Ahad, 4 November 2012

APAKAH MENGKRITIK ULAMA GHAYRU AMILIN BERSANDARKAN NAS PERBUATAN TERCELA?

SOALAN: Imam as sadeq bersabda Ia tidak di cela jika ia muncul dr segi sifat fizikalnya serta akhlaknya dan ia tdk akan di cela pedusta tdk di hormati seperti contoh para imamah.


Dijauhkan Imam Ahmad Al Hassan daripada akhlak yang tercela, dia adalah dari keturunan Aimmah yang suci (a.s) dan akhlaknya diambil daripada akhlak mereka (a.s). Dialah yang mengajar dan mengenalkan kami akhlak Rasul Muhammad (sawas) dan akhlak ithrahnya yang suci (a.s), setelah sebelumnya kami tidak mengetahui tentangnya melainkan terlalu sedikit. 

Sudah menjadi tabiat kalian menganggap asing kritikan Imam Ahmad Al Hassan terhadap ulama-ulama ghayru amilin (tidak beramal) , kerana sudah menjadi kebiasaan kalian untuk bersangka baik dan tidak memperdulikan kesilapan-kesilapan ulamak dan pembohongan mereka, bahkan membantu dan mengikut kesalahan-kesalahan mereka, seterusnya kalian telah membiasakan penyembahan dan ketaatan membuta-tuli kepada mereka. Sepertimana yang telah dilakukan sebelum kalian dari kalangan Bani Israil, apabila mereka berpakat dengan ulama-ulama mereka dalam menentang Nabi-Nabi Allah, malahan para Aimmah (a.s) telah menerangkan hal ehwal kalian dan mencela kalian dengan seburuk-buruk celaan:

Diriwayatkan daripada Imam Baqir (a.s), sesungguhnya (a.s) telah berkata: “Akan berlaku di akhir zaman orang-orang yang mengikut mereka adalah orang-orang yang suka menunjuk-nunjuk, yang elok bacaannya dan menyongsang ilmunya, pembid’ah yang jahat perangai, tidak mewajibkan amar makruf dan mencegah kemungkaran, melainkan apabila dapat menyelamatkan mereka daripada bahaya, dan mereka meminta kemudahan dan alasan untuk diri mereka, dan mereka mengikuti kesalahan-kesalahan ulama dan kefasadan ilmu mereka.” [Tahzib Al Ahkam, jilid 6, ms 180] 

Daripada Imam Sadiq (a.s), daripada Amirul Mukminin (a.s), daripada Rasul (sawas), sesungguhnya baginda telah bersabda: “Akan datang ke atas manusia satu zaman yang tidak tinggal daripada Quran melainkan tulisannya, dan daripada Islam melainkan namanya, mereka menamakan dengannya tetapi mereka adalah sejauh-jauh manusia daripadanya, masjid-masjid mereka meriah tetapi kosong daripada hidayah, fuqaha di zaman itu adalah sejahat-jahat fuqaha di bawah lindungan langit, daripada mereka keluarnya fitnah dan kepada mereka fitnah itu dikembalikan.” [Raudhat Al Kafi, ms 479]

Pada pandangan kalian Imam Ahmad Al Hassan tidak akan mempunyai akhlak yang baik melainkan apabila dia mengikuti ulama-ulama dan kesalahan-kesalahan mereka, dan menganggap mereka sebagai maksum sepertimana Aimmah (a.s) yang tidak mungkin terbit kesalahan dari diri mereka!!! Tidak mungkin dikatakan kepada mereka bahawa pandangan mereka telah dikaburkan. 

Kalian lihatlah sendiri penyelewengan-penyelewengan keji dan pertentangan ini yang sama sekali tidak boleh dimaafkan oleh sirah Ahlulbayt (a.s). Bukankah lebih baik bagi kami untuk merujuk kepada Ahlulbayt (a.s) supaya mengajarkan kami, siapakah sepatutnya ditaati dan apakah sifat orang yang patut ditaati? supaya jangan sampai kami merampas kedudukan orang-orang yang maksum dan memakaikannya kepada selain mereka. Telah diriwayatkan daripada Ahlulbayt (a.s) bahawa tiada ketaatan selain kepada orang yang maksum. 

Sepertimana yang diriwayatkan daripada Amirul Mukminin (a.s) ketika dia berkata: “Adapun ketaatan itu kepada Allah dan RasulNYA (sawas) dan pemegang urusan (wulat Al Amr), dan adapun Allah memerintah supaya mentaati Rasul (sawas) kerana kemaksumannya yang menyucikan dan tidak menyuruh kepada maksiat, dan adapan diperintahkan untuk taat kepada pemegang urusan kerana mereka adalah maksum yang menyucikan serta tidak menyuruh kepada kemaksiatan.” [Wasail Al Shiah, jilid 72, ms 130]

Daripada Jaafar bin Muhammad (a.s) : “...Allah Taala tidak memfardhukan ke atas hamba-hambanya untuk mentaati orang yang Dia tahu akan menurut hawa nafsu dan menyesatkan mereka, dan tidak memilih untuk mengutuskannya, dan tidak mengutamakan dari kalangan hamba-hambanya orang yang akan kufur dengannya dan menyembah Syaitan selainNYA, dan tidak menjadikan kewajipan ke atas hamba-hambanya melainkan yang maksum.” [Al Khishal, ms164]

Setelah dikemukakan semua ini, apakah kalian merasa puas untuk mentertawakan akal-akal manusia lemah yang merelakan diri mereka mentaati ulama-ulama sepertimana mentaati Aimmah yang maksum (a.s). Kalian telah menjauhkan mereka daripada membantu utusan Imam Mahdi (a.s) dan kalian menundukkan mereka supaya mengikut kehendak Amerika dan teori demokrasinya. Kalian menggantikan kedudukan perlembagaan Ilahi dengan perlembagaan ciptaan manusia. Apakah kalian tidak menyangka bahawa kalian akan berdiri di hadapan Allah Taala besok dan akan ditanyakan berkenaan hal tersebut, dan akan dihisab dengan perhitungan yang sangat sukar, dan di sisiNYA nanti kalian akan berkata sepertimana yang diceritakan kepada kalian oleh Allah Taala di dalam Quran: 

“(Iaitu) ketika ketua-ketua yang menjadi ikutan itu berlepas diri dari orang-orang yang mengikutnya, sedang kedua-dua pihak melihat betapa ngerinya azab seksa itu dan (ketika) terputusnya segala hubungan di antara mereka. Dan (pada masa yang mengecewakan itu) berkatalah orang-orang yang menjadi pengikut: Alangkah eloknya kalau kami dikembalikan semula ke dunia, maka (dengan itu dapat) kami berlepas diri daripada mereka sebagaimana mereka berlepas diri daripada kami (pada saat ini)! Demikianlah Allah perlihatkan kepada mereka amal-amal mereka (dengan rupa yang mendatangkan) penyesalan yang amat sangat kepada mereka dan mereka pula tidak akan dapat keluar dari Neraka.” (Al Baqarah: 166-167) 

Pengikut-pengikut ulama jahat juga akan berkata sepertimana Allah Taala telah ceritakan berkenaan mereka: Pada masa muka mereka dibalik-balikkan dalam Neraka, mereka berkata (dengan sesalnya): Alangkah baiknya kalau kami dahulu (semasa di dunia) taat kepada Allah serta taat kepada Rasul Allah. Dan mereka berkata lagi: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mematuhi kehendak ketua-ketua dan orang-orang besar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan yang benar. Wahai Tuhan kami, berilah mereka azab sengsara dua kali ganda dan laknatkanlah mereka dengan laknat yang sebesar-besarnya! (Al Ahzab: 66-68) 

Oleh itu adalah menjadi hak Imam Ahmad Al Hassan untuk berucap kepada orang-orang yang mengingkari haknya dan mendustakannya tanpa sebarang dalil dan menentangnya sebagai musuh sehingga sampai kepada ingin membunuhnya (semoga Allah memeliharanya dari segala kejahatan). Imam Ahmad Al Hassan tidak pernah melampaui lafaz ucapan Ilahi terhadap ulama jahat yang bertindak menentang Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul (a.s), Allah Taala berfirman: Perumpamaan orang-orang yang dipikulkan kepadanya Taurat kemudian mereka tiada memikulnya adalah seperti keldai yang membawa kitab-kitab yang tebal. Amatlah buruknya perumpamaan kaum yang mendustakan ayat-ayat Allah itu. Dan Allah tiada memberi petunjuk kepada kaum yang zalim. (Al Jumuah: 5)

Allah Taala telah berfirman berkaitan seorang alim Bani Israil yang bernama Bal’am bin Ba’ura: “Dan bacakanlah kepada mereka berita orang yang telah Kami berikan kepadanya ayat-ayat Kami, kemudian dia melepaskan diri daripada ayat-ayat itu lalu dia diikuti oleh syaitan, maka jadilah dia termasuk orang-orang yang sesat. Dan kalau Kami menghendaki, sesungguhnya Kami tinggikan [derajat]nya dengan ayat-ayat itu, tetapi dia cenderung kepada dunia dan menurutkan hawa nafsunya yang rendah, maka perumpamaannya seperti anjing jika kamu menghalaunya diulurkannya lidahnya dan jika kamu membiarkannya dia mengulurkan lidahnya [juga]. Demikian itulah perumpamaan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah [kepada mereka] kisah-kisah itu agar mereka berfikir. Amat buruklah perumpamaan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami dan kepada diri mereka sendirilah mereka berbuat zalim.” (Al A’raf: 175-177) 

Lihatlah bagaimana tingginya tahap Bal’am bin Ba’ura sehinggakan Allah telah mensifatkan bahawa dia telah dikurniakan ayat-ayatNYA. walaupun begitu, dia tidak membebaskan dirinya daripada bertindak bersama Firaun dalam menentang Nabi Allah Musa (a.s), maka jadilah dia seperti seperti anjing dan seburuk-buruk perumpamaan bagi orang-orang kafir.

Kami akan menyebutkan di sini sebahagian kata-kata Aimmah (a.s) dan sahabat-sahabat mereka tentang hakikat sebenar ulama-ulama ghayru amilin dan musuh-musuh kebenaran dan kejujuran. Kebanyakan belum pernah lagi diucapkannya oleh Imam Ahmad Al Hassan sehingga sekarang terhadap ulama-ulama yang memeranginya dan menuduhnya dengan pelbagai tuduhan yang jelik: 

Daripada Amirul Mukminin (a.s) dalam mencela penduduk Basrah: “Kalian adalah tentera wanita dan pengikut binatang. Jawapan kamu seperti buih, bila digigit kamu lari, akhlak kamu seperti tepung, dan janji kamu mudah pecah, agama kamu adalah nifaq...” [Nahjul Balaghah, jilid 1, ms 44]

Daripada kata-kata Amirul Mukminin kepada Al Ash’ath bin Qays ketika (a.s) sedang berkhutbah di atas mimbar Kufah, maka berlalu sebahagian ucapannya berkenaan sesuatu yang dibangkang oleh Al Ash’ath, lantas berkata: “Wahai Amirul Mukminin ini adalah kewajipan kamu dan bukan milik kamu. Maka (a.s) merendahkan pandangannya kepada Al Ash’ath, lalu berkata: Kamu tidak tahu apa yang diwajibkan ke atasku dan apa yang jadi hak milikku, laknat Allah ke atas kamu dan laknat di kalangan orang-orang dilaknat, pengait anak kepada pengait, munafik anak kepada kafir.” [Nahjul Balaghah, jilid 1, ms 56]

Daripada kata-kata (a.s) juga ketika berlakunya pertengkaran mulut dia antara (a.s) dan Usman, maka berkata Al Mughirah bin Al Akhnas kepada Usman:” Aku berasa cukuplah kamu dengannya.” Maka Imam Ali (a.s) berkata kepada Mughirah: “Wahai anak si laknat yang tidak mempunyai keturunan, dan pokok yang tidak mempunyai akar mahu pun cabang...” [Nahjul Balaghah, jilid 2, ms 18] 

Daripada Aban bin Taghlab telah berkata: Aku telah bersama Abi Jaafar (a.s) di satu sudut masjid Al Haram dan ketikan sekumpulan orang sedang melaungkan Talbiah di sekeliling Kaabah, lalu (a.s) berkata: “Adakah kamu melihat mereka yang melaungkan Talbiah? Demi Allah suara-suara mereka adalah lebih dibenci oleh Allah daripada suara-suara keldai.” [Wasail Al Syiah, jilid 9, ms 57]

Telah berkata Amirul Mukminin (a.s) kepada Muawiyah (l.a): “Wahai Muawiyah, sesungguhnya Rasulullah (sawas) telah mengkhabarkan kepadaku bahawa umatnya akan mewarnakan janggutku dengan darah di kepalaku, dan aku adalah orang-orang yang Syahid, dan umat selepasku akan menuruti, bahawa kamu akan membunuh anakku Al Hassan membelot janji dengan racun, dan anakmu Yazid yang Allah melaknatinya akan membunuh anakku Al Hussain, yang memerintah selepasnya itu daripada anak perempuan zina.” {Kitab Sulaym bin Qays, ms 309]

Sekiranya kalian berkata bahawa kata-kata ini sebagai tidak berakhlak, maka kalian telah ingkar kepada kemaksuman Aimmah yang suci daripada perbuatan buruk dan keji. Sekiranya kalian berkata bahawa perkataan-perkataan ini berakhlak, maka kami katakan kepada kalian: Maka tidak mungkin bagi kalian untuk terasa hati dengan Imam Ahmad Al Hassan, apabila dia mengatakan para ulama ghayru amilin seumpamanya atau lebih rendah dari itu. Dan jangan pula kalian berkata bahawa mereka itu adalah musuh-musuh Aimmah dan ucapan sedemikian memang berhak bagi mereka. Sesungguhnya Imam Ahmad Al Hassan juga adalah daripada washi-washi Rasul (sawas) yang dinashkan ke atas mereka dengan wasiat. Dia juga adalah Al Yamani dijanjikan yang telah dikhabarkan oleh Aimmah (a.s) bahawa berpaling daripadanya adalah daripada ahli neraka. Barangsiapa yang mendustakannya atau memeranginya, maka dia telah mendustakan dan memerangi Imam Mahdi (a.s). Maka dia akan dilaknat oleh lidah-lidah generasi akan datang, sepertimana yang telah terjadi kepada orang-orang sebelumnya dari kalangan pendusta dan mereka yang sangsi dan ragu-ragu. Dan mereka yang berbuat zalim kepada keluarga Muhammad akan mengetahui di mana tempat mereka akan dikembalikan dan balasan baik itu adalah buat orang-orang yang bertakwa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan