Selasa, 2 Oktober 2012

LEBIH DARIPADA SATU MAHDI MENURUT HADIS SUNNI



Ibn Al Munada meriwayatkan: " Sufyanis ada tiga, Mahdi ada tiga. Sufyani pertama akan muncul, dan jika dia bangkit namanya disebut-sebut sehingga menjadi popular, Mahdi pertama bangkit, dan kemudian Sufyani kedua, dan kemudian Mahdi kedua bangkit, dan maka Sufyani ketiga akan bangkit, dan kemudian Mahdi ketiga akan bangkit, dan begitulah Allah akan membuatkan segala-galanya menjadi lebih baik daripada telah musnah sebelumnya, dan dia akan menyelamatkan orang beriman, dan akan membuat Sunnah kembali hidup, dan memadamkan api-api bid’ah. " 

[Al Arf Al Wardi Li Al Sayooti, jilid 1, ms 149, hadith 250] 
___________________________________________

Diriwayat dari Hadab bin Khaled Al Azdi [yang] meriwayatkan daripada Hamad bin Salma [yang meriwayatkan] dari Sama’ bin Harb, telah berkata: "Saya telah mendengar Jaber bin Samra berkata: 'Aku mendengar Rasulullah (sawa) bersabda: "Islam akan kekal mulia sehingga 12 Kalifah," dan kemudian dia berkata perkataan yang aku tidak fahami, lantas aku berkata kepada ayahku: "Apa yang baginda katakana?" Baginda berkata: "Kesemua mereka adalah daripada Quraisy." 

[Sahih Muslim, jilid 3, ms 1453] 
___________________________________________

Diriwayatkan dari Muhammad bin Abeed [yang] meriwayatkan dari Abu Usama [yang meriwayatkan] dari Za'eda [yang meriwayatkan] dari Sama’ [yang meriwayatkan] dari Sa'eed bin Jabeer [yang meriwayatkan] dari Ibn Abbas, beliau biasa mendengar mereka berkata: "Terdapat 12 Kalifah untuk umat ini!" Beliau berkata: "Betapa bodohnya kamu? Selepas 12 adalah tiga, dari kami adalah Safah, Mansoor dan Imam Mahdi?" 

Abu Usama berkata: "Tafsiran [dari kami] bermakna anak Imam Mahdi, sehingga kemunculan Dajjal." 

[Uyoon AlAkhbar Ibn Qutayba p.302] 
___________________________________________

Pengarang kitab Umdat Al Qaree Sharh Sahih Bukhari, Badr Al Deen Al Ayni Al Hanafi berkata: "Ianya tidak mustahil bahawa akan ada 12 selepas Mahdi yang akan muncul di akhir zaman ..." sehingga dia berkata: "Dan kemudian selepas dia, anaknya akan memerintah, dan dengan itu akan terdapat 12 raja-raja, setiap seorang daripada mereka adalah Imam Mahdi." 
___________________________________________

Daripada Ka’ab Al Ahbar:”Di sana akan terdapat 12 Mahdi, yang kemudian “Ruh Allah” akan turun untuk membunuh Dajjal.” 

Tafsir Ibn Abi Hatem dari Ka'ab Al Ahbar, beliau berkata: "Mereka adalah 12, dan apabila mereka semua meninggal dunia, akan menggantikan mereka 12 yang serupa mereka, dan itu adalah janji dari Allah kepada umat ini." Lalu dia membaca: " Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang saleh bahwa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka berkuasa.” 

[Tafsir Ibn Abi Hatem, hadith no. 13730] 
[Ibn Abi Hatem AlRazi, jilid 8, ms 2628] 
___________________________________________

Ibnu Hajar di dalam kitab Fath Al Bari, dalam petikan yang panjang berkata: Abu bin Al Hussein Al Munadi: Pada bahagian di mana dia mengumpul mengenai Imam Mahdi, dalam mengertikan pengertian hadith "Akan terdapat 12 Khalifah ", adalah bermaksud ianya akan berlaku selepas Mahdi yang akan muncul di akhir zaman, kerana aku dapati dalam kitab Daniel, apabila Imam Mahdi mati, akan ada 5 lelaki yang memerintah dari anak cucu yang tertua, dan setelah itu 5 anak dari cucu yang muda, dan kemudian yang terakhir akan menyerahkan kepimpinan beliau kepada anak dari cucu yang tertua, dan kemudian anaknya akan memerintah, 12 raja-raja akan memerintah, setiap seorang daripada mereka adalah Imam Mahdi. 

[ Fath Al Bari Sharh Sahih Bukhari, jilid 20, Ms266, hadis 6682] 
___________________________________________

Telah berkata Ibn Al Munadi, dan di dalam riwayat Abi Saleh dari Ibnu Abbas. Nama Imam Mahdi adalah Muhammad bin Abdullah, dan dia adalah seorang lelaki yang janggutnya dicelup dengan warna merah, umat ini akan bebas daripada semua kesengsaraan, dan keadilan, dia akan menghapuskan semua ketidakadilan, dan selepas dia akan ada 12 lelaki. 

Diriwayatkan dari Rashdeen dari Ibn Lahee'a dari Abi Qabeel dari Abdullah Ibni Umar, beliau berkata: "Selepas Imam Mahdi yang akan mengambil orang-orang Yaman ke bandar-bandar mereka, kemudian Mansoor, dan kemudian selepas dia Mahdi yang akan membuka kota Rom dengan tangannya." 

[Fitan Ibn Hamad, jilid 1, ms 395, hadith 1186] 
___________________________________________

Dalam Kitab Fitan Ibn Hamad AlMaroozi dan dia adalah guru kepada Bukhari, diriwayatkan daripada Al Hakam bin Nafe ' [yang meriwayatkan] dari Jarah dari Arta'a: "Sufyani akan membunuh semua orang-orang yang menderhaka kepadanya dan akan memotong mereka dengan gergaji, dan memasak mereka dalam periuk selama 6 bulan. Setelah itu, dia akan bertemu dengan pentadbir dua timur dan dua barat, dengan bilangan Khalifah selepas Rasul Allah (sawas) untuk umat. "(Dalam kes ini bilangan Khalifah adalah 12)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan