Sabtu, 24 November 2012

JANGAN BUNUH HUSSEIN (A.S)!!!


Petikan dari Khutbah untuk Pelajar Hawzah oleh Imam Ahmad Al Hassan (a.s): 

Saya menasihati kalian dan memberi amaran kepada kalian, serta memulakannya dengan Hussain (a.s) sebagai pembuka nasihat saya. Mungkin ada antara kalian telah kembali untuk berfikiran waras dan berusaha untuk menyelamatkan dirinya daripada terperosok ke dalam jurang api neraka .

Al-Hussain (as) adalah korban untuk araysh Allah (swt). Agama Allah tidak akan mempunyai laluan yang jelas dan menghasilkan Daulah Keadilan Ilahi di akhir zaman jika tidak kerana darah Hussain (a.s). Imam al-Hussain (a.s) menunjukkan bahawa agama Allah tidak akan dapat diluruskan melainkan oleh darah suci beliau (a.s). Jika tidak kerana darah Hussain (a.s) yang telah ditumpahkan di tanah Karbala, maka usaha Nabi-nabi dan Rasul-rasul, dan usaha Muhammad (sawas), Ali (a.s ), Fatima (a.s) serta Hassan (a.s) akan menjadi sia-sia. Pasti para Imam dari anak-anak Hussain (a.s) tidak akan dapat menegakkan peraturan agama Ilahi, taat setia kepada Allah dan ketuanan Allah (swt). Sesiapa jua yang cuba untuk membuat Hussain (a.s) dilihat hanya sebagai seorang Imam yang terbunuh supaya manusia dapat menangisinya dan meratapinya, maka dia adalah rakan kongsi dalam penumpahan darah Hussain (a.s), dan dia adalah dari kalangan mereka yang cuba untuk membunuh Hussain (a.s) pada masa kini.


Di Karbala, al-Hussain (a.s) berhadapan Syaitan (laknat Allah ke atasnya) dan semua simbol kejahatannya. Hussain (a.s) berdepan dengan pemerintah yang menguasai umat Islam dan melanggar ketuanan Allah (swt), dan Hussain (a.s) juga berhadapan dengan ulama ghayru amilin seperti Syuraih al-Qadhi, Shabth bin Rabie, Shimr bin Thi al-Jawshan dan lain-lain lagi. Mereka adalah yang paling berbahaya dalam rantaian konfrontasi itu kerana mereka secara zalim dan palsu memakaikan diri mereka dengan pakaian agama, dan menipu pemikiran manusia bahawa mereka menggunakan pedang Muhammad (sawas) terhadap Hussain (a.s). Mereka mendakwa sebagai wakil agama Ilahi dengan berdusta dan membuat tuduhan palsu terhadap Allah (swt). Ahlul Bayt (a.s) berkata tentang mereka bahawa mereka mengeluarkan pedangnya dengan tangan kanan mereka dan menggunakannya ke atas beliau (a.s). 

Dan di Karbala, Hussain (a.s) berhadapan dengan dunia ini dan segala perhiasannya, tiada siapa yang melepaskannya dan tiada siapa yang menyertai konvoi Hussain, para nabi, Rasul-rasul, konvoi kebenaran dan cahaya melainkan sangat sedikit bilangan mereka yang telah memenuhi janji Allah (swt). 

Di Karbala, Hussain (a.s) berhadapan dengan "keakuan". Kesatria utama di dalam konfrontasi ini selepas Hussain (a.s) dan yang terbaik di kalangan mereka yang melalui huru-hara ini adalah Abbas bin Ali (a.s) apabila dia melempar jauh air yang dibawanya dan memutuskan untuk bersama Al-Quran, {Dan mereka tiada menaruh keinginan dalam hati mereka terhadap apa-apa yang diberikan kepada mereka; dan mereka mengutamakan, atas diri mereka sendiri.}1 Apakah keutamaan yang lebih baik daripada keutamaan yg ditunjukkan Abbas (a.s), dan apakah keutamaan orang lain melebihi dirinya sendiri?! Ianya keutamaan dan kecintaan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata!!! 

Dan di Karbala, al-Hussain (a.s) berhadapan Iblis (laknat Allah ke atasnya), musuh lama anak-anak Adam, yang telah berjanji untuk menyesatkan mereka dari jalan yang lurus dan mencampakkan mereka ke jurang api neraka. Hussain (a.s) dan sahabat-sahabatnya (a.s) telah menang dalam konfrontasi ini. Bagi pemerintah yang menindas, Hussain (a.s) membunuh mereka dengan menjelaskan ketidaksahan ketuanan manusia dalam semua bentuk, sama ada ianya melalui syura (pilihan raya) di kalangan mereka atau pelantikan oleh rakyat. Hussain (a.s) menjelaskan bahawa ketuanan adalah untuk Allah (SWT) kerana Dia adalah Pemilik kedaulatan, maka hanya Dia (swt) sahaja berhak melantik dan manusia perlu menerima pelantikanNya. Barangsiapa yang menolak pelantikan Allah (swt) telah meninggalkan penyembahan Allah (swt) sepertimana yang Iblis lakukan (laknat Allah ke atasnya) apabila dia membantah pelantikan Adam (a.s) sebagai khalifah Allah di bumi-Nya, enggan taat dan tunduk kepadanya. Oleh itu, jangan biarkan iblis menarik kalian kepada panggilannya dan menjangkiti kalian dengan wabaknya. Allah swt berfirman; {Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai Tuhan yang memiliki kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.} 2 

Manakala bagi ulama yang ghayru amilin, Hussain (a.s) telah mendedahkan mereka dan menanggalkan topeng wali palsu dari wajah mereka yang gelap lagi kotor. Pendirian Hussain (a.s) di Karbala kekal sebagai ukuran kebenaran, keadilan dan tauhid, serta digunakan oleh sesiapa jua yang berhajat kepadanya dalam setiap zaman. Sebagai guna bagi melihat wajah cacat para ulama ghayru amilin yang sesat yang berselindung di sebalik topeng wali palsu. 
Manakala dunia ini pula bagi Hussain (a.s) dan para sahabatnya telah membiarkannya berlalu pergi dan berkembara bersama dengan konvoi kebenaran kepada cahaya Ilahi. Ini adalah neraca kedua yang ditegakkan oleh Hussain (a.s) dengan darah sucinya, iaitu dengan tindakannya dan bukan hanya dengan kata-kata sahaja. Di sini Hussain (a.s) menunjukkan dengan tindakan beliau bahawa dunia ini dan akhirat adalah dua musuh yang tidak berkumpul di dalam hati seseorang. Jika salah satu daripada mereka memasuki hati seseorang, maka yang satu lagi akan berjalan keluar. Dan jika seorang manusia berjalan ke arah salah satu daripada mereka, maka dia akan berjauhan dari yang lain. Bagi seseorang yang menginginkan Allah swt dan akhirat, maka dia tidak mempunyai pilihan kecuali melepaskan dunia ini. 

Manakala bagi "keakuan" pula, cukup untuk mengatakan bahawa kemurahan hati seseorang dengan memberikan dirinya sendiri adalah kemurahan hati yang paling muktamad. "Keakuan" telah dibunuh dengan dahsyat dan kemanusiaan telah menang ke atas "keakuan" di Karbala. Kemenangan yang ditegakkan sebagai neraca keadilan dan neraca ketuhanan yang memberikan setiap orang hak yang sah buat mereka. Ukuran kesaksian yang disahkan oleh Hussain (a.s) dan sahabat-sahabatnya (a.s) dengan darah-darah mereka bahawa Tiada Tuhan Melainkan Allah. 

Manakala bagi Iblis (laknat Allah ke atasnya) pula dalam peperangan Karbala, telah dirantai tangan dan kaki serta menanam lembing di dadanya oleh Hussain (a.s). Dan Iblis masih lagi berlumuran darah akibat kesakitan dari bencana besar yang melandanya, sehinggalah Qaim (a.s) akan memenggal lehernya di Masjid al-Kufah. 

Hussain (a.s) telah membuka jalan bagi Daulah Keadilan Ilahi, seolah-olah Hussain (a.s) telah disembelih di Karbala dalam usaha untuk Qaim (a.s) dari kalangan anak keturunannya untuk memerintah. Dan seolah-olah Hussain (a.s ) adalah korban bagi Daulah Keadilan Ilahi dan Kedaulatan Allah (swt); {Dan Kami tebus dia dengan sembelihan yang agung.}3 Dengan ini jelaslah bahawa pengorbanan Hussain (a.s) adalah tanda paling nyata dalam jalan menuju Allah ( swt). Ulama-ulama ghayru amilin yang sesat sepanjang zaman tidak berupaya atau membunuh atau memadam Hussain (a.s) dari pengajarannya. Dia (a.s) masih relevan dan akan tetap kekal relevan sebagai bendera di langit bagi sesiapa yang meminta kebenaran. 

Kami tidak takut dan gentar ke atas Hussain (a.s) apabila datang suara keldai kepadanya, Allah swt berfirman; {bandingan orang-orang yang dipertanggungjawabkan dan ditugaskan Kitab Taurat, kemudian mereka tidak menyempurnakan tanggungjawab dan tugas itu, samalah seperti keldai yang memikul bendela Kitab-kitab besar}.4 Dan Allah swt berfirman lagi; {Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai}.5 Atau ulama ghayru amilin yang memutuskan untuk membunuh Hussain (a.s) itu berkata bahawa Hussain menyokong ketuanan manusia, padahal dia telah dibunuh untuk menafikan ketuanan manusia dan menegakkan ketuanan Allah (swt). Disebabkan tindakan dan dakwaan mereka sebagai mewakili beliau (a.s), maka mereka mengatakan bahawa Hussain (a.s) telah tunduk dan memenuhi permintaan Amerika. Padahal beliau (a.s) adalah penentang Ketidakadilan yang ditegakkan dengan pedangnya dalam menghadapi ketidakadilan dan penyelewengan sehingga ke saat-saat akhir hidupnya. Mereka berkata bahawa Hussain (a.s) menyokong kebebasan dan demokrasi Amerika, padahal Hussain (a.s) adalah seorang hamba Allah (swt) yang hanya tahu untuk menyembah Allah (swt) dan tunduk kepada arahan dan perintah-Nya swt. 


Ulama-ulama ghayru amilin ini adakah ingkar terhadap ketuanan Allah (swt) dan mengimani demokrasi (buatan Amerika) dan memanggilnya sebagai kebebasan. Demi kebenaran saya katakan kepada kalian, sesungguhnya ulama-lama ghayru amilin yang menyokong  Amerika dan demokrasinya adalah orang yang bebas kerana jika mereka adalah hamba Allah, maka sudah tentu mereka akan berasa malu di hadapan Allah. Kebebasan yang dikenali oleh Hussain (a.s), bapa-bapanya dan anak-anaknya (a.s) yang suci adalah mengkufurkan perhambaan terhadap penzalim dan mengimani perhambaan kepada Allah (swt), {Karena itu barangsiapa yang ingkar kepada Thaghut dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada buhul tali yang amat kuat yang tidak akan putus}.6 Bersikap adillah kepada diri sendiri dan cenderungkanlah hati kalian ke arah kebijaksanaan. Jangan melibatkan diri dalam pembunuhan Hussain (a.s), janganlah kalian memukul dada, mengoyakkan pakaian dan menumpahkan air mata sebagai kepura-puraan, kebohongan dan kepalsuan. Janganlah kalian mengadakan perhimpunan untuk Hussain (a.s) supaya kalian membunuh Hussain (a.s) semula seperti sekali lagi dan janganlah kalian mengatakan apa yang kamu tidak melakukannya; {Hai orang-orang yang beriman, mengapa kamu mengatakan apa yang tidak kamu perbuat? Amat besar kebencian di sisi Allah bahawa kamu mengatakan apa-apa yang tiada kamu kerjakan}.7 

Jika kalian mahu mengadakan perhimpunan untuk Hussain (a.s), biarlah jiwa kalian menetapkannya terlebih dahulu sebelum jasad kalian, dan biarkan darah kalian mengalir ke atasnya (Hussain a.s) terlebih dahulu sebelum air mata kalian. Adakah kalian tidak melihat bahawa dunia ini telah berlalu jauh dan akhirat semakin mendekati, semua yang ada daratan dan lautan telah dikuasai oleh orang yang paling jahat, penyeleweng dan penzalim di kalangan makhluk Allah, iaitu Amerika dan pengikut-pengikut kafir mereka; {Telah nampak kerosakan di darat dan di laut disebabkan karena perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari [akibat] perbuatan mereka, agar mereka kembali}.8 Kesucian Islam telah dicabuli dan telah diperangi terlalu lama dan meluas sekali, jadi apa lagi ? Jika kalian benar-benar jujur ​​mengatakan kepada Hussain (a.s), "Kami berharap kami telah bersama-sama dengan kamu supaya kami beroleh kemenangan yang besar." Maka di sinilah Hussain (a.s) di tengah kalian bersama dengan anaknya Imam Mahdi (a.s) sedang melihat serta memerhatikan tindakan kalian, dan menjangkakan sokongan serta menyeru kalian, "Adakah kalian akan menggagalkan kami dan berpaling dari menyokong kami? Allah adalah mencukupi buat kami dan Dia adalah sebaik-baik tempat bergantung." Oleh itu, kalian menggunakan taqiyyah sebagai alasan untuk menggagalkan keluarga Muhammad (a.s), atau adakah ianya disebabkan kekurangan bilangan dan kelengkapan di pihak kalian? 

Bukankah Thalut menentang tentera Jalut dengan serba kekurangan dari segi bilangan dan kelengkapan, berbanding besarnya saiz bilangan tentera mereka dan betapa hebatnya kelengkapan mereka? Bukankah Muhammad (sawas) berperang dengan bilangan dan kelengkapan yang serba kekurangan dalam peperangan Badar, dan Allah (swt) memenangkan mereka? Adakah seruan Al-Quran tidak sampai ke telinga kalian, {Berapa banyak terjadi golongan yang sedikit dapat mengalahkan golongan yang banyak dengan izin Allah. Dan Allah beserta orang-orang yang sabar}.9 Wahai orang-orang yang enggan menyokong Imam Mahdi (a.s), adakah kalian menunggu untuk diajarkan dengan al-Sufyani (laknat Allah ke atasnya), waris Yazid bin Muawiyah (laknat Allah ke mereka) selepas kalian berpacaran dengan Dajjal terbesar (Amerika)? Oleh itu, api nerakalah balasannya {...yang bahan bakarnya manusia dan batu, yang disediakan bagi orang-orang kafir}.10 Apakah kalian akan mengatakan? "Kami telah menangisi dan memukul dada kami ke atas Hussain (a.s)?" Maka Hussain (a.s) akan membalas jawapan kalian dengan berkata, "kalian adalah orang-orang yang mengambil bahagian dalam menumpahkan darahku, kerana kalian memerangi anakku al-Mahdi." Apa lagi? Kalian akan berkata pula, "Kami mengambil pendirian neutral"? Maka jawapan untuk kalian adalah, "Semoga Allah melaknat umat yang mendengarkan hal itu dan telah berpuas hati dengannya." 

Ayuh setiap orang yang berfikiran waras supaya menyemak kembali diri kalian kerana peluang berlalu seperti awan. Jika kalian meminta kebenaran, maka sokonglah Hussain (a.s) pada masa ini dan janganlah kalian takut {Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah [pula] kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi [darjatnya], jika kamu orang-orang yang beriman.}11 ​​Janganlah kalian takut kepada orang-orang yang akan membunuh jasad, tetapi takutlah kepada yang boleh membuat kedua-dua badan dan roh binasa di dalam api neraka. Jika kalian memutuskan untuk menggagalkan Hussain (a.s) pada masa ini dan memilih untuk tidak berlaku adil kepada diri kalian sendiri, maka saya memberi amaran kepada kalian dan mengingatkan kalian akan azab Allah (swt) di dunia ini dan juga di akhirat. Tiada lagi alasan untuk kalian dan tiada lagi pemberi alasan.



______________________________________



1 . Surah al-Hasyr 59:9. 

2 . Surah Aali Imran 3:26. 

3 . Surah as-Saaffat 37:107. 
4 . Surah al-Jumuah 62:5. 
5 . Surah Luqman 31:19. 
6 . Surah al-Baqarah 2:256. 
7 . Surah as-Saff 61:2-3. 
8 . Surah Ar-Room 30:41. 
9 . Surah al-Baqarah 2:249. 
10.Surah al-Baqarah 2:24. 
11.Surah Aali Imran 3:139.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan