Khamis, 4 Oktober 2012

PERSAMAAN ANTARA KHAWARIJ MASA LALU DAN WAHABI MASA KINI

Petikan dari Kitab Al Tauhid: Tafsir Surah Al Tauhid oleh Imam Ahmad Al Hassan (as): 

Prinsip asas yang menyebabkan Khawarij keluar untuk menentang Ali bin Abi Talib (a.s), malah, terkeluar dari Islam adalah kata-kata mereka: (Tiada pemerintah melainkan bagi Allah). Jelas sekali kepalsuannya secara lahiriah lahiriah dan hitam pada batinnya, dan tiada siapa yang boleh ditipu olehnya kecuali orang-orang Arab yang jahil, yang tidak boleh memahami ucapan {Orang-orang A`rab lebih keras kufurnya dan sikap munafiknya dan sangatlah patut mereka tidak mengetahui batas-batas (dan hukum-hukum) yang diturunkan oleh Allah kepada RasulNya dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.} [Al-Quran Surah Al-Taubah 9:97]. 

Inilah apa yang dikatakan oleh Khawarij: (Tiada Kekuasaan melainkan bagi Allah). Kata-kata ini adalah benar, kerana kekuasaan hanya untuk Allah. 

Adapun ibadah-ibadah mereka secara lahiriah, mereka adalah manusia yang paling banyak melakukan ibadat, dan mereka adalah paling banyak bersolat dan memenuhkan masjid. Adapun perjuangan mereka untuk mempertahankan keimanan mereka, ianya cukup terbukti bahawa mereka telah berjuang bermati-matian di Nahrawan sehingga tiada [mereka] yang terselamat kecuali beberapa orang. Walaupun begitu, mereka tidak mengetahui apa-apa, malah, mereka langsung tidak menyumbang apa-apa kepada Islam. 

Di sini dibawakan dua Hadis daripada Rasulullah (sawas) tentang Khawarij di zaman permulaan Islam dan di akhir zaman (Wahabis). 

Hadis Pertama: Khawarij di masa permulaan Islam

Dari Abu Saed Al Khudri (r.a), bahawa dia berkata: (ketikamana kami sedang berada di sisi Rasulullah (sawas), tatkala baginda bersumpah akan sesuatu, kemudian telah mendatanginya “DhulKhuwaysirah”, seorang lelaki dari Bani Tamim, seraya berkata: "Wahai Rasulullah berlaku adil lah!." Lalu Nabi (sawas) bersabda:"Celakalah kamu, siapakah yang akan berlaku adil, sekiranya aku tidak berlaku adil. Sesungguhnya kamu berada dalam kekecewaan dan kerugiaan, jika aku tidak berlaku adil." Lantas Umar berkata:"Wahai Rasulullah berikan kebenaran kepada aku untuk memenggal lehernya!" Maka Rasulullah (sawas) berkata:"Biarkan sahaja dia, kerana sesungguhnya dia mempunyai sahabat-sahabat yang solat mereka akan dihinakan oleh solat salah seorang dari kamu, dan puasa mereka dengan puasanya, mereka membaca al-Quran tetapi tidak melepasi dari tulang selangka mereka ([makna Al-Quran adalah hanya pada lidah mereka dan tidak sampai ke hati mereka]), mereka keluar dari agama seperti anak panah keluar dari busur ([maknanya seperti mangsa yang terkena anak panah, dan anak panah yang melaluinya keluar dari sisi yang lain dengan pantas tanpa ada apa-apa di atasnya]), maka kamu melihat anak panah dan kamu tidak menjumpai apa-apa di atasnya, kamu melihat di sisinya dan kamu tidak menjumpai apa-apa, kamu melihat di bilah yang merupakan batang anak panah dan kamu tidak menjumpai apa-apa di atasnya, seterusnya kamu melihat pada bulu dan anda tidak menjumpai apa-apa di atasnya, [dan anak panah] telah mendahului sisa badan dan darah ([maknanya anak panah berlalu dengan cepat melalui mangsa dan keluar tanpa darah atau mana-mana sisa badan di atasnya]). Tanda mereka adalah seorang lelaki hitam, kedua–dua bahagian lengannnya seperti payudara seorang wanita, atau seperti sepotong daging yang bergetar, dan mereka akan keluar ketikamana terdapat perpecahan di kalangan orang ramai." 

Abu Sa'eed berkata: (Aku bersaksi bahawa aku mendengar ucapan ini dari Rasulullah (sawas), dan aku bersaksi bahawa Ali bin Abi Talib telah berperang dengan mereka dan aku bersama-sama dengannya. Maka, dia memerintahkan supaya memanggil lelaki itu, tetapi dia [lelaki] merayu, lalu dibawanya keluar, sehingga aku dapat mengenalpasti sifatnya adalah sebagaimana yang telah Nabi (sawas) sifatkannya) [1] 

Hadis Kedua mengenai Khawarij di akhir zaman (Wahabi): 

Dari Suwayd bin Ghaflah, dia berkata: Ali telah berkata: "Sekiranya aku mengkhabarkan kamu berkenaan Rasulullah, maka sesungguhnya, aku lebih suka diserembamkan (jatuh dengan muka melekat di tanah) dari langit daripada berbohong ke atasnya, dan jika aku mengkhabarkan kamu, apa yang ada di antara kamu dan aku, maka sesungguhnya, peperangan itu adalah tipu helah. Aku mendengar Rasulullah (sawas) berkata: 'Maka akan datang di akhir zaman orang-orang, yang berbicara di tepi gigi, yang impiannya adalah bodoh, percakapan mereka adalah sebaik-baik percakapan makhluk (bermakna mereka akan bercakap tentang Tauhid, kerana Wahabi mendakwa bahawa mereka mencari Tauhid sebenar dan bahawa mereka menolak daripada menyekutukan Allah yakni syirik). Mereka keluar daripada Islam sepertimana anak panah keluar dari mangsa, iman mereka tidak melepasi kerongkong mereka. Oleh itu, di mana jua kamu bertemu mereka, bunuhlah mereka, kerana sesungguhnya, bagi yang membunuh mereka adalah ganjaran pahala pada hari kiamat "[2] 

Saya mendapati bahawa amat perlu untuk menganalisa asas kepercayaan Khawarij, dan apa yang mereka maksudkan dengan (Tiada kekuasaan melainkan bagi Allah), sekaligus menunjukkan persamaan antara kepercayaan mereka dan Tauhid yang dituntut oleh Wahabi, supaya ia boleh menjadi jelas bahawa Wahabi adalah Khawarij di akhir zaman. 

Apabila Ali (as) mendengar Khawarij mengatakan bahawa "Tiada kekuasaan melainkan bagi Allah", maka beliau berkata: (Perkataan yang benar tetapi yang dimaksudkannya adalah kebatilan. Ya, ianya benar bahawa tidak ada kekuasaan melainkan bagi Allah. Tetapi mereka ini mengatakan bahawa 'tidak ada pemerintah kecuali Allah', dan sesungguhnya, mesti ada bagi manusia seorang pemimpin soleh atau pemimpin jahat, yang orang-orang beriman melakukan [kebaikan] di bawah pemerintahan beliau dan yang kafir menikmati [manfaat duniawi] di bawah pemerintahannya. Allah menyampaikan segala-galanya melalui sebab. Melalui [pemerintah] cukai dikutip, berjuang memerangi musuh, jalan-jalan akan aman, dan diambil [zakat] dari yang kuat buat yang lemah. Sehingga orang yang baik mendapat keamanan dan dilindungi dari orang yang jahat.” 

Dalam hadis lain, menyatakan bahawa ketika Ali (a.s) mendengar pendirian mereka, dia berkata: "Aku menunggu hukum Allah dalam hal ini ke atas kamu." Kemudian dia berkata: "Bagi pemerintah yang baik, orang-orang yang bertaqwa dapat beramal [soleh] di bawahnya. Manakala bagi pemerintah yang jahat, pelaku kejahatan menikmati [manfaat duniawi] di bawahnya sehingga akhir pemerintahannya atau dia mati."[3] 

Sesungguhnya, makna slogan (Tiada kekuasaan melainkan bagi Allah) ini adalah: Hakimiyyah (kekuasaan) Allah, iaitu bahawa sesiapa jua yang mengangkat slogan ini tidak boleh menerima selain dari Kekuasaan Allah, yang diwakili oleh Undang-undang Ilahi dan pemerintah yang dilantik oleh Allah. Oleh itu, barangsiapa yang mengangkat slogan ini sepatutnya menuntut perlaksanaan Undang-undang Ilahi dan pemerperkasaan pemerintah yang dilantik oleh Allah. 

Inilah yang dimaksudkan dengan perkataan 'Tiada kekuasaan melainkan bagi Allah', dan ini sepatutnya tujuan atau tuntutan bagi sesiapa yang membangkitkannya sebagai slogan. Tetapi Khawarij datang dengan kalimah ini untuk melanggar Ketuanan Allah, dan mereka benar-benar melemparkannya khusus ke muka Ali (as). Sedangkan dia adalah Khalifah Allah dan wasi (pemegang wasiat) yang dilantik oleh Allah. Secara lahiriah nampak seolah-olah mereka tidak menolak Allah, kerana mereka hanya menolak Ali (a.s). Walau bagaimanapun, jika kita melihat dengan teliti dan memahami pendirian mereka, kita akan mendapati bahawa pendirian mereka adalah sama seperti yang pendirian iblis yang tidak menolak untuk sujud kepada Allah. Malah, dia digelar Tawoos Malaikat kerana banyak beribadah, tetapi dia hanya menolak untuk bersujud kepada Adam (a.s) sebagai Khalifah Allah. 

Jawapan Imam Ali (a.s) bagi menyangkal tujuan mereka, adalah bertepatan dengan realiti yang berlaku sekarang, kerana kewujudan masyarakat manusia, mesti bersekali dengan Undang-Undang dan pemerintah yang melaksanakan undang-undang bagi mengatur kehidupan masyarakat tersebut. Oleh itu, apabila ditolak Undang-undang Ilahi dan pemerintah (mulia/ soleh) yang telah dilantik oleh Allah. Maka sudah pasti ia akan diambil alih oleh undang-undang ciptaan manusia dan pemerintah yang penindas, kerana realiti tidak pernah terlepas dari menghadapi salah satu daripadanya. Beliau (a.s) berkata: “Dan sesungguhnya, amat perlu bagi manusia mempunyai seorang pemimpin samada yang soleh atau pemimpin yang jahat.” 

Sekarang, saya hanya meminta kita menganalisa tiga pendirian: 

Iblis (laknat Allah ke atasnya): Enggan sujud kepada Adam, (enggan mengakui bahawa Adam menjadi "Khalifah Allah" dan pengantara di antara dia dan antara Allah.) 

Khawarij: Enggan menerima manusia yang dilantik oleh Allah sebagai pemerintah, tatkala mereka berkata “Tiada kekuasaan melainkan bagi Allah”, iaitu mereka menginginkan tiada pemerintah melainkan bagi Allah. Atau dalam erti kata lain, mereka menolak untuk menjadikan manusia (Khalifah Allah) sebagai perantaraan di antara mereka dan Allah. Dan mereka mendakwa ini sebagai Tauhid dan penolakan syirik!! 

Wahabi: Mereka enggan menerima bahawa seorang manusia (Khalifah Allah) boleh menjadi pengantara di antara mereka dan Allah, malah mereka mendakwa ini sebagai Tauhid dan penolakan syirik juga!! 

Apakah perbezaan di antara ketiga-tiga pendirian ini?!! 

Jika kita mendalami ke tiga-tiga pendirian, kita akan mendapati bahawa persamaan antara pendirian Khawarij dan pendirian iblis (laknat Allah ke atasnya) barangkali memerlukan penjelasan yang telah dibentangkan sebelum ini. Tetapi dalam hal persamaan antara pendirian Wahabis dan pendirian iblis, maka saya tidak fikir [bahawa ia memerlukan sebarang penjelasan], kerana pendirian mereka (kepercayaan mereka) adalah imej sebenar pendirian iblis (laknat Allah ke atasnya). Justeru itu, posisi mana lagi yang kita mahu bagi menjelaskan perkara ini? (Bermakna ia sudah jelas dan tidak perlu sebarang penjelasan lagi). 



___________________________ 
[1] Sahih Al-Bukhari - Al-Bukhari: volume 4, page 179. 

[2] Sahih Al-Bukhari - Al-Bukhari: volume 4, page 179. 

[3] Nahjul Balaghah, jilid 1, ms 91

Tiada ulasan:

Catat Ulasan