Lebih Rapuh Daripada Sarang Labah-Labah
Nazar Nazar menulis:
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Saya Abu Ahmad dari Basrah mengarahkan kata-kata saya ini buat Sayyid Ahmad Al Hassan.
Tuan kami,
Saya telah melihat kepada pembuktian anda dan mendapati ianya amat mengelirukan. Saya mengatakan kepada anda dengan penuh jujur bahawa saya ingin mempercayai anda, tetapi saya di dalam kekeliruan dan tidak tahu apa yang perlu saya lakukan. Anda berkata supaya berbuat istikhara, maka saya lakukannya dan hasilnya amat mengelirukan. Anda bercakap tentang visi (ru'yah) dan saya telah melihat satu visi yang positif dan satu lagi negatif. Saya tidak meninggalkan mana-mana pintu tanpa mengetuknya supaya tidak akan ada lagi hujah terhadap saya. Saya telah bertanya ilmuwan dan mereka memberitahu saya bahawa lelaki ini adalah seorang dajjal (penyamar), tetapi saya tidak mengambil berat kata-kata mereka dan dalam masa yang sama saya tidak mahu berlawanan dengan mereka dan berasa menyesal. Tuanku, mereka mengatakan bahawa anda mampu membawakan mukjizat-mukjizat, seperti menghidupkan semula yang mati dan lain-lain kerana urusan ini berkaitan dengan perkara ghaib, yang saya maksudkan adalah seruan anda. Jika anda membawakan saya satu mukjizat yang membuktikan seruan anda, maka demi Allah, saya akan menjadi salah seorang dari tentera-tentera anda, dan saya amat berkeinginan untuk mati syahid demi anda, demi agama dan mazhab. Jika tidak, maka seruan anda adalah lebih rapuh daripada sarang labah-labah.
Jawapan:
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih.
Segala puji hanya bagi Allah.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Abu Ahmad, semoga Allah memberi taufik kepada anda, meluruskan jejak langkah anda dan melindungi anda dari sebarang keburukan.
Saya akan mulai dari kata-kata anda yang terakhir iaitu: Lebih rapuh daripada sarang labah-labah.
Anda menjelas dari kata-kata anda bahawa bukti seruan dakwah Ahmad Al-Hasan adalah seperti pembuktian datuknya Muhammad (sawas), maka aku telah meletakkan anda di dalam kekeliruan dan tidak menyampaikan anda kepada kesimpulan yang muktamad bahawa Ahmad Al Hasan adalah benar. Secara sedar anda adalah sama seperti Syiah lainnya yang beriktikad dengan kewajipan taklid kepada fuqaha, sebagaimana yang mereka beritahu kepada anda tanpa sebarang dalil syara’ mahupun akal. Tanpa anda pernah berasa keliru, mengkaji dan bertanya kepada mereka tentang bukti muktamad pegangan mereka. Bahkan amat malang sekali, anda mengikut mereka dengan mata tertutup. Secara umumnya, saya akan berbincang dengan anda berkenaan pegangan mereka dan menjelaskan kepada anda sebarang pembohongan dan kejahilan yang mereka kemukakan kepada anda. Saya berharap mereka tidak lagi terus memperdayakan anda selepas dari hari ini. Dengan izin Allah, hasrat saya akan dipenuhi samada cepat atau lambat kerana saya yakin bahawa akal, ilmu pengetahuan dan cahaya akan mengalahkan kejahilan, kegelapan dan cubaan untuk memperdaya serta menyesatkan manusia.
Mari kita perhatikan orang-orang yang anda bertanya dan memanggil mereka ilmuwan, adakah mereka benar-benar ilmuwan secara praktiknya atau penjahil dan pendusta? Hakim di antara kita dan mereka adalah pembuktian dan bukannya penghinaan sebagaimana yang sering mereka gunakan:
Agama Marji’iyyah (ikutan kepan marja') mereka telah dan berterusan ingin memperdaya Syiah keturunan Muhammad, dibina atas akidah kewajipan taklid kepada bukan ma’sum. Mereka tidak mempunyai sebarang bukti naqli (Quran dan hadis) untuk menetapkan dengan pasti perkara ini, malah fuqaha mereka juga mengakui perkara ini. Mereka tidak mempunyai walau satu ayat pun dengan pembuktian yang muhkam (pasti) atau riwayat dengan rantaian sanad dan pembuktian yang muktamad (qathie). Anda mungkin boleh merujuk kepada kata-kata Sayyid al-Khoei dan Sayyid al-Khomeini (Semoga Allah merahmati mereka berdua) dan fuqaha lainnya berkenaan isu ini.
Oleh itu, mereka hari ini bertukar kepada pembuktian akal bahawa orang jahil wajib merujuk kepada orang berilmu. Saya telah menyangkal pembuktian mereka ini dengan begitu lengkap dan menjelaskan bahawa ianya adalah sebagaimana yang anda sebutkan, (lebih rapuh daripada sarang labah-labah), kerana mereka menyangka dan mengemukakan sangkaan sebagai ijtihad mereka sendiri. Mereka mengakui hal ini dan tidak seorang pun daripada mereka yang mengatakan bahawa dia membentangkan keyakinan.
Justeru, pembuktian ini tidak terpakai buat mereka kerana mereka bukanlah ulama yang didatangkan dengan keyakinan yang mewajibkan orang jahil untuk merujuk kepada mereka, kerana ulama yang didatangkan dengan keyakinan dan hukum akal menetapkan bahawa yang wajib dirujuk hanyalah khalifah-khalifah Allah. Inilah yang kami katakan bahawa kewajipan taklid adalah hanya kepada peribadi ma’sum.
Apabila mereka mendapati bahawa apa mereka kemukakan tidak membantu mereka dalam membuktikan akidah mereka. Seterusnya mereka mencuba pula untuk memperdaya manusia bahawa bukti bagi akidah mereka yang mewajibkan taklid kepada bukan ma’sum atau fuqaha adalah supaya orang yang tidak pakar merujuk kepada mereka yang pakar. Pembuktian yang mereka lontarkan ini telah merobohkan akidah batil mereka sendiri dengan cara yang tidak sedari mereka.
وَظَنُّوٓاْ أَنَّهُم مَّانِعَتُهُمۡ حُصُونُہُم مِّنَ ٱللَّهِ فَأَتَٮٰهُمُ ٱللَّهُ مِنۡ حَيۡثُ لَمۡ يَحۡتَسِبُواْۖ وَقَذَفَ فِى قُلُوبِہِمُ ٱلرُّعۡبَۚ يُخۡرِبُونَ بُيُوتَہُم بِأَيۡدِيہِمۡ وَأَيۡدِى ٱلۡمُؤۡمِنِينَ فَٱعۡتَبِرُواْ يَـٰٓأُوْلِى ٱلۡأَبۡصَـٰرِ
“Dan merekapun menyangka bahwa benteng-benteng mereka akan dapat mempertahankan mereka dari [siksaan] Allah; maka Allah mendatangkan kepada mereka [hukuman] dari arah yang tidak mereka sangka-sangka. Dan Allah mencampakkan ketakutan ke dalam hati mereka; mereka memusnahkan rumah-rumah mereka dengan tangan mereka sendiri dan tangan orang-orang yang beriman. Maka ambillah [kejadian itu] untuk menjadi pelajaran, hai orang-orang yang mempunyai pandangan serta celik mata hatinya.” Surah Al Hashr 59:2
Jadi boleh dikatakan matlamat supaya orang tidak pakar merujuk kepada orang yang pakar adalah diharuskan dan bukanlah wajib. Ini bermakna mereka melontarkan pernyataan ini sebagai pembuktian akidah mereka. dan dalam masa yang sama menarik diri daripada akidah batil mereka lontarkan iaitu kewajipan taklid kepada bukan ma'sum atau fuqaha.
Mereka memberikan anda contoh perundingan pesakit kepada doktor untuk membuktikan akidah yang mewajibkan bertaklid kepada bukan ma'sum atau fuqaha. Sedangkan pesakit berunding dengan doktor dan melakukan seperti kata doktor adalah tidak wajib, tetapi diharuskan. Jika anda jatuh sakit, mestikah anda pergi kepada doktor dan mestikah anda beramal dengan sangkaan doktor?! Apabila doktor itu sendiri kadang-kadang berasa ragu-ragu dan memberitahu anda bahawa peluang kejayaan adalah begini dan peluang kegagalan pula adalah begini, sementara anda diberi peluang untuk membuat pilihan. Doktor itu tidak mengatakan bahawa “anda mesti melakukan sebagaimana yang dia kata atau anda mesti mengambil rawatan yang telah dia tetapkan atau anda mesti menjalani operasi pembedahan yang dia sangkakan boleh menyembuhkan anda”. Ramai pesakit yang meninggal dunia di tangan doktor di dalam bilik operasi pembedahan atau disebabkan kesilapan oleh doktor dalam menentukan jenis rawatan atau dos ubat yang betul. Sesetengah pesakit pula telah melawat doktor apabila mengalami kesakitan, tetapi menjadi lumpuh dan tidak dapat berdiri kerana kesilapan yang dibuat oleh pakar bedah yang mempunyai ijazah doktor perubatan untuk menentukan saiz plat platinum yang diperlukan untuk menetapkan tulang. Natijahnya, saya tidak percaya bahawa orang yang rasional akan mengatakan bahawa wajib bagi pesakit untuk merujuk kepada doktor dan wajib melakukan sepertimana katanya.
Jadi sekarang, apakah ada di kalangan mereka yang menggelar diri mereka "marajik" yang mempunyai kehormatan dan keberanian yang diiktiraf sebagai berotoriti mengakui bahawa mereka telah ditewaskan oleh Ahmad Al-Hasan dan akidah mereka yang dibina atas agama ikutan kepada fuqaha telah dirobohkan, serta segala urusannya telah ditamatkan?
Mereka yang memiliki kehormatan dan keberanian untuk mengakui kebenaran wajib mengiktiraf dan mengakui bahawa Ahmad al-Hasan telah merobohkan dan mengakhiri akidah mereka ke tempat pembuangan sampah sejarah dan tidak akan kembali. Ya, ia sekarang kekal sebagai satu jalan kejahilan untuk memperbodohkan dan memperdayakan Syiah Ahlulbayt. Tetapi ia telah berakhir dan ia tidak lagi mempunyai sebarang kredibiliti ilmiah di sisi orang-orang yang menuntut makrifat tentang kebenaran. Hakikatnya samada cepat atau lambat, akan datang hari di mana Syiah Ahlulbayt akan memberi perhatian dan mereka akan mengetahui bahawa Dajjal (penyamar) sebenarnya adalah mereka yang menuntut supaya beriktikad dengan kewajipan taklid kepada bukan ma'sum atau fuqaha, kerana menyuruh mereka mempercayai akidah palsu yang tidak mempunyai sebarang bukti naqli (Quran dan hadis) mahupun akal.
Saya ulangi (wajib) untuk kalian memberi perhatian dan semoga Allah memberi taufik pada kalian. Bukalah mata kalian seluasnya dan lihatlah sebaik-baiknya wahai Syiah agar memberi perhatian kepada orang-orang yang memanggil diri mereka "fuqaha”, mengatakan bahawa taklid itu adalah wajib kepada bukan ma'sum atau fuqaha. Maka biarkanlah mereka membuktikan kewajipan ini kepada kami, selepas saya menafikan pembuktian mereka dan menjelaskan bahawa ianya adalah seperti anda gambarkan iaitu, (lebih rapuh daripada sarang labah-labah). Jangan biarkan mereka memperdayakan kalian untuk menukar topik perbincangan ijtihad dan pengharusan taklid atau pembuktian beramal dengan sangkaan (dzan), kerana semua perkara ini terkeluar daripada akidah batil mereka, yang sepatutnya dibuktikan oleh mereka. Akidah mereka adalah kewajipan bertaklid kepada bukan ma'sum, maka biarkanlah mereka yang membuktikannya atau mengakui kebatilannya, dan mengakui bahawa Ahmad al-Hasan telah meruntuhkannya serta menghancurkan kepentingan akidah mereka yang batil dan memusnahkannya sehingga tiada suatu pun yang tertinggal.
Adapun bukti seruan dakwah ini adalah kesemua bukti yang menamakan khalifah Allah sekaligus dan saya telah mengemukan kesemuanya. Saya akan menerangkan secara ringkas kepada anda, apakah ia dan bagaimana mereka layak untuk kedudukan ini:
Nas daripada Allah: Sepertimana Allah telah menaskan ke atas Adam (as) di hadapan Malaikat dan yang seumpamanya berupa visi-visi yang mutawatir sehingga mencapai darjat ketenangan yang dapat menjamin bahawa pihak yang mendakwa melihatnya tidak berkomplot untuk berbohong. Visi ini juga mestilah sepadan dengan nas yang menamakannya secara individu.
Nas daripada khalifah Allah: Terdapat dua jenis:
Nas langsung (mubashir): Ia adalah merupakan nas oleh khalifah Allah kepada wasinya (pengganti) secara langsung, seperti nas Rasulullah (sawas) kepada Ali (as). Berbanding buat Imam Mahdi (as), beliau diangkat ke langit dan ghaib, oleh itu, cara komunikasinya dengan orang-orang yang beriman kepadanya adalah dengan kasyaf dan visi (ru’ya) dan bertemu dengannya. Telah bersaksikan bilangan yang ramai sehingga tidak memungkinkan mereka berpakat mengadakan kebohongan bahawa Ahmad Al Hassan adalah anaknya, wasinya dan dari keturunan Muhammad (as).
Nas tidak langsung (ghayru mubashir): Ia adalah nas khalifah Allah kepada wasinya secara tidak langsung, seperti nas daripada Rasulullah (sawas) kepada Ali bin Musa al-Ridha (as). Nas sebegini yang menjadi nas penamaan individu, mestilah ada jaminan Ilahi bahawa ia dilindungi daripada dituntut oleh pengklaim palsu. Oleh itu, sesiapa yang mengklaimnya adalah pemiliknya yang sah. Contoh terbaik adalah Wasiat Rasulullah Muhammad (sawas), yang Allah sifatkan melalui lisan NabiNya Muhammad (sawas) bahawa ia adalah sebuah kitab yang terpelihara daripada kesesatan bagi sesiapa yang berpegang dengannya. Saya telah memperincikan cara-cara berhujah dengannya dan ia adalah nas yang menamakan individu yang menuntutnya adalah khalifah Allah dalam kebanyakan jawapan saya. Saya juga telah menjelaskan bagaimana hanya tuntutanku semata-mata yang berdasarkan wasiat menamakanku sebagai salah seorang dari khalifah-khalifah Allah, kerana Allah telah menyifatkan ia satu-satunya yang dapat memelihara mereka yang berpegang dengannya dari kesesatan.
Oleh itu, Maha Suci Dia yang Maha Mengetahui, Maha Berkemampuan, Maha Jujur, lagi Maha Bijaksana secara mutlak semestinya melindungi teks/nas yang Dia sifatkannya sebagai memelihara daripada kesesatan bagi sesiapa yang berpegang dengannya. Dia swt mesti melindunginya daripada dituntut oleh pengklaim-pengklaim palsu sehingga pemiliknya yang sah menuntutnya dan memenuhi matlamatnya. Jika tidak, Dia adalah jahil, atau tidak mampu, atau pembohong, atau menipu daya dan membuat kesamaran bagi orang-orang yang berpegang dengan firman-Nya untuk mengikut kebatilan. Adalah mustahil bagi Allah swt untuk menjadi jahil atau tidak berupaya kerana Dia adalah Maha Mengetahui dan Maha Berkemampuan secara mutlak, serta mustahil terbit kebohongan dari yang Maha Benar Subhanahu wa Taala, kerana Dia Maha Jujur lagi Maha Bijaksana dan tidak mungkin disifatkan Dia dengan kebohongan. Sedangkan Dia mampu mencenderungkan apa jua kepada perkataan-Nya dan mencabut agama.
Jawapan [disebutkan di atas] telah disusun oleh Sheikh Alaa al-Salim, semoga Allah melindungi dia, dalam buku “Wasiat Suci”. Saya juga telah meminta para faqih untuk melangkah ke hadapan berdebat dengan saya dan membalas apa yang telah saya katakan, tetapi mereka tidak mampu berbuat demikian dan telah terbukti kebenaran kami. Segala pujian hanya bagi Allah.
Tanda-tanda (ayaat) dan mukjizat telah berlaku selama berlangsungnya seruan dakwah ini, seperti binasanya pemidato Ali al-Shukri selepas dia menghina dan bertindak melampaui batas ke atas Ahmad al-Hasan. Allah menyaksikan kata-katanya dan perbuatannya di atas mimbar di hadapan beribu-ribu orang, maka Allah mengkehendaki supaya tidak menangguhkan dia dan membinasakan dia dalam tempoh hanya beberapa hari, dan menjadikannya tanda seluruh alam. Barangsiapa yang tidak mengambil pelajaran daripadanya, maka tidak berguna lagi untuk didatangkan dengan mukjizat lainnya pula. Apakah perbezaan antara kebinasaan penzalim ini dan kebinasaan seseorang yang meminta azab dan mencabar Rasulullah (sawas)? Dan apakah perbezaan antara kebinasaan penzalim ini dan kebinasaan mereka yang menghina Hussain (as) dan mencabar beliau mengatakan bahawa nasibnya adalah api neraka pada hari Asyura? Maka Allah mengkehendaki untuk tidak menangguhkan dia dan menjadikannya tanda. Akibatnya dia telah jatuh ke dalam api dan terbakar.
Saya percaya bahawa kesemuanya adalah tanda-tanda yang menerangkan bahawa Allah membela Awliya-nya, untuk menyatakan melalui tanda-tanda itu bahawa mereka ini adalah Awliya-Ku, dan Aku Allah Yang Maha Esa, Satu-Satunya bersaksikan buat mereka. Segala pujian bagi Allah, Sheikh Ali al-Shukri yang diratapi kematiannya oleh marajik anda telah menuntut kesaksian Allah dan Allah bersaksikan di atas mimbar serta tidak pernah memberikannya penangguhan. Allah telah bersaksikan buatku dengan tanda mukjizat yang jelas, walaupun dibenci oleh orang-orang munafik. Perkara yang sama juga berlaku kepada datukku Rasulullah dan datukku Hussain (selawat Allah ke atas mereka). Cukuplah bagiku Allah sebagai saksi antara saya dan kamu semua bahawa Tanda ini telah didokumenkan dan divideokan supaya anda boleh merujuk kepadanya.
Bagaimana jika seorang munafik berkata, "Mengapa Allah tidak membinasakan sesiapa jua yang menghina anda dan menghalangi anda?"
Saya katakan, kerana kebijaksanaan di sebalik mukjizat membuktikan hubungan saya dengan Allah dan yang telah dibenarkan dengan kebinasaan seseorang. Sesungguhnya Allah tidak membinasakan semua orang yang menentang Hussain as di Karbala pada hari Asyura. Sebaliknya, Dia membinasakan orang-orang yang telah dibinasakan untuk menjadi tanda. Selain itu, Allah tidak membinasakan al-Shimir atau Harmala, walau apa yang telah mereka lakukan mempunyai kesan yang lebih besar kepada Hussain (Selawat Allah ke atasnya) berbanding kesan orang yang menghina dan menuduh beliau (as) adalah dari ahli neraka.
Adapun permintaan anda supaya mendatangkan tanda khusus untuk anda, semoga Allah memberi taufik pada anda, meluruskan jejak langkah anda dan menghiasi anda dengan kebijaksanaan akal, ketahuilah bahawa khalifah Allah bukanlah badut atau penghibur sarkas dan mereka bukanlah akrobat yang berkeliaran di sekitar orang ramai di jalan-jalanraya dan lorong untuk memperlihatkan gerak geri dan tindakan mereka buat mempesonakan orang ramai. Bahkan tujuan yang terkandung di dalam mukjizat adalah sebagai satu tanda daripada Allah bagi membuktikan bahawa orang yang memperlakukannya adalah salah seorang wali dari Awliya Allah. Bahawa Allah mempertahankan beliau dan menyokong beliau. Perkara ini telah pun dipenuhi dalam seruan kebenaran ini dalam banyak keadaan, seperti apa yang berlaku kepada Sheikh Ali al-Shukri, yang merupakan seorang tokoh terkenal di Hawza Najaf dan Qum, apabila beberapa fuqaha mengkhabarkan tentang kematiannya ketikamana Allah membinasakannya.
Semoga Allah memberi taufiknya kepada anda dan meluruskan jejak langkah anda. Sila perhatikan bahawa Allah menegaskan di dalam al-Quran bahawa Dia mahukan keimanan kepada perkara yang ghaib. Itulah sebabnya walaupun apabila Dia menghadirkan mukjizat, Dia tetap meninggalkan ruang dalam diri manusia untuk mempercayai perkara yang ghaib, dan tidak menjadikannya mukjizat suatu keterpaksaan yang tidak meninggalkan ruang untuk beriman kepada perkara ghaib. Walaupun Dia berbuat sedemikian, Dia sesekali tidak akan menerima keimanan mereka yang beriman kerananya. Kisah Firaun dalam al-Quran adalah amat diketahui dan tidak ada sebab bagi Allah untuk menolak keimanan Firaun, selain daripada fakta bahawa tanda keterpaksaan dan tiada ruang yang tinggal untuk perkara ghaib. Perkara ini telah saya jelaskan secara terperinci dalam Tafsiran Ayat dari Surah Yunus, silalah merujuk kepadanya.
Jika Allah mahu manusia beriman kerana mukjizat individu secara paksa, yang tidak meninggalkan ruang untuk beriman dengan perkara ghaib, sudah tentu Dia akan membuatkan RasulNya Muhammad (sawas) menghantar utusan-utusan kepada pemerintah-pemerintah pada zamannya beserta dengan mukjizat-mukjizat individu. Misalnya, setiap utusan akan berdiri di hadapan pemerintah dan menukarkan kudanya menjadi emas atau besi. Lantas utusan tersebut meminta pemerintah untuk menjaga mukjizat ini bersamanya. Jika dia dapat melakukan ini, maka mereka akan beriman dengannya beserta seluruh rakyat di Iran atau Eropah secara beramai-ramai dan pasti urusan ini akan terhenti setakat itu sahaja. Atau sekurang-kurangnya, dia akan menghantar surat kepada mereka dalam bahasa mereka sendiri dan bukan dalam bahasa Arab, atau Allah turunkan Al-Quran dalam semua bahasa global, atau sekurang-kurangnya seratus bahasa. Bukankah ini lebih wajar sebagai bukti atau hujjah ke atas manusia? Jika Allah berbuat demikian, maka ia akan menjadi satu tanda jelas mukjizat buat Muhammad (sawas) dan menunjukkan bahawa beliau berhubung terus dengan Allah. Atau sekurang-kurangnya, dia akan menterjemahkan al-Quran ke dalam semua bahasa dan bukannya membiarkan ia tertakluk kepada usaha-usaha peribadi, sehingga terdapat berbagai-bagai terjemahan Quran berbahasa Inggeris yang berbeza-beza dan saling bercanggah terjemahannya.
Sebaliknya, sebahagian pendusta ini memberitahu anda di atas mimbar bahawa Muhammad dan para Imam bercakap semua bahasa. Jadi mengapa tidak Rasulullah dan Imam (alaihimusalam) menterjemahkan Quran? Adakah Muhammad dan Imam bakhil sebagai contoh, (semoga dijauhkan Allah)?! Atau terjemahan Quran bukan keperluan yang sangat mendesak dan suatu perbuatan yang menentang kebijaksanaan? Atau hampir 250 tahun tidak cukup buat Rasulullah dan para Imam untuk menterjemahkannya?! Atau kefasihan seseorang dalam ratusan bahasa bukanlah satu mukjizat yang jelas dan hujah sempurna yang tertegak sepanjang masa?
Saya memberi jaminan kepada anda bahawa ramai ateis yang benar-benar jujur dalam kenyataan mereka apabila mereka berkata; "Jika Tuhan wujud, maka mengapakah Dia tidak mewujudkan satu mukjizat kecil kepada kami, bagi membuktikan kewujudan-Nya agar kami mempercayai-Nya?" Saya di sini, bagi pihak Profesor Richard Dawkins mengemukakan permintaan mukjizatnya kepada anda, seperti katanya, "Mengapa Allah tidak menjadikan tangan orang beragama yang kudung tumbuh semula seperti baharu, sepertimana amfibia apabila beberapa bahagian badan mereka terputus, agar kami boleh mempercayai kewujudan-Nya? Bolehkah anda menjelaskan kepadanya “mengapa Allah tidak bertindak balas kepada permintaan beliau”, memandangkan anda adalah seorang yang beriman kepada kewujudan Allah? Permintaan beliau ini ditujukan kepada semua orang-orang yang beriman terutama mereka yang beriman dengan mukjizat percuma yang dilemparkan kiri dan kanan hanya supaya manusia dapat beriman, walaupun ianya adalah keimanan yang kosong daripada mana-mana ukuran kepada perkara ghaib.
Mereka yang mengatakan bahawa Ahmad al-Hasan mesti mendatangkan kepada mereka mukjizat seperti yang diminta, jika tidak, beliau bukanlah orang yang benar. Maka, mereka bertanggungjawab untuk mendatangkan kepada Profesor Dawkins mukjizat dari Tuhan yang mereka percayai, dan saya berkeyakinan bahawa Tuhan lebih berkemampuan daripada hamba. Jika mereka tidak membawakan mukjizat kepadanya menurut peraturan mereka, maka Dawkins adalah 100% benar dan ateisme adalah betul berdasarkan peraturan mereka sendiri, yang diakui oleh mereka sendiri. Adakah mereka menerima keputusan ini? atau peraturan Syaitan mereka ini hanya terpakai apabila berhadapan dengan Ahmad Al Hasan sahaja?
Ahmad Al Hassan
Selasa, 12 Mac 2013, 01.55 am.
assalamualaikum Warrohmatullah...jika bolih ingin sy bertanya dimana sekarang Ahmad Al Hassan?
BalasPadam