Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Saya bermohon kepada Allah agar kalian berada dalam keadaan baik dan sihat walafiat, dan semoga Allah memberkati, memberi taufiq dan mengukuhkan jejak langkah kalian di hari-hari yang penuh barakah ini di bulan Syaaban, agar Allah melimpahkan rezeki ke atas kita dan hendaklah kalian menghidupkan hari-hari yang penuh barakah ini pada setiap tahun dengan berzikir kepada Allah mentaatiNya SWT.
Segala puji bagi Allah yang telah mengenalkan kita dengan Al Hussain (a.s). Kami bermohon kepada Allah mengurniakan taufiq kepada kita semua dan mengukuhkan jejak langkah kita dalam mengikuti sirah Al Hussain (a.s). Pada hari-hari yang telah berlalu, saya telah berhenti seketika daripada menulis barangkali disebabkan kekurangan saya tetapi saya tidak pernah berhenti walaupun seketika daripada membaca tajuk-tajuk utama yang ditulis oleh sebahagian mukmin di dalam laman-laman link sosial. Saya perhatikan pada kebelakangan ini banyak penulisan-penulisan berkisar tentang Bintang Berbucu Enam (najmat as sudasiyah atau six pointed star) dan kaitannya dengan kewujudan negara Yahudi Zionis yang menduduki Palestin, yang meletakkan lambang Bintang Berbucu Enam di dalam bendera mereka.
Jelas sekali bahawa sekumpulan syeikh-syeikh wahabi, syeikh-syeikh Syiah Marajik, orang-orang jahil yang mengikuti mereka dan yang bersekongkol bersama mereka sentiasa meneriakkan bahawa Bintang Berbucu Enam ini adalah lambang Zionis yang hanya dikhususkan kepada Zionis serta Yahudi dan bukan selain mereka, apatah lagi kami. Sejak lebih 8 tahun yang lalu, kami cuba memahamkan mereka bahawa Bintang Berbucu Enam ini tidak sentiasa bersama dengan Zionis dan mereka yang menjajah Palestin. Tanpa mengambilkira ramai yang telah menggunakan lambang ini di sepanjang zaman.
Kami cuba memahamkan mereka bahawa Bintang Berbucu Enam ini adalah kebenaran yang wujud dan dapat disentuh, seperti kewujudan bintang ini pada peti Fatimah di Turki dan yang tersimpan di muzium Imam Hussain (a.s) di Karbala. Fatimah adalah anak perempuan Nabi Islam Muhammad, adakah mereka menuduhnya sebagai Zionis?! Kami cuba memahamkan mereka bahawa Bintang Berbucu Enam ini dijumpai pada kesan-kesan peninggalan tamadun-tamadun yang terdahulu di atas muka bumi ini di Iraq. Nuh, Ibrahim, Sumeria dan Akkad yang wujud sebelum adanya mana-mana Yahudi di atas muka bumi ini. Kami juga cuba memahamkan mereka bahawa ianya juga terdapat pada mata wang Islam dan juga pada bendera sebahagian Daulah Islam. Kami terus cuba dan mencuba tetapi kefahaman salah ini tetap berterusan ke atas kelompok kecil jahil yang diketuai oleh sebahagian orang-orang agama yang jahil.
Adakah masuk akal sampai begitu payah sekali untuk memahami bahawa Bintang Berbucu Enam tidak pernah sentiasa bersama dengan Zionis?!
Lebih dari 8 tahun dan mereka tidak faham masalah yang mudah ini daripada kami?!
Wah, seolah-olah saya sedang berucap dengan sekumpulan orang yang tidak memahami apa saya katakan!
Sesalanku ke atasmu wahai Hussain, kamu berdiri berucap kepada kumpulan seperti ini.
Sesalanku ke atasmu wahai Ali, kamu berdiri berucap kepada kumpulan seperti ini.
Sesalanku ke atasmu wahai Muhammad, kamu berdiri berucap kepada kumpulan seperti ini.
Ya Allah Engkau lebih Mengetahui tentang realiti mereka:
أَمۡ تَحۡسَبُ أَنَّ أَڪۡثَرَهُمۡ يَسۡمَعُونَ أَوۡ يَعۡقِلُونَۚ إِنۡ هُمۡ إِلَّا كَٱلۡأَنۡعَـٰمِۖ بَلۡ هُمۡ أَضَلُّ سَبِيلاً
Atau apakah kamu mengira bahwa kebanyakan mereka itu mendengar atau memahami. Mereka itu tidak lain, hanyalah seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat jalannya [dari binatang ternak itu]. (Surah Al Furqan; 44)
Selepas menyaksikan keadaan mereka ini, apakah kami perlukan bukti untuk mengesahkan teori evolusi?!
https://www.facebook.com/Ahmed.Alhasan.10313/posts/527815650599436?notif_t=notify_me
Tiada ulasan:
Catat Ulasan