Rabu, 21 Disember 2011

SIRAH KEHIDUPAN IMAM AHMAD AL HASSAN (A.S) DAN SEJARAH DAKWAHNYA SECARA RINGKAS



Pengenalan ringkas:

Imam Ahmad Al Hassan Al Yamani (a.s) adalah Mahdi pertama iaitu wasi dan utusan Imam Al mahdi Muhammad bin Al Hassan (a.s) yang disebutkan di dalam wasiat Rasulullah SAWA di malam sebelum kewafatan baginda.

Namanya (a.s) adalah Sayyid Ahmad bin Sayyid Ismail bin Sayyid Saleh bin Sayyid Al Hussain bin Sayyid Salman bin Imam Muhammad bin Imam Al Hassan bin Imam Ali bin Imam Muhammad bin Imam Ali bin Imam Musa bin Imam Ja’afar bin Imam Muhammad bin Imam Ali bin Imam Al Hussain bin Imam Ali bin Abi Talib Alaihimussalam.

Sila rujuk jalur keturunan Imam Ahmad Al Hassan Al Yamani (a.s) dan kesaksian Sayyid Muhsin Saleh Hussain Salman. Beliau adalah ketua suku keluarga Mahdi, yang juga merupakan bapa saudara kepada Ahmad Al Hassan (a.s) dalam bentuk rakaman suara dan video bagi menerangkan nasab keturunan mereka kembali kepada Imam Al Mahdi (a.s). Sila ikuti link ini:
http://ar.al-mehdyoon.org/alnassab/2.jpg atau http://ar.al-mehdyoon.org/shobohat/rad-shobohat/nasab.html#

Imam Ahmad Al Hassan (a.s) sebelum ini menetap di Basrah yang terletak di selatan Iraq. Menyempurnakan pengajian akademiknya dan berjaya memperolehi ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam. Beliau (a.s) kemudian berpindah ke kota suci Najaf dan menetap di situ bagi meneruskan pengajian dalam ilmu-ilmu keagamaan. Namun setelah menghadiri beberapa siri halaqah pengajian dan menyemak sukatan pelajaran di Hawzah (pusat pengajian ilmu agama) Al Najaf. Beliau (a.s) dapati kecacatan yang besar dalam manhaj pembelajaran yang digunapakai. Ini kerana mereka mempelajari bahasa Arab, mantiq, falsafah, usul fiqh, ilmu kalam (aqidah) dan feqah (hukum-hakam syariat) tetapi mereka tidak mempelajari Al Quran dan Al Sunnah yang mulia (hadis-hadis Rasulullah SAWA dan para Imam alaihim salam). Begitu juga mereka tidak mempelajari Akhlak Ilahi yang wajib diamalkan oleh setiap mukmin.

Oleh itu, beliau (a.s) membuat keputusan untuk mengasingkan diri di rumahnya dan mempelajari sendiri ilmu-ilmu keagamaan tanpa pertolongan mereka. Beliau (a.s) tetap berada di kalangan mereka dan saling berkomunikasi sesama mereka tetapi tidak belajar di Hawzah. Bahkan situasi beliau (a.s) di kalangan ulama-ulama di Hawzah Al Najaf  adalah seumpama Maryam yang suci (a.s) di kalangan ulama Yahudi di Haikal Sulaiman (tempat ibadah suci yang dibina oleh Nabi Sulamain a.s). 

Tujuan utama beliau (a.s) memasuki Hawzah Ilmiah di Najaf adalah berdasarkan visi yang dilihatnya, yang mana Imam Al Mahdi (a.s) mengarahkannya supaya memasuki Hawzah Ilmiah di Najaf dan mengkhabarkan kepadanya apa yang bakal diperolehinya, dan terbukti ianya berlaku sepertimana yang telah dikhabarkan kepadanya.


Permulaan Dakwah

Sebelum memasuki tahun 1999, Sayyid Ahmad Al Hassan (a.s) telah bertemu dengan bapanya Imam Al Mahdi (a.s) di alam nyata. Imam Al Mahdi (a.s) telah memperturunkan ilmunya dan mengarahkan beliau (a.s) mengikut arahannya. Pada penghujung tahun 1999 dengan arahan Imam Al Mahdi (a.s), beliau (a.s) telah mengkritik hebat kebatilan yang berlaku di Hawzah dan menuntut mereka melakukan pembaharuan dari segi keilmuan, amalan dan kewangan. Protes dan kritikan bagi menuntut pembaharuan ini berterusan sehingga ke tahun 2002, apabila Imam Mahdi (a.s) mengarahkan Sayyid Ahmad Al Hassan untuk memberitahu orang ramai bahawa dia (a.s) adalah utusan Imam Mahdi (a.s) dan seterusnya mengajak mereka beriman kepadanya.  Pada tahun yang sama di bulan Julai bersamaan Jamadil Awwal 1423 hijrah di kota suci Najaf, bapanya Imam Mahdi (a.s) mengarahkannya (a.s) supaya mengajak keseluruhan manusia bahawa namanya disebutkan di dalam wasiat Rasulullah (SAWA) di malam sebelum kewafatannya.

Percubaan untuk melakukan reformasi di Hawzah Ilmu telah dilakukan di permulaan dakwah sebelum menjadi secara terbuka, ianya tertumpu kepada tiga perkara:

1.      Reformasi Ilmu:

Dengan menggunakan dua method utama:

Pertama: Dengan menulis buku yang bertajuk “Jalan Menuju Allah” (Al Toriq Ila Allah). Buku ini telah member impak yang amat baik sekali sehingga menyebabkan Sheikh Muhammad Al-Ya’qubi berasa teruja dengannya dan ingin mengulang cetaknya semula,sepertimana yang diceritakan oleh sebahagian sheikh dan sayyid di kalangan pengikutnya kepada Imam Ahmad Al Hassan (a.s).

Kedua: Ucapan dan perbincangan dengan penuntut-penuntut Hawzah dan ulama-ulama berkenaan kecacatan ilmiah yang wujud di hawzah. Ini menyebabkan sebahagian mereka telah beriman dengannya dan sebahagian yang lain pula telah terkesan dengan kata-katanya kerana apa yang dikatakannya adalah kebenaran.

2.      Reformasi Praktikal:

Ianya berkaitan dengan perintah bagi berbuat kebaikan dan pencegahan kemungkaran, sebagai contoh ketikamana penindas Saddam (l.a) mencemarkan kesucian Al Quran dengan perlakuannya menulis Al Quran menggunakan darahnya yang najis, sedangkan muslimin telah sepakat bahawa darah adalah najis dan diharamkan daripada dinajiskan Al Quran.  Imam Ahmad Al Hassan (a.s) telah menuntut para ulama ketika itu untuk mengambil pendirian paling minima iaitu mengeluarkan kenyataan (fatwa), tetapi mereka beralasankan “Taqiyyah”, seolah-olah diri mereka lebih mulia di sisi mereka berbanding Al Quran. Jika mereka beriman dengan kalimah “tiada kekuatan melainkan Allah” sudah tentu mereka menetapkan pendirian mereka dan berkeyakinan penuh bahawa Allah akan melindungi mereka. Hanya beliau (a.s) satu-satunya peribadi yang meletakkan pendirian dan mengingkari perbuatan keji penindas Saddam (l.a). Malahan beliau (a.s) berkali-kali menyatakan di dalam khutbahnya di majlis-majlis bahawa Saddam (l.a) telah menuliskan kematiannya dengan tangannya ketikamana menulis Al Quran dengan darahnya yang najis. Sebaliknya mereka bertindak menjauhkan diri daripada beliau (a.s) dan menolaknya dengan secara terhormat kerana mereka lebih takutkan siksaan Saddam (l.a) yang bakal melibatkan mereka, sekiranya mengetahui mereka bersama-sama dengan beliau (a.s). Dalam hal ini (pembaharuan Amali) tidak didapati sebarang jawapan balas dari mereka.

3.      Reformasi Kewangan:

Ianya berkaitan dengan pembahagian wang pemberian sedekah ke atas faqir miskin. Ini adalah peringkat terakhir sebelum dakwah secara terang-terangan dan terdapat banyak sekali penuntut-penuntut Hawzah Ilmiah yang turut membantunya disebabkan kemiskinan mereka dan majoriti besarnya mengalami sendiri diskriminasi pemberian kewangan yang dipraktikkan di Hawzah Ilmiah. Banyak kemajuan yang diperolehi dalam hal ini setelah Imam Ahmad (a.s) dan sebahagian penuntut hawzah berkali-berkali bersemuka dan berunding dengan maraji’ agama di Najaf. Di antara mereka adalah Sayyid Sistani, Sayyid Muhammad Sa’ed Al Hakim dan Sheikh Muhammad Ishak Al Fayyad. Kebanyakan mereka bersetuju secara lisan dan ini dibenarkan oleh Sheikh Al Ya’kubi tanpa sebarang bantahan malahan mengakui apa yang berlaku adalah salah dan amat memerlukan kepada pembaharuan kewangan bilamana salah seorang yang mempercayai Imam Ahmad (a.s) mengingatkannya bagaimana Amirul Mukminin Ali (a.s) menguruskan polisi kewangan. Hal ini berjaya dipermudahkan dan memperolehi natijah segera, namun sebilangan mereka tidak mahu mengambil langkah seterusnya sepertimana yang dikehendaki oleh Imam Mahdi (a.s).


Hubungan Imam Ahmad Al Hassan (a.s) dengan para Maraji’ Agama di kota suci Najaf dan selainnya.

Imam Ahmad Al Hassan (a.s) adalah personaliti yang sentiasa mendapat perhatian di kalangan ulama-ulama dan penuntut-penuntutnya di Hawzah. Mereka amat menghormati nya (a.s) kerana kemuliaan akhlak dan kesantunan yang diakui oleh banyak pihak. Kebanyakan mereka berasa takjub dengan kesungguhan, keutamaan dan ketegasannya kerana Allah serta kritikan-kritikan membinanya dalam usahanya mereformasi kerosakan-kerosakan yang berlaku di Hawzah. Namun begitu keadaan menjadi sebaliknya setelah beliau (a.s) memberitahu mereka bahawa dia (a.s) diutuskan oleh bapanya  Imam Al Mahdi (a.s) sehingga menyebabkan mereka menggelarnya sebagai ahli sihir dan pembohong (semoga Allah menjauhkan darinya), malah sebahagian maraji’ agama berfatwa agar dia dibunuh.


Percubaan kerajaan Saddam (l.a) menjejakinya (a.s):

Saddam (l.a) telah menangkap beberapa individu yang mempunyai kaitan dengan Imam Ahmad Al Hassan (a.s) walaupun mereka tidak beriman dengannya. Bahkan ramai daripada penuntut hawzah telah ditangkap setelah  dakwah secara terbuka dijalankan walaupun mereka tidak mempunyai sebarang kaitan langsung dengan Imam Ahmad Al Hassan (a.s). Mereka ditangkap hanya untuk pengecaman dan soal siasat dalam usaha menjejaki dan menangkapnya (a.s). Segala puji bagi Allah yang telah memalukan Sadam dan tenteranya serta membalas mereka dengan kerugian.


Pendirian Imam Ahmad Al Hassan (a.s) terhadap perang menjatuhkan Saddam (l.a)

Ketikamana Saddam (l.a) mencemari Quran yang mulia dengan menulis menggunakan darahnya yang najis sempena menyambut ulangtahun  kelahirannya yang tercela itu. Imam Ahmad Al Hassan (a.s) telah mengatakan bahawa ini adalah ulang tahun kelahiran yang terakhir buat Saddam (l.a) dan dia tidak akan menyambutnya lagi selepas dari tahun tersebut kerana telah bertindak melampau ke atas Allah SWT dalam menentang hak KekuasaanNYA, maka Allah SWT tidak akan membiarkannya begitu sahaja.

Diriwayatkan di dalam Hadis Qudsi daripada Allah SWT bahawa “Penzalim itu adalah pedang. Maka AKU menuntut bela daripadanya dan membalas dendam ke atasnya.” Oleh itu Saddam (l.a) adalah penindas dan dia mendapat balasannya dari Allah dengan pedang.


Hubungan Imam Ahmad Al Hassan (a.s) dengan kerajaan Iraq, Majlis Tertinggi dan  komunikasi massa Ahli-ahli Agama dalam memburuk-burukkan peribadi dan dakwahnya (a.s).

Pertama sekali, para pendokong Imam Mahdi (a.s) tidak terlibat dengan sebarang bentuk proses pilihanraya dan kerajaan kerana Imam Ahmad Al Hassan (a.s) tidak mengimani hak perlantikan oleh manusia. Beliau sebaliknya mengimani bahawa hanya Allah SWT yang berhak melantik para Nabi dan pewaris-pewaris (wasi) alaihim salam, walaupun dibenci oleh manusia. Kerap kali kerajaan Iraq membinasakan tempat-tempat Ibadah terutama yang melibatkan pendokong Imam Mahdi (a.s) dan menangkap sebilangan mereka. Malahan menutup pejabat rasmi pendokong Imam Mahdi (a.s) di Najaf dan menangkap puluhan pendokong  di sana sebelum peristiwa Al Zarkah. Sebahagian pendokong tersohor yang ditangkap adalah Sayyid Hassan Al Hamami, yang juga merupakan ulama besar di Najaf dan anak kepada marja’ agama yang telah meninggal dunia iaitu Sayyid Muhammad Ali Al Hamami.

Mereka juga telah melarang media massa daripada mengambil gambar dan melaporkan peristiwa tersebut tatkala mereka membinasakan tempat-tempat Ibadah khusus bagi pendokong-pendokong di Karbala dan Najaf serta menutup pejabat rasmi di Najaf.  Beberapa ketika sebelum berlakunya peristiwa fitnah di Al Zarkah beberapa media massa telah melaporkan peristiwa-peristiwa tersebut sebagai menutup jenayah mereka dengan meletakkan kesalahan ke atas pendokong-pendokong Imam Mahdi (a.s) dan menuduh mereka sebagai bertanggungjawab atas apa yang telah terjadi. Segala puji bagi Allah yang telah menyingkapkan hakikat sebenar dan mendedahkan jenayah mereka. Namun begitu penangkapan ke atas sebahagian pendokong-pendokong masih berterusan dan sehingga kini pejabat rasmi di Najaf masih lagi ditutup dan dilarang para pendokong bagi membukanya semula.

Pada bulan Zulhijjah tahun 1428, Majlis Tertinggi dan juga cabang-cabangnya telah mengeluarkan resolusi semasa konvensyen di Najaf, yang menuntut sebahagian wakil Maraji’ agama yang hadir untuk memerangi dakwah Imam Ahmad Al Hassan (a.s). Resolusi ini telah disiarkan di dalam siaran-siaran tv satelit dan selang beberapa hari selepas itu berlakulah peristiwa penyerangan dan penangkapan ke atas para pendokong serta penutupan pejabat mereka oleh pihak berkuasa.

Di pihak yang lain pula, ahli-ahli agama mula melakukan penerangan secara besar-besaran bagi memberikan gambaran yang salah terhadap dakwah Imam Ahmad Al Hassan (a.s). Sebagai contoh gambaran salah dan pembohongan tersebut adalah sepertimana disiarkan di dalam tv satelit Al Kausar yang berpusat di Iran. Apabila mereka menjemput Ali Al Kurani sebagai tetamu khas dan keseluruhan rancangan didedikasikan bagi membicarakan mengenai Imam Ahmad Al Hassan (a.s)  serta memberikan gambaran yang salah terhadap mesej dakwahnya. Antara yang diperkatakan Ali Al Kurani adalah pertuduhan bahawa “Imam Ahmad Al Hassan mengatakan dirinya telah mengahwinkan kakaknya kepada Imam Mahdi”. Padahal dia mengetahui dengan yakin bahawa Imam Ahmad Al Hassan (a.s) tidak pernah mengatakan hal yang sedemikian dan menyedari bahawa dirinya telah berbohong, namun tidak segan melakukan pembohongan dan perbuatan keji tersebut tanpa memperdulikan umurnya yang telah tua dan serban yang melilit di kepalanya.

Begitu juga tv satelit Iraq (yang dibiayai oleh kerajaan Iraq bagi menyiarkan pendirian kerajaan dan mempertahankannya) di dalam program beritanya (beberapa hari selepas berlakunya peristiwa Al Zarkah yang menafikan adanya kaitan dengan Imam Ahmad Al Hassan a.s) telah menghubungi individu tertentu melalui talipon dan individu tersebut secara terangan  telah memfatwakan kewajipan membunuh Imam Ahmad Al Hassan (a.s). Perkara ini tidak pernah dinafikan penerbit rancangan atau stesen tv kerajaan tersebut, sekaligus menunjukkan kebersetujuan mereka dan menjelaskan niat mereka ketika itu, yang diikuti dengan perlaksanaannya tidak lama selepas itu.

Walaupun diperlakukan sedemikian, para pendokong Imam Mahdi (a.s) tidak pernah mengangkat senjata melawan kerajaan yang telah mengarahkan angkatan bersenjatanya meroboh dan membinasakan tempat-tempat ibadat mereka di Najaf dan Karbala, menutup pejabat mereka di Najaf, menangkap dan masih berterusan menahan sebilangan mereka sehingga kini. Ini disusuli pula dengan peristiwa pada bulan Muharram 1429 hijrah yang menyaksikan ramai pendokong yang telah syahid dan ditahan, Insya Allah akan diceritakan apa yang belaku dalam peristiwa ini kemudian nanti.



Telah berkata Imam Ahmad Al Hassan (a.s) ketika menjawab soalan seorang penanya: “Telah dilaknat Haidar Musyattat maka lihatlah apa yang telah terjadi kepadanya, kami telah dizalimi oleh Abdul Aziz Al Hakim dan anaknya maka lihatlah apa yang telah terjadi kepada mereka, kami telah dizalimi oleh tentera marja’ agama dan juga tentera Muqtada Sadr maka lihatlah apa yang terjadi kepada mereka dan tidak lama selepas itu, bahkan Allah tidak pernah melengahkan balasanNYA kepada semua mereka walau seharipun. Haidar Musyattat berkelakuan seperti orang gila, yang kemudiannya dipenjarakan di Iran kerana berkelakuan tidak senonoh dan diikuti dengan kematiannya di Iraq setelah melakukan sumpah laknat di dalam akhbar rasminya mengatakan aku (Imam Ahmad a.s) tidak benar. Manakala Abdul Aziz Al Hakim dan anaknya telah bertindak melampaui batas ke atas pejabat pendokong Imam Mahdi (a.s) dua tahun sebelumnya dan tidak berapa lama selepas itu mereka dihinakan oleh Amerika apabila tertangkapnya ejen mereka yang bernama Ammar bin Abdul Aziz serta dimasukkan ke dalam penjara. Sekiranya mereka menentang Amerika sudah tentu ianya suatu kebanggaan bila diperlakukan sedemikian, tetapi sebaliknya tunduk kepada mereka dan berbaik-baik pula bersama mereka. Malahan Abdul Aziz Al Hakim telah menziarahi Rumah Hitam (kediaman rasmi pemerintah Iraq) selepas itu dan bersalaman dengan musuh Allah George Bush dengan penuh kemesraan. Perlakuan ini menunjukkan ketidakwarasan dan aib di dunia ini. Setahunnya sebelumnya iaitu sebelum berlakunya peristiwa Muharram di mana keseluruhan kami telah berkumpul, Abdul Aziz dan anaknya telah bertindak menutup pejabat kami selang beberapa hari kami membukanya dan menahan sebilangan besar pendokong yang memuji kami berdekatan dengan makam Amirul Mukminin Ali (a.s) secara zalim dan kasar. Setelah itu disempurnakan pula oleh tentera Marja’ agama yang didorong oleh Syaitan dan tentera Muqtadha yang berdosa yang melakukan pembunuhan dan pembinasaan tempat-tempat Ibadat kami di seluruh pelusuk Iraq, maka apakah balasan mereka beberapa hari selepas itu? Abdul Aziz Al Hakim menderita penyakit kanser dan ini adalah azab dan keaiban di dunia lagi sebelum akhirat. Manakala tentera Marja’ agama dan tentera Muqtada berbunuhan sesama mereka tidak berapa lama selepas itu sehingga tiada pihak yang menang atau mengalahkan yang lainnya. Bahkan tentera Muqtada telah melakukan pembunuhan sebilangan besar tentera Marja’ agama dan terjadi sebaliknya selepas itu bilamana tentera marja’ agama berjaya mengalahkan tentera Muqtada, bukankah semua ini adalah tanda-tanda? atau apakah yang perlu Allah lakukan agar manusia beriman? Atau perlu diutuskan kepada setiap mereka Malaikat yang memukul kepala mereka dan bila ditanyakannya kenapa kamu memukul aku, Malaikat itu akan menjawab kerana kamu tidak beriman dengan Ahmad Al Hassan. Adakah ini yang mereka inginkan? Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan Allah yang Tinggi lagi Maha Agung.” 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan