Rabu, 3 Oktober 2012

PEMBICARAAN TENTANG ABU BAKAR BERSAMA RASULULLAH DI DALAM AL QURAN

Dipetik dari kitab “Jawab Al Munir ‘Ibr Al Athir” oleh Imam Ahmad Al Hassan (a.s). 


Soalan 530:

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih, 

Segala puji bagi Allah, Tuhan seluruh Alam. Selawat dan salam ke atas penciptaan yang paling mulia, Muhammad, dan Keluarganya yang disucikan, para Imam dan para Mahdi. 

Ketua dan pemimpinku, Qaim (pendiri) Keluarga Muhammad dan Yamani mereka, Sejahtera ke atas kamu dan keluarga kamu, dan rahmat Allah serta berkatNya. 

Izinkan saya sayyidi, apakah makna firman Allah Ta’ala: {...sedang dia salah seorang dari dua orang ketika keduanya berada dalam gua, di waktu dia berkata kepada temannya: "Janganlah kamu berduka cita, sesungguhnya Allah beserta kita"} [Surah Al-Tawbah 9:40]. Dan adakah ia benar bahawa Abu Quhafa (Abu Bakr) berada dengan Nabi yang mulia (sawa) di dalam gua? 

Semoga Allah membalas anda dengan ganjaran yang terbaik bagi pihak Keluarga Muhammad. Dan saya berharap kamu memaafkan kekurangan kami di sisi Allah, dan meminta Allah menetapkan jejak langkah kami dan mengampunkan dosa kami. Sesungguhnya DIA Maha Mampu atas segala sesuatu. 

Dan segala puji bagi Allah yang telah membimbing kami, dan kami tidak akan dibimbing kalau tidak kerana Allah yang membimbing kami. Dan Salam sejahtera kepada kamu dan Rahmat Allah serta BerkatNya. 

Pengirim: Heidar Al-Musawy, Iraq 

Jawapan: 


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih, 


Segala puji bagi Allah, Tuhan seluruh alam. Selawat Allah ke atas Muhammad dan Keluarga Muhammad, para Imam dan para Mahdi. 

{Jikalau kamu tidak menolongnya [Muhammad] maka sesungguhnya Allah telah menolongnya [yaitu] ketika orang-orang kafir [musyrikin Mekah] mengeluarkannya [dari Mekah] sedang dia salah seorang dari dua orang ketika keduanya berada dalam gua, di waktu dia berkata kepada temannya: "Janganlah kamu berduka cita, sesungguhnya Allah beserta kita." Maka Allah menurunkan ketenangan-Nya kepada [Muhammad] dan membantunya dengan tentara yang kamu tidak melihatnya, dan Allah menjadikan seruan orang-orang kafir itulah yang rendah. Dan kalimat Allah itulah yang tinggi. Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. } [Surah Al-Taubah 9:40] 

Ayat ini tidak memberi pujian kepada sahabat yang menemani Nabi (sawas) di dalam gua, sebaliknya, ia mempunyai satu penghinaan yang jelas buat sahabat yang menyertai Nabi (sawas). Ketenangan (sakinah) dalam peristiwa ini telah diturunkan kepada Rasulullah (sawas) sahaja {Maka Allah menurunkan ketenangan-Nya kepadanya}. Dan para Malaikat, tentera Allah, diturunkan untuk menyokong Rasulullah (sawas) sahaja {dan membantunya dengan tentara yang kamu tidak melihatnya}. Ini bermakna penyingkiran sahabat yang menemani Rasulullah saw dari ikatan Iman. Ini kerana ketenangan memang telah diturunkan dalam beberapa peristiwa lain kepada sebahagian muslimin atau mukminin, di mana terdapat ramai orang Islam bersama Rasulullah (sawas), tetapi tidak pula mengkhususkan ketenangan hanya kepada Rasulullah (sawas) sahaja. Oleh itu, telah jelas pada kita bahawa tiada siapa di dalam gua yang layak dibantu dengan ketenangan dan tentera kecuali Rasulullah (sawas). 

Dan berikut adalah teks al-Quran yang menjelaskan kepada anda bagaimana ketenangan diturunkan ke atas Rasulullah (sawas) dan kepada orang-orang beriman yang bersamanya, dan bagaimana tentera [yang tidak dapat dilihat] datang membantu Rasulullah (sawas) dan orang-orang beriman yang bersamanya, dan [ia] tidak hanya dinyatakan untuk Rasulullah (sawas) sahaja: 

{Kemudian Allah menurunkan ketenangan kepada Rasul-Nya dan kepada orang-orang yang beriman, dan Allah menurunkan bala tentara yang kamu tiada melihatnya, dan Allah menimpakan bencana kepada orang-orang yang kafir, dan demikianlah pembalasan kepada orang-orang yang kafir.} [Surah Al-Taubah 9:26] 

{Kemudian Allah menurunkan ketenangan kepada Rasul-Nya dan kepada orang-orang yang beriman, dan Allah menurunkan bala tentara yang kamu tiada melihatnya, dan Allah menimpakan bencana kepada orang-orang yang kafir, dan demikianlah pembalasan kepada orang-orang yang kafir.} [Surah Al Fath 48:26] 

Perhatikan perkara ini baik-baik: Dalam kedudukan ayat ini, terdapat orang-orang beriman bersama dengan Rasulullah (sawas), dan mereka adalah sebahagian yang bersama-samanya (bermakna sebahagian yang bersama dengan dia dan bukan kesemua mereka), telah diturunkan ketenangan kepada mereka; kerana mereka memang berhak. 

Jadi, jika teman yang berada di dalam gua adalah seorang yang beriman, maka lazimnya ketenangan telah diturunkan kepadanya sepertimana ia telah diturunkan di tempat-tempat lain ke atas orang-orang beriman yang bersama-sama dengan Rasul Allah. 

Adapun bagi mereka yang meyakini bahawa kata-kata Rasulullah (sawa) untuk sahabatnya {Janganlah kamu berdukacita, kerana Allah bersama kita} adalah pujian  buat  sahabat itu, maka ianya jauh dari kebenaran yang dimaksudkan dengan kata-kata tersebut, dan lihatlah kepada firmanNya: {Tidakkah kamu perhatikan, bahwa sesungguhnya Allah mengetahui apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi? Tiada pembicaraan rahsia antara tiga orang, melainkan Dia-lah yang keempatnya. Dan tiada [pembicaraan antara] lima orang, melainkan Dia-lah yang keenamnya. Dan tiada [pula] pembicaraan antara [jumlah] yang kurang dari itu atau lebih banyak, melainkan Dia ada bersama mereka di manapun mereka berada. Kemudian Dia akan memberitakan kepada mereka pada hari kiamat apa yang telah mereka kerjakan. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.} [Surah Al-Mujadilah 58:7]. 

Ini menjelaskan kepada kamu bahawa Allah bersama semua orang, sama ada mereka memberi perhatian atau tidak, {Dan tiada [pula] pembicaraan antara [jumlah] yang kurang dari itu atau lebih banyak, melainkan Dia ada bersama mereka di manapun mereka berada}. Hakikat ini adalah pasti diketahuinya oleh orang-orang yang yakin beriman. Seterusnya menjelaskan bahawa sahabat di dalam gua itu adalah seorang yang alpa, dan kerana itulah Rasulullah (sawas) mengingatkan dia hakikat ini, agar dia kembali sedar. Tetapi keseluruhan ayat menunjukkan bahawa dia tidak sedar akan hakikat ini, dan langsung tidak memberi perhatian kepada kealpaannya. Oleh sebab itu, ketenangan itu tidak diturunkan kepadanya, sebaliknya ia telah diturunkan pada Rasulullah (sawas) seorang sahaja. Begitu juga bantuan tentera (yang tidak dapat dilihat) hanya dikhususkan untuk Rasulullah (sawas) sahaja. Dengan ini jelas bahawa tidak ada mana-mana orang beriman di dalam gua kecuali Rasulullah (sawas). 

Adapun untuk menggambarkan dia sebagai sahabatnya, saya tidak fikir bahawa seseorang yang waras akan menganggapnya sebagai pujian selepas semua apa yang telah dibentangkan. Malahan Rasulullah (sawas) adalah sahabat kepada kaumnya yang kafir kepadanya {Apakah [mereka lalai] dan tidak memikirkan bahwa sahabat mereka [Muhammad] tidak berpenyakit gila. Dia [Muhammad itu] tidak lain hanyalah seorang pemberi peringatan lagi pemberi penjelasan.} [Surah Al'araf 7:184]. 

Dan di tempat lain, Al-Quran mengibaratkan orang-orang kafir (yang kafir) sebagai sahabat orang mukmin yang memberi nasihat kepadanya: 

{dan dia mempunyai kekayaan besar, maka ia berkata kepada sahabatnya [yang mu’min] ketika ia berbincang dengan dia: "Hartaku lebih banyak daripada hartamu dan pengikut-pengikutku lebih kuat".} [Surah Al-Kahfi 18:34] 

{berkatalah sahabatnya [yang mukmin] kepadanya, semasa dia berbincang dengannya: Patutkah engkau kufur ingkar kepada Allah yang menciptakan engkau dari tanah, kemudian dari air benih, kemudian Dia membentukmu dengan sempurna sebagai seorang lelaki?} [Surah Al-Kahfi 18:37] 

Ini adalah persamaan yang terbaik dalam semua hal. Jika nasihat yang berlaku di dalam gua ini {apabila dia berkata kepada sahabatnya: Janganlah kamu berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita} tidak sepertimana ayat-ayat yang telah dibentangkan, memandangkan kedua-dua mereka adalah nasihat kepada seorang sahabat dan memperingatkan Allah kepadanya dan satu cubaan untuk membawanya keluar dari kealpaan yang dia berada, maka ia bukanlah pujian kepada sahabat dengan cara mana sekalipun, apatah lagi menjadi kemuliaan sepertimana yang mereka dakwa. 

Salam sejahtera kepada kamu dan Rahmat Allah serta BerkatNya. 

Ahmad Al-Hassan 

Muharram Al-Haram/1432 Hijri

Tiada ulasan:

Catat Ulasan