Ahad, 13 Januari 2013

IMAM AHMAD (A.S) MENJAWAB SOALAN BERKAITAN EVOLUSI

Soalan: Adakah terdapat kebenaran dalam teori evolusi oleh Charles Darwin? Ianya sangat mengelirukan kerana terdapat bukti yang begitu banyak yang menyokongnya dari segi genetik sehinggalah kepada bukti-bukti arkeologi seperti fosil sesuatu sel makhluk. Saya minta anda untuk menyelesaikan perkara yang mengelirukan ini. 

________________________________________________________________________

Jawapan: 

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih. 

Segala pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam, dan Selawat serta salam ke atas Muhammad dan keturunannya, para Imam dan para Mahdi. 

Saya bermohon kepada Allah agar menetap dan meluruskan jejak langkah anda. 

Secara umum, perkara evolusi tidak dapat ditolak mentah-mentah kecuali oleh orang yang jahil akan makna sebenar evolusi, kerana selama mana kita mempunyai perbezaan, pemilihan dan keturunan, maka pasti ada evolusi; dan isu ini hampir dibuktikan dengan jelas, dan hampir tidak perlu kepada fosil atau anatomi perbandingan untuk membuktikannya. 

Penyilangan genetik antara individu dari spesies yang sama telah lama wujud dan masih wujud hingga kini. Keadaan semulajadi yang melingkari individu-individu dan bersesuaian pula dengan individu-individu tertentu dari spesies yang sama, mereka yang membawa gen-gen terpilih lebih sesuai berbanding dengan individu-individu lain [spesies yang sama] yang biasanya wujud. Perwarisan pasti wujud apabila terdapat pembiakan. Jika ketiga-tiga ini di dapati, yang bumi tidak pernah bebas darinya sejak bermula kehidupan, maka pasti wujud evolusi. 

Apa yang dilakukan oleh sesetengah ulama agama adalah; jika tidak disebabkan kejahilan mereka mengenai makna dan butir-butir evolusi, maka ianya adalah disebabkan kedegilan mereka semata-mata kerana mereka percaya konflik evolusi dengan teks agama. Hakikatnya mereka tidak tahu makna penciptaan dan perkembangan, namun anda dapati mereka bertindak balas secara palsu atau menafikan dengan tanpa rasa segan. 

Sebagai contoh, sesetengah daripada mereka berfikir bahawa evolusi bermakna perkembangan dari satu spesies kepada spesies yang lain, manakala biologi semasa tidak mengatakan bahawa evolusi berlaku secara langsung dari satu spesies ke spesies yang berbeza sepenuhnya, hattakan Darwin sekalipun. 

Oleh itu, tidak ada orang yang mengatakan bahawa ikan berkembang terus ke dalam sesuatu amfibia. Hatta pada tahap ikan yang berjalan di atas lumpur dengan sirip mereka, tiada siapa yang mengatakan bahawa ikan itu terus berubah dari ikan akuatik ke ikan amfibia (mudskipper). 

Sebahagian mereka mengatakan ada masalah dengan evolusi kerana tabiat tidak dipindahkan, maka mereka ini tidak mengetahui asas-asas evolusi, kerana perbezaan yang dimaksudkan adalah perbezaan genetik dan bukan perbezaan tabiat atau tingkah laku. Sebagai contoh, berjalan di atas dua kaki yang membezakan manusia, tidak berlaku sebagai hasil daripada tabiat, tabiat sahaja tidak mempunyai nilai kerana ia tidak diwarisi. Sebaliknya, apa yang berlaku adalah satu proses pemilihan semula jadi bagi individu-individu yang memegang gen-gen terpilih. 

Secara umumnya, menafikan evolusi hari ini telah menjadi sepertimana menafikan putaran bumi sebelumnya. 

Bukti-bukti rasional yang disebutkan al-Quran tidak bercanggah dengan teori evolusi. Bukti bahawa sesuatu tidak boleh dihasilkan daripada tiada, adalah ayat: (Adakah mereka telah tercipta dengan tiada yang menciptanya atau adakah mereka yang mencipta diri mereka sendiri?).[1] Ayat ini tidak bercanggah dengan teori evolusi. Tiada siapa yang boleh bayangkan keduanya berkonflik kecuali orang yang jahil. Ya, seseorang boleh berkhayal bahawa ia bercanggah dengan teori Big Bang, memandangkan teori Kuantum bersama-sama dengan M-teori boleh menjelaskan kemunculan alam semesta daripada tiada. Teori Big Bang secara umumnya adalah teori kosmik yang lebih besar daripada batas muka bumi ini. 

Bukti yang lain adalah watak dari kesan yang menunjukkan watak sesuatu yang mengesankan.(Ini berdasarkan bukti peraturan, bukti organisasi, bukti matlamat, dan bukti kebijaksanaan ...). Berkaitan bukti ini, mungkin berlaku salah tanggapan bahawa bukti ini bercanggah dengan teori evolusi, tetapi bukti ini juga tidak bercanggah dengannya kerana kewujudan peraturan gen yang cukup untuk membuktikannya, bermakna bahawa kita hanya perlu membuktikan bahawa peta genetik mengikut peraturan, dan ini merupakan satu isu yang telah dibuktikan. 

Bagi nas Al-Quran dan riwayat, keduanya tidak bercanggah dengan evolusi. Sebaliknya, mereka menyokongnya dengan sangat jelas. Berikut adalah contoh dari nas: (Padahal sesungguhnya Dia telah menciptakan kamu dengan kejadian yang berperingkat-peringkat? Tidakkah kamu mengetahui dan memikirkan bagaimana Allah telah menciptakan tujuh petala langit bertingkat-tingkat, Dan Dia menjadikan padanya bulan sebagai cahaya serta menjadikan matahari sebagai lampu. Dan Allah telah menumbuhkan kamu (hidup dari benda-benda yang berasal) dari bumi, dengan pertumbuhan yang sungguh-sungguh sempurna).[2]

Makna zahir teks adalah jelas, "Dia telah menciptakan kamu dengan kejadian yang berperingkat-peringkat." 

Satu contoh dari peringkat-peringkat ini adalah tujuh langit. Dan kejadian tujuh langit adalah secara beransur-ansur dalam evolusi dan kerumitan. 

Kemudian Dia menjelaskan perkara ini dengan lebih jelas lagi, {Dan Allah telah menumbuhkan kamu (hidup dari benda-benda yang berasal) dari bumi,}, bermakna anda adalah hasil daripada benih yang Allah telah tanam di bumi, atau boleh saja kita panggil bahawa benih tersebut adalah peta genetik yang Allah telah tanam di bumi. Tujuan akhirnya adalah untuk mencapai jasad yang layak untuk menerima jiwa kemanusiaan, yang diciptakan dari lumpur. Lumpur tersebut diangkat ke langit pertama dan berkelayakan untuk ditiupkan roh padanya. 

Imam Muhammad bin Ali Al-Baqir (a.s), berkata: "Allah ciptakan di muka bumi, sejak Dia menciptakan tujuh Adam. Mereka bukanlah dari anak-anak Adam. Allah menciptakan mereka dari permukaan bumi dan Dia menjadikan mereka tinggal di dalamnya satu persatu selepas yang lain, masing-masing dengan orangnya sendiri. Allah kemudian mencipta bapa manusia ini dan menciptakan keturunannya dari dia. "[Al-Khisal oleh Al-Sadooq, halaman 359] 

Bagaimanapun, semoga Allah memberikan kejayaan buat anda. Insya Allah saya akan menulis sebuah buku sebagai respon kepada soalan anda dan saya akan menjelaskan teori penciptaan, teori perkembangan dan teori Big Bang, apa yang benar daripada mereka dan apa yang tidak benar. Saya akan jelaskan salah tanggapan ateisme dan bukti tauhid dari teori-teori yang sama, di mana sesetengah orang-orang jahil yang tidak tahu kebenaran mengandaikan bahawa mereka bercanggah dengan agama dan bercanggah dengan kewujudan Tuhan. Insya Allah, ia akan diterbitkan tidak lama lagi. Dan saya berharap anda tidak lupa saya dalam doa anda. 

Dan selamat sejahtera  dan rahmat Allah serta keberkatan-Nya ke atas kamu

Ahmad Al Hassan 
Jamadi Al Thani 1433 Hijrah 

__________________________________________

[1] Surah At-Tur 52:35 
[2] Surah Nuh 71: 14-17

Tiada ulasan:

Catat Ulasan