Soalan:
Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh
Wahai Imam Ahmad Al Hassan (a.s)
Selawat dan salam ke atas Muhammad dan Keluarga Muhammad, para Aimmah dan para Mahdiyyin.
Terdapat seorang pengguna Youtube Heshemboy mendakwa bahawa dia adalah Imam Mahdi (a.s). Terdapat sebahagian ansar yang mempercayai bahawa dia adalah Imam Keduabelas. Apa kata anda dalam perkara wahai Yamani? Saya memohon hidayah kerana Allah dan saya juga berharap anda dapat menjelaskan buat kami, bagaimana kami dapat mengenal Imam Mahdi (a.s).
Saya bermohon kepada Allah agar memberkati anda dan menjadikan saya beserta ansar-ansar yang lain sebagai pengikut sebenar anda dan pengikut Imam Mahdi sebenar.
Fi amanilLah
Aun Muhammad/ United Kingdom
____________________________________________________________
Jawapan:
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih.
Segala Puji bagi Allah.
Allah berselawat ke atas Muhammad dan Keluarga Muhammad, para Aimmah dan para Mahdiyyin.
Khalifah-khalifah Allah dikenali dengan dalil qath'ie iaitu nas dan kami telah menjelaskan perincian perkara ini di dalam wasiat Rasulullah SAWA. Bagaimana sesungguhnya ia adalah bukti ke atas khalifah-khalifah Allah yang disebutkan mereka di dalamnya, dengan semata-mata mendakwa bahawa mereka dinaskan di dalamnya. Kerana ianya digambarkan sebagai kitab yang terpelihara daripada kesesatan bagi sesiapa yang berpegang dengannya selama-lamanya. Dengan ini akal mewajibkan supaya Allah memeliharanya sehinggalah empunya sebenar mengklaimnya dan menyempurnakan tujuannya iaitu memelihara orang yang berpegang dengan daripada kesesatan. Telah tetap Hujjah dan Khilafah Mahdi Pertama Al Yamani dengan klaimnya tersebut.
Manakala bagi Imam Mahdi (s.a) pula, maka tiada bukti untuk mengenalnya setelah keghaibannya melainkan dengan Hujjah dan khalifah daripada Khalifah-khalifah Allah yang ditetapkan Hujjah dan Khilafah ketuhanannya dengan dalil qathi'e. Tidak terdapat khalifah daripada khalifah-khalifah Allah selepas Imam Mahdi yang mempunyai sifat ini melainkan Mahdi Pertama dari anak-anaknya. Maka setiap pendakwa selain Mahdi Pertama adalah pendakwa bathil. Tiada jalan untuk mendapat ridha Allah serta agama Allah pada zaman ini selain Mahdi Pertama dan dia adalah jalan untuk mentaati Imam Mahdi (a.s). Imam Mahdi tidak berhubung dengan sesiapapun dari kalangan manusia dan tidak menyeru seorang pun dari kalangan manusia setelah mengutuskan utusannya serta penyeru kepada Allah dan kepadanya iaitu Al Yamani dan Mahdi Pertama.
Jadi, pengklaim ini yang kamu bertanyakan tentangnya dan kamu mengatakan dia mendakwa bahawa dia Imam Mahdi Muhammad bin Al Hassan Al Askari adalah seorang pengklaim palsu. Barangsiapa yang mempercayainya adalah sesat dan hendaklah meninggalkan kesesatan ini.
Wassalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh.
Ahmad Al Hassan
Rajab 1434 H.
http://vb.almahdyoon.org/showthread.php?t=23363
http://saviorofmankind.com/homepage/88-english-uk/article/742-imam-pbuh-answer-regarding-false-claimants
Adakah kalian sama dengan pengikut Imam Nasir AlYamani yang merupakan imam mahdi sekarang?
BalasPadamAhmad Al Hassan bukanlah Nasser Al Yamani. Bahkan Imam Ahmad Al Hassan sendiri telah menyahut seruan Nasser Al Yamani untuk melakukan sumpah laknat
BalasPadamhttp://saviorofmankind.com/homepage/88-english-uk/article/400-mubahala