Sesetengah pihak
mengandaikan bahawa terdapat pertentangan riwayat-riwayat, apabila setengahnya
mengatakan para Imam itu tigabelas orang dan setengah yang lain pula mengatakan
duabelas orang. Begitu juga dengan riwayat-riwayat Mahdiyyin, sesetengahnya
menjelaskan bilangan Mahdiyyin itu duabelas orang dan sesetengahnya pula
menjelaskan bilangan mereka sebelas orang.
Berdasarkan ini, maka
sesetengah orang mengandaikan terdapatnya pertentangan di antara riwayat-riwayat
ini kerana jahil akan kedudukan sebenar perkara ini. Padahal tidak wujud
pertentangan melainkan di dalam fikiran sesetengah pihak, sedangkan mereka sendiri
telah mengasaskan satu kaedah, iaitu:
Bermaksud, “himpun itu
adalah lebih utama daripada buang”. Kaedah ini digunakan sekiranya terdapat
pertentangan, padahal pertentangan itu tidak wujud pada asalnya. Di kala
pertentangan itu dibayangkan oleh orang yang membayangkannya dalam beberapa
gambaran:
Pertama: wujud
pertentangan antara riwayat-riwayat duabelas Imam dan riwayat-riwayat duabelas
Mahdiyyin, dengan mendakwa riwayat-riwayat yang menunjukkan kepada duabelas
Imam adalah cukup bagi membataskan bilangan Imam itu adalah duabelas orang,
lantas menafikan terdapatnya orang lain sesudah mereka secara mutlak, iaitu:
antara pembahagian pertama dan ketiga.[1]
Kedua: pertentangan
antara riwayat-riwayat yang menunjukkan bilangan Imam itu duabelas orang dan
riwayat-riwayat yang menunjukkan bilangan Imam itu tigabelas orang, iaitu:
antara pembahagian pertama dan kedua.
Ketiga: pertentangan
antara riwayat-riwayat yang mengnaskan bahawa Mahdiyyin itu sebelas orang dan
riwayat-riwayat yang mengnaskan bahawa bilangan mereka adalah duabelas orang,
iaitu: antara pembahagian ketiga dan keempat.
Inilah tiga gambaran
bagi orang yang mengandaikan terdapatnya pertentangan dan tidak ada selain ini.
Kita akan pergi terus kepada
pengkajian ketiga-tiga gambaran ini untuk menghapuskan andaian bahawa wujudnya
pertentangan-pertentangan ini.
Gambaran pertama: andaian
terdapat pertentangan antara riwayat-riwayat duabelas Imam dan riwayat-riwayat
yang menunjukkan bilangan duabelas orang Mahdi, ia terhenti pada menetapkan had
ke atas riwayat-riwayat yang mengnaskan bilangan Imam adalah duabelas orang
supaya menidakkan buat yang lain. Padahal riwayat-riwayat yang menunjukkan
bilangan Imam tiada keterbatasan padanya, kerana tidak terdapatnya kata terhad
(adawat al-hashr) di dalam riwayat-riwayat tersebut.[2]
Di dalam riwayat-riwayat duabelas Imam tidak terdapat satu pun kata terhad ini
(adawat al-hashr), oleh itu, keterbatan seperti yang didakwa adalah tidak wujud
sama sekali pada asalnya.
Barangkali dikatakan
bahawa riwayat-riwayat yang mengnaskan bahawa bilangan Imam itu duabelas orang
adalah duabelas Imam itu sendiri, yang menunjukkan wujudnyanya penidakan
terhadap sebarang penambahan, jika bukan begitu, kenapa dijelaskan bilangannya?
Oleh itu, penjelasan bilangan adalah memadai untuk menunjukkan keterbatasannya.
Jawapan saya:
1.
Hal ini hanya menjadi sempurna sekiranya disebutkan berdasarkan hujah “faham bilangan” (mafhum al-‘adad), bererti: adakah penetapan bilangan itu menidakkan
selainnya atau tidak, apabila terdapat nombor di dalam dalil?
Syeikh
Muzaffar mengatakan: Tidak syak lagi bahawa pembatasan tajuk berdasarkan nombor
yang khusus, tidak menunjukkan penidakan hukum ke atas yang lainnya, apabila
disebutkan: “Berpuasalah 3 hari pada setiap bulan”, ianya tidak menunjukkan
bahawa tidak disunatkan (istihbab) berpuasa selain daripada 3 hari itu, jadi,
dalil tidak menghalang sunatnya berpuasa pada hari lain. Ianya benar, jika
hukumnya adalah wajib, sebagai contoh menghadkan nombor supaya tidak berlaku
penambahan untuk menjelaskan had yang paling tinggi, maka, tiada keraguan pada
pembuktiannya bahawa penambahan adalah haram, seperti berpuasa selama 30 hari
di bulan ramadhan. Tetapi dalil ini adalah dari sudut pengkhususan maksud, dan bukan
dari sudut asal menghadkan nombor sehingga ia menjadi pengertian nombor yang
sama. Sebenarnya keterbatasan nombor itu tidak mempunyai fahaman.[3]
Sayyid
Al-Khoei mengatakan: sekiranya yang dikehendaki daripada “fahaman nombor” itu adalah
untuk permasalahan seperti, “bersedekahlah kamu sebanyak lima dirham” sebagai
bukti bahawa memberi sedekah kurang daripada itu tidak diberi balasan. Walaupun
demikian, perkara ini bukanlah dari sudut pembuktian nombor ke atas pengertian,
tetapi dari sudut orang suruhannya langsung tidak melakukannya, bererti pada
lahirnya orang suruhannya itu tidak menuruti pembalasnya, agar dia mendapat
balasan. Serupa apabila seorang tuan berkata: “kamu muliakanlah Zaid pada hari
jumaat contohnya”, jika dia memuliakannya pada hari khamis maka dia tidak diberi
balasan, kerana orang suruhannya itu tidak menuruti pembalasnya, dan begitu juga apabila seseorang berkata ‘solatlah ke
arah kiblat’, lalu dia bersolat ke arah lain. Dengan kata lain permasalahan “bersedekahlah
kamu sebanyak lima dirham” menunjukkan kewajipan bersedekah dengan nombor
tersebut. Manakala berkaitan pengurangan pula tiada penidakan dan tiada penetapan,
bererti tiada petunjuk yang menidakkan kewajipan bersedekah kurang daripada itu
dan tiada juga petunjuk yang menetapkannya. Adapun tidak membalasinya dalam
permasalahan ini adalah dari sudut orang suruhannya itu tidak bertepatan dengan
apa yang diperintahkan kepadanya. Adapun berkaitan penambahan ke atas nombor
ini, jika wujud pendamping bahawa tuan itu berada pada kedudukan membatasi dan
memerhati nombor, dengan mensyaratkan tidak ditambah bilangannya, maka permasalahan
ini menunjukkan penidakan tambahan itu wajib, bererti besedekah enam dirham itu
tidak wajib bahkan mendatangkan mudharat, seumpama penambahan dalam solat. Sekiranya
tiada pendamping dalam perkara tersebut, maka yang dikehendaki adalah kata-katanya
yang umum bahawa orang suruhannya itu tidak dihalang untuk membuat penambahan
itu.[4]
2.
Pertentangan itu hanya berlaku antara dalil yang mengisbatkan dan dalil
lain yang menafikan apa yang diisbatkan oleh dalil pertama, yang membawa kepada
penafian. Dari sini disebutkan bahawa takrif pertentangan itu adalah: penafian
antara maksud dua dalil.[5]
Dan disebutkan juga: terjadi pertentangan antara dua dalil pada ketika itu,
kerana kedua-duanya saling menafikan maksud dalil yang lain.[6]
Dari sini disebutkan
bahawa tidak wujud pertentangan antara dalil-dalil yang sabit (sudah tetap),
Muhammad Baqir Al-Maliki mengatakan: Pertentangan itu hanyalah membayangkan
antara penafian dan pengisbatan, serta pertentangan itu tidak berlaku dalam
dalil-dalil yang sabit. Kepentingan pengisbatan sesuatu untuk sesuatu tidak
menafikan pengisbatannya untuk sesuatu yang lain.[7]
Berdasarkan apa yang
telah dibentangkan, terbukti bahawa tiada pertentangan antara riwayat-riwayat
yang mengisbatkan hal keadaan para Imam itu duabelas orang dan riwayat-riwayat
yang menetapkan para Mahdiyyin itu duabelas orang.
Begitulah yang
disebutkan dalam gambaran kedua yang menjelaskan antara duabelas orang Imam dan
tigabelas orang Imam, kerana tidak berlaku pertentangan dalam dalil-dalil yang sabit.
Maka, riwayat-riwayat duabelas Imam mengisbatkan bahawa jumlah mereka adalah
duabelas orang, dan begitu juga riwayat-riwayat tigabelas Imam mengisbatkan bahawa
jumlah mereka adalah tigabelas orang, kedua-duanya adalah sabit. Telah dilampirkan
sebelum ini bahawa pertentangan itu hanya berlaku antara penafian dan
pengisbatan, bukan antara dua dalil yang sabit.
Lampiran terdahulu
juga menyebutkan bahawa riwayat-riwayat yang menjelaskan bilangan mereka duabelas orang tidak menunjukkan keterbatasan,
dan ini sekaligus bukanlah pertentangan melainkan ia adalah andaian mudah yang
lebih rapuh daripada sarang labah-labah.
Manakala gambaran
ketiga daripada gambaran pertentangan yang telah dinyatakan terdahulu adalah
antara riwayat-riwayat yang mengira Mahdiyyin itu duabelas orang dan
riwayat-riwayat yang mengira mereka sebelas orang. Maka ia pun begitu juga
kerana tiada pertentangan dalam perkara yang sabit, riwayat-riwayat Mahdi duabelas
orang mengisbatkan bilangan mereka duabelas orang dan riwayat-riwayat Mahdi sebelas
orang mengisbatkan bilangan mereka sebelas orang, kedua-duanya adalah sabit.
Telah dinyatakan bahawa tidak wujud pertentangan antara perkara-perkara yang sabit,
melainkan disebutkan bahawa riwayat yang mengira mereka duabelas orang atau
yang mengira mereka sebelas orang, cukup untuk membataskan mereka dengan
bilangan tersebut. Ini dibina atas pendapat bahawa konsep nombor atau wujud
keterbatasan itu adalah tidak wujud bagi kedua-duanya.
Oleh itu, pendapat yang
mengatakan bahawa wujud pertentangan itu dianggap tidak lebih daripada andaian semata-mata
sepertimana andaian-andaian lain yang bersarang di fikiran orang-orang yang
jahil.
Tinggal dua perkara
lagi yang perlu kita ketahui, iaitu:
1. Riwayat-riwayat yang mengira tigabelas orang Imam
itu membenarkan riwayat-riwayat yang menjelaskan bahawa Mahdiyyin itu sebelas
orang, kerana hal keadaan Mahdi yang pertama iaitu Ahmad Al-Hassan AS, yang adakalanya
dikira bersama dengan para Imam dan jadilah bilangan mereka tigabelas orang dan
diketika itu jadilah bilangan Mahdyyin itu sebelas orang. Adakalanya dikira
bersama Mahdiyyin dan jadilah bilangan mereka duabelas orang, sebagaimana
bilangan para Imam itu menjadi duabelas orang.
Beliau
dikira bersama para Imam disebabkan maqamnya yang tinggi, beliau mempunyai dua
maqam iaitu maqam risalah dan maqam wilayah sebagaimana yang dijelaskan oleh
Sayyid Ahmad Al-Hassan AS di dalam kitab At-Tauhid.[8]
2. Riwayat terdahulu menjelaskan dengan sejelas-jelasnya bahawa pembahagian
kelima daripada pembahagian-pembahagian terdahulu, yang menyebutkan riwayat
wasiat menetapkan bilangan Imam itu duabelas orang dan Mahdiyyin itu duabelas
orang adalah tempat rujukan dalam himpunan pembahagian-pembahagian tersebut. Ia
merupakan ibu kepada keseluruhan pembahagian ini dan dari situ diketahui
keupayaan wasiat yang mulia ini.
[1]
Antara yang mengandaikan pengehadan adalah Syeikh Al-Hurr Al-Amili dengan
berkata: “hadis menghadkan para Imam AS pada duableas orang adalah begitu
banyak sekali.” Al-Iqazh min Al-Haj’ah bil Burhan ‘ala al-Raj’ah, ms 365.
[2]
Disebutkan di dalam kitab Al-Hiwar Al-Qishasi, jilid 3, halaqah 2: mereka
berkata bahawa pengehadan digunakan dalam beberapa kata terhad, sebagai contoh:
hanya (innama), dan pengecualian selepas penafian: seperti kecuali (illa),
selain (ghayr) (siwa) (‘adaa) dan mendahulukan maf’ul seperti kita berkata:
Iyyaka na’budu, bererti “hanya Engkau yang kami sembah” yang menunjukkan pada
menghadkan penyembahan kepada Allah SWT. As-Syahid Muhammad Baqir As-Sadr
(rahimahullah) menyebutkan bahawa apa yang menunjukkan keterbatasan itu adalah
menjadikan yang umum itu tajuk utama beserta takrifannya dan menjadikan yang khusus
itu umum, seperti kita berkata: “Anak kamu adalah Muhammad”, ianya menunjukkan
pengenalan yang membataskan anak itu kepada Muhammad, berbanding apabila kita
berkata: “Muhammad adalah anak kamu”.
Aku tengok blog ni dah terlalu sarat dengan tesis itu dan ini la..terlalu banyak nukil kitab itu dn ini...dah berkati2 bertan2 berkilo..kitab sana la nukil kita sinila...
BalasPadamtulis2 skit..pastu saya andai kan ..ulis2 berjela2 pastu nukil berjela2 hadits..pastu korang yg ta'wil ..dgn ilmu apa? so kenapa perlu percaya...?? hahaha siapa boleh jawab...jawab je la, tapi main bedal je
apa malasah dengan guru kamu ... tu mcm depserate je..suruh orang percaya...
sapa yg boleh sah kan andaian yg korang buat dari kita2b yg korang nukil tapi korang tak percaya penulisnya ..korang salah itu dn ini..bahasa arab pun tk tahu..
so..korang yakin pakai apa..kalau setakat mimpi...halamak...
nenek guard kat sekolah depan tu pun selalu mimpi jumpa nabi2..boleh berubat lagi...dan semua sembuh...