Ahad, 30 September 2012

BERPEGANG TEGUH KEPADA TALI ALLAH



Allamah Jalaluddin Al Suyuti di dalam komentarnya terhadap ayat {Dan berpegang teguh kepada tali Allah} merekod Hadis berikut: "Aku meninggalkan buat kamu dua khalifah, Al-Quran dan Ahlul'baytku, mereka tidak akan berasingan sehingga mereka bertemu dengan aku di kolam (syurga)." 


Riwayat ini juga telah dicatatkan oleh Mufti Ghulam Rasul di Jawahir al Ulum halaman 100 dari kitab Sawaiq al Muhriqah halaman 149, Ibn Hajar merekodkan ini dari Imam Sadiq (a.s): "Kami adalah tali Allah, tentang siapa Allah (swt) telah berfirman: {... dan berpegang teguh kepada tali Allah}"

Ahlulbayt (a.s) adalah Tali Allah, mereka adalah penyampai hidayah dan Imam Ali (a.s) adalah peneraju mereka (a.s). Beliau (a.s) adalah yang paling berwibawa untuk memimpin ummah, di mana Nabi Allah (sawa) mengisytiharkan Wilayah (authoriti) di Ghadir Khumm. Tali Allah bertindak sebagai satu cara untuk mencegah perpecahan, kerana Allah (swt) berfirman: {berpegang teguh kepada tali Allah dan janganlah kamu berpecah belah}. 

Nabi Allah (sawa) bersabda: "Sejurus selepasku, perselisihan dan kebencian akan timbul di antara kamu, apabila timbul situasi seperti itu, pergi dan cari Ali kerana dia boleh memisahkan kebenaran dari kebathilan."  

Kanzul Ummal, oleh Ali Muttaqi al Hind, Jilid 2 halaman 612 (Diterbitkan di Multan) 

"Wahai Ali! Kamu akan menyampaikan secara terbuka kepada umat perkara-perkara yang akan menyebabkan perbezaan selepasku. " 


Dan dari kitab Yanabi al Mawaddat muka surat 503-504 oleh Shaykh Suleman Qandozi al-Hanafi meriwayatkan hadis yang beliau salin dari Mawaddatul Qurba: 

Dari Jabir Ibn Abdullah, Nabi (sawa) bersabda: “Aku Ketua Nabi,' Ali adalah Ketua Ausia (pemegang wasiat). Sesungguhnya wali selepas aku adalah dua belas, yang pertama adalah Ali, yang terakhir adalah al Qaim Imam Mahdi. " 

Dari Ali (r.a), Rasulullah (sawa) bersabda: "dunia ini tidak boleh berakhir sehingga seseorang dari umatku, dari keturunan Hussain bangkit, yang akan memenuhi bumi dengan keadilan sepertimana sebelumnya dipenuh dengan ketidakadilan'. 

Salman al Farsi (r.a) menceritakan: 'Satu hari aku muncul di hadapan Rasulullah (sawa). Aku menyaksikan Hussain di dalam pangkuan baginda, Rasulullah (sawa) mencium pipi dan bibirnya dan bersabda:'kamu adalah Ketua, anak seorang ketua, saudara seorang ketua, kamu adalah seorang Imam, anak kepada Imam, saudara Imam. Kamu hujjah Allah, anak hujjah Allah, saudara hujjah Allah dan bapa kepada sembilan hujjah Allah (swt), kesembilan akan dipanggil Mahdi gelarannya adalah Qo’im. ' 

Daripada Ibn Abbas (r.a), Nabi (sawa) bersabda: 'Aku, Ali, Hasan, Hussain dan sembilan anak-anak Hussain adalah  suci dan maksum.' 

Daripada Ali (a.s), Rasulullah (sawa) bersabda: 'Sesiapa yang ingin menaiki bahtera keselamatan, dan memegang kendalinya dengan erat, dan mengenggam erat Tali Allah (swt) haruslah mencintai Ali dan menjadi musuh kepada musuh-musuhnya, dan dia harus mengikuti Imam Petunjuk dari keturunan Ali. Seseungguhnya mereka adalah khalifahku, dan hujjah Allah (swt) selepasku. Mereka adalah ketua-ketua ummahku dan Pemimpin orang-orang bertaqwa yg memasuki syurga. Kumpulan ini adalah kumpulanku dan kumpulanku adalah kumpulan Allah (swt). Kumpulan musuh-musuh mereka adalah kumpulan Syaitan. " 



Salam sejahtera kepada kamu dan rahmat Allah serta berkatNya melimpah ruah.

TAFSIR AYAT QURAN YANG MENGATAKAN ALLAH MENCEMUH

Soalan 56: 

Apakah makna ayat-ayat Al-Quran yang mengaitkan ejekan dan penipuan kepada Allah, Maha Suci Dia, Yang Maha Kuasa. Sedangkan kita tahu bahawa penipuan dan cemuhan mempunyai makna yang menyinggung perasaan, sebahagian ayat-ayat tersebut adalah: {Orang-orang kafir itu membuat tipu daya, dan Allah membalas tipu daya mereka itu. Dan Allah sebaik-baik pembalas tipu daya} [Ali Imran: 54], {Sesungguhnya orang-orang munafik itu menipu Allah, dan Allah akan membalas tipuan mereka} [Al Nisa’: 142], {Allah akan membalas ejek-ejekan mereka} [Al Taubah: 79], { Allah (membalas) memperolok-olok mereka} [Al Baqarah: 15 ]? 

Jawapan Imam Ahmad Al Hassan (a.s): 

Diriwayatkan daripada Imam Al-Ridha (a.s): "Sesungguhnya Allah, Maha Suci, Maha Tinggi, DIA tidak mencemuh, DIA tidak olok-olok, DIA tidak bertipu daya, dan tidak juga DIA menipu. Namun DIA, Maha Suci, Maha Tinggi, membalas balik mereka dengan balasan cemuhan, dan dengan balasan penipuan dan tipu daya. Allah, Yang Maha Suci, Yang Maha Tinggi, adalah jauh melangkaui apa yang orang-orang yang zalim itu ucapkan "[Bihar Al Anwar, jilid 3, ms 319]

Dan ini bermakna: bahawa Allah, Maha Suci, Maha Kuasa, menunjukkan musuh-musuh Nya, musuh-musuh Aulia Nya dan tentera Nya dari kalangan manusia dan jin. Sesungguhnya tentera Allah, dan parti Allah, dan Aulia Allah berjalan di jalan tertentu dan mereka mengikut manhaj yang tertentu. Jadi iblis dan tenteranya dari kalangan manusia dan jin cuba untuk menghalang jalan ini dengan menggunakan tipu daya, dan penipuan, dan ejekan dan cemuhan. Dan kemudian Allah, Yang Maha Suci, Maha Kuasa, mengubah laluan tentera-Nya bersamaan dengan kaedah mereka. Sehinggakan Iblis dan tenteranya dari kalangan manusia dan jin mendapati bahawa mereka telah terjerumus ke dalam perangkap mereka sendiri, telah dikenakan oleh tipu daya dan penipuan mereka sendiri, dan mereka masuk ke dalam bekas di mana mereka mencemuh dan mengejek. 

Segala Puji adalah untuk Allah semata-mata. 

Ahmad al-Hassan

WILAYAH ATAU BARA'AH, MANA LEBIH UTAMA?

Soalan 90: 


Telah diriwayatkan daripada Ahlul Bayt (a.s):” Sesungguhnya, amalan yang paling baik adalah: Wilayah (menerima otoriti dan mengikuti Ahlul Bayt a.s) dan Baraa’ah (mengisytiharkan berlepas diri daripada musuh-musuh Ahlul Bayt a.s).” Maknanya, menyokong Aulia Allah dari kalangan nabi dan wasi sebagai berautoriti ke atas beliau, dan memusuhi musuh-musuh Allah kerana mereka adalah musuh-musuh para nabi dan wasi dan musuh-musuh Syiah (pengikut ) mereka. Jadi amalan mana satukah yang patut di dahulukan sebelum yang lain, Wilayah atau mengisytiharkan berlepas diri [dari musuh-musuh Allah]? 

Jawapan Imam Ahmad Al Hasan (a.s): 

Baraa’ah [berlepas diri dari musuh-musuh Allah] terkedahulu sebelum Wilayah, sebaliknya, Wilayah tidak dapat dicapai melainkan dengan Baraa’ah [berlepas diri dari musuh-musuh Allah]. Dia yang Maha Tinggi, berfirman: “Sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut dan dia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya dia telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh yang tidak akan putus dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.”[Al Baqarah: 256] Jadi, Dia (swt) telah mendahulukan supaya mengingkari Taghut sebelum mengimani Allah, Maha Suci Dia. Mengingkari Taghut itu adalah: Berlepas diri dari musuh-musuh Allah. Dan beriman kepada Allah adalah: Mengambil Aulia Allah (swt) sebagai mempunyai autoriti ke atasnya. 

Oleh itu, mempercayai Allah (swt) dan benar-benar mengambil Aulia Allah sebagai berautoriti tidak akan dicapai kecuali selepas seseorang berlepas diri dari musuh-musuh Allah dan [dari] musuh Aulia Allah. Di akhir Surah Al-Mujadalah, Dia (swt) menekankan maksud ini, kerana Dia yang Maha Tinggi berfirman yang membawa maksud: kamu tidak akan mendapati orang-orang yang beriman kepada Allah dan akhirat, mencintai orang-orang yang menentang Allah dan memusuhi Allah, RasulNya dan para Imam, walaupun penentang-penentang ini adalah yang paling dekat dengan mereka dalam persaudaraan. Dia yang Maha Tinggi, berfirman: Engkau tidak akan dapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, tergamak berkasih-mesra dengan orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan RasulNya, sekalipun orang-orang yang menentang itu ialah bapa-bapa mereka, atau anak-anak mereka atau saudara-saudara mereka ataupun keluarga mereka. Mereka (yang setia) itu, Allah telah menetapkan iman dalam hati mereka dan telah menguatkan mereka dengan semangat pertolongan daripadaNya dan Dia akan memasukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka tetap kekal di dalamnya. Allah reda akan mereka dan mereka reda (serta bersyukur) akan nikmat pemberianNya. Merekalah penyokong-penyokong (agama) Allah. Ketahuilah! Sesungguhnya penyokong-penyokong (agama) Allah itu ialah orang-orang yang berjaya. [Surah Al-Mujadilah 58:22] 

Dan ini adalah jalan Aulia Allah itu sendiri, kerana mereka pertama mengisytiharkan diri mereka berlepas diri dari Taghut, supaya mereka boleh menunjukkan bahawa berlepas diri dari Taghut diletakkan lebih dahulu dan mendahului iman dan penyerahan kepada-Nya (swt). Jika tidak, bagaimana seseorang akan menjadi seorang Muslim (menyerahkan diri kepada Allah), jika dia memuji dan menyukai Taghut? Atau memuji dan mengasihi seseorang yang menentang Allah dan RasulNya? Walaupun penentang ini adalah dari kaum keluarganya. 

Beginilah Yusuf (a.s) menekankan bahawa Baraa’ah [berlepas diri dari musuh-musuh Allah] didahulukan sebelum Wilayah {Dan jika bajunya koyak dari belakang, maka dustalah perempuan itu dan Yusuf adalah dari orang-orang yang benar". (27) Setelah suaminya melihat baju Yusuf koyak dari belakang, berkatalah ia: "Sesungguhnya ini adalah dari tipu daya kamu orang-orang perempuan; sesungguhnya tipu daya kamu amatlah besar pengaruhnya. [Surah 12:37-38 Yusuf] 

Sabtu, 29 September 2012

STATUS SEBENAR RIWAYAT AL SAMARI YANG MENJADI HUJAH PENENTANG AL YAMANI DARI KALANGAN SYIAH

Jawapan Al Yamani (a.s) tehadap riwayat Al Samari yang menjadi hujah utama penolakan umat Syiah Imamiyyah untuk menerima wasiy dan utusan Imam Muhammad Al Mahdi (a.s) sebelum kemunculannya.


Syeikh Saduq (r.a) meriwayatkan daripada Ali bin Muhammad Al Samari dengan sanad yang sahih, dia telah berkata: “Telah diceritakan kepada kami oleh Abu Muhammad Al Hassan bin Ahmad Al Maktab, dia telah berkata: Aku telah berada di Bandar Al Salam di tahun berlakunya kematian Syeikh Ali bin Muhammad Al Samari (semoga Allah mensucikan ruhnya), aku telah melawatnya beberapa hari sebelum kematiannya, dan dia telah mengeluarkan kepada khalayak ramai Tawqi’ (surat bercop mohor Imam Al Mahdi a.s) yang dicatatnya: “Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih, wahai Ali bin Muhammad Al Samari (semoga Allah membesarkan pahala saudara-saudara kamu pada kamu), sesungguhnya kamu akan mati dalam tempoh masa enam hari! Oleh itu, selesaikanlah segala urusanmu dan jangan kamu mewasiatkan kepada sesiapapun untuk menggantikan tempat kamu. Aku telah diarahkan untuk Ghaibah Penuh dan tidak ada kemunculan melainkan setelah diizinkan Allah Azza wa Jalla, iaitu untuk satu tempoh waktu yang lama, hati-hati manusia menjadi keras, dan kekejaman berleluasa. Maka akan ada di kalangan syiahku yang mendakwa telah melihatku, maka sesiapa yang mendakwa telah melihatku sebelum keluarnya Sufyani dan Saihat (pekikan dari langit), maka dia adalah pembohong besar. Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.” Dia berkata lagi: Maka kami telah mencatatkannya dan kami meninggalkannya selepas itu. Kami kembali kepadanya pada hari keenam dan dia mengelokkan dirinya, seraya ditanyakan kepadanya: “Siapakah wasiy (pemegang wasiat) kamu setelah kamu?” Lalu dia berkata: “Bagi Allah urusan itu dan Dia lah yang menyampaikannya.” Dia (r.a) meninggal dunia selepas itu, dan itu adalah perkataan terakhir yang kami telah dengar darinya. [i]



Dia lah yang menurunkan Al Kitab [Al Qur’an] kepada kamu. Di antara [isi]nya ada ayat-ayat yang muhkamaat itulah pokok-pokok isi Al Qur’an dan yang lain mutasyabihat. Adapun orang-orang yang dalam hatinya condong kepada kesesatan, maka mereka mengikuti sebahagian ayat-ayat yang mutasyabihat untuk menimbulkan fitnah dan untuk mencari-cari ta’wilnya, padahal tidak ada yang mengetahui ta’wilnya melainkan Allah. Dan orang-orang yang mendalam ilmunya berkata: "Kami beriman kepada ayat-ayat yang mutasyabihat, semuanya itu dari sisi Tuhan kami." Dan tidak dapat mengambil pelajaran [daripadanya] melainkan orang-orang yang berakal.”[ii] 



Kata-kata mereka (Imam-imam Ahlulbayt a.s) mempunyai Mutasyabih (kesamaran), sepertimana Kalam Allah SWT (Al Quran) yang Mutasyabih. Beginilah yang telah diriwayat daripada mereka, dan apakah hujah mereka tentang riwayat-riwayat Mutasyabih yang bersangkutan dengan Empunya Urusan (Sohibul Amr) ini? Imam Ali Al Ridha (a.s) telah berkata: “...sesunguhnya, jika kami memberikan kamu apa yang kamu minta, ianya akan menjadi keburukan buat kamu dan sudah tentu kamu akan memenggal leher Empunya Urusan (Sohibul Amr) ini.”[iii]

Daripada Al Ridha (a.s):”Barangsiapa yang merujuk Mutasyabih (kesamaran) Quran kepada Muhkamnya, maka dia telah mendapat petunjuk ke jalan yang lurus,” kemudian dia (a.s) berkata lagi: “Sesungguhnya hadis-hadis kami adalah muhkam seperti muhkamnya Quran dan mutasyabihnya seperti mutasyabih Quran, maka merujuklah mutasyabihnya kepada muhkamnya, dan janganlah kamu mengikuti mutasyabihnya tanpa muhkamnya, pasti kamu akan tersesat.”[iv]

Manusia itu tidak maksum, walaupun sekiranya dia mengikhlaskan niatnya kepada Allah SWT dan melakukan kajian yang mendalam dalam memahami kata-kata mereka (a.s), khususnya riwayat-riwayat mereka (a.s) bersangkutan dengan Empunya Urusan (Sohibul Amr a.s). Dia berkemungkinan akan tersalah faham samada secara keseluruhan atau satu persatu, sekiranya dia betul dalam memahami satu perkara, maka pasti dia akan tersilap dalam memahami perkara lain, kerana kebathilan akalnya yang tidak bersifat maksum. Ingatlah! pada sesiapa jua yang terlalu fanatik dan memberati satu-satu perkara, sedangkan dia jahil tentang kedua-duanya (muhkam dan mutasyabih). Moga-moga mereka yang menyelidiki secara mendalam akan riwayat-riwayat mereka (a.s) mengetahui, bahawa pernah berlaku pada suatu hari, seorang yang telah menzalimi dirinya telah mengarang sebuah kitab berkenaan pendustaan terhadap Quran yang mulia dan menyerahkannya kepada Imam (a.s), lantas Imam (a.s) berkata: “Barangkali orang yang berkata menginginkan suatu perkara yang kamu tidak fahami dari kata-katanya.” Individu tersebut terus berhenti daripada mengarang, lantas mengoyak-ngoyakkan kitabnya.

Justeru aku bertanya soalan yang sama kepada mereka yang menulis tentang isu Imam Al Mahdi (a.s): Barangkali orang yang berkata (Rasulullah dan para Imam a.s) menginginkan sesuatu yang kamu tidak fahami dari kata-katanya?!!!

Wahai mereka yang menulis tentang isu Imam Al Mahdi (a.s), adakah kamu telah merujuk kata-kata mereka (a.s) yang mutasyabih kepada kata-kata mereka yang muhkam?

Sekarang aku ingin bertanya, adakah riwayat daripada Ali bin Muhammad Al Samari ini, mutasyabih (kesamaran) atau muhkam (ketetapan)? Jika kamu mengatakan ianya muhkam, maka aku katakan: Bahawa banyak kumpulan ulamak yang mengklasifikasikan berbagai-bagai makna tentang pemahaman riwayat ini, di antara mereka adalah Al Sayeed Mustafa (semoga Allah merahmatinya), dan Al Sayeed Al Sadr (semoga Allah merahmatinya) dan lain-lain lagi. 

Ini menunjukkan bahawa ada sesuatu yang kurang jelas dalam pemahaman mereka, yang jelas menunjukkan ada kesamaran pada riwayat tersebut. Tidak ada kejelasan pada maknanya, malahan, ianya mutasyabih. Justeru itu, apakah mustahil kamu terjebak dalam kefahaman yang salah terhadap riwayat ini? Dalam masa yang sama, apakah kamu tidak mengetahui bahawa terdapat riwayat yang lebih jelas menunjukkan kewujudan utusan sebelum kemunculan Qo’im (a.s)? Dan jumlah riwayat tersebut adalah tersangat banyak. 

Ini adalah sebahagian contoh untuk diingati, Daripada Al Baqir (a.s):”Shohibul Amr (a.s) akan Ghaib selama beberapa tempoh generasi berlalu,” seraya menunjukkan tangannya kearah “Zee tuwa”. Kemudian Imam (a.s) berkata: “Sebelum dia (a.s) bangkit , mawlanya yang bersama-sama dengannya akan berjumpa dengan sebahagian sahabatnya dan bertanya: ‘Berapa ramai bilangan kamu di sana?’ Akan dijawabnya: ‘Kami seramai empat puluh orang.’ Kemudian dia akan bertanya: ‘Bagaimana kamu sekiranya kamu melihat Pemilik kamu.’ Balas mereka: ‘Demi Allah, sekiranya gunung menentangnya sekalipun, kami akan menentang bersama-sama dengannya.’ Setelah itu, dia mendatangi mereka secara berdepan dan berkata: ‘Tunjukkan ketua-ketua atau sepuluh orang yang terbaik di kalangan kamu, lalu ditunjukkan mereka kepadanya.’ Kemudian mereka berpergian bersama sehingga berjumpa dengan Pemilik mereka, dan membawa mereka balik pada malam berikutnya.”[v]

Di dalam kisah Pulau Hijau (Jazirah Al Hadra’) yang disampaikan oleh sebilangan ulama Syiah yang Thiqah, dan kisah ini diriwayatkan oleh tokoh-tokoh besar Syiah di dalam kitab mereka, antara mereka adalah:
  • Al Mirza Al Noori dalam kitab ‘Al Najmu Al Thaqib, jilid 2, ms 172 
  • Al Sayeed Nurullah Al Tasytari di dalam kitab ‘Majalis Al Mu’mineen’, jilid 1, ms 78 
  • Al Syeikh Ali Al Ha’iri di dalam kitab ‘Ilzam Al Nasib’, jilid 2, ms 85 
  • Al Muqaddis Al Ardabili di dalam kitab ‘Hadiqah Al Syiah’, ms728 
  • Al Faydh Al Kashani di dalam kitabnya ‘Nawadir Al Akhbar’, 300 
  • Al Syahid Al Awwal Muhammd bin Makki 
  • Al Sayeed Hashem Al Bahrani di dalam kitab ‘Tabsirah Al Wali fi man ra’a Al Qo’im Al Mahdi a.s 
  • Al Allamah Al Mirza Al Ridha Al Isfahani di dalam ‘Tafsir Al A’imma li hidayat Al ‘Ammah’. 
  • Al Hurr Al ‘Amili di dalam kitab ‘Asbat Al Huda’, jilid 7, ms 371 
  • Al Muhaqqiq Al Karkiy 
  • Pengasas aliran Usuli yang pertama Al Bahbahani di dalam kitab “Bahsu fi solat Al Jum’ah” 
  • Al Sayeed Abdullah Shubr di dalam kitab “Jala’ Al ‘Uyun” 
  • Al Sayeed Mahdi Bahr Al Ulum di dalam kitab ‘Fawa’id Rijaliyah’, jilid 3, ms 136. 
Terdapat kenyataan yang disampaikan buat menjelaskan riwayat Ali bin Muhammad Al Samiri daripada Imam Mahdi (a.s), dan ini adalah teksnya: 

“Maka aku bertanya, ‘duhai tuan ku, telah diriwayatkan kepada kami oleh syeikh-syeikh kami berkaitan Empunya Urusan (Shohibul Amr a.s), yang berkata ketikamana dia diarahkan untuk keghaiban utama (Ghaib Kubro), ‘sesiapa mendakwa telah melihatku semasa keghaiban utamaku adalah pendusta’. Tetapi, bagaimana ramai yang telah melihatnya dikalangan kamu? Seraya dia berkata: ‘kamu telah berkata benar, sesungguhnya dia (a.s) berkata demikian kerana terlalu ramai musuh-musuhnya, yang terdiri dari kalangan ahli keluarganya dan juga firaun-firaun (penindas/ penzalim) Bani Abbas selain mereka, sehinggakan dari kalangan syiah sendiri menghalang satu sama lain daripada berbicara tentangnya. Walhal buat zaman ini, telah berlalu masa yang lama dan musuh-musuhnya juga telah berputus harap; negeri kita juga jauh dari kekuasaan, penindasan dan kekejaman mereka, dengan berkat Imam (a.s) tiada musuh yang berupaya sampai kepada kita.”[vi]

Sekiranya bukti ini tidak mencukupi buat kamu, aku kemukakan pula dari pintu ilmu yang mereka sendiri beriltizam dengannya: iaitu kaedah rasional yang diakui oleh kaum Syiah di dalam ilmu mantiq dan Usul: Ia adalah prinsip muhmalah (keterabaian) yang bersandarkan sifat juz’iyyat (sebahagian). Isu yang wujud dalam riwayat Al Samari adalah; “sesiapa yang mendakwa telah melihat aku sebelum keluarnya Sufyani dan pekikan dari langit (saihat) adalah pembohong besar,” ia termasuk dalam prinsip muhmalah (keterabaian) yang bersifat juz’iyyat (sebahagian), iaitu ayat tersebut boleh menjadi sebegini, “Sebahagian yang mendakwa telah melihat aku sebelum keluarnya Sufyani dan pekikan dari langit (saihat) adalah pembohong besar.” Disebabkan tidak terdapat petunjuk luaran yang boleh menunjukkan maksudnya bersifat kulliyyat (keseluruhan). Tetapi terdapat petunjuk luaran yang lebih bersesuaian dengan maksud yang bersifat sebahagian. Iaitu riwayat yang menunjukkan bahawa Imam Al Mahdi (a.s) akan mengutuskan seseorang yang akan mewakili dirinya, tidak lama sebelum kebangkitannya; antaranya adalah riwayat yang telah kita bicarakan sebelum ini,[vii] dan juga riwayat Al Yamani serta banyak lagi.[viii] 

Bagi menjelaskan lagi perkara ini, khusus buat mereka yang tidak biasa dengan dengan kaedah Mantiq, aku nyatakan kepada mereka: Kes ini samada ianya tertutup atau terbiar. Tertutup samada ianya bersifat keseluruhan atau sebahagian, iaitu apabila kamu berkata; “kesemua yang mendakwa telah melihat...maka dia adalah pembohong besar.” Justeru, ia menjadi kes yang bersifat keseluruhan, kerana kamu telah memulakannya dengan perkataan “kesemua”. Sekiranya kamu berkata; “Sebahagian yang mendakwa telah melihat...maka dia adalah pembohong besar.” Maka kes ini adalah bersifat sebahagian, kerana kamu telah memulakan dengan perkataan “sebahagian”. Adapun, apabila kamu biarkan kes ini dan buangkan sifat keseluruhan atau sebahagian yang menjadi benteng yang memagarinya, sekaligus menjadikannya bersifat sebahagian, yang langsung tidak dapat disesuaikan dengan sifat keseluruhan. Melainkan wujud petunjuk luar yang dapat menunjukkannya sebagai bersifat keseluruhan. Sekiranya petunjuk luar ini tidak wujud, dan hanya terdapat petunjuk yang bersifat sebahagian, maka kes ini bersifat sebahagian. 

Dalam kes ini,[ix] ianya adalah muhmalah (keterabaian), kerana tidak wujud sebarang petunjuk yang menunjukkan ia bersifat keseluruhan, tetapi terdapat petunjuk yang menunjukkan ia bersifat sebahagian (iaitu riwayat para Imam a.s).[x] Kesimpulannya kes ini bersifat sebahagian, yang sekaligus membuktikan bahawa riwayat Al Samari tidak sama sekali menghentikan utusan (Safarah) dengan apa cara sekalipun. Segala puji hanya bagi Allah, satu-satunya.

Jadi, Apakah mungkin merujuk perkara ketetapan (Muhkam) kepada perkara kesamaran (mutasyabih)?!!! Dan Lihat pula, bagaimana mereka melemparkan perkara ketetapan (Muhkam) ke dinding?!!! 

Firman Allah SWT:

”Adapun orang-orang yang dalam hatinya condong kepada kesesatan, maka mereka mengikuti sebagian ayat-ayat yang mutasyabihat untuk menimbulkan fitnah dan untuk mencari-cari ta’wilnya”[xi]

Setelah itu, aku ingin bertanya: adakah Al Yamani bangkit selepas pekikan dari langit (saihat) sebagaimana yang dilontarkan oleh mereka yang menulis tentang isu Imam Mahdi (a.s)? Kalau begitu, lihat: adapun pekikan dari langit (saihat) itu berlaku di bulan Ramadhan – keluar atau bangkitnya Al Yamani pula pada bulan Rajab. Sekiranya kebangkitan Al Yamani berlaku selepas pekikan dari langit (saihat), iaitu pada Rajab selepas Ramadhan. Ini bermakna Al Yamani akan keluar selepas kebangkitan Imam Al Mahdi (a.s). Nyata sekali, kefahaman ini adalah salah kerana kebangkitan Imam Al Mahdi (a.s) adalah di bulan Muharram, manakala Rajab muncul selepas Muharram. Perkara ini amat jelas dan tiada dolak dalik lagi padanya.

Maha Suci Allah, sebahagian mereka berkata: Seseungguhnya kami diarahkan untuk mendustakan utusan Imam Al Mahdi (a.s) berdasarkan riwayat Al Samari, walaupun didatangkan dengan ilmu. Mereka lupa bahawa para Imam (a.s) menjelaskan bahawa utusan yang bakal datang, dikenali dengan ilmu. Daripada Mufadhal bin Umar telah berkata:”Aku telah mendengar Abi Abdillah (a.s) berkata: Sesungguhnya Empunya Urusan (Sohibul Amr a.s) akan mempunyai dua keghaiban, salah satu darinya dia akan pulang kepada keluarganya dan yang satu lagi dia dikatakan telah lenyap, tidak diketahui ke lembah mana dia telah pergi. Maka aku bertanya: “Bagaimana harus kami buat apabila ianya berlaku? Dia (a.s) berkata: Sekiranya seseorang mendakwa sedemikian, maka tanyakan kepadanya tentang Adha’im (Quran dan Ahlulbayt a.s), nescaya akan dijawab seumpamanya.”[xii] 

___________________________________________
[i] Syeikh Saduq, Kamal Al Din, ms 516
[ii] Ali Imran: 7
[iii] Qurb Al Isnad, ms 380
[iv] Wasail Al Syiah, jilid 18, ms 82
[v] Ghaibah Al-Namani, P. 187, Tafsir Al-Ayashy, V. 2, P. 56, Bihar Al-Anwar, V. 52, P. 341, Muajim Ahadith Al-Imam Al-Mahdi, V. 5, P. 2.
[vi] Kenyataan ini adalah pertanyaan Al Syeikh Al Fadhil Ali bin Fadhil, yang dicatatkan daripada Syeikh Shamsuddin (hafizahullah). Bihar Al Anwar, jilid 52, ms 171. Ilzam Al Nasib, jilid 2, ms 82.
[vii] Iaitu riwayat terdahulu yang diriwayatkan daripada Imam Al Baqir (a.s)
[viii] Rujuk semula kitab yang dihasilkan oleh Ansar Imam Al Mahdi (a.s), seperti kitab Al Yamani Hujjatullah, Al Wasiyyah wa Al Wasiy Ahmad Al Hassan, kompilasi bukti-bukti dan berbagai buku-buku lagi buat pengkaji yang boleh didapati di dalam laman sesawang Ansar Imam Al Mahdi (a.s)
[ix] Iaitu kata Imam Al Mahdi (a.s): “Barangsiapa yang mendakwa telah melihat aku sebelum keluarnya Sufyani dan jeritan dari langit (saihat) adalah pembohong besar,”
[x] Rujuk kitab “Al Radd Al Qasim ‘ala Munkiri Ru’yatu Al Qo’im”, kitab “Qira’ah Jadidah fi Riwayah Al Samari” dan lain-lain lagi dari kitab karangan Ansar Imam Al Mahdi (a.s)
[xi] Ali Imran: 7
[xii] Ghaibah Al Nu’mani, ms. 173

Sabtu, 22 September 2012

TAFSIR HADIS QUDSI DARI JABIR BIN ABDULLAH AL ANSARI

Soalan 8: Apakah yang dimaksudkan hadis Qudsi oleh Jabir bin Abdullah Al Ansari, daripada Nabi Muhammad (sawa), telah bersabda bahawa Allah swt telah berfirman:”Wahai Ahmad, jika bukan kerana kamu, nescaya aku tidak akan menciptakan tempat peredaran bintang-bintang (aflak), dan jika tidak kerana Ali, nescaya tidak aku ciptakan kamu, dan jika tidak kerana Fatimah, nersaya tidak aku ciptakan kedua-dua kamu.”(1)

Muhammad (sawa) adalah manifestasi Allah (2), dan Ali (a.s) adalah manifestasi Al-Rahman (3) dan Fatimah (a.s) adalah manifestasi Al-Rahim di kalangan makhluk ciptaannya. Semua kewujudan dicerahi oleh cahaya Allah pada makhlukNYA, iaitu Muhammad (sawa), dan juga daripada pintu di mana cahaya tersebut melimpah, pintu tersebut adalah Ali (a.s) dan Fatimah (a.s).

Firman Allah swt: “Diturunkan dari Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.” (3)

Ali adalah pintu zahir (terang) dan Fatima adalah pintu batin (tersembunyi),sepertimana jelas kelihatan di mata manusia akan kehidupan dunia ini, dan tersembunyi atau ghaibnya akhirat dari pandangan manusia. Ali dan Fatimah (alaihimassalam), atau Al Rahman dan Al Rahim, adalah penyatuan dan pemisahan antara mereka seumpama dua pasangan suami isteri yang saling berkasih, “yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu”(4), iaitu dua nama yang mempunyai makna yang satu.

Pemisahan mereka pula bermaksud keluasan dan kesempurnaan rahmat di dalam Al-Rahman di satu pihak, dan kesempitan serta keistimewaan rahmat di dalam Al-Rahim di pihak yang satu lagi. Al-Rahman iaitu Ali (a.s) dikhususkan kepada kehidupan di dunia ini. Keluasan rahmat di dalam Al Rahman meliputi semua manusia, seumpama limpahan yang turun melalui pintu zahir yang melangkaui semua, samada dia beriman atau kafir, seperti yang diungkapkan oleh doa:”Engkaulah (Ya Allah), yang memberi kepada sesiapa yang memintanya, dan Engkaulah juga yang memberikan kepada mereka yang tidak memintanya, dan kepada sesiapa yang tidak mengetahuinya, di atas belas kasihan dan rahmatNYA.”(5)

Di akhirat pula, dia adalah pemutus antara syurga dan neraka berasaskan hubungan atau pemisahan makhluk daripadanya di dalam kehidupan dunia ini dan bukannya di akhirat.

Manakala Al-Rahim pula iaitu Fatimah (a.s), lebih menjurus kepada akhirat.(6) Dialah yang memilih Syiahnya di hari kiamat nanti, yang terdiri daripada ahli kebenaran, ahli tawhid dan mereka yang ikhlas kepada Allah swt. Mereka terdiri dari Al Hassan, Al Hussein, para Imam, Nuh, Ibrahim, Musa, Isa (alaihimu solatu wasalam), para Nabi, Wasiy dan mereka yang ikhlas. Disebabkan perkara inilah Rasulullah (sawa) telah bersabda mengenai diri Fatimah (a.s):”Fatimah adalah ibu kepada bapanya.”(7) Ibu adalah asal-usul kembali sesuatu, dan kerana itu juga Imam Hassan Al Askari (a.s) telah menyebutkan apa yang dimaksudkannya: “kami adalah Hujjah Allah ke atas makhluk, dan Fatimah adalah Hujjah ke atas kami.”(8)

Justeru itu, jika bukan kerana Muhammad, nescaya langit dan bumi tidak akan diciptakan, kerana mereka diciptakan dari cahayanya. Dan jika tidak kerana Ali, Muhammad tidak akan diciptakan, disebabkan tanpa Ali, Muhammad tak akan dikenali. Ali adalah pintu Muhammad yang darinya dia lalu, dan melaluinya (pintu atau Ali) limpahan Muhammadi(9) dimanifestasikan langit dan di bumi. Jika tidak kerana Fatimah iaitu pintu batin atau akhirat, maka tidak akan diciptakan Muhammad dan Ali. Tanpa akhirat, Allah tidak akan menciptakan makhluk, dan dunia ini juga tidak akan diciptakan.

 _________________________________________________

1. Mostadrak Safinat Al-Bihar Vol. ms 334, Al-Janna Al-Asima ms 148.

2. Bagi seorang Nabi Allah seperti Muhammad (sawa), menjadi manifestasi Allah di kalangan makhluk bermakna dia adalah kemunculan (zuhur) sifat-sifat Allah di kalangan makhluk, dia mengambil peranan dan menjadi jurucakap sifat-sifat DIA yang Maha Suci, disebabkan dia Allah dikenali. Allah swt telah mengnaskan di dalam Quran tentang manifestasi/tajalli: “Dan tatkala Musa datang untuk [munajat dengan Kami] pada waktu yang telah Kami tentukan dan Tuhan telah berfirman [langsung] kepadanya, berkatalah Musa: "Ya Tuhanku, nampakkanlah [diri Engkau] kepadaku agar aku dapat melihat kepada Engkau". Tuhan berfirman: "Kamu sekali-kali tidak sanggup melihat-Ku, tapi lihatlah ke bukit itu, maka jika ia tetap di tempatnya [sebagai sediakala] niscaya kamu dapat melihat-Ku". Tatkala Tuhannya menampakkan diri kepada gunung itu, dijadikannya gunung itu hancur luluh dan Musa pun jatuh pengsan. Maka setelah Musa sedar kembali, dia berkata: "Maha Suci Engkau, aku bertaubat kepada Engkau dan aku orang yang pertama-tama beriman". (7:143)

Dalam peristiwa ini, amat dipastikan bahawa ianya bukanlah perpindahan atau perubahan tempat, atau Allah swt tidak kekal ditempatnya, dan DIA suci daripada perkara sedemikian. Ketinggian Allah swt tidak terbatas, bahkan Allah swt menampakkan diriNYA kepada gunung sebenarnya adalah menerusi kemunculan sesuatu yang menjadi jurucakapNYA. Diriwayatkan daripada Ahlulbayt (alaihimu solatu wasalam), bahawa Allah swt menampakkan diriNYA dalam bentuk lelaki dari “Korubiyyin” kepada gunung dan menjadikannya hancur lebur.

Abu Abdillah (a.s) telah berkata:”Korubiyyin adalah satu kaum yang merupakan Syiah kami daripada ciptaan pertama. Allah telah menempatkan mereka di belakang “Arash”, dan sekiranya Allah membahagikan cahaya salah seorang daripada mereka ke atas manusia di muka bumi ini, nescaya ia akan mencukupi buat mereka. Apabila Musa memohon kepada Tuhannya (Rabb)dengan apa yang telah dipohonnya, maka Allah memerintahkan lelaki dari “Korubiyyin”, dan menampakkan dirinya kepada gunung sehingga ia menjadi hancur lebur.

Disebutkan dalam doa Simat, ”dan demi cahaya wajahMU yang Engkau manifestasikan kepada gunung dan jadikannya hancur lebur sehingga Musa jatuh pengsan. Dan demi keagunganMU yang muncul di Gunung Sinai, yang Engkau telah berkata-kata dengan hambaMU dan rasulMU Musa bin Imran, demi kenaikanMU di Gunung Sa’ir dan kemunculanMU di Gunung Faran.” Misbah Al-Mujtahid ms 419. Perhatikan kata-kata Imam (a.s), “demi kenaikanMU di Gunung Sa’ir dan kemunculanMU di Gunung Faran.” Kenaikan dan kemunculan adalah dua pergerakan yang sangat tidak ditegah ke atas Allah swt, oleh itu, ianya tidak akan berlaku melainkan dengan manifestasi/ tajalli. Kenaikan Allah di Sa’ir adalah NabiNYA Isa a.s, dan kemunculan Allah di Faran adalah Muhammad (sawa), sepertimana yang telah diterangkan Oleh Imam Ahmad Al Hassan a.s di dalam kitabnya “Nubuwwah Khatimah”, sila rujuk.

3. Quran 41:2

4. Quran 4:1

5. Telah berkata Abu Abdillah (a.s), “Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih, Bacalah ini setiap hari di bulan Rajab pada waktu pagi dan malam, selepas solat kamu di siang hari atau malam hari: ‘Engkaulah yang aku merayu untuk setiap kebaikan, dan mengimani dengan kemurkaanMU pada setiap kejahatan. Engkaulah yang memberi dengan limpahan yang banyak untuk imbalan yang sedikit. Engkaulah satu-satunya, yang memberi kepada sesiapa yang memintanya, dan memberi kepada sesiapa jua yang tidak pernah memintanya, dan sesiapa yang tidak pernah mengetahuinya, di atas belas kasihan dan rahmatNYA. Penuhilah permintaanku, dengan sepenuh permintaanku, seluruh kebaikan di dunia dan di akhirat, dan jauhkanlah aku, dengan sepenuh permintaanku, dari segala kejahatan di dunia dan di akhirat, sesungguhnya pemberian Engkau itu tidak pernah cukup. Tambahkanlah kelebihanMU ke atasku, wahai Tuhan yang Maha Memberi”. Iqbal Al-Amal Vol. 3 ms.211.

6. Telah bersabda Nabi Muhammad (sawa) di dalam satu riwayat, “Dan Allah berkata kepada MalaikatNYA, ‘Wahai MalaikatKU, lihatlah kepada hambaKU Fatimah, penghulu wanita kepada hamba-hambaKU, yang bangkit di antara tanganKU, menggeletar kerana takutkan AKU. Dia datang menyembahKU dengan sepenuh hatinya. Kamu adalah saksi yang AKU menyelamatkan Syiahnya daripada api neraka.” Al-Amali by Al-Sadooq ms 175 dan banyak lagi riwayat yang mengesahkan perkara ini.

7. Bihar Al-Anwar Vol. 34 ms 19.

8. Rahsia Fatimah oleh Sheikh Muhammad Fathil Al-Masoodi ms 69

9. Kepunyaan Muhammad

Jumaat, 21 September 2012

HUBUNGKAIT ANTARA DUABELAS MAHDI DAN AL YAMANI



Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih



Akhir-akhir ini terdapat pihak-pihak tertentu yang terkeliru dengan dua tanggapan salah. Mereka mendakwa:



  1. Keperluan Duabelas Mahdi muncul selepas Imam Muhammad Al Mahdi (a.s), sepertimana yang disebutkan di dalam wasiat “ kesemua mereka adalah duabelas Imam. Setelah itu akan ada duabelas Mahdi selepas mereka”. Jadi, Sayyid Ahmad Al Hassan (a.s) tidak mungkin menjadi Mahdi yang pertama di kalangan duabelas Mahdi kerana beliau hadir sebelum kemunculan Imam Muhammad Al Mahdi (a.s).
  2. Al Yamani dan Mahdi Pertama tidak mungkin peribadi yang sama. 

Kedua-dua tanggapan salah ini berlaku hasil daripada salah faham, penafian atau terlepas pandang hadis-hadis yang menyebutkan tentang duabelas Mahdi dan Al Yamani. Di sini, kami akan cuba membahaskan poin-poin penting yang menghubungkan kedua-dua karakter berdasarkan hadis-hadis. Hujah-hujah yang sewajarnya juga akan dipaparkan bagi menjelaskan bahawa kedua-dua konsepsi salah ini adalah bersifat anggapan semata-mata, dan kebenaran adalah sepertimana yang diterangkan di dalam wasiat Rasulullah (sawa).



Bagi membetulkan tanggapan salah yang pertama, kami akan mengkesampingkan pendapat sendiri sambil menganalisa dan lebih penumpuan kepada hadis-hadis Rasulullah (sawa) dan para Imam (a.s). Terlebih dahulu kami akan menyenaraikan beberapa hadis berkaitan dengan duabelas Mahdi dan membicarakan tentangnya kemudian.



Telah berkata Imam Sadiq (a.s): “Di kalangan kami selepas Qa’em, akan ad duabelas Mahdi daripada keturunan Hussein (a.s).” Ghaybat Al Tusi ms 385



Telah berkata Imam Sajad a.s: “Qa’em akan muncul di kalangan kamu dan selepasnya akan ada duabelas Mahdi.” Sharh Al Akhbar 3/400


Sabda Nabi Muhammad (sawa): “Wahai Ali, akan ada duabelas Imam dan selepas mereka akan ada duabelas Mahdi.” – wasiat yang disebutkan oleh Syeikh Tusi di dalam Ghaybah Al Tusi, ms 150 dan berbagai sumber lagi. 

Jelas terbukti melalui hadis-hadis di atas, bahawa terdapat duabelas Mahdi selepas duabelas Imam. Ini adalah benar dan kami menerimanya. Moga-moga mereka yang menyembah Allah swt juga menerimanya.

Tetapi kenapa mereka menganggap bahawa Mahdi Pertama tidak boleh hidup semasa hayat Imam keduabelas?

Setelah melakukan penelitian kami dapati bahawa ianya tidak pernah disebutkan di dalam hadis. Imam Muhammad Al Mahdi (a.s) telah dilahirkan lebih 1000 tahun yang lalu dan kita sekarang berada di zamannya selaku Hujjah Allah. Dia adalah hujjah Allah ke atas kita. Maka, pemegang wasiatnya juga mestilah Hujjah Allah, ini adalah fakta, kerana Hujjah Allah hanya akan digantikan dengan Hujjah Allah jua (rujuk kepada sabda Nabi (sawa) kepada Ali a.s, yang dia disisinya adalah umpama Harun a.s disisi Musa a.s, dan perlu diingat bahawa kesemua karakter tersebut adalah maksum dan merupakan Hujjah Allah). Berpandukan ini, sewajarnya pemegang wasiatnya hidup semasa hayat Imam Muhammad Al Mahdi (a.s) kerana suatu hari nanti akan berlaku penggantian.

Persoalan yang harus kita jawab setelah itu adalah, Apakah mustahil bagi seorang pemegang wasiat itu hidup semasa hayat orang yang bakal digantikannya? Tidak, ianya tidak mustahil sama sekali, bahkan senario sebaliknya adalah mustahil kerana pemegang wasiat mesti hadir semasa hayat orang yang bakal digantikannya. 

Mari kita renungi semula sejarah.

Pemegang wasiat kepada Nabi Muhammad (sawa) adalah Imam Ali (a.s). Pemegang wasiat kepada Imam Ali (a.s) adalah Imam Hassan bin Ali (a.s). Pemegang wasiat kepada Imam Hassan bin Ali (a.s) adalah Imam Hussein bin Ali (a.s). Ini jelas membuktikan bahawa Pemegang wasiat mesti hidup semasa hayat mereka yang bakal digantikan. Begitu juga Pemegang wasiat kepada Imam Hussein (a.s) adalah Imam Sajad (a.s), dan Pemegang wasiat kepada Imam Sajad (a.s) adalah Imam Baqir (a.s). Ketiga-tiga mereka (a.s) berada di Karbala pada waktu dan tempat yang sama. Jelas menunjukkan kepada kita bagaimana Pemegang wasiat mesti hadir di masa hayat mereka yang bakal digantikan. 

Secara logiknya Pemegang Wasiat Imam Muhammad Al Mahdi (a.s) mesti hadir di masa hayatnya sekarang. Senario sebaliknya adalah bersalahan dengan logik berdasarkan sirah para Nabi, Rasul dan pemegang-pemegang wasiat terdahulu. Ini adakah faktanya yang tidak dapat disangkal lagi, dan pemegang wasiat tersebut mestilah dari susur galur keturunan Imam Muhammad Al Mahdi (a.s) (berdasarkan rujukan hadis Syiah yang sahih), dan bumi ini tidak boleh wujud tanpa wujudnya Hujjah (juga dari sumber hadis Syiah yang sahih).

Sumber hadis manakah yang menidakkan kehadiran Pemegang Wasiat ketika keghaiban Imam Muhammad Al Mahdi (a.s)? Begitu juga, sumber manakah yang menyebutkan bahawa Pemegang Wasiat harus hadir setelah kemunculan Imam Muhammad Al Mahdi (a.s)?

Tidak ada sumber yang menyatakan sedemikian dan kebenaran telah didedahkan melalui KalamNYA dan kata-kata Hujjah yang dilantiNYA, sepertimana berikut:

Telah berkata Imam Sadiq a.s: “Dari kalangan kami selepas daripada Qa’em, kami akan mempunyai duabelas Mahdi dari keturunan Hussein a.s”. Ghaybah Al Tusi ms 385. 

Hadis ini jelas merujuk kepada kekuasaan iaitu akan wujud kekuasaan Mahdi Pertama dari kalangan duabelas Mahdi setelah berakhirnya kekuasaan Imam Muhammad Al Mahdi (a.s). Inilah sebenarnya yang dimaksudkan oleh Imam Sadiq (a.s) dan bukan bermaksud Pemegang Wasiat yang bakal dilahirkan selepas kewafatan Imam Muhammad Al Mahdi (a.s), kerana hal yang sedemikian adalah mustahil sepertimana yang telah dibuktikan sebelum ini. Setelah kekuasaan Mahdi Pertama, maka akan wujud kekuasaan Mahdi Kedua dan seterusnya. Inilah yang dimaksudkan oleh hadis kerana hadis dan logika tidak pernah berpisah. 

Apa pula hujah kalian bahawa Pemegang Wasiat Imam Muhammad Al Mahdi a.s akan muncul di masa keghaibannya?

Hujah berikut bagi menjelaskan tanggapan salah terhadap masalah nombor dua. Mari kita teliti dan berikan lebih tumpuan kepada hadis bagi menjawab persoalan ini.

Sebelum itu, amat wajar sekali untuk mempercayai bahawa Nabi Muhammad (sawa) telah mengkhabarkan kepada kita tentang duabelas Mahdi yang akan datang selepas duabelas Imam, dan duabelas Mahdi ini adalah merupakan Pemegang Wasiat dan mereka adalah Hujjah Allah. Sepertimana disebutkan dalam hadis bahawa bumi tidak akan kosong dari Hujjah. Hadis juga memberitahu kita bahawa akan ada duabelas Mahdi selepas duabelas Imam. Sewajarnya kita mengimani kesemua duabelas Mahdi dan duabelas Imam yang Nabi (sawa) sebutkan di dalam wasiatnya, dan sesungguhnya kesemua mereka adalah khalifah pilihan Allah swt di muka bumi ini.

Perlu diperhatikan juga hadis yang menyebutkan bahawa Al Yamani akan menewaskan Sufyani. Mari kita perhati dan teliti hadis-hadis tersebut:

“Yang akan memerangi Sufyani adalah orang-orang dari timur, khalifah Al Mahdi, dan dia akan menewaskan Sufyani di Syam (Syria).” Sharh Ahqaq Al Haq bab 29, ms 62. 

Sekarang kita sedia maklum bahawa Al Yamani akan mengalahkan Sufyani dan hadis di atas secara terangan memberitahu kita bahawa Sufyani akan dikalahkan oleh khalifah Al Mahdi. 

Rasulullah (sawa) telah bersabda:”Seorang lelaki daripada timur dengan bendera hitam kecil akan membunuh lelaki dari Syam, dan dia adalah seorang yang patuh kepada Mahdi (a.s).” Al Mahdi Al Maw’ood Al Muntazer bab 30, ms 238.

Berdasarkan hadis di atas, kedua-dua Al Yamani dan Sufyani adalah merupakan tanda-tanda pasti sebelum kemunculan Imam Muhammad Al Mahdi (a.s), dan Al Yamani akan mematuhi arahan Imam Muhammad Al Mahdi (a.s) samada sebelum dan selepas kemunculannya. Dengan kata lain, Al Yamani adalah khalifah Al Mahdi dan seorang yang patuh kepada arahan Imam Mahdi (a.s), sehingga dapat menewaskan Sufyani dari Syam. Al Yamani juga adalah Mahdi Pertama dari kalangan duabelas Mahdi adalah khalifah sepertimana yang dibuktikan dalam hadis-hadis. 

Apa yang tersurat di dalam ayat Quran seperti yang dikhabarkan oleh Imam Sadiq (a.s) adalah amat penting dalam memahami perkara ini:

Mufadhal Ibnu Umar telah bertanya kepada Imam a.s:”Apakah Imam Mahdi a.s yang ditunggu dan dijangkakan akan muncul pada waktu yang ditentukan, dan dikenali kebanyakan manusia?” Imam a.s menjawab:”Semoga dijauhkan Allah daripada diketahui masa kemunculan Imam Mahdi a.s oleh Syiah kami.” Mufadhal bertanya lagi: “Mengapa sedemikian, wahai Imam?” Imam a.s menjawab:”Kerana ia adalah “Saa’ah” yang Allah swt rujuk ketikamana DIA berfirman: “Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang “Saa’ah”: Bilakah masa datangnya? Katakanlah: Sesungguhnya pengetahuan mengenainya hanyalah ada di sisi Tuhanku, tidak ada sesiapa pun yang dapat menerangkan kedatangannya pada waktunya melainkan Dia. (Huru-hara) Saa’ah itu amatlah berat (menggerunkan makhluk-makhluk yang ada) di langit dan di bumi; ia tidak datang kepada kamu melainkan secara mengejut. Mereka bertanya kepadamu seolah-olah engkau sedia mengetahuinya. Katakanlah: Sesungguhnya pengetahuan mengenai “Saa’ah” itu adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.” Dia adalah juga “Saa’ah” yang Allah swt firmankan: “Mereka (yang ingkar) selalu bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang “Saa’ah”: Bilakah masa datangnya?” Firman Allah swt:”Maka tidaklah yang mereka tunggu-tunggu melainkan “Saa’ah” [yaitu] kedatangannya kepada mereka dengan tiba-tiba, karena sesungguhnya telah datang tanda-tandanya. Maka apakah faedahnya bagi mereka kesedaran mereka itu apabila “Saa’ah” sudah datang?” Firman Allah swt lagi: “Telah dekat [datangnya] “Saa’at” itu dan telah terbelah bulan”. FirmanNya lagi: “Manusia bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang kedatangan Saa’ah; katakanlah: Sesungguhnya pengetahuan mengenainya hanyalah ada di sisi Allah dan apa jalannya engkau dapat mengetahui? Boleh jadi masa datangnya tidak lama lagi.”Orang-orang yang tidak beriman kepada “Saa’ah” itu meminta (secara mengejek-ejek) supaya disegerakan kedatangannya dan (sebaliknya) orang-orang yang beriman merasa takut ngeri kepadanya serta mereka mengetahui dengan yakin bahawa ia adalah benar. Ketahuilah! Sesungguhnya orang-orang yang membantah mengenai “Saa’ah” itu, tetap berada dalam kesesatan yang jauh terpesong.” Bihar Al-Anwar, Alamah Al-Majlisi, vol. 53,ms. 1.

Saa’ah yang dimaksudkan Quran adalah Imam Mahdi (a.s) sepertimana yang dijelaskan oleh Imam Sadiq (a.s). Doa untuk Imam Mahdi a.s juga ada menyebutkan tentang perkataan tersebut dan ianya amat signifikan.

Apa pula kata Rasulullah (sawa) berkaitan dengan “Saa’ah” (iaitu Imam Mahdi a.s sepertimana yang dikhabarkan oleh Imam Sadiq a.s). Rasulullah (sawa) telah bersabda: “Saa’ah tidak akan tiba sehingga bangkitnya seorang lelaki yang bersama dengan kebenaran, apabila Allah swt membenarkan perkara yang sedemikian. Barangsiapa yang mengikutinya akan terselamat dan barangsiapa yang tidak, akan hancur binasa. Wahai hamba-hamba Allah, bersegeralah kepadanya walaupun kamu terpaksa merangkak merentasi salji kerana dia adalah khalifah Allah swt dan khalifahku.” Dala’il Al-Imamat, by At-Tabari, p. 452; Bihar Al-Anwar, vol. 51, p. 65. 

Justeru, kemunculan Imam Mahdi a.s adalah selepas hadirnya seorang lelaki yang bangkit dengan kebenaran. Lelaki itu adalah merupakan khalifah Rasulullah (sawa) Al Yamani.

Apa lagi yang kalian ketahui mengenai Al Yamani?

Nabi Muhammad (sawa) telah bersabda:”Akan ada seorang lelaki yang datang dari keturunan lelaki ini (Abbas) yang akan memenuhi bumi dengan ketidakadilan dan kekejaman, dan akan ada juga dari keturunan lelaki ini (Ali a.s) yang akan memenuhi bumi dengan keadilan dan ketenangan. Sekiranya kamu melihat perkara ini berlaku, hendaklah kamu bersama-sama dengan lelaki ini, kerana dia adalah Al Yamani yang datang dari timur dan membawa bersamanya panji Al Mahdi.” Mahdi Al-Muntazer Al-Maw'ood bab 2/ms.207

Terbukti Al Yamani akan hadir sebelum Imam Muhammad Al Mahdi (a.s) dan mengajak kepadanya sepertimana dia mendapat petunjuk dan juga berperang dengan Sufyani.

“Walaubagaimanapun, yang paling mendapat petunjuk di kalangan mereka adalah Al Yamani kerana dia mengajak kepada kebenaran.” As-Sirat Al-Mustaqeem vol. 2, An-Nibaty Al-Amili, ms. 250. 

Imam Muhammad Al baqir telah berkata: “Panji yang paling mendapat petunjuk adalah Al Yamani. Ianya adalah panji kebenaran kerana dia mengajak kepada kebenaran. Ketikamana dia muncul penjualan senjata adalah dilarang kepada manusia dan kepada setiap muslim. Benar, ketikamana dia muncul, bersegeralah kamu kepadanya kerana panjinya adalah panji yang mendapat petunjuk. Tidak dibenarkan muslim berpaling daripadanya dan barangsiapa yang melakukan sedemikian akan dicampakkan ke dalam api neraka, kerana dia mengajak kepada kebenaran dan jalan petunjuk.” Al-Ghaybah An-Nu'mani, p. 264 

Imam Sadiq a.s telah berkata:”Sebelum muncul Sufyani adalah orang-orang Mesir dan Al Yamani”. Bihar Al Anwar v.52 p.210

Kesimpulan yang dapat kami hubungkaitkan dalam kes ini adalah:

  1. Mahdi Pertama di kalangan duabelas Mahdi adalah khalifah, dibuktikan oleh hadis. 
  2. Al Yamani adalah Khalifah, dibuktikan oleh hadis. 
  3. Al Yamani hadir sebelum kemunculan Imam Muhammad Al Mahdi a.s di masa keghaibannya, dibuktikan oleh hadis. 
  4. Mahdi pertama berkuasa setelah Kekuasaan Imam Muhammad Al mahdi a.s, juga ditunjukkan oleh hadis. 
Kesemua ini telah dibuktikan dan dijelaskan oleh hadis-hadis Nabi (sawa) dan para Imam a.s. Moga-moga Allah memberi petunjuk kepada mereka yang tetap dengan kebenaran dan tidak mengabaikan Quran serta Ahlulbayt a.s, atau kata-kata mereka. Moga-moga Allah memberikan kami kemampuan untuk mendengar dan memahami mereka.



Semoga Allah memberkati setiap pencari kebenaran. Sesungguhnya Sayyid Ahmad Al Hassan a.s telah tiba di Akhir zaman dan dia adalah pengklaim sebenar, sepertimana yang dijelaskan oleh hadis:



Imam Abu Abdillah a.s berkata: “Urusan ini tidak seharusnya dituntut oleh sesiapa pun melainkan empunyanya, jika tidak Allah akan memendekkan umurnya.” Al Kafi v.1, ms.373.

Khamis, 20 September 2012

APAKAH BUKTI BAHAWA AHMAD AL HASSAN ADALAH AL YAMANI



Soalan ini biasa diajukan berulangkali bagi penentang-penentang dakwah Al Yamani yang suci ini. Alhamdulillah kami dapat mengenalpasti kesemua soalan tersebut beserta dengan jawapannya sekali. 



Sila kemukakan bukti kamu bahawa Ahmad yang kamu dakwa adalah Al Yamani?



Ahmad kami adalah Yamani kerana dialah yang pertama sekali membuat tuntutan bahawa dirinya adalah Al Yamani yang mengajak kepada Imam keduabelas iaitu Imam Mahdi Muhammad bin Hassan a.s.

Siapa pula yang mengatakan bahawa yang pertama sekali membuat tuntutan adalah benar?

Abu Abdillah a.s: “Urusan ini tidak sepatut dituntut oleh sesiapapun melainkan empunyanya atau Allah swt akan memendekkan umurnya” kafi v.1, ms 373.

Abu Abdillah a.s: “kami menggambarkan empunya urusan (Shohib Al Amr) ini dengan gambaran yang tidak dipunyai oleh orang lain”. Kemudian beliau a.s menambah lagi: “Tidak, demi Allah bukan sekadar itu sahaja, sehinggalah dia menjulangnya sebagai bukti ke atas kamu dan mengajak kamu kepada dirinya”. Ghaibat Al Nu’mani ms 377.

Justeru aku melihat dan mengkaji kitab-kitabku dan mendapati bahawa kamu adalah di pihak yang benar kerana Imam kamu adalah yang pertama membuat tuntutan tentangnya? 

Ya benar, bacalah Quran. Nescaya serta merta kamu akan tahu bagaimana Allah swt mengkehendaki kamu mempercayai seseorang yang dilantik olehNYA.

Firman Allah swt: “Iaitu orang-orang yang mengikut Rasul, Nabi yang ummi yang [namanya] mereka dapati tertulis di dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka”. (Quran 7:157)

Apabila mereka mendengar sesuatu tuntutan dan mendapati ianya disebutkan di dalam kitab-kitab mereka iaitu Taurat dan Injil. Maka mereka wajib mematuhinya kerana Allah swt telah melindungi tuntutan ini dan menjaganya hanya bagi pembuat tuntutan (pengklaim) yang sebenar. Demikianlah keadilan, kebijaksanaan dan penilaian Allah swt dipersaksikan ke atas makhluk ciptaanNYA supaya tidak ada lagi perbalahan mengenainya. Begitulah juga yang ditetapkan Allah swt agar peraturannya dikenali oleh manusia dan panahan Allah swt itu tidak pernah tersasar dari sasarannya.

Firman Allah swt: “dan bukan kamu yang melempar ketika kamu melempar, tetapi Allah-lah yang melempar”. (Quran 8:17)

Jika begitu, aku juga boleh membuat tuntutan dan mengatakan bahawa nama aku juga adalah Ahmad? Malahan akan ada juga orang lain yang bakal menuntutnya?

Seharusnya kamu mendatangkan tiga perkara bersama kamu sebelum dapat membuat tuntutan tersebut. Kamu juga harus menamakan pengklaim-pengklaim yang mengatakan mereka adalah Ahmad di dalam wasiat Rasulullah (sawa) pada malam sebelum kewafatannya, kerana wasiat Rasulullah (sawa) adalah janji Allah swt yang terpelihara. Tiada sebarang kemungkinan bagi tuntutan palsu ke atas wasiat tersebut.

Nabi Muhammad (sawa) membuatkannya terang lagi nyata di dalam “tragedi hari khamis”, apabila baginda menyatakan: “Aku akan menuliskan sesuatu buat kamu yang tidak akan membuat kamu sesat”. Celakalah bagi sesiapa yang mengatakan bahawa apa yang Nabi Muhammad (sawa) katakan boleh menyimpang dari kebiasaan atau kata-katanya boleh diselewengkan atau kurang diyakini. Baginda (sawa) menegaskan bahawa apa yg bakal dituliskannya “tidak akan membuatkan kamu sesat” dan baginda (sawa) sentiasa di dalam penjagaan Allah swt, yang tidak akan sekali-kali membiarkan urusan Allah swt jatuh ke tangan bukan pengklaim yang sebenar. Wasiat yang dituntut ini (yang menyebutkan Ahmad di dalamnya) adalah seperti panahan Allah swt yang tidak pernah tersasar atau berada di tangan pengklaim palsu. Ia pasti mengenai sasarannya dan harus berada di tangan pengklaim yang hakiki, bilamana dia yang pertama menuntutnya. Maka dengan cara itulah Khalifah Allah dikenali.

Firman Allah swt: “dan tiadalah yang diucapkannya itu menurut kemauan hawa nafsunya. (3) Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan [kepadanya]”. (Quran 53:3-4)

Apabila wasiat Rasulullah (sawa) ini menyebutkan nama Ahmad, maka Ahmad lah yang bakal menjadi empunya wasiat dan urusan tersebut. Sekaligus Ahmad akan menggunakan wasiat ini untuk memelihara kedudukannya sebagai khalifah Allah. Tidak mungkin bagi seseorang memanjangkan tuntutan tersebut selama 13 tahun dan masih lagi hidup sepertimana yang disebutkan oleh Imam maksum a.s:

Abu Abdillah a.s:”Urusan ini tidak seharusnya dituntut oleh sesiapapun melainkan empunyanya atau Allah swt akan memendekkan umurnya”. Kafi v.1, ms 373.

Kenapa aku perlukan wasiat di malam kewafatan Rasulullah (sawa) bagi membuktikan sesuatu, atau dalam kata lain apakah kepentingan wasiat?

Wasiat adalah perkara utama dalam mengenali pengklaim sebenar menurut Ahlulbayt a.s:

Abi Abdillah a.s berkata: “Empunya urusan ini akan hanya dikenali dengan tiga perkara yang tidak akan diberikan kepada sesiapapun melainkan empunyanya. Dia yang pertama sebelum sesiapapun (dengan 3 perkara ini) menuntut bahawa dia adalah khalifahNYA, memiliki senjata Rasulullah (sawa) dan wasiatnya yang aku tidak pernah memisahkan diriku daripadanya.” Basaer Al Darajat ms 202.  

AlHarth Ibn Al Mugheera telah bertanya kepada Abu Abdillah (a.s): “Bagaimana kami hendak mengenali Empunya urusan (Shohib Al Amr) ini? Imam (a.s) berkata: “ketenangan, kehormatan, ilmu pengetahuan dan wasiat.” Basaer Al Darajat Muhammad Ibn Al Hassan Al Safar ms 509, Al Kafi v.1 ms 378, Bihar Al Anwar v.62 ms 217.

Daripada Abdullah mengatakan: “Aku bertanya kepada Abi Abdillah (pbuh): Apakah bukti ke atas pembuat tuntutan bagi urusan ini? Imam (a.s) berkata: Tiga perkara adalah merupakan bukti yang tidak terangkum pada manusia lain melainkan empunya urusan ini: di mana dia adalah yang pertama sebelum sesiapun, dia seharusnya memiliki senjata Rasulullah (sawa) dan dia menjadi empunya kepada wasiat yang jelas. Ianya adalah wasiat yang sekiranya kamu pergi ke sebuah pekan dan bertanya orang kebanyakan dan anak muda: kepada siapakah si pulan bin sipulan telah melantik penggantinya? Mereka akan membalas: kepada sipulan bin sipulan.” Al Imamah wal Tabasir min al Hira ms 138 & 158.

Baiklah, kita putuskan sahaja bahawa sesiapa jua yang pertama sekali membuat tuntutan ke atas wasiat adalah yang paling benar?

Benar, itulah yang paling tepat sepertimana metod dan kurikulum yang diterang oleh Ahlulbayt a.s kepada kita. 

Adakah Yamani kamu seorang yang maksum seperimana para Imam a.s? Jika kamu katakan ya, bagaimana kamu tahu dia melakukan mukjizat?

Mukjizat membantu Imam dalam membuatkan manusia beriman, tetapi ia bukanlah bermakna mukjizat adalah perkara asas dan utama dalam mengenalpasti, mengetahui atau menilai kedudukan seorang Imam. Imam Jaafar a.s telah ditanya akan hal ini dan lihat bagaimana respon Imam a.s: 

Aku bertanya kepada Abi Abdillah (a.s) tentang orang yang sepatutnya memegang urusan ini iaitu pembuat tuntutan. Apakah bukti bahawa dia adalah orangnya? Imam a.s berkata: Dia akan ditanya akan halal dan haram. Sahabat Imam (a.s) berkata: Imam (a.s) berjalan ke arahku dan berkata: Tiga bahan bukti yang apabila kesemuanya bertepatan, maka akan diketahui bahawa dia adalah empunya urusan (Sohib Al Amr): Dia menjadi orang pertama yang berotoriti selepas orang sebelumnya, dia juga memiliki senjata, dan dia juga yang akan bersama dengan wasiat yang nyata.” Kafi v.1 ms 285.

Telah berkata Ali Ibn Hussein a.s: “Seorang Imam mestilah maksum dan kemaksuman itu bukan sesuatu yang dikenali melalui karakter luar. Disebabkan itu ia harus disebutkan melalui teks (nas).” Maani Al Akhbar ms 132. 

Sepertimana yang telah disebutkan sebelum ini bahawa seseorang Imam itu hanya dikenali melalui wasiat iaitu teks ketuhanan (nas ilahi). 

Baiklah, sekarang kita berada di dalam keghaiban panjang (Ghaibah Kubra), apakah ada hadis yang menyebutkan tentang pengklaim tersebut akan datang?

Ya, Ahlulbayt (a.s) telah memberitahu kamu cara untuk mengenalinya sepertimana yang telah kita bincangkan sebelum ini. Ini adalah riwayat-riwayat tentang pengklaim tersebut di masa keghaiban Imam (a.s):

Daripada Al Mufadhal Ibn Umar: Aku telah mendengar Abu Abdillah (a.s) berkata: “Tuan punya urusan ini akan mempunyai dua keghaiban, satu daripadanya dia akan pulang kepada keluarganya dan satu lagi orang akan berkata: Dia sudah lenyap! Tidak tahu entah ke lembah mana dia pergi!. Aku bertanya: Apakah yang harus kami lakukan sekiranya ia berlaku? Imam (a.s) berkata: Sekiranya datang kepada kamu seseorang yang membuat tuntutan, maka tanyakanlah kepadanya tentang perkara yang maha hebat (Quran), hanya dia seorang sahaja yang boleh menjawab soalan kamu.” Ghaibat Al Nu’mani ms 172 

Orang yang membuat tuntutan (pengklaim) yang muncul di masa keghaiban panjang (Ghaibah Kubro) dan mempunyai ilmu pengetahuan, bukanlah Imam Mahdi (a.s) tetapi peribadi lain yang memperoleh ilmu daripada Imam (a.s). Ini kerana dia seharusnya mempunyai hubungkait dengan Imam Mahdi (a.s) bagi membolehkan dia menjawab persoalan tentang perkara yang maha hebat (iaitu Quran dan Ahlulbayt a.s). Imam adalah hujjah Allah, apabila ditanya dia tidak boleh mengatakan “aku tidak tahu”. Aku sangat pasti yang kamu mengetahui perkara tersebut, jadi siapakah pengklaim yang dimaksudkan semasa keghaiban panjang (ghaibah kubro) apabila ditanyakan tentang perkara yang maha hebat.

Apakah ada riwayat lain yang membuktikan bahawa seorang Imam hanya dikenali melalui teks (nas)?

Seseorang pernah menanyakan kepada Imam Ridho (a.s) semasa dia (a.s) berada di dalam tahanan istana Makmun: “Wahai anak kepada Rasulullah (sawa), apakah cara yang paling benar bagi mengenali pengklaim keimamam (imamah)? Imam (a.s) menjawab: Melalui teks (nas) dan pembuktian. Dia bertanya lagi kepada Imam (a.s): Apakah pembuktian seorang Imam itu? Imam (a.s) menjawab: Melalui ilmu pengetahuan dan menjawab permintaan.” Uyoon Akhbar Al Ridho v.2 ms 216

Jelas kelihatan bahawa mukjizat kedua-dua Imam Ridho a.s dan Imam Sodiq a.s bukanlah perkara yang paling utama?

Ya, lihat ini...

Daripada Abi Al Jarood, telah berkata: “Aku bertanya kepada Abi Jaafar (a.s), bilakah tiba waktunya Imam yang Qoim dari kalangan Ahlulbayt a.s, bagaimana seorang yang datang selepasnya dikenali? Imam menjawab: Melalui petunjuk dan ilmu pengetahuan, serta pengakuan ahli keluarga Muhammad (sawa) tentang ketinggian akhlaknya. Dia juga tidak akan ditanyakan tentang apa yang terkandung di dalam Al Quran melainkan dijawab akannya.” Imama wal Tabsera ms 137.