Ahad, 4 November 2012

BAGAIMANA MENGENAL WASHI SEBENAR?

SOALAN: maksud perlantikan Qatie merujuk kpd imam yg hidup melantik pengantinya sebelum wafatnya.. di saksi oleh pengikut dan keluarganya spt peristiwa Ghadir. Wasiat dr Rasullulah itu di realisasikan secara qatie oleh para imam kpd washinya, inilah yg di maksud kan wasiat yg di zahirkan yakni di tunjukan oleh imam imam yg hidup kpd wasyi. Sheikh Toosi dlm kitab al Ghaybah dan Sheikh Mufid berkata mengenal imam secara nas sbg contoh perlantikan di Ghadir, imam imam seterusnya ia di laksanakan juga walaupun tdk seramai di Gadhir.


Sesungguhnya kefahaman kalian dalam hal ini adalah amat jauh tersasar dan jelas sekali tidak merujuk kepada ayat-ayat Quran dan hadis2 Rasulullah (sawas) dan para Aimmah (a.s) dalam menilai kedudukan sebenar perkara ini. Adapun dakwaan bahawa Imam Mahdi (a.s) mesti muncul sendiri dan kemudian mengnaskan di hadapan khalayak ramai, maka ini sesuatu yang membatalkan ketetapan Quran dan hadis2:

1) Rasulullah (sawas) berhujjah ke atas Yahudi dan Nasrani dengan wasiat Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul terdahulu tentangnya, dan kita sedia maklum bahawa kaum Yahudi dan Nasrani yang hidup di zaman Rasulullah (sawas) tidak pernah mendengar atau melihat sendiri Musa (a.s) atau Isa (a.s) ketika mereka mengnaskan wasiat ke atas Rasulullah (sawas) lengkap dengan nama dan sifatnya.


2) Imam Mahdi juga akan berhujah dengan wasiat Rasulullah (sawas) dan juga wasiat-wasiat Aimmah (a.s) berkenaannya, apakah kita yang hidup di zaman ini telah menghadirkan diri ketika Rasulullah (sawas) dan para Aimmah (a.s) berwasiat berkenaan Imam Mahdi (a.s)? Bagaimana kalian sanggup berhujah Imam Al Mahdi (a.s) dengan dalil yang meragukan dan tidak shahih ini?!!!


3) Kita sedia maklum juga bahawa kita tidak pernah menghadirkan diri di masa kelahiran Imam Mahdi (a.s) hingga kita benar-benar pasti bahawa dia adalah anak kepada Imam Al Hassan Al Askari (a.s), kita juga tidak pernah mendengar secara terus daripada Imam Al Hassan Al Askari (a.s) bahawa dia telah mengnaskan wasiat ke atas Imam Mahdi (a.s). Oleh itu, apabila bangkit Imam Mahdi (a.s), bagaimana kita hendak mengetahui bahawa dia adalah dirinya yang sebenar iaitu anak kepada Al Hassan Al Askari (a.s) yang telah dinaskan ke atasnya oleh Rasulullah (sawas) dan para Aimmah (a.s)?!!! 


Oleh itu kaedah yang sama juga terpakai kepada Imam Ahmad Al Hassan Al Yamani (a.s), dia telah dinaskan di dalam wasiat Rasulullah (sawas), maka apakah perlu penyaksian kalian atau selain kalian untuk membenarkan nas wasiat tersebut. Apakah kalian lupa atau melupakan ayat-ayat Quran dan hadis-hadis yang membicarakan bagaimana untuk mengenali pemilik sebenar wasiat, di sini beberapa nas hadis untuk renungan kalian: 

Firman Allah swt: “Iaitu orang-orang yang mengikut Rasul, Nabi yang ummi yang [namanya] mereka dapati tertulis di dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka.” (Quran 7:157)

Apabila mereka mendengar sesuatu tuntutan dan mendapati ianya disebutkan di dalam kitab-kitab mereka iaitu Taurat dan Injil. Maka mereka wajib mematuhinya kerana Allah swt telah melindungi tuntutan ini dan menjaganya hanya bagi pembuat tuntutan (pengklaim) yang sebenar. Demikianlah keadilan, kebijaksanaan dan penilaian Allah swt dipersaksikan ke atas makhluk ciptaanNYA supaya tidak ada lagi perbalahan mengenainya. Begitulah juga yang ditetapkan Allah swt agar peraturannya dikenali oleh manusia dan panahan Allah swt itu tidak pernah tersasar dari sasarannya.

Firman Allah swt: “Dan bukan kamu yang melempar ketika kamu melempar, tetapi Allah-lah yang melempar.” (Quran 8:17)

Nabi Muhammad (sawa) membuatkannya terang lagi nyata di dalam “tragedi hari khamis”, apabila baginda menyatakan: “Aku akan menuliskan sesuatu buat kamu yang tidak akan membuat kamu sesat”. Celakalah bagi sesiapa yang mengatakan bahawa apa yang Nabi Muhammad (sawas) katakan boleh menyimpang dari kebiasaan atau kata-katanya boleh diselewengkan atau kurang diyakini. Baginda (sawa) menegaskan bahawa apa yg bakal dituliskannya “tidak akan membuatkan kamu sesat” dan baginda (sawas) sentiasa di dalam penjagaan Allah swt, yang tidak akan sekali-kali membiarkan urusan Allah swt jatuh ke tangan bukan pengklaim yang sebenar. Wasiat yang dituntut ini (yang menyebutkan Ahmad di dalamnya) adalah seperti panahan Allah swt yang tidak pernah tersasar atau berada di tangan pengklaim palsu. Ia pasti mengenai sasarannya dan harus berada di tangan pengklaim yang hakiki, bilamana dia yang pertama menuntutnya. Maka dengan cara itulah Khalifah Allah dikenali.

Firman Allah swt: “Dan tiadalah yang diucapkannya itu menurut kemauan hawa nafsunya. (3) Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan [kepadanya].” (Quran 53:3-4)

Apabila wasiat Rasulullah (sawa) ini menyebutkan nama Ahmad, maka Ahmad lah yang bakal menjadi empunya wasiat dan urusan tersebut. Sekaligus Ahmad akan menggunakan wasiat ini untuk memelihara kedudukannya sebagai khalifah Allah. Tidak mungkin bagi seseorang memanjangkan tuntutan tersebut selama 13 tahun dan masih lagi hidup sepertimana yang disebutkan oleh Imam maksum a.s. Abu Abdillah a.s:”Urusan ini tidak seharusnya dituntut oleh sesiapapun melainkan empunyanya atau Allah swt akan memendekkan umurnya.” [Kafi v.1, ms 373]

Wasiat adalah perkara utama dalam mengenali pengklaim sebenar menurut Ahlulbayt a.s. Oleh itu, apabila para Aimmah berkata: sesungguhnya washi hanya akan dikenali dengan wasiat, maka ini bermakna bahawa wasiat itu menandakan satu perkara yang tidak diketahui semua orang atau sebahagiannnya. Oleh itu, sewajibnya tanda ini menunjukkan kepada pemiliknya sahaja, bahkan ianya tidak akan dituntut selain dari pemiliknya yang mutlak.

Abi Abdillah a.s berkata: “Empunya urusan ini akan hanya dikenali dengan tiga perkara yang tidak akan diberikan kepada sesiapapun melainkan empunyanya. Dia yang pertama sebelum sesiapapun (dengan 3 perkara ini) menuntut bahawa dia adalah khalifahNYA, memiliki senjata Rasulullah (ilmu Rasulullah) dan wasiatnya yang aku tidak pernah memisahkan diriku daripadanya.” [Bashaer Al Darajat ms 202] 

AlHarth Ibn Al Mugheera telah bertanya kepada Abu Abdillah (a.s): “Bagaimana kami hendak mengenali Empunya urusan (Shohib Al Amr) ini? Imam (a.s) berkata: “ketenangan, kehormatan, ilmu pengetahuan dan wasiat.” [Basaer Al Darajat Muhammad Ibn Al Hassan Al Safar ms 509][Al Kafi v.1 ms 378][Bihar Al Anwar v.62 ms 217]

Daripada Abdullah mengatakan: “Aku bertanya kepada Abi Abdillah (pbuh): Apakah bukti ke atas pembuat tuntutan bagi urusan ini? Imam (a.s) berkata: Tiga perkara adalah merupakan bukti yang tidak terangkum pada manusia lain melainkan empunya urusan ini: di mana dia adalah yang pertama sebelum sesiapapun, dia seharusnya memiliki senjata Rasulullah (ilmu Rasulullah) dan dia menjadi empunya kepada wasiat yang jelas. Ianya adalah wasiat yang sekiranya kamu pergi ke sebuah pekan dan bertanya orang kebanyakan dan anak muda: kepada siapakah si pulan bin sipulan telah melantik penggantinya? Mereka akan membalas: kepada sipulan bin sipulan.” [Al Imamah wal Tabsirah min al Hira ms 138 & 158.]

Aku bertanya kepada Abi Abdillah (a.s) tentang orang yang sepatutnya memegang urusan ini iaitu pembuat tuntutan. Apakah bukti bahawa dia adalah orangnya? Imam a.s berkata: Dia akan ditanya akan halal dan haram. Sahabat Imam (a.s) berkata: Imam (a.s) berjalan ke arahku dan berkata: Tiga bahan bukti yang apabila kesemuanya bertepatan, maka akan diketahui bahawa dia adalah empunya urusan (Sohib Al Amr): Dia menjadi orang pertama yang berotoriti selepas orang sebelumnya, dia juga memiliki senjata (ilmu Rasulullah), dan dia juga yang akan bersama dengan wasiat yang nyata.” [Kafi v.1 ms 285]

Di dalam perdebatan di antara Imam Ridha (a.s) dengan ulamak-ulamak Yahudi dan Nasrani, dan dalam penghujahannya kepada mereka dinyatakan bahawa Rasul (sawas) diwasiatkan dan dinyatakan di dalam kitab-kitab mereka iaitu Injil dan Taurat. Apabila mereka mengaku kepadanya bahawa wujud nama Rasul Muhammad (sawas) dan sifatnya di dalam kitab-kitab mereka, maka mereka berkata kepadanya: Tetapi kami tidak memutuskan bahawa Muhammad yang disebutkan di dalam kitab kami adalah dia yang sebenar iaitu Muhammad kamu, moga-moga ada Muhammad lain!!! 

Maka apa pula jawapan Imam Ridha (a.s), dan bagaimana (a.s) membalas hujah mereka. Adakah jawapannya mencukupi dan hujah yang dapat mengalahkan. Sekiranya jawapannya adalah hujah, maka adakah mungkin kita berhujah dengannya sekarang atau tidak?

Sila dengarkan pula penghujahan balas Imam Ridha (a.s) ke atas keraguan mereka semasa dia berkata: “Kamu telah berhujah dengan keraguan, adakah Allah telah mengutuskan sebelum atau selepas daripada Adam (a.s) sehingga ke hari ini seorang Nabi yang bernama Muhammad, dan kamu telah menjumpainya di dalam kitab-kitab yang telah diturunkan Allah ke atas kesemua Nabi, selain Muhammad?! Maka mereka mengundur diri daripada menjawabnya...” [Ithbat Al Hudah, jilid 1, ms 194-195]

Sekarang kami ingin bertanyakan kepada kalian: Adakah Allah pernah mengutuskan sebelum atau selepas Muhammad (sawas) sehingga hari ini, seorang washi yang bernama Ahmad yang disebutkan di dalam wasiat nabi Muhammad (sawas) pada malam kewafatannya, atau Adakah pendakwa wasiat selain Ahmad Al Hassan?

Barangsiapa yang menolak dalil kami ini, maka dia telah menolak dalil Imam Ridha (a.s) dalam penghujahan ke atas Yahudi dan Nasrani. Barangsiapa yang menolak para Aimmah (a.s), maka dia telah menolak Allah swt. Kami berlindung diri kepada Allah dari perbuatan sedemikian.

1 ulasan: