Dengan nama Allah, Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.
Segala Puji Bagi Allah
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..
Saya menulis post ini disebabkan semasa saya melawat salah seorang ansar pada hari ini (semoga Allah memelihara beliau), saya dimaklumkan tentang berita bahawa Otoriti Marajik baru baru ini telah memperkenalkan sebuah slogan pilihan raya yang mengatakan,”Wilayahku Lebih Utama.”
Baru-baru ini telah dijalankan satu kajian oleh seorang saintis Jepun dari Universiti Kyoto yang menunjukkan bahawa mekanisma intelek cimpanzi adalah lebih baik daripada manusia dalam sesetengah perkara, sebagai contoh memori jangka pendek.
Haiwan-haiwan lain juga berkongsi dengan kita hatta pada jenis-jenis atruisma (sifat mengutamakan atau kecintaan pada yang lain), seperti altruisma timbal balik yang mana kita mempunyai persamaan dengan kelawar atau altruisma berkaitan kekeluargaan, anak-anak dan saudara mara yang dibina oleh gen-gen dalam tubuh badan, yang mana tikus di dalam sarangya juga berkongsi sifat yang sama dengan kita.
Apa yang benar-benar membezakan kita sebagai manusia daripada haiwan-lain lain di dunia ini adalah altruisma berkecuali lagi tulen (mencintai atau melebihkan orang lain yang bersifat berkecuali iaitu tanpa melihat kepada hubungan keakraban, kedaerahan, kenegerian, kebangsaan dan sebagainya, serta tulen iaitu tanpa mengharap apa-apa imbuhan atau balasan di kemudian hari). Untuk makluman, Altruisma berkecuali lagi tulen ini juga bertentangan dengan penjelasan logikal saintifik yang disepakati, samada oleh ilmu biologi evolusi atau biologi sosial. Oleh itu, altruisma berkecuali lagi tulen adalah halangan utama yang berdiri tegak dalam membangkang teori kesempurnaan saintifik para atheis.
Sebagai manusia kita berbeza dalam beberapa keadaan berbanding dengan haiwan-haiwan lain, yang memberontak terhadap sikap mementingkan diri oleh gen-gen individu dan strukturnya yang sedia ada di dalam tubuh kita. Ia telah sedia ada bersama struktur badan kita sejak beratus-ratus juta tahun untuk berkelakuan dengan cara mementingkan diri sendiri yang bekerja untuk manfaat gen-gen dengan membenarkan mereka untuk terus kekal dan berpindah dari satu generasi ke generasi lain.
Gen-gen boleh membina mekanisma-mekanisma di dalam badan seperti kelenjar dan pemangkin seperti enzim, yang memaksa badan ke arah altruisma palsu dan tidak tulen, iaitu altruisma yang berusaha mendapatkan manfaatnya sendiri, seperti altruisma ibu bapa terhadap anak-anak mereka. Tetapi gen-gen tidak boleh berfungsi bertentangan dengan kepentingan individualistiknya dan membina di dalam tubuh badan altruisma berkecuali lagi tulen atau hingga dapat membenarkan satu kebiasaan berjalan dengan lancar. Ini kerana secara semulajadinya, ia bermakna kepupusan tubuh badan dan hilang binasanya kumpulan genetik dan tidak akan adanya perpindahan dari satu generasi ke generasi yang lain.
Identiti kita sebagai manusia yang membezakan diri kita dari haiwan lain adalah altruisma berkecuali lagi tulen yang tidak mengharapkan pembalasan di masa hadapan, sebagaimana yang dilakukan oleh kelawar apabila mereka memuntahkan sedikit darahnya untuk jiran-jirannya. Dengan tanpa disedari ia telah terbina dalam diri kita oleh gen yang memaksa kita supaya mengutamakan anak-anak sebagai contoh, kerana mereka adalah jalan kelansungan gen dan jalan pemindahan mereka ke generasi akan datang.
Altruisma berkecuali lagi tulen ini adalah identiti paling mulia yang mungkin dapat dimiliki oleh makhluk hidup, bukan sahaja di bumi tetapi juga pada tahap alam materialistik yang bersifat fizikal secara keseluruhannya. Amat malang sekali bahawa majoriti manusia meninggalkannya tanpa mereka mengetahui bahawa dengan berbuat demikian, mereka memilih perangai atau sifat beruk menguasai diri mereka dan menjadi seperti mana-mana baki beruk besar; cimpanzi, gorila atau orang utan.
Firman Allah Taala: {Dan sesungguhnya telah kamu ketahui orang-orang yang melanggar di antaramu pada hari Sabtu, lalu Kami berfirman kepada mereka: "Jadilah kamu kera yang hina.} Surah al-Baqarah 2:65.
Firman Allah Taala: {Katakanlah: "Apakah akan aku beritakan kepadamu tentang orang-orang yang lebih buruk pembalasannya dari [orang-orang fasik] itu di sisi Allah, yaitu orang-orang yang dikutuki dan dimurkai Allah, di antara mereka [ada] yang dijadikan kera dan babi dan [orang yang] menyembah thaghut?" Mereka itu lebih buruk tempatnya dan lebih tersesat dari jalan yang lurus.} Surah Al-Maidah 5:60.
Firman Allah Taala: {Maka tatkala mereka bersikap sombong terhadap apa yang mereka dilarang mengerjakannya, Kami katakan kepadanya: "Jadilah kamu kera yang hina.} Surah al-Araaf 7:166.
Ini bermakna mereka membuang anak-anak kunci dari tangan mereka dan kehilangan ruh/jiwa kemanusiaan yang Allah campakkan ke dalam bapa mereka Adam as, yang mana Dia menggesa mereka untuk memperolehinya. Tidak tinggal langsung di dalam diri mereka melainkan jiwa kebinatangan, lantas mereka kembali kepada asal-usul mereka yang bersifat kebinatangan, liar dan tubuh-tubuh yang berkhidmat kepada keakuan (ananiyah), tidak lebih dari itu.
Jadi, ketika berhadapan orang-orang yang mengajak kamu dengan slogan "Aku lebih utama.. " atau "abangku lebih utama sebelum sepupuku" atau "sepupuku lebih utama sebelum orang asing" atau "bandarku, wilayahku atau negaraku lebih utama", saya menyeru kamu kepada slogan "Kemanusiaanku adalah lebih utama". Dan kemanusiaan kamu adalah pertaruhan yang membezakan kamu dengan haiwan-haiwan lain. Apa yang benar-benar membezakan kamu bukanlah otak kamu sahaja, kerana ia merupakan hasil evolusi yang haiwan-haiwan lain juga memilikinya, walaupun di tahap yang paling tidak sempurna. Apa yang benar-benar membezakan kamu adalah altruisma berkecuali lagi, yang boleh kamu perolehinya dan dengannya kamu dianggap sebagai manusia.
Kamu temui kehormatan dan kemanusiaan kamu apabila kamu mengambil tanggungjawab terhadap faqir miskin dan anak yatim yang tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan kamu, tanpa terpengaruh dengan keperluan kamu terhadap harta benda apabila kamu memberi tanpa mengharapkan pulangan di masa hadapan. Saya menyeru kamu supaya membina kemanusiaan di dalam diri kamu, menyeru kamu untuk membunuh "Keakuan", dan berslogankan "jiranku lebih utama sebelum diriku," serta "bandar bersebelahanku sebelum bandarku." Sebagaimana yang diwasiatkan oleh Rasulullah Muhammad (sawas), para Aimmah (as), dan para Anbiya (as): "jiran, faqir miskin, anak yatim dan janda adalah lebih diutamakan." Saya menyeru kamu supaya mengabaikan apa yang diserukan oleh mereka (otoriti marajik) kepada kamu, kerana amat malang sekali mereka menyeru kamu untuk mengikut Syaitan yang berkata, "diriku lebih utama". Sekaligus menyusuri dan mengikutinya dengan berkata seperti “bandarku lebih utama” atau “wilayahku lebih utama”. Mereka menyeru kamu untuk menjadi bukti kebenaran kepada firmanNya, {“Maka tatkala mereka bersikap sombong terhadap apa yang mereka dilarang mengerjakannya, Kami katakan kepadanya: "Jadilah kamu kera yang hina."} Surah al-Araaf 7:166.
Mereka (otoriti marajik) ini memusnahkan manusia lainnya dengan kejahilan dan slogan-slogan mereka. Apabila manusia dimusnahkan, tidak mungkin dia boleh menjadi pengeluar atau anasir yang bermanfaat dan berkesan di dalam kehidupan sosial yang sejahtera. Sebaliknya, dia menjadi bom detik yang menunggu masa atau peluang yang sesuai untuk menyebarkan racunnya kepada yang lain.
Inilah realiti kehidupan manusia pada hari ini dan malang sekali ramai pencuri dan pegawai kerajaan yang rosak adalah mangsa mereka, slogan-slogan mereka dan model ikutan mereka yang buruk. Seorang yang rasional perlu sedar bahawa keselesaan sosial duniawi tidak mungkin diperolehi melalui jalan orang-orang seperti ini, apatah lagi kerugian akhirat dengan mengikuti mereka.
Sayyid Ahmad Al Hassan
3 Mac 2013
Tiada ulasan:
Catat Ulasan