Khamis, 27 Disember 2012

HADIS WASIAT MENYEBUTKAN “MAKA HENDAKLAH DISERAHKAN KEPADA ANAKNYA,” SAYYID AHMAD AL HASSAN BUKANLAH ANAK KANDUNGNYA IMAM MAHDI (A.S)?

Soalan: Mereka yang menyanggah dakwah Al Yamani berkata: Di dalam hadis wasiat menyebut “maka hendaklah diserahkan kepada anaknya,” dan Sayyid Ahmad Al Hassan bukanlah anak kandung Imam Mahdi (a.s)?

Jawapan:

Wasiat Rasulullah tersebut tidak pula menyatakan anak kandungnya (Ibni Al Mubasyarah). Barangsiapa yang mengatakan kepentingan menyerahkan kepada anak kandungnya, hendaklah membawakan bukti-bukti mereka. Tiada pembuktian pada hujah mereka, bahkan pembuktian adalah sebaliknya bahawa Imamah adalah pada keturunan (al A’qab) dan keturunan kepada keturunan (A’qab Al A’qab).

Di dalam kitab Ghaibah Al Toosi pada halaman 226:

عن حماد بن عيسى الجهني قال : قال أبو عبد الله عليه السلام ، لا تجتمع الإمامة في أخوين بعد الحسن والحسين عليهما السلام ، إنما هي في الأعقاب وأعقاب الأعقاب 

Diriwayatkan daripada Hamad bin Isa Al Jihni, telah berkata: Telah berkata Abu Abdillah (a.s): “Imamah tidak akan berhimpun pada dua beradik selepas Al Hassan dan Al Hussein (alaihima salam), adapun ianya adalah pada keturunan dan keturunan kepada keturunan.”

Dan di dalam kitab dan halaman yang sama juga disebutkan:

عن أبي عبد الله عليه السلام قال : لا تعود الإمامة في أخوين بعد الحسن والحسين عليهما السلام أبدا ، إنها جرت من علي بن الحسين عليهما السلام كما قال عز وجل: "وأولوا الأرحام بعضهم أولى ببعض في كتاب الله من المؤمنين والمهاجرين" فلا تكون بعد علي بن الحسين عليهما السلام إلا في الأعقاب وأعقاب الأعقاب
والأعقاب: هم الأولاد. وأعقاب الأعقاب: أولاد الأولاد

Daripada Abu Abdillah (a.s) telah berkata: “Imamah tidak akan kembali selama-lamaya kepada dua beradik selepas Al Hassan dan Al Hussin, sesungguhnya ia akan berterusan atas Ali bin Hussein (alaihima salam) sebagaimana firman Azza wa Jalla: “Dan orang-orang yang mempunyai hubungan darah satu sama lain lebih berhak [waris mewarisi] di dalam Kitab Allah daripada orang-orang mu’min dan orang-orang Muhajirin,” maka tidak terjadi selepas Ali bin Hussein (alaihima salam) melainkan pada keturunan dan keturunan kepada keturunan.”

Jelas sekali di dalam dua hadis di atas disebutkan perkataan keturunan (A’qab) sebanyak dua kali yang mengisyaratkan penerusan Imamah pada keturunan Imam Hussein (a.s) pada dua peringkat iaitu Imamah dan Hidayah atau Imam-Imam dan Mahdi-Mahdi. Jika tidak sudah pasti mencukupi perkataan keturunan (A’qab) hanya disebutkan sekali sahaja bagi menghadkannya ke atas keturunan Imam Hussein (a.s) dan tidak memerlukan kepada pengulangan.

Diriwayat di dalam kitab Al Kafi oleh Syeikh Al Kulaini, jilid 1, halaman 535:

عن أبي بصير ، عن أبي عبد الله عليه السلام قال: إن الله تعالى أوحى إلى عمران أني واهب لك ذكرا سويا ... إلى قوله: فإذا قلنا في الرجل منا شيئا وكان في ولده أو ولد ولده فلا تنكروا ذلك

Diriwayatkan dari Abi Basir, dari Abi Abdillah (a.s) telah berkata: “Bahawa Allah mewahyukan kepada Imran sesungguhnya Aku mengurniakan buat kamu zikir yang sama rata...sehinggalah kepada katanya: Apabila kami berkata mengenai seseoarang lelaki dari kalangan kami, dan dia adalah anak atau anak kepada anaknya maka janganlah kamu ingkari yang demikian itu.”

Riwayat yang lain di dalam kitab dan halaman yang sama menyebutkan:

عن أبي عبد الله عليه السلام قال : إذا قلنا في رجل قولا ، فلم يكن فيه وكان في ولده أو ولد ولده فلا تنكروا ذلك ، فإن الله تعالى يفعل ما يشاء 

Daripada Abi Abdillah (a.s) telah berkata: Apabila kami telah berkata pada seorang lelaki akan satu percakapan, yang tidak akan terjadi padanya melainkan pada anak atau anak kepada anaknya, maka janganlah kamu ingkari yang demikian itu, sesungguhnya Allah Taala berbuat apa yang dikehendakiNya.”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan