Khamis, 16 Januari 2014

SIRI KAJIAN PENCERAHAN AKIDAH MAHDI - BAHAGIAN 1

Topik: Pembahagian Riwayat-Riwayat Berkenaan Bilangan Maksumin AS.

 
Jika kita perhatikan riwayat-riwayat Ahlulbait AS yang menjelaskan bilangan maksumin AS, kita pasti dapat melihat bahawa ianya terbahagi kepada lima pembahagian seperti berikut:
 
Pembahagian pertama: Riwayat-riwayat yang menjelaskan bahawa para Aimmah AS adalah 12 orang, iaitu: Imam Ali bin Abi Talib, Imam Hassan Al-Mujtaba, Imam Hussein As-Syahid, Imam Ali bin Hussein, Imam Muhammad bin Al-Baqir, Imam Jaafar As-Shadiq, Imam Musa Al-Kazhim, Imam Ali Ar-Ridho, Imam Muhammad Al-Jawad, Imam Ali Al-Hadi, Imam Hassan Al-Askari dan Imam Muhammad bin Al-Hassan Al-Mahdi alaihimussalam.

Riwayat-riwayat yang menjelaskan bilangan para Imam maksumin AS, datang dengan lafaz-lafaz yang berbeza iaitu:

1.     Duabelas khalifah: Daripada Abdul Malik bin Umair, daripada Jabir bin Samrah (radiyallahu anhu), telah berkata:  Aku bersama bapaku berada di sisi Rasulullah SAW, lalu aku mendengar baginda bersabda: sesudahku duabelas orang khalifah. Kemudian baginda memperlahankan suaranya, lantas aku bertanya kepada bapaku: Apa yang baginda katakan ketika memperlahankan suaranya? Bapaku berkata: baginda bersabda: kesemua mereka adalah daripada Quraish.[1]

2.     Duabelas Amir: Diriwayatkan oleh Ahmad di dalam musnadnya, berkata: Bapaku menceritakan kepadaku, daripada Sufyan bin Uyaynah, daripada Abdul malik bin Umair, berkata: Aku mendengar Jabir bin Samrah As-Siwai berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Urusan ini akan berterusan hinggalah tegaknya duabelas amir. Kemudian baginda berbicara dengan suara yang tidak aku dengari, lantas aku bertanya kepada bapaku apa yang dikatakan baginda? Bapaku berkata: Kesemua mereka adalah daripada Quraish.[2]

3.     Duabelas lelaki: Abu Umair menceritakan daripada Sufyan, daripada Abdul Malik bin Umair, daripada Jabir bin Samrah, berkata: Aku mendengar Nabi SAW bersabda: Urusan manusia akan terus berjalan dengan 12 orang lelaki sebagai wali mereka. Kemudian Nabi SAW berbicara dengan perkataan yang tidak aku dengari, lantas aku bertanya kepada bapaku, apakah yang dikatakan oleh Rasulullah SAW? Lalu bapaku berkata: Kesemua mereka adalah daripada Quraish.[3]

4.     Duabelas pembicara (muhaddathan): Imam Baqir AS berkata: Duabelas orang pembicara daripada kami.[4]

5.     Duabelas Mahdi: Imam Hussein AS berkata: Duabelas Mahdi daripada kami, yang pertamanya adalah Amirul Mukmin Ali bin Abi Talib dan yang terakhir adalah anakku yang kesembilan, dia adalah yang bangkit dengan kebenaran.[5]  

6.     Duabelas Imam: Nabi SAW telah bersabda: Wahai Ali, bahawasanya sesudahku akan ada duabelas Imam dan sesudah mereka 12 Mahdi.[6]

7.     Duabelas Naqib: Syeikh Kulayni meriwayatkan dengan sanad daripada Abi Jaafar AS, berkata: Rasulullah SAW bersabda: Dari kalangan anak keturunanku duabelas orang ketua (naqib), Berketurunan Mulia (nujaba’), pembicara (muhaddathun), pemberi faham (mufhamun), yang akhir dari kalangan mereka adalah pendiri (Qoim) kebenaran yang akan memenuhkannya (bumi) dengan keadilan sebagaimana ia dipenuhi dengan kekejaman.[7]

Kesemua ungkapan ini walaupun berbeza lafaz, tetapi ia membawa maksud yang satu iaitu, duabelas orang Imam, yang pertamanya adalah Ali bin Abi Talib AS dan yang terakhir adalah Muhammad bin Hassan Al-Askari AS.

Pembahagian Kedua: Riwayat-riwayat yang menunjukkan bahawa para Imam itu tigabelas orang adalah seperti berikut:

1.     Diriwayatkan oleh Syeikh Al-Kulayni dengan sanadnya daripada Zararah, berkata: Aku telah mendengar Abu Jaafar AS berkata: Duabelas daripada keluarga Muhammad, kesemua mereka adalah pembicara (muhaddath) daripada Rasulullah SAW dan anak keturunan Ali, Kedua-dua mereka Rasulullah dan Ali AS adalah bapa…[8]

2.     Diriwayatkan oleh Syeikh Al-Kulayni dengan sanadnya daripada Abi Jaafar AS daripada Jabir bin Abdullah Al-Ansari, berkata: Aku telah masuk berjumpa dengan Fatimah AS dan diantara kedua tangannya ada papan (lawh) yang tertulis padanya nama-nama wasi dari anak keturunannya, lantas dia mengira duabelas orang, yang terakhir daripada mereka adalah Al-Qoim AS, tiga daripada mereka adalah Muhammad dan tiga daripada mereka adalah Ali.[9] 

3.     Diriwayatkan oleh Syeikh Al-Kulayni dengan sanadnya daripada Abi Al-Jarud, daripada Abi Jaafar AS, berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: Aku dan duabelas orang daripada anak keturunanku dan kamu Ali adalah pengikat bumi, bererti pasak dan gunung-ganangnya. Dengan kami lah Allah memasakkan bumi supaya membinasakan penduduknya, apabila wafat yang keduabelas daripada anak keturunanku, maka binasalah bumi beserta penduduknya…[10]

4.     Syeikh Kulayni meriwayatkan dengan sanad daripada Abi Jaafar AS, berkata: Rasulullah SAW bersabda: Dari kalangan anak keturunanku duabelas orang ketua (naqib), berketurunan baik-baik (nujaba’), pembicara (muhaddathun), pemberi faham (mufhamun), yang terakhir daripada mereka adalah pendiri kebenaran yang akan memenuhkannya (bumi) dengan keadilan sebagaimana ia dipenuhi dengan kekejaman.[11]

Riwayat pertama menyebutkan duabelas orang pembicara daripada anak keturunan Rasulullah SAW dan Ali bin Abi Talib AS. Oleh itu, para pembicara adalah duabelas orang selain daripada Ali bin Abi Talib AS kerana dia adalah bapa kepada duabelas orang ini seperti dalam riwayat. Setelah mengecualikan Imam Ali AS, maka siapakah duabelas orang ini?

Riwayat kedua menyebutkan Jabir bin Abdullah Al-Ansar telah melihat papan tulis yang ada di tangan Fatimah yang mengandungi nama-nama wasi daripada anak keturunannya, mereka dalah duabelas orang, yang pasti Ali bukanlah anaknya. Oleh itu, dengan menambahkan Ali bin Abi Talib AS bilangan wasi-wasi menjadi tigabelas orang.

Dalam riwayat ketiga, Nabi SAW berkata kepada Ali AS: Sesungguhnya aku dan dan duabelas orang daripada anak keturunanku, bererti duabelas orang daripada anak keturunan Nabi SAW, dan sudah pasti Ali bin Abi Talib AS bukanlah anak Nabi SAW. Disebabkan itu baginda bersabda: “Kamu wahai Ali” dan dengan menambahkan Ali ke dalam bilangan wasi-wasi yang merupakan anak keturunan Nabi SAW, maka jumlahnya menjadi tigabelas orang.
Dalam riwayat keempat pula, Nabi SAW bersabda duabelas orang daripada anak keturunannya adalah ketua (naqib) dan mereka adalah pembicara dan pemberi faham. Sekiranya kita menambahkan Ali bin Abi Talib AS yang bukan daripada anak keturunan Nabi SAW ke dalam bilangan yang disebutkan, maka bilangannya menjadi tigabelas orang.
 
Pembahagian Ketiga: Riwayat-riwayat yang menunjukkan bahawa para Mahdiyyin yang akan memerintah bumi selepas Imam Mahdi AS adalah duabelas orang, antaranya: 

1.     Nabi SAW bersabda: Wahai Ali, bahawasanya akan ada sesudahku duabelas orang Imam dan sesudah mereka duabelas orang Mahdi..[12] 

2.     Daripada Imam As-Shadiq AS: Sesungguhnya daripada kami duabelas orang Mahdi, daripada anak keturunan Hussein AS sesudah Al-Qoim.[13] 

3.     Abu Basir berkata: Aku telah berkata kepada Imam Jaafar bin Muhammad As-Sadiq AS: Wahai anak Rasulullah SAW, aku telah mendengar daripada bapamu AS berkata: Akan ada duabelas Imam selepas Qoim AS. Lalu Imam Sadiq AS menjawab: Sesungguhnya beliau berkata: Duabelas Mahdi dan tidak berkata: duabelas Imam, kerana mereka adalah satu kaum daripada Syiah kami yang menyeru manusia kepada wilayah kami dan mengenali hak kami.[14]

Pembahagian keempat: Riwayat-riwayat yang menunjukkan bahawa sebelas orang Mahdi, adalah:

1.       Daripada Abu Hamzah, daripada Abi Abdullah AS mengatakan di dalam hadis yang panjang: Wahai Abu Hamzah, sesungguhnya daripada kami sebelas orang Mahdi, daripada anak keturunan Hussein AS sesudah Qoim.[15]

Pembahagian kelima: Riwayat yang menunjukkan bahawa para Imam itu adalah duabelas orang dan para Mahdiyyin itu duadelas orang, iaitu riwayat wasiat: 

1.       Daripada Abi Abdillah a.s, daripada bapa-bapanya terdahulu, daripada Amirul Mukminin Ali a.s, telah berkata: Rasulullah SAWA telah bersabda kepada Ali di malam sebelum kewafatannya; Wahai Bapa Hassan (Ali a.s) bawakan lembaran tulis dan dakwat, maka Rasulullah SAWA mencatatkan wasiatnya sehinggalah ia sampai ke butiran berikut, dan bersabda; Wahai Bapa Hassan sesungguhnya akan ada selepasku duabelas orang Imam dan selepas mereka duabelas orang Mahdi. Engkau wahai Ali adalah yang pertama dari duabelas imam tersebut. Dan hadis tersebut berterusan sehingga sampai kepada sabda, dan hendaklah diserahnnya kepada anaknya Muhammad Al Mustahfiz dari keluarga Muhammad alaihis salam. Begitulah duabelas orang Imam, setelah itu akan adanya duabelas Mahdi. Maka apabila maut menghampirinya, hendaklah dia serahkannya (wilayah) kepada anaknya Mahdi yang pertama, baginya tiga nama: nama seperti namaku dan nama bapaku iaitu Abdullah dan Ahmad, dan nama ketiganya adalah Al-Mahdi. Dan dia adalah yang pertama beriman.[16]




[1] Yanabi’ Al-Mawaddah li zawil Qurba, jilid 2, ms 315
[2] Musnad Ahmad, jilid 5, ms 97 dan 101.
[3] Sahih Muslim, jilis 6, ms 3.
[4] Al-Imamah wa At-Tabshirah, ms 2.
[5] Al-Imamah wa At-tabshirah, ms 2.
[6] Ghaybah As-Syeikh At-Thusi, ms 150.
[7] Al-Kafi, jilid 1, ms 534.
[8] Ak-Kafi, jilid 1, ms 531.
[9] Al-Kafi, jilid 1, ms 531.
[10] Al-Kafi, jilid 1, ms 534.
[11] Al-Kafi, jilid 1, ms 534.
[12] Ghaybah Syeikh At-Thoosi, ms 150.
[13] Mukhtashar Bashair Ad-Darajat, ms 182. Bihar Al-Anwar, jilid 53, ms 148.
[14] Mukhtashar Bashair Ad-Darajat, ms 211.
[15] Ghaybah At-Thoosi, ms 478.
[16] Bihar Al Anwar jilid 53 ms 147, Ghaybah Al Toosi ms 150, dan Ghayat Al Maram jilid 2 ms 241. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan