Sabtu, 16 Februari 2013

CABARAN AL YAMANI (AS) KEPADA ULAMA-ULAMA SEMUA AGAMA





Bismillah ar Rahman ar Rahim

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Pemilik kerajaan yang menggerakkan langit dan bumi, yang menggerakkan angin, yang menjadikan berakhirnya siang, pentadbir segala urusan, Tuhan sekalian alam. Segala pujian pada Allah, kerana takut padaNya, langit dan penduduknya bergetar, dan bumi serta penduduknya bergemparan, serta laut dan yang berenang di dalamnya berombak.

Ya Allah, kurniakanlah solawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, bahtera yang bergerak di lautan yang dalam, barangsiapa yang menaikinya akan selamat, dan yang meninggalkannya akan lemas, yang bergerak mendahului mereka akan tersasar, dan yang tertinggal akan binasa, dan mereka yang bersama mereka adalah di atas kebenaran.


Katakanlah (wahai Muhammad): “Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada ugama Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata. Dan aku menegaskan: Maha suci Allah (dari segala iktiqad dan perbuatan syirik); dan bukanlah aku dari golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain.” 12:108

Kepada mereka yang mendengar perkataan dan mengikuti yang terbaik darinya dan kepada mereka yang menyeru kepada jalan Tuhan mereka dengan hikmah dan dakwah yang baik, kepada mereka yang mengetahui kebenaran lalu mengikuti orang-orangnya, kepada mereka yang adil dalam mengkaji kebenaran dan kepada mereka yang tidak mengucapkan perkara yang mereka tidak ada ilmu tentangnya..

Aku telah memanggil sekumpulan ulama, di dalam akhbar yang diterbitkan oleh Ansar al Imam Mahdi(aj) , untuk berdebat tentang Al Quran, atau untuk mendengar apa yang telah aku bawakan berkaitan tafsir Al Quran, agar mereka menjadi jelas samada ilmu ini adalah ilmu yang dipelajari atau ianya eksklusif milik Ahlulbait yang ma’sum, atau orang-orang yang berhubungan dengan mereka. Namun tiada orang memberi maklum balas dari panggilan ini, malah sesetengah ulama itu mengeluarkan fatwa bahawa aku adalah seorang pendusta tanpa mendengar apa-apa dari ku. (Mereka melakukan perkara ini) walaupun tidak wujud sebarang bukti bercetak atau yang rasional, yang membenarkan penolakan terhadap seseorang yang mendakwa berjumpa dengan Imam Mahdi(as), dan sesiapa yang mahukan pencerahan dan penerangan(akan perkara ini), boleh lah merujuki kitab “Al Ghaibah, Al Nu’mani”, “Al Ghaibah, At Tusi”, “Ikmal ad Din, Al Saduq”, “Bisharatul Islam, Sayyid Mustafa Kazimi”, dan “Mausu’a Imam al Mahdi, Sayyid Muhammad Sadiq al Sadr” dan kesemua kitab ini adalah di aras pertama dalam kredibiliti pengriwayatan dan penyemakan, serta kesemua mereka menyampaikan riwayat Ahlulbait(as) yang mengesahkan kemungkinan berjumpa Imam Al Mahdi(as) di dalam mimpi semasa zaman keghaiban kubra, dan mengesahkan kemungkinan kedatangan beberapa figur yang akan membina jalan untuk Imam, dan mempersiapkan pemerintahannya.

Apa-apa pun, segala puji bagi Allah yang menjadikan Sunnah para Anbiya dan Mursalin terjadi ke atas kita, dan kita tidak akan mengatakan apa-apa kecuali apa yang dikatakan oleh Imam Hussain(as): “Ya Allah, jika ini memuaskan Kau, maka ambillah sehingga Kau puas.” Kerana sungguh, kepastian terjadinya kata-kata ini adalah lebih memaksa dan melontar panah.

Buat masa ini, aku mengulangi semula panggilan kepada sesetengah marja’ taqlid untuk berdebat tentang Al Quran agar dapat dibuktikan bahawa bersamaku adalah ilmu Al Quran dari Imam Al mahdi(as), dan bahawa aku adalah utusan dari Imam(as). Ini adalah demi untuk tidak timbul lagi hujah untuk seorang penghujah atau alasan bagi seorang pemohon maaf, dan agar umat ini dapat mencapai petunjuk, umat yang sebelum ini ditindas dan dilemahkan sepanjang zaman. Aku merayu kepada para ulama, agamawan, kaum mukmin, dan semua orang agar mereka dapat membantu memberi maklum balas untuk panggilan debat ini, agar tidak semua orang akan termasuk dalam firman Allah swt berikut: “Sehingga apabila mereka datang (ke tempat pengadilan), Allah Taala berfirman: “Adakah kamu mendustakan ayat-ayat keteranganKu dengan tidak lebih dahulu kamu mengetahuinya secara meliputi? Atau apakah yang kamu telah lakukan?” (27:84)

Kami berlindung kepada Allah dari diri kami, dan agar kamu tidak tergolong dari kumpulan penolak tanda-tanda Allah swt, dan kami memohon kepada Allah swt agar Dia menganugerahkan kaum mukminin kejayaan dalam diberi penghormatan berkhidmat untuk Imam Mahdi(as), kerana Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengabulkan.

Panggilan debat/ mubahalah ini ditujukan kepada tiga kumpulan ulama:-

Kumpulan Pertama: Sayed Sistani, atau Mar’ashi Najafi mewakili Sayed Sistani dengan cop rasmi. Dan Sayed Muhammad Said Hakim, dan Syeikh Muhammad Ishaq al Feyad. Syarat dan terma debat dengan tiga ulama ini adalah debat ini disaksikan oleh masyarakat awam, dan di tempat awam, dan jika debat ini diakhiri dengan salah seorang dari mereka dalam penafian kepada utusan Imam(as), maka ulama yang menafikan untuk melaknat ke atas utusan Imam di tempat yang sama dan di hadapan semua orang, firman Allah: “…iaitu supaya orang yang binasa itu, binasa dengan keterangan (yang membuktikan kesalahannya), dan supaya orang yang hidup itu, hidup dengan keterangan (yang membuktikan kebenarannya); kerana sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. (8:42)

Kumpulan Kedua: Sayed Kamal Haidari, Sayed Taqi Madrsi dan Sayed Kazim al Hairi.Sebagai tambahan kepada syarat dalam kumpulan pertama, adalah mereka berdebat dengan Syeikh Nazim al Uqaili untuk pembuktian ushul dakwah ini dan perincian berkaitan dengannya, dan setelah itu, jika mereka mahu berdebat dengan ku tentang ilmu tafsir, maka aku bersedia untuknya dengan kuasa Allah, dan mengalukan mereka. Segala puji hanya bagi Allah.

Kumpulan Ketiga: Syeikh Qasim al Ta’iy, Syeikh Muhammad Ya’kubi dan Sayed Muhammad Ridha al Sistani, dan debat mereka adalah dengan Syeikh Nazim Al Uqaili untuk pembuktian dakwah ini serta jawaban berkaitan dengan perinciannya sahaja, dengan semua syarat kumpulan pertama, kecuali memohon laknat kepada pendusta.


(Katakanlah wahai Muhammad):” Aku hanyalah diperintahkan supaya menyembah Allah Tuhan negeri (Makkah) ini yang telah menjadikannya suci lagi dihormati dan yang menguasai segala-galanya; dan aku diperintahkan supaya tetap menjadi dari orang-orang Islam (yang menyerah diri bulat-bulat kepadaNya), – “Dan supaya aku sentiasa membaca Al-Quran”. Oleh itu, sesiapa yang menurut petunjuk (Al-Quran dan beramal dengannya) maka faedah perbuatannya itu akan terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang sesat, maka katakanlah kepadanya: “Sesungguhnya aku hanyalah seorang pemberi amaran”.Dan katakanlah (wahai Muhammad): “Segala puji tertentu bagi Allah (yang melimpahkan nikmat-nikmatNya yang tidak terhitung), Ia akan memperlihatkan kepada kamu tanda-tanda kekuasaanNya supaya kamu dapat mengetahuinya (dengan jelas nyata)”; dan Tuhanmu tidaklah lalai akan segala yang kamu lakukan. (27:91-93)




Tiada ulasan:

Catat Ulasan