Jumaat, 13 September 2013

MAKSUD YANG PERTAMA BERIMAN DI DALAM WASIAT SUCI RASULULLAH..

Di penghujung hadis wasiat suci Rasulullah sawas menyebutkan bahawa "maka hendaklah diserahkan kepada anaknya iaitu Muqarrab yang pertama (sesetengah sumber menyebutkan Mahdi yang pertama). Baginya tiga nama : nama seperti namaku dan nama bapaku, iaitu Abdullah dan Ahmad. Dan namanya yang ketiga adalah Al Mahdi, dia adalah yang pertama beriman."


Ramai dari kalangan penentang dakwah Ahmad Al Hassan as cuba untuk meragui hadis dengan menakwilkan "dia yang pertama beriman" di sini dengan berbagai takwilan yang menyeleweng dari mafhum yang dikehendaki oleh Rasulullah sawas di dalam wasiat sucinya. Jadi persoalannya sekarang, apakah yang dimaksudkan dengan "dialah yang pertama beriman" di dalam wasiat suci Rasulullah ini?



Apabila kita merujuk kembali apa yang dimaksudkan oleh Quran dan Nabi (sawas) ketika menyebutkan ayat "أول المؤمنين", maka kita akan mendapat jawapannya dengan tepat. 




Ayat 143, surah Al A'raaf:



فَلَمَّا تَجَلَّىٰ رَبُّهُ ۥ لِلۡجَبَلِ جَعَلَهُ ۥ دَڪًّ۬ا وَخَرَّ مُوسَىٰ صَعِقً۬ا‌ۚ فَلَمَّآ أَفَاقَ قَالَ سُبۡحَـٰنَكَ تُبۡتُ إِلَيۡكَ وَأَنَا۟ أَوَّلُ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ



Setelah Tuhannya "Tajalla" (menzahirkan kebesaranNya) kepada gunung itu, (maka) "TajalliNya" menjadikan gunung itu hancur lebur dan Nabi Musa pun jatuh pengsan. Setelah dia sedar semula, berkatalah dia: Maha Suci Engkau (wahai Tuhanku), aku bertaubat kepadaMu dan akulah orang yang awal pertama beriman (pada zamanku).



Mari kita lihat apa yang dimaksudkan dengan ayat yang mulia ini berdasarkan riwayat-riwayat yang menafsirkannya:


وأنا أول المؤمنين وأول المقرين بأنك ترى ولا ترى وأنت بالمنظر الأعلى



Daripada Imam Ali (a.s) pada tafsir kata-kata Nabi Musa (a.s) وَأَنَا۟ أَوَّلُ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ, berkata: "...dan aku adalah yang pertama mengikrarkan bahawa Engkau Melihat dan tidak dapat dilihat, dan Engkaulah tempat penglihatan yang tertinggi." [Kifayat Al Athar, ms 262]



يقول رجعت إلى معرفتي بك؟ عن جهل قومي، (وأنا أول المؤمنين) منهم بأنك لا ترى...



Daripada Imam Ridha (a.s) di dalam hadis yang panjang, berkata tentang tafsir tafsir kata-kata Nabi Musa (a.s) وَأَنَا۟ أَوَّلُ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ : "...dia berkata aku telah kembali daripada kejahilan kaumku kepada makrifatku tentangMu وَأَنَا۟ أَوَّلُ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ dan aku adalah yang awal pertama beriman di kalangan mereka bahawa Engkau Melihat dan tidak dapat dilihat." [Al Ihtijaj, Al Tabrasi, jilid 2, ms 221]




Apa yang dapat kita fahami daripada kedua-kedua riwayat berkenaan dengan tafsir وَأَنَا۟ أَوَّلُ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ, adalah mendahului dalam beriman kepada Allah Taala dan kembali kepadanya, terutamanya di dalam riwayat kedua apabila Imam Ridha (a.s) berkata: "dan aku adalah yang awal pertama beriman di kalangan mereka bahawa Engkau Melihat dan tidak dilihat." Atau dengan kata lainnya aku adalah yang awal pertama beriman dari kalangan kaumku yang meminta untuk melihat Engkau dan yang pertama mengakui dan mendahului bahawa Engkau tidak dapat dilihat.




Manakala Rasulullah (sawas) telah menerangkan secara terperinci tentang makna أَوَّلُ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ ini, ketikamana menggambarkan Amirul Mukminin (a.s) agar orang-orang yang mempunyai hasad kepada Amirul Mukminin (a.s) tidak mentakwilkan makna ayat ini. Rasulullah (sawas) menjelaskan gambaran أَوَّلُ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ kepada Amirul Mukminin (a.s) ini bahawa dia adalah yang awal pertama beriman, atau yang pertama mendahulu dalam iman dan Islam, serta mengakui kenabian Nabi Muhammad (sawas). Bukannya makna lain sepertimana dilakukan oleh penentang-penentang Sayyid Ahmad Al Hassan yang cuba mentakwilkan perkataan Rasulullah (sawas) berkenaan hak washi Imam Mahdi (a.s) bahawa dia adalah yang awal pertama beriman, dengan takwilan selainnya.



قول الرسول الأمين (صلى الله عليه وآله): أنت أول المؤمنين ايمانا واسلاما


Daripada Rasul (sawas), sesunggunya baginda telah bersabda kepada Ali (a.s): "Kamu adalah yang awal pertama beriman dengan keimanan dan keislaman." [Misbah Al Fuqahah, Sayyid Al Khoie, jilid 2, ms 511, notakaki no.2]



وعن أبي ذر قال سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول لعلى (أنت أول من آمن بي وصدق



Daripada Abu Zarr (a.s) berkata: "Aku telah mendengar Rasulullah (sawas) bersabda kepada Ali: Kamu adalah yang pertama beriman denganku dan membenarkanku." [Dakhair Al 'Uqba, ms 58]



فقال يا علي أنت أول المؤمنين إيمانا وأنت أول المسلمين إسلاما وأنت منى بمنزلة هارون من موسى



Rasulullah (sawas) bersabda kepada Ali (a.s): "Wahai Ali kamu adalah yang awal pertama beriman dengan keimanan dan yang awal pertama Islam dengan keislaman, dan kamu di sisiku adalah sama seperti kedudukan Harun di sisi Musa." [Al Arba'una Hadithan oleh Muntajab Ad Dinn Ibn Babawayh, ms 20] 




Berdasarkan riwayat-riwayat di atas, maka terbukti bahawa أَوَّلُ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ yang dimaksudkan oleh Rasul (sawas) adalah dia (Ali) adalah mendahului dalam keimanan, pembenaran dan pengakuan. Oleh itu, tidak dibenarkan untuk mengatakan أَوَّلُ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ selain daripada apa yang dikatakan oleh Rasul (sawas) kepada Ali (a.s). 




Maka hal yang sama juga terpakai kepada Sayyid Ahmad Al Hassan a.s, bilamana Rasul (sawas) menggambarkan hak washi yang pertama Imam Mahdi (a.s) dengan ayat "أَوَّلُ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ", yang menunjukkan bahawa dia (washi) adalah yang awal pertama beriman, membenarkan dan membantu Imam Mahdi (a.s). Dan adalah salah untuk membuat pentakwilan selain itu kerana perbuatan mentakwil selain dari makna ini adalah seumpama pengikut Yahudi dan Nasrani yang mentakwil nama dan sifat-sifat Nabi (sawas) di dalam kitab-kitab mereka. Atau seumpama masyarakat awam sunni yang mentakwil kalam Rasulullah (sawas) kepada Ali (a.s) di dalam peristiwa Ghadir Khum: "من كنت مولاه فهذا علي مولاه", dan mereka berkata bahawa baginda (sawas) tidak mengisyaratkan kepada Imamah dan khilafah tetapi mengisyaratkan kepada sahabat terdekat, yang dikasihi dan wali di dalam urusan agama, dan berbagai takwil batil lainnya yang diilhamkan daripada bisikan was was syaitan (Semoga kami dijauhkan dari hal itu).



Kesimpulannya, dapat ditetapkan maksud kalam Rasulullah (sawas) dalam menggambarkan washi pertama Imam Mahdi (a.) bahawa dia adalah yang awal pertama beriman, atau dengan kata lainnya yang awal pertama beriman dan membenarkan tentang kebangkitan Imam Mahdi (a.s) di akhir zaman. Dengan itu juga, dia mesti wujud atau telah lahir sebelum kebangkitan Imam Mahdi (a.s) untuk membenarkan gambaran ini dengan mutlak ke atasnya.



Khamis, 12 September 2013

RISALAH DAKWAH AL YAMANI AS VERSI BAHASA INDONESIA..


Risalah kecil ini membicarakan sosok pribadi Al Yamani as yang wajib diimani oleh umat syiah sebelum kezuhuran Imam Mahdi Muhammad bin Al Hassan Askariy as.


Yamani yang dijanjikan adalah satu di antara tanda-tanda penting sehubungan dengan Imam Mahdi as. Diriwayatkan dari Maimun Alban bahwa Abu Abdillah Imam Shadiq as berkata: “Lima perkara sebelum kebangkitan al-Qaim (Imam Mahdi) as; Yamani, Sufyani, si penyeru yang memanggil dari langit, gerhana bulan di Baida` dan pembunuhan jiwa yang suci.” (Kamaluddin wa Tamam an-Ni’mah, hal 649)

Tetapi apakah sikap terhadap Yamani seperti sikap terhadap tanda yang muncul lainnya; satu misal apakah dibenarkan sikap tidak ikut-ikutan bagi seseorang ketika Yamani muncul dan bergerak dengan membawa seruan ilahiah?

Menurut riwayat berikut menjadi jawaban bagi pertanyaan tersebut, bahwa Imam Baqir as berkata: “Kemunculan Si Sufyani, Si Yamani dan Si Khurasani (dalam satu masa) di tahun yang sama, di bulan yang sama dan di hari yang sama adalah sebuah tatanan seperti tatanan manik-manik, yang satu mengikuti yang lain. Maka akan ada masalah (yang mengkhawatirkan) dari segala sisi. Celaka bagi orang yang melawan mereka. Tiada panji yang lebih membawa petunjuk dari panji si Yamani. Itulah panji hidayah. Karena dia mengajak kepada (Imam Mahdi as) pemimpin kalian. Jika si Yamani muncul, penjualan senjata bagi semua orang dan setiap muslim dilarang. Jika ia muncul, bangkitlah menuju kepadanya. Sesungguhnya panji yang ada di tangannya adalah panji hidayah. Tidak diperbolehkan bagi setiap muslim untuk berpaling darinya. Siapa yang berbuat demikian, ia tergolong dari para penghuni neraka. Karena dia mengajak kepada kebenaran dan ke jalan yang lurus.” (al-Ghaibah al-Yamani, hal 264)


Isi kandungan:

- Muqaddimah: Tanda-tanda sebelum kezuhuran Imam Mahdi as
- Adakah manusia wajib patuh pada si Yamani dan mendukungnya?
- Ia disebut sang Pengantar
- Ahmad si Yamani yang dijanjikan
- Bagaimana umat mengenal Khalifatullah?
- Hai manusia, hadir sang Penyeru di tengah kalian dan menyeru kalian mendukung agama   Allah
- Dengan apa Ahmad Al Hassan berhujah?
- Kata penutup


Terbitan Anshar Imam Mahdi (as), khusus buat bacaan pencinta Ahlullbayt as di Indonesia..sila klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

Terima Kasih...

Selamat Datang! Hai Penyeru kepada Allah dan Pemegang Panji Hidayah.. 



Jumaat, 23 Ogos 2013

APA KATA AHMAD AL HASSAN (A.S) KETIKA DITANYA BERKENAAN SAHABAT?

Insya Allah, yang kamu maksudkan dengan soalan kamu adalah mereka yang beriman dengan Nabi Muhammad (sawas), membantunya dan membantu agama Allah dengan segala apa yang dikurniakan oleh Tuhan mereka, sehingga mereka disudahi dengan kesudahan yang baik dan meninggal dunia atas mandat (wilayah) Wali Allah serta Hujah Allah dan Khalifah Allah pada zaman mereka. Tidak diragu-ragu lagi bahawa mereka adalah orang-orang yang terbaik di zaman mereka. 

Tetapi jika kamu maksudkan semua yang beriman dengan Nabi Muhammad (sawas) dalam tempoh masa tersebut, maka ketahuilah bahawa ada di kalangan orang-orang yang beriman kepada Nabi Muhammad (sawas) yang murtad pada masa hidup baginda dan sebahagian mereka pula murtad selepas kewafatannya. Sebahagian mereka menzahirkan kemurtadan mereka dan sebahagian mereka pula menyembunyikan ketidak imanan mereka. Di dalam Al-Quran menjelaskan tingkahlaku orang-orang munafik, begitu juga di dalam kitab-kitab sirah di sisi Sunni dan Syiah yang menyebut golongan yang murtad.

Semoga Allah mengurniakan taufik ke atas kamu, ketahuilah bahawa dunia ini keseluruhannya adalah kejahilan melainkan tempat ilmu. Ilmu itu keseluruhannya adalah hujah melainkan apa yang diamalkannya. Amalan itu keseluruhannya adalah menunjuk-nunjuk (riya') melainkan apa yang dilakukan dengan ikhlas. Ikhlas itu dalam keadaan yang amat getir sehinggalah seseorang itu melihat apakah kesudahan baginya.

Dituntut ke atas kamu, sekiranya kamu ingin mengenal kebenaran supaya mematuhi undang-undang Allah, yang diasaskanNYA sejak hari pertama dicipta Adam (a.s) sebagai Khalifah Allah di muka bumiNYA:


وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلاَئِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الأَرْضِ خَلِيفَةً

Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi." (Al Baqarah: 30).

Oleh itu, berimanlah dengan Khalifah-Khalifah Allah dan bantulah mereka dengan segala apa yang dikurniakan oleh Tuhan kamu. Adapun selain mereka (Khalifah-Khalifah Allah) ini, maka kamu tidak dipertanggungjawabkan untuk beriman dengan mereka, samada mereka sahabat Nabi Muhammad (sawas) ataupun selain mereka. Allah tidak akan menanyakan kamu melainkan keimanan kepada Khalifah-KhalifahNYA di muka bumiNYA. Sekiranya kamu berkesudahan dengan baik dan beriman dengan Khalifah-Khalifah Allah di muka bumiNYA pada zaman kamu, maka kamu telah terselamat. Jika tidak maka nerakalah balasannya, semoga Allah melindungi kamu daripadanya.

Undang-undang keimanan ini adalah sepertimana yang telah diperturunkan Allah Taala, adakah kamu dapati padanya keimanan kepada sahabat rasul-rasul iaitu Khalifah Allah di muka bumiNYA, firman Allah Taala:


آمَنَ الرَّسُولُ بِمَا أُنزِلَ إِلَيْهِ مِن رَّبِّهِ وَالْمُؤْمِنُونَ كُلٌّ آمَنَ بِاللّهِ وَمَلآئِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ لاَ نُفَرِّقُ بَيْنَ أَحَدٍ مِّن رُّسُلِهِ وَقَالُواْ سَمِعْنَا وَأَطَعْنَا غُفْرَانَكَ رَبَّنَا وَإِلَيْكَ الْمَصِيرُ

"Rasul telah beriman kepada Al Qur’an yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, demikian pula orang-orang yang beriman. Semuanya beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya dan rasul-rasul-Nya. [Mereka mengatakan]: "Kami tidak membeda-bedakan antara seseorangpun [dengan yang lain] dari rasul rasul-Nya", dan mereka mengatakan: "Kami dengar dan kami ta’at". [Mereka berdo’a]: "Ampunilah kami ya Tuhan kami dan kepada Engkaulah tempat kembali." (Al Baqarah: 285).

Diwajibkan ke atas kamu untuk beriman dengan penutup segala rasul daripada Allah iaitu Muhammad. Para Imam adalah Khalifah-Khalifah Allah di muka bumiNYA,  yang mana mereka adalah utusan Muhammad (sawas) kepada umat manusia. Mereka adalah 12 Imam dan 12 Mahdi sepertimana dalam wasiat Nabi kamu Muhammad (sawas) yang dipindahkan oleh Sheikh Tusi (semoga Allah merahmatinya), dan tiada seorang pun memindahkan wasiat yang serupa di malam kewafatan baginda melainkan dia. Sedangkan Al Quran mewajibkan wasiat di saat kedatangan maut:


كُتِبَ عَلَيۡكُمۡ إِذَا حَضَرَ أَحَدَكُمُ ٱلۡمَوۡتُ إِن تَرَكَ خَيۡرًا ٱلۡوَصِيَّةُ لِلۡوَٲلِدَيۡنِ وَٱلۡأَقۡرَبِينَ بِٱلۡمَعۡرُوفِ‌ۖ حَقًّا عَلَى ٱلۡمُتَّقِينَ

"Diwajibkan atas kamu, apabila seorang di antara kamu kedatangan [tanda-tanda] maut, jika ia meninggalkan kebaikan, berwasiat untuk ibu-bapa dan karib kerabatnya secara ma’ruf,  [ini adalah] kewajiban atas orang-orang yang bertakwa." (Al Baqarah: 180)

Oleh itu, kamu tidak dapat melarikan diri daripada menerima wasiat tunggal ini dan barangsiapa yang menolaknya samada Sunni atau Syiah, maka dia menuduh Nabi Muhammad (sawas) bertentangan dengan Al Quran. Dijauhkan baginda daripada bertentangan dengan kata-kata Allah SWT.


Ahmad Al Hassan

Kitab Al Jawab Al Munir, jilid keempat, ms 23.


KENYATAAN IMAM AHMAD AL HASSAN (AS) BERHUBUNG KEDUDUKAN MAKAM BONDA FATIMAH (AS)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Segala pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam.  Yang mengerakkan bahtera, Yang menundukkan angin, Yang membelah waktu subuh, Yang mengatur agama, Tuhan sekalian alam. Segala puji bagi Allah, yang ketakutan kepadanya menggemuruhkan langit dan penghuninya, yang menggegarkan bumi dan memakmurkannya, yang menggelombangkan ombak lautan dan segala yang berenang di dalamnya.

Ya Allah, sejahterakanlah Muhammad dan keluarga Muhammad, bahtera yang bergerak mengharungi lautan dalam, keselamatanlah buat mereka yang menaikinya dan tenggelamlah buat mereka yang meninggalkannya, mendahului mereka adalah orang yang keluar dari agama dan terkemudian daripada mereka adalah orang yang binasa, dan melazimi mereka adalah orang yang mengikut.

"Ini ialah satu "surah" yang Kami turunkan dan Kami wajibkan hukum-hukumnya, serta Kami turunkan padanya ayat-ayat keterangan yang nyata supaya kamu beringat." (Surah An Noor: 1)

Saya telah meminta kepada mereka yang memimpin kelompok Syiah untuk tampil ke hadapan agar meminta mukjizat berdasarkan lafaz yang saya nyatakan di dalam suratkhabar yang dikeluarkan oleh ansar Imam Mahdi a.s. Namun tiada seorang pun dari kalangan meminta yang tampil meminta sesuatu (mukjizat), disebabkan ini bapa saya Imam Mahdi Muhammad bin Al Hasan al-Askari (as) telah mengarahkan saya untuk menjelaskan sesuatu daripadanya tentang kedudukanku, iaitu sesungguhnya saya adalah wasinya dan yang pertama memerintah dari kalangan anak keturunannya, dan saya adalah taman daripada taman-taman syurgawi yang dikhabarkan oleh Rasulullah (s.a.w.a.s).

Mukjizat pertama yang dizahirkan kepada umat Islam dan semua manusia adalah bahawasanya saya mengetahui kedudukan makam Fatimah (as), darah daging Muhammad s.a.w.a.s. Umat Islam keseluruhannya sebulat suara mengatakan bahawa makam Fatimah (as) hilang dan tiada siapa tahu kedudukan makamnya melainkan Imam Mahdi (as). Beliau memberitahu saya bahawa kedudukan makam Fatimah ibu saya Fatimah (as) adalah bersebelahan makam Imam Hassan (as) dan berada disampingnya, seolah-olah Imam Hassan Mujtaba (as) dikebumikan di pangkuan Fatimah (as). Saya bersedia untuk bersumpah atas apa yang saya katakan demi Allah, Rasul-Nya Muhammad (s.a.w.a.s) dan Ali (as) yang telah mengebumikan Fatimah (as) adalah sebagai saksi. Segala puji semata-mata bagi Allah...

Setiap orang yang mendakwa berhubung dengan Imam Mahdi (as) dalam perkara besar atau kecil tanpa merujuk kepada saya adalah pendusta besar ke atas Allah dan Rasul-Nya. Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan Allah swt. Segala pujian semata-mata bagi Allah...

"Dan sesungguhnya mereka hampir-hampir berjaya mengganggumu daripada tinggal aman di bumi dengan tujuan mereka dapat mengusirmu dari negeri itu; dan jika berlaku demikian, maka mereka tidak akan tinggal di situ sesudahmu melainkan sedikit masa sahaja. (Demikianlah) peraturan (Kami yang tetap mengenai) orang-orang yang telah Kami utuskan sebelummu dari Rasul-rasul Kami dan engkau tidak akan dapati sebarang perubahan bagi peraturan Kami yang tetap itu." (Surah Al Isra 76-77)

Nota: - kepada setiap orang Islam yang membaca warkah ini, hendaklah membuat dua belas salinan dan mengedarkannya. Buat yang berkebolehan menterjemahkannya, hendaklah menterjemahkannya ke dalam bahasa yang mampu diterjemahkannya.

Tinggalan Keluarga Muhammad (as), tonggak kukuh Ahmad Al Hassan,wasi dan utusan Imam Mahdi (as) kepada seluruh umat manusia.Dibantu oleh Jibrail, diluruskan oleh Mikail dan dimenangkan oleh Israfil.Satu keturunan (zuriat) yang setengahnya berasal dari setengahnya yang lain.


Ahmad Al Hassan


1 Syawal 1424 Hijri.



BICARA FB TERKINI IMAM AHMAD AL HASSAN A.S: Saluran Radio Ansar Iraq



Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Suruhanjaya Telekomunikasi dan Media yang terdapat di Iraq dikuasai oleh kelompok penyembah Marajik. Sejak sekian lama para Ansar Imam Mahdi telah mengemukakan permohonan bagi mendapatkan kelulusan rasmi untuk melancarkan saluran radio di Iraq. Mereka memberitahu saya bahawa mereka telah membeli peralatan dan memasang sebuah menara penyiaran. Walau bagaimanapun, suruhanjaya ini enggan memberikan kelulusan bagi melancarkan saluran radio tersebut disebabkan para ulama mereka berasa lemah untuk mematikan bukti-bukti dakwah Mahdawiyah yang diberkati dan mereka tidak mampu menyangkalnya secara ilmiah .

Oleh itu, mereka bergantung kepada saluran-saluran marajik mereka yang sedia ada untuk merakamkan kemenangan mereka dengan menyiarkan pembohongan-pembohongan dan pemalsuan-pemalsuan terhadap dakwah Mahdawiyah yang penuh barakah ini, di samping menipu orang-orang miskin lagi tertindas serta jahil. Tanpa membenarkan sebarang bentuk kenyataan balas atau penjelasan daripada pihak yang disiarkan pembohongan ke atas mereka, kerana mereka takut dan gentar dengan mana-mana radio, saluran televisyen atau saluran media yang menyiarkan bukti-bukti dakwah yang diberkati, yang dapat membuka pintu perbincangan dan perbahasan untuk menjelaskan kebenaran daripada kepalsuan.

Sudah tentu, saluran radio atau televisyen seperti ini akan menunjukkan kejahilan orang-orang yang berhadapan dengan seruan dakwah ini dan kekosongan ideologi mereka. Melainkan, jika mereka mempunyai keupayaan untuk berhadapan dan berhujah berdasarkan dalil dengan dalil dan hujah dengan hujah, nescaya mereka tidak akan menghalang Ansar Imam Mahdi daripada melancarkan saluran radio atau televisyen sendiri.

Saya katakan ini supaya sejarah merekodkan penindasan oleh kerajaan marajik di Iraq terhadap akidah kebenaran yang kami bawakan dan agar mereka tahu bahawa ulama mereka tidak mampu berhadapan dengan dakwah ini secara ilmiah. Kami meletakkan tanggungjawab penindasan intelektual ini sepenuhnya ke atas Perdana Menteri Nuri al-Maliki, melainkan jika beliau menolak penindasan intelektual tersebut dan melaksanakan kewajipan bertindak mengikut batas undang-undang yang termaktub dalam perlembagaan mereka.



Ahmad Al Hassan

19 Ogos 2013 bersamaan 11 Syawal 1434 Hijriah.


Diterjemah dari like page Imam Ahmad Al Hassan a.s: https://www.facebook.com/Ahmed.Alhasan.10313?hc_location=timeline

BICARA FB IMAM AHMAD AL HASSAN A.S: MAKAM IMAM HASSAN BIN ALI A.S

Assalamualaikum warahmatulLahi wabarakatuh

Semoga Allah mengganjari kalian dengan kebaikan daripada Muhammad dan keluarga Muhammad, selawat Allah ke atas mereka.

In sya Allah, kalian di sisi Allah adalah ramai dan pendirian kalian ini disebutkan di kalangan penghuni langit, In sya Allah.

Saya memohon kepada Allah supaya memberkati kalian, memelihara kalian dengan peliharaan-Nya dan memperlindungi kalian ke dalam gua perlindungan-Nya yang kukuh. Dia adalah Penaung-ku dan menaungi orang-orang yang soleh.

Persoalan kepada Ahlussunnah yang dimuliakan, semoga Allah memberikan taufik kepada kalian dan ianya bukan ditujukan kepada kelompok Wahabi yang memusuhi Keluarga Muhammad:

Mengapa kalian tidak mempertahankan kuburan Al Hassan bin Ali (selawat Allah ke atasnya)?

Mengapa kalian tidak menuntut supaya ia dibina semula setelah ianya dibinasakan oleh para Wahabi Takfiri yang merupakan musuh keluarga Muhammad, musuh Muhammad dan musuh Allah?

Bukankah ianya hadis shahih di sisi kalian bahawa Hassan bin Ali adalah penghulu pemuda ahli syurga?

Mengapa kalian tidak mempertahankannya dan seterusnya menyalahkan tindakan meruntuhkan kuburannya sehingga ke hari ini?

Apa yang akan kalian katakan kepada Rasulullah pada hari Kiamat ketikamana baginda menanyakan kalian bagaimana kalian memperlakukan Ahlulbaitku?

Adakah logik apabila kalian membina kuburan yang besar buat seorang faqih seperti Abu Hanifah, tetapi dalam masa yang sama merasa ragu-ragu untuk mempertahankan anak Rasulullah dan penghulu pemuda ahli syurga Hassan bin Ali (selawat Allah ke atasnya), serta meredhai kuburannya kekal binasa setelah ianya dicerobohi oleh musuh-musuh Allah?  




Ahmad Al Hassan,
10 syawal 1434 Hijriah bersamaan 17 Ogos 2013.

APAKAH RUHUL QUDUS (HOLY SPIRIT)?

Ruhul Qudus adalah Roh Kesucian atau Kemaksuman.

Apabila seorang hamba mengabdikan diri dengan niat untuk Allah, Yang Maha Agung, Maha Kuasa, dan ingin menghadap Allah, Allah akan mencintainya dan Allah akan menugaskan untuknya seorang malaikat yang mendorongnya kepada semua kebaikan dan mengeluarkannya dari semua kejahatan, dan memimpinnya menuju Akhlak Mulia, dan Ruhul Qudus akan menjadi perantara untuk menurunkan ilmu kepada manusia tersebut yang mana ia [Ruhul Qudus] telah diamanahkan.

Dan Ruhul Qudus itu ada banyak dan bukan [hanya] satu.

Dan yang ada dengan Isa (as) dan dengan para Nabi tidak sama dengan yang ada bersama Muhammad (saaw), dan Ali (as), dan Fatimah (as), dan para Imam (as), dan [Ruhul Qudus] ini adalah Ruhul Qudus Teragung; yang tidak diturunkan kepada siapa pun kecuali Muhammad (saaw), dan setelah kewafatannya ia diserahkan kepada Ali (as), dan kemudian kepada para Imam (as), dan kemudian setelah mereka kepada dua belas Mahdi.

[Diriwayatkan] dari Ab
u Bashir yang berkata: "Aku bertanya Abu Abdullah (as) mengenai perkataan Allah, Maha Pemberi Rahmat, Maha Tinggi: {Dan Kami telah mewahyukanmu Roh dengan perintah Kami, kamu tidak mengetahui apakah Kitab itu, dan apakah Iman itu} {Quran Suci, Surah Al-Syura 42:52} Maka beliau (saaw) berkata, "Ini adalah ciptaan dari penciptaan Allah Yang Maha Suci dan Maha Agung, yang lebih besar daripada Jibrail dan Mikail (as), ia bersama Nabi Allah (saaw), yang memberitahu dan menegakkannya, dan ia bersama para Imam setelahnya.' "

[Diriwayatkan] dari Abu Bashir yang berkata: "Aku bertanya Abu Abdullah (as) mengenai perkataan Allah, Maha Pemberi Rahmat, Maha Tinggi: {Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakanlah, "Roh itu adalah urusan Tuhanku."} {Quran Suci, Surah Al-Isra 17:85}. Maka beliau (saaw) berkata, "Ini adalah ciptaan yang lebih besar dari Jibrail dan Mikail (as), ia bersama Nabi Allah (saaw), memberitahunya perkhabaran dan ia bersama para Imam dan ia dari Kerajaan Langit' (al-Malakut) " Al-Kafi: Jilid 1, halaman 273.

[Diriwayatkan] dari Abu Hamzah yang berkata: "Aku bertanya Abu Abdullah (as) tentang ilmu, adakah ia merupakan ilmu yang dipelajari oleh seorang ahli ilmu dari mulut manusia, atau adakah ia di dalam Kitab yang bersamamu, kamu membacanya dan kemudian mempelajari darinya? Dia (as) berkata, 'Perkara ini adalah lebih besar dari itu, dan amat penting, tidakkah kamu mendengar Allah, Yang Maha Agung dan Maha Tinggi, berfirman, {Dan Kami telah mewahyukanmu Roh dengan perintah Kami, kamu tidak mengetahui apakah Kitab itu, dan apakah Iman itu} {Qur'an Suci, Surah Al-Syura 42:52}' Kemudian beliau (as) berkata, 'Apa yang teman-temanmu katakan tentang ayat ini, adakah mereka setuju bahawa beliau berada dalam keadaan tidak mengetahui apakah Kitab dan Iman itu?" Lalu aku berkata, "Aku tidak tahu, semoga aku menjadi tebusanmu, apa yang mereka katakan." Maka dia (as) berkata kepadaku, 'Memang, beliau dalam keadaan tidak tahu apakah kitab dan iman itu sehinggalah Allah Yang Maha Kuasa, mengutuskan Roh yang Dia nyatakan di dalam Kitab itu, maka ketika Allah mewahyukannya kepadanya, beliau mengetahuinya dengan ilmu dan kefahaman, dan itu adalah Roh yang Allah, Yang Maha Kuasa, berikan kepada siapa yang Dia kehendaki, maka apabila Dia memberikannya kepada seorang hamba, Dia telah mengajarnya kefahaman' "Al-Kafi: Jilid 1, halaman 274.

Jadi Rasulullah Muhammad (saaw) ketika beliau diturunkan ke dunia jisim (al-‘alam al-jasmani) ini untuk memulai ujian kedua setelah ujian pertama di Alam Zarah (Alam Zarr), beliau ditutupi dengan tubuh fizik ini, tetapi apabila beliau mengabdikan diri kepada Allah, Yang Maha Agung, Maha Mulia, dengan pengabdian yang tidak pernah diketahui Bumi sepertinya, Allah, Yang Maha Agung, Maha Kuasa, mencintainya dan menugaskan untuknya Ruhul Qudus Teragung, dan beliau merupakan pemenang dalam perlumbaan di dunia ini sepertimana beliau juga adalah pemenang perlumbaan ini dalam ujian pertama di Alam Zarah (Alam Zarr).

Dan Ruhul Qudus Teragung ini dahulu ada bersama Rasulullah (saaw), maka apabila pembukaan [hijab] berlaku untuknya, Ruhul Qudus Teragung ini berpindah dari Rasul kepada Amirul Mukminin (as), kerana Rasulullah (saaw) sudah sempurna dalam pelunasan (al-tasdiq) yang muncul melalui pembukaan (al-fath) tadi [lebih] daripada pelunasan melalui Ruhul Qudus Teragung.

Dan begitu juga Imam Al-Mahdi (as) sudah sempurna pelunasan daripada Ruhul Qudus Teragung pada masa kezuhuran, kerana pembukaan [dari hijab] terjadi untuknya pada masa keghaiban kecil, maka Ruhul Qudus Teragung ini berpindah kepada Mahdi pertama. Jadi sepertimana "diri kami dan diri kamu" dihubungkan pada Nabi Allah (saaw) dan Ali (as), begitu juga ia dihubungkan di sini pada Imam Al-Mahdi (as), dan Mahdi pertama (as), dari aspek jubah yang dipakai oleh Rasulullah saaw dan Amirul Mukminin, dan itu adalah: Ruhul Qudus Teragung.

Jika tidak, mereka tidak sama kecuali dari aspek ini, kerana Rasulullah (saaw) lebih utama dari Ali (as), dan begitu juga Imam Al-Mahdi (as) adalah lebih utama daripada Mahdi pertama, dan kesetaraan [antara mereka] dalam aspek ini adalah aspek pakaian, dan itu adalah Ruhul Qudus Teragung, yang dipakai oleh Mahdi pertama, kerana sesungguhnya dia memerlukan pelunasan dan pembukaan belum terjadi untuknya.

Manakala, pembukaan telah terjadi pada Imam Al-Mahdi (as), maka pelunasannya adalah dari pembukaan tersebut, kerana ada ketikanya di mana tidak ada apa pun yang tersisa kecuali Allah, Yang Satu, Maha Penakluk. Adapun bagi Mahdi pertama pembukaan belum terjadi padanya, maka oleh sebab itu dia diperkasa oleh Roh Qudus Teragung ini, dan kita harus berdoa untuknya [dengan mengatakan]: "bahawa dia menyembah-Mu dan tidak menyekutukan-Mu dengan sesuatu" bererti, bahawa dia bahkan tidak melihat "aku" yang ada antara belahan tubuhnya, sehingga dia tidak dapat melihat atau mengenali selain Allah, kerana menyembah adalah mengenali.

Menyembah-Mu bererti Mengenali-Mu, dan tidak menyekutukan-Mu dengan sesuatu [bererti] tidak mengenali selain Engkau, bahkan [tidak] dirinya sendiri, bererti Pembukaan yang Jelas (al-fathul mubin) terjadi padanya.

Begitu juga para sahabat al-Qa'im, selain Mahdi pertama, diperkasa oleh ruhul qudus, akan tetapi ruhul qudus ini, bukan Roh Qudus Teragung, dan masing-masing sesuai dengan [tahap mereka]. Atas alasan tersebut mereka dijadikan maksum: "Perjanjian-mu di telapak tangan-mu." [1], "Allah meletakkan tangan-Nya di kepala para penyembah, maka fikiran mereka akan dikumpulkan bersamanya dan impian mereka akan disempurnakan oleh-Nya" [2]

* * *


____________________
[1] Dari Dala'il Al-Imamah oleh Al-Tabari (Al-Syi'i) halaman 467, dan Al-Ghaibah oleh Al-Nu'mani halaman 319. [Diriwayatkan] dari Al-Baqir (as) yang berkata: "Ketika al-Qa'im bangkit dia akan mengirimkan ke jajahan-jajahan di Bumi, di setiap jajahan [dia akan mengirimkan] seorang lelaki [yang mana Imam akan berkata], 'Perjanjianmu di telapak tanganmu, maka jika ada sesuatu yang kamu tidak faham muncul atau kamu tidak tahu pengadilan di dalamnya, maka lihatlah di telapak tanganmu dan laksanakan dengan apa yang di dalamnya.' "

[2] [Diriwayatkan] dari Abu Ja'afar (as) yang berkata: "Ketika al-Qa'im kami bangkit Allah meletakkan tangan-Nya di atas kepala para penyembah, maka fikiran mereka akan dikumpulkan bersamanya dan impian mereka akan disempurnakan olehnya." Al-Kafi: Jilid 1, halaman 25.


Berdasarkan karya-karya saudara saudari yang diberkati di Al-Mahdyoon:
http://almahdyoon.org/imam/adila/ahl-ketab/348-roh
Lihat lebih lanjut di: http://w.saviorofmankind.com/articles/christian/280-what-is-the-holy-spirit # sthash.RCC1eyMr.dpuf


Diterjemahkan dari rencana What is Holy Spirit/Ma Huwa Ruhul Qudus

Sabtu, 15 Jun 2013

JAWAPAN IMAM AHMAD AL HASSAN A.S BERKAITAN PENGKLAIM PALSU

Soalan:


Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh

Wahai Imam Ahmad Al Hassan (a.s)

Selawat dan salam ke atas Muhammad dan Keluarga Muhammad, para Aimmah dan para Mahdiyyin.


Terdapat seorang pengguna Youtube Heshemboy mendakwa bahawa dia adalah Imam Mahdi (a.s). Terdapat sebahagian ansar yang mempercayai bahawa dia adalah Imam Keduabelas. Apa kata anda dalam perkara wahai Yamani? Saya memohon hidayah kerana Allah dan saya juga berharap anda dapat menjelaskan buat kami, bagaimana kami dapat mengenal Imam Mahdi (a.s).


Saya bermohon kepada Allah agar memberkati anda dan menjadikan saya beserta ansar-ansar yang lain sebagai pengikut sebenar anda dan pengikut Imam Mahdi sebenar. 


Fi amanilLah

Aun Muhammad/ United Kingdom

____________________________________________________________


Jawapan:


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih.

Segala Puji bagi Allah.

Allah berselawat ke atas Muhammad dan Keluarga Muhammad, para Aimmah dan para Mahdiyyin.


Khalifah-khalifah Allah dikenali dengan dalil qath'ie iaitu nas dan kami telah menjelaskan perincian perkara ini di dalam wasiat Rasulullah SAWA. Bagaimana sesungguhnya ia adalah bukti ke atas khalifah-khalifah Allah yang disebutkan mereka di dalamnya, dengan semata-mata mendakwa bahawa mereka dinaskan di dalamnya. Kerana ianya digambarkan sebagai kitab yang terpelihara daripada kesesatan bagi sesiapa yang berpegang dengannya selama-lamanya. Dengan ini akal mewajibkan supaya Allah memeliharanya sehinggalah empunya sebenar mengklaimnya dan menyempurnakan tujuannya iaitu memelihara orang yang berpegang dengan daripada kesesatan. Telah tetap Hujjah dan Khilafah Mahdi Pertama Al Yamani dengan klaimnya tersebut.


Manakala bagi Imam Mahdi (s.a) pula, maka tiada bukti untuk mengenalnya setelah keghaibannya melainkan dengan Hujjah dan khalifah daripada Khalifah-khalifah Allah yang ditetapkan Hujjah dan Khilafah ketuhanannya dengan dalil qathi'e. Tidak terdapat khalifah daripada khalifah-khalifah Allah selepas Imam Mahdi yang mempunyai sifat ini melainkan Mahdi Pertama dari anak-anaknya. Maka setiap pendakwa selain Mahdi Pertama adalah pendakwa bathil. Tiada jalan untuk mendapat ridha Allah serta agama Allah pada zaman ini selain Mahdi Pertama dan dia adalah jalan untuk mentaati Imam Mahdi (a.s). Imam Mahdi tidak berhubung dengan sesiapapun dari kalangan manusia dan tidak menyeru seorang pun dari kalangan manusia setelah mengutuskan utusannya serta penyeru kepada Allah dan kepadanya iaitu Al Yamani dan Mahdi Pertama.


Jadi, pengklaim ini yang kamu bertanyakan tentangnya dan kamu mengatakan dia mendakwa bahawa dia Imam Mahdi Muhammad bin Al Hassan Al Askari adalah seorang pengklaim palsu. Barangsiapa yang mempercayainya adalah sesat dan hendaklah meninggalkan kesesatan ini.



Wassalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh.



Ahmad Al Hassan

Rajab 1434 H.



http://vb.almahdyoon.org/showthread.php?t=23363
http://saviorofmankind.com/homepage/88-english-uk/article/742-imam-pbuh-answer-regarding-false-claimants