Jumaat, 5 Oktober 2012

HIMPUNAN HADIS MENGENAI 12 MAHDI DI DALAM SUMBER SYIAH

1 - Wasiat Nabi Muhammad [sawas] yang ditulis pada malam sebelum kewafatannya: 

Daripada Abi Abdillah Al Hussain bin Sufyan, daripada Ali bin Sinan Al Musili, daripada Ali bin Al Hussain, daripada Muhammad bin Al Khalil, daripada Jaafar bin Ahmad Al Masri, daripada bapa saudaranya Al Hassan bin Ali, daripada bapanya, daripada Abi Abdillah Jaafar bin Muhammad, daripada bapanya Al Baqir, daripada bapanya Ali Zainal Abidin, daripada bapanya Al Hussain Al Syahid, daripada bapanya Amirul Mukminin Alaihis salam telah berkata: bersabda Rasulullah SAWA kepada Ali AS dimalam sebelum kewafatan baginda: “Wahai Abal Hassan (Ali a.s) bawakan lembaran tulis dan dakwat.” Maka Rasulullah SAWA telah menyebutkan wasiatnya untuk dicatatkan sehinggalah ia sampai kepada noktah berikut, baginda SAWA bersabda: “Wahai Ali sesungguhnya akan ada selepasku duabelas orang Imam dan selepas mereka duabelas orang Mahdi, engkau wahai Ali adalah yang pertama di kalangan duabelas orang Imam tersebut, Allah menamakan engkau di langitnya; Ali Al Murtadha, Amirul Mukminin, Siddiq Al Akbar, Faruq Al A’zham, Al Makmun, dan Al Mahdi, tiada sesiapapun dibenarkan memakai nama-nama ini. Wahai Ali, engkau adalah pemegang wasiatku ke atas Ahlulbaytku ketika mereka masih hidup mahupun setelah mereka mati, dan ke atas isteri-isteriku: barangsiapa yang engkau kekalkannya akan bertemu denganku besok, barangsiapa yang engkau ceraikan maka aku berlepas diri darinya, dan dia takkan dapat melihat aku dan aku tidak melihatnya pada hari kiamat. Engkau adalah khalifah ku ke atas umatku selepas aku, apabila maut menghampirimu, maka hendaklah diserahkannya (khilafah) kepada anakku Al Hassan Al Birr Al Wusul. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anakku Al Hussain yang syahid lagi cerdik dan dibunuh. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya penghulu segala abid Ali. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya Muhammad Al Baqir. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkan kepada anaknya Ja’afar Al Sadiq. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya Musa Al-Kadhim. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya Ali Al Ridha. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya Muhammad Al Thiqah Al Taqiy. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya Ali Al Nasih. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya Al Hassan Al Fadhil. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya Muhammad yang terpelihara daripada keluarga Muhammad alaihissalam. Maka itulah dua belas imam, dan akan datang selepasnya dua belas Mahdi. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkan kepada anaknya iaitu yang pertama yang paling rapat [Muqarrab] (sesetengah sumber menyebutkan Mahdi yang pertama). Baginya tiga nama : namanya seperti namaku dan nama bapaku, iaitu Abdullah (hamba Allah) dan Ahmad. Dan namanya yang ketiga adalah Al Mahdi, dia adalah yang pertama beriman (dengan zuhur Imam Mahdi a.s). 

  1. Sheikh Al Toosi menyebutkan riwayat wasiat ini di dalam kitabnya Al Ghaibah ms 150 beserta himpunan riwayat bagi menguatkan bahawa Imamah adalah untuk Ahlulbayt a.s. Kemudian Sheikh Al Toosi memperkuatkan lagi riwayat ini dengan riwayat-riwayat wasiat yang lain di dalam kitab yang sama pada ms 156. Ianya adalah himpunan riwayat yang digunapakai sebagai dalil untuk menguatkan tuntutannya bahawa Imamah adalah di kalangan Ahlulbayt a.s. Dia mengatakan bahawa riwayat ini adalah sahih kerana Syiah Imamiyah meriwatkannya secara tawatur iaitu orang yang terkemudian meriwayatkan dari orang terdahulu tanpa terputus. Jalan pentashihannya adalah satu sepertimana terdapat di dalam kitab-kitab Imamiyah dan juga melalui manuskrip-manuskrip Amirul Mukminin Ali a.s 
  2. Sheikh Al Hurr Al Amili di dalam kitabnya Ithbat Al-Huda, jilid 1, ms 549, hadis no. 376. 
  3. Sheikh Al Hurr Al Amili di dalam kitabnya Al Iqadh, ms 393. 
  4. Sheikh Hassan bin Sulaiman Al Hilli di dalam kitabnya Mukhtasar Al Bashair, ms 159. 
  5. Al Allamah Al Majlisi di dalam kitab Bihar Al Anwar, jilid 53, ms 147, hadis no. 6 (secara ringkas), dan jilid 36, ms 81, hadis no. 81 (secara terperinci tanpa rangkap “Apablia maut menghampirinya”) 
  6. Sheikh Abdullah Al Bahrani di dalam kitabnya Al ‘Awalim, jilis 1, ms 370, hadis no. 59. 
  7. Sayyid Hashem Al Bahrani di dalam kitabnya Ghayat Al-Maram, jilid 1, ms 370, hadis no. 59. 
  8. Sayyid Hashem Al Bahrani di dalam kitabnya Al insaf, ms 222. 
  9. Al Faydh Al Kashani di dalam ktabnya Nawadir Al Akhbar, ms 294. 
  10. Sheikh Mirza Al Noori di dalam kitabnya Al Najm Al Thaqib, jilid 2, ms 71. 
  11. Sayyid Muhammad Muhammad Sadiq Al Sadr menyebutkannya di dalam kitabnya Tarikh Ma Ba’da Dhuhur, ms 641. 
  12. Sheikh Al Miyanji di dalam kitabnya Makatib Al Rasul, jilid 2, ms 96. 
  13. Sheikh Al Kurani di dalam kitab Mukhtasar Mu’jam Ahadis Al Imam Al Mahdi. 

2 - Abi Hamza meriwayatkan dari Abi Abdullah [a.s] di dalam hadith yang panjang bahawa dia berkata: "Wahai Aba Hamza, dari kalangan kami 11 Mahdi selepas Qoim dari keturunan Al-Hussain [a.s]." [Ghaiba, Al-Toosi halaman 478-479] 

3 - Abu Baseer berkata: Saya memberitahu Ja'far bin Muhammad Al-Sadiq [a.s]: Wahai anak Rasulullah, saya mendengar daripada bapa anda [a.s] bahawa dia berkata: akan ada 12 Mahdi selepas Qa'im yang , beliau berkata: "Sesungguhnya dia berkata 12 Mahdi dan dia tidak berkata: 12 Imam, tetapi mereka adalah kaum Syiah kami yang memanggil orang untuk berbai'ah kepada kami dan tahu akan hak kami." [Kamal Al-Deen wa Tamam Al-Ni'mah, Sheikh Al -Sadooq muka surat 358]

4 - Abi Abdullah [as] berkata: " dari kalangan kami 12 Mahdi selepas Qoim [a.s] dari keturunan Hussain [a.s]."  [Muntakhab Al-Anwar Al-Mudhi'ah, Sayyed Baha'a Al-Deen Al-Najafi, muka surat 353-354, Mukhtasar Basa’ir Darajat oleh Al Hasan bin Sulaiman Al Hilli, muka surat 48]

5 - Al-Hadrami meriwayatkan dari Abi Ja'afar [a.s] berkata: Saya bertanya kepadanya; di manakah tempat di bumi ini yang paling digemari selepas Haram Allah [Masjid Al Haram] dan Haram RasulNya [sawas]? Beliau [a.s] berkata: "Al-Kufah Wahai Abu Bakar, ia adalah mulia dan suci, ia adalah kubur nabi-nabi yang diutuskan, dan tidak diutuskan [nabi] dan wasi-wasi yang jujur. Dan di dalamnya adalah Masjid Suhail di mana Allah tidak mengutuskan Nabi melainkan dia bersolat di dalamnya, dan darinya akan muncul keadilan Allah dan di dalamnya akan ada QoimNya dan Qoim-Qoim selepas dia, dan ia adalah tempat tinggal nabi-nabi, wasi-wasi dan orang-orang yang soleh." [Kamel Al-Ziyarat oleh Ja'afar bin Muhammad bin Qoloweh, muka surat 76]

Imam Abu Ja'afar [a.s] menyebut Mahdi dengan lafaz: "dan Qoim-Qoim selepas dia", yang bermaksud selepas Qa'im (a.s) iaitu Imam Muhammad Al Mahdi (a.s). Jadi dia menamakan 12 Mahdi sebagai Qoim. 

6 - Habbah Al-Arni berkata: Amirul Mukminin [a.s] keluar ke Hirah dan berkata: "ini akan disertai oleh ini" dan dia menunjuk dengan tangannya untuk Kufah dan Hirah "sehingga satu hasta di antara keduanya akan dijual dalam dinar, dan kemudian di Heera akan dibina masjid yang mempunyai 500 pintu, khalifah Qoim [Semoga Allah menyegerakan kelapanganNya] akan bersolat di dalamnya kerana ianya terlalu sempit buat mereka, dan akan bersolat di dalamnya 12 Imam yang adil." Lalu aku bertanya: Wahai Amirul Mukminin, apakah keluasannya Masjid kufah ini sepertimana yang manusia lihat hari ini? Seraya dia (a.s) berkata: akan dibina empat buah masjid dan yang paling kecil adalah masjid Kufah.....” [Bihar Al Anwar, v.52, muka surat 474, Tahzib Al Ahkaam oleh Sheikh Al-toosi, v.3, muka surat 245] 

Amirul Mukminin di dalam riwayat ini mengatakan bahawa sebuah masjid akan dibina di Hirah, yang mana khalifah Qoim akan bersolat di dalamnya, dan kemudian dia [as] berkata: "dan akan bersolat di dalamnya 12 Imam yang adil " dan kesemua Imam [a.s] itu akan bersolat di dalamnya selepas Qoim [a.s] membina masjid tersebut, yang bermakna mereka ini bukanlah Imam yang duabelas orang, tetapi adalah mereka yang dinamakan dalam riwayat-riwayat yang lain sebagai Mahdi-Mahdi (12 mahdi) 

7 - Doa daripada Ahlul Bait [a.s] pada menyatakan hak Imam Al mahdi yang ditunggu-tunggu: "Ya Allah dan berselawatlah ke atas pemegang-pemegang janjinya (wulat ahdihi), sampaikanlah mereka pengharapan mereka, lengahkanlah ajal mereka dan menangkanlah mereka. Sempurnakanlah apa yang telah Engkau sandarkan mereka dari perintah agamaMu, dan jadikanlah kami sebagai pembantu mereka dan penyokong agamaMu, dan berselawatlah ke atas bapa-bapanya yang suci, para Imam yang mendapat petunjuk ... " [Mikyal Al-Makarim, V.2, muka surat 73] 

Doa ini adalah untuk Qoim [a.s] dan pemegang-pemegang janji yang dimaksudkan adalah penggantinya dan ianya jelas sekali. Doa ini menyebut frasa: "Sempurnakanlah apa yang telah Engkau sandarkan kepada mereka dari perintah agamaMu" kerana mereka [a.s] diamanahkan dengan perkara agama. Bukti memaksudkan mereka adalah Mahdi-Mahdi kerana selepas dia berselawat ke atas mereka (Mahdi-Mahdi), terus berselawat ke atas bapa-bapanya yang suci, yakni bapa-bapa Qoim [a.s].

8 - Imam Sajad [a.s] berkata: “Qoim dari kami akan bangkit dan selepas dia akan ada dua belas Mahdi” [Sharh Al Akhbar jilid 3, muka surat 400] 

9 - Dalam doa yang diriwayatkan dari seorang wanita yang berada di rumah Imam Al-Mahdi [a.s] dan disalin oleh Sheikh Al-Toosi buat kita sebagai berikut: "Ya Allah berselawatlah ke atas Muhammad Al-Mustafa, dan Ali Al-Murtadha, dan Fatima Al-Zahraa, dan Al-Hassan Al-Ridha, dan Al-Hussain Al-Musaffa dan semua wasi, lampu-lampu yang kesuraman dan sepanduk petunjuk dan tanda-tanda ketaqwaan dan pegangan yang erat dan tali yang kukuh dan jalan yang lurus. Dan berselawatlah kepada waliMu dan pemegang janjinya (wulat ‘ahdihi) dan Imam-imam dari anak-anaknya, dan panjangkanlah umur-umur mereka dan lengahkanlah ajal mereka..." [Ghaibat Al-Toosi, muka surat 28, Bihar Al-Anwar v.52, muka surat 22] 

Ini juga adalah doa untuk Wali Allah Imam Al Mahdi [a.s] dan diikuti selepasnya dengan doa kepada pemegang-pemegang janjinya (wulat ‘ahdihi). Semua ini disebutkan selepas selesai doa kepada Rasulullah [sawas], Ali [a.s], Fatimah [a.s] dan wasi-wasi yang terdiri dari kalangan anak mereka berdua. Doa yang dibawakan oleh wanita itu daripada Imam Al Mahdi [a.s], dan Imam [a.s] mengatakan di dalam doanya buat para Mahdi [a.s]:” dan lengahkanlah ajal mereka...” padahal telah maklum di fikiran kita bahawa bapa-bapa Imam Al Mahdi [a.s] telah pun wafat kesemuanya. 

10 - Diriwayatkan daripada Imam Al-Askary berkenaan Doa ke-3 bulan Syaaban dalam mendoakan kedudukan para Mahdi [a.s] selepas daripada Imam Al Mahdi [a.s], dan Imam [a.s] mengikrarkan bahawa mereka adalah Hujah ke atas makhluk selepasnya [a.s]. Telah diriwayatkan doa ini dengan kata-kata Imam Al Askariy sendiri kepada Abi Al Qasim bin Al ‘Ala Al Hamdani dan dia adalah wakilnya: “Sesungguhnya tuan kami Al Hussein [a.s] dilahirkan pada hari khamis pada 3 syaaban dan menghuraikannya dengan tenang akan doa ini, dipetik dari doa yang panjang bagi tujuan pembuktian: "dan para wasi dari keturunannya selepas Qoim mereka dan keghaibannya" [Bihar Al Anwar, jilid 53, muka surat 94, Al Iqbal oleh Sayyid Ibn Tawoos, muka surat 689, Al Balad Al Amin, muka surat 185, Misbah Al Mujtahid oleh Syeilh Al Toosi muka surat 826] 



Akan bersambung....Insha Allah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan