Segala pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Yang mengerakkan bahtera, Yang menundukkan
angin, Yang membelah waktu subuh,
Yang mengatur agama, Tuhan sekalian alam. Segala puji bagi Allah, yang
ketakutan kepadanya menggemuruhkan langit dan penghuninya, yang menggegarkan
bumi dan memakmurkannya, yang menggelombangkan ombak lautan dan segala yang
berenang di dalamnya.
Ya Allah,
sejahterakanlah Muhammad dan keluarga Muhammad, bahtera yang bergerak
mengharungi lautan dalam, keselamatanlah buat mereka yang menaikinya dan
tenggelamlah buat mereka yang meninggalkannya, mendahului mereka adalah orang
yang keluar dari agama dan terkemudian daripada mereka adalah orang yang
binasa, dan melazimi mereka adalah orang yang mengikut.
"Ini ialah
satu "surah" yang Kami turunkan dan Kami wajibkan hukum-hukumnya,
serta Kami turunkan padanya ayat-ayat keterangan yang nyata supaya kamu
beringat." (Surah An Noor: 1)
Saya telah
meminta kepada mereka yang memimpin kelompok Syiah untuk tampil ke hadapan agar
meminta mukjizat berdasarkan lafaz yang saya nyatakan di dalam suratkhabar yang
dikeluarkan oleh ansar Imam Mahdi a.s. Namun tiada seorang pun dari kalangan
meminta yang tampil meminta sesuatu (mukjizat), disebabkan ini bapa saya Imam
Mahdi Muhammad bin Al Hasan al-Askari (as) telah mengarahkan saya untuk
menjelaskan sesuatu daripadanya tentang kedudukanku, iaitu sesungguhnya saya
adalah wasinya dan yang pertama memerintah dari kalangan anak keturunannya, dan
saya adalah taman daripada taman-taman syurgawi yang dikhabarkan oleh
Rasulullah (s.a.w.a.s).
Mukjizat
pertama yang dizahirkan kepada umat Islam dan semua manusia adalah bahawasanya
saya mengetahui kedudukan makam Fatimah (as), darah daging Muhammad s.a.w.a.s.
Umat Islam keseluruhannya sebulat suara mengatakan bahawa makam Fatimah (as) hilang dan tiada siapa tahu kedudukan makamnya melainkan Imam Mahdi (as). Beliau
memberitahu saya bahawa kedudukan makam Fatimah ibu saya Fatimah (as) adalah
bersebelahan makam Imam Hassan (as) dan berada disampingnya, seolah-olah Imam
Hassan Mujtaba (as) dikebumikan di pangkuan Fatimah (as). Saya bersedia untuk
bersumpah atas apa yang saya katakan demi Allah, Rasul-Nya Muhammad (s.a.w.a.s) dan Ali (as) yang telah mengebumikan Fatimah (as) adalah sebagai saksi. Segala
puji semata-mata bagi Allah...
Setiap
orang yang mendakwa berhubung dengan Imam Mahdi (as) dalam perkara besar atau
kecil tanpa merujuk kepada saya adalah pendusta besar ke atas Allah dan
Rasul-Nya. Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan Allah swt. Segala pujian
semata-mata bagi Allah...
"Dan
sesungguhnya mereka hampir-hampir berjaya mengganggumu daripada tinggal aman di
bumi dengan tujuan mereka dapat mengusirmu dari negeri itu; dan jika berlaku
demikian, maka mereka tidak akan tinggal di situ sesudahmu melainkan sedikit
masa sahaja. (Demikianlah) peraturan (Kami yang tetap mengenai) orang-orang
yang telah Kami utuskan sebelummu dari Rasul-rasul Kami dan engkau tidak akan dapati
sebarang perubahan bagi peraturan Kami yang tetap itu." (Surah Al Isra 76-77)
Nota: -
kepada setiap orang Islam yang membaca warkah ini, hendaklah membuat dua belas
salinan dan mengedarkannya. Buat yang berkebolehan menterjemahkannya, hendaklah
menterjemahkannya ke dalam bahasa yang mampu diterjemahkannya.
Tinggalan
Keluarga Muhammad (as), tonggak kukuh Ahmad Al Hassan,wasi dan utusan Imam Mahdi (as) kepada seluruh umat manusia.Dibantu oleh Jibrail, diluruskan oleh Mikail
dan dimenangkan oleh Israfil.Satu keturunan (zuriat) yang setengahnya berasal
dari setengahnya yang lain.
Ahmad Al
Hassan
1 Syawal
1424 Hijri.
Diterjemah dari artikel: http://almahdyoon.org/bayanat-sayed/376-zahra
Tiada ulasan:
Catat Ulasan