Rayuan dari seorang bapa muslim yang bukan Ansar kepada Imam Ahmad Al Hasan (a.s) buat anak perempuannya dan jawapan balas Imam (a.s) kepada keduanya. Diterbitkan dengan keizinan bapa dan anak perempuannya.
SURAT KEPADA IMAM AHMAD (A.S) DARIPADA SI BAPA (indentiti sebenar dirahsiakan):
Assalamu alaikum Sayyid Ahmad Al Hassan,
Saya amat menghormati anda dan saya menulis kepada anda untuk membantu menyelesaikan krisis yang memecah belahkan keluarga saya, dan berpotensi untuk memusnahkan hidup tujuh orang. Isteri dan anak-anak saya adalah Ansar anda dan saya seorang hamba yang merendah diri kepada Imam Zaman kita dan sentiasa berusaha untuk membunuh ego saya. Keluarga saya mula mempercayai anda pada tahun lepas, manakala saya masih mahu mengkaji lebih lanjut lagi. Namun disebabkan saya mempercayai kebebasan membuat pilihan, maka saya tidak menghalang mereka.
Anak perempuan saya pergi secara mengejut tanpa memberitahu saya terlebih dahulu ketika saya berurusan di luar. Ini membuatkan saya amat sedih dan kehidupan saya bertukar menjadi satu episod yang amat menyedihkan. Saya teringat Imam Zainal Abideen (a.s) dan bagaimana perasaannya ketikamana keluarga Nabi (sawas) telah dibiarkan di khalayak ramai.
Dalam masa yang sama, saya terus menyokong anak perempuan saya dan banyak kali menangis di telefon seperti kanak-kanak yang tidak berdaya merayu dia supaya kembali. Saya juga membantu isteri saya mendapatkan Visa untuk pergi bertemu dengannya dan isteri saya meyakinkan dia untuk datang melawat. Dia memberitahu kami beberapa masalah dan saya telah aturkan untuk membantu sedapat saya. Kemudian dia mahu kembali dan saya sendiri menghantar serta menguruskan penerbangannya.
Sekarang seluruh ahli keluarga saya mahu dia kembali dan beramal mengikut kepercayaannya sebagai seorang Ansar. Isteri saya berterusan menangis dan dalam keadaan yang sangat tertekan. Anak perempuan saya yang masih dalam rawatan perubatan berterusan meminta kami untuk membawa dia pulang. Anak lelaki dan anak bongsu perempuan saya berterusan merayu dia melalui telefon. Tekanan amat dirasai oleh semua orang dalam keluarga saya. Saya merasakan sekiranya dia tidak kembali, maka saya akan membuat keputusan supaya kami semua berpindah kembali ke negara asal kami. Ini bermakna tiada program sarjana untuk anak sulung saya, tiada pendidikan untuk anak perempuan saya dengan rawatan perubatan, tiada proram pasca-siswazah untuk anak lelaki saya dan kehilangan pendidikan yang baik untuk anak bongsu saya. Hanya Tuhan yang Maha Mengetahui apa yang akan berlaku ke atas hubungan saya dengan isteri yang berada di dalam kemurungan.
Saya yakin anda boleh menghalang semua ini daripada berlaku. Saya telah membaca buku anda dan saya berasa bahawa anda akan melakukan segala-galanya untuk mengelakkan sebuah keluarga daripada dimusnahkan. Jika anda adalah utusan sebenar dari Imam, sudah pasti anda tidak akan membenarkan sebuah keluarga berpecah belah seperti ini. Tolong campur tangan dan beritahu anak perempuan saya untuk kembali serta-merta. tolong lakukannya hari ini jika anda mampu. Dia pasti akan mendengar kata-kata anda. Satu E-mel dari anda mampu melakukan keajaiban untuk keluarga ini. Apabila urusan ini telah selesai, saya akan pinta anda membenarkan saya untuk melawat anda, agar saya dapat memahami falsafah anda dengan lebih baik.
JAWAPAN BALAS IMAM AHMAD (A.S) KEPADA SI BAPA:
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani.
Segala puji adalah kerana Allah, Tuhan sekalian alam.
Selawat dan sejahtera Allah ke atas Muhammad dan keturunannya, para Imam dan para Mahdi.
Yang dihormati [Nama si bapa],
Assalamu alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh,
Saya telah menerima surat anda yang dihormati dan ia adalah satu penghormatan buat saya untuk berkhidmat kepada anda, dan ini adalah nikmat Allah ke atas saya. Insya'Allah, saya telah menulis surat kepada anak perempuan anda, semoga Allah melindunginya, di mana saya amat mengharap agar dia kembali ke pangkuan ibu bapanya dan adik-beradiknya.
Dan ini adalah kewajipan dia terhadap ibu bapanya, sebagaimana Allah berfirman dalam al-Quran; “Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya...bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali.” [Surah Luqman: 14]
Dan Insya'Allah, semoga Allah merahmati kerja kecil saya ini dan membolehkan dia kembali serta menjadi anak perempuan yang baik kepada anda, hormat dan berakhlak mulia serta berbuat baik kepada kedua ibu bapanya. Rahmat Allah itu adalah sangat dekat dengan orang-orang yang berbuat kebaikan.
Saya berharap anda dapat memaafkan saya, sekiranya saya telah menyebabkan diri anda yang dihormati dan keluarga anda menghadapi kesulitan atau kemudaratan. Namun begitu, Allah Maha Mengetahui bahawa saya sentiasa menulis dan meminta dari orang-orang yang beriman dengan kebenaran untuk mencerminkan imej yang baik, yang boleh menarik orang lain kepada Ahlulbayt (a.s), dan memperlakukan keluarga dan saudara mara mereka dengan kebaikan.
Bagi pertemuan buat masa ini, anda boleh berjumpa dengan mana-mana orang-orang beriman (Ansar), semoga Allah melindungi mereka, untuk memahami dakwah dan segala pembuktiannya. Insya'Allah, apabila Allah membuka laluan untuk kami dan memberi kami kuasa di bumi-Nya ini serta menjadikan buat kami sebuah rumah di mana kami boleh berjumpa dengan orang ramai, maka saya akan berbesar hati untuk menerima anda dan sesiapa jua yang ingin berjumpa dengan saya.
Wassalamu alaikum wa rahmatalluhi wa barakatuh,
Muharram, 1434 Hijrah
RESPON IMAM AHMAD (A.S) KEPADA ANAK PEREMPUAN:
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani.
Segala puji adalah kerana Allah, Tuhan sekalian alam.
Selawat dan sejahtera Allah ke atas Muhammad dan keturunannya, para Imam dan para Mahdi.
Anak kesayanganku [nama anak perempuan], semoga Allah melindungi anda,
Assalamu alaikum wa rahmatalluhi wa barakatuh,
Saya berharap anda dalam kesihatan yang baik dan dalam kondisi yang terbaik. Ia adalah satu penghormatan buat saya untuk berkhidmat memberikan nasihat kepada jiwa yang tulen, yang mempercayai kata-kata Allah dan mendengar kata-kata Allah. Dan saya amat berharap dari anda, anak kesayanganku, agar anda menerima nasihat saya.
Saya berharap daripada anda agar kembali ke rumah keluarga anda yang dihormati dan berakhlak baik dengan kedua ibu bapa anda yang dihormati serta mentaati mereka. Dan saya berharap daripada anda agar menamatkan pengajian akademik anda dan menjadi di kalangan mereka yang cemerlang. Ini tidak sama sekali menghalang anda daripada meneruskan pembelajaran agama anda dan mengetahui kebenaran sepertimana yang Allah swt kehendaki.
Anak kesayanganku, tindakan anda adalah cerminan ke atas Ahmad al-Hassan dan tingkah laku anda adalah gambaran kepada Ahmad al-Hassan. Inilah sebabnya saya meminta anda untuk berkelakuan baik dengan kedua ibu bapa dan keluarga anda yang dihormati dengan sebaik mungkin.
Saya berharap dari anda ketikamana berakhlak dengan kedua ibu bapa anda yang dihormati, supaya terus mengingatkan firman Allah swt di dalam fikiran anda: “Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan "ah" dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia.” (Surah Al Isra’: 23)
Sentiasa ingat bahawa di dalam al-Quran, Allah meminta anda untuk mengucapkan terima kasih kepada Allah dan kedua ibu bapa anda; “Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya...bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali.” [Surah Luqman: 14]
Mengucapkan terima kasih kepada Allah dengan mematuhi-Nya swt dan berterima kasih kepada kedua ibu bapa.
Anak kesayanganku, bila-bila masa ketikamana anda menghadapi masalah atau ada sesuatu yang mengganggu anda, atau ada sesuatu yang anda perlukan nasihat atau bantuan saya, maka bolehlah anda menulis terus kepada saya dan Insya'Allah, saya akan sentiasa sedia berkhidmat untuk anda.
Wassalamu alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh,
Khadammu ,
Ahmad Al-Hassan
Muharram 1434 Hijrah
saya mempercayaai ketibaan al yamani. bagaimana nak buat aduan atau surat kepada imam ahmad al hassan al yamani a.s (nsharil25@gmail.com)
BalasPadam