Assalamualaikum wbt...
Timbul kekeliruan pada banyak pihak terutamanya ulama akhir zaman dan pengikut-pengikut mereka yang mengatakan bahawa dunia akan berakhir selepas pemerintahan Imam Mahdi (a.s) dan mengabaikan pendapat-pendapat ulama yang mengatakan akan wujud pemerintahan zuriat Imam mahdi (a.s) selepas kewafatan baginda. Lalu mewujudkan kecelaruan di minda sesetengah pihak samada menerima atau menolak antara salah satu dari riwayat-riwayat Ahlulbayt (a.s) berkenaan Raja'ah atau kekuasaan zuriat Imam Mahdi (a.s) selepasnya.
Berikut dibawakan pendapat sesetengah ulama yang membicarakan hal pemerintahan Mahdiyyoon (a.s) selepas bapa mereka Imam Mahdi (a.s) untuk penelitian kita bersama:
1. Sayyid Al Murtadha (ra) ketika mengulas berkenaan riwayat (القائم والقوام من بعده) yang bermaksud Al Qoim dan Qoim-Qoim selepasnya, berkata: (Bahawasanya kami tidak menetapkan luputnya taklif ketika kewafatan Imam Mahdi (a.s), bahkan harus kekal selepasnya Imam-imam yang bangun memelihara agama dan kebaikan penduduknya, ini tidak mengeluarkan kita dari digelar Ithna Ashariyyah kerana kita ditaklifkan untuk mengetahui Imamah mereka. Telah kami jelaskan hal ini dengan sejelas-jelasnya sehingga menjadikan kita unik dengan yang lainnya.) [Bihar Al Anwar, jilid 53, ms 148]
Sayyid Al Murtadha adalah salah seorang ulama tersohor Syiah terawal dan memadai buatnya sebagai anak murid Syeikh Al Mufid (ra). Setiap umat syiah menjadi saksi akan keilmuan dan keutamaannya.
2. Syeikh Al Kaf'amiy di dalam kitabnya Al Misbah menurut apa yang disalin daripadanya oleh Mirza Al Noori dan Al Allamah Al Majlisi, berkata Mirza Al Noori: ((Telah berkata Syeikh Al Kaf'amiy di dalam kitab Misbahnya; [diriwayatkan daripada Yunus bin Abdul Rahman, daripada Al Ridha (a.s) bahawasanya dia memerintahkan untuk membaca doa buat Shohibul Amr seperti berikut; اللهم ادفع عن وليك ...الى آخره]. Di pengakhiranya dia menyebutkan; [ اللهم صلِ على ولاة عهده والأئمة من بعده] yang bermaksud "berselawatlah ke atas wali-wali ahdinya dan Imam-imam selepasnya," sehingga kepada penghujungnya.
Syeikh Al Kaf'ami juga berkata di dalam nota kakinya; iaitu pertamanya selawat ke atasnya (Imam Mahdi a.s) dan keduanya selawat ke atas mereka selepas berselawat ke atasnya, yang dimaksudkan adalah para Imam selepasnya iaitu anak-anaknya kerana mereka adalah ulama-ulama yang dimuliakan, seorang alim, Imam yang diikuti dan dia (al Kaf'ami) menunjukkan kepada kata Imam: para Imam dari kalangan anak keturunannya di dalam doa yang diriwayatkan daripada Imam Mahdi a.s.)) [Al Najmu Al Thaqib, jilid 2, ms 72][Bihar Al Anwar, jilid 99, ms 125]
Syeikh Al Kaf'ami juga berkata di dalam nota kakinya; iaitu pertamanya selawat ke atasnya (Imam Mahdi a.s) dan keduanya selawat ke atas mereka selepas berselawat ke atasnya, yang dimaksudkan adalah para Imam selepasnya iaitu anak-anaknya kerana mereka adalah ulama-ulama yang dimuliakan, seorang alim, Imam yang diikuti dan dia (al Kaf'ami) menunjukkan kepada kata Imam: para Imam dari kalangan anak keturunannya di dalam doa yang diriwayatkan daripada Imam Mahdi a.s.)) [Al Najmu Al Thaqib, jilid 2, ms 72][Bihar Al Anwar, jilid 99, ms 125]
3. Sayyid Ibn Tawoos (ra) di dalam kitab Jamal Al Usbu' ketika mengulas berkenaan sebutan selawat ke atas zuriat Imam Mahdi (a.s) di dalam sesetengah doa, berkata: ((Di dalam doa ini terkandung kata a.s: [ اللهم صل على ولاة عهده والأئمة من بعده ], moga-moga yang dimaksudkan dengan demikian itu adalah selawat ke atas para Imam yang ditetapkan pada hari-hari pemerintahannya (Imam Mahdi a.s) supaya berselawat dengan hamba-hamba di dalam negeri tersebut, iaitu Imam-imam yang memerintah pada tempoh ketika itu. Dan selawat ke atas mereka itu berlaku selepas berselawat ke atas Imam Mahdi (selawat Allah ke atasnya) dengan berbuktikan katanya: [ ولاة عهده ] kerana wali-wali ahdi itu berlaku semasa mereka masih hidup, seolah-olah yang dimaksudkan adalah seperti berikut:
[اللهم صل بعد الصلوة عليه على ولاة عهده والأئمة من بعده] yang bermaksud "Ya Allah! selepas berselawat ke atasnya (Imam Mahdi a.s) berselawatlah ke atas wali-wali ahdi-nya dan para Imam selepasnya."
Telah dikemukakan dalam riwayat daripada imam Ridha (a.s) : [ والأئمة من ولده ] yang bermaksud para Imam dari kalangan anak keturunannya, dan moga-moga ia adalah seperti rangkap berikut: [ صل على ولاة عهده والأئمة من ولده ] yang bermaksud, "berselawatlah ke atas wali-wali ahdi-nya dan para Imam dari anak keturunannya." Aku telah mendapati hal sedemikian itu sepertimana yang kami sebutkannya di dalam naskhah yang lain berkenaan apa yang telah diriwayatkan tentang mereka sebagai hamba-hamba yang terbaik di masa hayatnya (Imam Mahdi a.s), dan terdapat juga riwayat yang bersambung sanadnya bahawa Imam Mahdi (a.s) mempunyai anak-anak, satu jemaah wali-wali di pinggir negeri Al Bihar dengan maksud tujuan yang agung dan mempunyai sifat-sifat terbaik...)) [Jamal Al Usbu', ms 310]
[اللهم صل بعد الصلوة عليه على ولاة عهده والأئمة من بعده] yang bermaksud "Ya Allah! selepas berselawat ke atasnya (Imam Mahdi a.s) berselawatlah ke atas wali-wali ahdi-nya dan para Imam selepasnya."
Telah dikemukakan dalam riwayat daripada imam Ridha (a.s) : [ والأئمة من ولده ] yang bermaksud para Imam dari kalangan anak keturunannya, dan moga-moga ia adalah seperti rangkap berikut: [ صل على ولاة عهده والأئمة من ولده ] yang bermaksud, "berselawatlah ke atas wali-wali ahdi-nya dan para Imam dari anak keturunannya." Aku telah mendapati hal sedemikian itu sepertimana yang kami sebutkannya di dalam naskhah yang lain berkenaan apa yang telah diriwayatkan tentang mereka sebagai hamba-hamba yang terbaik di masa hayatnya (Imam Mahdi a.s), dan terdapat juga riwayat yang bersambung sanadnya bahawa Imam Mahdi (a.s) mempunyai anak-anak, satu jemaah wali-wali di pinggir negeri Al Bihar dengan maksud tujuan yang agung dan mempunyai sifat-sifat terbaik...)) [Jamal Al Usbu', ms 310]
4. Al Mirza Al Noori pemilik kitab Mustadrak Al Wasail menyebutkan di dalam kitab Al Najmu Al Thaqib dua belas dalil bagi menetapkan zuriat Imam Mahdi (a.s), antaranya adalah riwayat wasiat dan mengatakan sanadnya adalah muktabar. [An Najmu Al Thaqib, jilid 2, ms 69]
5. Syahid Sayyid Muhammad Muhammad Sadiq Al Sadr (ra) telah menjadikan bukti bahawa para Mahdiyyoon akan mengambil alih kekuasaan serta merta selepas Imam Mahdi (a.s), dengan berkata:((Jelas sekali apa yang disebutkan di atas wajah ini adalah riwayat-riwayat Awliya yang menerangkan bahawa kekuasaan peringkat tertinggi berkuatkuasa serta merta, manakala menjauhkan dari pembuktian ini adalah satu takwilan yang batil. Sepertimana sabdanya: (ليملكن منا أهل البيت رجل ) bermaksud "seorang lelaki akan berkuasa di kalangan kami Ahlulbayt", dan sabdanya: ( فإذا حضرته الوفاة فليسلّمها يعني الإمامة أو الخلافة إلى إبنه أول المهديين ) bermaksud "maka apabila dia didatangi kewafatan, hendaklah diserahkannya iaitu Imamah atau khilafah kepada anaknya Mahdi yang pertama," dan sabdanya lagi :
(اللهم صل على ولاة عهده والأئمة من بعده ) bermaksud "Ya Allah! berselawatlah ke atas wali-wali ahdi-nya dan Imam-imam selepasnya," dan berbagai lagi di dalam doa-doa yang lain.)) [Tarikh Ma Ba'da Al Zuhur, ms 642]
6. Syahid Muhammad Baqir Al Sadr (ra) telah menyalin daripada Syahid Al Sadr di dalam kitabnya Mujtama' Al Firauni, yang mana ianya adalah ungkapan yang diambil daripada syarahan yang disampai oleh Syahid Al Sadr, berkata: ((Maka Imam Mahdi (a.s) akan menghancurkan setiap punca kerosakan dan penyelewengan yang dikepalai oleh kezaliman dan kekejaman, dan akan mengasaskan masyarakat yang adil dan saksama, dan melakarkan manhaj-manhajnya bagi masyarakat tersebut di dalam seluruh bidang kehidupan manusia, kemudian akan datang selepasnya 12 orang khalifah yang memerintah manusia mengikut manhaj yang diasaskan oleh Hujjat Imam Mahdi (a.s) yang mulia. Di sepanjang tempoh kekuasaan 12 khalifah ini, masyarakat akan bersegera menuju ke arah kesempurnaan dan ketinggian, dan manusia berada pada tahap ilmu dan akhlak yang tidak lagi memerlukan kepada pengawasan selain daripada Allah Taala dan pada ketika itulah terrealisasinya pemberitahuan tentang pewarisan orang-orang yang soleh di atas muka bumi, sebagaimana firman Allah Taala:
وَلَقَدْ كَتَبْنَا فِي الزَّبُورِ مِن بَعْدِ الذِّكْرِ أَنَّ الْأَرْضَ يَرِثُهَا عِبَادِيَ الصَّالِحُونَ إِنَّ فِي هَذَا لَبَلَاغاً لِّقَوْمٍ عَابِدِينَ
yang bermaksud: Dan sungguh telah Kami tulis di dalam Zabur sesudah [Kami tulis dalam] Lauh Mahfuzh, bahwasanya bumi ini dipusakai hamba-hamba-Ku yang saleh.)) [Al Mujtama' Al Firauni, ms 175, bab 4 fasal 3]
7. Syahid Sayyid Muhammad Muhammad Sadiq Al Sadr (ra) di dalam kitabnya Tarikh Ma Ba'da Al Zuhur telah menjadikan dalil ke atas penetapan kekuasaan zuriat Imam Mahdi (a.s) selepasnya dan lebih cenderung kepada riwayat-riwayat kekuasaan zuriat Imam Mahdi (a.s) berbanding riwayat-riwayat berkenaan Raja'ah. Tetapi kami mengatakan bahawa tiada pertentangan antara riwayat-riwayat ini kerana tiada halangan ke atas kekuasaan Mahdiyyoon selepas Imam Mahdi (a.s) dan berlakunya Raja'ah selepas mereka. Syahid Al Sadr telah menyebutkan dengan panjang lebar berkenaan tajuk ini dan kami akan menyatakan sebahagiannya di sini secara ringkas, beliau berkata: ((...dari sini Imam Mahdi (a.s) akan mengadakan penentuan wali ahdi-nya atau khalifahnya di sepanjang tempoh hayatnya dan barangkali di tahun-tahun terakhir, supaya wali ahdi-nya menjadi ketua tertinggi Daulah Alami yang adil selepasnya dan sekaligus pemerintah yang pertama dari tempoh kekuasaan Awliya yang soleh. Tambahan pula pemerintah yang pertama ini adalah lebih afdhal berbanding 11 yang lain, yang datang kemudiannya. Memandangkan dia adalah natijah langsung dari tarbiyah Imam Mahdi (a.s) sendiri dan hidup sezaman untuk mendengar sendiri kata-kata Imam, melihat sendiri perbuatan dan uslub-uslub Imam berbanding mereka yang datang selepas daripadanya sebagai pemerintah. Namun begitu wujud perbezaan yang besar antara dia dan Imam Mahdi (a.s) sehingga kepada batas membenarkan bahawasanya tiada kebaikan pada orang yang hidup selepasnya...sehingga kepada kata-katanya:...benar dan tidak diragukan lagi bahawa Imam Mahdi (a.s) sebelum kewafatannya telah menegaskan dan bersungguh-sungguh mengumumkan kepada seluruh alam berulangkali atas peri penting mentaati khalifahnya dan mengukuhkan sekukuhnya. Disebabkan manusia belum lagi mencapai darjah kesempurnaan yang dituntut dan kemungkinan berlakunya salah tanggapan, pengingkaran dan pemberontakan dalam kebanyakan perkara...)) [Tarikh Ma Ba'da Al Zuhur, ms 646]
Syahid Sadr telah mengulas dengan panjang lebar akan tajuk ini dan menetapkan bahawa pemerintahan zuriat Imam Mahdi (a.s) selepas bapa mereka dan menafikan Raja'ah. Dengan itu beliau telah jatuh ke dalam perkara yang sepatutnya berhati-hati dalam perkara akidah yang pasti iaitu Raja'ah. Tersembunyinya urusan ini dari Syahid Al Sadr bukanlah satu kekurangan, bahkan kerana ia adalah urusan yang tersembunyi dari pengetahuan keseluruhan manusia dengan kehendak Allah Taala dan tidak diketahui urusan ini melainkan pemiliknya.
8. Syeikh Ali An Namazi pemilik kitab Mustadrak Safinatu Al Bihar ketika mengulas salah satu riwayat yang mengnashkan berkenaan zuriat Imam Mahdi (a.s), berkata: ((Ini adalah penjelasan bagi maksud daripada riwayat Abi Hamzah dan riwayat dari kitab Muntakhab Al Bashair, tiada keraguan lagi padanya dan selainnya dengan apa yang telah ditunjukkan bahawa adanya 11 orang Mahdi selepas Imam Al Qoim (a.s) dan mereka adalah para Mahdiyyoon dari kalangan washi-washi Al Qoim dan Pendiri-pendiri (Qowwaam) urusannya supaya bumi ini tidak kosong dari hujjah.)) [Mustadarak Safinatu Al Bihar, jilid 10, ms 517]
9. Syeikh Ali Al Kurani dalam kitabnya Asr Al Zuhur, berkata: ((Bahawa Iktiqad berkenaan raja'ah tidak menjadi pegangan utama Islam dan tidak juga dari kepentingan mazhab Tashayyu', yang bermakna tidak beriktikad dengannya tidaklah mengeluarkan seseorang itu dari mazhab Ahlulbayt (a.s) dan juga dari Islam. Akan tetapi hadis-hadis berkaitannya mencapai tahap dipercayai kebanyakannya, sekaligus mewajibkan iktiqad dengannya dan sebahagiannya menyebutkan bahawa Raja'ah bermula selepas pemerintahan Imam Mahdi (a.s) dan pemerintahan 11 Mahdi selepasnya. Di dalam kitab Ghaybah Al Thoosi pada halaman 299 menyebutkan daripada Imam Sadiq (a.s), berkata: Bahawa dari kalangan kami selepas Al Qoim, 11 orang Mahdi dari anak keturunan Hussain (a.s)..)) [Asr Al Zuhur, ms 332]
وباسناده عن جعفر بن محمد بن قولويه، عن أبيه، عن سعد بن عبد الله، عن محمد بن عبد الله الرازي، عن الحسين بن سيف، عن أبيه سيف بن عميرة، عن أبي بكر الحضرمي، عن أبي جعفر الباقر (ع) قال: قلت له: أي البقاع أفضل بعد حرم الله وحرم رسوله؟ قال: الكوفة يا أبا بكر هي الزكية الطاهرة، فيها قبور النبيين والمرسلين وغير المرسلين والأوصياء الصادقين، وفيها مسجد سهيل الذي لم يبعث الله نبيا إلا و قد صلى فيه، وفيها يظهر عدل الله، وفيها يكون قائمه والقوام من بعده، وهي منازل النبيين والأوصياء والصالحين.
Abu Bakar Al-Hadrami meriwayatkan dari Abi Ja'afar [a.s] berkata: Saya bertanya kepadanya; di manakah tempat di bumi ini yang paling digemari selepas Haram Allah [Masjid Al Haram] dan Haram RasulNya [sawas]? Beliau [a.s] berkata: "Al-Kufah Wahai Abu Bakar, ia adalah mulia dan suci, ia adalah kubur nabi-nabi yang diutuskan, dan tidak diutuskan [nabi] dan wasi-wasi yang jujur. Dan di dalamnya adalah Masjid Suhail di mana Allah tidak mengutuskan Nabi melainkan dia bersolat di dalamnya, dan darinya akan muncul keadilan Allah dan di dalamnya akan ada QOIMnya dan QOIM-QOIM (QOWWAAM) selepasnya, dan ia adalah tempat turun nabi-nabi, wasi-wasi dan orang-orang yang soleh." [Wasail Al Syiah (Al Islamiyah), ms 524]
10. Syariff Al Murtadha (ra) ketika mengulas riwayat di atas berkenaan dengan rangkap القوام من بعده)) yang bermaksud "Qoim-Qoim selepasnya" dan riwayat-riwayat berkenaan Mahdiyyoon yang menggantikan Imam Mahdi (a.s), berkata dalam himpunan ketiga kitab Rasailnya: ((Bahawa kami mengatakan wujudnya Imam selepasnya bermakna kami keluar dari pendapat Ithna 'Ashariyyah, dan sekiranya kami tidak berkata wujudnya Imam selepasnya bermakna kami membatalkan asal-usul yang menjadi pegangan mazhab iaitu keburukan kosongnya zaman daripada Imam...harus kekal alam selepasnya untuk tempoh masa yang lama, dan tidak harus kosong zaman selepasnya daripada Imam-Imam, dan harus ada selepasnya sebilangan Imam yang akan memelihara agama dan kebaikan penduduknya. Yang demikian itu tidaklah memudharatkan kami pada apa yang telah kami jalaninya dari jalan-jalan Aimmah kerana kami tidak ditaklifkan untuk selainnya dan kami disuruh berbuat ibadah untuk mengetahui Imamah kesemua 12 mereka, serta kami menjelaskannya dengan penjelasan yang lengkap sempurna...pendapat ini tidak mengeluarkan kami dari digelar dengan Ithna Ashariyyah kerana nama ini di sisi kami diberikan kepada sesiapa jua yang menetapkan 12 Imam sebagai Imamah. Kami telah menetapkan diri kami...dan kami membezakan diri kami dengan nama ini dari selain kami.)) [nota kaki kitab Al Raja'ah, Muhammad Mukmin Al Istrabadi, ms 99]
11. Saksikan Marja' Kazhim Al Ha'eri menyokong hadis wasiat dan pembuktiannya dari segi ilmu rijal:
Kesimpulan:
Hakikatnya tidak wujud pertentangan di antara riwayat-riwayat Ahlulbayt (a.s) berkenaan pemerintahan Mahdiyyoon (a.s) selepas bapa mereka Imam Mahdi (a.s) dan Raja'ah. Ini kerana alam Raja'ah sepertimana yang dijelaskan oleh Imam Ahmad Al Hassan (a.s) berlaku selepas kewafatan Mahdi yang ke-12, iaitu ketikamana dikembalikan Imam Hussain (a.s) ke alam dunia untuk menyempurnakan jenazah Mahdi ke-12 yang tidak mempunyai zuriat. Oleh itu, terdapat satu hadis yang mengatakan bahawa akan berlakunya Raja'ah selepas kewafatan Mahdi adalah ditujukan kepada Mahdi ke-12 dan bukannya selayaknya kepada Imam Mahdi Muhammad bin Al Hassan (a.s), yang akan memerintah selepasnya 12 Mahdiyyoon dari kalangan zuriatnya, sebagaimana yang dijelaskan dalam riwayat-riwayat Mahdiyyoon yang melebihi had mutawatir dari segi makna.
Urusan para Mahdiyyoon ini adalah urusan yang tersembunyi daripada pengetahuan khalayak umat manusia bersandarkan kehendak Allah Taala dan tidak diketahui urusan ini melainkan oleh pemiliknya. Oleh itu, telah hadir hari ini pemilik sebenar urusan ini iaitu Imam Ahmad Al Hassan (a.s) selaku washi dan utusan Imam Mahdi (a.s). Dia juga merupakan Al Yamani iaitu pembantu kanan Imam Mahdi (a.s) dan Mahdi yang pertama dari 11 Mahdi lainnya dari zuriat Imam Mahdi (a.s), bagi menjelaskan urusan ini sejelas-jelasnya agar tidak ada lagikekeliruan dan keraguan dalam diri umat manusia selepas ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan