Khamis, 20 September 2012

APAKAH BUKTI BAHAWA AHMAD AL HASSAN ADALAH AL YAMANI



Soalan ini biasa diajukan berulangkali bagi penentang-penentang dakwah Al Yamani yang suci ini. Alhamdulillah kami dapat mengenalpasti kesemua soalan tersebut beserta dengan jawapannya sekali. 



Sila kemukakan bukti kamu bahawa Ahmad yang kamu dakwa adalah Al Yamani?



Ahmad kami adalah Yamani kerana dialah yang pertama sekali membuat tuntutan bahawa dirinya adalah Al Yamani yang mengajak kepada Imam keduabelas iaitu Imam Mahdi Muhammad bin Hassan a.s.

Siapa pula yang mengatakan bahawa yang pertama sekali membuat tuntutan adalah benar?

Abu Abdillah a.s: “Urusan ini tidak sepatut dituntut oleh sesiapapun melainkan empunyanya atau Allah swt akan memendekkan umurnya” kafi v.1, ms 373.

Abu Abdillah a.s: “kami menggambarkan empunya urusan (Shohib Al Amr) ini dengan gambaran yang tidak dipunyai oleh orang lain”. Kemudian beliau a.s menambah lagi: “Tidak, demi Allah bukan sekadar itu sahaja, sehinggalah dia menjulangnya sebagai bukti ke atas kamu dan mengajak kamu kepada dirinya”. Ghaibat Al Nu’mani ms 377.

Justeru aku melihat dan mengkaji kitab-kitabku dan mendapati bahawa kamu adalah di pihak yang benar kerana Imam kamu adalah yang pertama membuat tuntutan tentangnya? 

Ya benar, bacalah Quran. Nescaya serta merta kamu akan tahu bagaimana Allah swt mengkehendaki kamu mempercayai seseorang yang dilantik olehNYA.

Firman Allah swt: “Iaitu orang-orang yang mengikut Rasul, Nabi yang ummi yang [namanya] mereka dapati tertulis di dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka”. (Quran 7:157)

Apabila mereka mendengar sesuatu tuntutan dan mendapati ianya disebutkan di dalam kitab-kitab mereka iaitu Taurat dan Injil. Maka mereka wajib mematuhinya kerana Allah swt telah melindungi tuntutan ini dan menjaganya hanya bagi pembuat tuntutan (pengklaim) yang sebenar. Demikianlah keadilan, kebijaksanaan dan penilaian Allah swt dipersaksikan ke atas makhluk ciptaanNYA supaya tidak ada lagi perbalahan mengenainya. Begitulah juga yang ditetapkan Allah swt agar peraturannya dikenali oleh manusia dan panahan Allah swt itu tidak pernah tersasar dari sasarannya.

Firman Allah swt: “dan bukan kamu yang melempar ketika kamu melempar, tetapi Allah-lah yang melempar”. (Quran 8:17)

Jika begitu, aku juga boleh membuat tuntutan dan mengatakan bahawa nama aku juga adalah Ahmad? Malahan akan ada juga orang lain yang bakal menuntutnya?

Seharusnya kamu mendatangkan tiga perkara bersama kamu sebelum dapat membuat tuntutan tersebut. Kamu juga harus menamakan pengklaim-pengklaim yang mengatakan mereka adalah Ahmad di dalam wasiat Rasulullah (sawa) pada malam sebelum kewafatannya, kerana wasiat Rasulullah (sawa) adalah janji Allah swt yang terpelihara. Tiada sebarang kemungkinan bagi tuntutan palsu ke atas wasiat tersebut.

Nabi Muhammad (sawa) membuatkannya terang lagi nyata di dalam “tragedi hari khamis”, apabila baginda menyatakan: “Aku akan menuliskan sesuatu buat kamu yang tidak akan membuat kamu sesat”. Celakalah bagi sesiapa yang mengatakan bahawa apa yang Nabi Muhammad (sawa) katakan boleh menyimpang dari kebiasaan atau kata-katanya boleh diselewengkan atau kurang diyakini. Baginda (sawa) menegaskan bahawa apa yg bakal dituliskannya “tidak akan membuatkan kamu sesat” dan baginda (sawa) sentiasa di dalam penjagaan Allah swt, yang tidak akan sekali-kali membiarkan urusan Allah swt jatuh ke tangan bukan pengklaim yang sebenar. Wasiat yang dituntut ini (yang menyebutkan Ahmad di dalamnya) adalah seperti panahan Allah swt yang tidak pernah tersasar atau berada di tangan pengklaim palsu. Ia pasti mengenai sasarannya dan harus berada di tangan pengklaim yang hakiki, bilamana dia yang pertama menuntutnya. Maka dengan cara itulah Khalifah Allah dikenali.

Firman Allah swt: “dan tiadalah yang diucapkannya itu menurut kemauan hawa nafsunya. (3) Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan [kepadanya]”. (Quran 53:3-4)

Apabila wasiat Rasulullah (sawa) ini menyebutkan nama Ahmad, maka Ahmad lah yang bakal menjadi empunya wasiat dan urusan tersebut. Sekaligus Ahmad akan menggunakan wasiat ini untuk memelihara kedudukannya sebagai khalifah Allah. Tidak mungkin bagi seseorang memanjangkan tuntutan tersebut selama 13 tahun dan masih lagi hidup sepertimana yang disebutkan oleh Imam maksum a.s:

Abu Abdillah a.s:”Urusan ini tidak seharusnya dituntut oleh sesiapapun melainkan empunyanya atau Allah swt akan memendekkan umurnya”. Kafi v.1, ms 373.

Kenapa aku perlukan wasiat di malam kewafatan Rasulullah (sawa) bagi membuktikan sesuatu, atau dalam kata lain apakah kepentingan wasiat?

Wasiat adalah perkara utama dalam mengenali pengklaim sebenar menurut Ahlulbayt a.s:

Abi Abdillah a.s berkata: “Empunya urusan ini akan hanya dikenali dengan tiga perkara yang tidak akan diberikan kepada sesiapapun melainkan empunyanya. Dia yang pertama sebelum sesiapapun (dengan 3 perkara ini) menuntut bahawa dia adalah khalifahNYA, memiliki senjata Rasulullah (sawa) dan wasiatnya yang aku tidak pernah memisahkan diriku daripadanya.” Basaer Al Darajat ms 202.  

AlHarth Ibn Al Mugheera telah bertanya kepada Abu Abdillah (a.s): “Bagaimana kami hendak mengenali Empunya urusan (Shohib Al Amr) ini? Imam (a.s) berkata: “ketenangan, kehormatan, ilmu pengetahuan dan wasiat.” Basaer Al Darajat Muhammad Ibn Al Hassan Al Safar ms 509, Al Kafi v.1 ms 378, Bihar Al Anwar v.62 ms 217.

Daripada Abdullah mengatakan: “Aku bertanya kepada Abi Abdillah (pbuh): Apakah bukti ke atas pembuat tuntutan bagi urusan ini? Imam (a.s) berkata: Tiga perkara adalah merupakan bukti yang tidak terangkum pada manusia lain melainkan empunya urusan ini: di mana dia adalah yang pertama sebelum sesiapun, dia seharusnya memiliki senjata Rasulullah (sawa) dan dia menjadi empunya kepada wasiat yang jelas. Ianya adalah wasiat yang sekiranya kamu pergi ke sebuah pekan dan bertanya orang kebanyakan dan anak muda: kepada siapakah si pulan bin sipulan telah melantik penggantinya? Mereka akan membalas: kepada sipulan bin sipulan.” Al Imamah wal Tabasir min al Hira ms 138 & 158.

Baiklah, kita putuskan sahaja bahawa sesiapa jua yang pertama sekali membuat tuntutan ke atas wasiat adalah yang paling benar?

Benar, itulah yang paling tepat sepertimana metod dan kurikulum yang diterang oleh Ahlulbayt a.s kepada kita. 

Adakah Yamani kamu seorang yang maksum seperimana para Imam a.s? Jika kamu katakan ya, bagaimana kamu tahu dia melakukan mukjizat?

Mukjizat membantu Imam dalam membuatkan manusia beriman, tetapi ia bukanlah bermakna mukjizat adalah perkara asas dan utama dalam mengenalpasti, mengetahui atau menilai kedudukan seorang Imam. Imam Jaafar a.s telah ditanya akan hal ini dan lihat bagaimana respon Imam a.s: 

Aku bertanya kepada Abi Abdillah (a.s) tentang orang yang sepatutnya memegang urusan ini iaitu pembuat tuntutan. Apakah bukti bahawa dia adalah orangnya? Imam a.s berkata: Dia akan ditanya akan halal dan haram. Sahabat Imam (a.s) berkata: Imam (a.s) berjalan ke arahku dan berkata: Tiga bahan bukti yang apabila kesemuanya bertepatan, maka akan diketahui bahawa dia adalah empunya urusan (Sohib Al Amr): Dia menjadi orang pertama yang berotoriti selepas orang sebelumnya, dia juga memiliki senjata, dan dia juga yang akan bersama dengan wasiat yang nyata.” Kafi v.1 ms 285.

Telah berkata Ali Ibn Hussein a.s: “Seorang Imam mestilah maksum dan kemaksuman itu bukan sesuatu yang dikenali melalui karakter luar. Disebabkan itu ia harus disebutkan melalui teks (nas).” Maani Al Akhbar ms 132. 

Sepertimana yang telah disebutkan sebelum ini bahawa seseorang Imam itu hanya dikenali melalui wasiat iaitu teks ketuhanan (nas ilahi). 

Baiklah, sekarang kita berada di dalam keghaiban panjang (Ghaibah Kubra), apakah ada hadis yang menyebutkan tentang pengklaim tersebut akan datang?

Ya, Ahlulbayt (a.s) telah memberitahu kamu cara untuk mengenalinya sepertimana yang telah kita bincangkan sebelum ini. Ini adalah riwayat-riwayat tentang pengklaim tersebut di masa keghaiban Imam (a.s):

Daripada Al Mufadhal Ibn Umar: Aku telah mendengar Abu Abdillah (a.s) berkata: “Tuan punya urusan ini akan mempunyai dua keghaiban, satu daripadanya dia akan pulang kepada keluarganya dan satu lagi orang akan berkata: Dia sudah lenyap! Tidak tahu entah ke lembah mana dia pergi!. Aku bertanya: Apakah yang harus kami lakukan sekiranya ia berlaku? Imam (a.s) berkata: Sekiranya datang kepada kamu seseorang yang membuat tuntutan, maka tanyakanlah kepadanya tentang perkara yang maha hebat (Quran), hanya dia seorang sahaja yang boleh menjawab soalan kamu.” Ghaibat Al Nu’mani ms 172 

Orang yang membuat tuntutan (pengklaim) yang muncul di masa keghaiban panjang (Ghaibah Kubro) dan mempunyai ilmu pengetahuan, bukanlah Imam Mahdi (a.s) tetapi peribadi lain yang memperoleh ilmu daripada Imam (a.s). Ini kerana dia seharusnya mempunyai hubungkait dengan Imam Mahdi (a.s) bagi membolehkan dia menjawab persoalan tentang perkara yang maha hebat (iaitu Quran dan Ahlulbayt a.s). Imam adalah hujjah Allah, apabila ditanya dia tidak boleh mengatakan “aku tidak tahu”. Aku sangat pasti yang kamu mengetahui perkara tersebut, jadi siapakah pengklaim yang dimaksudkan semasa keghaiban panjang (ghaibah kubro) apabila ditanyakan tentang perkara yang maha hebat.

Apakah ada riwayat lain yang membuktikan bahawa seorang Imam hanya dikenali melalui teks (nas)?

Seseorang pernah menanyakan kepada Imam Ridho (a.s) semasa dia (a.s) berada di dalam tahanan istana Makmun: “Wahai anak kepada Rasulullah (sawa), apakah cara yang paling benar bagi mengenali pengklaim keimamam (imamah)? Imam (a.s) menjawab: Melalui teks (nas) dan pembuktian. Dia bertanya lagi kepada Imam (a.s): Apakah pembuktian seorang Imam itu? Imam (a.s) menjawab: Melalui ilmu pengetahuan dan menjawab permintaan.” Uyoon Akhbar Al Ridho v.2 ms 216

Jelas kelihatan bahawa mukjizat kedua-dua Imam Ridho a.s dan Imam Sodiq a.s bukanlah perkara yang paling utama?

Ya, lihat ini...

Daripada Abi Al Jarood, telah berkata: “Aku bertanya kepada Abi Jaafar (a.s), bilakah tiba waktunya Imam yang Qoim dari kalangan Ahlulbayt a.s, bagaimana seorang yang datang selepasnya dikenali? Imam menjawab: Melalui petunjuk dan ilmu pengetahuan, serta pengakuan ahli keluarga Muhammad (sawa) tentang ketinggian akhlaknya. Dia juga tidak akan ditanyakan tentang apa yang terkandung di dalam Al Quran melainkan dijawab akannya.” Imama wal Tabsera ms 137.

2 ulasan:

  1. Bismillahi Ar-Rahmani Ar-Rahim.
    Allahumma shalli ala Muhammad wa Aali-Muhammad.
    Wal A'immata wal Mahdiyyin.
    Wasallimu tasliman katsira.

    Assalamu'alaikum wrwb....

    Berharap kami sekeluarga bisa menjadi ANSHOR yang baik.
    Serta diterima oleh Imam Ahmad Al Hasan Al Yamani (as) & Imam Al Mahdi Al Muntadzir (as).

    Salam kami untuk para ANSHOR di seluruh dunia.
    Semoga kita senantiasa dipersatukan dalam Tuhan.

    Wassalamu'alaikum wrwb....

    _______

    (siwo) Agus Hidayat.
    Jl. Masjid Besar 07, Tengaran, Salatiga, Jawa Tengah, Indonesia, 50775.
    Rumah : 0298-610087 (+62298-610087)
    HP (XL) : 0817449295 (+62817449295)
    FB : www.facebook.com/siwosalatiga1
    www.berebutkebenaran.blogspot.com

    BalasPadam
  2. Terima kasih saya sdh membaca artikel ini.

    BalasPadam