Sebagaimana yang diceritakan oleh Syeikh Nazhim Al Uqaili, salah seorang Ansar terdekat Imam Ahmad Al Hassan a.s.
Sangat merendah diri dalam semua perkara kerana saya tinggal bersamanya selama bertahun-tahun dan berada bersama-sama kami seolah-olah beliau adalah salah seorang dari kami. Kebanyakan masa beliau biasanya digunakan untuk berkhidmat kepada kami dan tidak pernah melebihi kami samada dalam makanan, pakaian atau tempat. Malah kadangkala kami memakai pakaian yang lebih baik daripada beliau. Beliau biasanya mendahulukan kami apabila memasuki mana-mana tempat atau apabila masuk ke dalam kereta, dan beliau tidak menerima sesiapa pun untuk menjadikan beliau mendahului Ansar lain. Beliau selalu berkata: "Saya saudara dan khadam anda, dan kita semua berjalan menuju keredhaan Allah swt, kerana saya hadir untuk membawa anda keluar dari perbuatan menyembah berhala, jadi jangan pula anda menjadikan saya berhala." Beliau benar-benar kecewa apabila beberapa Ansar melayannya dengan layanan khas yang membezakan antara beliau dan Ansar-ansar lain ketika berjabat tangan atau seumpamanya. Beliau sentiasa berkata: "Jangan biarkan tanda mengalih perhatian anda daripada Matlamat dan Tujuan yang dituju, kerana Imam dan washi adalah tanda-tanda di atas jalan petunjuk dan kebenaran, jadi, jangan pendekkan penglihatan anda pada tanda dan juga jangan berlaku zalim kepada kebenaran tanda "
Beliau (a.s) adalah mudah dalam berpakaian dan tempat duduk, serta berasa selesa apabila duduk dan sujud di atas pasir, dan menganggap ia satu keberkatan dari Allah. Jika pakaian beliau terkoyak atau tercarik, beliau berkata: "Alhamdulillah yang memberkati kami untuk mengikuti contoh Amirul Mukminin (a.s)."
Kami menghabiskan masa bersama-sama beliau dalam perjalanan selama bertahun-tahun, kebanyakannya di sekitar Iraq untuk memberitahu dan memperkenalkan Dakwah Al Yamani. Sekaligus beliau memberi khidmat kepada kami semua di sepanjang perjalanan, sebagai contoh jika kereta kami rosak, beliau akan membaikinya walaupun terpaksa berbaring di atas pasir di bawah kereta dan mengotorkan pakaiannya dengan minyak enjin. Beliau sering membantu Ansar membasuh pinggan mangkuk selepas mereka selesai makan dan mengambil bahagian dalam menyediakan makanan Ansar di salah satu Hussaniyah yang kami miliki.
Beliau sentiasa memberikan contoh kata-kata Nabi Isa (a.s): "Kebijaksanaan bertambah dengan merendah diri, tidak dengan keangkuhan; begitu juga tumbuh-tumbuhan tumbuh melata di dataran, bukan di atas gunung-ganang." Beliau sering menekankan berjuang melawan ego (ananiyyah) dengan berkata: "Sesungguhnya Allah adalah Maha Suci dan tidak akan menghampiri melainkan kepada mereka yang suci; jadilah orang yang suci supaya Allah menghampiri kamu."
Dengan dan dari beliau, kami mengenali merendah diri yang sebenar dan kebenaran agama. Sepertimana yang kami belajar dari beliau bahawa lebih banyak seseorang itu melihat dirinya sendiri, disibukkan dengannya dan terpesona dengannya, maka bertambah kuranglah kedudukan dia di sisi Allah swt, sehingga dia mencapai kedudukan Iblis (laknat Allah ke atasnya) "Aku lebih baik daripada dia." Beliau pernah berkata bahawa yang benar-benar jujur mahu menjadi Ansar Imam Mahdi (a.s) sepatutnya dari kalangan mereka yang merupakan berpihak kepada firman Allah swt : {Negeri akhirat itu, Kami jadikan untuk orang-orang yang tidak ingin menyombongkan diri dan berbuat kerusakan di [muka] bumi. Dan kesudahan [yang baik] itu adalah bagi orang-orang yang bertakwa} Al-Qasas 28:83. Yang bermaksud tiada perasaan tinggi diri atau sombong di dunia ini dalam minda mereka, tidak berbicara mengenainya dan tidak menginginkannya. Bukan sahaja mereka tidak mengamalkan tinggi diri dan kerosakan di muka bumi ini, malahan tidak pernah hadir di fikirannya yang dia adalah lebih baik daripada mana-mana saudara-saudaranya, tidak kira bagaimana sederhana penampilannya. Beliau berkata: "Barangsiapa yang menempelak seorang mukmin yang sederhana dan barangsiapa yang menempelak orang miskin, maka sesungguhnya dia telah menempelak Ahmad Al-Hassan".
Beliau senantiasa berkata: "Musuh terburuk bagi manusia adalah Egonya yang menyebelahinya." Sesungguhnya Sayyid Ahmad Al-Hassan (a.s) adalah madrasah terhebat dalam segala-galanya. Dari beliau kami belajar bagaimana hodoh dan hinanya tabiat angkuh dan bangga diri yang merupakan ciri-ciri lazim bagi kebanyakan institusi agama, seperti mencium tangan, bangga diri dan menceroboh hak orang lain, memanjangkan janggut dan membesarkan serban. Seolah-olah menjadi kebiasaan apabila seorang lelaki agama difikirkan telah maju dalam pengetahuan, dia akan memanjangkan janggutnya dan membesarkan serbannya lebih daripada sebelum ini. Malah kecemerlangannya juga turut diukur dengan selipar! Seolah-olah yang memakai selipar kuning bermakna dia telah menjadi mujtahid! Kecelakaanlah bagi ijtihad yang sebegitu di mana selipar adalah petunjuk kepadanya!
Satu hari, salah seorang daripada mereka yang mendakwa mujtahid di kota suci Najaf menarik perhatian saya. Saya sedang berdiri di halaman Al-Haider apabila Mujtahid ini datang dengan salah seorang pengikutnya yang berada di belakangnya. Apabila dia sampai ke tempat menanggalkan kasut, maka dia meninggalkan selipar kuningnya tanpa menyerahkan kepada lelaki yang bertanggungjawab menjaga kasut, dan misi lelaki yang berjalan di belakangnya adalah untuk membawa selipar kuning itu untuk diserahkan kepada lelaki yang bertanggungjawab tersebut. Apabila Marji’ ini keluar lelaki tersebut akan membawakan selipar kuning itu kepadanya. Saya amat meluat dengan tingkahlaku sesat Firaun yang menyimpang dari akhlak Ahlul Bait (a.s), iaitu akhlak merendah diri, kesederhanaan dan mengutamakan orang lain.
Bagi mereka yang mendakwa sebagai Marja’ hari ini, anda akan dapati manusia berdiri di dalam barisan berjam-jam lamanya menunggu giliran hanya untuk mencium tangan Marja’ ini, tidak lebih dari itu!
Anda akan dapati Marja’ ini melambai-lambai tangannya dan dalam masa sama memusingkan kepalanya kepada salah seorang daripada mereka yang duduk di sisinya untuk bercakap dengannya, manakala orang mencium tangannya dan pergi tanpa menoleh sedikitpun kepada mereka. Inilah yang saya lihat dengan mata kepala saya sendiri dan Allah adalah Saksi saya! Walaupun ulama-ulama itu membaca apa yang diriwayatkan dari Ahlul Bait (a.s) yang melarang perbuatan tersebut:
Ali bin Mazeed, sahabat Al-Sabri berkata: Aku telah datang kepada Abu Abdullah (sebagai) dan mengambil tangannya untuk dicium, seraya beliau berkata: "Ianya tidak layak kecuali bagi Nabi atau Washi Nabi." [Al-Kafi Vol. 2, muka surat 185]
Imam Ridha (a.s) berkata: "Seorang lelaki tidak sepatutnya mencium tangan seorang lelaki lain, kerana mencium tangannya adalah seperti menyembahnya." [Tohaf Al-Uqool, halaman 450]
Seolah-olah ulama-ulama tersebut tidak memikirkan ada manusia yang lebih baik dari mereka. Sebab itulah tangan mereka diletakkan di hadapan manusia bagi dicium oleh mereka, atau sekiranya mereka berfikir mungkin ada orang yang mencium tangan mereka lebih baik dan lebih dekat dengan Allah selain mereka, maka bagaimana mereka boleh menerima orang lain untuk mencium tangan mereka?!
Ini adalah terlalu jauh dari akhlak keluarga Muhammad (a.s) dan ajaran mereka kepada pengikut-pengikut dan pencinta-pencinta mereka. Bagaimana baiknya pekerti As Syahid Muhammad Muhammad Sadiq Al-Sadr (semoga rohnya berada dalam keadaan aman) apabila dia menjelaskan sejelasnya keburukan bidaah ini dan menafikan semua alasan lemah bagi mewajarkan bidaah ini. Dia pernah berkata dalam salah satu khutbahnya atau rakaman audio yang bermaksud: "orang yang tangannya dicium adalah syaitan sama ada dia tahu atau tidak." Dan dia juga berkata yang bermaksud: "Saya adalah orang asing di Hawzah dan di dalam masyarakat kerana saya tidak menawarkan tangan saya untuk dicium, tetapi insyaallah akan datang hari dimana orang yang tangannya dicium adalah orang asing dan terbuang."
Ya ... insyaallah hari tersebut akan datang tidak lama lagi, bagi agama Muhammad dan keluarganya (a.s) kembali segar dan bugar tanpa bidaah atau penyelewengan, seperti keheningan subuh yang menyinsing dan kami di sini sedang menunggu matahari untuk bersinar. Allah swt berfirman: {...sesungguhnya saat jatuhnya azab kepada mereka ialah di waktu subuh; bukankah subuh itu sudah dekat?} [Hud: 11:81]
Ya... Tuhanku ianya dekat dan sangat dekat. Hati-hati kami menginginkan subuh ini yang merupakan kegembiraan para soleh dan orang-orang yang menunggu, manakala mereka yang ragu dan curiga menganggap ianya terlalu jauh, Allah swt berfirman: { Sesungguhnya mereka memandangnya itu jauh. Sedang Kami memandangnya dekat.} [Al -Ma'arij: 70:6-7]
INILAH SAYYID AHMAD AL HASSAN YANG SAYA KENALI:
Sayyed Ahmad Al-Hassan (a.s) amat berusaha keras menafikan Ego (Ananiyyah) dan melawan diri sendiri (jihad An Nafs), serta asyik dalam mencintai Allah, mengenaliNya dan khalifahNya. Beliau sering menekankan hakikat bahawa matlamat seseorang dalam ketaatan bukanlah syurga atau menghindar api neraka, tetapi seseorang perlu menyembah Tuhannya kerana Dia memang layak disembah, seperti yang diriwayatkan dari Imam Ali bin Abi Talib (a.s). Ini kerana mereka yang membunuh “Ana” dan hawa nafsu mereka akan memasuki Kerajaan Allah (Mulk Allah) dan bersama dengan mereka yang bertakwa, manakala mereka yang disibukkan dengan dirinya, maka dia mengkesampingkan Tuhannya disebabkan kesibukan terhadap dirinya.
Beliau (a.s) sering berkata: "Siapakah kita untuk menganggap diri kita lebih utama, berkedudukan atau hebat berbanding orang lain." Sebagaimana Amirul Mukminin dan Imam Tauhid selepas Nabi (sawas) berkata tentang dirinya: "Ya Allah, aku telah berlaku tidak adil kepada diriku sendiri dengan memberi perhatian kepadanya, maka kecelakaanlah baginya jika Engkau tidak mengampunkannya." [Bihar Al –Anwar, Vol.91, Page 97]
Siapakah kita untuk berasa angkuh dan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri, mengaguminya atau melihat seolah-olah diri kita telah menyempurnakan salah satu dari hak-hak Allah ke atas kita. Kita seharusnya malu dan hina dengan kewujudan kita, amat menyesal dan kesal kerana kekurangan kita dalam hak Allah swt dan bersyukur atas rahmatNya yang tidak terkira dan tidak terbatas ke atas kita.
Meninggalkan keseronokan duniawi dan segala perhiasannya, dengan tidak meletakkan apa-apa kepentingan terhadapnya. Kezuhudan beliau bukanlah kezuhudan palsu yang berpura-pura zuhud di hadapan manusia, manakala hati mereka mengejar kecintaan kepada kehidupan duniawi, kedudukan tinggi, pangkat dan kesombongan. Kezuhudan beliau adalah sebagaimana kezuhudan bapa-bapanya yang suci, dari segi percakapan, perbuatan dan tingkahlaku. Membenci kesemua ciri-ciri ketinggian dan kesombongan, dengan mengamalkan kesederhanaan, merendah diri, dan merasa cukup (qana’ah). Beliau tidak mempunyai rumah untuk menampung dia dan keluarganya, tidak juga mempunyai kenderaan untuk mengangkutnya dan memenuhi keperluannya, dan tidak juga lain-lainnya. Seolah-olah beliau adalah tetamu dalam kehidupan di dunia ini dan akan meninggalkannya tidak lama lagi.
Walaupun begitu apabila anda melihat beliau, anda akan dapati beliau adalah lelaki paling kaya dan paling mulia. Anda akan dapati dia bergantung kepada Allah swt dalam segala-galanya dan membuang segala kepentingan beliau dalam melaksanakan amal soleh kepada Allah swt, memperbaiki (islah) manusia, menghidupkan semula Sunnah dan membersihkan bidaah. Manakala bagi sara hidup material duniawi, beliau (a.s) melaksanakan kata-kata Amirul Mukminin (a.s):
"Wahai manusia, ketahuilah bahawa kesempurnaan agama adalah dengan menuntut ilmu dan beramal dengannya, seseungguhnya menuntut ilmu itu diwajibkan kepada kamu daripada menuntut wang, sesungguhnya wang itu memang dibahagikan dan dijamin untuk anda, sebagaimana Yang Maha Adil telah membahagikannya di antara kamu dan telah memjaminnya ke atas kamu, sekaligus ianya mencukupi buat kamu. Manakala bagi ilmu pengetahuan itu disimpan oleh pemegangnya dan kamu telah diperintahkan untuk menuntutnya daripada pemegangnya, oleh itu berbuat demikianlah." [Al-Kafi, jilid1, halaman 30]
Kami belajar daripada beliau bahawa orang yang mendamaikan dirinya dengan Allah, maka Allah akan memberi jaminan buatnya dalam semua hal ehwalnya, memberi jalan keluar untuknya dalam setiap kesusahan dan akan memberinya rezeki dari jalan yang tidak dijangkanya, kerana Allah swt berfirman:
“Sesiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar. Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya. Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu. [At Talaq 65:2-3]
Satu-satunya kehidupan yang menyenangkan adalah dengan mentaati Allah, yang bermaksud walaupun dalam menuntut kehidupan ianya perlu mentaati Allah dan melaksanakan kewajipan membantu agama, menolong golongan fakir, miskin, dan menjalankan kewajipan keluarga, anak-anak serta saudara-mara. Dia tidak melakukannya kerana cinta untuk mengumpul wang dan menginginkan kehidupan duniawi serta kedudukan yang tinggi. Ini kerana jantung adalah satu tempat yang tidak dapat menampung dua perkara pada satu-satu masa. Ianya samada mencintai Allah atau mencintai kehidupan duniawi kerana kita tidak diciptakan untuk disibukkan dengan kehidupan duniawi dan segala perhiasannya, dan saling berebut dengan anjing liarnya.
Beliau (a.s) sering memberikan contoh penjelasan Amirul Mukminin (a.s) tentang kehidupan duniawi ini:
"Kehidupan duniawi adalah bangkai dan peminta-pemintanya adalah anjing-anjing, maka barangsiapa yang mahu apa-apa darinya, dia seharusnya bersabar untuk berkongsi dengan anjing-anjing." [Sharh Ihqaq Al-Haq, Vol. 32, ms 237.]
"Demi Allah, kehidupan duniawi kalian ini adalah lebih hina di mata aku berbanding peluh babi di tangan pesakit kusta" [Nahj al-Balaghah, jilid 4, ms 52-53.]
Beliau (a.s) sering mengulangi firman Allah swt kepada teman bicaraNya Musa bin Umran dengan penuh kepedihan dan kesedihan:
Abi Abdullah (a.s) berkata: "Dalam Munajat Nabi Musa (a.s): “Wahai Musa, jika kamu melihat kemiskinan yang datang maka katakanlah: Selamat datang wahai tanda-tanda orang-orang yang soleh! Dan jika kamu melihat kekayaan yang datang maka katakanlah: rasa bersalah yang hukumannya sedang disegerakan!” [Al-Kafi, Vol. 2, muka surat 263.]
Saya masih lagi ingat keltika beliau (a.s) memberikan contoh kata-kata Nabi Isa (a.s) dan bagaimana manisnya kata-kata yang keluar dari mulutnya yang suci:
"Tidur di atas longgokan baja (tahi haiwan di ladang) dan memakan barli adalah lebih bertepatan dengan ajaran agama" [Ma’ani Al Akhbar, ms 341]
Benar wahai Imamku, ia sememangnya bertepatan malah amat bertepatan dengan ajaran agama dan doktrinnya. Inilah apa yang kami belajar daripada anda “wahai anak Imam-imam yang suci” dan kami memohon kepada Allah swt agar mempersiapkan kami untuk mentaati beliau dan melepaskan keseronokan duniawi ini, serta tidak memasukkan kami ke dalam golongan manusia akhir zaman yang tidak mengenali orang yang berilmu melainkan dengan pakaian-pakaian yang indah dengan rasa ketinggian dan kebanggaan sepertimana yang diriwayatkan daripada Nabi Muhammad (sawas):
"Akan datang zaman kepada umatku di mana mereka tidak mengenali orang-orang yang berilmu kecuali dengan pakaian yang indah, tidak mengenali al-Quran kecuali dengan suara-suara merdu dan tidak menyembah Allah kecuali di Bulan Ramadan; Seolah-olah Allah memberi kekuasaan ke atas Sultan yang tidak mempunyai pengetahuan, tiada kesabaran dan tiada rahmat." [Bihar Al-Anwar Vol.22 halaman 454]
"Akan datang zaman kepada manusia ketikamana batin mereka adalah jahat dan dalam masa yang sama zahir mereka kelihatan anggun, (mereka berbuat demikian) kerana tamakkan kehidupan dunia, mereka tidak ingin dengan apa yang ada di sisi Tuhan mereka, agama mereka adalah kepura-puraan (nifaq) yang tidak disertakan dengan ketakwaan, Allah akan melibatkan mereka dengan azab yang apabila mereka menyeruNya dengan Doa Ghareek, tetapi Dia tidak menjawab mereka." [Al-Kafi, vol.2 halaman 296]
Ya, Doa Al Ghareek. Ini adalah Doa yang disyorkan oleh Ahlul Bait (a.s) apabila muncul fitnah di akhir zaman dan dapat menyelamatkan dari Fitna:
Abdullah bin Sinan berkata: Abu Abdullah (a.s) berkata: "kekaburan akan menyerang kamu, di mana kamu hidup tanpa ilmu yang dilihat mahupun petunjuk Imam. Seterusnya tidak seorang pun akan diselamatkan darinya kecuali mereka yang berdoa dengan Doa Ghareek." Maka saya berkata: “Bagaimana untuk menyebutkan Doa Al Ghareek? Beliau (a.s) berkata: "Dia berkata: Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Muqallib Al Quloob Thabbit Qalbi 'Ala Dinika" (Ya Allah, Yang Maha Penyayang, Yang Maha Pengasih, wahai yang menterbalikkan hati, tetapkanlah hatiku di atas agamaMu). Lalu saya berkata: Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Muqallib Al Quloob Thabbit Qalbi 'Ala Dinika" (Ya Allah, Yang Maha Penyayang, Yang Maha Pengasih, wahai yang menterbalikkan hati, tetapkanlah hatiku di atas agamaMu). Beliau (a.s) berkata: "Allah azza wa Jalla lah yang menterbalikkan mata hati tetapi katakanlah ia sepertimana cara yang aku katakan " Ya Allah, Ya Rahman, Ya Raheem, Ya Muqallib Al Quloob Thabbit Qalbi 'Ala Dinika" (Ya Allah, Yang Maha Penyayang, Yang Maha Pemurah, wahai Yang menterbalikkan hati, tetapkanlah hatiku di atas agamaMu). [Kamal Al-Din wa Tamam Al-Ni'mah, halaman 352]
Ya, Ahlul Bait (a.s) meriwayatkan di dalam hadith ini dan dalam hadis-hadis lainnya bahawa tidak ada penyelamat bagi manusia dari fitnah akhir zaman kecuali dengan kembali kepada Allah swt dan berpaut kepada-Nya, serta meminta bimbingan dariNya. Hari ini kita dapati ulama jahat mendidik manusia bahawa mereka adalah laluan keselamatan dan manusia adalah selamat serta berada di landasan yang betul selagi mereka berpaut kepada ulama-ulama. Seolah-olah ulama adalah pemegang wahyu dan tiada apa yang diturunkan ke bumi dan naik ke langit melainkan melalui mereka!
Manakala jika kita kembali kepada Ahlul Bait (a.s) dan bertanya kepada mereka tentang ulama-ulama akhir zaman, pasti kita akan dapati mereka menjawab seperti berikut:
Muhammad bin Muslim berkata: seorang lelaki bertanya kepada Abu Abdullah (a.s): Bilakan Qoim kamu akan muncul? Beliau (a.s) berkata: "Jika dosa meningkat dan petunjuk berkurangan, bertambahnya penindasan dan penyelewengan, takwa dan kebaikan berkurangan, lelaki untuk lelaki dan wanita untuk wanita, ulama condong kepada kehidupan duniawi dan manusia memberikan keutamaan kepada puisi dan penyair. Pada masa itu nama Qoim (a.s) akan diseru pada malam 23 di bulan Ramadan, dan dibangkitkan pada hari Ashura, seolah-olah aku sedang melihat dia berdiri di antara Rukun dan Maqam, dan Jibril akan menyeru di hadapannya: Al-Bay'ah lillah (Taat setia adalah bagi Allah) dan Syiahnya akan terus datang kepadanya." [Mu'jam hadith Al-Imam Al-Mahdi (a.s), Vol. 3, halaman 490-491]
Diriwayatkan dengan otoriti Rasulullah (SAW), baginda bersabda: “Akan datang zaman bagi umatku di mana tiada apa yang akan kekal dari al-Quran melainkan tulisannya, dan tiada apa yang akan kekal dari Islam kecuali namanya. Mereka akan dipanggil muslim sedangkan mereka jauh dari Islam. Masjid-masjid mereka akan dipenuhi dengan manusia tetapi kosong dari petunjuk. Ulama masa itu akan menjadi ulama paling jahat yang pernah berada di bawah lindungan langit. Mereka telah menyemai fitnah dan kepada merekalah fitnah itu akan kembali.” [Al-Bihar, vol. 52, ms. 190, ms. 21]
Mufadhal bin Umar berkata: Aku mendengar Abu Abdullah (a.s) berkata: “Jika Qoim kami bangkit, dia akan bermula dengan penipu-penipu dari kalangan Syiah, lalu dia membunuh mereka” [Ikhtiyar Ma'arifat Al-Rijal, Vol. 2, halaman 589]
Abu Al Jarood meriwayatkan daripada Abu Ja'afar (a.s), beliau berkata: Saya bertanya kepada beliau, bilakah akan bangkit Qoim kamu? Beliau berkata: "Wahai Abu Jarood, kamu tidak tergolong di dalamnya." Jadi saya berkata: manusia di zamannya? Beliau berkata: "kamu tidak akan tergolong bersama dengan orang-orang di zamannya, Qaim kami akan bangkit dengan kebenaran selepas umat Syiah berputus asa, tiga kali dia menyeru manusia tetapi tiada siapa yang menjawab seruannya......dan kemudian berjalan ke Kufah, maka keluar 16000 daripada mereka, dilengkapi dengan senjata, pembaca Al-Quran, ulama-ulama agama, yang berkudis dahi-dahi mereka (rosak akal fikiran), menyingsing baju-baju mereka, kemunafikan memenuhi mereka, dan kesemua mereka berkata: "Wahai anak Fatima, kembalilah, kami tidak memerlukan kamu," Lalu dia menghunuskan pedangnya pada mereka di Najaf pada petang hari Isnin dari Asar ke Isyak, dan dia akan membunuh mereka lebih cepat berbanding menyembelih unta, dan tiada seorangpun daripada mereka dapat melarikan diri dan tiada seorang pun sahabat-sahabatnya yang terkorban, darah mereka adalah korban kepada Allah. Kemudian dia memasuki Al-Kufah dan membunuh setiap penentang di dalamnya sehingga Allah (azza wa Jalla) redha...." [Dala'el Al-Imamah Muhammad bin Jareer Al-Tibari (dia adalah dari Syiah) halaman 455-456]
INILAH SAYYID AHMAD AL HASSAN YANG SAYA KENALI:
Seorang sahabat al-Quran dari hari pertama saya kenali beliau sehingga kini. Beliau tidak pernah berenggang dari al-Quran dan begitu juga al Quran tidak pernah berpisah darinya. Beliau asyik dalam membaca dan menghayati maknanya, leka dalam menerangkan dan mentafsirkannya. Beliau menghabiskan masa dengan kami sepanjang malam sehingga ke pagi menerangkan, menjelaskan dan mengkaji al-Quran. Dia sentiasa menggesa kami untuk membawa, membaca dan memahami al Quran, di samping mengambil pelajaran dan hikmah dari ayat-ayat serta cerita-ceritanya, di samping menjadikannya sebagai panji, peraturan, kaedah dan perisai.
Bukan sesuatu yang sukar bagi beliau untuk menerangkan atau mentafsirkan apa sahaja dari al-Quran seolah-olah beliau mencedok dari lautan tanpa henti, sekali gus mempunyai jawapan yang tersedia bagi setiap persoalan. Beliau adalah penyelam di dasar al-Quran; seorang penyelam yang mengeluarkan mutiaranya di lubuk paling dalam yang seolah-seolah ianya tersimpan di dalam dirinya selama beratus-ratus tahun dan memang begitulah halnya. Tiada suatu pun di dalam al-Quran yang berupa kesamaran (mutasyabih) kepadanya, kesemuanya adalah jelas (muhkam) pada setiap masa. Allah berfirman: “Sebenarnya, Al Qur’an itu adalah ayat-ayat yang nyata di dalam dada orang-orang yang diberi ilmu. Dan tidak ada yang mengingkari ayat-ayat Kami kecuali orang-orang yang zalim.” [Al Ankaboot 29:49]
Beliau amat mencintai Ahlulbayt (a.s) dan Syiah-syiah mereka yang soleh, mereka dalam ingatannya siang dan malam. Apabila anda menemaninya, anda akan benar-benar pasti bahawa lelaki ini mempunyai kecenderungan semulajadi untuk menyayangi Ahlulbayt (a.s), ingatan mereka tidak pernah luput dari lidahnya. Beliau berterusan mengingati kemuliaan, kedudukan dan kehormatan mereka untuk menjelas dan menerangkan hadis, perjalanan dan kaedah mereka yang mulia. Beliau menyeru semua yang mendengarnya untuk komited dengan kaedah dan moral mereka, mempraktikkannya melalui perjalanan dan tingkah laku sebagai fakta sebenar di kalangan manusia. Bukan hanya dengan kata-kata.
Anda dapati beliau amat tegas terhadap orang-orang yang derhaka kepada al-Quran, Sunnah Nabi (sawas) dan Ahlulbait (a.s). Walaupun sekiranya penderhaka tersebut adalah merupakan salah seorang daripada orang-orang yang terdekat dengannya dan yang paling dicintai di hatinya. Beliau tidak akan berlembut atau berlunak walaupun penderhakaan itu dianggap mudah dalam pertimbangan sesetengah orang. Beliau akan berusaha sedaya mungkin untuk mereformasi para sahabatnya, mereka yang berhubungan dengannya dan mereka yang mendengarnya bertepatan dengan al-Quran dan etika keturunan Muhammad [a.s]. Bercakap kepada setiap orang mengikut kesesuaian dan keberkesanan dalam mereformasi serta memperbetulkan mereka.
Beliau sentiasa berterusan mengimbangi manusia dengan imbangan kaedah, arahan, larangan serta etika Muhammad dan keturunannya (a.s). "Thaqolayn" adalah dua kuali imbangan dan tidak lebih dari itu. Anda akan sentiasa dapati beliau tidak mengiktiraf setiap bidaah, penyelewengan dan maksiat kepada Thaqolayn yang Nabi Muhammad [sawas] syorkan supaya berpegang kepada mereka dan mereka adalah satu-satunya jalan keselamatan.
Maka anda tidak akan menemukan pada beliau melainkan ayat dan riwayat. Menurut beliau segala-galanya adalah kepalsuan melainkan jika ianya bertepatan dengan mereka atau diekstrak daripada mereka. Beliau gigih menyanggah siapa jua yang membuatkan Peraturan agama Ilahi tunduk kepada minda yang tidak sempurna, pendapat dan keinginan.
Jiwanya sentiasa membara untuk menziarahi tempat-tempat suci nabi-nabi, rasul-rasul, Imam-Imam dan sahabat-sahabat mereka yang terpilih untuk mendapatkan keberkatan mereka serta kedudukan mereka di sisi Allah swt. Terutama menziarahi Amirul Mukmini (a.s), Imam Hussein (a.s), saudaranya Abu Al-Fadl Abbas (a.s), Jawadain (a.s) dan Askarain (a.s). Beliau sering menziarahi Imam Hussein (a.s) dengan berjalan kaki. Walaupun pada era Saddam yang zalim (semoga Allah melaknatnya) apabila Saddam amat menghalang ziarat seumpama itu, yang kadang-kadang boleh mengakibatkan pembunuhan, pemenjaraan dan penyeksaan teruk kepada orang-orang yang pergi melakukan Ziyarat itu.
Beliau sering menggesa kami semua untuk menziarahi Imam (a.s) dan meminta mereka merayu kepada Allah swt, dan sering mengajarkan kami etika penting ketika Ziyarat. Saya masih ingat pada satu hari apabila kami pergi untuk menziarahi Karbala dan ketikamana kami memasuki makam Imam Hussein (a.s), kami melihat Sayyid Ahmad Al Hassan (a.s) tidak mengambil masa yang lama untuk berdoa di kepala Imam Hussein (a.s), dan saya melihat bahawa beliau (a.s) cukup sedih, dukacita dan air mata mengalir di matanya. Jadi, apabila kami keluar dari makam Imam Hussein (a.s), kami bertanya kepadanya tentang sebab dan dia memberitahu kami: “Bahawa apabila beliau memasuki Hadhrah Al Husseiniyyah, beliau mendengar suara dari makam berkata sesuatu yang bermaksud: manusia merayau di sekelilingku tetapi tidak tahu akan hakku, mereka semua datang untuk meminta perkara-perkara dariku tetapi tiada siapa yang datang untuk memberikanku.”
Kemudian Sayyid Ahmad Al Hassan berkata: "Jadi, saya berdiri di kepala Imam Hussein (a.s) dan seraya berkata: "Wahai Aba Abdullah, diriku, keluargaku dan kekayaanku adalah tebusan buatmu...dan kemudian saya keluar untuk melaksanakan solat Ziyarat "
Dari situ kami belajar satu pengajaran yang amat besar mengenai tujuan menziarahi Imam (a.s), iaitu Ziyarat adalah pembaharuan perjanjian dan kesetiaan kepada ma'sum yang menekankan kepada diri sendiri, keluarga dan kekayaan demi agama Allah. Pengunjung juga harus jujur berniat untuk berjalan di atas jalan Imam Hussein (a.s); jalan kesyahidan dan menolak segala bentuk kezaliman. Walaupun mengorbankan segala yang kita miliki termasuk jiwa kita kerana Imam Hussein (a.s) tidak meninggalkan sebarang alasan atau sebab untuk sesiapa sahaja. Beliau (a.s) menawarkan diri, kekayaan, keunggulan, keturunan dan bayi beliau demi agama Allah, dan dia menawarkan Zainab, dengan apa yang membuatkan anda mengenali siapakah Zainab!
Beliau (a.s) meninggalkan Zainab di tengah-tengah makhluk Allah yang tercemar dengan ketiadaan penyokong, pembantu atau pelindung. Beliau meninggalkan Zainab di kalangan serigala ganas, antara Shimr yang dikutuk dan Yazid yang tidak bermoral dan tidak bermaruah. Ia adalah sangat menyakitkan bagi saya untuk menyentuh musibah besar ini, yang mana orang-orang yang beriman amat mengetahui sambil menitiskan air mata kesedihan dan dukacita ke atas keluarga Nabi (a.s) serta apa yang berlaku kepada mereka sepeninggalan datuk Al-Mustafa (sawas), dan apa yang ummah ini telah lakukan terhadap hak-hak mereka. Manakala Tuhan menjadikan ganjaran terhadap agama ini adalah kasih sayang dan kecintaan kepada mereka.
Ya ... Kami belajar bahawa Ziyarat para Imam (a.s) bukan sahaja untuk meminta keperluan kita, yang mana penziarah hanya mengambil berat akan dirinya dan apa yang berkaitan dengan dirinya sahaja. Tetapi matlamat utama bagi orang-orang yang beriman adalah menawarkan dirinya dan apa yang dimilikinya demi memulihkan manhaj Hussein dan keluarga Hussein (a.s), serta memegang janji dan berikrar dengan sepenuh perhatian yang mana dia tidak menghalang atau membatalkannya.
Kami juga belajar dari Sayyid Ahmad Al Hassan: bahawa sebelum orang-orang beriman pergi menziarahi tempat-tempat suci para Imam (a.s), dia harus berdoa kepada Allah dan memohon supaya membantunya melakukan Ziyarat yang diterima dan berjaya, yang akan menjadi aset untuk di hari yang tiada amalan mahupun kekayaan serta anak-anak yang dapat memberi manfaat. Setelah itu berpergianlah untuk Ziyarat.
Syeikh Nazhim Al Uqaili = Majhul hal
BalasPadamAhmad Al Hasan = Majhul hal
Riwayat = dhaif ataupun palsu
Saya mempecayai imam ahmad al hassan alyamani a.s. Bagaiman saya nak berhubung atau mengadu sebarang masalah saya secara terus dengan imam ahmad al hassan alyamani a.s.
BalasPadambagaimana nak bayar khumus kepada imam.Di harap dalam memberi jawapan terus ke email saya(nsharil25@gmail.com)
kepada Tanpa Nama27 Ogos 2013 12:52 PTG
Padamsaya syorkan anda pergi ke link di bawah untuk ajukan soalan kepada Imam
http://hashemstudios-board.com/viewtopic.php?f=88&t=6304&sid=807e783be9bbfc0205a0526e5368183d
so..orang lain nk kenal macam mana? kenapa lari bersembunyi..??
BalasPadamsiapa yg boleh sah kan ni..adoooi perkara mcm ni pun ada dalam dunia nii...
aku dok baca blog ni..kelakar mcm budak buat assigmnent..semuanya karangan2 tersusun yg tiada nilai ilmiyah..
andai2..cerita dn cerita pastu bawa hadits...:)