kerana pendamping raja akan menjadi lebih dekat kepada rajanya.][xx]

Sebuah ikrar dan perjanjian diambil dengan tangan kanan (Al-Yameen) sebagaimana Batu Hitam (Hajar Al Aswad) Rukun Iraqi di Kaabah, yang banyak riwayat menyebut bahawa jemaah menyentuh dan mencium semasa ibadah haji mereka . Selain itu, telah diriwayatkan bahawa ianya adalah medium antara Allah dan hamba-hambanya dan bahawa ia adalah saksi kepada orang-orang yang memberi bai'ah. Sebagaimana halnya Al-Yamani yang datang sebelum Imam Al-Mahdi (AS) adalah medium antara Imam (AS) dan rakyat, dan dia adalah orang yang mengambil bai'ah, ikrar dan janjinya daripada rakyat. Beliau juga merupakan "Yameen" (tangan kanan) Imam dan pintu Syurga melalui mana orang datang dalam, manakala Imam adalah Syurga. Orang pergi ke syurga melalui pintu. 

Rasulullah (sawas) bersabda: [Aku adalah kota ilmu dan Ali adalah pintunya. Oleh itu, sesiapa yang mahu memasuki kota tersebut hendaklah memasuki melalui pintunya][xxi], dan barangsiapa yang berpaling dari pintu ini, iaitu mahukan pengganti lain untuk itu hendaklah dianggap sebagai seorang pencuri yang tergolong dalam kalangan ahli neraka. Oleh kerana itu, baginda (a.s) bersabda mengenai washi Al-Yamani: [sesiapa yang memberontak terhadapnya adalah tergolong dari kalangan ahli neraka], kerana dia adalah pintu ke syurga. 

Dalam Kitab 'Jaami’ As-Saadat, jilid 3, halaman 314, telah disebutkan bahawa: 

Semasa menyentuh atau mencium Batu Hitam (Hajar Al Aswad), seseorang perlu ingat bahawa ia mempunyai status tangan kanan Allah (Yameen) di bumi dan ia mengarah kepada perjanjian yang dibuat hambaNya. Rasulullah (sawas) bersabda : [Sentuh atau ciumlah Rukun kerana ia adalah tangan kanan (Yameen) Allah di bumi-Nya, yang dengannya Dia memuliakan makhlukNya sebagai hamba yang mulia atau penceroboh dan menerima sesiapa sahaja yang menyentuh atau menciumnya.] Apabila mengatakan "Rukun", baginda (sawas) memaksudkan: Batu Hitam (Hajar Al Aswad) kerana ia diletakkan di situ. Dan baginda membandingkannya dengan "Al-Yameen" (tangan kanan) kerana ia adalah medium antara Allah dan hamba-hamba-Nya dalam perkara-perkara seperti perolehan, pencapaian, kasih sayang dan keredhaan, sama seperti apa yang tangan kanan lambangkan apabila berjabat tangan. 

As-Sadiq (a.s) berkata: [Apabila Allah, yang disifatkan segala kesempurnaan dan keagungan, mengambil perjanjian orang-orang yang beriman, Dia mengarahkan Batu Hitam (Hajar Al Aswad) untuk menelan perjanjian mereka. Maka ia telah berkata: Aku telah memenuhi sumpahku dan menghormati perjanjianku, oleh itu, bersaksilah bahawa aku menepati janjiku]. 

Dia (a.s) berkata: [Sudut (Rukun) Yamani adalah salah satu pintu ke syurga yang tidak pernah ditutup oleh Allah sejak dia membukanya]. 

Dia (a.s) juga menambah: [Sudut Yamani (tunggak dan sokongan Imam Al-Mahdi) adalah pintu kami ke syurga yang di dalamnya mengalir sungai, yang mana perbuatan-perbuatan hamba dicampakkan.

Saya berpendapat: Batu Hitam (Yamani) yang mengambil perjanjian menjadi saksi kepada setiap orang yang berjanji setia, adalah serupa dengan washi (Al-Yamani) yang mengumpul bai'ah kepada Imam Al-Mahdi (a.s) dan menjadi saksi kepada mereka yang memenuhi komitmen mereka dan menghormati ikrar mereka. Allah SWT berfirman: {dan sempurnakanlah perjanjian, sesungguhnya perjanjian itu akan ditanya.}[xxii]

Adapun berkenaan katanya: “Sudut Yamani (Rukun Al Yamani) adalah salah satu pintu Syurga yang Allah tidak pernah menutupnya sejak Dia membukanya,” menunjukkan bahawa Sudut Yaman dan Batu Hitam mengarahkan kepada figur Al-Yamani. Isu Al- Yamani hadir dalam semua panggilan ilahi yang mampu untuk memimpin manusia atau Ummah, kedua-duanya pada tahap intelektual dan ketenteraan. Isu washi dan ketaatan kepadanya adalah halangan yang menyekat kebanyakan manusia yang hidup di masa panggilan dakwah Ilahi, dan sekaligus menderhaka kepada Hujjat (bukti dan kekuasaan Allah) pada zamannya. Manusia berharap untuk mendapatkan washi dan wasiat lain; ini adalah seumpama seseorang yang berpaling daripada kiblat dan mengambil agama lain, kerana Hujjat adalah kiblat di hadapan manusia. Oleh itu, saya bertanya kepada anda, adakah anda pernah melihat seseorang bersembahyang dengan kiblat di belakangnya? 

Diriwayatkan daripada Ali Bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Ibn Abu Umayr, dari Ibn Uzaynat, dari Al-Fuzail, dari Abu Jaafar (a.s), berkata: [Beliau melihat manusia yang Tawaf mengelilingi Kaabah dan berkata: “mereka sering bertawaf seperti itu semasa era pra-Islam (Jahiliyah) tetapi kemudian, mereka telah diperintahkan untuk tawaf dan berlari ke arah kami untuk memberikan bai'ah, memberitahu kami kecintaan mereka dan menawarkan sokongan mereka. Kemudian dia membaca ayat yang berikut: {Oleh itu, jadikanlah hati sebahagian dari manusia tertarik gemar kepada mereka}][xxiii]

Maksudnya di sini adalah untuk lari ke arah Hujjat (bukti dan kekuasaan Allah) pada zamannya, berbai'ah serta menawarkan kesetiaan, kasih sayang dan sokongan kepadanya. Di sepanjang sejarah kesemua panggilan dakwah Ilahi, washi adalah ujian. Sesungguhnya, sesiapa yang tidak menerima washi bermakna dia juga tidak menerima orang yang melantik washi tersebut, walaupun dia menunjukkan penerimaannya, sepertimana kes Harun (a.s) atau Amirul Mukminin (a.s). Maka barangsiapa yang tidak menerima Ali (a.s), maka dia telah menafikan Muhammad (sawas) dan barangsiapa yang tidak menawarkan cinta, sokongan dan bai'ahnya kepada Ali (a.s) tidak akan mendapatkan hajinya melainkan kesengsaraan. Hadis yang disebutkan di atas menyatakan bahawa ibadah haji bermaksud menerima Hujjat yang dilantik oleh Allah dan RasulNya pada zamannya; jika tidak, Tawaf tanpa penerimaan bai'ah adalah seperti Tawaf semasa era Jahiliah. 

Riwayat Ahlulbayt (a.s) di masa Kezuhuran menyebut supaya memberi bai'ah kepada Al-Yamani. Tatkala ianya thabit di sisi Hadis Rasulullah (sawas) dan Ahlulbayt (a.s) samada di sisi Sunni atau Syiah mengenai kepentingan figur Al-Yamani bagi membuka jalan untuk khalifah teragung yang dilantik oleh Allah. Kita harus fokus dan bertanya tentang "Yamani" (dari Yaman) dan "Yameen" (tangan kanan) Imam Al-Mahdi (a.s). Adakah perlu untuk menentukan figur ini dan membezakannya dari pelbagai figur yang mendahului Imam Al-Mahdi (a.s)? Kita perlu melihat dengan teliti kata-kata Ahlulbayt (a.s) yang dinasabkan ke atas kita, menjaga hubungan antara langit dan bumi, serta berpegang kepadanya dalam usaha untuk kekal selamat dari kesesatan. Isu ini telah disebutkan oleh Rasulullah (sawas) yang juga menyifatkan dua imbangan (thaqolayn) sebagai cara untuk kekal selamat dari kesesatan buat sesiapa jua yang berpegang kepada keduanya. Manakala bagi mereka yang membuat penambahan kepada keduanya dan membuat perkara-perkara lain sama dengan keduanya atau menjadikannya empat bukannya dua dengan berkata: Al-Quran, Itrah, akal dan ijma’, maka saya katakan kepada mereka bahawa sebaik-baik ganjaran dan pembalasan itu hanyalah bagi Allah dan kita akan mendapati pada hari kiamat nanti sama ada Rasulullah (sawas) berkata dua imbangan (thaqolayn) atau empat. 


________________________________________________

[i] Surah As Saafaat 37: 93 
[ii] Surah As Saafaat 37: 28 
[iii] Surah Al Haaqah 69: 45 
[iv] Surah Al A’raaf 7: 171 
[v] Al Ghaybah Al Nu’mani, ms 74 
[vi] Mustadrak Safinat Al Bahar, Syeikh Ali Al Namazi, jilid 1, ms 601 
[vii] Al Ihtijaj, jilid 1, ms 185 
[viii] Bihar Al Anwar, jilid 22, ms 137 
[ix] Al Kafi, jilid 8, ms 139 
[x] Bihar Al Anwar, jilid 2, ms 22 
[xi] Bashair Al Darajat, Muhammad bin Al Hasan Al Safar, ms 28 
[xii] Taj Al Urus, jilid 9, ms 371 
[xiii] Al Tharaif, Syed Ibn Tawoos Al Hasani, ms 173 
[xiv] Ghayat Al maram, Syed Hashim Al Bahrani, jilid 1, ms 48 
[xv] Ghayat Al maram, Syed Hashim Al Bahrani, jilid 1, ms 27 
[xvi] Majma’ Al Bahrain, jilid 4, ms 583 
[xvii] Surah As Saafaat 37: 93 
[xviii] Majma’ Al Bahrain, jilid 4, ms 582 
[xix] Al Baqarah: 97 
[xx] AL Ihtijaj, jilid 1, ms 47 
[xxi] ‘Uyun Akhbar Al Ridha (a.s), jilid, ms 210 - 211, Kanzul Umal, jilid, ms 148. 
[xxii] Surah Al Isra’: 34 
[xxiii] Al Kafi, jilid 1, ms 392