Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi
Maha Penyayang.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Suruhanjaya Telekomunikasi dan Media yang
terdapat di Iraq dikuasai oleh kelompok penyembah Marajik. Sejak sekian lama
para Ansar Imam Mahdi telah mengemukakan permohonan bagi mendapatkan kelulusan
rasmi untuk melancarkan saluran radio di Iraq. Mereka memberitahu saya bahawa
mereka telah membeli peralatan dan memasang sebuah menara penyiaran. Walau
bagaimanapun, suruhanjaya ini enggan memberikan kelulusan bagi melancarkan
saluran radio tersebut disebabkan para ulama mereka berasa lemah untuk
mematikan bukti-bukti dakwah Mahdawiyah yang diberkati dan mereka tidak mampu
menyangkalnya secara ilmiah .
Oleh itu, mereka bergantung kepada
saluran-saluran marajik mereka yang sedia ada untuk merakamkan kemenangan
mereka dengan menyiarkan pembohongan-pembohongan dan pemalsuan-pemalsuan
terhadap dakwah Mahdawiyah yang penuh barakah ini, di samping menipu
orang-orang miskin lagi tertindas serta jahil. Tanpa membenarkan sebarang
bentuk kenyataan balas atau penjelasan daripada pihak yang disiarkan
pembohongan ke atas mereka, kerana mereka takut dan gentar dengan mana-mana
radio, saluran televisyen atau saluran media yang menyiarkan bukti-bukti dakwah
yang diberkati, yang dapat membuka pintu perbincangan dan perbahasan untuk
menjelaskan kebenaran daripada kepalsuan.
Sudah tentu, saluran radio atau televisyen
seperti ini akan menunjukkan kejahilan orang-orang yang berhadapan dengan
seruan dakwah ini dan kekosongan ideologi mereka. Melainkan, jika mereka
mempunyai keupayaan untuk berhadapan dan berhujah berdasarkan dalil dengan
dalil dan hujah dengan hujah, nescaya mereka tidak akan menghalang Ansar Imam
Mahdi daripada melancarkan saluran radio atau televisyen sendiri.
Saya katakan ini supaya sejarah merekodkan
penindasan oleh kerajaan marajik di Iraq terhadap akidah kebenaran yang kami
bawakan dan agar mereka tahu bahawa ulama mereka tidak mampu berhadapan dengan
dakwah ini secara ilmiah. Kami meletakkan tanggungjawab penindasan intelektual
ini sepenuhnya ke atas Perdana Menteri Nuri al-Maliki, melainkan jika beliau
menolak penindasan intelektual tersebut dan melaksanakan kewajipan bertindak
mengikut batas undang-undang yang termaktub dalam perlembagaan mereka.
Ahmad Al Hassan
19 Ogos 2013 bersamaan 11 Syawal 1434 Hijriah.
Diterjemah dari like page Imam Ahmad Al Hassan a.s: https://www.facebook.com/Ahmed.Alhasan.10313?hc_location=timeline
Tiada ulasan:
Catat Ulasan