Ahad, 30 September 2012

BERPEGANG TEGUH KEPADA TALI ALLAH



Allamah Jalaluddin Al Suyuti di dalam komentarnya terhadap ayat {Dan berpegang teguh kepada tali Allah} merekod Hadis berikut: "Aku meninggalkan buat kamu dua khalifah, Al-Quran dan Ahlul'baytku, mereka tidak akan berasingan sehingga mereka bertemu dengan aku di kolam (syurga)." 


Riwayat ini juga telah dicatatkan oleh Mufti Ghulam Rasul di Jawahir al Ulum halaman 100 dari kitab Sawaiq al Muhriqah halaman 149, Ibn Hajar merekodkan ini dari Imam Sadiq (a.s): "Kami adalah tali Allah, tentang siapa Allah (swt) telah berfirman: {... dan berpegang teguh kepada tali Allah}"

Ahlulbayt (a.s) adalah Tali Allah, mereka adalah penyampai hidayah dan Imam Ali (a.s) adalah peneraju mereka (a.s). Beliau (a.s) adalah yang paling berwibawa untuk memimpin ummah, di mana Nabi Allah (sawa) mengisytiharkan Wilayah (authoriti) di Ghadir Khumm. Tali Allah bertindak sebagai satu cara untuk mencegah perpecahan, kerana Allah (swt) berfirman: {berpegang teguh kepada tali Allah dan janganlah kamu berpecah belah}. 

Nabi Allah (sawa) bersabda: "Sejurus selepasku, perselisihan dan kebencian akan timbul di antara kamu, apabila timbul situasi seperti itu, pergi dan cari Ali kerana dia boleh memisahkan kebenaran dari kebathilan."  

Kanzul Ummal, oleh Ali Muttaqi al Hind, Jilid 2 halaman 612 (Diterbitkan di Multan) 

"Wahai Ali! Kamu akan menyampaikan secara terbuka kepada umat perkara-perkara yang akan menyebabkan perbezaan selepasku. " 


Dan dari kitab Yanabi al Mawaddat muka surat 503-504 oleh Shaykh Suleman Qandozi al-Hanafi meriwayatkan hadis yang beliau salin dari Mawaddatul Qurba: 

Dari Jabir Ibn Abdullah, Nabi (sawa) bersabda: “Aku Ketua Nabi,' Ali adalah Ketua Ausia (pemegang wasiat). Sesungguhnya wali selepas aku adalah dua belas, yang pertama adalah Ali, yang terakhir adalah al Qaim Imam Mahdi. " 

Dari Ali (r.a), Rasulullah (sawa) bersabda: "dunia ini tidak boleh berakhir sehingga seseorang dari umatku, dari keturunan Hussain bangkit, yang akan memenuhi bumi dengan keadilan sepertimana sebelumnya dipenuh dengan ketidakadilan'. 

Salman al Farsi (r.a) menceritakan: 'Satu hari aku muncul di hadapan Rasulullah (sawa). Aku menyaksikan Hussain di dalam pangkuan baginda, Rasulullah (sawa) mencium pipi dan bibirnya dan bersabda:'kamu adalah Ketua, anak seorang ketua, saudara seorang ketua, kamu adalah seorang Imam, anak kepada Imam, saudara Imam. Kamu hujjah Allah, anak hujjah Allah, saudara hujjah Allah dan bapa kepada sembilan hujjah Allah (swt), kesembilan akan dipanggil Mahdi gelarannya adalah Qo’im. ' 

Daripada Ibn Abbas (r.a), Nabi (sawa) bersabda: 'Aku, Ali, Hasan, Hussain dan sembilan anak-anak Hussain adalah  suci dan maksum.' 

Daripada Ali (a.s), Rasulullah (sawa) bersabda: 'Sesiapa yang ingin menaiki bahtera keselamatan, dan memegang kendalinya dengan erat, dan mengenggam erat Tali Allah (swt) haruslah mencintai Ali dan menjadi musuh kepada musuh-musuhnya, dan dia harus mengikuti Imam Petunjuk dari keturunan Ali. Seseungguhnya mereka adalah khalifahku, dan hujjah Allah (swt) selepasku. Mereka adalah ketua-ketua ummahku dan Pemimpin orang-orang bertaqwa yg memasuki syurga. Kumpulan ini adalah kumpulanku dan kumpulanku adalah kumpulan Allah (swt). Kumpulan musuh-musuh mereka adalah kumpulan Syaitan. " 



Salam sejahtera kepada kamu dan rahmat Allah serta berkatNya melimpah ruah.

1 ulasan:

  1. selamat datang...sila ajukan sebarang pertanyaan tentang dakwah ini

    BalasPadam