Khamis, 7 Mac 2013

MENJAWAB KERAGUAN TENTANG DAJJAL BASRAH?

Bismillah ar Rahman ar Rahim.



Syeikh Ali Kurani dalam kitabnya, Dajjal Dari Basrah telah menuduh Imam Ahmad(as) sebagai dajjal berdasarkan hadis berikut:

قال أميرالمؤمنين عليه السلام: (ويخرج الدجال من دجلة البصرة, وليس مني, وهو مقدمة دجالين كلهم) الملاحم والفتن للسيد ابن طاووس

Telah berkata Amirul Mukminin a.s: “Dajjal akan keluar daripada sungai Dijlah Basrah, dan dia bukan daripadaku, dia adalah permulaan dajjal-dajjal kesemuanya.” Al Malahim wal Fitan, Sayyid Ibn Tawus, hal 249

Sebenarnya hadis ini masih kurang jelas untuk kita menisbahkannya kepada Imam Ahmad al Hassan, tambahan pula terdapat banyak dalil yang dapat menyabitkan Imam Ahmad kepada dakwaannya sebagai Al Yamani. Namun kita bukan mahu membincangkan perkara tersebut. Perkara yang meragukan adalah:

Benarkah Dijlah Basrah itu berada di Basrah?




Pertama sekali harus kita terangkan bahawa perkataan “Dijlah” merujuk kepada sungai Tigris. (Rujukan di sini)




Daripada peta di atas, sungai yang merentasi Basrah tidak dikenali sebagai Sungai Tigris, juga bukan Sungai Furat(Euphrates). Ia dikenali sebagai Shat al Arab, yang merupakan gabungan, pertemuan antara dua sungai, iaitu sungai Furat dan Tigris.

Sungai Tigris langsung tidak merentasi Basrah, jadi apabila disebutkan Dijlah al Basrah, satu-satunya wilayah pemerintahan yang berdekatan dengan Basrah yang di lalui Sungai Tigris adalah Maysan. Dengan mengambil kira fakta ini, hadis di bawah rasanya perlu dibawa bagi menjelaskan lagi isu ini:

عن أمير المؤمنين عليه السلام قال: (ثم يخرج المهدي الهادي المهتدي الذي يأخذ الراية من يد عيسى ابن مريم, ثم يخرج الدجال من بعد ذلك, يخرج الدجال من ميسان نواحي البصرة) ) الملاحم والفتن للسيد ابن طاووس, ص 134

Daripada Amirul Mukminin (a.s) telah berkata: “Kemudian akan keluar Mahdi yang mendapat petunjuk dan member petunjuk yang akan mengambil panji dari tangan Isa bin Maryam, kemudian akan keluar dajjal selepas daripada itu, keluar dajjal dari Misaan di pinggir Basrah.” Al Malahim wal Fitan, Sayyid Ibn Tawus, hal 134

Oleh kerana Dijlah tidak melalui Basrah, yang sungainya dikenali sebagai Shat al Arab, maka mengatakan bahawa Dajjal akan keluar dari wilayah Maysan adalah lebih tepat dan berpadanan antara dua hadis ini.


Makna sebenar perkataan "Dajalah" Dari Segi Tatabahasa Arab:

Mereka yang berusaha bersungguh2 mengelirukan dan meragukan umat manusia juga berhujah bahawa perkataan "دجلة البصرة Dajlatul Basrah" bermaksud "Dajal Basrah" di dalam hadis pertama di atas. Tetapi pada hakikatnya mereka ini lupa bahawa kaedah tatabahasa Arab yang mereka agung2kan menetapkan bahawa kata singular (mufrad) bagi perkataan Dajal adalah "دجال Dajjaal", manakala kata plural (jama') bagi Dajal adalah "دجالون atau دجاجلة". Perkataan "دجلة" yg difahami oleh umat Arab adalah sungai Dijlah atau Tigris. 


Jadi, dimanakah tatabahasa Arab yang mereka agung2kan bila membicarakan tentang kebenaran dan sekaligus memutarbelitkan kata2 Imam as mengikut selera hawa nafsu mereka??? 


Siapakah Dajjal dari Maysan ini?

Jika mengambil kira pendapat kami, Haydar Imshatat, bekas pengikut Imam Ahmad(as) yang akhirnya berpaling dan kemudian dirinya pula yang mengaku sebagai Mahdi pertama adalah lebih layak sebagai dajjal ini. Bukan sahaja beliau tidak mempunyai apa-apa sifat seperti yang dirujukkan kepada Al Yamani atau Mahdi Pertama, malah beliau dilahirkan di Maysan!! Sila rujuk laman web beliau di sini.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan